
Tak habis-habis lagi  dengan  si mangkuk hayun  sorang ni. Nampak sangat  kenyataan seakan  membodek. Tak sedar ke  dia  kerja  dengan  Kerajaan negeri  mana  sekarang ni?  Kenyataan  terbaru  dia  mengatakan bukan  setakat  dalam  Masjid  tetapi  di kawasan masjid  sekali pun dilarang mengadakan  program berunsur  politik.  Kita  nak  tanya  dia, kalau program  anjuran Pakatan  Rakyat, maka program itu dikatakan  berbaur politik walaupun program sekadar sumbangan  hari raya?  Bagaimana pula  kalau  program itu disertai oleh  orang MCA dan di adakan di kawasan masjid? Tentu boleh kan? Inilah  sebenarnya  pemikiran  UMNO  yang  sungguh kolot  ibni maha kuno. Macamanalah  orang  Islam  nak  tertarik dengan  agama  kita.
Di sini  penulis  sertakan gambar satu program sumbangan  ramadhan untuk masjid-masjid  sekitar  Raub   yang disertai  oleh  Menteri Pelancongan merangkap Ahli Parlimen  Raub, Dato Seri Ng Yen Yen di Masjid  Negeri Daerah Raub. Naib Presiden MCA  ni  siap  bagi  sumbangan  lagi  untuk  masjid-masjid  seluruh  Raub. Apa komen Ulama  UMNO?  Akhbar merepek  Utusan  tak mahu siarkan ke? Mungkin  Selangor  dan Pahang tak sama peraturan kot..
Jangan terap unsur politik di masjid
SHAH ALAM 3 Sept.- Ahli politik bukan Islam diingatkan supaya tidak menerapkan unsur politik dan menimbulkan perpecahan masyarakat dalam program mereka di masjid atau surau walaupun dibenarkan memasuki kawasan pekarangan rumah ibadat tersebut di negeri ini.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, peringatan itu bagi memastikan masjid dan surau di seluruh negeri ini tidak menjadi alat dan medan pertempuran parti-parti politik untuk menagih sokongan umat Islam.
Katanya, pemimpin politik berkenaan seharusnya sedar dan memahami bahawa kawasan masjid dan surau bebas daripada sebarang politik.
"Adalah wajar mereka mematuhi larangan berpolitik di kawasan rumah ibadah itu walaupun mereka dibenarkan memasuki kawasan tempat ibadat umat Islam ini, kecuali ruang solat.
"Jika ada antara mereka mengadakan aktiviti berunsurkan politik atau berbaur perpecahan, JAIS tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mereka termasuk jawatankuasa pentadbiran tempat ibadat umat Islam itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan