rakan-rakan blog ini

PRODUK UNTUK PENGANTIN LELAKI

.

.
Info : Blog ini baru sahaja diaktifkan secara rasmi 15hb Ogos 2010 yang lalu. Penulis merupakan seorang bekas wartawan yang pernah bertugas dibeberapa akhbar tanahair. Lebih 20 tahun bertugas sebagai wartawan sebelum ini. Jadi, menyedari betapa pentingnya kebenaran itu ditegakkan, Penulis membuat keputusan menulis secara aktif di blog ini. Semoga Allah memberkati niat baik saya ini

Halaman

30 Mei, 2011

ADA PEMUDA UMNO SIMPATI DENGAN ANWAR?


Zaki Zahid harap Anwar jadi PM? (ARTIKEL INI DIPETIK DARI BLOGGER UMNO)


Rupa-rupanya ada juga Exco Pemuda UMNO Malaysia yang masih mengharapkan Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Biarpun mereka ini memakai baju UMNO dan kelihatan seperti orang UMNO, bahkan sangat serakah untuk perut dan tembolok, tetapi hati, jiwa dan perasaan mereka adalah untuk Anwar Ibrahim.


Penularan wabak video lucah yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim menjadi indikasi utama tahap perjuangan puak-puak ini.

Dalam mesyuarat Exco Pemuda yang diadakan baru-baru ini, terkeluarlah cerita tentang video tersebut. Secara automatik, terluncurlah keluar ayat-ayat simpati kepada Anwar dan pada masa yang sama, mengutuk Najib Abdul Razak dengan ayat-ayat yang sama seperti yang dituturkan oleh Anwar Ibrahim!!!

Mungkin perasaan simpati mereka kepada Anwar bolehlah diterima kerana ia melibatkan maruah, tetapi apabila ayat-ayat yang dikeluarkan itu sama seperti ayat-ayat Anwar Ibrahim dan sasaran mereka pula adalah Najib Abdul Razak, rasa-rasanya ada benda besar yang sedang berlaku dalam Pemuda UMNO Malaysia.

Apatah lagi, Pemuda UMNO Malaysia sekarang ini tidak ubah seperti pondan yang cuba mengepit kemaluannya di celah kangkang!!!

Disebabkan itulah juga, Pemuda UMNO Malaysia seringkali dilihat seperti gunting dalam lipatan yang bukan sahaja tidak mampu bekerja untuk UMNO, sebaliknya terlalu berjuang untuk mendapatkan jawatan bagi Ketuanya!!!

Anehnya, puak berkenaan masih lagi berada di dalam UMNO. Sedangkan seharusnya mereka melepaskan jawatan atau meninggalkan UMNO untuk menyertai Anwar Ibrahim secara terang-terangan, bukannya seperti pondan bacul. Yang sahihnya, cara serampang dua mata yang diamalkan sekarang, diharapkan mampu memberi keuntungan maksima kepada mereka.

Dengan kata lain, kalau Pakatan Rakyat menang, mereka akan segera menyeberang. Kalau UMNO-BN menang, mereka akan mendabik dada bahawa segala kemenangan itu adalah hasil kerja mereka.

Paling menarik apabila Ketua Pemuda pula membuat keputusan 'SEBULAT SUARA' dia sendiri tanpa bertanya dan berunding untuk mempertahankan salah seorang pembesarnya dalam Pemuda UMNO Malaysia!!!

26 Mei, 2011

PENYANYI MENGAKU BOGEL..


PENYANYI Latin Enrique Iglesias mengakui suka berbogel sewaktu menghabiskan masa bersama rakan-rakannya.

Menurut penyanyi lagu Hero itu, dia tidak menganggap perbuatan berbogel sebagai sesuatu yang memalukan.

“Saya tidak pasti jika saya benar-benar tiada masalah dengan isu berbogel tetapi apa yang jelas saya tidak malu untuk berbogel. Saya suka mempersendakan diri sendiri dengan melakukan perbuatan yang mungkin dianggap kurang sopan bagi segelintir pihak.

“Saya mempunyai lima kawan baik dan salah seorang daripada mereka mempunyai tabiat suka berbogel. Apabila dia berbogel, kami berempat pun akan lakukan perkara yang sama dan ia adalah sesuatu yang menyeronokkan,” katanya.

BUKTI BN 'KUASAI' MAHKAMAH


Walaupun video ni dah lama, tapi cuba kita imbas kembali betapa Mahathir suatu masa pernah kuasai Mahkamah. So, tak pelik tindakan yang sama turut dilakukan oleh Najib sekarang yang akan pergunakan sepenuhnya bagi mempertahankan kuasa politiknya yang semakin lemah kini.

25 Mei, 2011

DIPAKSA BERBOGEL


15 polis digantung tugas kerana paksa tahanan wanita menari bogel

TIJUANA: Pihak berkuasa Mexico menggantung tugas 15 anggota polis kerana memaksa seorang tahanan wanita menari bogel sebagai pertukaran untuk dibebaskan dalam kejadian di sempadan bandar Tijuana.

Stesen televisyen semalam menyiarkan rakaman video seorang wanita yang menari separuh bogel di hadapan sekumpulan polis.
Anggota itu termasuk seorang bekas askar yang kini seorang bekas ketua polis digantung tugas kelmarin, kata pegawai majlis perbandaran Tijuana, Jesus Chavez. - AFP

20 Mei, 2011

UMNO BANGUN NEGARA ISLAM-MUHYIDDIN YASSIN


Umno bangun negara Islam? kahkahkah.....edar video seks sana sini, lepas tu cakap bangun negara Islam?kahkahkah....lulus judi sana sini, lepas tu cakap bangun negara Islam? kahkahkah..Beli wakil rakyat sana sini, lepas tu cakap bangun negara Islam? kahkahkah..kelakar la Mat sembab ni....

Jangan ragu usaha kerajaan bangun negara Islam - Muhyiddin


MUHYIDDIN Yassin melawat Arpah Hashim yang uzur di rumahnya di Kuala Sanglang, Arau, Perlis, semalam. Turut hadir Md. Isa Sabu (kiri), Hishammuddin Tun Hussein dan Shahidan Kassim. - BERNAMA


KANGAR 19 Mei - Malaysia kini menjadi negara Islam contoh hasil daripada usaha UMNO yang menunjangi Barisan Nasional (BN).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, selain memberi tumpuan membantu penganut agama lain, kerajaan Pusat sejak selepas merdeka turut memberi perhatian utama membela nasib masyarakat Islam yang menjadi kelompok terbesar di negara ini.

''Tidak payah kita nak sebut mahu membangunkan negara Islam kerana Malaysia dijadikan contoh oleh banyak negara Islam lain di dunia.

"Jadi, kalau Pas kempen mahu bina negara Islam, kita sudah ada. Apakah tuan-tuan berasa duduk dalam negara kafir, negara yang tidak utamakan Islam, negara yang tidak membina dan membangunkan ummah? Saya tak fikir begitu," katanya ketika berucap pada majlis Jamuan Program Turun Padang Timbalan Perdana Menteri ke Perlis di Kuala Sanglang, di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Muhyiddin berkata, apabila kerajaan menyebut untuk membangunkan Islam, ia bukan bermakna masyarakat bukan Islam tidak dibantu kerana dasar Islam yang diamalkan kerajaan BN adalah memberi layanan adil kepada semua.

Apa yang penting, kata Timbalan Perdana Menteri ialah bagaimana rakyat dapat bekerjasama rapat dengan kerajaan untuk membangunkan negara ke arah mencapai sasaran menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Menurut beliau, dalam kerajaan menyediakan segala kemudahan asas, pada masa sama pendapatan rakyat perlu ditingkatkan selagi ada ruang dan peluang supaya tiada jurang di antara bandar dan luar bandar.

"Usaha untuk membangunkan infrastruktur kita lakukan secara berterusan. Apa yang kita mahu lihat adalah negara kita maju dan masyarakatnya berjaya dengan mempunyai pendapatan yang baik," kata beliau.

Terdahulu, Muhyiddin yang diiringi tetamu kenamaan lain melawat seorang warga emas, Arpah Hashim, 83, di Kampung Belakang Surau, Kuala Sanglang yang menghidap sakit tua.

Warga emas itu yang menerima skim bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan dijaga oleh anaknya, Damasyarah Murad, 57, yang mencari nafkah dengan mengambil upah menjahit baju selain menerima pencen arwah suaminya sebanyak RM200 sebulan.

Turut tinggal bersama mereka ialah seorang anak perempuan Damasyarah berusia 29 tahun yang bercerai dengan suaminya setahun lalu dan kini menghadapi tekanan perasaan dan tidak boleh berkomunikasi dengan orang lain.

Timbalan Perdana Menteri juga melakukan tinjauan mesra di pekan kecil Kuala Sanglang dan melawat Balai Bomba Sukarela Kuala Sanglang serta menjamu selera pada majlis jamuan berkenaan yang juadahnya dimasak secara gotong-royong oleh penduduk kampung. (UTUSAN)

'PAYUNG BESAR' NAJIB


Wikileaks dedah 19 ‘aktor pengaruh’ dalam kitar politik Najib

KUALA LUMPUR, 19 Mei — Kabel diplomatik Amerika Syarikat (AS), yang terbocor dan disiarkan oleh Malaysia Today hari ini menyenaraikan 19 pemimpin bisnes utama sebagai “aktor-aktor berpengaruh” dalam kitar politik Datuk Seri Najib Razak — dua tahun selepas menjadi perdana menteri.

Najib kini berada di AS sempena lawatan kerja.

Maklumat kabel itu, yang ditulis oleh kaunselor politik Mark D. Clark untuk membantu Jabatan Negara AS meneliti pentadbiran dan keputusan-keputusan dasar Najib, adalah yang pertama diterbitkan menerusi Malaysia Today, kendalian Raja Petra Kamarudin, selepas ia menandatangani memorandum persefahaman dengan Wikileaks, Isnin lalu.

Pengerusi Ethos Capital Rohana Mahmood mengetuai senarai personaliti korporat.

Maklumat yang diterbitkan menunjukkan Rohana ada hubungan dengan kebanyakan syarikat yang berhubung kait dengan Najib, yang sebelum ini merupakan menteri pertahanan.

Pada 2008 Najib dilantik sebagai menteri kewangan, portfolio yang disandang sehingga kini.

Antara 19 pemimpin bisnes yang disenaraikan, Rohana sangat berkait rapat dengan kepentingan-kepentingan komersial keluarga Najib.

Rohana bersama pembantu rapat Najib, Abdul Razak Baginda, yang dibebaskan daripada kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shariibuu, menubuhkan Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia — badan pemikir yang menasihati beliau masa-masa lalu.

Pihak pembangkang seringkali mendakwa Altantuya, yang membantu dalam urusan pemerolehan kapal selam Scorpene bernilai RM3 bilion (AS$1 bilion), dibunuh disebabkan hubungannya dengan Najib, dakwaan yang dinafikan oleh perdana menteri.

Turut disertakan dalam senarai itu ialah pemilik MMC Corp Bhd, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Corp Bhd dan Pengerusi Hong Leong Group Quek Leng Chan.

“Syed Mokhtar Albukharry... mempunyai operasi bisnes yang signifikan dalam konstituensi Najib dan sektor pertahanan,” kata kabel itu.

The Malaysian Insider difahamkan Syed Mokhtar muncul sebagai penyumbang utama dana kepada Umno selepas ahli-ahli perniagaan Cina tempatan keberatan ekoran kekurangan kontrak di bawah pentadbiran Najib.

Syed Mokhtar memperluaskan empayar bisnesnya dengan memperoleh Pos Malaysia dan projek MRT Lembah Klang baru-baru ini.

Turut disenaraikan ialah:

• Pengarah urusan Khazanah Nasional Azman Mokhtar;

• Pengarah Khazanah Mohamed Azman Yahya, pengasas dan ketua eksekutif Symphony House Bhd;

• Pengerusi dan ketua eksekutif Johan Holdings Bhd Tan Kay Hock, yang juga anggota Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA);

• Shahril Shamsuddin dari Kumpulan Sapura;

• Pengerusi jawatankuasa eksekutif Khazanah dan bekas pengarah urusan MAS Nor Yusof;

• Pengerusi dan pengarah urusan Konsortium Transnational Bhd Mohd Nadzmi Mohd Salleh;

• Pengarah eksekutif CIMB Group dan bekas konsultan Unit Perancang Ekonomi Dr Gan Wee Beng;

• Pengasas bersama Ethos Capital Omar Mustapha Ong, bekas pegawai khas Najib;

• Pengarah urusan dan ketua eksekutif Paramount Corporation Bhd Teo Chiang Quan;

• Pengarah urusan TH Group Bhd Lei Lin Thai;

• Ketua eksekutif Mamee Double Decker Bhd Pang Tee Chew;

• Ketua eksekutif Multi Vest Resources Bhd (MVest) Kenneth Eswaran, yang menurut kabel rapat dengan isteri Najib Datin Seri Rosmah Mansor;

• Ketua eksekutif Felda Holdings Bhd Bakke Salleh; dan

• Ketua Lembaga Tabung Angkatan Tentera Lodin Wok Kamarudin.

Mesej kabel itu terdedah ini, yang ditulis sebelum Najib disahkan sebagai perdana menteri keenam pada April 2009, menyusul penerbitan siri pertukaran sulit antara Washington dan Kedutaan AS di Kuala Lumpur dalam Asia Sentinel membutirkan keprihatinan AS berhubung perbicaraan dua anggota polis yang dituduh membunuh Altantuya.

19 Mei, 2011

UTUSAN MULA GOYANG...!!!


Nampak gayanya tindakan yang dilakukan oleh Angkatan Muda Keadilan yang ingin berhimpun menyerahkan nota bantahan pada Pengarang Utusan di hadapan bangunan Utusan jumaat ini benar-benar 'menakutkan' kalangan orang-orang Utusan itu sendiri. Penulis sendiri pernah bekerja sebagai wartawan dan mempunyai ramai kawan-kawan di Utusan mendapat maklumat dari kawan-kawan di sana bahawa Jabatan editorial mereka risau dan kecut perut dengan perkara ini. Maka, dikahbarkan bahawa selepas ini akan disiarkan banyak tulisan dari kaki bodek Utusan yang akan 'membela' Utusan agar 'kekecutan' perut mereka dapat dikurangkan. Merka bimbang kiranya berlaku lebih besar lagi perhimpunan seperti Bersih di hadapan bangunan Utusan. Syabas AMK!

UTUSAN JANGAN GENTAR!


PUTRAJAYA 18 Mei – Akhbar Utusan Malaysia digesa tidak gentar dengan tekanan daripada pihak luar untuk terus mendedahkan laporan-laporan yang memperjuangkan nasib umat Islam dan orang Melayu di negara ini.

Setiausaha Gabungan NGO Malaysia (GNM), Mohd. Jurit Ramli berkata, perjuangan mesti diteruskan tanpa menghiraukan ancaman pemulauan, sindiran dan bermacam-macam usaha lagi yang mahu menjatuhkan akhbar pemangkin fikiran rakyat itu.

“Sejak kebelakangan ini terutamanya pihak pembangkang menggesa rakyat memboikot Utusan Malaysia yang kononnya menyiarkan berita berbaur fitnah dan penulisan bersifat rasis.

“Sebenarnya terpulang kepada rakyat untuk menilai kebenaran sesuatu laporan dan tidak perlu ada desakan daripada pihak tertentu memulaukan sesebuah akhbar,” katanya di sini hari ini.

Ditanya mengenai rancangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) untuk berhimpun di hadapan Ibu Pejabat Utusan Melayu (M) Berhad di Kuala Lumpur, Jumaat ini yang kononnya bertujuan menolak politik fitnah Utusan Malaysia, Mohd. Jurit berkata, perkara itu tidak matang dan bersifat kebudak-budakan.

“Tindakan AMK yang selalu melakukan demonstrasi dan sering menimbulkan kekecohan tanpa mengira tempat ternyata tidak boleh diterima pakai di negara ini, lebih baik mereka pergi menyarung baju merah membuat demonstrasi jenis itu di Thailand.

“Adakah mereka tidak sedar langkah mengadakan demonstrasi itu sendiri menunjukkan mereka yang sebenarnya tidak menghormati kebebasan akhbar yang sering dilaung-laungkan itu,” katanya.

Beliau turut menggesa pihak yang selalu memburukkan Utusan Malaysia supaya berhenti daripada berbuat demikian kerana ia merupakan perbuatan sia-sia malah amat merugikan agama dan bangsa.

Menurutnya, Utusan Malaysia merupakan satu-satunya akhbar di negara ini yang memperjuangkan nasib umat Islam dan orang Melayu secara konsisten walaupun mendapat tentangan daripada banyak pihak.

“Mereka yang berbuat demikian tidak tahu bahawa banyak maklumat berguna yang dilaporkan akhbar ini dari sudut ekonomi, agama dan hal ehwal semasa yang memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.

18 Mei, 2011

HAKIM LUARBIASA UNTUK KES ANWAR?


Hakim pandy kutty?

Kes Anwar : Adakah Hakim membuat lawak jenaka ?

