rakan-rakan blog ini

PRODUK UNTUK PENGANTIN LELAKI

.

.
Info : Blog ini baru sahaja diaktifkan secara rasmi 15hb Ogos 2010 yang lalu. Penulis merupakan seorang bekas wartawan yang pernah bertugas dibeberapa akhbar tanahair. Lebih 20 tahun bertugas sebagai wartawan sebelum ini. Jadi, menyedari betapa pentingnya kebenaran itu ditegakkan, Penulis membuat keputusan menulis secara aktif di blog ini. Semoga Allah memberkati niat baik saya ini

Halaman

30 September, 2011

ORANG PAS KENA CARUT....

Haha...pagi ni bila baca saja tulisan terkini Pak Bakaq Penarik Beca tu,rasa nak tergelak pun ada, tapi penulis sokong 100% kenyataan dia tu. Bukan senang nak tengok Pak Bakaq carutkan kita. Elok sangat la Pak Bakaq carutkan pada orang-orang tertentu dalam PAS mahupun Pakatan Rakyat yang seolah-olah hilang 'teloq' bila berhadapan dengan situasi diserang oleh musu

h."Sabar...sabar...sabar...." Inilah kalimah yang menjadi penghalang kepada kita bila berhadapan musuh.Penulis rasa elok sangat kita hayati kenyataan terbaru Pak Bakaq ni. Banyak betulnya..Kalau kita asyik bersabar saja...lama-lama orang pijak kepala kita. Sejak sekian lama orang UMNO buli kita. Tapi kita, sabar...sabar...sabar.... Cuba tengok Ummi Hafilda ganggu majlis-majlis ceramah Pakatan dengan maki

hamun, tapi kita, sabar...sabar....sabar. Harap-harap tulisan Pak Bakaq ini akan menyedarkan kita semua.

Akhlaq butuh hampa! Tarbiyyah butuh hampa!


Sebelum tahun 2000 atau beberapa ketika dalam tahun itu, saya ahli PAS. La ni saya dak dah. Sepanjang jadi ahli PAS, saya pernah melihat dan terlibat dalam beberapa ketegangan sejak pilihan raya kecil Padang Terap pada tahun 1985 di mana Othman Talib dibunuh kejam oleh orang-orang Umno di Felda Lubok Merbau berikutan ucapan hasutan Ketua Pemuda Umno pada masa itu dan Perdana Menteri kini, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Saya pernah berpukul dengan samseng Umno di Chow Kit semasa tampal poster dalam pilihan raya 1986. Memang la, aku kena, dia pun kena. Tetapi, kalau tak sampai ajal, tak mati jugak. Sakit pun tak tara mana. Tak payah nak bajet macam bagus sangat. Biasa la orang jantan bertumbuk (Harap puak saraf PAS tak buat lagi propaganda yang orang tengok dan kata macam sial seperti dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang).

Sepanjang pengalaman melihat dan terlibat dalam beberapa ketegangan itu, yang saya benci sangat-sangat (aku ulang: benci sangat-sangat!) ialah kata-kata berikut dari kalangan orang-orang PAS yang sibuk dok kata sesama sendiri:

"Sabar-sabar!"

"Sabar, syeikh!"

"Jaga akhlaq kita!"

"Sabar, jaga akhlaq kita. Jangan lupa tarbiyyah kita!"

Setakat yang terbaik yang saya ingat, amat jarang saya mencarut dalam blog ini. Nak kata tak pernah, takut pernah. Tapi, kepada ayat-ayat seperti di atas, yang saya nak kata sekuat hati saya ialah, "Butuh hampa! Sabar butuh hampa! Akhlaq butuh hampa! Tarbiyyah butuh hampa!"

Orang nak pukui kita, dia dok sibuk dengan kata-kata celaka sial tu.

Yang paling babi sekali ialah ada dari kalangan orang PAS yang tarik tangan kawan dia sendiri yang tengah nak berpukul dengan puak Umno. Dah hang tarik tangan dia celaka oi, tinggal sebelah ja la tangan dia nak pertahankan diri dari Umno yang nak pukui dia, bangang oi! Babi!

Lain kali kalau kawan nak bertumbuk dengan Umno, jangan tarik tangan dia sehingga tinggal satu tangan ja untuk dia pertahankan diri dia, barua oi!

Kepada semua yang ada akal dan tidak gila, lain kali kalau Umno ka, Perkasa ka, Pekida ka datang menyerang, kalau ada orang PAS yang cakap seperti di atas, hampa terajang dia dulu sampai dia senyap. Bodoh!!

Berita berkaitan:
Banyak pengkisahan Umno alat British (Harakah Daily 29/9/11)
Ketika diminta mengulas amaran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Negeri Sembilan yang melancarkan protes sekiranya beliau hadir berceramah di negeri itu pada masa akan datang, sambil tertawa Mohamad berkata beliau akan berceramah seperti biasa di mana sahaja jika ada jemputan.

"Di Pasir Mas kampung (Presiden Perkasa, Datuk) Ibrahim Ali atau dekat rumahnya di Taman Melawati pun saya akan pergi berceramah jika ada jemputan," kata beliau.
Perkasa ancam lagi protes terhadap Mat Sabu (Malaysiakini 29/9/11)
Protes jika ceramah (Sinar Harian 29/9/11)
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) negeri, memberi amaran melancarkan protes sekiranya Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu hadir berceramah di negeri ini pada masa akan datang.

Yang Dipertuanya, Datuk Mohd Noor Nordin Abdullah berkata, beliau sendiri akan bertindak mengetuai protes selagi Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu enggan meminta maaf secara terbuka berhubung kenyataannya mendakwa Mat Indera adalah wira dalam tragedi Bukit Kepong.

“Saya beri jaminan buat protes terhadap tindakan Mat Sabu, memperlekeh anggota polis dan keluarga mereka terkorban dalam serangan pengganas komunis.

“Protes ini bukan hanya disertai Perkasa negeri sahaja, malah melibatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang kesal dengan kenyataan Mat Sabu,” katanya di Rahang, di sini, semalam.

Sementara itu, menurut Mohd Noor Nordin, Perkasa negeri menafikan pihaknya merancang lebih awal untuk menganjurkan protes pada ceramah Mat Sabu di pekarangan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Wildan di Ampangan, malam Sabtu lalu.

Menurutnya, protes itu dianjurkan secara spontan oleh individu yang mewakili bekas tentera dan beberapa NGO yang ingin menyuarakan bantahan terhadap Mat Sabu.

“Saya hanya dimaklumkan mengenai protes ini kira-kira jam 7.30 malam ketika itu saya berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Sekali lagi ditegaskan, kami bukan anti Pas. Kami cuma anti Mat Sabu. Pas boleh anjur ceramah di negeri ini tetapi jangan jemput Mat Sabu,” katanya.

29 September, 2011

CADANGAN ORANG BODOH....

Nampak sangat akhbar-akhbar dan media milik UMNO ni dah kering modal agaknya. Bayangkan isu ucapan Lim Guan Eng pun boleh ja di isu besar. Biasalah tu, kalau korang sendiri pun, penulis agak akan bertindak serupa Guan Eng. Samalah macam Kontraktor yang berebut tender. Saling memburukkan antara satu sama lain asalkan tender berjaya diperolehi. Korang tak ingat ke,pemimpin UMNO selalu burukkan Kerajaan Kelantan? Kononnya pelabur takut datang ke Kelantan sebab Kelantan mundur bawah pemerintahan PAS. Dah lupa ke? Kata Dulang Paku Serpih... Kenyataan di bawah ini oleh seorang yang kononnya bekas ahli DAP memang bangang tahap gaban. Dia minta Kerajaan Johor haramkan Guan Eng masuk Johor.Kalau politik macam ni jadi kenyataan, bayangkan betapa ramai pemimpin UMNO tak boleh masuk Kelantan ? Cakap guna lutut...

'Haramkan Guan Eng masuk Johor'

PULAU PINANG 28 Sept. - Bekas ahli DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman mencadangkan agar Ketua Menteri, Lim Guan Eng diharamkan daripada menjejakkan kaki di Johor.

Menurut Razali, beliau kecewa dengan kenyataan tersebut dan menganggap ia tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang pemimpin tertinggi negeri.

Mohamed Razali juga percaya Setiausaha Agung DAP itu tidak akan memohon maaf kerana beliau sudah masak dengan sikap Guan Eng yang sombong dan ego semasa menjadi ahli parti dulu.

"Saya ingin memohon sembah kepada Sultan Johor agar mengharamkan Guan Eng masuk Johor.

"Saya yakin dia (Guan Eng) tidak akan meminta maaf kerana dia sentiasa merasakan dirinya saja yang betul," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Mohamed Razali sebelum ini pernah tampil menjadi saksi mengenai majlis kesyukuran tertutup untuk paderi-paderi di sebuah hotel di sini.

Guan Eng dikatakan memburuk-burukkan Johor dalam satu pertemuan dengan media asing di Singapura baru-baru ini dengan menganggap negeri berkenaan tidak selamat berbanding Pulau Pinang.

27 September, 2011

SATU KEJUTAN: KETUA POLIS RAMAL BN KALAH?


