Bukan seorang dua kalangan pemimpin UMNO yang mula ketar lutut dan kecut perut bila membicarakan soal Pilihanraya UMUM ke 13 nanti. Malah Mufti Perak pun dah menyatakan rasa takut beliau akan kejatuhan Barisan Nasional nanti. Maka, setiap hari ada sahaja kenyataan yang mengapi-apikan Melayu dengan ungkapan, sekiranya UMNO kalah, maka hilanglah kuasa Melayu.
Penulis sendiri ada berjumpa dengan beberapa rakan wartawan dari akhbar arus perdana tanahair. Mereka memberi pendapat ikhlas bahawa kebanyakkan pemimpin UMNO kini makan tak lalu, tidur tak lena. Ini disebabkan kerana ramai kalangan pemimpin UMNO mendapat laporan kononnya masyarakat Cina kini secara total mahu menolak UMNO di semua kawasan yang ditandingi UMNO dalam pilihanraya Umum akan datang. Faktor Perkasa lah antara faktor utama membuatkan UMNO semakin dipandang benci oleh masyarakat Cina.Jadi, kita tak payah risau kalau Perkasa terpekik terlolong dan tiap-tiap minggu buat laporan polis itu dan ini. Biarkan. Perkasa sebenarnya sedang menggali kubur UMNO.
PRU akan datang penentu kelangsungan Melayu - Mustapa
PASIR PUTEH 4 Sept. - Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pilihan raya umum (PRU) akan datang amat penting bagi orang Melayu kerana ia akan menentukan kelangsungan mereka.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, ini kerana perkembangan semasa menunjukkan hak orang Melayu sentiasa dicabar, sekalipun telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Pilihan raya itu akan menentukan sama ada orang Melayu akan terus meneraju negara ini atau sebaliknya, kata beliau semasa berucap pada majlis ramah mesra bersama warga pendidik peringkat Pejabat Pelajaran Pasir Puteh, di sini malam tadi.
"Berasaskan kedudukan itu UMNO mesti memenangi lebih banyak kerusi Parlimen dan negeri bagi menguatkan kedudukan selain terus berkuasa mempertahankan Perlembagaan yang sedia ada bagi faedah orang Melayu dan seluruh rakyat Malaysia,” katanya yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan