rakan-rakan blog ini

PRODUK UNTUK PENGANTIN LELAKI

.

.
Info : Blog ini baru sahaja diaktifkan secara rasmi 15hb Ogos 2010 yang lalu. Penulis merupakan seorang bekas wartawan yang pernah bertugas dibeberapa akhbar tanahair. Lebih 20 tahun bertugas sebagai wartawan sebelum ini. Jadi, menyedari betapa pentingnya kebenaran itu ditegakkan, Penulis membuat keputusan menulis secara aktif di blog ini. Semoga Allah memberkati niat baik saya ini

Halaman

19 Mei, 2011

UTUSAN MULA GOYANG...!!!


Nampak gayanya tindakan yang dilakukan oleh Angkatan Muda Keadilan yang ingin berhimpun menyerahkan nota bantahan pada Pengarang Utusan di hadapan bangunan Utusan jumaat ini benar-benar 'menakutkan' kalangan orang-orang Utusan itu sendiri. Penulis sendiri pernah bekerja sebagai wartawan dan mempunyai ramai kawan-kawan di Utusan mendapat maklumat dari kawan-kawan di sana bahawa Jabatan editorial mereka risau dan kecut perut dengan perkara ini. Maka, dikahbarkan bahawa selepas ini akan disiarkan banyak tulisan dari kaki bodek Utusan yang akan 'membela' Utusan agar 'kekecutan' perut mereka dapat dikurangkan. Merka bimbang kiranya berlaku lebih besar lagi perhimpunan seperti Bersih di hadapan bangunan Utusan. Syabas AMK!

UTUSAN JANGAN GENTAR!


PUTRAJAYA 18 Mei – Akhbar Utusan Malaysia digesa tidak gentar dengan tekanan daripada pihak luar untuk terus mendedahkan laporan-laporan yang memperjuangkan nasib umat Islam dan orang Melayu di negara ini.

Setiausaha Gabungan NGO Malaysia (GNM), Mohd. Jurit Ramli berkata, perjuangan mesti diteruskan tanpa menghiraukan ancaman pemulauan, sindiran dan bermacam-macam usaha lagi yang mahu menjatuhkan akhbar pemangkin fikiran rakyat itu.

“Sejak kebelakangan ini terutamanya pihak pembangkang menggesa rakyat memboikot Utusan Malaysia yang kononnya menyiarkan berita berbaur fitnah dan penulisan bersifat rasis.

“Sebenarnya terpulang kepada rakyat untuk menilai kebenaran sesuatu laporan dan tidak perlu ada desakan daripada pihak tertentu memulaukan sesebuah akhbar,” katanya di sini hari ini.

Ditanya mengenai rancangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) untuk berhimpun di hadapan Ibu Pejabat Utusan Melayu (M) Berhad di Kuala Lumpur, Jumaat ini yang kononnya bertujuan menolak politik fitnah Utusan Malaysia, Mohd. Jurit berkata, perkara itu tidak matang dan bersifat kebudak-budakan.

“Tindakan AMK yang selalu melakukan demonstrasi dan sering menimbulkan kekecohan tanpa mengira tempat ternyata tidak boleh diterima pakai di negara ini, lebih baik mereka pergi menyarung baju merah membuat demonstrasi jenis itu di Thailand.

“Adakah mereka tidak sedar langkah mengadakan demonstrasi itu sendiri menunjukkan mereka yang sebenarnya tidak menghormati kebebasan akhbar yang sering dilaung-laungkan itu,” katanya.

Beliau turut menggesa pihak yang selalu memburukkan Utusan Malaysia supaya berhenti daripada berbuat demikian kerana ia merupakan perbuatan sia-sia malah amat merugikan agama dan bangsa.

Menurutnya, Utusan Malaysia merupakan satu-satunya akhbar di negara ini yang memperjuangkan nasib umat Islam dan orang Melayu secara konsisten walaupun mendapat tentangan daripada banyak pihak.

“Mereka yang berbuat demikian tidak tahu bahawa banyak maklumat berguna yang dilaporkan akhbar ini dari sudut ekonomi, agama dan hal ehwal semasa yang memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERKASA PEKIDA KENA HALAU?

KUASA RAKYAT

LAKI BINI KENA SEPINA

kebangkitan rakyat

kebangkitan rakyat

SEJARAH TERCIPTA: ANWAR BEBAS..!!!