BN AKAN KALAH KALAU SALAH URUS KES ISA- KPN

Agak terkejut juga bila baca satu berita yang tersiar menerusi Yahoo News semalam. Satu kenyataan dari Ketua Polis Negara yang menyatakan pandangannya bahawa BN boleh kalah dalam pilihanraya umum akan datang jika isu ISA tidak dikendali dengan cermat. Penulis pun hairan bagaimana seorang yang sepatutnya berkecuali mengeluarkan kenyataan demikian. Malah ada blog-blog penyokong UMNO turut mengeluarkan kenyataan beliau. Penulis enggan komen apa-apa. Anda nilailah sendiri.

asa: IGP

Dalam pandangan yang jarang-jarang dikeluarkan, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengingatkan, kerajaan Barisan Nasional (BN) boleh kalah dalam pilihan raya umum jika tidak menangani isu berkaitan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan baik.

Pendirian itu digariskan dalam satu buku berkaitan dengan 1 Malaysia yang diterbitkan sebelum pengumuman pentadbiran Najib mengenai ISA minggu lalu.

Menurut Ismail (gambar), isu ISA iaitu undang-undang yang diperkenalkan pada 1960, akan terus menjadi topik politik yang hangat untuk diperbincangkan dan pihak pembangkang akan terus menagih simpati dan sokongan pengundi.

Ismail yang menggantikan Tan Sri Musa Hassan September 2010 berkata, walaupun kerajaan berjanji untuk melihat semula akta tersebut khususnya dalam hal tanpa perbicaraan, namun banyak pihak yang meragui langkah itu.

Penggubalan dan penguatkuasaan ISA terletak di tangan kerajaan pusat, yang diterajui oleh BN sejak negara merdeka.

“Kerajaan dikatakan akan tetap menggunakan ISA sebagai serampang dua mata. Pada pihak kerajaan ISA penting untuk mengekalkan keamanan dan mengawal keselamatan negara tetapi pihak pembangkang terus menangih simpati dan sokongan pengundi,” kata beliau.

Justeru katanya, “jika kerajaan tidak dapat mengurus isu ini dengan baik, ia akan membawa kepada kekalahan dalam pilihan raya umum akan datang.”

Ismail mengatakan demikian dalam satu bab bertajuk “Keamanan dan Keselamatan Ke Arah Pembentukan Negara Maju” dalam buku berjudul “1 Malaysia Menjana Negara Sejahtera dan Bahagia Menjelang 2020”.

Buku itu dikeluarkan sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerusi perutusan khas sempena Hari Malaysia mengumumkan pentadbirannya akan memansuhkan ISA dan menggantikan dengan dua undang-undang baru.

Ismail berkata, tindakan pantas dan ‘pre-emptive’ yang diambil oleh Polis Diraja Malaysia dalam menangkap elemen-elemen utama dalam kumpulan-kumpulan militan seperti Jemaah Islamiah (JI), Darul Islam (DI), Al-Qaeda dan Kumpulan Abu Sayyaf sejak 2001 merupakan faktor utama Malaysia terus selamat daripada sudut ancaman kumpulan militan di rantau ini.

Dalam tulisannya, Ismail juga menarik perhatian bahawa senario politik yang disaksikan pada Mac 2008 dijangka berlaturan pada masa-masa akan datang.

“Dalam pilihan raya umum ke-12, negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak jatuh ke tangan parti pembangkang. Di peringkat Parlimen pula, BN gagal memperoleh dua pertiga majoriti.

“Ini menyebabkan keadaan politik di peringkat negeri tidak menentu dan rapuh. Keadaan ini dijangka berlarutan pada masa-masa akan datang,” kata Ismail.

Tambah beliau, pemerintah di peringkat negeri hanya memperoleh majoriti mudah seperti yang dapat dilihat di negeri Perak.

Perikatan Pakatan Rakyat menguasai kerajaan negeri itu pada pilihan raya umum 2008 tetapi tumbang awal 2009 apabila tiga wakil rakyatnya bertindak keluar parti masing-masing.

Dalam perutusan khas Hari Malaysia Khamis lalu, Najib mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Kata Perdana Menteri, dua undang-undang baru itu akan digubal di bawah “semangat serta payung” Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Najib menjelaskan, undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini.

Katanya, apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa menteri.

Dalam ucapan sulung selepas mengambil alih tampuk pemerintahan pada 3 April 2009 Najib telah berjanji untuk mengkaji ISA secara komprehensif.

Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa Akta Buang Negeri 1959 akan dimansuhkan di samping akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.

Malah, kerajaan juga akan mengkaji semula Seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.

Beliau juga berkata kebenaran berhimpun akan diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak dengan mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa.

25 September, 2011

USTAZ KAZIM ELIAS HINA SLOGAN PAS?


HATI-HATI LA DENGAN USTAZ INI. KIRI MAKAN...KANAN MAKAN....


23 September, 2011

TAKTIK KOTOR MAHATHIR MENJADI



Seperti yang dijangka, Mahathir berjaya memporak perandakan semula hubungan PAS dan DAP sekarang ini. Isu Hudud yang dibangkitkan semula berjaya mengenakan kedua-dua pihak. Maka, berperanglah antara Nik Aziz dengan Karpal Singh. Paling melucukan, kali ini Berita Harian pula kali ini mengambil alih tugas Utusan Malaysia untuk mensensasikan keadaan. Tujuannya cuma satu sahaja, bila DAP keluar Pakatan Rakyat, maka hancurlah impian Pembangkang untuk menguasai Putrajaya selepas ini.
Penulis sendiri pun tak faham kenapakah pemimpin kita masih tidak sedar dengan permainan UMNO ini. Kenapa akhbar ini sibuk sangat? Kenapa tak besarkan saja kenyataan Muhyiddin Yassin yang mengatakan bahawa Hudud tak sesuai di Malaysia??
Ternyata UMNO yang terdiri dari orang Islam sendiri pun menolak hudud, apatah lagi dengan bukan Islam dalam DAP. UMNO lagi teruk dari DAP. Jadi, jangan lah kita semua terpedaya lagi dengan mainan politik kotor yang dicetuskan oleh orang tua bernama Mahathir ini. Ada agenda tersembunyi....

22 September, 2011

MAHATHIR PERLEKEH HUKUM HUDUD


Makin tua makin teruk nampaknya orang tua ni. Tak tau la nak komen apa lagi. Selagi dia masih bernafas, selagi itulah dia ni suka perlekeh hukum hudud. Itulah dianya Mahathir yang suatu masa dulu amat penulis kagumi. Tapi makin hari makin menyampah pulak rasanya. Patut pun arwah bekas Presiden PAS, Ustaz Fadhil Noor minta tuhan panjangkan umur Mahathir supaya dia dapat kesedaran. Rupanya dah tua pun makin teruk. Berangan lagi nak jadi orang politik. Cuba korang baca berita yang tersiar di utusan di bawah ni. Menunjukkan pendapat seorang tua yang makin tersimpang jauh...

Laksanakan hukum hudud segera


DR. MAHATHIR Mohamad ketika menyampaikan syarahan Perdana Za'ba di Universiti Pendidikan Sultan Idris, semalam. – BERNAMA

TANJUNG MALIM 21 Sept. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mencabar Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya melaksanakan hukum hudud dengan segera memandangkan beliau bukan lagi seorang Perdana Menteri.

Ini kerana, selama menjadi pemerintah negara, beliau sering dianggap sebagai penghalang kepada pelaksanaan hukum tersebut di negeri itu.

“Saya bukan Perdana Menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud).

“Pergilah tanya Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) kalau dia nak bagi... Ini dia (Nik Aziz) asyik salahkan saya kononnya kerana saya, (Pas) tak dapat laksana hukum hudud,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan syarahan perdana Za’ba bertajuk Mampukah Malaysia Menghadapi Cabaran Imperialisme Bentuk Baru anjuran Institut Peradaban Melayu dan Pejabat Kursi Za’ba, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasrat Pas untuk melaksanakan hudud di negeri itu biarpun ditentang hebat oleh sekutunya dalam pembangkang.

Sebelum ini Nik Abdul Aziz pernah dilaporkan berkata bahawa Dr. Mahathir merupakan individu pertama yang menghalang kerajaan negeri Kelantan daripada melaksanakan hukum hudud dan bukan Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir turut membidas pemimpin negeri itu yang lebih banyak bercakap tentang politik daripada memberi didikan agama secukupnya kepada rakyat khususnya golongan muda.

Ini kerana, jelas beliau, sekiranya pemimpin negeri berkenaan menerapkan nilai dan hukum agama maka sudah pasti kes-kes HIV/Aids yang mencatat angka tertinggi di negeri itu berbanding negeri lain tidak akan berlaku.

“Negeri lain tidak ada hukum hudud pun, macam mana kita kawal (rakyat). Ini dia tidak kawal, dia tidak ajar agama betul.

“Kalau kawal betul orang akan tolak perbuatan yang membawa kepada penyakit Aids... Ini dia tidak ajar agama, dia ajar politik, tapi dia (nak) salahkan saya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr. Mahathir mengingatkan rakyat supaya terus menjaga keselamatan negara dan tidak mengambil kesempatan terhadap pemansuhan Akta Dalam Negeri (ISA).

Beliau berkata, biarpun tiada lagi undang-undang yang digubal bagi menggantikan akta tersebut namun rakyat patut mendisiplinkan diri dan tidak berbuat sesuka hati.

“Saya harap rakyat matang dan tidak bertindak sesuatu yang boleh merosakkan negara,” katanya.

Malah Dr. Mahathir berpendapat Malaysia sudah cukup matang dan cekap untuk menjaga dan memastikan keselamatan negaranya sendiri apabila ditanya mengenai kesediaan Amerika Syarikat (AS) untuk membantu merangka undang-undang baru menggantikan ISA.

“Saya fikir kita tidak perlu ikut (cara mereka). Kita pun cekap juga menjaga keselamatan kita. Tak payahlah nak ikut stail Amerika Syarikat,” katanya.

Mengulas mengenai kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan yang mahu menukar Jalur Gemilang, beliau berkata: “Ini satu pendapat yang tidak bertanggungjawab. Itu lambang negara kita.”

20 September, 2011

MAHATHIR CAKAP BERBELIT-BELIT


Barat patut contohi Malaysia

KUALA LUMPUR 19 Sept. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (gambar) berpendapat Amerika Syarikat (AS) dan Britain patut mencontohi Malaysia memansuhkan undang-undang tahanan tanpa bicara seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang masih menjadi amalan di negara terbabit.

Beliau berkata, dunia Barat yang dahulu mengkritik hebat penggunaan ISA di negara ini harus mengakui keterbukaan undang-undang dan mengikut jejak langkah Malaysia.

"Pemansuhan ISA membuktikan negara kita kini berada pada kedudukan yang tinggi dari segi moral.

"Bahkan kita juga lebih terbuka berbanding Barat dengan memansuhkan undang-undang tersebut," katanya pada majlis Ramah Mesra Aidilfitri anjuran Kelab CheDet.Com, di sini hari ini.

Sehubungan itu, Mahathir juga mahu kedua-dua negara menghentikan undang-undang penyeksaan serta membebaskan semua tahanan di Kem Guantanamo dan Abu Ghraib.

Katanya, sebagai negara yang mewarisi undang-undang tinggalan penjajah itu, rakyat negara ini berhak mendesak AS dan Britain supaya memansuhkan undang-undang penahanan tersebut.

"Dulu mereka menuduh kita zalim apabila melaksanakan ISA tetapi sudah terbukti apa yang dilakukan mereka di kem tahanan Kem Guantanamo dan Abu Ghraib jauh lebih kejam," katanya.

Beliau yang menyokong penuh pemansuhan ISA oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini itu bagaimanapun mengingatkan kerajaan supaya lebih berwaspada terhadap desakan dan tindakan golongan ekstrem perkauman di negara ini.

"Saya khuatir mereka akan menggunakan kebebasan ini untuk mengambil kesempatan dan niat jahat," katanya.

19 September, 2011

PESTA BODEK NAJIB MINGGU INI


Kalau korang nak tengok kaki pembodek, kaki pengampu, balaci dan pencacai politik, minggu ni amat sesuai sekali. Korang bacalah Utusan ke, Berita Harian ke, tengok RTM ke, TV3 ke atau apa-apa lagi media pengampu. Sebentar tadi TV3 menerusi Malaysia Hari Ini, pesta puja puji bodek dan mengampu terus berlangsung. Tetamunya Ti Liar Ker (MCA), Zaini Ujang (Bekas Bernama) dan Zaid Ibrahim (Kita) serta panggilan telefon dengan senator Katak, Ezam Mohd Noor. Puja puji super hebat pada Perdana Menteri. Zaini Ujang dalam hujahnya, mengatakan bahawa isu mansuhkan ISA ni dan lama diperjuangkan...(uweekkk!)

Selama ini siapa yang pertahankan ISA? Cuba buka balik sejarah Perhimpunan Mansuh ISA sebelum ini? Ada ke muka ni? Poraaah...
Cuba korang baca Utusan lak....(aku tak beli pun..baca online je)...ramai juga muka bodek dan ampu. Muka-muka sial ni dulu pertahankan ISA kaw-kaw punya. Alih-alih bila Najib cakap nak mansuh, dia orang buat u-turn balik. Gampang betul..
Najib pulak cakap, dia mansuh ISA bukan sebab desakan pembangkang, tapi demi rakyat. Pembangkang tu bukan rakyat ke Najib? Cakap berbelit-belit. Patut pun pengikut pun berbelit-belit....

ISA dimansuh demi rakyat, bukan atas desakan pembangkang

KUALA LUMPUR 18 Sept. - Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 adalah demi kepentingan rakyat serta negara dan bukannya atas desakan pihak pembangkang.

Yang Dipertua Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwandin Hamzah berkata, pihak pembangkang tidak seharusnya mengambil kesempatan di atas pengumuman tersebut dengan memberi 'kredit' kepada diri sendiri semata-mata pernah menuntut pemansuhan akta berkenaan.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkuasa untuk mengekalkan akta tersebut dan melindungi kedudukannya tetapi tidak berbuat demikian kerana lebih mementingkan rakyat.

"Jika Perdana Menteri mahu mengekalkan akta tersebut, beliau boleh melakukannya. Kedudukannya sebagai Perdana Menteri akan lebih selamat tetapi beliau tidak melakukannya kerana pernah berjanji untuk mengkaji rasionalnya akta tersebut pada zaman ini.

"Akhirnya beliau mengambil keputusan memansuhkannya sebagai sebahagian daripada proses transformasi negara seperti yang dijanjikan semasa dilantik menjadi pemimpin negara dua tahun lalu.

"Ia membuktikan keikhlasannya. Beliau melakukannya (memansuhkan akta) demi rakyat dan bukannya untuk pembangkang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Najib supaya tiada pihak cuba meraih keuntungan politik daripada pengumuman mengenai pemansuhan ISA dan Ordinan Darurat 1969 yang dibuatnya pada 15 September lalu.

Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin pula menyifatkan bahawa pihak pembangkang telah mati langkah untuk mempersoalkan isu keselamatan negara apabila ISA dan Ordinan Darurat dimansuhkan.

"Pembangkang sebenarnya telah check mate dalam isu keselamatan negara ini. Tiada sebab untuk mereka mendakwa keputusan tersebut adalah atas desakan mereka.

"Pada ketika ini mereka (pembangkang) sewajarnya memikirkan cara untuk memecat Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sebagai Ketua Pembangkang apabila pendedahan mengenai skandal video seks yang dikaitkan dengannya telah memasuki fasa kedua," jelasnya.

Sementara itu, menurut Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Irmohizam Ibrahim, pembangkang tidak boleh menyatakan pemansuhan kedua-dua akta tersebut sebagai perjuangan mereka kerana ia merupakan komitmen dan iltizam Perdana Menteri.

"Pemansuhan itu juga membuktikan sikap keterbukaan Perdana Menteri untuk membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju dan dihormati oleh masyarakat antarabangsa," ujarnya-utusan.

SEDIHNYA ISLAM DI SELANGOR..


Apa motif sebenarnya Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melarang ahli politik dari memberi ceramah di masjid dan surau sekitar negeri itu? Tak lain kerana motif politik UMNO sebenarnya. Kenapa baru sekarang dilarang? Hampir 50 tahun BN perintah Selanor tiada larangan sedemikian? JAIS mahu halang pemimpin sebarkan dakwah Islamkah? Kalau hujah yang dikemukan JAIS betul, kenapa Jabatan Agama Islam lain-lain negeri tak ikut sama? Hanya JAIS sajakah yang bagus? Kalau tahun 80an dulu, anda mahu kelentong rakyat bolehlah bro...ini zaman zaman IT bro..tak lebih jadi alat dan balaci UMNO saja. Tunggulah rakyat yang akan menentukan dalam Pilihanraya kelak!!

PAS Selangor: Halang ahli politik beri kuliah agama tak masuk akal


KUALA LUMPUR, 18 Sept — Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abd Rani Osman menegaskan tindakan menghalang ahli-ahli politik dan wakil rakyat daripada menyampaikan kuliah agama di masjid dan surau sebagai langkah “tidak masuk akal.”

“Menghalang ahli politik ataupun mereka yang dipilih oleh rakyat bercakap dan menyampaikan maklumat tentang agama adalah satu perkara yang tidak masuk akal, malah saya tidak setuju langsung,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Meru (Adun) Meru ini.

Beliau yang telah ditarik balik tauliah mengajar oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bulan lalu menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap agensi itu kerana menyekat aktiviti berdakwah.

Khamis lalu, Pengarah Jais Marzuki Hussin dipetik berkata ahli politik tidak lagi diberi tauliah untuk berceramah di semua 2,081 surau dan 380 masjid di seluruh Selangor.

“Mana-mana ahli politik yang mempunyai tauliah sebelum ini tidak boleh memperbaharuinya sebaik ia tamat dan mereka tidak lagi dibenarkan memberikan ceramah di semua surau dan masjid di negeri ini,” kata Marzuki.

