rakan-rakan blog ini

PRODUK UNTUK PENGANTIN LELAKI

.

.
Info : Blog ini baru sahaja diaktifkan secara rasmi 15hb Ogos 2010 yang lalu. Penulis merupakan seorang bekas wartawan yang pernah bertugas dibeberapa akhbar tanahair. Lebih 20 tahun bertugas sebagai wartawan sebelum ini. Jadi, menyedari betapa pentingnya kebenaran itu ditegakkan, Penulis membuat keputusan menulis secara aktif di blog ini. Semoga Allah memberkati niat baik saya ini

Halaman

31 Januari, 2012

ANWAR KENA 'JAGA MULUT'

Kadangkala naik sakit kepala juga dengan para pemimpin Pakatan Rakyat ini. Kita sebagai blogger bermati-matian cuba menaikkan imej serta kelebihan pimpinan serta parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Apa saja fitnah yang dilemparkan oleh blogger pro UMNO-BN cuba rekaciptakan, kita semua bekerja keras menafikan. Bukan penafian kosong tapi berlandaskan fakta. 

Tapi, apa yang penulis rasa kecewa dengan sikap pimpinan Pakatan Rakyat terutama Dato Seri Anwar Ibrahim seolah-olah tidak belajar dari pengalaman lalu. Beliau perlu ingat, setiap hari beliau diekori musuh sama ada nyata mahupun tersembunyi. Apa saja gerak-geri serta riak badannya menjadi tatapan para musuh. Sebab itulah Anwar perlu jadikan pengalaman lalu sebagai benda yang paling beharga. Anwar pernah rapat dengan Ezam, tapi mana dia sekarang? Ezam pernah ambil Saiful bekerja, ikut sana sini, tapi mana Saiful sekarang? 
Anwar kena ingat apa sahaja perbuatan serta ucapan beliau sama ada menerusi ceramah mahupun kenyataan akhbar menerusi akhbar luar negara, sentiasa diawasi. Hati-hati beri kenyataan. Walaupun kenyataan itu tak betul dan diputar belitkan, Anwar kena ingat, musuh utamanya di Malaysia akan putar belit kenyataannya itu menerusi akhbar, radio dan TV.

Walaupun Anwar cuba menafikan tapi berapa kerat sangatkah orang yang akan dapat maklumatnya? Sedang pihak musuh sudah berjaya meracuni pemikiran rakyat menerusi TV dan akhbar dan tersebar begitu meluas di kalangan orang-orang kampung. Mereka ini sangat percayakan TV dan Akhbar.

Kadang-kadang penulis sendiri naik muak dengan para pimpinan Pakatan Rakyat yang tidak pandai 'jaga mulut'.
Kenyataan terbaru Anwar tentang Israel kini diputar sehebat-hebatnya oleh pihak UMNO-BN yang kononnya Anwar sokong Yahudi Israel walaupun orang yang menuduhnya lebih Yahudi dari Yahudi itu sendiri. Kerjasama Kerajaan Malaysia yang menjadikan Yahudi Israel APCO sebagai penasihat dilupakan terus oleh rakyat Malaysia. Kini mereka nampak hanya Anwar saja yang jahat.

Lihat sahaja kenyataan bekas PM Dr Mahathir ini, seolah-olah dia tak pernah punyai sebarang hubungan dengan Yahudi Israel . Sedangkan jelas bukti dari surat Mahathir yang mempunyai hubungan akrab dengan Israel. Mahathir ini seperti kata Tengku Razaleigh Hamzah, suka menyalahkan orang bagi menutupi kesalahan beliau sendiri.

Kini, kesempatan tersebut beliau gunakan sebaik-baiknya bagi menghentam musuh nombor satunya iaitu Anwar Ibrahim. 
Maka, sehari dua ini, para blogger Pro Pakatan mendapat 'tugasan' baru nampaknya. Terpaksa pertahankan Anwar semula. Dan orang yang paling tunggu-tunggu nak hentam Anwar sekarang tak lain dan tak bukan , Pejuang Akidah, Dr Hasan Ali....!!!



'Memang dia dekat dengan Israel'-MAHATHIR

PUTRAJAYA 30 Jan. - Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam temu bual dengan Wall Street Journal (WSJ) yang menyokong penuh usaha melindungi keselamatan Israel menunjukkan betapa 'dekatnya' hubungan ketua pembangkang itu dengan negara Yahudi itu.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir berkata, adalah tidak mungkin Anwar menunjukkan sebarang penentangan terhadap Israel memandangkan beliau mempunyai hubungan yang baik dan akrab dengan golongan Yahudi di barat.

''Anwar memang pun mirip kepada Israel kerana bila keluar dari penjara, dia pergi ke Munich, Jerman dan semasa di sana, dia ada perbincangan dengan (Paul) Wolfowitz selama tiga jam.

''Memang dia dekat dengan Israel kerana dia suka orang Barat puji dia agar ternampak sebagai orang yang moden, ikut trend tetapi sebaliknya kita ini dia anggap lapuk," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan bertajukPendekatan Malaysia Dalam Soal Kepimpinan Awam anjuran Razak School of Government di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Razak School Of Government Dr. Hamidin Abdul Hamid.

