rakan-rakan blog ini

PRODUK UNTUK PENGANTIN LELAKI

.

.
Info : Blog ini baru sahaja diaktifkan secara rasmi 15hb Ogos 2010 yang lalu. Penulis merupakan seorang bekas wartawan yang pernah bertugas dibeberapa akhbar tanahair. Lebih 20 tahun bertugas sebagai wartawan sebelum ini. Jadi, menyedari betapa pentingnya kebenaran itu ditegakkan, Penulis membuat keputusan menulis secara aktif di blog ini. Semoga Allah memberkati niat baik saya ini

Halaman

30 September, 2010

BAGI SAJA DUIT ITU PADA UMNO PULAU PINANG


Macam sial saja bila membaca berita pagi ini berkenaan segelintir warga emas yang dihasut oleh UMNO Pulau Pinang supaya memulangkan balik duit bantuan yang diberi. UMNO semakin melampau...!!!! Penulis harap Kerajaan Pulau Pinang bagi saja duit yang dikutip semula itu pada UMNO Pulau Pinang yang kebulur duit warga emas Pulau Pinang itu..

Wang judi dipulangkan


SEKUMPULAN warga emas memulangkan wang ehsan dan bantuan fakir miskin yang diterima daripada kerajaan negeri Pulau Pinang yang dipercayai bersumberkan wang judi pada satu majlis di Penaga, Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam. – utusan/Sazali Che Din


KEPALA BATAS 29 Sept. – Seramai 40 penerima bantuan program basmi kemiskinan serta wang ihsan sebanyak RM100 daripada kerajaan negeri hari ini bertindak memulangkan semula wang itu kerana ragu-ragu program tersebut dibiayai menggunakan dana perjudian.

Mereka yang terdiri daripada sekumpulan warga emas serta fakir miskin sekitar kawasan berkenaan memulangkan wang tersebut dalam satu majlis di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga di sini hari ini.

Secara simbolik, kumpulan tersebut beramai-ramai memasukkan wang ke dalam sebuah tabung yang akan diserahkan semula kepada kerajaan negeri pakatan pembangkang dalam masa terdekat.

Pada satu ketika, suasana majlis bertukar hiba apabila beberapa warga emas yang ditemubual pihak media tiba-tiba sebak dan menitiskan air mata ketika meluahkan rasa kesal mengenai isu penggunaan wang perjudian bagi membiayai program berkenaan.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Azhar Ibrahim yang juga ADUN Penaga berkata, pihaknya menerima banyak panggilan daripada penerima bantuan terutamanya warga emas yang berasa ragu selepas isu tersebut didedahkan media massa.

‘‘Mereka kecewa apabila kerajaan negeri sendiri mengaku ada menerima wang sumber perjudian untuk membiayai program membasmi kemiskinan sehinggakan warga emas yang menerima wang ihsan RM100 baru-baru ini juga meragui sama ada wang itu datang daripada sumber yang sama.

‘‘Ingin saya tegaskan bahawa kita tidak menghasut mereka (memulangkan wang), tapi bila ramai yang datang ke pusat khidmat hendak berbuat demikian, kita fikir lebih baik mereka berkumpul dan memulangkannya bersama-sama,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis itu.

Turut hadir Ketua Penerangan UMNO negeri yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan ADUN Bertam, Zabariah Wahab.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng baru-baru ini mengesahkan bahawa kerajaan negeri menerima wang sebanyak RM2 juta daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang bagi membiayai program membasmi kemiskinan tegar di negeri ini.

Pengakuan itu dibuat beberapa hari selepas pendedahan sepucuk surat yang membuktikan kerajaan negeri menerima baki wang sebanyak RM500,000 daripada kelab berkenaan walaupun kerajaan negeri sebelum ini menafikan pernah menerima wang daripada mana-mana sumber perjudian.

Azhar memberitahu, pihaknya difahamkan ramai warga emas dan fakir miskin di kawasan lain termasuk Bukit Mertajam dan Balik Pulau turut berhasrat memulangkan wang bantuan berkenaan tidak lama lagi.

Beliau berkata, tindakan kumpulan terbabit memberi mesej cukup jelas kepada kerajaan negeri bahawa rakyat negeri ini terutamanya umat Islam tidak akan berkompromi dalam soal mempertahankan hak dan kesucian agama.

‘‘Tindakan kerajaan negeri yang satu ketika menafikan kemudian mengaku pula (menerima wang judi) membuatkan rakyat rasa terpedaya dan Guan Eng perlu tahu bahawa umat Islam lebih rela tidak dibantu daripada diberikan wang sumber perjudian,” tegasnya.


29 September, 2010

KHIR TOYO SOKONG HAPUS SAMAN EKOR


Sebenarnya masalah saman ekor ni bukanlah perkara baru yang dirungutkan oleh rakyat. Kemarahan rakyat meluap-luap sebenarnya. Tapi kerajaan tak sedar. Sebab itu penulis bangga dengan penubuhan KASE oleh Dato Mahfuz Omar. Kalangan pemimpin negara seolah-olah memandang sebelah mata sahaja. Padahal ianya sangat membebankan rakyat. Cuma Khairy Jamaluddin sahaja agak prihatin. Terbaru, penulis petik tulis Bekas MB Selangor, Dr Khir Toyo, yang mula nampak keresahan rakyat. Syukur, harap dalam hal-hal membabitkan kesusahan rakyat ini, kita janganlah terlalu berpolitik sangat. Bantu lah kami rakyat Marhaien ini...

Rayuan Kepada PM: Tolong Hapuskan Saman Ekor Tertunggak

1. Usaha menyenaraihitamkan mereka yang mempunyai saman ekor tertunggak ditangguhkan sehingga awal tahun depan. Penangguhan ini mengurangkan rungutan dan kemarahan orang ramai tetapi tidak menyelesaikan masalah. Tahun hadapan masalah ini akan disebut lagi dan kesan-kesan yang sama akan berulang lagi. Apakah hubungan rakyat dan kerajaan hari ini menjadi seperti penukul dan pahat, Sekali rakyat merungut, sekali kerajaan bergerak?

2. Saman ekor ini merupakan satu pilihan kepada pihak berkuasa dalam menguatkuasa peraturan had laju. Kaedah ini digunakan kerana ia lebih cekap dari segi penggunaan tenaga penguatkuasa dan juga mengelakkan kesesakan jalan raya. Satu lagi kaedah ialah mengadakan perangkap had laju dan menahan pemandu beberapa kilometer kemudian.

3. Saya percaya saman ekor diperkenalkan dengan tujuan baik iaitu untuk mendisiplinkan pemandu dan mengurangkan kemalangan jalan raya. Namun kaedah pelaksanaannya sangat meragukan dan menimbulkan kemarahan rakyat.

4. Berbanding saman secara bersemuka yang menyaman pemandu atau lebih tepat mereja yang melakukan kesalahan, saman ekor lebih banyak menganiaya orang ramai. Banyak kes mereka yang tidak bersalah mendapati telah disaman memandu melebihi had laju. Antara isu utama ialah orang lain memandu kereta dan pemalsuan plat kenderaan. Ini menyebabkan banyak tuan punya kereta yang tidak bersalah terpaksa menanggung beban yang tidak sepatutnya.

5. Masalah bertambah serius apabila mereka yang disaman tidak mengetahui saman tersebut sehingga beberapa bulan dan ada juga yang memakan masa beberapa tahun. Ini bukan sahaja menyebabkan ia tertunggak malah menafikan peluang pembelaan. Jika kesalahan enam bulan lalu, baru diketahui hari ini, bagaimanakah mereka yang disaman mahu mempertahankan diri? Saya dapati ada juga yang hanya mengetahui mempunyai saman ekor yang dilakukan pada tahun lalu atau beberapa tahun lalu.

6. Terdapat juga individu yang menemui saya menunjukkan saman ekor yang beliau dapat di sebatang jalan di Sarawak sedangkan kereta beliau berdaftar di Kuala Lumpur dan masih berada di Kuala Lumpur sehingga hari ini. Jangankan kereta, tuan punya kereta pun belum pernah sampai ke negeri bumi kenyalang tersebut.

7. Maka untuk mempertahankan diri tuan empunya kereta ini terpaksa menulis surat dan mengemukakan bukti. Jika mahu gambar kena pula membuat permohonan kepada polis dan membayar jumlah tertentu. Nampaknya penguatkuasa kerja senang, rakyat pula yang terpaksa bersusah payah mempertahankan diri akibat kelemahan dan kecuaian penguatkuasaan undang-undang.

8. Oleh kerana terdapat banyak kecuaian dan kelemahan penguatkuasaan dalam kes saman ekor ini saya ingin mendesak agar kerajaan menghapuskan semua saman ekor yang tertunggak.

[Sesiapa yang mempunyai masalah saman ekor dan yang bersimpati dengan mereka yang disaman dengan cara ini diharap dapat memberi komen atau rayuan secara bersopan di bawah ini agar dapat saya hantar kepada YAB Perdana Menteri. Mereka yang ada saman ekor dan berharap kerajaan menghapuskannya hendaklah menyertakan Nama dan Nombor kereta (nama boleh dikecualikan jika rasa terganggu dengan pendedahan dalam ruang siber ini) serta sedikit nota atau rayuan.]

9. Saya juga berharap YAB Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri melihat semula isu saman ekor ini. Saman ekor hanya bertujuan menguatkuasa peraturan had laju seolah-olah kelajuanlah punca utama kemalangan jalan raya. Sedangkan sebahagian besar kemalangan berpunca daripada kecuaian, memandu secara semberono dan keletihan, bukannya melanggar had laju semata-mata.

10. Berdasarkan pengalaman memandu selama lebih 20 tahun, saya percaya hampir 80% daripada kita pernah melebihi had laju yang ditetapkan pada satu-satu ketika kerana mahu memotong atau berada di lebuh raya yang lengang. Namun bukan semua memandu terlalu laju sehingga membahayakan pengguna lain atau di luar kemampuan kenderaan.

11. Saya tidak menafikan bahawa peraturan tetap peraturan dan yang melanggarnya perlulah menanggung akibat. Namun janganlah diborongkan berat kesalahan memandu melebihi had ini dengan memandu dengan terlalu laju. Ada beza besar antara mereka yang memandu melebihi had laju dalam julat 20-30 km sejam berbanding yang memandu dalam julat 50 km sejam dan ke atas melebihi had laju yang ditetapkan. Malangnya ini tidak diambil kira oleh mekanisme saman ekor.

