rakan-rakan blog ini

PRODUK UNTUK PENGANTIN LELAKI

.

.
Info : Blog ini baru sahaja diaktifkan secara rasmi 15hb Ogos 2010 yang lalu. Penulis merupakan seorang bekas wartawan yang pernah bertugas dibeberapa akhbar tanahair. Lebih 20 tahun bertugas sebagai wartawan sebelum ini. Jadi, menyedari betapa pentingnya kebenaran itu ditegakkan, Penulis membuat keputusan menulis secara aktif di blog ini. Semoga Allah memberkati niat baik saya ini

Halaman

29 Mac, 2011

ESKAY URUT MAHATHIR?


Eskay Rupanya Tukang Urut Mahathir?

SEMASA saya berada di Kuching Sarawak lagi kawan ini mencari saya. Katanya ada perkara penting. Saya kata bagi tahulah, tak boleh katanya, sebab melalui telefon. Nanti orang tape susah nanti. Dari gambaran percakapan kawan ini saya sudah mengagak apa yang hendak diceritakan ada kena mengena dengan kes video lucah yang panas waktu itu.

Jam 6.00 petang semalam kami berjumpa untuk sama-sama ke stadium Melawati Shah Alam Selangor, untuk solat hajat. Saya lebih kepada untuk cover majlis berkenaan, nak lihat perkembangan terbaru dan reaksi orang ramai ekoran pendedahan video lucah itu.

Apa lagi katanya pada malam Sabtu lalu ketika Anwar Ibrahim mengadakan ceramah di Melawati polis sudah mula tunjuk taring. Orang ramai juga sudah mula tunjuk kuku. Nampak polis dengan orang ramai nak bertempur sekali lagi.

Pertempuran polis dengan orang ramai ini nampaknya akan berlaku di setiap era perdana menteri, Tahun 1998 dulu di era Mahathir, membawa ke era Abdullah Badawi pada tahun 2004 kemudian membawa pula kepada era Najib Razak.

Apapun era Mahathir jadi PM polis nampak lancang dan kejam. Kejam tidak kejam, sampai ketua polis bertukar menjadi serigala memukul muka Anwar hingga lebam teberam. Sampai kena tubuh suruhanjaya di raja la.

Di zaman Abdullah polis tidaklah sekejam itu. Rupanya perangai polis ini ikut perangai siapa jadi PM. Bagaimana di zaman Najib? Itulah yang mengajak saya ke stadium Melawati semalam. Saya ingat episod yang terlepas dipandang mata saya di Melawati yang jaraknya tidak sampai 3 km dari rumah saya tak sempat tonton kerana saya di Kuching, akan bersambung di Shah Alam.

Benar seperti saya kata, kawan ini nak bercerita mengenai video lucah. Mengenai identiti dan latar belakang salah seorang yang menjadi penunjangnya, yang bernama Shazryl Eskay atau Datuk T.

Menurut kawan ini dia kenal benar dengan Shazryl seorang ini. Dia bukan sembarangan orang. Dia bukan Melayu jati dan bukan juga mamak jati. Bukan juga Siam jati. Katanya, ayah Shazryl ini adalah seorang India yang berasal dari Sarawak. Manakala emaknya pula berbangsa Siam berasal dari Kedah. Ertinya di dalam tubuhnya tidak ada setitik pun darah Melayu, macam Mahathirlah.

Wah betullah apa yang dicerita oleh Johari Abdul di stadium Shah Alam malam tadi. Ketika Johari Abdul bercerita saya tersenyum sahaja. Tetapi cerita Johari itu tidak panjang dan sampai kepada 'potet' (mauduk) sebenarnya. Apa diceritakan Johari si anak keling + siam ini hanya ada syarikat di Langkawi Kedah, setakat itu saja.

Adapun menurut kawan ini dia kenal anak keling + siam ini semasa dia berada di Okhlahama, Amerika Syarikat. Ketika itu dia menjadi fisiotrapi atau dalam bahasa orang kampung tukang urut kepada atlit Malaysia. Sama sajalah dengan tukang urut barang di Chow Kit atau pun Puduraya. Itu saja tugasnya.

Tugasnya ialah mengurus atlit Malaysia. Kata kawan itu dia juga pernah mengurut dengan anak keling + siam ini dan memang berbaloi. "dia memang sesuai untuk mengurut orang besar," begitulah cerita kawan ini.