WSJ pada Khamis lalu mendedahkan sokongan ketua pembangkang tersebut kepada Israel apabila dipetik sebagai berkata: "Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel."
Bagaimanapun selepas dikecam pelbagai pihak, Anwar menuduh kenyataannya berhubung isu Israel dan Palestin sengaja diputar-belit oleh media tempatan bagi menggambarkan beliau mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

29 Januari, 2012

KESIAN...WANITA INI DIROGOL RAMAI-RAMAI


Tentera  Amerika yang kurang ajar dan sial....sanggup perkosa mangsa wanita depan tahanan yang lain. Laknatullah...

25 Januari, 2012

KENAPA MEREKA TERUS MENYALAK?

Anda perasan tak , sepanjang balaci-balaci yang keluar PKR dan menyokong UMNO, mereka-mereka ini tak habis-habis menghentam Anwar Ibrahim dengan bermacam-macam cara walau pun banyak yang bersifat fitnah. Terutama wanita murahan upahan UMNO yang mendakwa ada 18 lagi tape video lucah Anwar.. Kadangkala terasa juga betapa bodohnya balaci-balaci ni buat cerita. Apa yang penulis nak ceritakan di sini, sepanjang semua balaci ni bersuara mengutuk Anwar, sikit pun Anwar tak pernah menjawab dan langsung tak peduli 'anjing-anjing kurap' ni terus menyalak. Inilah kelebihan Anwar Ibrahim yang cuba untuk tidak melayan bangkai-bangkai ini.Inilah juga antara punca menurut kalangan pemimpin UMNO, bahawa Ezam Md Noor sakit hati sangat dengan Anwar! Tak layan beb! Sebab itulah dalam akhbar Utusan hari ini, balaci ni menyalak lagi. Kenapa tak saman kami? Kah! Kah! Nak saman siapa? Mereka ni dah taraf macam 'anjing upahan UMNO' untuk menyalak sana sini, tak ada sebab Anwar nak layan dia orang ni, betul tak? Buat Anwar, gua salute lu.... banyak lagi benda yang bro nak perjuangkan dari melayan balaci-balaci upahan UMNO ni.‘Kenapa Anwar tak saman kami?’

Oleh MARZITA ABDULLAH
dan UMAVATHI RAMAYAH
pengarang@utusan.com.my




KUALA LUMPUR 24 Jan. – Beberapa bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaman mereka dan bukannya pihak lain termasuk media massa kerana mendedahkan isu moral Ketua Pembangkang itu.


Antara mereka yang membuat cabaran itu ialah bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd. Noor; bekas Naib Ketua AMK, Mohd. Zahid Md. Arip; bekas Setiausaha AMK, SD Johari Yasin; bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari dan bekas ahli AMK, Hamizun Khairuddin.


Mereka hairan kenapa Anwar hanya berani menyaman media seperti Utusan Malaysia sedangkan sebagai bekas pemimpin parti itu, merekalah antara yang awal mendedahkan persoalan moral dan akhlak Anwar secara terang-terangan kepada umum.


Ezam berkata, tindakan Anwar menyaman media massa lebih bersifat gimik politik dan bukan untuk mempertahankan kebenaran kerana Ketua Pembangkang itu sebenarnya takut berdepan dengan kebenaran.


“Kalau benar niat beliau mahu mempertahankan kebenaran, kenapa beliau tidak menyaman sahaja Datuk Shazryl Eskay Abdullah; Datuk S. Nallakaruppan dan Umi Hafilda Ali yang terang-terang mendedahkan isu moral beliau,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Dalam pada itu, Anuar pula menegaskan, beliau juga bersedia untuk disaman oleh pemimpin itu kerana telah mendedahkan masalah akhlak pemimpin tersebut.


“Sejak kami mula keluar daripada PKR sehingga sekarang, pendirian kami terhadap pemimpin ini tidak berubah tetapi sehingga sekarang dia tidak berani saman kami,’’ katanya.


Katanya, tindakan Anwar menyaman media massa hanyalah untuk menafikan kebenaran dan menambah tekanan kepada media-media yang prokerajaan.


“Dia sebenarnya cuba mengembalikan kepercayaan rakyat terhadapnya kerana keyakinan rakyat mulai goyah disebabkan isu moralnya,’’ katanya.


Mohd. Zahid pula menganggap Anwar sebagai seorang pengecut kerana beliau tidak berani mengheret mereka yang pernah mendedahkan salah lakunya ke mahkamah.


“Anwar (tidak berani) berbuat demikian kerana tidak mahu mereka yang terbabit terus mendedahkan salah lakunya di mahkamah pula.


“Tindakan Anwar itu sebenarnya tersasar jauh jika benar beliau mahu membersihkan namanya,’’ katanya.


SD Johari pula berkata, beliau pernah mendedahkan moral Anwar melalui YouTube bermula 2006, namun sehingga kini tiada tindakan diambil oleh pemimpin berkenaan.


“Kenapa dia tidak saman sedangkan kenyataan saya mengenai beliau masih boleh ditonton oleh semua rakyat sehingga ke hari ini,’’ katanya.


Jumaat lalu, Anwar memfailkan saman fitnah RM50 juta terhadap Utusan Melayu (M) Bhd. berhubung penyiaran artikel bertajuk Tolak Anwar - Hassan pada 17 Januari lalu.


SD Johari menambah, jika Anwar mahu menyaman pihak-pihak mengaibkannya, maka dia juga perlu menyaman separuh daripada rakyat di negara ini yang percaya mengenai keruntuhan akhlak dan moral pemimpin itu.


Bekas ahli AMK, Hamizun turut mengakui tindakan Anwar itu hanyalah untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepadanya.


“Rakyat sudah mulai sangsi dan mempertikaikan hasrat beliau untuk menjadi Perdana Menteri kerana rekod moralnya yang sangat rendah, justeru tindakan seterus Anwar ialah menyaman akhbar ini,’’ katanya.


Kata beliau, tindakan Anwar itu hanyalah gertakan daripada individu yang terdesak sedangkan ia tidak akan dapat mengembalikan penghormatan masyarakat terhadapnya.

19 Januari, 2012

AKSI SEKS TERSEBAR DI YOUTUBE

Macam-macam cara sekarang ni nak lepaskan marah bila pakwe main mata dengan awek lain.Maka,
 youtube lah tempat melepaskan geram. Seakan-akan menjadi trend sekarang ini, gambar seks pasangan mereka ini didedahkan di you tube dengan tujuan memalukan orang lain. Lihatlah salah satu contoh klip youtube di bawah. Apa nak jadi ni.....(gambar atas sekadar hiasan saja tapi tetap memalukan...)

18 Januari, 2012

AZWAN ALI NAK BAKAR UMMI HAFILA?


NI baru la dikatakan buku bertemu ruas. Sebelum ni bila Ummi kutuk orang, tak 'hingat' 

dunia. Tapi bila dia  kena  kutuk lak, panas punggung. Lihat la saja kes-kes  sebelum ni. 

Siapa saja kutuk Ummi, mesti dia  nak saman atau buat report polis. Nah! Kali ini berlaga 

dengan adik-beradik sendiri. Rasakan kau betina....

Hilang sabar kerenah Azwan

          
KUALA LUMPUR: Personaliti hiburan tanah air, Azwan Ali, 46, yang sering mencetuskan 

pelbagai kontroversi kini disiasat polis atas dakwaan mengugut mahu membunuh dan membakar 

adiknya, Ummi Hafilda Ali melalui laman twitternya.

Mendedahkan perkara berkenaan, Ummi berkata, dia menyedari ugutan dibuat abangnya itu pada 

minggu lalu apabila dimaklumkan anak saudaranya dan selepas mendapati ia benar sejurus 

membacanya sendiri, dia membuat laporan polis pada jam 6 petang Jumaat lalu.

Menurutnya, selama ini dia bersabar dengan cacian serta pelbagai tuduhan yang dilemparkan 

terhadapnya, namun ugutan itu sudah keterlaluan dan menggugat keselamatan diri, apatah lagi 

ia dilakukan abangnya.

“Siapa tidak sedih bila darah daging sendiri memburukkan dan mencaci kita hanya kerana 

perbezaan pendapat serta pendirian politik. Sebelum ini, saya masih mampu bersabar dan 

berdiam namun kini ia sudah melampau.

17 Januari, 2012

TERKINI..!! ANWAR SAMAN UTUSAN MALAYSIA

HA...HA...saat inilah yang penulis tunggu-tunggu. Saat di mana akhbar pencacai 
Utusan disaman oleh Anwar Ibrahim. Biar mereka tahu langit itu tinggi rendah.
 Tapi sayang  Anwar lupa saman pemimpin pejuang Islam  Hassan Ali Gila 
Glamour tu.  Kalau kena dua-dua, baru ngam siot.....



Anwar Saman Utusan RM50 Juta

Anwar Ibrahim hari ini mengambil tindakan drastik menyaman Editor dan
 Utusan Melayu Sdn Bhd penerbit akhbar Utusan Malaysia ekoran penyiaran
 kenyatan Hasan Ali yang mendakwa Anwar menghalalkan kegiatan homeseksual
 seperti mana disiarkan dalam akhbar itu di muka depan hari ini.

Kenyataan Hasan itu yang disiar akhbar berkenaan berbunyi; "Bekas Pesuruhjaya Pas
 Selangor, Datuk Dr Hasan Ali membidas Datur Seri Anwar Ibrahim kerana 
mempertikaikan undang-undang homeseksual di negara ini.

"Menurut beliau, pendirian Anwar tersebut bukanlah baharu kerana itulah 
pandangan peribadi dan pegangan asal penasihat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR)
 tersebut.

"Oleh itu beliau menggesa rakyat menolak perjuangan Anwar kerana kegiatan tidak
 bermoral itu jika dihalalkan boleh mencetuskan pergolakan dan perpecahan dalam 
masyarakat serta kehancuran dalam negara."