Beliau berkata larangan terhadap ahli politik itu adalah bagi mematuhi titah perintah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melalui surat pekeliling bertarikh 22 Jun lalu.

Marzuki berkata Sultan Selangor tidak berkenan untuk memberikan tauliah kepada semua ahli politik untuk berceramah di semua surau dan masjid di seluruh Selangor.

Dr Rani yang dilantik sebagai ketua PAS negeri Jun lalu menambah, pentauliahan diadakan bagi mengelak daripada berlakunya penyebaran ajaran sesat oleh mereka yang tidak dikenali tetapi apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya.

“Kita melihat ramai ahli politik yang mempunyai sijil-sijil agama yang diiktiraf sama ada di dalam mahupun di luar negara dan kebanyakan darinya telah mendapat pengiktirafan dari Arab dan juga Mesir.

“Jadi isu ajaran sesat tidak timbul, malah menghalang mereka-mereka ini dari menyampaikan sesuatu kebaikan adalah bertentangan dengan apa yang Islam kehendaki,” tambah beliau dipetik Harakahdaily hari ini.

Dr Rani memberitahu, sebelum ini pemimpin Umno bebas melakukan apa sahaja termasuk menyampaikan dakwah di surau-surau mahupun masjid.

Katanya, jika dulu pemimpin-pemimpin Umno bebas melakukan apa saja yang mereka mahu termasuk menyampaikan tazkirah di surau mahupun masjid, malah bermacam-macam perkara mereka lakukan.

“Sepanjang itu jugalah kita melihat tidak pernah ada pentaulihan diberikan malah Jais hanya berdiam diri dan yang paling mendukacitakan Jais juga turun sama dalam program yang dianjurkan oleh Umno itu.

“Dulu tak pernah wujud seperti ini tetapi sekarang macam-macam halangan ada. Kita tidak bebas lagi hendak menyampaikan dakwah malah setiap pergerakan kita dipantau,” tambah Dr Rani.

Beliau juga menjelaskan, walaupun tauliahnya telah ditarik balik aktiviti dakwahnya tetap diteruskan.

“Saya akan tetap berdakwah walaupun tidak diberi tauliah oleh Jais, jika sebelum saya menjadi Adun saya bebas melakukan dakwah atas sebab apa saya hendak hentikannya.

“Jika ada pihak mengatakan isi penyampaian dakwah saya ada yang salah sila buktikan kesalahan itu dan setiap tuduhan perlu ada bukti yang kukuh bukannya sekadar cakap kosong,” kata wakil rakyat penggal pertama ini.-themalaysiainsider

17 September, 2011

NAJIB TERBUKTI KANTOI


Sebelum ini bila bloggers Pakatan Rakyat siarkan gambar sesuatu perhimpunan anjuran UMNO dan BN yang mana pesertanya diangkut menggunakan bas, pasti ramai juak-juak dan pencacai UMNO akan menafikan. Tapi jika korang baca berita di bawah, terang-terang disediakan bas bagi orang ramai sekitar Parlimen Pekan kawasan Dato Najib. Mereka mensasarkan 50,000 orang akan datang. Haha...sebenarnya kalau dah disediakan bas dan duit poket, bukan setakat 50,000 orang, 200,000 orang pun boleh! Malam esok korang tengoklah berita TV kononnya sambutan rakyat luar biasa di Majlis Hari Raya PM! Entahlah ...sampai bila kita perlu ditipu macam ni...

Jamuan Aidilfitri PM di Pekan esok


PEKAN: Lebih 50,000 pengunjung dijangka menghadiri Majlis Jamuan Aidilfitri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Taman Tasik Sultan Abu Bakar di sini, mulai jam 10 pagi esok.

Berbanding tahun lalu, lokasi jamuan rakyat kali ini diadakan berhampiran kawasan perumahan bagi memudahkan penduduk setempat menghadiri majlis itu selain mengelak kesesakan di bandar ini.
Pada majlis itu, pelbagai juadah istimewa disediakan di 130 gerai. Antara juadah itu termasuk nasi beriani; beriani gam; nasi minyak; nasi bukhara; laksa Penang; laksa Pahang; capati; roti canai dan mi sup.
Pengerusi Jawatankuasa Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri, Datuk Ishak Muhammad, berkata penganjur menyediakan perkhidmatan bas dari tapak Riverfront, di sini bagi memudahkan orang ramai menghadiri majlis itu terutama bagi mereka yang datang dari Nenasi, Sungai Miang, Rompin, Chini, Kuantan dan Peramu Jaya.

“Perkhidmatan bas juga disediakan bagi penduduk dari Jaya Gading, Inderapura dan Kuala Pahang. Operasi bas itu adalah percuma dari jam 9 pagi hingga 3 petang,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Kalsom dijangka mencemar duli berangkat ke majlis jamuan Hari Raya itu. Turut berangkat, Tengku Mahkota, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah; Tengku Puan, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Muda, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.-beritaharian.

16 September, 2011

MAHATHIR LAH PUNCANYA....?


Inilah punca sebenar perpecahan Melayu hari ini. Bimbang Jawatan terjejas, sanggup fitnah Timbalannya sendiri. Inilah salah satu kesilapan paling besar Mahathir sepanjang bergelar Perdana Menteri. Terang-terang dia tak dapat terima nasihat ahli agama. Kat sini pun kita dah dapat agak, kalau pendapatan mufti pun tak boleh terima, apatah lagi pendapat ulama yang lain. Hari ini kita sendiri dapat melihat kesan tindakan Mahathir pada tahun 1998.


‘Saya tidak boleh terima nasihat itu’


SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengaku, beliau tetap memecat timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, walaupun dinasihatkan tidak berbuat demikian oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Menurutnya, tindakan itu dilakukan kerana beliau tidak boleh menerima seseorang yang tidak bermoral menjadi pemimpin dalam kabinetnya.

“Sekiranya beliau (Harussani) menasihatkan saya, saya akan menafikan perkara tersebut, kerana saya tidak boleh menerima nasihat seperti itu,” katanya dalam entri terbaru blognya www.chedet.cc, semalam.

Harussani mendedahkan beliau pernah cuba bertemu dengan Dr Mahathir untuk meminta tidak memecat dan mengenakan tuduhan liwat ke atas Anwar.

Beliau tidak dibenarkan menemui perdana menteri ketika itu kerana Dr Mahathir enggan menemuinya.

Harussani berkata demikian dalam Wancana Sinar Harian Siri 6, bertajuk Ulama Politik, Untuk Dakwah atau Parti di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, pada 24 Ogos lalu.

Dalam wacana itu, Harussani berkata, banyak perkara beliau cadangkan kepada Dr Mahathir, termasuk tidak memecat Anwar, bagi mengelakkan perpecahan Melayu.

“Jika pecat Anwar, pengaruh (Anwar) bukan sikit; boleh pecah Melayu. Begitu juga tuduhan liwat; perlu ada empat saksi. Saya mahu cadangkan supaya buat rombakan Kabinet sahaja, turunkan Anwar dari timbalan perdana menteri kepada menteri biasa. Itu yang lebih baik,” katanya.

Anwar dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden Umno, pada September 1998.

Dr Mahathir berkata, beliau sendiri tidak mengingati sama ada Harussani hendak memberi nasihat itu di majlis awam atau secara peribadi.:

“Saya menggugurkan Anwar kerana tiada pilihan. Ini disebabkan sikap tidak bermoralnya; bagaimana saya boleh menjelaskan kepada rakyat...,” katanya.

Dr Mahathir berkata, pelbagai pihak, termasuk penyokong Anwar, mengatakan tindakan itu bermotifkan politik, tetapi hakikatnya adalah berbeza.:

Anwar menafikan tuduhan melibatkan moral yang dilemparkan kepadanya.

Dalam tahun 1999, Anwar dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun kerana didapati bersalah di atas kesalahan penyalahgunaan kuasa.

Pada tahun 2000, hukuman selama sembilan tahun dikenakan kerana didakwa melakukan kesalahan di luar tabii (liwat).

Walau bagaimanapun, pada tahun 2004, Mahkamah Persekutuan menggugurkan sabitan kesalahan liwat kerana pihak pendakwa raya gagal mengemukakan bukti kukuh tanpa sebarang keraguan, bahawa perbuatan meliwat tersebut telah berlaku. Oleh itu beliau dibebaskan.

15 September, 2011

IBRAHIM NAK CABUT BULU MAT SABU


Kadang-kadang naik meluat tengok muka Ibrahim Geli @ Katak ni. Tak habis-habis dengan cakap besarnya. Panglima Jihad yang menyorok ketika perhimpunan Bersih tempohari kembali bersuara. Dia kata kerajaan lemah sebab tak mahu ambil tindakan pada Mat Sabu. Ibrahim kata dia sanggup cabut bulu Mat Sabu dari atas sampai bawah kalau dia ada kuasa. Korang ingat lagi tak masa dia ni cakap nak berjihad tempohari. Semua pihak termasuk BN sensiri minta ambik tindakan pada Ibrahim Geli ni. Apa kata Nazri Aziz ketika itu? Kata Nazri itu kenyataan peribadi IBrahim dan tak perlu ambil tindakan. Agak-agaklah siapa la masa tu sanggup nak cabut bulu Ibrrahim Geli ni masa tu......