12. Justeru jika saman ekor mahu diteruskan saya berharap beberapa perubahan besar perlu dilakukan bagi menunjukkan saman ekor ini bertujuan mendisiplin pemandu dan mengurangkan keselamatan jalan raya bukannya menambah kantung kerajaan.

13. Antara perubahan yang perlu dilakukan ialah:


a. Setiap saman ekor yang dikeluarkan hendaklah sampai kepada mereka yang didakwa melakukan kesalahan tidak lebih daripada 14 hari dari tarikh kesalahan tersebut.

Saman hendaklah disampaikan mengikut kaedah dan peraturan penyampaian sapina atau saman mahkamah.

b. Setiap saman ekor yang dikeluarkan hendaklah disertakan bukti bergambar secara otomatik tanpa sebarang bayaran. Kaedah sekarang yang memerlukan mereka yang kena saman membuat permohonan dan dikenakan bayaran harus dihapuskan. Adalah menjadi tanggungjawab penguatkuasa membuktikan bahawa mereka yang disaman telah melakukan kesalahan bukan sebaliknya. Konsep seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah perlu dipraktikkan.

c. Jumlah kompaun hendaklah mengikut lebihan KM berbanding had laju bukannya pukul rata sehingga tiada beza antara mereka yang memandu 120 km sejam dengan 200 km sejam. Ini wajar kerana dari segi risiko kemalangan juga berbeza antara mereka yang memandu 120 km sejam dengan 200 km sejam biarpun kedua-duanya melanggar had laju yang ditetapkan.


14. Saya berharap cadangan ini dapat dipertimbangkan agar bukan sahaja kerajaan akan dilihat lebih bertanggungjawab tetapi rakyat juga merasa senang hati kerana mengetahui kerajaan sentiasa mengutamakan keadilan kepada mereka.

28 September, 2010

PENYAKIT SAMAN FELDA DAH BERJANGKIT


Nampaknya puak-puak UMNO ni semakin takut dengan kebangkitan Peneroka Felda. Ketua Penerangan UMNO Ahmad Maslan yang jelas nampak 'ketakutannya' berkata Penyakit hendak saman peneroka ini mula berjangkit di lain-lain tanah rancangan Felda di seluruh negara. Ternyata UMNO sudah mula meroyan. Tak dapat terima hakikat bahawa masyarakat peneroka Felda kini semakin bijak dan tidak boleh diperbodoh-bodohkan lagi. Cuba baca berita di bawah dan anda nilaikan sendiri.


Hasut peneroka saman Felda masih berlaku

ALOR GAJAH 27 Sept. - Masyarakat peneroka Felda di kawasan pedalaman kini menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menghasut mereka untuk menyaman agensi itu dengan menjadikan kes Felda Kemahang 3, Tanah Merah, Kelantan, sebagai rujukan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan (gambar) berkata, pihak terbabit kini bergiat aktif menghasut peneroka ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan mengarahkan Felda membayar ganti rugi RM11 juta kepada 234 peneroka Felda Kemahang 3, Ogos lalu.

Katanya, pihak tidak bertanggungjawab itu kini memberi tumpuan kepada masyarakat peneroka Felda di pedalaman dan pinggir bandar dengan mengadakan ceramah yang memanipulasi isu perahan buah kelapa sawit.

''Saya dimaklumkan dalam ceramah yang diadakan, pihak terbabit memburuk-burukkan agensi ini dan mereka menghasut agar peneroka memfailkan tuduhan yang sama seperti di Felda Kemahang 3.

''Pihak ini juga cuba mengeksploitasi isu-isu yang dibangkitkan oleh peneroka terbabit dengan mendakwa Felda menjadi institusi pemeras titik peluh peneroka.

''Selepas Felda Kemahang 3, penyakit hendak menyaman Felda kini berjangkit di Serting, Negeri Sembilan dan Muakil di Segamat, Johor," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Malam Himpunan Budi Tautan Kasih Aidilfitri sempena sambutan 50 tahun penubuhan Felda Tun Ghafar, Machap di sini malam tadi.

Kira-kira 1,000 masyarakat peneroka Felda menghadiri majlis itu yang turut memberikan anugerah kepada lapan orang yang merupakan generasi pertama meneroka kawasan itu pada 1960.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pembangunan Pekan Kecil dan Pemulihan Projek negeri, Datuk Abdul Ghafaar Atan dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Nordin Ali.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, seluruh masyarakat peneroka tidak perlu terpengaruh dengan usaha pihak tidak bertanggungjawab kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi jaminan akan mempertahankan masyarakat peneroka Felda di seluruh negara.

''Kita minta peneroka tidak terpengaruh dengan hasutan untuk menyaman Felda. Kes Felda Kemahang 3 tidak wajar dijadikan rujukan kerana kita kalah disebabkan kecuaian peguam dan bukannya berlaku unsur penipuan," ujarnya.

Justeru bagi mengatasi masalah tersebut, Ahmad berkata, Felda akan mengadakan pertemuan dengan semua pengurus dan pemimpin Felda dari seluruh negara minggu depan bagi memberi penerangan mengenai isu menyaman agensi itu.

Menurutnya, perjumpaan khas itu akan memberi maklumat terkini untuk menangkis setiap tohmahan ke atas agensi itu.

''Maklumat yang akan disampaikan nanti akan dibawa seberapa segera kepada masyarakat peneroka di seluruh negara bagi memaklumkan kepada mereka keadaan sebenar mengenai saman ke atas agensi ini," ujarnya.

Katanya, usaha itu perlu segera dilakukan bagi memastikan 'penyakit menyaman' Felda tidak menular kepada masyarakat peneroka di tempat lain.

Ahmad menjelaskan, dakwaan berlaku penipuan mengenai perahan buah kelapa sawit di Kemahang 3, adalah tidak benar walaupun Felda kalah dalam perbicaraan tersebut.

Beliau menambah, Felda mempunyai empat jawatankuasa iaitu teknikal, kemajuan dan rancangan, perunding peneroka di peringkat wilayah dan jawatankuasa khas di ibupejabat.

''Jawatankuasa ini meneliti soal perahan buat kelapa sawit dan kita tidak nampak berlakunya unsur penipuan," katanya.

27 September, 2010

NAZRI AZIZ LAWAN AWANG SELAMAT LAGI


NAZRI AZIZ JAWAB LAGI TULISAN AWANG SELAMAT


PADANG RENGAS, 26 Sept — Kepada saudara, tidak kira siapa anda sebenarnya, sudah pasti saya akan respons kepada rencana tulisan saudara. Jika kita percaya pada kebebasan bersuara, biar diketahui bahawa ia bukan sahaja diberikan kepada akhbar, tetapi juga kepada orang perseorangan.

Dalam menggunakan hak saya untuk membalas dan untuk mempertahankan diri saya, sila jangan membuat tafsiran bahawa saya cuba untuk mengelak kritikan terhadap diri saya. Saya sememangnya berhadapan dengan kritikan-kritikan sejak sekian lama pembabitan saya dalam politik dan saya masih berdiri di mana saya berada sekarang.

Saudara Utusan menulis bahawa dia menerima banyak SMS untuk menjustifikasikan yang dia menerima sokongan terhadap artikel mengenai diri saya (minggu lalu). Saya tidak mahu bercakap mengenai SMS dan emel-emel yang saya terima kerana dia tidak berupaya untuk mengesahkannya, tetapi saya pasti dia juga telah dimaklumkan bahawa komen-komen yang dinukilkan oleh orang ramai yang membaca portal, menunjukkan saya juga menerima banyak sokongan daripada rakyat, sebagaimana dia mendakwa menerima dalam jumlah yang banyak.

Mengapa tidak boleh saya menyifatkan anda sebagai rasis apabila anda kelihatan kecewa dengan pujian dan respons-respons positif yang saya terima daripada bukan Melayu dan cuba untuk meletakkannya sebagai negatif terhadap diri saya, khususnya yang datang daripada Kit Siang dan Guan Eng. Dengan berbuat demikian, anda dengan jelas meletakkan diri anda sebagai, kita orang Melayu, menentang bukan Melayu. Adakah hanya komen dan pujian orang Melayu perlu diambil kira dan yang lain-lain pula diketepikan, atas alasan yang sendiri yang tahu. Anda mempunyai perjalanan yang begitu jauh untuk menerima bahawa Malaysia adalah sebuah negara milik rakyat Malaysia yang terdiri daripada semua kaum, yang menzahirkan kesetiaan mereka kepada tanah lahir mereka ini.

Sememangnya saya adalah betul apabila bercakap mengenai pengalaman sifar anda dalam politik kerana anda menulis “apabila Melayu tidak mengundi”. Biar saya menyebut bahawa analisis anda menunjukkan bahawa “apabila bukan Melayu tidak mengundi”, kesannya adalah sama. Anda tidak faham langsung apa yang cuba saya terangkan iaitu “apabila majoriti rakyat Malaysia tidak mengundi”, maka kita semua berhadapan dengan masalah.

Salah satu perkara yang paling buruk untuk dilakukan ialah memberi alasan-alasan terhadap kegagalan anda dengan mengatakan yang lain juga gagal berbuat demikian. Ini adalah sikap mengaku kalah dan pastinya menganggap sebagai satu takdir. Mengapa tidak anda melihat di sekitar anda dan saya pasti bahawa anda boleh mengenal pasti akhbar-akhbar yang telah berjaya dan menggunakannya sebagai contoh untuk berusaha menaikkan bilangan pembaca akhbar anda. Saya suka mengikuti akhbar Utusan yang lama dan saya mahu anda bekerja keras ke arah menjadikananya akhbar yang gemilang semula.

Saya amat gembira dengan sokongan anda kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) dan bagi memastikan kami boleh berjaya. Saya mahu anda menunaikan apa yang anda perkatakan dan menyokong dasar 1 Malaysia, yang merupkan ilham Perdana Umno dan Pengerusi BN. Beliau berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang, maka janganlah mencetuskan suasana yang sukar buat beliau.

Awang tidak perlu memberitahu saya mengenai kedudukan Utusan sebagai sebuah Institusi Melayu dan perjuangannya sama seperti Umno. Sebelum anda menyertai Utusan, saya telah berada dalam Pemuda Umno, bermula sebagai anggota Exco sehingga sebagai Timbalan Ketua dan sebagai Pemangku Ketua Pemuda Umno pusat untuk satu tempoh selama satu setengah tahun. Ini adalah bukti kelayakan saya. Jika saya berada sebagai seorang pemimpin Malaysia pada hari ini, banyak kredit harus dihulurkan kepada Tun Mahathir. Kerana beliau saya berada di sini seperti hari ini dan banyak terhutang kepada beliau. Saya hanya mahu “sifu” saya terus membantu saya dan kepada yang lain-lain agar menjadi pemimpin yang baik di negara bertuah ini dan tidak membezakan negara ini hanya kerana kaum, kepercayaan, agama dan gender.