Manakala berita di bawah tajuk "Parasit ancam Pas, Anwar mesti ditolak", disiarkan
 di muka 10 berbunyi; "Hasan: Inilah salah satu sebab saya tidak boleh 
bersekongkol dengan Anwar Ibrahim. Inilah sebabnya rakyat Malaysia mesti 
menolak perjuangan Anwar Ibrahim. Kalau kegiatan gay, lesbian, homoseksual
 dan transgender, itu hendak dihalalkan di Malsysia, saya rasa masyarakat akan 
bergolak dan berpecah. Saya nampak kekecauan akan berlaku ini pandangan saya. 
Sebenarnya pandangan Anwar Ibrahim bukan hanya di Mumbai melalui BBC itu saja."

Editor dan akhbar berkenaan diberi tempoh 48 jam untuk membuat permohonan maaf
 di atas kenyataan berkenaan. Bagaimana pun Hasan Ali tidak dinamakan dalam 
surat tuntutan yang dikirimkan ke email saya sekejap tadi.

Saman itu dikemukakan oleh Edwin Lim Suren & Soh. [wm.kl.9:07 pm 17/01/12]
(msomelayu.blogspot)

melayu umno mula mengamuk...

APALAH NASIB ORANG ISLAM MELAYU KITA NI...... SATU PERSATU TANAH MELAYU DIAMBIL...DIGADAIKAN PADA ORANG LAIN....ANDA SAKSIKAN SENDIRI PENYOKONG KERAJAAN SENDIRI DAH MENGAMUK.....

16 Januari, 2012

KECOH...! ARTIS TANPA SELUAR DALAM....



Gambar Sheila Marcia Tidak Berseluar Dalam
 Tersebar

Bintang sinetron “Anugerah”, Sheila Marcia mencetuskan kontroversi sekali 
lagi selepas gambar panas miripnya tanpa seluar dalam disebarkan di internet.
Ibu kepada pelakon tersebut, Maria Joseph, berkata dia tidak terkejut apabila
 mendapat tahu bahawa gambar panas anaknya itu tersebar di internet, malah 
mengambil keputusan untuk mendiamkan diri tentang perkara tersebut.
“Saya tidak mahu komen apa-apa tentang gambar tersebut,” ujarnya seperti
 dipetik daripada Detikhot semalam.
Ibu kepada pelakon berusia 22 tahun percaya bahawa perbuatan itu dilakukan 
oleh pihak yang tidak suka dan ingin memalukan anak perempuannya itu.
“Kasihan kerana mereka hanya mengotorkan diri dan hati mereka sendiri.”
Gambar-gambar panas yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter 
yang menggunakan nama @Neen_martha menunjukkan Sheila sedang 
bergambar di atas sinki di sebuah bilik mandi tanpa memakai seluar dalam.
Sebelum ini, Sheila yang sedang hamil lima bulan pernah mencetuskan
 kontroversi apabila gambar nakalnya dengan seorang jejaka disebarkan pada April 2011.
(Oleh: Ashraf Nasser/ Cinema Online)

14 Januari, 2012

'KAKI KENCING' TERUS BERJANJI





Tak habis-habis berjanji si Najib ni. Tapi banyak janji yang dibuat AUTA saja. Tengok sajalah janji hapus ISA. Penuh semangat umumkan di TV. Tapi sampai sekarang masih terdapat tahanan terbaru. Kemudian janji Permit Penerbitan tak perlu perbaharui lagi. Tapi macam biasa je. Kencing merata-rata Najib ni. Dulu janji nak bagi BERSIH 2 stadium untuk berkumpul, tapi mungkir janji saat akhir.


Sekarang berjanji pulak dengan rakyat Selangor. Kemudian luluskan peruntukan besar untuk penduduk. Macamlah duit tu UMNO yang punya. Macam ni ke pemimpin yang kita nak kekalkan lagi lepas pilihanraya nanti? Cukup-cukuplah....
Janji Najib di Selangor



Oleh HELMI MOHD. FOAD dan ABDUL YAZID ALIAS


pengarang@utusan.com.my





NAJIB Tun Razak bersalaman dengan orang ramai semasa membuat tinjauan mesra bertemu para peniaga di Kompleks PKNS, Shah Alam, Selangor, semalam. – UTUSAN/SAHARUDDIN ABDULLAH








SHAH ALAM 13 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan seluruh rakyat Selangor bahawa masalah yang dihadapi mereka ketika ini tidak akan selesai sekiranya kerajaan negeri terus ditadbir pakatan pembangkang.


Perdana Menteri berkata, banyak masalah yang timbul tidak dapat diselesaikan oleh Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, malah masih banyak janji pilihan raya umum lalu gagal ditunaikan meskipun pembangkang sudah berkuasa di negeri ini hampir empat tahun.


“Kita dapati pemerintahan kerajaan negeri mencecah empat tahun sejak pilihan raya 2008, tetapi amat jelas dalam banyak hal, ada perasaan kecewa di kalangan rakyat negeri ini kerana janji-janji kerajaan negeri tidak ditunaikan seperti mana yang dialami penduduk di Pangsapuri Rimba Jaya pada hari ini.


“Begitu juga dengan golongan peniaga seperti di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang mengadu hal mengenai kerajaan negeri yang sebelum ini menabur janji lunak dan manis.


“Apabila sudah berkuasa para pekedai di kompleks berkenaan dikenakan kenaikan sewa bukan 10 peratus, bukan 20 peratus tetapi 100 peratus. Saya kata keputusan itu amat keterlaluan dan tidak adil kepada peniaga. Kalau jualan naik tidak apalah tetapi ada jualan tidak naik (sebaliknya) menurun pun ada tetapi mereka dikejutkan dengan kenaikan sewa 100 peratus ini,” katanya berucap pada ‘Program Sepetang Bersama PM’ yang dihadiri lebih 2,000 penduduk Pangsapuri Rimba Jaya di sini hari ini.


Hadir sama Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed; Penyelaras BN Parlimen Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi Md. Zin dan Penyelaras BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga, Zulkurnain Md. Roslan serta pemimpin-pemimpin parti komponen.


Kehadiran Perdana Menteri turut menarik perhatian anggota parti pembangkang apabila sekumpulan penyokong Pas dilihat turut hadir mendengar ucapan Najib.


Najib memberi jaminan bahawa BN akan menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi rakyat di negeri ini jika diberi kepercayaan untuk mentadbir Selangor.


“Maka, adalah lebih baik kita ambil alih kerajaan negeri, kita selesaikan masalah rakyat yang kerajaan negeri tidak selesaikan seperti masalah bekalan air, sampah sarap termasuk masalah rakyat di Pangsapuri Rimba Jaya ini,” tegasnya.


Najib yang juga Pengerusi BN Selangor turut mengumumkan penyelesaian kepada masalah penduduk Pangsapuri Rimba Jaya dengan meluluskan peruntukan membina sebuah surau dan kuil yang gagal dilaksanakan oleh kerajaan negeri sehingga kini.

12 Januari, 2012

KEPALA OTAK KAU MAHATHIR-azmin



Makin meroyan kaki-kaki bodek UMNO dari Johor ni nak pertahankan Dr Mahathir yang dikutuk oleh Azmin Ali ketika ceramah di Penang baru-baru ini berikutan komen Mahathir yang mengatakan keputusan membebaskan Anwar Ibrahim oleh mahkamah baru-baru ini sebagai mengejutkan dan tidak sepatutnya. Berikutan itu Azmin telah mengeluarkan perkataan KEPALA OTAK KAU yang ditujukan pada Mahathir. Haha...puak-puak UMNO terus melatah kononnya Mahathir ni super baik ibni maha bagus sangatlah sampai tak boleh kena tegur. Memang patut pun.Mahathir yang sepatutnya tumpu pada kerja-kerja amal ni, dikutuk sedemikian rupa. Dia rasa macam masih berkuasa macam dulu lagi. Tak sedar-sedar diri. Sampai bilalah dia ni nak insaf...,


Ucapan kurang ajar, cetek ilmu

KUALA LUMPUR 11 Jan.- Tindakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali menghina bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan ungkapan 'kepala otak kau' dalam ceramahnya disifatkan sebagai tindakan kurang ajar.

Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz berkata, sikap itu bertentangan dengan adab dan budaya Melayu yang sentiasa menghormati orang yang lebih tua lebih-lebih lagi kepada seorang negarawan.

"Apa jasa Azmin kepada negara sehingga berani menghina Tun (Mahathir) sedangkan dia belum sampai sepenggal jadi wakil rakyat.

"Jangan disebabkan politik bodoh pembangkang segala jasa baik Tun Mahathir mahu dilupakan. Harus diingat seluruh dunia Arab masih mengagumi beliau sehingga sekarang.

"Azmin perlu segera memohon maaf kepada Tun Mahathir atas ucapan kurang ajar tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ungkapan biadap itu dilontarkan Azmin ketika berucap pada Himpunan Rakyat Menuntut Keadilan di tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang malam kelmarin.

Ia sebagai respons kepada kenyataan bekas Perdana Menteri itu berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim pula berkata, tindakan Azmin itu membuktikan bahawa beliau tidak mempunyai kredibiliti menjadi seorang pemimpin.

"Apa yang diucapkan oleh beliau menggambarkan seorang yang cetek ilmu. Saya nak tanya Azmin apa jasanya kepada negara? Tidak ada.

"Beliau sendiri tidak diterima sebagai seorang pemimpin dalam pakatan pembangkang, jadi tidak layak berkata demikian kepada individu yang telah banyak berjasa dan menyumbang kepada pembangunan negara," jelasnya.

11 Januari, 2012

BN JOHOR PULA GOYANG...