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memerintahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari.Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, beliau mendapati bahawa keterangan Mohd Saiful itu boleh dipercayai dan diterima sebagai kebenaran kerana saksi berkenaan seorang yang "benar" dan "berwibawa."

"Berdasarkan bukti, saya dapati ada kes prima facie terhadap tertuduh dan arahkannya untuk mempertahankan diri," kata Mohamad Zabidin dalam penghakiman hampir dua jam itu.

Selain itu, beliau berkata kejadian liwat itu benar-benar berlaku dan tiada apa yang disoal ketika soal balas boleh menunjukkan bahawa dakwaan liwat tidak boleh dibuktikan.

Bagi mereka yang terdedah dengan undang-undang jenayah penghakiman Hakim tersebut boleh dikatakan agak aneh dan luar dari kebiasaan. Di akhir kes pendakwa jika Hakim membuat keputusan meminta Orang Kena Tuduh ( OKT ) dipanggil bela diri pihak Hakim hanya menyatakan pihak pendakwa telah berjaya membuktikan prima facie.

Hakim tidak akan di peringkat kes prima facie ini membuat satu kesimpulan bahawa saksi-saksi pendakwa adalah benar dan berwibawa .Dan Hakim juga tidak akan sama sekali di peringkat kes prima facie ini menyatakan seperti Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah nyatakan di dalam kes Anwar iaitu " kejadian liwat itu benar-benar berlaku". Kenyataan Hakim tersebut benar-benar aneh dan luar biasa.

Mengapa saya begitu ? Mari kita lihat contoh berikut bagi memudahkan kefahaman kita.Di dalam kes jenayah terdapat dua fasa perbicaraan. Fasa pertama melibatkan fasa kes pendakwa. Dalam fasa ini pendakwa akan memanggil kesemua saksi mereka bagi menyokong pertuduhan ke atas OKT. Setelah kesemua saksi dan keterangan dikemukakan oleh pihak pendakwa kedua-dua pihak iaitu pihak pendakwa dan pihak peguambela OKT akan berhujah sama ada pendakwa telah berjaya membuktikan kes prima facie.

Jika Mahkamah berpendapat terdapat kes prima facie maka fasa kedua bermula iaitu OKT akan diminta oleh Mahkamah untuk membela diri. Persoalannya adakah hanya kerana pendakwa telah berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwa maka kesalahan yang dinyatakan di dalam kertas pertuduhan telah benar-benar berlaku dan dibuktikan ?

Mari kita lihat kes bunuh misalnya. Katakan pendakwa telah berjaya di akhir kes pendakwa membuktikan kes prima facie , adakah Hakim ketika memanggil OKT membela diri akan menyatakan bahawa "kejadian bunuh telah berlaku" ? Jawapannya sudah tentu tidak. Mengapa ? Pendakwa mungkin berjaya membuktikan prima facie bahawa kematian telah berlaku namun kematian itu bukan semestinya satu pembunuhan atau disebabkan oleh satu pembunuhan. Oleh itu seorang Hakim hanya akan dibenarkan membuat kesimpulan "kejadian bunuh telah berlaku" hanya setelah beliau meneliti keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh pendakwa dan pembelaan.

Perlu diingatkan beban pembuktian bagi membuktikan pertuduhan adalah di bahu pendakwa dan beban pembuktikan itu tidak pernah berubah meskipun setelah OKT memberi keterangan membela diri.

Nampaknya hal tersebut tidak berlaku di dalam kes Anwar. Amat pelik dan luar biasa Hakim dengan tergopoh gapah menyatakan di peringkat kes prima facie bahawa " kejadian liwat telah berlaku" sedangkan Anwar dan saksi-saksi beliau ( termasuk Najib dan Rosmah ) belum memberi keterangan lagi.

Menyatakan bahawa " kejadian tusukan/penetrasi ( penetration ) ke atas anus Saiful telah berlaku" adalah berbeza dengan menyatakan " Kejadian liwat telah berlaku." Perbezaaannya adalah kenyataan pertama bermaksud mungkin tusukan ke atas anus Saiful telah berlaku namun ia tidak semestinya dilakukan oleh Anwar.

Kenyataaan kedua pula bermakna hakim boleh ditafsirkan telah membuat satu kesimpulan bahawa Anwar telah meliwat Saiful.

Bagi kes yang melibatkan tuduhan liwat Hakim tidak sepatutnya menyatakan " kejadian liwat telah berlaku" di akhir kes pendakwa tanpa Hakim mendengar keterangan OKT ( Anwar ) dan saksi -saksi Anwar terlebih dahulu.

Tetapi bukankah saya pernah dan seringkali mengingatkan para pembaca di ruangan ini bahawa tuduhan Anwar adalah melibatkan dakwaan Anwar melakukan perkara di luar tabie ( luar kebiasaan ) maka jangan sama sekali kita terkejut jika banyak benda-benda luar biasa berlaku di dalam kes ini.

Ini adalah siri perkara luar biasa yang baru. Lepas ini apa pula sama-sama kita tunggu !!! Saya percaya reaksi pertama rakyat Malaysia yang prihatin apabila mendengar Hakim menyatakan bahawa Saiful adalah saksi benar dan berwibawa adalah reaksi berikut : Adakah Tuan Hakim membuat satu lawak jenaka yang baru !!!

Keputusan terbaru ini menuntut kita bertanya soalan ini : " Adakah sejarah lama kini berulang kembali ?Adakah Umno fikirkan rakyat masih lupa apabila Hakim Dato' Arifin Jaka menyabitkan Anwar di atas kesalahan liwat beberapa tahun yang lalu Hakim tersebut juga memuji keterangan Azizan iaitu pihak pengadu di dalam kes tersebut.

Dato' Arifin Jaka menyatakan keterangan Azizan adalah tersangat kuat dan kukuh sekuat atau sekukuh gunung Gibraltar.

Come on Mr Perdana Menteri ! Takkanlah kamu tidak ada skrip yang lebih baik !!!

17 Mei, 2011

GEMPAR....NAJIB JUMPA KETUA HAKIM?



,

Selasa, 17 Mei 2011


ANWAR DISAMBUT HEBAT DI FELDA


Selasa, 17 Mei 2011

FELDA PURUN - DEMONTRASI TIDAK MEMBAWA KESAN, SAMBUTAN HEBAT TERHADAP ANWAR


Sejurus selesai Dato' Seri Anwar menghadiri Wacana Maqasid Syariah dan Masyarakat Majmuk di Kuantan semalam, beliau telah bergegas pula untuk menghadiri satu program ceramah di kawasan Felda Purun di dalam Parlimen Bera. Sebelum itu, beliau sempat memberikan tazkirah maghrib di Masjid Batu 1, Temerloh.

Markas PAS Felda Purun

Sebelum ini, sekumpulan penunjuk perasaan yang kununnya mewakili suara masyarakat felda mengadakan demontrasi untuk menghalang program ceramah oleh Ketua Umum PKR tersebut. Namun PKR Negeri Pahang bertegas untuk mengadakan program yang dijadualkan malahan mencabar sesiapa sahaja dari golongan yang menentang kehadiran Dato' Seri Anwar agar hadir mengikuti ceramah bagi mendengar sendiri penjelasan isu semasa oleh Dato' Seri Anwar samada ianya boleh menggugat keselamatan negara atau sebenarnya menggugat kedudukan Umno/Bn.

Ceramah di Felda Purun hanya dibenarkan di dalam kawasan Markas PAS di situ walaupun telah dijangka kehadiran orang ramai pastinya tidak boleh ditampung oleh Markas PAS, namun pihak penganjur terpaksa mengadakan juga program tersebut dengan menyediakan kawalan keselamatan oleh Unit Amal PAS yang telah menjalankan tugas mereka dengan begitu baik sekali. Ketibaan Dato' Seri Anwar seperti diduga telah cuba diprovokasi oleh beberapa kumpulan yang menjerit umpama orang hilang akal dengan menghamburkan kata-kata lucah terhadap beliau. Alhamdulillah, kematangan dari pihak kita Pakatan Rakyat telah mengelak terjadinya sesuatu yang tidak diingini walaupun kedapatan pihak Polis di situ yang mengawal keadaan.

Dato' Fauzi
Sdr Mazlan Aliman

Sambutan orang ramai di luar jangkaan samasekali, lebih 2,000 telah memenuhi ruang dalam dan luar Markas PAS Felda Purun bagi mendengar pidato yang terdiri daripada Sdr Mazlan Aliman, Dato' Fauzi Abd Rahman, Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan amanat oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Adun Teriang, YB Leong Ngah Ngah juga turut hadir bersama lain-lain pimpinan Pakatan Rakyat Pahang.

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim

Dato' Seri Anwar Ibrahim

Orang ramai di luar Markas

Sdr Mazlan Aliman banyak menyentuh tentang isu nasib Peneroka Felda yang seringkali terkeliru dengan janji-janji pihak kerajaan. Beliau memberi jaminan bahawa sekiranya Pakatan Rakyat memerintah di Putrajaya, apa jua yang diperjuangkan oleh ANAK akan dilaksanakan. Pengerusi PKR Negeri Pahang menyebut tentang komitmen Pakatan Rakyat khususnya di Negeri Pahang ini bagi merampas Negeri Pahang dari Umno/Bn. Beliau turut menyentuh tentang betapa takutnya pemimpin Umno kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim sehinggakan Ketua Pembangkang itu tidak pernah berehat dari diserang dengan berbagai fitnah. Selaku bekas pemimpin Umno dan juga bekas ahli kabinet di dalam Kerajaan Bn, beliau lebih mengenali Dato' Seri Anwar dan siapakah musuh-musuh di sekelilingnya.


Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man pula lebih banyak mengupas tentang kaedah dan perundangan di dalam Islam berkaitan kes tuduhan zina/liwat dan bab bersumpah di dalam Islam. Beliau menjelaskan di dalam Islam, tiada pilihan lain bagi seseorang yang menuduh orang lain melakukan zina melainkan dengan membawa 4 orang saksi yang adil melainkan sekiranya ada pengakuan dari mereka yang berzina.


Hukum ini Allah tetapkan adalah kerana Allah teramat menjaga maruah hamba-hambanya dan mereka yang terlepas dari hukuman di dunia ini, mereka tidak boleh lepas dari hukuman di Akhirat kelak. Di dalam isu sumpah, di dalam isu menuduh orang berzina Islam tidak tidak menetapkan sumpah sebagai bukti menuduh. Jika amalan ini diamalkan, nescaya porak poranda masyarakat kerana Allah telah jelaskan akan ada golongan yang sanggup bersumpah kerana ingin menegakkan fitnah mereka.




Dato' Seri Anwar malam itu sungguh bersemangat walaupun keletihan kerana sehari suntuk program yang beliau hadiri. Beliau menjelaskan tentang apa yang terkandung di dalam Buku Jingga dan komitmen Pakatan Rakyat jika berjaya menguasai Putrajaya nanti. Beliau tidak hiraukan betapa banyak tekanan dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya, malahan semakin melampau sehingga menekan isteri, anak dan keselamatan cucu beliau tetapi demi nasib rakyat beliau tetap akan lawan rejim Umno/Bn.

Beliau kesal kerana saban hari beliau diaibkan dan dituduh dengan berbagai tuduhan yang kadangkala tidak masuk akal, tetapi beliau kerapkali dikenakan sekatan untuk berjumpa rakyat bagi menjawab segala tuduhan jahat mereka. Cabaran debat yang tidak pernah disahut oleh Najib menunjukkan betapa takutnya pemimpin Umno itu sekiranya rakyat tahu bahawa di bawah Kerajaan Bn rakyat sebenarnya ditindas dan dihimpit dengan berbagai kesulitan. Sekali lagi Dato' Seri Anwar memberi jaminan bahawa sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih Putrajaya, beliau hanya mahu tempoh satu hari sahaja sebelum mengumumkan harga minyak petrol diturunkan.

Secara berjenaka, beliau turut menyentuh tentang isu video seks yang membuatkan `wajah dan perut' beliau kini menjadi perhatian ramai. Tentang isu jam Omega, beliau tidak mahu melayani pertanyaan tentang isu berkenaan kerana terang-terangan itu merupakan satu cerita yang direka kerana terbukti jam tersebut berasal dari Taiwan dan dibeli sekitar tahun 2004. Ketika itu beliau masih dipenjara, mana mungkin ketika itu beliau boleh keluar dari penjara? Cubaan sabotaj terhadap kenderaan beliau dan ugutan terhadap anak beliau Nurul Izzah dan keluarganya sedikit pun tidak menggoyahkan semangat mereka sekeluarga untuk menentang kezaliman Umno/Bn.

Di akhir ucapannya, Dato' Seri Anwar mahu rakyat bangkit dan bekerja kuat demi kesejahteraan bersama. Beliau menasihati rakyat agar tidak mudah terpedaya dengan propaganda yang dimainkan oleh media pencacai yang berada di bawah telunjuk rejim Umno/Bn. Tentang nasibnya di dalam kes fitnah Liwat II, beliau yakin jika Hakim memutuskan untuk menerima fakta memang jelas dan nyata bahawa kes tersebut wajib dibuang ke dalam tong sampah. Tetapi jika berlaku sebaliknya, beliau sudah bersedia untuk berdepan menentang kezaliman ini.

Beliau merasa bersyukur kerana semakin beliau diaibkan dan difitnah, sambutan rakyat terhadapnya bertambah kuat dan ini menguatkan semangatnya untuk terus berjuang sehingga rejim Umno/Bn dapat dikuburkan di dalam Pilihanraya Umum nanti. Dato' Seri Anwar turut mengucapkan berbanyak terima kasih di atas segala sokongan dan doa dari rakyat berbagai bangsa dan agama samada di dalam mahu pun di luar negara.

Ternyata, provokasi dari kumpulan yang berdemontrasi menentang kehadiran Dato' Seri Anwar ke Felda Purun malam semalam tidak memberi kesan kepada rakyat jelata yang ingin mendengar sendiri apakah benar Ketua Umum PKR ini seorang pengkhianat atau pemecah belah masyarakat. Rata-rata yang hadir menunjukkan kepuasan di wajah masing-masing selepas selesai program ceramah malam itu dan ini menandakan kawasan felda tidak selama-lamanya selamat buat Umno/Bn./blogger PKR Pahang

16 Mei, 2011

HABIS LA RAKYAT KALI NI..


TPM BAYANG KENAIKAN HARGA BARANG - minsider

Muhyiddin Yassin berkata kos subsidi dijangka meningkat dua kali ganda daripada RM10.32 bilion tahun lalu kepada RM20.58 bilion pada 2011.

Justeru katanya , negara tidak boleh mempertahankan jumlah kos subsidi semasa — syarat yang dilihat kerajaan tidak dapat mengelak kenaikan harga barang-barang keperluan.

“Ya, kita memberi subsidi tetapi kita tidak boleh kekalkan subsidi pada jumlah yang sama. Jadi, ada cara di mana kita sedang cuba untuk mengurangkan kos-kos subsidi seperti menaikkan harga gula. Kami melakukan secara berperingkat-peringkat,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Kuasa membeli yang kecil, diapit dengan kenaikan harga barangan telah memberi tekanan ke atas pentadbiran Najib untuk menyalurkan lebih banyak dana awam ke atas pemberian subsidi.

Tindakan ini dikatakan perlu untuk mengelakkan kemarahan rakyat berhubung kenaikan kos hidup selain membalas serangan Pakatan Rakyat terhadap mengurangkan subsidi.
Harga gula mengalami kenaikan 20 sen sekilogram minggu lalu.

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan i Ismail Sabri Yaakob berkata kenaikan harga petrol RON95 mungkin berlaku dan oleh itu, rakyat perlu bersedia untuk menghadapi peningkatannya.

Beliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka akan dibuat sekali lagi bulan depan.

“Saya ingin rakyat bersedia. Saya tidak mahu nanti rakyat terkejut, kata harga minyak tidak naik tetapi akhirnya naik juga,” kata beliau sebagaimana dilaporkan media tempatan.

Ismail Sabri berkata, kenyataannya sebelum ini bahawa tidak akan naik buat masa ini tidak bererti harga bahan mentah itu tidak akan naik.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… INI BETUL BETUL SUMPAH LAKNAT…. kah kah kah..

kah kah kah… SEMBAB INI KATA ADA BERITA BAIK HARI ISNIN…. kah kah kah..

kah kah kah…RAKYAT INGAT…. ROSMAH NAK UMUMKAN BADAN DAH SLIM…. kah kah kah..

kah kah kah… RUPA RUPANYA MALIKUL SEMBAB NAK NAIK KAN HARGA BARANG… kah kah kah..

woit… APA PUNYA TUUUR PUNYA KERAJAAAAN…. kah kah kah

kah kah kah... CIIIT PANDDY KUTTY!!! ... kah kah kah

14 Mei, 2011

BUKTI UMNO DALANG?


Tiada tindakan pada Utusan bukti Umno terlibat
Oleh: Abdul Aziz Mustafa (harakahdaily)

KUALA LUMPUR, 13 Mei: Keengganan mengambil tindakan terhadap cetusan berbahaya Utusan Malaysia menunjukkan Umno terlibat secara langsung dengan laporan itu, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Akhbar itu baru-baru ini mengapi-apikan kemarahan orang-orang Melayu mengenai apa yang didakwanya sebagai rancangan menjadikan Malaysia negara Kristian.

"Baru-baru ini, Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Mohamad Hata Wahiri berkata, agenda mingguan akhbar Utusan Malaysia ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang dipimpin oleh Presidennya yang juga Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak).

"Sebab itulah Perdana Menteri dan kabinetnya tidak mahu mengambil tindakan tegas terhadap Utusan kerana kalau tindakan diambil, tindakan dikenakan ke atas diri mereka sendiri," katanya.

Mahfuz juga mempersoalkan sikap polis yang seolah-olah membutakan mata terhadap tindakan Utusan yang boleh mencetuskan rusuhan antara kaum di negara ini itu.

"Laporan Utusan itu mengancam keselamatan semua rakyat, Islam dan bukan Islam. Mengapa polis seolah-olah membutakan mata?" Ahli Parlimen Pokok Sena itu mempersoalkan.

Sikap polis itu, katanya, akan menguatkan lagi tuduhan sebahagian besar rakyat bahawa polis hakikatnya berkhidmat untuk kepentingan Umno.

"Bila Suara Keadilan siarkan berita Felda mungkin bankrap, begitu pantas Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan menggantung permit akhbar itu.

"Tetapi bila Utusan siarkan berita tanpa bukti mengenai kononnya Kristian hendak dijadikan agama rasmi yang jelas boleh mencetuskan rusuhan antara agama dan kaum, Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein) bukan sahaja tidak mengambil tindakan, malah memberi respon yang dilihat menyokong perbuatan Utusan itu.

"Begitu juga dengan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri) Jamil Khir (Baharom). Dia juga memberikan komen yang menambah nilai terhadap laporan fitnah Utusan itu. Orang lantik jadi menteri suruh jaga (hal ehwal) Islam, dia buat komen yang cemarkan nama Islam dan umat Islam," kata Mahfuz.

Jika para pemimpin Umno yang mengatur agenda Utusan Malaysia mempunyai maruah, katanya, mereka sepatutnya meletakkan semua jawatan dalam kerajaan.

"Sebagai pemimpin kerajaan, mereka sepatutnya menjaga keselamatan negara. Tetapi, sebaliknya merekalah yang dilaporkan mengatur agenda akhbar yang menyiarkan berita fitnah yang boleh mencetuskan rusuhan kaum seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969 dahulu.

"Bukan sekali Utusan menyiarkan berita berunsur perkauman yang boleh mengapi-apikan rusuhan, sudah banyak kali dan kini ia didedahkan sebagai agenda para pemimpin Umno oleh bekas wartawan kanan Utusan sendiri," katanya.

Sehingga kini, para pemimpin kanan Umno yang berkenaan tidak menafikan laporan bahawa merekalah yang mengatur agenda Utusan yang berulang kali mengapi-apikan isu-isu yang boleh mencetuskan rusuhan antara kaum dan agama.

11 Mei, 2011

PANDI KUTTY: UTUSAN SENGAJA HINA PM

Akhbar Penyesat Fikiran Rakyat . Utusan Meloya terang-terang menfitnah Anwar dalam isu terkini, Pandi Kutty. Menurut Utusan yang juga merupakan kertas pembungkus nasi lemak itu, dalam satu ceramah di Klang baru-baru ini, Anwar telah menghina Perdana Menteri dengan perkataan PandiKutty atau Anak Babi.
Kalau pembaca amati betul-betul video ceramah tersebut, di mana logiknya Anwar menujukan perkataan itu pada PM. Nampak sangat Utusan sengaja mencipta isu bodoh.
Maka tak semena-mena orang ramai kini mula memanggil PM dengan Pandi Kutty. Kesian PM. Utusan sendiri yang memasang jerat, akhirnya mereka sendiri yang terjerat.
Selalunya la...kalau video tu betul-betul seperti yang didakwa, korang ingat TV1, T2 dan TV3 akan berdiam diri ke? Pasti hari-hari ulang benda yang sama.
Inilah antara dosa-dosa Utusan yang sangat banyak terhadap Anwar. Diserang dari segenap penjuru.
Sekarang cuba korang tengok betul-betul video ceramah ini:


10 Mei, 2011

LUCAH BOLEH..KATA KESAT TAK BOLEH


Lucah boleh, kata kesat tak boleh
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 10 Mei: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa hairan dengan sikap akhbar Umno, Utusan Malaysia yang melaporkan kecaman terhadap Datuk Seri Anwar ekoran dakwaan menggelar Perdana Menteri sebagai 'Pandi kutty'.

Beliau mempersoal, bagaimana Utusan, sebuah akhbar yang menjadi juara penyebaran kelucahan kepada masyarakat kini mahu menjuarai adab sopan.

(Gambar: Laporan muka depan Utusan yang menyiarkan bantahan pandi kutty yang tidakpun ditujukan kepada Najib tetapi tindakan pihak yang tidak betul)

"Saya terbaca tajuk muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini, "Anwar Dikecam," kononnya kerana guna kata-kata kesat serang Perdana Menteri.

"Hairan saya, akhbar yang menyebarkan segala bentuk kelucahan dalam masyarakat hari ini menjadi juara adab sopan?"katanya di Facebook.

Utusan di muka depannya hari ini meletakkan tajuk 'Anwar dikecam' dengan membawa beberapa pandangan individu membidas sikap Anwar yang didakwa menggelar Datuk Seri Najib dengan gelaran Pandi Kutty.

Antara lain, akhbar Umno itu mengambil pandangan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dan Bekas Ketua AMK yang menyertai Umno, senator Ezam Mohd Noor.

Najib ketika mengulas laporan itu pula berkata, beliau tetap tidur lena (jenera) walaupun dituduh dengan perkataan itu.

Mengulas lanjut, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, gesaan MCA agar Utusan dipulaukan, sangat tepat.