Untuk menjadi seorang rakyat Malaysia tidak semestinya anti-Melayu. Saya berharap yang ini akan difahami oleh semua.

Akhirnya, dalam usaha menyebarkan mesej kepada publik sebagaimana didakwa oleh Awang, adalah penting mesej-mesej anda keluar dengan jelas dan terang buat mereka.

Ini kerana anda tidak boleh dipanggil setiap kali untuk membuat penjelasan. Yang perlu anda ingat sepanjang masa ialah bukannya apa yang anda fikirkan perlu, tetapi apa yang khalayak membuat tanggapan tentang anda. Sedih untuk diperkatakan di sini bahawa bukan Melayu menganggap Utusan sebagai rasis. Dan, itu sebabnya saya membawa isu saya rakyat Malaysia terlebih dahulu dan orang Melayu kemudian, sekiranya anda tidak faham apa sebabnya.Apa pun Awang, saya tidak tahu siapa anda sebenarnya.

* Surat ini oleh Datuk Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz adalah untuk membalas tulisan Awang Selamat yang bertajuk “Lagi Jawapan buat Nazri Aziz” yang diterbitkan oleh Mingguan Malaysia hari ini. petikan The Malaysian Insider.

26 September, 2010

MAHATHIR SYOK SENDIRI


Nampaknya Perkasa benar-benar berjaya menjadikan Dr Mahathir semakin syok sendiri. Kalau tengok gaya ucapannya seolah-olah Mahathir masih Perdana Menteri Malaysia. Mahathir kutuk kaw kaw bangsa lain. Yang lebih melucukan upacara perhimpunan tersebut turut disertai oleh masyarakat Cina dan India. Sanggup mereka ini mendengar ucapan Dr Mahathir merendah-rendahkan orang lain. Pelik sungguh. Berapalah duit Ibrahim Ali habis agaknya menganjurkan majlis macam ni. Nak sewa bas, nasi bungkus, duit poket. Seperti kata penulis yang pernah rapat dgn Ibrahim Ali, MSO, selalunya kerja sewa-sewa bas bawak penyokong ni kerja Ibrahim Ali la. Betul ke? Entahla.. Berbalik cerita Dr Mahathir, dalam ucapannya beliau meminta pemimpin Melayu dari parti pembangkang supaya tidak menggadaikan hak-hak orang Melayu semata-mata hendak mendapat tempat dan ingin menjadi Perdana Menteri. Sambil menyuarakan rasa sedih dan bimbang dengan senario tersebut, bekas Perdana Menteri itu berkata, tindakan sedemikian akan hanya menyebabkan anak-anak, cucu-cicit mereka hidup dalam negara seperti Singapura dengan tidak mendapat sebarang jawatan dan kemudahan, bahkan tidak boleh bercakap langsung mengenai bangsa sendiri. Mahathir kata lagi, jangan tamak, orang tamak akan hilang segala-galanya. Persoalannya sekarang kenapa Melayu Singapura merempat? Kerja siapa yang serahkan Singapura pada Lee Kuan Yew? Pas ke? PKR ke? Dap ke? Inilah ucapan orang yang tak sedar diri dan Mudah lupa dengan perbuatan sendiri!! Mahathir kata Melayu berpecah tiga. Siapa punca perpecahan tersebut? Mujurlah Semangat 46 dah join UMNO balik. Kalau tak Melayu berpecah empat lah ya? Semua ini kerja siapa? Biarlah sejarah sahaja yang akan menentukan nasib Mahathir yang semakin merepek dan meroyan.


PASIR MAS 25 Sept. – Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan pemimpin-pemimpin Melayu termasuk dari parti pembangkang supaya tidak menggadaikan hak-hak orang Melayu semata-mata hendak mendapat tempat dan ingin menjadi Perdana Menteri.

Sambil menyuarakan rasa sedih dan bimbang dengan senario tersebut, bekas Perdana Menteri itu berkata, tindakan sedemikian akan hanya menyebabkan anak-anak, cucu-cicit mereka hidup dalam negara seperti Singapura dengan tidak mendapat sebarang jawatan dan kemudahan, bahkan tidak boleh bercakap langsung mengenai bangsa sendiri.

“Itu mungkin menjadi nasib kita apabila kita menjadi orang yang tidak ada kuasa politik sama sekali yang duduk di bawah telunjuk orang lain dan mereka tidak boleh mencari perlindungan daripada kerajaan.

“Sebab itulah orang Melayu patut sedar supaya mereka tidak berpecah-belah kerana tamak hendak dapat jawatan, nak jadi Perdana Menteri umpamanya.

“Jangan tamak, orang yang tamak akan hilang segala-galanya. Sepatutnya orang Melayu bersatu-padu dan menyokong apa yang baik bagi kaum mereka, bukan nak tolak kaum lain, bukan nak rampas kaum lain.

“Hak kaum lain adalah hak mereka, tetapi hak orang Melayu mestilah kekal sebagai hak orang Melayu,” katanya berucap di hadapan hampir 20,000 penduduk pada Perhimpunan Melayu Perkasa di sini hari ini.

Perhimpunan anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) turut dihadiri oleh penduduk pelbagai kaum termasuk Cina, India dan masyarakat Siam.

Turut hadir, isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan Presiden Perkasa yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali.

Dalam ucapannya itu, Dr. Mahathir turut melahirkan rasa sedih kerana orang Melayu masih tidak sedar ancaman yang sedang dihadapi oleh mereka sehingga berpecah kepada tiga puak disebabkan individu tertentu yang gilakan kuasa kerana hendak menjadi Perdana Menteri.

Dalam nada sinis, beliau turut melahirkan rasa kecewa dengan tindakan pemimpin pembangkang tertentu yang malu hendak menjadi orang Melayu dan mengaku orang Islam, tetapi tidak berlagak sebagai seorang Islam sebenar kerana tidak sanggup bekerjasama dengan orang Islam lain yang memimpin parti UMNO.

Bekas Perdana Menteri itu turut menempelak sikap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sanggup ‘mengetepikan bangsa dan melonggarkan agama’ hanya kerana hendak mendapatkan sokongan politik kaum tertentu untuk membentuk kerajaan dan memimpin negara.

“Hari ini, orang Melayu terbahagi kepada tiga pasukan dan ketiga-tiga pasukan bertungkus-lumus cuba untuk menarik sokongan kaum-kaum lain, ini tidak mengapa.

“Tetapi apabila mereka sudah sanggup menjadi boneka, menjadi patung dalam kerajaan yang namanya sahaja terdiri daripada orang Islam, orang Melayu tetapi sebenarnya mereka terpaksa mengikut apa sahaja arahan daripada kaum-kaum lain sehingga mereka sanggup merampas hak yang dijanjikan diberi kepada orang Melayu,” katanya.

Menurut Dr. Mahathir, berbeza dengan pejuang-pejuang bangsa terdahulu yang ingin mereka menjadi bangsa kuat, orang Melayu pada hari ini amat lemah sehingga menjadikan mereka cuba mendapatkan sokongan kaum lain sehingga perjuangan menegakkan agama, bangsa dan negara terhapus sama sekali demi untuk mendapatkan undi.

Justeru katanya, sungguhpun tidak berapa sihat kerana baru kembali dari luar negara, beliau rasa terpanggil untuk hadir pada perhimpunan tersebut kerana ingin menyeru orang Melayu sama ada daripada Perkasa, UMNO, Parti Keadilan rakyat (PKR) dan Pas supaya insaf tentang bahaya yang dihadapi oleh orang Melayu.

“Apa yang hak bagi orang lain kita tak nak rampas, tapi yang hak bagi kita janganlah cuba rampas,” katanya.

25 September, 2010

SIAPA IKUT NAJIB KE USA?


Perasan tak anda, setiap kali Najib ke luar negara, pasti balaci (bekas ahli parlimen PKR) akan ikut bontot Najib. Sebelum ini pun balaci ni pernah ikut Najib ke luar negara juga. Najib sendiri akui ketika itu yang ahli parlimen tersebut tiap-tiap malam jumpa beliau dalam bilik hotel. Kemudian tidak lama selepas itu, ahli parlimen tersebut berkokok dan meroyan di akhbar-akhbar harian dengan dakwaan rekaan dan merepek. Semua ini dah dirancang!! Nah! dalam siaran berita tv malam tadi kelihatan rombongan Najib ke US turut disertai oleh balaci yang sama. Mesti ada plan baru selepas ini. Kita jangan terkejut tidak lama lagi ahli parlimen ini akan berkokok lagi dengan cerita mengarut. Semuanya hasil rundingan fulus di USA?. Kita tunggu dan lihat...

24 September, 2010

MAHATHIR MAKIN KECUT PERUT..


Sepanjang penulis menjadi wartawan di beberapa akhbar tanah air, jarang sekali Penulis tengok bekas PM Dr Mahathir begitu kecut perut sekali. Paling akhir kenyataan 'kecut perut' Dr Mahathir ialah selepas Pakatan Rakyat banyak memenangi Kerusi Parlimen dalam Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu. Ketika itu Dato Seri Anwar Ibrahim mengumumkan plan 16 september. Mahathir ketika itu keluarkan kenyataan akan keluar dari Malaysia kalau Anwar berjaya tubuhkan kerajaan baru. Hari ini terpampang besar muka depan Utusan Malaysia MELAYU HILANG KUASA. Kah..kah..kah..nak tergelak pun ada. Terang-terang Mahathir makin kecut perut. Dengan mengambil contoh Kerajaan Perak menunjukkan betapa dangkalnya pendapat terkini Dr Mahathir ini. Apakah Mahathir fikir orang-orang Melayu dalam PKR dan Pas bodoh? Kenapa tahun 1995 ADUN UMNO dalam DUN Pulau Pinang memenangi paling banyak kerusi berbanding Gerakan, kenapa Ketua Menteri masih orang Cina? Itu di zaman Dr Mahathir. Takkan dah lupa? Ketika UMNO kalah teruk tempohari, semua orang menuding jari menuduh faktor Khairy Jamaluddin seagai faktor kekalahan UMNO/BN. Padahal semua ini angkara mulut lancang Dr Mahathir mengkritik Pak Lah ketika itu. Tapi apa boleh buat, Melayu Mudah lupa...

Melayu hilang kuasa

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
syahrir.bakar@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 23 Sept. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan orang Melayu bahawa mereka akan kehilangan kuasa dan ‘suara’ jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih pemerintahan negara.