PERKASA menyifatkan kerajaan mungkin lemah apabila didakwa tidak bertegas terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung kenyataannya dalam isu Mat Indera dan tragedi Bukit Kepong. NONEPresiden kumpulan pendesak Melayu itu Datuk Ibrahim Ali berkata, selepas pelbagai tuntutan dibuat di dada akhbar, termasuk melucutkan kerakyatannya, sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil. "Kalau kita cadang Mat Sabu ditangkap, kita akan ditertawakan. Apakah kerajaan kita lemah? Mungkin, sebab kita tidak bersatu. "Kalau kita mahu kerajaan kita bertindak tegas, yang penting ditunjukkan dahulu bahawa Melayu bersatu. Kalau tak bersama, macam mana tindakan tegas boleh diambil," katanya dalam forum membincangkan isu Mat Indera di Kuala Lumpur malam tadi. Berucap di hadapan ratusan peserta, Ibrahim mendakwa, isu sebelum ini seperti penganjuran perhimpunan BERSIH 2.0, isu Gereja Methodist Damansara Utama dan usaha memurtadkan juga menyaksikan tiada tindakan. Anggota parlimen Pasir Mas itu berkata, walaupun kerajaan cuba "menarik rambut dalam tepung", kesabaran orang Melayu mempunyai batasnya. Cabut bulu bersih memo to suhakam 130907 mat sabu"Nasib baik saja Mat Sabu. Kalau saya jadi menteri dalam negeri, dah hancur Mat Sabu ini. Daripada bulu atas sampai bulu bawah saya cabut. "Tetapi macam saya cakap tadi, kerajaan kena bertindak bijak. Kita bersabar. Tetapi sabar ada batasnya," katanya yang terkenal dengan kelantangannya itu. Dengan nada amaran, Ibrahim berkata, apabila rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan ia menunjukkan "tanda yang tidak baik dalam negara". "Jangan rakyat ambil undang-undang dalam tangannya sendiri. (Presiden Majlis Perunding Melayu) Prof (Kamarudin) Kachar kata tadi, kalau jumpa, dia akan tempeleng Mat Sabu. "Jadi, perdana menteri please (tolong), menteri dalam negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein please bertindaklah dengan tegas daripada sekarang," katanya. Kamarudin antara ahli panel dalam program itu di samping ahli akademik Prof Dr Ramlah Adam, anak pengasas Umno Datuk Onn Jaafar bernama Jaafar dan bekas pengarah polis Cawangan Khas Dr Zulkifli Ab Rahman. Pemimpin haprak Sambil menyifatkan pemimpin PAS sebagai "haprak" dan "tidak kenal lagi batas", Ibrahim berkata tindakan Mohamad memalukan umat, sedangkan bangsa lain didakwa begitu gembira. NONE"Kita PERKASA akan terus berjuang. Jangan setakat bertepuk tangan, kita kena berjuang. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan," katanya. Bagaimanapun, Ibrahim juga menawarkan penyelesaian lain dengam berkempen memastikan kekalahan calon PAS dalam pilihan raya umum yang dikatakan tidak lama lagi. "Tolong berkempen kalahkan mereka ini dalam pilihan raya ke-13 ini. Sebab kalau tak buat demikian, mereka bertanding dan menang pula, (ini) tunjukkan apa dia (Mohamad) buat, (mereka) kata diterima masyarakat. "Ini paling saya takut. Ini paling saya bimbang. Sejarah boleh berulang," katanya yang mendapat tepukan gemuruh. Sambil mendakwa Mohamad sebagai "perkakas DAP" dengan menghina pejuang kemerdekaan, Ibrahim juga mempertikai kenyataan pemimpin parti Islam itu berdasarkan latar pengajiannya di universiti dalam bidang seni reka sebelum ini.-malaysiakini

UTUSAN CELAKA GUNA ULAMA PULAK!!


Bila terdesak je, terus guna ulama'. Begitulah perangai 'bodoh' akhbar Utusan Malaysia yang dinaungi UMNO di belakangnya. Waktu mereka sebarkan kisah dan gambar video seks kononnya Anwar Ibrahim, tak pulak tanya pendapat Ulama'. Mereka aibkan Anwar Ibrahim habis-habisan. Benda belum terbukti, tapi demi politik kotor UMNO, mereka sanggup lakukan. Malah Utusan inilah juga yang telah menghina 'Islam' sewaktu menyiarkan karikatur tentang perlunya empat saksi dalam Islam.
Sekarang mereka 'spin' kembali pendapat Ulama demi kepentingan politik bahlol mereka. Masa ni reti pulak Utusan nak guna Al-Quran dan hadis.
Mereka fitnah Mat Sabu bertubi-tubi sebelum ini tak guna Al-Quran dan hadis pulak sebagai panduan.
Inilah sebenarnya perangai buruk UMNO yang makin hari anak muda makin menjauhkan diri. Semua dah faham sangat akan kelakuan 'hipokrit' UMNO dan Utusan.
Teringin juga penulis satu masa nanti nak lihat nasib Utusan apabila Kerajaan Pakatan Rakyat dapat memerintah Malaysia.
Perangai 'busuk' Ketua pengarang dan Pengarang-Pengarangnya akan terbongkar ketika itu lebih-lebih lagi penulis celaka yang berselindung di sebalik 'Awang Selamat'.
Hidup berlandaskan fitnah tak akan selamat!!

14 September, 2011

3 KALI MALAIKAT TANGGUH CABUT NYAWA


Baca tajuk pun dah nak tergelak. Haha...macam-macam perangai manusia kat Malaysia ni. Hari tu ada Rasul Melayu yang letak jawatan sebagai Rasul. Ni pulak cerita tentang Malaikat Maut tak jadi ambik nyawa orang pulak. Korang nilaikanlah sendiri. Malaysia Boleh!


RAWANG – “Dia pernah mengakui kepada saya tiga kali malaikat datang untuk mencabut nyawanya, tetapi tidak jadi selepas dia minta tangguh sebab hendak selamatkan ramai lagi umat Islam (ke jalan benar).”

Demikian anta ra pengalaman penduduk pernah dipujuk sendiri oleh pengasas Ajaran Ilmu Hakikat Hassan J onit untuk menyertai kumpulan terpesong dari ajaran Islam itu, yang tidak dapat dilupakan.

Penduduk hanya mahu dikenali sebagai Mohamad berkata, dia mesra memanggil pengasas kumpulan terbabit yang bertapak di Kampung Melayu Batu Arang itu sebagai ‘Wak’ seperti kalangan masyarakat kampung.

“Saya dan Wak agak rapat kerana bekerja di satu tempat kerja yang sama iaitu di kilang buat peluru di Batu Arang pada 1974. Pada masa itu Wak bekerja sebagai ‘foreman’ baik dengan semua seperti biasa.

“Sejak 90-an, dia (arwah) yang berumur sekitar 50-an ketika itu dan berasal dari Tanjong Karang sudah menuntut ajaran itu di Gombak sebelum menjadi pengasas ajaran berkenaan bermula di kampung ini,” katanya.

Menurut Mohamad, Wak yang meninggal dunia sekitar lima tahun lalu pernah memujuknya beberapa kali supaya menuntut ilmu terbabit di Gombak, tetapi ditolak baik dengan alasan mempunyai komitmen lain.

Katanya, terdapat juga rakan-rakan dari Batu Arang cuba menjadi pengikut ajaran berkenaan, tetapi tidak tahan dengan masa ‘pengajian’ pada tengah malam hingga awal pagi.

“Ada kawan-kawan (kilang) kata tidak tahan kerana waktu kelas sedemikian, kemudian 7.30 pagi perlu masuk kerja semula. Jadi ramai yang lari.

“Namun ada segelintir terpengaruh sebab dijanjikan ia adalah jalan betul untuk mencari akhirat iaitu masuk ke syurga,” katanya.

Menurut Mohamad, bagaimanapun berikutan ajaran menjadi bualan ketika itu, pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sudah membuat pantauan beberapa tahun selepas kewujudannya bertapak di kampung tersebut.

“Sekarang daripada maklumat kita terima, salah seorang menantu lelaki Wak daripada 13 anaknya, menyambung ‘tugasnya’ untuk menyebar ajaran itu,” katanya.

Menurutnya, penduduk tidak membuat aduan rasmi walaupun sedar kegiatan dilakukan kumpulan terbabit.

“Jika tidak silap sudah dua kali serbuan ke rumah itu, malah pihak Jais pun sudah pantau.

“Selepas itu kita tidak dengar sebarang cerita, namun baru-baru ini isu itu (ajaran sesat ) kembali diketengahkan,” katanya.

Mohamad juga mengesahkan kelas ‘pengajian’ ada dijalankan di markas utama ajaran tersebut.

Katanya, aktiviti diadakan di ruang surau markas dihadiri kira-kira 20 pengikut pada satu-satu masa.

“Dua kali setiap minggu terdapat orang akan ‘mengaji tarikat’ di situ yang sering diadakan sekitar jam 1 pagi hingga jam 4 pagi.

