rakan-rakan blog ini

PRODUK UNTUK PENGANTIN LELAKI

.

.
Info : Blog ini baru sahaja diaktifkan secara rasmi 15hb Ogos 2010 yang lalu. Penulis merupakan seorang bekas wartawan yang pernah bertugas dibeberapa akhbar tanahair. Lebih 20 tahun bertugas sebagai wartawan sebelum ini. Jadi, menyedari betapa pentingnya kebenaran itu ditegakkan, Penulis membuat keputusan menulis secara aktif di blog ini. Semoga Allah memberkati niat baik saya ini

Halaman

24 September, 2010

MAHATHIR MAKIN KECUT PERUT..


Sepanjang penulis menjadi wartawan di beberapa akhbar tanah air, jarang sekali Penulis tengok bekas PM Dr Mahathir begitu kecut perut sekali. Paling akhir kenyataan 'kecut perut' Dr Mahathir ialah selepas Pakatan Rakyat banyak memenangi Kerusi Parlimen dalam Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu. Ketika itu Dato Seri Anwar Ibrahim mengumumkan plan 16 september. Mahathir ketika itu keluarkan kenyataan akan keluar dari Malaysia kalau Anwar berjaya tubuhkan kerajaan baru. Hari ini terpampang besar muka depan Utusan Malaysia MELAYU HILANG KUASA. Kah..kah..kah..nak tergelak pun ada. Terang-terang Mahathir makin kecut perut. Dengan mengambil contoh Kerajaan Perak menunjukkan betapa dangkalnya pendapat terkini Dr Mahathir ini. Apakah Mahathir fikir orang-orang Melayu dalam PKR dan Pas bodoh? Kenapa tahun 1995 ADUN UMNO dalam DUN Pulau Pinang memenangi paling banyak kerusi berbanding Gerakan, kenapa Ketua Menteri masih orang Cina? Itu di zaman Dr Mahathir. Takkan dah lupa? Ketika UMNO kalah teruk tempohari, semua orang menuding jari menuduh faktor Khairy Jamaluddin seagai faktor kekalahan UMNO/BN. Padahal semua ini angkara mulut lancang Dr Mahathir mengkritik Pak Lah ketika itu. Tapi apa boleh buat, Melayu Mudah lupa...

Melayu hilang kuasa

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
syahrir.bakar@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 23 Sept. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan orang Melayu bahawa mereka akan kehilangan kuasa dan ‘suara’ jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih pemerintahan negara.

Kata beliau, ia terbukti sewaktu Perak diperintah pakatan pembangkang selepas pilihan raya umum lalu apabila DAP lebih berkuasa di negeri itu walaupun Menteri Besar daripada Pas.

“Kita lihat (Datuk Seri) Mohammad Nizar Jamaluddin di Perak, walaupun dia Menteri Besar tapi dia ikut arahan DAP sehingga (pakatan pembangkang) jatuh. Orang Cina mendakwa ini adalah usaha BN menjatuhkan kerajaan Cina.

“Jadi mereka panggil kerajaan Cina, tak mungkin kita juga akan dapat Perdana Menteri yang semacam Nizar, namanya Melayu, agama Islam tetapi dia bukan sebenarnya bebas, dia adalah alat pada orang lain dan ini boleh berlaku,” katanya.

Beliau yang juga bekas Presiden UMNO berkata demikian dalam wawancara khas dipetik daripada laman web www.umno-online.com yang disiarkan hari ini.

Dr. Mahathir menambah, walaupun Nizar yang mewakili Pas ketika memerintah Perak seolah-olah memperjuangkan Islam, parti itu sebenarnya menggunakan Islam sebagai alat untuk mendapat sokongan.

Sementara itu menurutnya, jawatan sebagai Perdana Menteri di negara ini bukan ‘dikhaskan’ buat orang Melayu atau beragama Islam sahaja sebaliknya ia tertakluk kepada sokongan rakyat ke atas seseorang pemimpin.

“Tidak ada sekatan dalam undang-undang negara, dalam kita punya Perlembagaan tiada yang menghalang orang Cina atau India jadi Perdana Menteri, apa yang perlu sokongan dari majoriti, kalau majoriti dah setuju, kita tak boleh buat apa-apa.” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, beliau turut mengkritik hala tuju parti pembangkang lain seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP kerana dilihat tidak ikhlas memperjuangkan kemahuan rakyat selain hanya mahu merampas tampuk pemerintahan daripada BN.

Sebagai contoh, katanya, PKR wujud bukan kerana mahu menuntut keadilan buat rakyat di negara ini tetapi sebagai platform merealisasikan cita-cita seorang pemimpinnya yang berhasrat menjadi Perdana Menteri.

“Trend itu tidak lagi menjadi tumpuan, tetapi kepada apa saya dapat, apa kau dapat, lebih kepada peribadi. Itulah terbentuknya keadilan, keadilan itu nama sahaja. Tubuh PKR seolah-olah negara ini tidak ada keadilan,” jelasnya.

1 ulasan:

  1. jeng-jeng-jeng ... ada orang sudah takut.. umgok dah nak tumbang... orang itu dah nak kena lokap... sebab dia tahu apa kejahatan dan kezaliman yang dia dah buat dulu... ramai lagi yang bakal mengikutnya ke lokap... kita tengok siapa yang kena... kita minta YB2 kita yang bersidang 'fight' untuk gubal undang2 supaya harta2 penipu ini dirampas.. kita tengok siapa yang kena... dulu dia nak lari tapi masih boleh bertahan. tapi sekarang dah nampak balak yang akan sampai... Mari kita rakyat yang telah lama teraniaya dan tertipu berdoa dan bermunajat supaya Allah S.W.T. tunjukkan kebenaran...

    BalasPadam

PERKASA PEKIDA KENA HALAU?

KUASA RAKYAT

LAKI BINI KENA SEPINA

kebangkitan rakyat

kebangkitan rakyat

SEJARAH TERCIPTA: ANWAR BEBAS..!!!