Kata beliau, ia terbukti sewaktu Perak diperintah pakatan pembangkang selepas pilihan raya umum lalu apabila DAP lebih berkuasa di negeri itu walaupun Menteri Besar daripada Pas.

“Kita lihat (Datuk Seri) Mohammad Nizar Jamaluddin di Perak, walaupun dia Menteri Besar tapi dia ikut arahan DAP sehingga (pakatan pembangkang) jatuh. Orang Cina mendakwa ini adalah usaha BN menjatuhkan kerajaan Cina.

“Jadi mereka panggil kerajaan Cina, tak mungkin kita juga akan dapat Perdana Menteri yang semacam Nizar, namanya Melayu, agama Islam tetapi dia bukan sebenarnya bebas, dia adalah alat pada orang lain dan ini boleh berlaku,” katanya.

Beliau yang juga bekas Presiden UMNO berkata demikian dalam wawancara khas dipetik daripada laman web www.umno-online.com yang disiarkan hari ini.

Dr. Mahathir menambah, walaupun Nizar yang mewakili Pas ketika memerintah Perak seolah-olah memperjuangkan Islam, parti itu sebenarnya menggunakan Islam sebagai alat untuk mendapat sokongan.

Sementara itu menurutnya, jawatan sebagai Perdana Menteri di negara ini bukan ‘dikhaskan’ buat orang Melayu atau beragama Islam sahaja sebaliknya ia tertakluk kepada sokongan rakyat ke atas seseorang pemimpin.

“Tidak ada sekatan dalam undang-undang negara, dalam kita punya Perlembagaan tiada yang menghalang orang Cina atau India jadi Perdana Menteri, apa yang perlu sokongan dari majoriti, kalau majoriti dah setuju, kita tak boleh buat apa-apa.” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, beliau turut mengkritik hala tuju parti pembangkang lain seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP kerana dilihat tidak ikhlas memperjuangkan kemahuan rakyat selain hanya mahu merampas tampuk pemerintahan daripada BN.

Sebagai contoh, katanya, PKR wujud bukan kerana mahu menuntut keadilan buat rakyat di negara ini tetapi sebagai platform merealisasikan cita-cita seorang pemimpinnya yang berhasrat menjadi Perdana Menteri.

“Trend itu tidak lagi menjadi tumpuan, tetapi kepada apa saya dapat, apa kau dapat, lebih kepada peribadi. Itulah terbentuknya keadilan, keadilan itu nama sahaja. Tubuh PKR seolah-olah negara ini tidak ada keadilan,” jelasnya.

23 September, 2010

RUSLAN KASSIM KEMBALI BERSUARA


Lama juga rasanya Ruslan Kassim ni mendiamkan diri. Ingatkan dah tak mahu berpolitik lagi. Nak tumpu bisnes direct selling je. Tapi penulis rasa, sejak Perkasa wujud di muka umi ini, seakan-akan menjadi talian hayat baru bagi Ruslan Kassim. Tuah dan untung dalam UMNO belum nampak lagi walaupun dia lebih dahulu 'bodek' Najib berbanding Ezam Kotak yang masuk last minit.Tapi tuah Ezam lebih menjadi. Mungkin strategi silap kot, wahai Roslan. Tapi tak mengapa, Perkasa kini mempunyai kuasa baru yang telah membuktikan betapa UMNO lemah-selemahnya. Orang UMNO tak mahu UMNO lagi. Dia orang mahu Perkasa. Penulis sebenarnya tak nampak mana hebatnya Perkasa ini. Setakat terlolong-lolong lepas tu buat laporan polis. Nurul Izzah cabar Perkasa berdebat, ingatkan Perkasa akan sahut cabaran. alih-alih buat laporan polis. Ibarat macam ni la. Kita ajak kawan kita lawan hujah tapi rupa-rupanya kawan kita tu penakut, terus dia report kat mak dia kata kita ni ugut nak buat dia. Berbalik tentang kenyataan Roslan di bawah, rasa nak tergelak pun ada. Macam la dia bagus sangat. Macam la dalam UMNO tu ada keterbukaan sangat. Apatah lagi Perkasa. Mana hilangnya Timbalan Presiden Penaja Perkasa tempohari, Fuad Hassan? Cantas mencantas pun banyak dalam Perkasa. Satu ayat yang tak boleh blah bak kata budak-budak sekarang, "Pemilihan PKR kali ini penting bagi menentukan nasib parti itu sama ada terus berkubur atau sekadar 'nyawa-nyawa ikan,". Hahaha....siapa sebenarnya ke arah itu? Perkasa atau UMNO. Mengikut risik-risik yang didengar, Penubuhan Perkasa akan mempercepatkan talian hayat UMNO, betul ke?

SHAH ALAM – Proses pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dikatakan diamalkan secara terbuka hanyalah untuk meraih sokongan rakyat demi ‘survivor’ politik parti itu.

Bekas Ketua Penerangan PKR, Ruslan Kassim berkata, pemilihan PKR secara realitinya tidak pernah mengamalkan keterbukaan sebaliknya akan memihak kepada calon yang mendapat ‘restu’ Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Memang tidak ada keterbukaan dalam pemilihan PKR. Apa yang diperkatakannya hanya strategi dan cakap-cakap politik bagi mengaburi rakyat.

“Malah, demi kuasa dan kepentingan peribadi mereka (pemimpin PKR) akan melakukan apa sahaja dan hanya calon yang direstui Anwar akan berjaya bagi merealisasikan peribadi,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, PKR sejak dari awal penubuhannya memang mengamalkan budaya menunding jari dan meletakkan kesalahan pada orang lain.

Ruslan berkata, pemilihan PKR kali ini dilihat lebih penting bagi menentukan nasib parti itu dan memenuhi cita-cita merampas kerajaan.

“Pemilihan PKR kali ini penting bagi menentukan nasib parti itu samada terus berkubur atau sekadar ‘nyawa- nyawa ikan’,” katanya.

20 September, 2010

NAZRI AZIZ HENTAM AWANG SELAMAT UTUSAN MALAYSIA


Kita semua tahu, Awang Selamat yang menulis di Utusan Malaysia seorang yang bebal dan anti Anwar Ibrahim. Setiap tulisan beliau amat menyakitkan hati. Dulu Awang Selamat ini ialah Dato Zainudin maidin. Bekas Menteri Penerangan. Sekarang tak tahulah siapa yang berlindung sebalik Awang Selamat ini.. Sejak akhir-akhir ini Awang Semat menjadi taksub sangat dengan Ibrahim Ali. Tak tahulah apa agenda dia. Konsep 1 Malaysia yang Najib buat pun dilanggarnya. Mari kita baca surat terbuka dari Dato nazri Aziz untu Awang Selamat. Pedas beb!!


Surat terbuka Nazri kepada Awang Selamat

Oleh Mohamed Nazri Abdul Aziz

BUCHAREST, Sept 20 — Saya ada membaca komen Awang Selamat terhadap saya dalam kolumnya. Saya ingin membuat beberapa penjelasan supaya pembaca tidak menganggap apa yang dia tulis itu adalah betul.

Pertama, saya tidak pernah takut untuk dikritik oleh pembangkang. Saya mahu Awang datang ke Parlimen dan melihat dan mendengar dengan sendiri ucapan-ucapan yang menyakitkan hati dan serangan yang saya terima ketika saya mempertahankan kerajaan berhubung isu-isu yang berkaitan dengan Perdana Menteri. Sepanjang tempoh 33 tahun pembabitan saya dalam politik, saya tidak terlepas daripada kritikan mana-mana pihak termasuk komen terbaru daripada Awang. Saya sendiri tidak tahu tentang Awang kerana saya tidak tahu siapa dia Awang. Saya harap dia juga seorang lelaki macam saya dan membuktikan bahawa dia tidak takut untuk berhadapan dengan kritikan dan bersembunyi di sebalik nama samaran yang dia gunakan.

Saya juga bukan anti Dr Mahathir. Bagi saya, setakat ini beliau adalah Perdana Menteri terbaik yang saya pernah berkhidmat. Bagaimanapun, sebagai seorang bekas Perdana Menteri juga ada banyak kekurangannya. Awang sewajarnya keluar daripada peredaran masa dan berhadapan dengan hakikat bahawa saya kini berada dalam kerajaan sebagai seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan bukan sebaliknya. Justeru, yang mengkritik kerajaan ialah Tun Mahathir dan bukan sebaliknya. Sudah tentu, sesiapa sahaja tanpa mengira siapa yang mengkritik kerajaan akan menerima serangan dalam tindakan saya mempertahankan kerajaan, sebagimana yang telah saya lakukan ketika Tun Mahathir dan Tun Abdullah menjadi Perdana Menteri.

Dengan mengatakan begitu, saya mahu Awang mengetahui bahawa saya sentiasa tahu siapa ketua saya. Ia buka Kit Siang ataupun Anwar kerana mereka bukan Perdana Menteri Malaysia, Pengerusi BN ataupun Presiden Umno. Saya tidak pasti sama ada Awang tahu siapa ketuanya kerana dia memperkecilkan dasar 1 Malaysia yang dibawa Perdana Menteri dan mempromosikan perkauman sempit Ibrahim Ali yang sememangnya bukan ahli Umno. Awang harus bertanya pada dirinya persoalan yang dia ajukan kepada saya.

Bersopan kepada pembangkang adalah tindkaan tepat untuk diambil dalam amalan demokrasi kerana seperti saya mereka juga dipilih oleh rakyat. Sudah tentu Awang terperangkap dalam peredaran waktu masa-masa lalu di mana ahli-ahli Parlimen kerajaan bukan sahaja tidak melibatkan mereka bersama, malah membenci mereka dalam kebanyakan masa. Awang tidak akan faham perkara ini kerana dia bukan seorang ahli Parlimen yang dipilih, diletakkan di Dewan menerusi suara rakyat. Awang tidak pernah terfikir bagaimana lima Ahli Parlimen PKR boleh melompat ke kumpulan anggota bebas kalau bukan kerana kesopanan yang diperlihatkan oleh saya kepada mereka selaku Menteri Hal Ehwal Parlimen. Bilangan mereka yang melompat untuk menyertai kokus bebas telah mengatasi satu-satunya wakil rakyat tunggal dari kawasan Pasir Mas, hero orang Melayu yang diagung-agungkan oleh Awang. Umno tidak pernah meminta ataupun memerlukan Ibrahim untuk membantu kami, tetapi kerjasama dengan dia hanya akan menyebabkan kami kehilangan undi. Tun Mahathir sendiri memberitahu kami bahawa beliau telah hilang 90 peratus undi di Kota Setar Selatan yang merupakan kerusi Parlimen majoritinya orang Melayu pada 1969 di tangan Yusof Rawa, di mana dilaporkan bahawa Tun mengatakan beliau tidak memerlukan undi orang Cina. Ini adalah perkara yang perlu dibelajari daripada peristiwa itu.