Pengundi Cina Johor sedia ubah sokongan kepada Pakatan pada PRU-13

JOHOR BAHRU, 11 Jan 2012— Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman telah mula turun padang sejak Oktober lalu, menghabiskan sekurang-kurangnya empat hari seminggu dilihat sebagai persiapan awal Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang berdepan prospek kehilangan lebih banyak undi kaum Cina. Lebih mengagumkan beliau memulakan jelajah dengan berkunjung ke Gelang Patah, Tebrau, Kulai, Pulai dan Muar (dua kali), semua kawasan itu mempunyai sekurang-kurangnya 40 peratus pengundi Cina, dilihat persediaan awal agar tidak menerima nasib sama seperti di Pulau Pinang dan Perak pada pilihan raya umum 2008. Selain menemui pengundin dan penyokong parti, Abdul Ghani (gambar) menghabiskan masa beberapa jam setiap hari mendengar taklimat daripada jentera BN tentang sentimen pengundi, tahap sokongan di setiap kawasan pinggir bandar. “Beliau telah turun padang di semua kerusi yang pembangkang fikir boleh menang,” kata pegawai tertinggi pentadbiran Abdul Ghani kepada The Malaysian Insider. Menurut kajian yang dibuat oleh Zentrum Future Studies, Abdul Ghani mempunyai alasan untuk berasa bimbang. Gelombang kebangkitan telah menawan sebahagian Semenanjung Malaysia pada pilihan raya umum 2008, yang mana Pakatan Rakyat gagal memecahkan benteng kuat Umno dengan memenangi satu kerusi Parlimen (dari 26 kerusi) dan enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dari 56 kerusi yang ditawarkan. Tetapi Profesor Abu Hassan Hasbullah, yang menjalankan pusat kajian Universiti Malaya memberitahu kaji selidik pada hujung tahun lalu menunjukkan pengundi Cina-Johor kemungkinan akan memecahkan tradisi dengan menyokong Pakatan Rakyat. Pemimpin pembangkang menganggarkan mereka memenangi 55 peratus pengundi Cina pada pilihan raya umum lalu tetapi Abu Hassan berkata sokongan daripada kaum itu telah meningkat hampir 90 peratus. “Kami lihat tentang apa yang boleh digelar revolusi senyap Tionghua,” katanya kepada The Malaysian Insider menambah sokongan pengundi Cina di Johor meningkat kepada 68 peratus selepas pilihan raya umum 2008 dan terus meningkat kepada 79 peratus pada 2010. Menurut Abu Hassan, sokongan orang Melayu terhadap pembangkang tidak berubah sejak pilihan raya umum 2008 dan ia kekal di antara 25 hingga 30 peratus, Pakatan Rakyat meletakkan sasaran 15 kerusi Parlimen dan 30 kerusi negeri. PKR telah mengadakan kongres nasional di Johor pada akhir November, mendakwa bersedia mengambil alih pentadbiran negeri. Penganalisis berkata perubahan aliran sokongan di kubu kuat BN secara praktikal bermaksud Pakatan Rakyat hanya memerlukan 30 Ahli Parlimen untuk menawan Putrajaya. Bagaimanapun rakan gabungan telah memberi amaran bahawa peluang di Johor akan mengakibatkan serangan-serangan Umno yang menuduh “kerajaan Cina”. “Ia jelas bahawa jikamkita menang ia datangnya dari sokongan pengundi Cina. Selepas tuduhan-tuduhan di Pulau Pinang dan Perak, mudah bagi Umno menyerang kita dengan bertanyakan siapa akan menjadi MB,” kata Ahli Dewan Undang Negeri (Adun) Sungai Abong dari PAS, Dr Sheikh Ibrahim Salleh. Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau juga bersetuju dengan ahli jawatankuasa PAS negeri bahawa yang lebih penting adalah menumpukan perhatian untuk menambah sokongan pengundi. “Kita perlu pastikan tidak terjatuh ke dalam perangkap dan mengelak soalan tentang MB dan pembentukan kerajaan negeri. Strategi kita adalah untuk tidak mengejutkan pengundi tetapi memberitahu mereka kita perlu menafikan dua pertiga BN,” kata Adun Skudai menambah Pakatan Rakyat berada di kedudukan terbaik untuk menambah tujuh ahli Parlimen dari negeri itu. “Kemudian jika kita membentuk kerajaan, kita akan pastikan orang Melayu MB dan rakyat akan terima keputusan pilihan raya.” PKR pula menolak untuk menjawab soalamn tentang calon MB tetapi ketua cabang memberitahu The Malaysian Insider “kita tiada sesiapa sejak Abdul Razak Ahmad”, merujuk kepada bekas pengerusi negeri itu yang meninggal dunia pada 2007. The Malaysian Insider difahamkan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub yang merupakan anak kelahiran Pontian terpaksa melepaskan kerusi Parlimen Kubang Kerian dan kembali bertanding di Johor. Sembrong, kerusi Parlimen mempunyai kira-kira 40 peratus pengundi Cina berdekatan Kluang, dikatakan menjadi pilihan terbaik meletakkan Salahuddin bertanding. Khabar angin yang tersebar mengatakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan bertanding di Kota Tinggi, kerusi yang dilihat selamat yang mungkin akan dikosongkan Tan Sri Syed Hamid Albar yang telah digugurkan dari Kabinet oleh Datuk Seri Najib Razak apabila mengambil alih kuasa pentadbiran pada 2009.