“Mereka yang datang bukan calang-calang orang kerana menggunakan kereta besar-besar dan kebanyakannya orang luar dan bukan penduduk tempatan," katanya.

13 September, 2011

TAKTIK NAJIB TIPU RAKYAT?


Seolah-olah telah dirancang!!! Inilah yang dinamakan taktik pilihanraya. Ketika rakyat memuncak dengan kemarahan sewaktu pengumuman cukai 6% untuk pembelian prepaid top up, tiba-tiba Najib muncul menyalahkan syarikat Telco. Najib kata dia tak tahu pun kenaikkan 6% ini. Haha..kelakar..kelakar... dia yang wujudkan cukai itu, kemudian dia sendiri buat-buat tak tahu. Nampaknya rakyat berjaya dibodohkan. Pagi ini dalam Berita pagi TV3, rata-rata rakyat yang ditemuramah, memuji kerajaan dan Najib kerana berjaya memaksa Telco menangguhkan cukai 6% tersebut. Orang ramai yang ditemuramah memuji Najib kononnya prihatin masalah rakyat. Uweekkkk!!! Haha..korang tak rasa ditipu ke dengan mainan Najib ini?


Cukai 6 peratus ditangguh - Rais


Dr. Rais Yatim (tengah) bermesyuarat dengan pengerusi syarikat-syarikat telekomunikasi Malaysia mengenai caj cukai sebanyak 6 peratus ke atas pengguna prabayar di Wisma Angkasapuri, Kuala Lumpur, semalam. - bernama

KUALA LUMPUR 12 Sept. - Cadangan pelaksanaan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar yang dijadual Khamis ini, ditangguhkan sehingga kajian mengenainya selesai.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, keputusan tersebut dicapai setelah kementeriannya mengadakan pertemuan bersama empat pengendali utama telekomunikasi di negara ini.

"Perundingan yang melibatkan pengurusan utama Celcom, Maxis, Digi dan U-Mobile itu berlangsung dalam suasana cukup baik dan kesemua mereka telah bersetuju untuk menangguhkannya dan tidak dilaksanakan seperti yang diumumkan sebelum ini.

"Mereka menerima baik nasihat kementerian, pandangan kerajaan serta sentimen yang dilahirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan wakil syarikat-syarikat telekomunikasi tersebut di Angkasapuri di sini hari ini.

Antara yang hadir dalam pertemuan tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Celcom, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly; CEO Kumpulan Maxis, Sandip Das; CEO Kumpulan Digi, Henrik Clausen dan CEO U-Mobile, Dr. Kaizad Heerjee.

Menurut Rais, penangguhan itu dibuat bagi membolehkan kajian sama ada cukai tersebut akan dikenakan terhadap pengguna yang membeli pek permulaan talian prabayar atau mengenakannya setiap kali pengguna membuat tambah nilai kredit.

"Saya rasa lega apabila mereka bersetuju menangguhkannya dan kementerian akan membuat beberapa kajian tentang isu yang dibangkitkan seperti waktu terbaik bagi melaksanakan cukai perkhidmatan tersebut," katanya.

Menurutnya, kajian berhubung caj tersebut akan dilakukan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan syarikat komunikasi terlibat yang turut sama akan membincangkan kadar yang sepatutnya dikenakan.

"Jadi, isu-isu yang berbangkit ini akan saya bawa kepada mesyuarat Jemaah Menteri kelak untuk menghuraikan dengan lebih jelas berkenaan data dan fakta yang lengkap," katanya.

Rais berkata, beliau juga akan menyarankan kepada kerajaan untuk memberi penghargaan di atas sumbangan dan peranan yang dibuat syarikat-syarikat telekomunikasi tersebut terhadap cukai perkhidmatan selama ini.

"Jumlah yang disumbang syarikat-syarikat itu terhadap cukai perkhidmatan amat besar dan boleh saya anggarkan jumlahnya bernilai hampir RM6 bilion bermula dari 1998 sehingga kini kepada hampir 26 juta pengguna talian prabayar di negara ini," katanya.

Justeru itu, Rais berharap isu cukai perkhidmatan tersebut tidak lagi dibangkitkan kerana syarikat telekomunikasi terbabit sudah bersetuju untuk menangguhkan pelaksanaan caj tersebut.-utusanmalaysia.

12 September, 2011

DEMI PILIHANRAYA: NAJIB HAPUS ISA?


Najib timbang mansuh ISA tingkat undi PRU-13

KUALA LUMPUR, 12 Sept — Datuk Seri Najib Razak kemungkinan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang menjadi kritikan pembangkang, seawal minggu ini untuk mendapatkan momentum menjelang pilihan raya umum dalam waktu terdekat ini.

Najib mengambil alih jawatan perdana menteri pada April 2009 dengan janji mahu mengkaji semula undang-undang itu tetapi kredibiliti kepimpinan perdana menteri yang dipersoalkan dengan serius ekoran pendirian dasarnya yang sering berubah sedang mempertimbangkan untuk memansuhkan ISA.

ISA yang diperkenalkan lebih lima dekad lalu menyediakan peruntukan menahan seseorang tanpa perbicaraan.

The Malaysian Insider difahamkan ada sedikit “halangan” di Kementerian Dalam Negeri dan elemen-elemen sayap kanan dalam Umno sendiri, tetapi dengan mengambil kira keperluan Najib untuk mendapatkan sokongan golongan pertengahan, penasihatnya merasakan bahawa beliau perlu mengambil tindakan yang drastik.

“Pilihan beliau terhad,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

“Ada tentangan ke atas idea itu tetapi Perdana Menteri diyakinkan bahawa undang-undang itu tidak perlu memandangkan ada undang-undang lain untuk berurusan dengan keselamatan,” kata beliau merujuk kepada Ordinan Darurat, yang telah digunakan untuk menahan enam aktivis Bersih 2.0 dua bulan lalu.

Keenam-enam mereka telah dibebaskan kemudian tetapi dikenakan tuduhan lain.

Najib (gambar) dikritik teruk dengan cara beliau mengendalikan perhimpunan tersebut pada 9 Julai.

Kajian Merdeka Center pula menunjukkan populariti beliau menjunam terus sejak Mei 2010.

Kata satu sumber, Najib yang juga Presiden Umno mahu mendapatkan balik sokongan golongan pertengahan dengan mencuba usaha terbaru ini.

ISA telah digunakan dengan meluas ketika Operasi Lalang 1987. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan buat kali pertama di bawah ISA pada 1970-an dan kali kedua ditahan atas tuduhan liwat dan salah guna kuasa pada 1998.

Pada Julai lalu, Najib berkata kerajaan akan mengkaji akta-akta lain yang dilihat berkaitan dengan ISA bagi memastikan satu perubahan yang besar dalam usaha menangani keselamatan di negara ini.

Perdana Menteri berkata kajian dan perubahan melibatkan akta lain yang berkaitan dengan ISA dilihat perlu bagi kesesuaian keadaan semasa dan kehendak rakyat.

Sehari sebelum itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pindaan ISA perlu dibentang di Dewan Rakyat bersama enam akta undang-undang pencegahan yang berkaitan dan kajian semula akta itu akan dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Peguam Negara dengan kerjasama Majlis Peguam.

Hishamuddin berkata akta akta berkenaan termasuk Akta Pencegahan Jenayah 1959 yang akan dikaji daripada aspek keberkesanan undang-undang dalam pencegahan jenayah; Seksyen 27 Akta Polis 1960 berkaitan perhimpunan awam yang tidak memerlukan permit; Akta Buang Negeri 1959 (Pindaan 1972) berkaitan sama ada undang-undang itu masih relevan.

Selain itu, Akta Kediaman Terhad 1933 berkaitan keberkesanan undang-undang dan perintah yang dikeluarkan dan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 dan Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 berkaitan tempoh tahanan, hak dan layanan terhadap tahanan, kuasa Menteri Dalam Negeri dan penahanan tanpa perbicaraan.

Hishammuddin berkata akta itu sebenarnya sudah lama dalam penelitian kementeriannya dan Pejabat Peguam Negara dan cadangan sama ada akta berkenaan akan dipinda atau dimansuhkan sedang diambil kira.

Najib berkata kerajaan serius dalam usaha membawa perubahan dalam soal keselamatan dalam negara ini.

“Kerajaan serius membawa perubahan dalam soal keselamatan dalam negara kita yang lebih terbuka, kita perlu lihat undang-undang lain juga supaya kita dapat membuat perubahan yang besar dalam menangani keselamatan negara kita.

“Kita akan buat kajian dan perubahan terhadap akta tersebut supaya lebih sesuai dengan keadaan semasa dan sesuai dengan kehendak rakyat,” kata Najib ketika itu-themalayasiainsider

10 September, 2011

MAHATHIR MULA KUTUK NAJIB


Mahathir mula berbunyi. Tentu ada yang tak kena atau perancangan seseorang untuk jatuhkan Najib? Hahaha.....



KUALA LUMPUR, 9 Sept ─ Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat tinjauan Merdeka Center baru-baru ini yang menunjukkan sokongan terhadap Datuk Seri Najib Razak merosot teruk berpunca antara lain kesan cara kerajaan menangani perhimpunan Bersih 2.0 pada awal Julai lalu.