Kehebatan dia ini pandai mengurut barang diketahui oleh menteri sukan yang ketika itu Abdul Ghani Othman, MB Johor kini. Ghani merekmen kepada Mahathir untuk merasai penangan anak keling + siam ini. Entah macam mana Mahathir jadi minat dan menyuruh Ghani mengambil orang ini untuk menjadi tukang urut negara - urut atlit.

Hasrat Mahathir itu dipersoalkan oleh beberapa pegawai di Majlis Sukan Negara. Timbul perbalahan kerana untuk mengambil orang ini menjadi tukang urut negara tidak boleh sebab dia tidak ada kelulusan setaraf dengannya untuk menjalankan tugasnya. Apa lagi tugasnya bukan saja menjadi tukang urut tetapi dia juga akan jadi tukang bancuh ubat kepada atlet. Tetapi kerana ia diatas kehendak Mahathir syarat itu dilanggar maka jadilah orang ini sebagai tukang urut negara. Ertinya Mahathir sedia melanggar syarat kerana mahukan orang yang separuh berketurunan dengannya ini.

Kisah ini juga ada dalam pengetahuan Ismail Said, bekas setiausaha parlimen menteri belia sukan. Dia boleh menceritakan bagaimana pertikaian untuk melantik orang ini sebagai pegawai perubatan alias tukang urut negara.

Mahathir ada tujuan lain di sebalik itu, dia mahu jadikan Eskay ini sebagai tukang urutnya. Cerita kawan itu di sinilah Mahathir berhubung dengan SK. Mahathir juga bermurah hati telah melantik Eskay menjadi setiausaha perdagangan Malaysia di Thailand.

Apakah anologi dan moral di sebalik cerita berkenaan? Dua daripada orang yang terlibat dengan pembikinan video lucah itu adalah kenalan rapat dan kepercayaan Mahathir. Rahim Tamby Chik adalah rapat dengan Mahathir orang yang mendapat blessing daripada didakwa atas tuduhan rasuah. Rujuk kepada pendedahan Lim Kit Siang dan Anwar malam tadi.

Eskay pula sebagai tukang urut orang yang mungkin dapat jamah senjata politik paling sulit Mahathir. Mungkin Eskay tahu saiz dan kepanjangannya sekali.

Cuma kalau tidak rapat dengan Mahathir ialah si Shuib Lazim. Ini pun tidak kisah kerana Shuib adalah proxy dalam kepentingan tertentu Mahathir dan juga Daim. Kalau begitu maka makin jelaslah apa yang sudah mulai menjadi clear. Walahualam. (petikan blog: msomelayu.blogspot)

26 Mac, 2011

KECOH...ANWAR DILARANG BERUCAP...


Makin jelas Dato Najib makin takut dengan kemaraan rakyat!! Terkini malam tadi di Pusat Khidmat Rakyat Gombak, polis melarang majlis ceramah yang diadakan di tempat persendirian!! Ternyata UMNO boleh menggunakan TV, Radio dan akhbar untuk memburukkan Anwar tetapi peluang Anwar menjelaskan pada rakyat pun dihalang! Beginikah demokrasi di Malaysia?
Ternyata Najib dan Rosmah semakin kecut perut dengan kebangkitan rakyat Malaysia.


5,000 saksi Anwar diheret polis dari pentas ceramah, 3 ditahan

Antara ribuan yang hadir program pelancaran kempen DNA: Datuk Najib-Altantuya

KUALA LUMPUR: Lebih 5,000 rakyat pelbagai lapisan kaum hadir program pelancaran Kempen Tolak kes Fitnah II anjuran KEADILAN di perkarangan Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Gombak, Taman Melawati di sini, malam ini.

Seperti kelaziman, program anjuran KEADILAN itu dihalang polis hingga menyebabkan majlis yang dijadual bermula jam 9 malam ditangguh kira-kira sejam.

Polis dikatakan hanya membenarkan sesi ucapan selama 30 minit sahaja, menyebabkan pegawai kepada Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali terpaksa berunding dengan polis Ampang.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang turut muncul hingga menggamatkan hadirin.

Bagaimanapun, polis hanya membenarkan Anwar memberi ucapan selama 15 minit sahaja, malah mematikan pembesar suara dan mengheret Ketua Umum KEADILAN itu turun dari pentas, hingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Kehadiran polis, FRU hanya menyebabkan kekecohan berlaku

Pada jam 11.30 malam, polis menyerbu ke arah orang ramai hingga menimbulkan kekecohan sedangkan program itu, asalnya berlangsung aman.

Suasana terus kecoh dan tiga orang dipercayai ditahan polis.

Dalam pada itu, seorang wartawan Free Malaysia Today, Fazy Sahir cedera terkena lontaran kerusi dalam suasana kecoh itu.

Kempen itu dinamakan sebagai ‘DNA’ atau ‘Datuk Najib-Altantuya’ bertujuan mengupas perkembangan terkini kes yang dihadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan fitnah terbaru mengenai rakaman video seks yang didalangi Umno melalui ‘Datuk T’.

Turut hadir dalam ceramah ialah Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang, Saari Sungib.


21 Mac, 2011

GEMPAR...VIDEO ANWAR KERJA SIAPA?


Pakatan nafi lelaki dalam video seks Anwar


Ni Nazmi
KUALA LUMPUR, 21 Mac — Pakatan Rakyat (PR) menafikan lelaki yang didakwa dalam rakaman video, melanggan seorang pelacur di sebuah hotel di ibu negara akhir bulan lalu sebagai Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim. “Ini (rakaman) video Anwar yang direka,” kata pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad.
“Ia bukan Datuk Seri Anwar. Ini satu lagi usaha Barisan Nasional (BN) untuk memberi persepsi umum bahawa beliau seorang yang tidak bermoral, yang tidak layak untuk menerajui negara ini,” kata anggota biro politik PAS Khalid Samad kepada The Malaysian Insider.
Naib presiden PKR Chua Tian Chang juga mendakwa BN semakin terdesak, “beralih daripada isu-isu besar seperti pilihan raya dan dasar kepada serangan peribadi.”
Pagi tadi, seorang lelaki yang menamakan dirinya “Datuk T” mempertontonkan rakaman video menunjukkan seorang pemimpin kanan PR sedang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, dipercayai pelacur asing dari China.
Video 21 minit itu, dalam empat segmen, menggambarkan pemimpin tersebut yang juga seorang Ahli Parlimen mengadakan hubungan seks di sebuah hotel di sini, dilihat akan menggegarkan arena politik negara sekali lagi.
Ia yang dirakamkan pada 21 Februari lalu dipertunjukkan kepada media di sebuah hotel di sini pagi ini.
Menurut Datuk T, beliau mahu media menonton rakaman tersebut sebelum dia menghantarkannya kepada pemimpin berkenaan dan isterinya.
Malah katanya, jika pemimpin politik itu mengenal pasti dia adalah tuan punya diri dalam rakaman tersebut, maka dia dan isterinya harus meletakkan jawatan.
Datuk T mendakwa lelaki dalam rakaman video itu bukan seorang yang bermoral tinggi dan oleh itu, tidak layak bertindak sebagai pemimpin.
Dalam satu kenyataan yang turut diedarkan kepada media, yang tertera nama pemimpin tersebut, dikatakan bahawa ahli politik tersebut pergi ke hotel yang menawarkan khidmat seks dan kemudahan SPA.
Selepas pemimpin itu meninggalkan hotel, dia sedari bahawa dia tertinggal jam tangan jenama Omega di bilik dia memperoleh khidmat seks.
“Saya diminta mendapatkan jam tangan di bilik tersebut. Oleh kerana saya tidak nampak jam tangan pada meja, saya memeriksanya di belakang tempat persolekan. Saya terkejut melihat banyak wayar di belakangnya,” kata kenyataan itu.
Kata kenyataan itu, wayar berkenaan disambungkan ke CCTV yang kemudiannya didapati merakamkan hubungan seks pemimpin itu dengan pelacur tersebut.

13 Mac, 2011

MAHATHIR PEMBOHONG -KATA KU LI


Akhbar-akhbar utama tak siarkan berita ini. Mungkin nak jaga hati Mahathir kot. Tapi dalam Sinar Harian terbitan negeri-negeri ada siarkan berita ini. Terbukti Mahathir sanggup buat apa saja bagi menyelamatkan dirinya sendiri.



SHAH ALAM - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan beberapa bahagian tulisan dalam memoir bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, A Doctor in the House, sebagai ‘pembohongan politik’.