Sudah tentu, Awang tidak akan faham kerana dia bukan sahaja tidak pernah menawarkan dirinya sebagai calon pilihan raya, tetapi juga pembaca tidak tahu siapa dia sebenarnya. Ahli-ahli politik macam saya, yang telah bertanding empat pilihan raya dan yang telah menang, selalunya jelas dengan apa yang kami perkatakan dan tidak semberono macam Awang. Kita perlu menghimpunkan undi tanpa mengira kaum dan kami tidak duduk di zon selesa macam Awang. Dia boleh tulis dan mengatakan apa sahaja tanpa ada rasa tanggungjawab dan secara semberono dengan menyedari bahawa dia tidak akan dihukum oleh para pengundi.

Itu sebabnya mengapa Awang, jika anda bertanya apakah agenda saya, saya merasakan setiap budak sekolah akan tahu bahawa matlamatnya ialah mahu menang dalam pilihan raya umum akan datang dan Datuk Seri Najib kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia. Saya berharap Awang juga mempunyai agenda yang sama melainkan ketuanya adalah orang lain.

Akhirnya, saya mahu menasihatkan Awang agar berpegang pada apa yang dia lakukan dan tahu apa yang terbaik dan tidak mencampuri politik negara yang pengetahuannya jelas cetek dan sifar pengalaman. Dia harus memberi tumpuan untuk menaikkan edaran akhbarnya yang terus merosot. Kedudukan itu dengan sendiri menunjukkan prestasi dan standardnya yang rendah di mana Utusan terpaksa merujuk kepada laporan media alternatif elektronik baru sedangkan ia seharusnya bertindak sebaliknya. Itu yang sepatutnya menjadi KPI dan ukuran kejayan dia dalam bidang yang dia mendakwa dia mewakili. Saya punya sudah pasti iaitu memenangi kerusi Padang Rengas bagi BN dalam pilihan raya umum akan datang tanpa mengira sama ada saya menjadi calonnya ataupun tidak. Sehingga itu kita harus terus melihat.

Dan, bagi saya, saya adalah rakyat Malaysia terlebih dahulu dan kemudian baru saya orang Melayu. Apakah mana-mana pentaksub ada masalah dengan soal ini?

19 September, 2010

RM10 SAMBUT NAJIB?


Hahaha...memang dari dulu lagi UMNO ni tak berubah, tak boleh berubah dan tak akan berubah!! Kalau anda tengok siaran langsung Hari Malaysia dari Sabah baru-baru ini, PM Najib bukan main bersemangat lagi beri ucapan berapi-api depan rakyat Sabah. Maklumlah puluhan ribu datang ke Padang Merdeka tersebut. Agak-agak andalah kan, orang ramai yang datang ke situ sama macam orang ramai datang ke ceramah Pakatan Rakyat? Seperti datang dengan duit sendiri, makan sendiri, kenderaan sendiri? Anda nilailah sendiri cerita di bawah:

10 RINGGIT, T-SHIRT DAN NASI BUNGKUS UNTUK SAMBUT PM NAJIB?

Tun Razak mengumum pengistiharan Malaysia pada 16 September 1963 di Kota Kinabalu. 47 tahun selepas itu anaknya, Datuk Mohd Najib mengiystihar tanggal 16 September sebagai Hari Malaysia. Rakyat Sabah dan Sarawak menunggu 46 tahun lamanya......

Tanggal 14 September, saya kebetulan berada di Sandakan. Hampir sejam pusing keliling bandar itu mencari tempat menginap. Semua bilik hotel telah ditempah. Nasib saya agak baik, dapat bilik premier di SPA Hotel di kawasan bandar Leila.

Tetapi pengurus hotel beritahu awal mesti check out esok kerana semua bilik telah ditempah untuk acara sambutan Juara Rakyat pada 16 September.

“kalau abang balik esok, rugilah!” Kata bell boy hotel. “Rugi?, kenapa pulak rugi, saya bukan datang sambut Najib!”.

“Oooo….jadi tidaklah kau dapat baju T-Shirt dan duit 10 ringgit!” jelasnya dengan pelat pekat Bajau Filipina.

Saya tersenyum dengar ayat pekerja hotel tersebut. Sambil geleng kepala, berbisik hati saya, takkan untuk sambut Perdana Menteri, rakyat diupah 10 ringgit? Kalau ia pun diberi duit, takkan hanya nilai RM 10....

Pada pagi 16 September, kira-kira 30 hingga 50 ribu orang menyambut kehadiran PM di Padang Bandar Sandakan. Meriah dan gilang gemilang sambutan Juara Rakyat yang menggambarkan sokongan kepada Datuk Musa Aman dan tentu sekali kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada sebelah petang hari yang sama, Najib berada di Kota Kinabalu untuk sambutan Hari Malaysia yang julung kalinya disambut seluruh negara. Sebelum ini selama 46 tahun, rakyat Sabah diberi cuti umum bukan kerana sambutan Hari Malaysia tetapi menyambut tanggal 16 September sebagai hari jadi rasmi TYT Yang Di Pertua Negeri Sabah.

Sudah tentu rakyat Sabah dan Sarawak berterima kasih kepada Najib kerana mengiktiraf tarikh 16 September sebagai tarikh penting dalam sejarah kerana hakikatnya, pada tarikh tersebutlah tertubuhnya sebuah negara yang dikenali sebagai Malaysia hari ini.

Padang Merdeka yang menjadi tempat sambutan Hari Malaysia tidak banyak berubah sejak 47 tahun lalu. Pokok-pokok jati yang dibawa dari tanah Jawa masih berdiri megah tepi padang. Keluasan padang masih seperti asal. Jesselton Club masih tempat sediakala. Kalau dulu kelab itu tempat orang putih dan teknokrat British menjamu hi-tea. Kali ini kelab tersebut tempat perjudian dengan menyediakan mesin-mesin jakpot dan meja snooker.

Yang berubah di Padang Merdeka hanya astaka atau pentas. Daripada pentas yang dibina dari papan atau kayu kepada pentas konkrit. tempatnya juga beralih disebelah kanan padang tersebut. Diatas pentas papan yang asal, Donald Stephens (Allahyarham Tun Mohd Fuad) mengangkat sumpah sebagai KM Sabah yang pertama dihadapan

Hakim dan Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bin Hussien.

Pada tanggal itu juga Malaysia diistiharkan sebagai sebuah negara baru setelah Suruhanjaya Cobbold mengadakan pungutan suara dengan dapatan bahawa 80% penduduk Sabah dan Sarawak bersetuju menyertai gabungan Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak dalam sebuah negara baru yang dipanggil Persekutuan Malaysia.

Sambutan yang bermula pada jam 8 malam itu juga meriah. Rakyat yang membanjiri Padang Merdeka sudah tentu menunjukkan rasa gembira kerana pengiktirafan tanggal 16
september. Saya yakin kali ini rakyat tidak diberi upah 10 ringgit dan baju T!

Entahlah! Saya juga tidak pasti. Adakah yang hadir untuk mendengar ucapan Najib jumlahnya lebih ramai daripada yang hadir untuk mendengar suara Stacy dan Adam!!-petikan: muslioli.blogspot.com

17 September, 2010

PANAS....GAMBAR KALAMANATHAN DALAM MASJID!!!!


Panas....memang panas!!! Ahli Parlimen Shah Alam , Khalid Samad mendedahkan betapa UMNO yang suka menuduh orang yang lain rupanya dia lagi teruk. Lihatlah gambar ini . Ahli Parlimen Hulu Selangor dari Barisan Nasional, Kamalanathan sedang menyampaikan smbangan pada penduduk Felda sambil disaksikan Pengerusi MAIS. Apa dah jadi ni? Apa dah jadi? Kata Dulang Paku serpih, Mengata orang dia yang lebih..

KETERANGAN GAMBAR: Pengerusi MAIS bersama Ahli Parlimen Hulu Selangor, yang digelar ‘Ustadz Kamal’ oleh beberapa perayu undi UMNO semasa PR kecil Hulu Selangor, hadir bersama dalam majlis gotong royong di perkarangan Masjid FELDA Soeharto. ‘Ustadz’ berkenaan memakai baju berlambang dacing walaupun di dalam kawasan Masjid. Pengerusi MAIS tidak pula memarahi beliau kerana membawa politik ke Masjid atau menanyakan samaada beliau telah bermandi hadas dengan niat dan cara yang betul.

16 September, 2010

SELAMAT AMAN MAKMUR?





Alhamdulilah..syukur...genap hari ini sebulan penulis berblog di Pejuang Rakyat ini. Walaupun baru sebulan , penulis berbangga hit pelawat mencecah 3891 orang. Bagi orang baru seperti penuls, hit seperti ini cukup bermakna bagi penulis. Walaupun sebelum ini penulis banyak menulis di akhbar-akhbar yang dibaca lebih puluhan ribu pembaca, tetapi berblog ni lain rasanya. Kita bebas menyatakan sokongan pendirian pada siapa saja yang kita suka tanpa ada kekangan dari mana-mana pihak. InsyaAllah, penulis akan bongkar banyak lagi pendedahan yang ramai belum tahu. Penulis memang banyak menyimpan rahsia-rahsia pihak tertentu yang belum masanya untuk didedahkan. Terima kasih sekali lagi penulis ucapkan pada semua pembaca blog penulis ini.
Dalam minggu ini cerita politik agak slow sikit. Cerita pembunuhan Jutawan Kosmetik Sosilawati Lawiya mendapat liputan besar-besaran sema akhbar tanahair.. Akhbar laris macam goreng pisang panas. Kebetulan pulak penulis demam dua tiga hari ini. Jadi ruang blog ini lambat sikit update.
Sejak akhir-akhir ini kes melibatkan jenayah, pembuangan bayi, pembunuhan, kanak-kanak hilang, samun ragut dan sebagainya semakin menjadi-jadi. Siapa harus dipertanggungjawabkan dalam hal ini?
Apa macam dengan menifesto pilihanraya Umum 12 Barisan Nasional SELAMAT, AMAN , MAKMUR. Cuba kita tanya orang-orang BN, apa yang selamatnya? Apa yang amannya dan apa yang makmurnya? Kalau bab mengutuk menifesto Pakatan Rakyat, bukan main seronok lagi. Itu tak tunai la, ini tak tunai la. Ha..kena atas batang hidung sendiri, baru tahu.

12 September, 2010

SAMANLAH SAYA..!!


Seperti yang penulis pernah maklumkan sebelum ini, nampaknya si Zahrain tersilap langkah untuk menonjol popular di akhbar-akhbar. Akhirnya tindakan beliau boleh memakan diri sendiri. Katanya dalam satu temuramah akhbar "saya sedikit pun tidak gentar". Betul ke? Atau sedikit je tidak gentar tetapi 'banyak' yang lagi gentar? Haha...penulis nak tengok sangat oeang yang macam ni jenis mulut laser tak bertempat mendapat habuan mereka sebagai pengajaran. Tengok apa dah jadi pada Ibrahim Ali. Siap ugut BN yang kononnya dalam pilihanraya umum ke 13 akan datang hanya 30% saja akan undi Barisan Nasional. Habis...selebihnya undi siapa? Ibrahim Ali ke?...Kah...kah..kah.. Sedikit pun saya tidak gentar - Zahrain

KUALA LUMPUR 11 Sept. - Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, beliau sedikitpun tidak gentar dengan hasrat Ketua Pegawai Eksekutif The Malaysian Insider, Jahabar Sadiq untuk mengenakan tindakan undang-undang ke atasnya.

Malah beliau mengalukan-alukan tindakan itu kerana percaya ia akan mendedahkan lagi kebenaran berhubung dakwaan yang mengaitkan Jahabar dengan beberapa orang pemimpin Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera).

''Apabila prosiding bermula sudah pasti pelbagai maklumat dan rahsia akan terdedah dan hanya dua pilihan sahaja yang ada pada Jahabar sama ada saman tersebut memihak kepadanya atau sebaliknya.

''Oleh itu, saya sedia disaman pada bila-bila masa sahaja dan saya sedikit pun tidak gentar. Samanlah, namun sehingga kini surat saman Jahabar masih belum saya terima,'' katanya kepada Mingguan Malaysia hari ini.

Sebelum ini Zahrain telan mencabar Jahabar menjelaskan hubungannya dengan pemimpin-pemimpin Bendera bagi memastikan tiada unsur pengkhianatan dilakukan ke atas Malaysia.

Tiga pemimpin Bendera yang dikatakan mempunyai hubungan dengan Jahabar ialah Mustar Bona Ventura (Koordinator Bendera), Adian Napitulupu dan Serdi Semaun.

Bagaimanapun, Jahabar menafikan hubungan tersebut dan ekoran itu beliau turut membuat laporan polis serta bercadang untuk menyaman Zahrain kerana mendakwa telah memfitnahnya.

Zahrain dalam pada itu, sekali lagi mencabar Jahabar menafikan hubungannya dengan Adian apabila pemimpin Bendera itu mengakui pernah berkomunikasi dengannya sewaktu bertugas sebagai wartawan di Indonesia.

''Di dalam news.okezone.com ada disiarkan pengakuan Adian bahawa dia pernah berkomunikasi dengan Jahabar sewaktu Jahabar bertugas sebagai wartawan di Indonesia.

''Mengapa sehingga kini Jahabar mendiamkan diri? Mengapa tidak dinafikan sahaja kenyataan Adian ini? Itu sebab saya tidak gentar disaman kerana kenyataan saya berasas,'' soal Zahrain.

Sementara itu beliau menyokong cadangan supaya portal berita itu ditutup sekiranya terbukti berita- berita yang disiarkan menjejaskan keselamatan negara.

Beliau berkata, tiada gunanya pihak kerajaan membenarkan portal berita berkenaan meneruskan operasinya jika kewujudannya langsung tidak memberi faedah kepada rakyat dan negara.

Apatah lagi beliau berkata, dalam keadaan Jahabar didakwa mempunyai hubungan beberapa orang pemimpin kumpulan.

''Rakyat Malaysia tidak memerlukan media seperti ini terutama dalam keadaan Ketua Pegawai Eksekutifnya telah didakwa dikaitkan dengan beberapa orang pemimpin Bendera iaitu sebuah kumpulan anti-Malaysia..

''Oleh itu, isu yang saya bangkitkan ini ada kaitan dengan keselamatan. Kerajaan tidak harus berkompromi dalam isu tersebut dan perlu bertindak tegas termasuk menutup operasi portal berita The Malaysian Insider,'' katanya.

10 September, 2010

JUALAN UTUSAN MALAYSIA JATUH TERUK?


Penulis kira, ini merupakan barita paling gembira buat kita semua di hari raya pertama ini. Dalam laporan terbaru Audit Bureau Of Circulation melampirkan berita kejatuhan akhbar Melayu iaitu Utusan Malaysia dan Berita Harian. Bayangkan jumlah kejatuhan begitu banyak sehingga 21 % . Kejatuhan lebih kurang 44,000 pembeli .
Mungkin inilah agaknya balasan yang diterima oleh akhbar-akhbar harian yang banyak mengeluarkan berita
sensasi yang banyak laporan putar belitnya dari yang sebenar. Malah laporan berat sebelahnya juga membuatkan ramai orang Melayu mula benci. Penulis harap kita dapat teruskan lagi kempen memboikot akhbar-akhbar pembelit ini. Semoga memberi banyak pengajaran kepada mereka.



Circulation at the traditional mainstays of the local media landscape including Berita Harian has fallen.

KUALA LUMPUR, Sept 10 — Malaysian newspapers are experiencing a fall in circulation as readers turn to the Internet for hard news and tabloid-style scandal sheets for their diet of entertainment and sensationalism.
Circulation at the traditional mainstays of the local media landscape — The Star, New Straits Times, Utusan Malaysia and Berita Harian — has fallen over the past five years, in some cases dramatically so. The only exception is Chinese daily Sin Chew which saw circulation jump.

Figures from the Audit Bureau of Circulations (ABC) show that during the period 2005 to 2009, The Star’s circulation dropped from 310,000 to 287,000 (-7.4 per cent), the New Straits Times from 139,000 to 111,000 (-20 per cent), Utusan Malaysia from 213,000 to 169,000 (-21 per cent) and Berita Harian from 204,000 to 155,000 (-24 per cent).Sin Chew, however, saw circulation rise from 324,000 to 382,000 (+18 per cent).

The downward trend has continued for this year with NST’s circulation going below 100,000 copies on several days recently.

Apart from the drop in circulation, mainstream newspapers are also not selling much outside the Klang Valley, which leads to questions about whether they can shape public opinion as hoped for by the Barisan Nasional (BN) government.

The Malaysian Insider understands that senior editors at many newspapers would like to give the opposition and alternative views more airing but control from Putrajaya and Umno remains severe.

A combination of changing tastes and competition from the Internet have contributed to the decline.

Many corporate readers have switched to going online and reduced the number of subscriptions for their offices.

The general public also appear bored with political drama and suspect that mainstream media is controlled by the government and tends to filter the news.

A recent poll by the independent Merdeka Center found that 54 per cent of Malays polled and 55 per cent of Chinese surveyed did not trust reports in the mainstream media.

09 September, 2010

BN REJECT PERKASA !!!!!


Kah..kah..kah! nak gelak kuat-kuat rasanya. Seperti yang penulis nyatakan sebelum ini, Pertubuhan Perkasa sebenarnya mempercepatkan talian hayat UMNO. Ternyata tulisan penulis mula ada kebenarannya. Cuba kita baca laporan berita di bawah yang dipetik dari Berita Harian hari ini. Eh..korang tak kesian kat Ibrahim Ali ke? Penat-penat dia menyalak macam nak pecah anak tekak, akhirnya kena reject dengan Barisan Nasional. Hai..Ibrahim.....mengapalah malangnya nasibmu. Setelah orang Pakatan Rakyat reject dia kini giliran Ibrahim betul-betul kena reject!!! Alahai...macamanalah esok nak tunjuk muka kat orang BN. Kebetulan pulak esok dah raya. 13 partInilah agaknya balasan yang diterima setelah beberapa minggu dia ni menghina Tok Guru Nik Aziz. Padan muka!!!

Parti komponen BN sokong jauhi PERKASA


2010/09/09
PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) dengan sokongan sebulat suara 13 parti komponennya terutama UMNO, membuat keputusan untuk menjauhi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), kerana dikhuatiri boleh menjejaskan kewibawaan dan keupayaan BN meraih sokongan pengundi pelbagai kaum.

Dalam keputusan pada mesyuarat bulanan BN bagi memperkukuhkan gagasan itu yang pertama kali diadakan di sini semalam, semua parti komponen turut mengalu-alukan tindakan UMNO mengambil langkah pertama menyatakan pendirian mahu menjauhkan diri daripada PERKASA.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, yang mempengerusikan mesyuarat itu, berkata UMNO tidak akan menyokong PERKASA atau Presidennya, Datuk Ibrahim Ali pada pilihan raya umum akan datang kerana tindakan itu berpotensi menghakis sokongan pengundi bukan Melayu terhadap BN.
"PERKASA sudah beberapa kali mengadu domba parti komponen BN hingga menjejaskan perpaduan BN, selain mencetuskan persoalan di kalangan rakyat mengenai pendirian kita.

"UMNO tidak mahu ada apa-apa hubungan dengan PERKASA seperti didakwa sesetengah pihak dan parti komponen BN lain yang selama ini bimbang dengan maklum balas akar umbi dan mereka menerima baik pendirian ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beberapa parti komponen BN secara terbuka membidas kepemimpinan PERKASA kerana tindakan mereka menjejaskan usaha kerajaan mencapai matlamat konsep 1Malaysia, walaupun Datuk Seri Najib Razak menegaskan hak orang Melayu akan sentiasa dilindungi dan terjamin.-berita harian.

BERANI KE IBRAHIM ALI?

BERANI KE IBRAHIM ALI?


Nampak gayanya saham Ibrahim Ali sebulan dua ni mungkin melonjak agaknya di mata Perdana Menteri Dato seri Najib. Apa taknya, hampir setiap minggu ada saja keluar muka si Ibrahim ini dengan macam-macam cabaran. Semua dah tentu maklum apalagi kerja yang boleh Ibrahim Ali buat selain cabar orang itu, cabar orang ini.
Dalam pada itu penulis rasa sangat teruja membaca kenyataan dari Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah yang mencabar Perkasa berdebat hal-hal berkaitan Perlembagaan Negara. Nah kau!

Agak-agak korang lah, apa komen Ibrahim Ali kalau diajak berdebat. Kita semua maklum dari dulu lagi puak-puak ni kalau diajak berdebat akan kecut 'tel##'.
Selalunya si Ibrahim ini akan mengelak dengan memberi jawapan, orang itu masih mentah dalam politik la, tak erlu dilayan la dan macam-macam lagi. Kali ini kita saksikan sendiri apa komen orang yang kononnya Perkasa ini. Kalau takut juga berdebat, elok potong saja 'benda' tu dan buang saja dalam laut.....

Debat: PKR sokong Izzah cabar Perkasa

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Syed Husin Ali menyokong tindakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang mencabar Perkasa supaya berdebat berhubung isu Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, pendirian Nurul Izzah selari dengan dasar Pakatan Rakyat (PR) yang mendukung Perlembagaan Persekutuan termasuk fasal mengenai kedudukan Islam, Raja Melayu serta bahasa Melayu, dan juga kedudukan istimewa Melayu.

“Sangat tepat pandangan Nurul Izzah bahawa frasa ‘hak istimewa’ Melayu tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan, yang wujud hanya ‘kedudukan istimewa’. Begitu jugalah tidak terdapat slogan ‘ketuanan Melayu’ dalam Perlembagaan.

“Mana-mana perlembagaan negara bukannya seperti al-Quran ciptaan Allah yang tidak boleh diubah oleh manusia. Perlembagaan Persekutuan telah dipinda lebih 40 kali,” katanya, semalam.

Beliau berkata, pandangan dan cabaran yang dikemukakan oleh Nurul Izzah terhadap pemimpin Perkasa juga dilihat menepati sasaran apabila sekurang-kurangnya tiga menteri kanan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menegur dan mengecam pandangan yang dikemukakan.

“Pendirian ketiga-tiga menteri itu membuktikan bahawa pucuk pimpinan UMNO hanya bercakap tentang Gagasan 1Malaysia tetapi pada hakikatnya berkongsi pendapat dengan golongan perkauman sempit Melayu.

“Nyata sekali pandangan serta cabaran Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menyengat dan mengena tepat pada sasaran,” katanya.

Selasa lalu, Nurul Izzah mendakwa idea ‘hak orang Melayu’ yang dibawa oleh Perkasa hanya satu gagasan ideologi dan falsafah yang tidak berakar umbikan Perlembagaan.

08 September, 2010

BILA LA MAHATHIR NAK TAUBAT?


Penulis akui suatu masa dahulu sewaktu penulis bertugas di sebuah akhbar Mingguan, Dr Mahathir memang menjadi salah seorang yang penulis amat kagum sekali. Seorang yang bervisi amat jauh. Masa itu penulis sering membaca kutukan serta kritikan dari pembangkang yang menggelarkan Mahathir dengan Maha Firaun. Penulis tak rasa apa-apa pun lagi masa tu. Lebih-lebih lagi ketika zaman Pak Lah menjadi Perdana Menteri. Dr Mahathir seakan-akan terpinggir. Ketika itulah penulis lihat Mahathir mula bersetuju menyertai berbagai-bagai forum yang dianjurkan oleh Pertubuhan NGO yang mirip dengan pembangkang. Peristiwa Mahathir disembur air serbuk lada di Kota Bharu salah satu majlis mirip pembangkang dan ketika itu penulis dapat asakan yang Mahathir sudah mula berubah. Malah ketika berlakunya satu pilihanraya di Ijok menyaksikan pertandingan melibatkan Tan Sri Khalid Ibrahim, secara terang-terang Mahathir mahu Tan Sri Khalid menang. Ini sedikit sebanyak penulis rasakan dalam banyak perkara, tindakan Mahathir banyak menguntungkan pembangkang ketika itu. Ternyata Pilihanraya Uum ke 12 membuktikan ianya benar berlaku. Tapi selepas Dato Seri Najib mengambil alih kepimpinan dari Pak Lah, Mahathir seolah-olah kembali 'menjadi gila'. Kenyataan demi kenyataan dikeluarkan oleh Mahathir menggambar seakan-akan beliau kembali menjadi Perdana Menteri. Penulis jadi semakin meluat. Paling terbaru kritikan Mahathir kononnya Pas telah menyeleweng dari perjuangan Islam sebenar. Bukan main hebat lagi kata-kata Mahathir ni. Seolah-olah dia sekarang pejuang Islam no wahid!! Elok saja kita nasihat Mahathir, tak payahlah nak nasihat orang lain. Anak dia sendiri pun terlibat dengan syarikat arak. Betulkan dulu family tu. Apa pun penulis teringin sangat nak tengok Dr Mahathir akan berubah suatu hari nanti dan bertaubat dengan apa yang telah beliau lakukan selama ini. Kenyataan terbaru Mahathir seperti laporan di bawah:

Dr. Mahathir selar Pas jual agama demi politik

KUALA LUMPUR 7 Sept. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyelar tindakan pemimpin Pas yang sanggup menjual agama Islam demi survival politik bagi mendapat sokongan pihak tertentu.

Menurutnya, pemimpin Pas amat cekap memanipulasi pemikiran dan menukar tafsiran dalam apa-apa isu sekali pun bagi menjadikannya selari dengan kehendak rakan bukan Islam.

Katanya, mereka yang kononnya mendakwa sebagai pejuang Islam sebenarnya secara nalurinya perjuangan mereka langsung bukan untuk memartabatkan Islam tetapi mengenepikannya.

"Kita lihat bagaimana mereka yang kononnya pejuang Islam ini sanggup menukar tafsiran terhadap Islam kerana politik.

"Kalau dulu mereka kata bekerjasama dengan orang kafir kita akan jadi kafir, tetapi kini mereka melakukan perkara sama dan dipertahankan sehingga ke tahap luar biasa.

"Umpamanya, isu ternakan babi dekat dengan kampung Melayu, mereka mengatakan dalam al-Quran tiada menyebut mengenai ternak babi, hanya tak boleh makan babi, kalau nak ternak atau nak lakukan apa-apa tiada larangan dalam al-Quran," katanya dalam wawancara khas bersama UMNO-Online di sini, hari ini.

Dr. Mahathir berkata, pimpinan Pas sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan kepentingan politik mereka terjamin dan menghalalkan apa yang mereka lakukan.

Beliau memberikan beberapa contoh seperti tindakan Pas menuduh UMNO kafir apabila bekerjasama dengan MCA dan MIC tetapi kini mereka melakukan perbuatan sama apabila bersekongkol dengan DAP.

Pas juga, katanya, menghalalkan tindakan khatib mendoakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat bagi menggantikan Yang di-Pertuan Agong dengan alasan untuk menarik bukan Islam kepada Islam.

"Mereka pintar memberi penjelasan, menukar pemikiran mereka kerana yang menjadi mangsa adalah Islam dan orang Islam sendiri," katanya.

Seterusnya, Dr. Mahathir juga membangkitkan kes Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang memasuki ruang utama solat Surau al-Huda, Kajang, yang disokong dan langsung tidak dibantah Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau amat kecewa dan sedih dengan tindakan itu berkata, Pas menggunakan Islam sebagai sebagai alat untuk mendapat sokongan di kalangan umat Islam tetapi mereka sebenarnya bukan pejuang Islam seperti yang digembar-gemburkan itu.

"Jika Islam itu menjadi halangan untuk dapat sokongan orang bukan Islam, mereka sanggup cari jalan supaya Islam itu dikebelakangkan sikit.

"Contohnya dalam soal hukum hudud, semua itu diketepikan. Begitu juga dengan negara Islam, ia juga diketepikan supaya dapat sokongan bukan Islam, itu memang naluri Pas.

"Itu Pas guna Islam untuk memancing undi. Dari dahulu memang macam itu," katanya.

07 September, 2010

PUTAR BELIT UMNO


Betul juga seperti kata Exco Kerajaan Negeri Kelantan Dato Husam Musa, kalau Kerajaan Negeri Kelantan tidak bangkitkan soal Wang Royalti Minyak, sampai sekarang sebarang duit termasuk 'wang ehsan' yang baru diagih-agihkan itu diam begitu sahaja.

Kalau betul duit royalti sudah wujud, kenapa tidak dibayar sejak dulu lagi wang ehsan tersebut. Kenapa mesti tunggu Kerajaan Kelantan bangkitkan, baru kini terhegeh-hegeh hendak membayar wang ehsan. Nampak sangat Kerajaan Barisan Nasional bermain politik. Cuba kita fikir-fikirkan bersama:


Husam persoal pembahagian

KOTA BHARU - Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa mendakwa tindakan Kerajaan Pusat membahagi wang ihsan sejak mula tidak mengikut mana-mana peruntukan undang-undang.

Menurutnya, tindakan menyalurkan wang ihsan itu adalah satu langkah politik bagi menghalang pembayaran royalti yang jelas menjadi hak negeri Kelantan seperti yang termaktub dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan perjanjian penyerahan hak petroleum Negeri Kelantan kepada Petronas 1975.

Menurutnya, Kerajaan Pusat tidak berhak mengikut undang-undang membahagikan bahagian pembayaran royalti untuk negeri Kelantan mengikut saluran dan kehendak mereka seperti yang dilakukan sekarang.

“Melalui amalan pembahagian wang ihsan, tidak ada siapa boleh mengesahkan berapakah jumlah sebenar wang yang patut dibayar. Adakah jumlahnya sebegitu kecil sedangkan pengeluaran petroleum yang membabitkan perairan Kelantan adalah amat besar. Jumlahnya bukan jutaan seperti yang diagihkan atas nama wang ihsan tetapi ribuan juta setiap tahun,” katanya kepada :Sinar Harian: semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Dr Awang Adek Husin, semalam, yang mahukan rakyat menilai kejujuran Kerajaan Negeri kerana sanggup menghalang tindakan Kerajaan Pusat untuk menyalurkan Kerajaan Pusat melalui tindakan undang-undang.

Isnin lalu, Husam dalam satu kenyataan dilaporkan berkata kerajaan negeri akan memfailkan satu lagi tuntutan untuk menghalang pembayaran wang ihsan sehingga kes saman terhadap Petronas selesai.

Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Petroleum negeri mempersoalkan kewajaran Kerajaan Pusat mengagihkan wang ihsan, sedangkan usaha itu terhasil inisiatif kerajaan negeri yang menuntut royalti.

“Kenapa Datuk Dr Awang Adek tidak mengambil inisiatif membahagikannya sebelum kami (kerajaan negeri) menuntut?

Adakah ini bukan politik? Adakah ini telus? Jika kerajaan negeri tidak menuntut, maka wang minyak itu lesap entah ke mana sampai hari ini? Nasib baik kita menuntut, tumpah juga kuah walaupun ‘dicebuk’ dari khazanah kita sendiri.