"Tepat sungguh gesaan MCA agar Utusan Malaysia dipulaukan,"tulisnya lagi.

Sebelum ini, Utusan juga dikecam banyak pihak ekoran tindakan keterlaluan akhbar itu menyiarkan di muka depan laporan serta gambar berhubung isu video seks yang dikaitkan dengan Anwar yang juga Ketua Umum PKR. Turut dikecam dan dilebelkan sebagai media lucah adalah TV3.

Dalam pada itu, Anwar hari ini menyifatkan serangan terbaru isu Pandi Kutty terhadapnya itu adalah fitnah terbaru Umno BN.

(Gambar kanan: Utusan disifatkan akhbar lucah apabila menyiarkan gambar-gambar dari klip video Trio Umno yang mendakwa Anwar adalah pelakunya)

Menurut laporan TV Selangor yang merakam penuh ceramah Anwar di Klang, Sabtu lalu itu, ketua pembangkang itu tidak langsung menghemburkan perkataan itu terhadap Najib.

Berikut adalah petikan ucapan Anwar yang dimaksudkan di Dewan Hamzah Klang itu apabila perkataan pandi kutty disebut:

"Maknanya kalau kita lawan dengan parti yang terdesak, mereka menjurus ke arah perbuatan terdesak termasuk video. Azizah kata sekarang jangan makan banyak sebab nanti sama dengan dalam video. Ini betul-betul pandi kutty."

Pada ceramah itu juga, Anwar berkata perkataan pandi kutty mungkin dianggap kasar namun mengingatkan hadirin di ceramah bahawa tidak ada dalam mana-mana budaya di dunia ini menggunakan taktik-taktik kotor seperti video lucah untuk menjatuhkan pemimpin politik.

"Ada orang kata Anwar cakap kasar. Macam mana tidak kasar. Ini kerja gila. Anda tahu sejarah India, Cina, Melayu, Arab, adakah anda lawan politik begitu kotor macam Datuk Najib buat? Tidak ada,” katanya dalam ceramah itu.

ANWAR TERUS DIGERUNI


Muka depan lagi...!! Tak dapat disangkal lagi, Anwar terus menjadi tajuk berita bagi melariskan akhbar yang semakin merudum jualannya!! Terkini di Utusan, tajuknya "Anwar Dikecam". Wah dahsyat betul ya. Begitu takut sekali puak-puak ini dengan Anwar Ibrahim. Setiap segi, setiap sudut pukulan bertalu-talu...tetapi Anwar tetap gagah! Ini yang merunsingkan Najib sebenarnya. Kalau anda sebagai pembaca perasan, sejak akhir-akhir ini, Utusan terus melakukan dua perkara yang serupa dalam berita mereka. Pertama mereka akan mencacai. menghina dan mengaibkan Anwar sehebat mungkin dalam setiap keluaran akhbar merapu mereka. Kedua Mereka akan memuji setinggi langit Najib bagaikan seorang pendita kayangan!! Inilah agenda mereka sebenarnya bagi menampakkan imej Anwar sangat buruk dan imej Najib tersangatlah baik. Kesian pada Makcik-Makcik serta Pakcik-Pakcik di Kampung yang setiap hari dipaksa menerima berita palsu dari Utusan Meloya ini.
Sebenarnya menjadi tugas blogger pro Pakatan untuk membantu menerangkan betapa 'pandi kutty' nya akhbar tersebut. Mereka serang Anwar siang dan malam. Guna akhbar, guna radio, guna TV. Tapi bila Anwar mahu menjawab menggunakan saluran ceramah, beliau dihalang dan tidk diberi permit. Demokrasi jenis apakah ini? Sangat bahlol puak-puak UMNO ini.

06 Mei, 2011

VIDEO DEMO RAKYAT


Disertakan video yang tak mungkin masuk TV3, RTM dan konco-konco talibarut UMNO. Kalau Perkasa, dah tentu jadi tajuk utama berita. Inilah nilai demokrasi di Malaysia.


DEMO DI MASJID NEGARA


GAMBAR DEMO ANTI FATNAH

































































GAMBAR TERBARU DARI MASJID NEGARA




nota: jam 2.37
saudara hasni
salah seorang dari pemimpin bantahan petang ini
sedang memberi penerangan kepada
pada demonstran yang ingin tahu
apa yang telah berlaku dalam kandang jawi

hasni adalah bekas pemimpin kesatuan sekerja
dewan bahasa dan pustaka yang menyusun
gerakan anti-ppsmi dahulu

hasni bersama dengan cik gu azmi
adalah pemimpin yang memimpin
bantahan anti fitnah hari ini
di masjid nagara



MEMO DI SAMPAI KAN

jam.2.29

memo telah disampaikan
ke pegawai jawi
oleh lima orang
wakil gerakan
anti fitnah!



MATA MATA HALANG KE KANDANG JAWI


mata mata telah menahan ribuan warga dari
menghampiri kandang jawi

hanya 5 wakil yang dibenarkan masuk
ke kandang jawi]

dalam masa yang sama hampir 100 warga
telah menerbus masuk dan mengelilingi
kandang dan reban jawi!


JAM 2.16 PETANG TERBARU DARI MASJID NEGARA




























TERAS PIMPINAN CIK GU AZMI



TERKINI JAM 2.08

mata mata telah datang dan cuba
memberhentikann cik gu azmi dari
berucap

cik gu azmi ialah pemimpin dari ngo TERAS
yang berpusat di pulau pinang

demo hari ini adal;ah sebahagian dari kempen
dan initiatif yang dijalan kan oleh TERAS

PERKASA PEKIDA KENA HALAU?

KUASA RAKYAT

LAKI BINI KENA SEPINA

kebangkitan rakyat

kebangkitan rakyat

SEJARAH TERCIPTA: ANWAR BEBAS..!!!