10 Januari, 2012

09 Januari, 2012

ANWAR IBRAHIM BEBAS.....!!!!

ANWAR IBRAHIM TAK BERSALAH. DIBEBASKAN.....ALHAMDULILLAH.....

TERKINI 901: RIBUAN RAKYAT BERKUMPUL



Dalam masa beberapa minit saja jumlah  rakyat yang menyertai  himpunan 901 kini  sudah menjadi lautan manusia. Berduyun-duyun mereka menuju ke parkir di Mahkamah. Kelihatan beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat mula menghampiri perhimpunan. Kelihatan Mohd Sabu, Tian Chua, dan beberapa orang lagi sudah mula muncul memberi sokongan  pada Dato seri Anwar. Ikuti  perkembangan dari masa ke semasa. 

08 Januari, 2012

HASSAN ALI KEMBALI POPULAR LEPAS INI

Percayalah...selepas ini Hasan Ali akan lebih popular  lagi. Dia akan memburuk-burukkan kerjasama  DAP  dan PAS semaksima-maksimanya.  Malah dia  akan dapat peluang muncul semula  di TV dengan program-program politik dan motivasi......apa pun....ALHAMDULILLAH....SUATU KEPUTUSAN YANG TEPAT...!!!

06 Januari, 2012

HASSAN ALI SAMA TARAF UMMI HAFILDA






Haha...semakin meroyan nampaknya  Hassan Ali ni. Kebetulan malam tadi penulis  sempat minum di Lobi Hotel DePalma dengan seorang penyokong kuat UMNO. Katanya Hassan Ali memang ada perancangan mahu masuk UMNO tidak lama lagi. Sebenarnya  ini rahsia besar yang telah bocor. Maka, mahu tak mahu Hassan kena berlagak macam Zul Kulim supaya mudah ditendang keluar.
Bagi penulis, Hassan Ali kini tarafnya sama  macam Ummi Hafilda sial tu. Berlagak suci tapi diri sendiri lagi teruk track record. Tak pe kita tengok dan lihat  sahaja permainan Hassan Ali yang semakin senada dengan Ummi Hafilda ni.

Jangan heret rakyat berdemonstrasi


Oleh HELMI MOHD. FOAD
pengarang@utusan.com.my



SHAH ALAM 5 Jan. – Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali menegaskan adalah tidak wajar rakyat diheret menyertai perhimpunan haram Kempen Bebaskan Anwar 901 semata-mata bagi mempertahankan isu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang tidak rela anak-anak muda diheret sama, turut membidas Pesuruhjaya Pas negeri, Dr. Abdul Rani Osman yang menggesa ahli parti itu untuk menyertai perhimpunan tersebut sedangkan tiada arahan khusus dibuat oleh pimpinan di peringkat pusat.

‘‘Pas Selangor nampaknya begitu proaktif atas sebab yang salah, kalau sebab yang betul tidak mengapa. Kalau saudara melihat Ketua Penerangannya terlalu proaktif sehingga mendahului pimpinan di peringkat atasan, Pesuruhjaya negeri pun saya rasa dia membelakangi pandangan pimpinan pusat.

‘‘Saya rasa jemputan Dr. Abdul Rani supaya ahli dan pendokong Pas hadir bersama-sama dalam perhimpunan tersebut, saya katakan itu pendapat peribadi. Itu bukan pendapat daripada Pas negeri, maklumat yang saya terima bahawa pimpinan di peringkat Pas negeri, sama ada Dewan Harian ataupun Perhubungan Negeri seluruhnya tidak tahu pun kenyataan Dr. Abdul Rani.

‘‘Saya rasakan perkara besar seperti ini, perhimpunan itu bukan saja matlamat, tujuan dan hakikatnya besar, maka sebab itu satu orang sahaja tidak boleh membuat keputusan untuk melaungkan kepada orang lain,” katanya kepada pemberita di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai kenyataan Dr. Abdul Rani yang meminta anggota Pas di negeri ini turut sama menyertai perhimpunan Kempen Bebaskan Anwar 901, Isnin ini.

Terdahulu Hasan yang juga Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri memberikan sidang media mengenai operasi khas JAIS di seluruh sembilan daerah yang diketuainya pada malam 31 Disember dan malam tahun baru minggu lalu bagi membanteras kegiatan meminum arak, khalwat dan zina di kalangan masyarakat Islam.

Hasan bimbang perhimpunan 901 memberi implikasi kepada anak-anak muda dan remaja yang tidak tahu mengenai persoalan sebenar dan arah tuju parti untuk membawa golongan tersebut.

‘‘Kalau hendak menjadi orang Pas, dia cukup dengan menjadi warganegara, Islam, akil baligh. Maknanya daripada remaja sangat muda, awal-awal remaja, kalau kita minta remaja tingkatan satu tingkatan dua, kalau kita seru pergi ke tempat itu, tanpa mengetahui tentang apa yang sebenarnya, saya bimbang ke arah mana kita hendak membawa mereka ?