Katanya, tindakan kerajaan tidak membenarkan orang memakai baju kuning adalah satu tindakan yang dilihat tidak betul.

Bercakap dalam satu wawancara Astro Awani disiarkan hari ini, Dr Mahathir (gambar) berkata, imej kerajaan jadi buruk kerana tindakan tegas yang diambil oleh pihak berkuasa untuk mengekalkan ketenteraman awam menjelang 9 Julai.

“Ini disalahkan ke atas (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib tetapi saya tidak tahu apakah Datuk Seri (Najib) yang beri arahan baju kuning tak boleh pakai.

“Saya tak fikir dia nak kata kepada polis baju kuning tak boleh pakai. Tetapi hakikatnya orang yang pakai baju kuning kononnya dianggap sebagai musuh dan ditahan. Itu tindakan kerajaan Malaysia dan ini memberi gambaran yang tidak baik kepada kerajaan,” kata beliau lagi.

Kajian terbaru Merdeka Center mendakwa aliran populariti Najib terus mengalami penurunan daripada 72 peratus pada Mei 2010 kepada 69 peratus November lalu, 67 peratus pada Mac tahun ini dan seterusnya ke paras 65 peratus Mei lalu dan yang terbaru 59 peratus.

Kajian itu dikendalikan melibatkan 1,027 respoden, membabitkan pengundi berdaftar, antara 11 hingga 27 Ogos lalu ─ kira-kira sebulan selepas perhimpunan Bersih 2.0.

Kepimpinan Umno mengetepikan hasil kajian itu sambil menyifatkannya sebagai tidak berasas.

Menurut beliau, Bersih 2.0 telah berjaya mencapai matlamatnya untuk memburukkan imej kerajaan dan kepimpinan perdana menteri melalui perhimpunan itu.

Dr Mahathir membandingkan tindakan polis menjelang dan pada 9 Julai itu dengan tindakan polis Britain semasa rusuhan bulan lalu.

“Saya fikir rancangan Bersih berjaya mencapai matlamatnya untuk memburukkan imej kerajaan. mereka tahu kalau mereka menjalankan demonstrasi, maka sudah tentulah pihak kerajaan akan meletakkan pasukan untuk menghalang demonstrasi ini. dengan kerana itu, imej kerajaan menjadi buruk kerana kerajaan membuat tindakan seperti mengharamkan pakaiaan baju kuning dan sebagainya,” katanya.

Menurut Dr Mahathir, penganjur perhimpunan Bersih 2.0 tahu yang kerajaan tidak bersetuju dengan tindakan mereka dan usaha pihak berkuasa menanganinya memang ditunggu-tunggu supaya dunia melihat keburukan kerajaan.

Dr Mahathir turut ditanya penglibatan anaknya sendiri Datuk Seri Marina Mahathir pada perhimpunan itu.

“Saya beri kebebasan kepada anak saya. Saya tak kata anak saya mesti ikut saya. Mereka kebijaksanaan mereka sendiri. Alhamdulillah, dia sertai tetapi tak jadi apa-apa”.-themalaysiainsider

09 September, 2011

BUDAK DILIWAT ATAS SILING


Hai...macam-macam perangai manusia ni. Tak kira bulan puasa atau bulan tak puasa. Sama saja bila nafsu dan melonjak. Syaitan yang kena ikat pun turut ketawa agaknya:


SUNGAI PETANI - “Saya diliwat dua kali, kali pertama di atas siling asrama dan kali kedua pada bulan puasa di tandas asrama,” begitulah pengakuan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun ketika ditemu bual Sinar Harian semalam.

Kanak-kanak terbabit menjadi mangsa liwat seorang rakan asramanya sebelum bulan puasa dan pada 20 Ogos lalu dan kini ditempatkan di

Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk siasatan lanjut.

Menurut mangsa, kali pertama dia diliwat oleh rakannya itu di atas siling asrama setelah dipaksa naik ke tempat itu yang difahamkan diletakkan tilam.

“Siling asrama pecah dan ini membolehkan rakan terbabit naik ke atas siling itu. Saya dipaksa naik ke atas siling ketika rakan-rakan lain menonton televisyen.

untuk cerita lanjut sila baca sini : www.media-terkini-online.blogspot.com

08 September, 2011

BUKTI UMNO KAWAN KOMUNIS


Kata dulang Paku serpih, mengata orang, UMNO yang lebih. Pepatah ini memang sesuai untuk UMNO. Hari-hari kutuk Mat Sabu konon sokong Komunis. Tapi diam-diam diaorang boleh pulak kerjasama dengan Komunis. Memang sah UMNO ni parti bangkai. Hilang respect der!!!


DAP dakwa Umno hipokrit


IPOH - DAP Perak tampil membongkar sikap Umno yang dikatakan hipokrit apabila mengecam hebat kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu (Mat Sabu) dianggap membela pejuang Komunis dalam kejadian Bukit Kepong pada 1950 sedangkan mereka (Umno) sendiri bekerjasama dengan Parti Komunis China (CPC) pada Ogos 2010.

Setiausahanya, Nga Kor Ming berkata, memorandum persefahaman (MoU) itu ditandatangani sendiri Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mewakili Umno dengan pihak CPC.

Beliau mendakwa, memorandum tersebut ditandatangani di Beijing, China dan pernah mendapat laporan meluas oleh akhbar tempatan pada ketika itu.

“Umno mengutuk komunis dan melemparkan segala fitnah terhadap Parti Komunis Malaya (PKM) serta cuba menodai nama baik Mat Sabu, tetapi pada masa yang sama Umno secara terbuka telah menjalin hubungan intim dengan ‘bapa’ PKM, iaitu CPC.

“Bak kata pepatah Melayu, ibarat meludah ke langit, akhirnya kena pada muka sendiri. Inilah akibat melakukan dosa fitnah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kor Ming berkata, walaupun Umno cuba mengapi-apikan sentimen perkauman dan ideologi kedua-dua parti itu berbeza, tetapi jelas wakil CPC sering diundang menjadi tetamu kehormat khas perhimpunan Agong UMNO yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

“Bersama-sama ini saya disertakan keratan akhbar Tengku Adnan tandatangan dengan Setiausaha pusat Parti Komunis Cina dengan senyuman lebarnya.

“Berita ini juga boleh diakses di laman Umno Online,” katanya yang juga Ahli Parlimen Taiping.-sinarharian.

KHALID SAMAD KENA 'BELASAH' PULAK..


Bagaikan diatur, Utusan menjalankan peranan memburukkan nama pemimpin Pakatan Rakyat satu persatu. Dulu Niz Aziz, diikuti Lim Guan Eng, kemudian Khalid Ibrahim, seterusnya Anwar Ibrahim, diikuti Mat Sabu dan terkini Khalid Samad. Ha..ha..ha..semua orang dah tahu plan Utusan Malaysia yang dikerahkan orang tertentu di belakangnya. Cuma Utusan cukup takut nak burukkan Husam Musa. Bukan sebab apa dari dulu sampai sekarang semua saman Husam Musa berjaya membuktikan fitnah memang wujud untuk menjatuhkannya. Sekarang ni 'turn' Khalid Samad pulak kena 'belasah' dengan tangan ghaib UMNO di belakang Utusan. Mari kita ikuti permainan Utusan seterusnya:


Khalid dakwa ada konspirasi

SHAH ALAM 7 Sept. – Ekoran tidak berpuas hati dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang mengambil tindakan terhadapnya kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah di sebuah surau bulan lalu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad hari ini cuba menyerang pihak berkuasa agama itu dengan mengaitkannya dengan UMNO.

Malah, hari ini Timbalan Pesuruhjaya II Pas Selangor itu turut mengeluarkan kenyataan berbeza apabila menyatakan tauliah penceramah tidak perlu, selain mendakwa JAIS sebagai sebuah badan yang tidak bebas dan menyifatkan keperluan tauliah mengajar adalah peraturan lama yang digubal semasa pentadbiran negeri dikuasai oleh Barisan Nasional (BN) dulu.

Beliau juga mendakwa para pegawai penguat kuasa yang menjalankan tugas berdasarkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 mengamalkan diskriminasi dan bersekongkol dengan UMNO.

“Mereka (para pegawai JAIS) masih mempunyai pemikiran lama. Mereka dengan UMNO menggunakan peraturan tauliah untuk menyekat pergerakan Pas mengadakan ceramah di masjid dan surau.

“Pas dilihat lebih mendekati masyarakat melalui aktiviti ceramah di masjid dan surau. Mereka tidak mahu perkara ini berlaku atas kepentingan politik, maka mereka ambil tindakan menggunakan larangan ceramah tanpa tauliah.

“Kita (pemimpin Pas) mengadakan ceramah di masjid dan surau. Pas sebagai sebuah parti Islam, sudah tentukah kita selitkan hal-hal yang berkaitan tentang agama Islam dalam ceramah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Khalid menyatakan akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah Klang pada 24 November ini atas dakwaan menyampaikan ceramah tanpa tauliah di sebuah surau pada Ogos lalu.

