rakan-rakan blog ini

PRODUK UNTUK PENGANTIN LELAKI

.

.
Info : Blog ini baru sahaja diaktifkan secara rasmi 15hb Ogos 2010 yang lalu. Penulis merupakan seorang bekas wartawan yang pernah bertugas dibeberapa akhbar tanahair. Lebih 20 tahun bertugas sebagai wartawan sebelum ini. Jadi, menyedari betapa pentingnya kebenaran itu ditegakkan, Penulis membuat keputusan menulis secara aktif di blog ini. Semoga Allah memberkati niat baik saya ini

Halaman

12 Januari, 2012

KEPALA OTAK KAU MAHATHIR-azmin



Makin meroyan kaki-kaki bodek UMNO dari Johor ni nak pertahankan Dr Mahathir yang dikutuk oleh Azmin Ali ketika ceramah di Penang baru-baru ini berikutan komen Mahathir yang mengatakan keputusan membebaskan Anwar Ibrahim oleh mahkamah baru-baru ini sebagai mengejutkan dan tidak sepatutnya. Berikutan itu Azmin telah mengeluarkan perkataan KEPALA OTAK KAU yang ditujukan pada Mahathir. Haha...puak-puak UMNO terus melatah kononnya Mahathir ni super baik ibni maha bagus sangatlah sampai tak boleh kena tegur. Memang patut pun.Mahathir yang sepatutnya tumpu pada kerja-kerja amal ni, dikutuk sedemikian rupa. Dia rasa macam masih berkuasa macam dulu lagi. Tak sedar-sedar diri. Sampai bilalah dia ni nak insaf...,


Ucapan kurang ajar, cetek ilmu

KUALA LUMPUR 11 Jan.- Tindakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali menghina bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan ungkapan 'kepala otak kau' dalam ceramahnya disifatkan sebagai tindakan kurang ajar.

Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz berkata, sikap itu bertentangan dengan adab dan budaya Melayu yang sentiasa menghormati orang yang lebih tua lebih-lebih lagi kepada seorang negarawan.

"Apa jasa Azmin kepada negara sehingga berani menghina Tun (Mahathir) sedangkan dia belum sampai sepenggal jadi wakil rakyat.

"Jangan disebabkan politik bodoh pembangkang segala jasa baik Tun Mahathir mahu dilupakan. Harus diingat seluruh dunia Arab masih mengagumi beliau sehingga sekarang.

"Azmin perlu segera memohon maaf kepada Tun Mahathir atas ucapan kurang ajar tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ungkapan biadap itu dilontarkan Azmin ketika berucap pada Himpunan Rakyat Menuntut Keadilan di tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang malam kelmarin.

Ia sebagai respons kepada kenyataan bekas Perdana Menteri itu berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim pula berkata, tindakan Azmin itu membuktikan bahawa beliau tidak mempunyai kredibiliti menjadi seorang pemimpin.

"Apa yang diucapkan oleh beliau menggambarkan seorang yang cetek ilmu. Saya nak tanya Azmin apa jasanya kepada negara? Tidak ada.

"Beliau sendiri tidak diterima sebagai seorang pemimpin dalam pakatan pembangkang, jadi tidak layak berkata demikian kepada individu yang telah banyak berjasa dan menyumbang kepada pembangunan negara," jelasnya.

10 ulasan:

  1. ucapan yang datang dari orang yang sukarela jual bini kepada perdana menteri sungai buloh.

    miss noor

    BalasPadam
    Balasan
    1. lain kali komen bagi nama baru lah jadi pejuang melayu,keris melayu,darah melayu ,tanah melayu baru nampak macam pak berahimali sikit.tak gitu mat dulu kini dan selamanya haprak.banyak mahathir bagi saham bumiputra kat kau macam anak dia dapat????

      Padam
  2. MAHATHIR HATI BUSUK..DENGKI PADA ANWAR..sebab anwar lebih bagus dari dia..tua tua pun belum mampus...

    BalasPadam
  3. Mahathir akan dikenali dalam sejarah sebagai pm penipu negara!!,pembohong..!!

    BalasPadam
  4. Kenapa pak ampu ni marah sangat...tolong kasi tau Melayu marhaen mana yang dapat AP kereta, AP gula , AP tepung semasa beiau memerintah negara ni.

    BalasPadam
  5. Bila la nak mampuih orang tua nih... tak abih2 nak menyusahkan orang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yele tu..support le Anwar Yang Maha Yahudi tu..

      Padam
    2. nak berbahas, gunalah bahasa yg sopan. tak perlu beremosi. bahasa yg diguna menggambarkan tahap pemikiran. mengaku pertahan agama tapi bercakap mcm org tak ada ugama! insaflah sikit. kalau tak suka anwar pun, cerdiklah sikit nak buat ulasan pun.

      Padam
    3. wahai....rkyat m.sia yg ada belajar & penah brskolah dr Sek Ren..Sek Men.@ keIPTA/IPTS @ sewaktu dgnnya..tlg guna akal & faham serta kaji betul2 bhw zaman Mahathir lah brmulanya segala kebejatan & malapetaka kpd rkyat m'sia dgn dasar2 perompakan/pnjarahan harta negara mcm harta makbapak dia punya..kayakan kroni yg akhirnya rkyat yg kena tnggung...lu olang fikirlah sndiri...buka minda...jgn guna kpala lulut utk brfikir...hentilah & sedarlah dr terus di bodohkan oleh puak Umngok yg Allah Swt pn dia nak klentong.. inikan pula kita rkyat kerdil ini...

      Padam
  6. oi HjMunji..sape yg emosi ko tu yg lebih2 sgt support si Anwar tu..ngape ade scandal ke

    BalasPadam

PERKASA PEKIDA KENA HALAU?

KUASA RAKYAT

LAKI BINI KENA SEPINA

kebangkitan rakyat

kebangkitan rakyat

SEJARAH TERCIPTA: ANWAR BEBAS..!!!