‘‘Kita hendak menjadikan mereka sebagai warganegara yang betul-betul dapat mencerminkan mereka membawa bendera kecemerlangan yang selalu saya sebutkan sejak lebih 35 tahun lalu,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan sikap Dr. Abdul Rani melarang ahli Pas menyertai Himpun sedangkan ia membincangkan tentang akidah Islamiah yang merupakan asas perjuangan Pas sebaliknya menggesa anggota parti menyertai perhimpunan haram 901 yang tidak membabitkan dasar perjuangan parti Islam itu.

‘‘Kalau boleh, saya lebih tua daripada pesuruhjaya yang ada sekarang, saya hendak nasihatkan supaya kena amati betul-betul jejak minda dan pemerhatian perlu dilakukan kerana implikasinya besar,” katanya



Sedia dedah rahsia 'bateri 3A

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKARpengarang@utusan.com.my




Ummi Hafilda Ali



KUALA LUMPUR 5 Jan. - Ummi Hafilda Ali, saksi utama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 berjanji akan mendedahkan rahsia dahsyat kepimpinan atasan Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau trio 'bateri 3A' sekiranya mereka tidak bertaubat sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Ummi memberi amaran itu kerana beliau tidak sanggup melihat trio berkenaan iaitu Anwar, isterinya yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan abangnya sendiri, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali terus mengelirukan rakyat dengan dakyah demi kepentingan politik mereka.

"Hari ini mereka panggil polis anjing tetapi semasa Anwar berkuasa pada 1997, dia guna 50 orang polis untuk menangkap saya, jadi orang muda terutama mahasiswa perlu tahu siapa yang buat salah laku dan salah guna kuasa.

"Wan Azizah mempunyai pengaruh untuk menasihatkan suami kembali ke pangkal jalan, jangan sampai saya serta 'geng' iaitu (Datuk) Nallakaruppan, (Datuk) Zulkifli Noordin dan Rahimi Osman dedahkan perkara sampai nanti mereka (3A) tidak boleh angkat kepala. Kami merayu mereka kembali ke pangkal jalan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar khas di sini hari ini bagi meminta ketiga-tiga pemimpin tertinggi parti pembangkang itu menghentikan perjuangan politik mereka yang didakwanya mempunyai kepentingan peribadi dan bertujuan menukar sistem negara ini kepada sebuah republik.

Dalam perkembangan berkaitan, kata Ummi, beliau tidak akan berhenti mendedahkan kepincangan serta kelemahan ketiga-tiga mereka termasuk Azmin sungguhpun mereka adalah adik-beradik sehingga kesemuanya bersara daripada politik dan meminta maaf kepada rakyat Malaysia.

"Tetapi saya masih mempunyai sifat perikemanusiaan dan kalau boleh enggan mendedahkan keburukan abang kandung saya sendiri.

"Mereka perlu bertaubat dan meminta maaf seperti bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Bill Clinton yang memohon maaf secara terbuka kepada rakyat negara itu atas skandal seksnya," katanya.

Sementara itu, Ummi Hafilda yakin Azmin serta PKR tidak akan mampu mengumpulkan sehingga 100,000 penyokong fanatik Anwar untuk memberi sokongan kepada Ketua Pembangkang itu dalam Kempen Bebaskan Anwar 901 di ibu negara Isnin ini.

"Azmin boleh berangan seperti Mat Jenin. Dia juga pernah berangan akan menjadi Menteri Besar Selangor selepas pilihan raya umum lalu tetapi tiada apa yang berlaku," katanya.

01 Januari, 2012

RAJA PETRA KEMBALI BODEK NAJIB....?


Hari ini bermulanya hari pertama tahun baru 2012. Blogger buangan, Raja Petra kembali merepek dan meroyan . Mungkin terasa tulisannya melalui Malaysia Today dah takj ada sambutan, Raja Petra  mungkin rasakan beliau perlu buat pusingan u-turn untuk kembali menjilat dan membodek Dato Najib. Mungkin dia rasakan kes Mahkamah di Malaysia yang semakin memburunya. Dan mungkin juga tiada siapa yang membantunya, maka Raja Petra terpaksa juga samada ada suka atau tak untuk kembali memuji UMNO. Ini yang penulis  rasakan. 
Anda perasan tak, sejak Dato Zaid Ibrahim keluar PKR, sejak itulah nada Raja Petra berubah. Manusia macam Raja Petra ni sebenarnya cukup bahaya. Tak perlulah kita  dengar sangat cakap dia walau pun dia puji sekalipun. Lihatlah hari ini...tajuk utama akhbar-akhbar utama negara kita. Penuh bangga beliau mengatakan yang Anwar Ibrahim dah tak relevan.Siapa dia ni nak cakap macam tu? Bolehkah kita percaya cakap orang yang kuat minum ni?  Bukan setakat kita  menyampah orang macam ni..orang UMNO pun meluat. Elok sangatlah duduk luar negara tu. Tukar je kerakyatan. Tak siapa peduli....

PERKASA PEKIDA KENA HALAU?

KUASA RAKYAT

LAKI BINI KENA SEPINA

kebangkitan rakyat

kebangkitan rakyat

SEJARAH TERCIPTA: ANWAR BEBAS..!!!