Dalam kenyataannya semalam, beliau menyatakan, pihaknya tidak menyatakan tauliah mengajar tidak perlu sebaliknya kehadirannya di surau berkenaan hanya mengadakan ceramah mengenai Islam sahaja.

Beliau hadir di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kira-kira pukul 10 pagi semalam untuk memberikan keterangan terhadap tuduhan yang didakwa dilakukannya di sebuah surau di Taman Seri Sementa, Kapar, Klang.

Berdasarkan Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, individu yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang Islam tanpa tauliah di bawah Seksyen 118, melakukan kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Khalid berkata, meskipun JAIS ketika ini di bawah pentadbiran parti-parti pembangkang, masih ramai pegawai pihak berkuasa agama itu merupakan orang yang sama ketika pentadbiran BN sebelum tahun 2008.

“Pegawai-pegawai JAIS yang ada adalah orang yang sama seperti sebelum ini (pentadbiran BN) kita tidak pecat mereka kerana kita tidak mahu bertindak zalim. Kita tidak boleh pecat mereka,” ujarnya.-utusanmalaysia.

06 September, 2011

MAT SABU TUNJUK BUKTI



PERCAYALAH...BERITA INI TAKKAN MASUK TV ATAU AKHBAR UTAMA NEGARA KITA. PUAK-PUAK UMNO MAKIN CUAK DENGAN PENDEDAHAN MAT SABU INI. UMNO NAMPAKNYA DAH MASUK KUBUR YANG DIGALI SENDIRI..KAHKAH..


JOHOR BAHRU - “Jangan gali kubur sendiri!” Itulah peringatan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu kepada mana-mana pihak terutama pemimpin Umno yang terus menyerangnya berhubung isu dakwaan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.

Mat Sabu berkata, beliau bukan bercakap kosong menge­nai perkara itu, sebaliknya mem­­punyai bukti mengang­kat Mat Indera sebagai hero.

Menariknya, kata Mat Sabu, buku yang dirujuknya, ‘Pengukir Nama Johor’ diterbitkan Yayasan Warisan Johor (YWJ) yang dinaungi sendiri oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.

Malah Abdul Ghani turut memberi kata-kata aluan pada buku terbitan 2004 itu sekali gus, katanya, membuktikan penerbitan buku yang mengiktiraf Mat Indera itu direstui Kerajaan Negeri.

“Jadi, saya nak nasihatkan Umno supaya jangan gali kubur sendiri; (kepada ahli sejarah) jangan jadi pengampu yang cuba gelapkan sejarah. Rakyat Johor seharusnya berbangga kerana Mat Indera adalah pejuang sebenar menentang penjajah, walaupun akhirnya mati di tali gantung,” katanya semalam.

Buku ‘Pengukir Nama Johor’ yang antara lain, mempunyai potret Mat Indera turut menghiasi kulit depannya, menghimpunkan biografi tokoh-tokoh kelahiran Johor yang ditulis oleh beberapa penulis, manakala kisah Mat Indera dihasilkan Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Datuk Onn.

Selain Mat Indera, turut dikisahkan riwayat mereka dalam buku itu ialah Almarhum Sultan Ismail dan bekas Pengerusi Tetap Umno, Tun Sulaiman Ninam Shah.

Buku itu disunting oleh Profesor Emeritus Datuk Abu Bakar A Hamid, bekas profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002.

Pada sidang media itu, Mat Sabu membaca sebahagian daripada tulisan Ismail mengenai Mat Indera, yang menurutnya, meyakinkannya bahawa Mat Indera bukan petualang tetapi pejuang:

“Walaupun ketokohan Mat Indera masih menjadi kontroversi namun ada satu persoalan besar perlu diberi jawapan sewajarnya. Persoalan kini adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? Huraian di atas cukup jelas memberikan jawapan tepat.

“Seperti Datuk Mahara­jalela, Tok Janggut, Mat Salleh, Datuk Dol Said, Rosly Dhoby dan lain-lain, Mat Indera adalah seorang berani berjuang seca­ra terbuka melibatkan jasmani, rohani, intelek dan emo­sinya demi bangsa dan negara. Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya.

“Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang dan bukan seorang petualang.”

Mat Sabu berkata, Pas menawarkan khidmat peguam kepada waris peristiwa Bukit Kepong yang ingin menuntut pampasan atas penderitaan kehilangan anggota mereka dalam peristiwa itu.

“Ada peguam, yang juga ahli Pas dan anak Johor, menawarkan diri mahu membantu waris mereka yang terlibat dengan peristiwa Bukit Kepong untuk menuntut pampasan daripada Kerajaan British. Dia sedia bantu. British bertanggungjawab ke atas pasukan mata-mata yang berkhidmat di rumah pasung (balai polis) itu. Kita sedia membawa kes supaya dipertimbangkan pampasan kepada mereka,” katanya.

Mat Indera, gerila Melayu yang berpendidikan agama dan disifatkan sebagai individu warak, mengetuai serangan bersama anggota komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong.

KHAIRY SINDIR NAJIB KE?


Wah...hari ni Khairy dapat 'laba' yang besar bila beritanya menjadi tajuk utama akhbar Utusan Malaysia. Khairy siap sound 'Mat Sabu Penakut'. Hahaha...siapa Khairy ni nak berdebat dengan Mat Sabu? Dalam UMNO pun nama dia tak laku. Bertanding Ketua Pemuda, kemudian menang tapi tak dapat apa-apa jawatan. Anak Mahathir yang kalah pulak dapat jadi anggota Kabinet Najib. Sini pun sebenarnya menggambarkan betapa 'hinanya' Khairy Jamaluddin. Sebelum Khairy nak panggil Mat Sabu penakut, lupakah Khairy tidak lama dahulu Anwar Ibrahim cabar Najib berdebat pasal buku Jingga. Ingat tak Khairy? Kalau tak ingat cuba tengok balik laporan akhbar di atas. Haha...terang-terang Najib penakut. Khairy ni nak burukkan Mat sabu ke nak malukan Najib sebenarnya......

CHEGU BARD JUMPA WARIS MAT INDERA


Waris, penduduk kampung anggap Mat Indera penentang penjajah


Chegubard dua dari kanan berdiri bersama Pak Johan (berbaju Melayu)


KUALA LUMPUR: Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shaharin menyifatkan Mat Indera sebagai tokoh yang berjaya menyatu-padukan pihak-pihak yang menentang penjajah British dan bukan pengkhianat negara.

Beliau membuat rumusan itu berdasarkan temubual bersama adik Mat Indera dan penduduk kampung berdekatan Bukit Kepong dalam siri jelajah menjejaki Mat Indera anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

“Mat Indera penyatu semua kelompok gerakan penentang penjajah British yang mengangkat senjata menentang mereka. Malah, beliau juga tidak ada sangkut-paut dengan komunis,” kata Badrul atau dikenali CheguBard yang juga Pengerusi SAMM.

Menurutnya, berdasarkan temubual dengan adik bongsu Mat Indera iaitu Johan bin Indera atau lebih dikenali sebagai Pak Johan di Yong Peng, Mat Indera adalah seorang pemimpin keluarga yang memikul tanggungjawab menjaga adik-beradiknya selepas kematian ibu mereka.

“Mat Indera tokoh agama yang mengambil tanggungjawab menjaga adik-beradiknya dan memastikan mereka menjaga sembahyang dan pandai mengaji,” kata Chegu Bard.

Menurut Badrul, Pak Johan turut menceritakan bahawa Mat Indera pernah menegur ayahnya yang meminta air doa dari seorang kiyai di Johor untuk digantung di dalam rumah bagi mengelakkan serangan Jepun.

“Beliau menegur ayahnya dan berpesan,”Kalau kita takut dengan manusia, kita bukan gantung tangkal. Kita gantung hati kita dengan Allah Taala”, ” kata Chegu Bard.

Mat Indera juga sebenarnya adalah seorang guru agama tempatan yang pernah berguru dengan Haji Yassin, ayah kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Malah, Mat Indera sendiri mengajar agama tanpa mengambil sebarang upah.

“Beliau tidak cari makan dengan belajar agama. Beliau kerja di pelabuhan kecil di Muar menyelia pengagihan beras,” kata Chegu Bard.

Lebih menyedihkan, kata Chegu Bard, sejarah bukan sahaja tidak mengiktiraf perjuangan Mat Indera, malah turut memadamkan kezaliman yang dilakukan British ke atas keluarganya.

“Pak Johan dan ayah Mat Indera dibuang daerah ketika British memburu Mat Indera,” kata Chegu Bard.

Sejarah perjuangan Mat Indera menentang British menarik perhatian ramai apabila media perdana berulang-kali menayangkan video ceramah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mengiktiraf perjuangan Mat Indera.

Namun, ia diputar belit media perdana yang menyokong Umno BN dengan mendakwa Mohamad Sabu menyokong perjuangan komunis.

PERKASA PEKIDA KENA HALAU?

KUASA RAKYAT

LAKI BINI KENA SEPINA

kebangkitan rakyat

kebangkitan rakyat

SEJARAH TERCIPTA: ANWAR BEBAS..!!!