Katanya, tuduhan beliau menggunakan wang ketika berkempen dalam pemilihan UMNO 1987 (semasa menentang Dr Mahathir untuk rebut jawatan Presiden UMNO) tidak berasas kerana ketika itu beliau tidak mempunyai wang bagi membeli undi.

Beliau, yang pernah menjadi Menteri Kewangan, turut menafikan dakwaan beliau mengetuai Team B untuk mengadakan kempen kotor bagi menjatuhkan Dr Mahathir, yang mengakibatkan pengharaman UMNO oleh mahkamah.

“Saya dituduh membawa parti ke mahkamah. Saya juga dituduh terlibat dalam politik wang. Saya tidak pernah mencuri dan menipu. Dia yang mencuri dan menipu akan rasa berdosa sepanjang masa, sepanjang hayatnya.

“Sebenarnya, saya menentang politik wang. Saya tidak ada kroni. Allah Maha Mengetahui bahawa saya tidak pernah membuat semua perkara itu,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Kelmarin, ketika pelancaran buku bahasa Mandarin Professor Wang Gangwu, berjudul Junzi, di Ipoh, Tengku Razaleigh berkata, pembohongan politik semakin meresap dalam arena politik tanah air masa kini.

“Ini adalah komoditi yang sukar diperoleh hari ini, khususnya dalam persekitaran politik yang dihadapi di Malaysia di mana pembohongan politik kian menular.

“Menipu secara politik datang melalui media dan ada kalanya dengan menulis buku memoir,” katanya.

Tengku Razaleigh berkata, walaupun Dr Mahathir membuat tuduhan, rakyat tetap memilihnya setiap kali beliau bertanding di Gua Musang.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, beliau percaya ia tidak akan menggugat kedudukan dan imej UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Kebenaran tetap kebenaran. Apa yang diutarakan Ku Li adalah pandangan peribadinya. Setiap orang berhak mengutarakan pandangan,” katanya.

10 Mac, 2011

GERAKAN RAMPAS KELANTAN


Awas Kelantan...selepas gerakan menukar alamat serta tempat mengundi di Shah alam baru-baru ini melibatkan warga Sabah, yang bertujuan menjatuhkan Kerajaan Selangor, paling terkini, terdapat orang-orang tertentu dari UMNO di Gombak berusaha memujuk belia berumur 21 ke atas yang terdiri dari Mat rempit untuk menukarkan alamat menggunakan alamat di Kelantan bagi bertujuan menjatuhkan Kerajaan PAS Kelantan. Masing-masing diupah RM50 bagi tujuan tersebut.
Baru sebentar tadi jam 7 malam, anak saudara penulis sendiri menceritakan tawaran yang beliau dapat dari Orang UMNO di Gombak. Esok mereka akan dibawa menukarkan alamat Kuala Lumpur ke alamat Kelantan.
Sangat busuk sekali permainan UMNO sekarang ini. Apa cara sekali pun mereka lakukan sekarang.
Jadi, pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat jangan hanya berdiam diri. Ini gerakan yang sungguh bahaya!!!! Buatlah sesuatu...

SABAH LAGI BAIK SEBELUM MASUK MALAYSIA?