“Akhirnya, jika Kerajaan Negeri Kelantan terpaksa memfailkan permohonan tahanan sementara terhadap aktiviti itu, ia hanya bermakna Kerajaan Negeri mengambil langkah menyempurnakan proses Mahkamah,” katanya.-sinar harian.

06 September, 2010

UMNO TOLONGLAH SAYA..


Nampak sangat UMNO semakin terdesak. Disaat orang Melayu mula menolak UMNO, kini secara perlahan-lahan UMNO cuba menambah ahli Parti itu supaya tidak nampak ketara sangat bilangan ahli UMNO yang semakin meninggalkan parti itu. Baru-baru ini Kesatuan India Muslim Malaysia atau KIMMA telah diterima bergabung dengan UMNO. Nah! kan dah bertambah lagi keahlian UMNO.
Dalam pada itu seorang bekas pemimpin PKR yang tubuh parti seakan tiada sambutan itu kononnya mengalu-alukan kemasukan KIMMA bergabung dengan UMNO. Hai teringin ke Dato nak 'join' UMNO jugak? Cubalah pujuk BIK Mama tu. Confirm dapat 'join' punya. Jangan pujuk Samy Vellu. Sampai mati pun pasti tak dapat masuk itu Barisan Nasional punya. Ini India punya orang, Samy Vellu jugak yang punya. So, cuba-cuba lah bodek UMNO punya orang. Sekarang UMNO mau ramai ahli. Baru nampak lagi kuat!!




KIMMA bantu kukuhkan UMNO

SHAH ALAM – Presiden Malaysian Indian United Party (MIUP), Datuk S Nallakaruppan menyifatkan kehadiran Kesatuan India Muslim Malaysia (KIMMA) dalam UMNO dapat membantu menambahkan kekuatan jentera UMNO.

Menurutnya, secara tidak langsung, ia mengukuhkan sokongan rakyat untuk kembali kepada Barisan Nasional (BN).

“Setiap parti yang menyokong kerajaan mahukan pengiktirafan secara rasmi ia diterima dalam komponen BN agar dapat menjalin dan membina kerjasama untuk kesejahteraan rakyat.

“Saya yakin dengan keputusan Presiden KIMMA, Datuk Syed Ibrahim Kader untuk bersama-sama kerajaan dan tahniah kerana ia telah diterima sebagai ahli untuk bergabung dengan UMNO,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Nallakarupan berkata, penerimaan baik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap KIMMA mencerminkan kepimpinannya mahukan lebih banyak parti bukan UMNO menyokong BN dan bersama-sama menyertai komponen kerajaan agar bertambah kuat menghadapi tipu helah pembangkang.

“MIUP akan memainkan peranan bersama-sama menyertai program dianjurkan BN sekali gus memupuk perpaduan pelbagai kaum.

“Kita semakin aktif mendekati rakyat bawahan terutamanya kaum India dengan tujuan mengembalikan sokongan mereka kepada BN,” katanya.-sinar harian.

05 September, 2010

IBRAHIM AJAR NIK AZIZ ILMU AGAMA


Hahaha...masih tak puas hati lagi rupanya si Ibrahim al-Kataki dengan Tuan Guru Nik Aziz rupanya. Minggu lepas Ibrahim dakwa Nik Aziz kurang taqwa. (kononnya dia lebih taqwa la dari Nik Aziz?). Kemyataan terbaru dia cuba mengajar Nik Aziz pulak tentang Sirah Rasulullah bersama orang bukan Islam.

Penulis tak mahu komen apa-pa lagi sebab dah menyampah sangat tengok muka Presiden Katak ni. Macam dia bagus sangat. Nak je rasanya siarkan balik CD ceramah dia masa dia sokong Pakatan Rakyat masa Pilihanraya 12 tempohari. Biar malu sikit. Tapi biar dulu, kita tengok je permainan si Katak ni. Orang kata kalau jangka hayat politik dah tak lama, beginilah rupanya. Tengok je la rfakan-rakan seperjuanganKatak seperti Zahrain, Zul Kulim, Wee Chee Keong dan beberapa orang lagi. Asyik meroyan je. Ha..kalau nak tahu , itulah tanda-tanda nak bersara atau dipaksa bersara dalam politik oleh rakyat jelata.
Di bawah ini penulis petik satu ulasan menarik oleh Mohd Sayuti Omar yang banyak memanggil Ibrahim dengan panggilan Salentia atau Inchek Ibrahim ni. Sayuti ni lah yang banyak menolong Ibrahim sewaktu beliau terkial-kial mencari talian hayat baru di Pasir Mas. Tapi apa boleh buat..ibarat kacang lupakan kulit. Sabarlah Sayuti...


Antara Inchek Ibrahim dan Nik Aziz

SEKALI lagi ahli Parlimen Pasir Mas yang menang atas tikit Pas, Inchek Ibrahim Ali menyerang Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kali ini beliau meminta Nik Aziz mengemukakan bukti bila masa Rasulullah s.a.w. membenarkan orang bukan Islam masuk ke dalam masjid, makan, minum dan tidur di dalam rumah Allah itu.

Alasan dan hujah Inchek Ibrahim mudah sahaja, katanya tidakkah Madinah dan Makkah tanah haram. Tanah haram orang bukan Islam tidak boleh masuk. Berdasarkan logik akal itu Inchek Ibrahim tidak mempercayai dakwaan Nik Aziz itu mengatakan Rasulullah membenarkan orang bukan Islam masuk ke dalam masjid.

Walaupun alasan itu dangkal tetapi ada logiknya juga. Orang yang berfahaman seperti Inchek Ibrahim mungkin menerimanya dan akan menolak hujah (politik) Nik Aziz.

Saya tidak ada bukti sejarah mengenai soal ini. Cuma saya nak sebutkan bahawa pada zaman Rasulullah dulu memang ada perbincangan antara orang bukan Islam dengan baginda dalam masjid. Salah satunya ialah peristiwa di Hudaibiyah.

Perjanjian Hudaibiyah - gencatan pada tahun ke empat Hijrah antara orang Muslim dengan Musyrikin Qurisy dilakukan di dalam masjid.

Bagaimana pun tempat perjanjian itu pada masa ini sudah berada di luar masjid. Kalau sesiapa ke Makkah dan mengadakan ziarah ke tempat bersejarah ini akan berjumpa dengan tempat berkenaan. Selain itu masih ada sejarah-sejerah kecil mengenai bagaimana orang bukan Islam masuk ke dalam masjid, baik untuk tujuan baik, mendapat perlindungan, memohon bantuan idea Rasulullah dan sebagainya.

Biarlah kita tolak mengenai bukti-bukti jelas mengenai perkara itu. Kita anggap sajalah Nik Aziz terkhilaf. Dia berkata begitu untuk membela ahli Parlimen DAP kawasan Serdang itu saja. Tetapi dalam hal ini Inchek Ibrahim pihak yang menuduh akan kedangkalan atau 'pembohongan' Nik Aziz. Maka menjadi kewajiban Inchek Ibrahim untuk membuktikan apa yang dipercayai dan diyakini itu agar orang tidak mengatakan dia juga bercakap bohong.

Inchek Ibrahim kena tunjuk bila masa atau di mana Rasulullah pernah menghalau orang bukan Islam dari memasuki masjid. Bila masa dan tahun berapa Rasulullah memerangi orang dari memasuki masjid. Beliau kena sebut peristiwa berkenaan. Kalau Inchek Ibrahim juga gagal menyatakan bukti dan dalil-dalilnya maka Inchek Ibrahim dua kali lima saja dengan Nik Aziz dalam hal ini.

Saya percaya kenyataan dan serangan Inchek Ibrahim terhadap Nik Aziz itu kerana motif politik tidak lain dari itu.

Kerana ianya bersifat politik saya sifatkan kedua mereka betul dan kedua mereka mungkin salah.
Bagaimana pun yang jelasnya, antara kata-kata Inchek Ibrahim dengan Nik Aziz orang lebih mempercayai kata-kata Nik Aziz. Walaupun betul sekali pun kata-kata Inchek Ibrahim orang akan mempercayai kata-kata Nik Aziz dan yakin kata-katanya lebih bernilai. Sebabnya, pertama dari segi ilmu lebih Nik Aziz dari Inchek Ibrahim. Dari segi tawaduk,lebih Nik Aziz dari Inchek Ibrahim.Dari segi lemah lembut (syaksiah), lebih Nik Aziz dari Inchek Ibrahim. Dari segi tawakal, lebih Nik Aziz dari Inchek Ibrahim. Dari segi zuhud lebih Nik Aziz dari Inchek Ibrahim. Dari segi intergriti, lebih Nik Aziz dari Inchek Ibrahim. Begitu juga dari segi lompat parti, bab ini kurang Nik Aziz dari Inchek Ibrahim.

Keduanya, orang melihat dan menilai dari segi budi dan jasa, Nik Aziz lebih berjasa daripada Inchek Ibrahim. Bukankah Inchek Ibrahim bertanding dan menang di Pasir Mas atas kesian belas Nik Aziz? Bukankah projek bandar baru Pasir Mas yang Inchek Ibrahim serahkan kepada Albert usahakan itu atas kesian belas Nik Aziz? Sekurang-kurangnya dua jasa dan budi besar Nik Aziz kepada Inchek Ibrahim yang tidak mungkin dapat dibalas oleh Inchek Ibrahim. Pergilah kot mana-mana pun orang akan berpihak kepada Nik Aziz daripada Inchek Ibrahim. Jika diukur dan dinilai semua itu serangan Inchek Ibrahim ke atas Nik Aziz, tidak lebih daripada satu tindakan melupai budi dan jasa beliau(Nik Aziz) saja. Saya tidak mahu hendak bilang apa dengan sikap dan fiil begini. Hukumlah sendiri.

Dan kalau Nik Aziz tidak mahu menjawab serangan dan bidasan Inchek Ibrahim itu pun tidak mengapa, kerana dia bukanya siapa melainkan bekas anak angkatnya saja menjelas pilihan raya umum lalu yang kini sudah menderhaka kerana hajatnya untuk menang sudah diperolehi. Cuma diingatkan kepada Inchek Ibrahim bahawa pilihan raya umum di negara ini tidak terhenti dan berakhir setakat pilihan raya umum ke 12 saja tetapi akan ada lagi selepas ini. -msomelayu.blogspot.com

PERKASA PEKIDA KENA HALAU?

KUASA RAKYAT

LAKI BINI KENA SEPINA

kebangkitan rakyat

kebangkitan rakyat

SEJARAH TERCIPTA: ANWAR BEBAS..!!!