rakan-rakan blog ini

PRODUK UNTUK PENGANTIN LELAKI

.

.
Info : Blog ini baru sahaja diaktifkan secara rasmi 15hb Ogos 2010 yang lalu. Penulis merupakan seorang bekas wartawan yang pernah bertugas dibeberapa akhbar tanahair. Lebih 20 tahun bertugas sebagai wartawan sebelum ini. Jadi, menyedari betapa pentingnya kebenaran itu ditegakkan, Penulis membuat keputusan menulis secara aktif di blog ini. Semoga Allah memberkati niat baik saya ini

Halaman

14 September, 2015

KAKI BELIT DARI UMNO BERTAMBAH MENJELANG PERHIMPUNAN

Dulu orang-orang ini kutuk Perhimpunan Bersih 4 dengan macam-macam gelaran. Sekarang orang yang sama juga memuji Himpunan Merah akan datang. Ternyata pemimpin ini semakin berbelit-belit dan putar  alam. Tapi apa  nak dikejutkan. Selagi  UMNO menjadi pilihannya, maka manusia  macam ini yang dilahirkan.... 




03 September, 2015

PANAS..!! MUHYIDDIN YASSIN , SHAFIE AFDAL BAKAL DIPECAT ..!!

Panas... hari ini kebanyakkan facebook, whatsapp orang-orang kuat  UMNO  menyiarkan  berita  berkenaan 7 orang pemimpin utama  UMNO bakal dipecat beberapa hari lagi. Menurut mereka, sumber ini diperolehi dari bilik kebal  UMNO.
Berita  pemecatan ini mula  menjadi viral di kalangan  ahli-ahli  UMNO sejak  pagi tadi lagi.

Tujuh pemimpin besar tersebut:  Tan Sri Muhyiddin Yassin , Shafie  Afdal, Mukhriz Mahathir, Aziz Sheikh Fadzir, Ahmad Said, Hamidah Osman  dan  Jumat Idris.

Berita  lanjut menyusul.....

29 Ogos, 2015

PESERTA BERSIH SEMAKIN RAMAI

Hingga jam 1 tengahari ini, bilangan peserta Bersih yang akan berkumpul semakin ramai. Malah beberapa tempat berkumpul seperti daya bumi, Sogo serta beberapa tempat  lain  semakin membuak-buak kehadiran orang ramai.
Kehadiran yang ramai juga dapat disaksikan di Masjid Negara juga kerana rata-rata peserta  Bersih beragama Islam hendak menunaikan dulu solat zohor.

Perkemabangan lanjut akan dilaporkan dari masa  ke semasa...
semakin ramai berkumpul depan Sogo

14 Ogos, 2015

KES KHALID IBRAHIM: PENYOKONG PUTAR BELIT CERITA?

Aduhai..pening tengok gelagat penyokong Tan sri Khalid Ibrahim menerusi talian online. Rasanya kes  ini diselesaikan di luar mahkamah. Selalunya  kalau selesai di luar mahkamah, maka tiadalah keputusan terciptakan.
Tapi pengikut Khalid seolah-olah tidak berpuashati dan meviralkan bahawa Khalid  menang kes hari ini  sedangkan dalam persetujuan bersama, Dato saifudin Nasution mesti minta maaf pada  Khalid  dan dalam masa yang sama,  Khalid juga  kena  mohon maaf juga. Jadi, apa keputusannya? Kesian  melihat gelagat pengikut Khalid.

Berikut kenyataan rasmi Setiausaha Keadilan :

PENYELESAIAN KES SAMAN TAN SRI KHALID IBRAHIM vs DATO' SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL dan PARTI KEADILAN RAKYAT
Kedua-dua pihak plaintif (Tan Sri Khalid Ibrahim) dan defendan-defendan (Dato' Saifuddin Nasution Ismail dan Parti Keadilan Rakyat) telah bersetuju untuk menyelesaikan kes saman plaintif di luar mahkamah.
Dato' Seri Anwar Ibrahim yang turut hadir sebagai saksi defendan telah berbincang dengan kedua-dua pihak plaintif dan defendan pagi ini. Sebagai menghormati beliau dan mengambil kira kepentingan masyarakat berlatar belakangkan kemelut politik akibat skandal melibatkan Dato' Seri Najib Razak, kedua-dua pihak bersetuju perkara-perkara berikut:
1) Tan Sri Khalid Ibrahim menarik balik saman
2) Dato' Saifuddin Nasution Ismail dan KEADILAN memohon maaf kepada Tan Sri Khalid Ibrahim
3) Tan Sri Khalid Ibrahim memohon maaf kepada Dato' Saifuddin Nasution Ismail dan KEADILAN
Persetujuan ini dimeterai dan difailkan di mahkamah seperti di dalam dokumen mahkamah yang disertakan bersama.
Bagi pihak KEADILAN, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.
RAFIZI RAMLI
Setiausaha Agung

12 Ogos, 2015

KEMBALI PANAS ....

Assalamualaikum... atas permintaan rakan-rakan serta  penggemar  blog ini,  InsyaAllah...blog ini akan  kembali aktif semula  selepas 15hb Ogos 2015. terima  kasih  atas  sokongan  anda walaupun blog ini berhenti rehat sekian lama. 

PERKASA PEKIDA KENA HALAU?

KUASA RAKYAT

LAKI BINI KENA SEPINA

kebangkitan rakyat

kebangkitan rakyat

SEJARAH TERCIPTA: ANWAR BEBAS..!!!