Pemuda Umno Sabah menyifatkan kenyataan bekas Naib Pengerusi Suhakam Tan Sri Simon Sipaun bahawa "kehidupan di Sabah sebelum Malaysia adalah baik" sebagai tidak adil dan jahil mengenai sejarah Malaysia. police abuse suhakam pc 050808 simon sipaunKetuanya Azman Ruslan berkata kenyataan itu juga boleh dianggap sebagai mempersoalkan keputusan ikhlas Sabah untuk menyertai pembentukan Malaysia. "Sebagai seorang bekas pegawai tinggi kerajaan di negeri ini, Sipaun (kiri) sepatutnya lebih arif dan memahami latar belakang dan sejarah pembentukan Malaysia. "Fakta yang tidak boleh dinafikan ialah bahawa pendapat rakyat (ketika itu) di Borneo Utara dan Sarawak telah diambil kira dan disahkan menerusi Suruhanjaya Siasatan Cobbold sebelum cadangan Persekutuan Malaysia dimuktamadkan. "Malahan presiden Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (Unko), Donald A Stephens (kemudiannya Tun Mohd Fuad Stephens), dipilih pengerusi Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (MSCC)," katanya kepada Bernama, di Keningau hari ini. sabah independence 16 september 1963Antara objektif MSCC ialah mengumpulkan dan mendapatkan pandangan dan pendapat berhubung penubuhan Malaysia yang terdiri daripada Brunei, Borneo Utara (Sabah), Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu. Memetik laporan Suruhanjaya Cobbold, Azman berkata Unko telah menyatakan bahawa keselamatan paling terjamin untuk masa depan bekas negara jajahan British di Asia Tenggara ketika itu "bergantung kepada kesediaan mereka untuk sama-sama membentuk Malaysia." Azman berkata Unko, parti politik pertama di Sabah juga menyatakan bahawa kecuali Malaysia dibentuk, mungkin terdapat 'tuntutan' ke atas wilayah-wilayah di Borneo daripada pihak lain. Dalam kenyataan yang dibuat pada satu seminar anjuran Barisan Bersatu Borneo pada Sabtu dan diterbitkan dalam akhbar harian tempatan, Sipaun berkata kehidupan di Sabah dianggap lebih baik dalam banyak aspek sebelum Malaysia dibentuk berbanding dengan sekarang. september 16 sarawak and sabah independenceSipaun, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah juga dipetik sebagai berkata apa yang boleh dikatakan mengenai kesatuan politik antara wilayah-wilayah di Borneo dan Malaysia adalah "palsu kerana kedua-dua rantau mempunyai amat sedikit, jika pun ada, persamaan." Azman berkata kenyataan itu "jelas tidak menghormati pengasas-pengasas Malaysia", terutama allahyarham Tun Mohd Fuad, yang merupakan "Huguan Siou" atau pemimpin agung pertama kaum Kadazandusun. "Dunia terus bergerak sejak Malaysia ditubuhkan kira-kira 48 tahun lepas. Kenapa pula sekarang perlu memberitahu rakyat Sabah yang menyertai Persekutuan Malaysia adalah satu 'kesilapan'," katanya. - Bernama

07 Mac, 2011

UNDI MEROSOT SEDIKIT SAHAJA


Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa, parti itu tewas dalam pilihan raya kecil DUN Kerdau disebabkan peningkatan jumlah para pemilih.

"Bagaimanapun daripada sudut jumlah undi di tiga kawasan Felda, ada peningkatan," katanya dalam sidang media di markaz PAS di Kerdau malam ini selepas keputusan rasmi diumumkan.

Ditanya sama ada keputusan hari ini menunjukkan PAS kehilangan undi Melayu, Tuan Ibrahim menafikannya kerana Kerdau merupakan kubu kuat BN.

azlan"Dengan segala jenteranya, agak sukar bagi kita. Bagi saya ini cuma kemerosotan kecil," katanya lagi.

Tuan Ibrahim juga terus menyatakan perasaan tidak puas hati kepada perjalanan proses pilihan raya kali ini sebagai "pilihan raya paling melampau".

Justeru, tambahnya, PAS akan menyarankan supaya dilakukan reformasi melalui program pemutihan pilihan raya Bersih 2.0.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim turut menafikan dakwaan Pakatan gagal menterjemahkan kandungan Buku Jingga dalam pilihan raya kali ini.

Beliau memberi alasan, pilihan raya Kerdau lebih tertumpu kepada isu tempatan.

Sementara itu, exco kerajaan tempatan Selangor Ronnie Liu pula berkata Pakatan tidak perlu susah hati kerana ujian sebenar adalah dalam pilihan raya umum.

Ditanya tentang sokongan undi Cina di Kerdau kali ini, Ronnie berkata perkara itu tidak dapat diukur kerana bercampur dengan kaum lain dalam satu daerah mengundi.

Calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad memperolehi kemenangan besar dengan majoriti 2,724 undi, menewaskan Hassanuddin yang mendapat 2,336 undi.

Keputusan pilihan raya kecil itu diumumkan oleh pegawai pengurus pilihan raya, Datuk Tarif Abdul Rahman kira-kira 8.20 malam ini.

Majoriti kemenangan BN itu menunjukkan parti itu berjaya mengembalikan tahap sokongan yang dinikmatinya pada pilihan raya umum 2004 di mana parti itu mendapat majoriti sebanyak 2,565 undi.

Ia juga menunjukkan pertambahan hampir 70 peratus berbanding majoriti yang diperolehi BN sebanyak 1,615 undi pada 2008.

Pilihan raya kecil itu turut mencatatkan jumlah keluar mengundi sebanyak 83 peratus atau 7,480 orang pemilih keluar mengundi selepas semua 13 pusat mengundi ditutup 5 petang tadi.

03 Mac, 2011

GUNA UNDI PROTES SAMAN EKOR


Protes saman ekor dengan kertas undi
Harakahdaily

JASIN, 3 Mac: Timbalan Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Yusof Abdul Wahab (gambar) menyeru para pengundi PRK Dun Merlimau supaya menzahirkan protes terhadap saman ekor melalui kertas undi pada 6 Mac ini.

Katanya, inilah masa yang terbaik dan peluang terdekat bagi rakyat khususnya para pengundi di Merlimau menunjukkan sikap mereka terhadap saman ekor yang seolah-olah merompak wang rakyat.

Menurutnya, kerajaan BN perlu diajar melalui peti undi supaya mendengar keluhan dan rintihan rakyat ekoran menjadi mangsa saman ekor yang dipertikaikan pelaksanaannya sejak dahulu lagi.

“Saya menyeru para pengundi di Dun Merlimau supaya menolak BN dan mengundi calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat untuk memberi peringatan kepada BN supaya jangan sekali-kali mendera rakyat melalui saman ekor,” katanya.

Beliau berkata, walaupun banyak isu yang boleh membuka minda rakyat untuk menolak Umno BN terutama pada PRK Merlimau, namun saman ekor adalah isu yang melibatkan rakyat secara umum.

“Kerajaan BN tidak mahu mendengar pandangan rakyat supaya dimansuhkan saman ekor, jadi eloklah rakyat membantah melalui peti undi dengan mengundi calon PAS di Merlimau dan Kerdau pada 6 Mac ini,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Pnerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad meminta semua jentera penerangan parti supaya menyemarakkan protes saman ekor yang tidak adil dan membebankan rakyat.

Ini, katanya kerana masih kedapatan 17.1 juta saman ekor yang disenarai hitam sehingga pihak polis terpaksa melanjutkan tempoh bayaran saman diskaun sehingga 10 Mac ini.

“Ini bermakna rakyat sudah protes secara senyap terhadap saman ekor. Sila naikkan kain rentang di seluruh negara,” ujarnya.

SEBARKAN KEMPEN SAMAN EKOR

Semarakkan protes saman ekor
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 3 Mac: Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, semua jentera penerangan perlu menyemarakkan protes saman ekor yang tidak adil dan membebankan rakyat.

Ini, katanya kerana masih kedapatan 17.1 juta saman ekor yang disenarai hitam sehingga pihak polis terpaksa melanjutkan tempoh bayaran saman diskaun sehingga 10 Mac ini.

“Ini bermakna rakyat sudah protes secara senyap terhadap saman ekor. Sila naikkan kain rentang di seluruh negara,” ujarnyakepada Harakahdaily.

Katanya, kain rentang yang bertulis "Tolak Saman Ekor ,Tolak BN Di PRU 13", "PR Menang Saman Ekor Dihapuskan", "Undi BN , Bererti Anda Setuju Saman Ekor", "Jangan Undi BN, Jika Anda Mahu Hapuskan Saman Ekor" dan lain-lain boleh diletakkan di tempat yang sesuai termasuk di tepi jalan raya.

PAS, ujarnya berpandangan hukuman yang dikenakan kepada pemandu yang tidak membayar saman ekor, sehingga tidak boleh berurusan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan adalah tindakan yang zalim.

Ini, tambahnya menggalakkan mereka yang tidak berlesen dan mempunyai cukai jalan.

Apabila ini berlaku, katanya maka yang rugi ialah kerajaan kerana kehilangan hasil negara.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada rakyat yang kreatif yang telah melaungkan slogan kepada mereka yang sedang beratur ketika hendak membayar saman.

“Antara slogannya ‘kalau tidak mahu saman ekor, kita tolak BN’ , walaupun slogan ini hanya spontan tetapi telah disambut oleh orang ramai,” katanya.

Menurutnya, daripada awal lagi, PAS menggesa pihak kerajaan membawa mereka ke mahkamah untuk dibicarakan barulah mangsa akan berpuas hati kerana kesalahan mereka diketahui.

“Anda mampu mengubahnya. Ubah sekarang sebelum rakyat muflis angkara saman ekor,” ujarnya lagi.

02 Mac, 2011

SAMAN EKOR : RAKYAT DIDAHULUKAN...

TUKAR KERAJAAN -SELESAI SAMAN EKOR

Tukar BN kepada Pakatan selesai saman ekor
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 1 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu rakyat sedar bahawa kesusahan rakyat akibat saman ekor hanya dapat diselesaikan dengan menukar parti pemerintah kepada Pakatan Rakyat.

Katanya, dalam isu ini kerajaan Umno BN telah memperlihatkan sifat mereka yang tidak mahu memahami keperitan rakyat dengan tidak memberikan peluang untuk dibicarakan di mahkamah malah terus menghukum dengan menyenarai hitam tanpa dibuktikan bersalah.

"Sebab itulah, kita melihat bahawa rakyat tidak ada pilihan melainkan menukar pemerintahan BN kepada PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya yang akan datang bagi melihat usaha murni kami ini dapat direalisasikan.

"PAS berjanji akan menghapuskan saman ekor sekiranya diberi peluang memerintah negara dalam pilihanraya akan datang bersama Pakatan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau turut memuji usaha murni NGO Kempen Anti Saman Ekor (KASE) yang berusaha memberi penerangan kepada rakyat dan menuntut kerajaan menghapuskan saman ekor.

Bagaimanapun beliau kecewa dengan layanan kerajaan yang mengenepikan tuntutan Kase itu malah mengetatkan lagi akta berkaitan JPJ dan “menswastakan” urusan beberapa aspek saman ini,.

"Kita akan bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat membincangkan kaedah paling baik bagi menyelesaikan masalah tersebut dan kita percaya PKR dan DAP akan bersetuju dengan tawaran tersebut.

"PAS ingin menegaskan bahawa pelaksanaan saman ekor bukanlah kaedah terbaik untuk mendidik rakyat supaya berhemah dalam memandu di jalanraya," katanya.

Dalam pada itu, tinjauan di beberapa kaunter bayaran saman JPJ mendapati tempoh promosi bagi bayaran saman tertunggak yang berakhir semalam dilanjutkan sehingga jam 12 tengahari ini.

Hari ini pula telah berkuatkuasa kadar kompaun baru di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang dikeluarkan JPJ, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Perubahan kadar itu membabitkan empat kategori kesalahan lalu lintas, iaitu mengikut kelas kenderaan, tahap keseriusan dan jenis kesalahan, nilai kompaun bertambah mengikut tempoh pembayaran kompaun dan kompaun berganda akan dikenakan terhadap pemandu yang melakukan kesalahan berulang.

Mengikut penyelarasan baru itu, pengguna jalan raya yang gagal menjelaskan kadar kompaun dalam tempoh 15 hari akan dinaikkan daripada RM150 kepada RM200, seterusnya dinaikkan kepada RM300 sekiranya tidak dijelaskan dalam tempoh 30 hari.

Sementara pemandu yang gagal membayar saman dalam tempoh 60 hari pula akan diheret ke mahkamah.

Bagi pemandu yang menyumbang kepada kemalangan, kesesakan lalu lintas dan kesalahan berkaitan perkhidmatan teksi, kadar kompaun maksimum sebanyak RM300 akan dikenakan dan ia tidak akan dikurangkan walaupun dijelaskan lebih awal.

01 Mac, 2011

SAMAN EKOR: TUNTUT HAK ANDA


Saman ekor: Ketahui hak anda
Zulhazmi Shariff

Ramai yang masih kabur dan tidak faham hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Negara. Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agam, kaum, bangsa dan juga fahaman politik. Semua warganegara dijamin hak yang sama.

Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan

Hak terhadap harta.

(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.

(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan. Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta.

Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.

Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.

Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.

Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.

Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga hari ini 28/2/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?

Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu. Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah. Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga samann itu. Tidak tertunggak.

Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.

Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenalai dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawap tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan. Kompaun bukan denda tetapi tawaran. Dendan hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.

Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan. Gunakan hak anda... TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya.

Bagaimana JPJ boleh menhalang pembaharuan cukai jalan?

1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.

Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?

2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahakamh atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI

3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?

Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:

a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.

b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.

c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.

Zulhazmi Shariff ialah Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

PERKASA PEKIDA KENA HALAU?

KUASA RAKYAT

LAKI BINI KENA SEPINA

kebangkitan rakyat

kebangkitan rakyat

SEJARAH TERCIPTA: ANWAR BEBAS..!!!