NI baru la dikatakan buku bertemu ruas. Sebelum ni bila Ummi kutuk orang, tak 'hingat'
dunia. Tapi bila dia kena kutuk lak, panas punggung. Lihat la saja kes-kes sebelum ni.
Siapa saja kutuk Ummi, mesti dia nak saman atau buat report polis. Nah! Kali ini berlaga
dengan adik-beradik sendiri. Rasakan kau betina....
Hilang sabar kerenah Azwan
KUALA LUMPUR: Personaliti hiburan tanah air, Azwan Ali, 46, yang sering mencetuskan
pelbagai kontroversi kini disiasat polis atas dakwaan mengugut mahu membunuh dan membakar
adiknya, Ummi Hafilda Ali melalui laman twitternya.
Mendedahkan perkara berkenaan, Ummi berkata, dia menyedari ugutan dibuat abangnya itu pada
minggu lalu apabila dimaklumkan anak saudaranya dan selepas mendapati ia benar sejurus
membacanya sendiri, dia membuat laporan polis pada jam 6 petang Jumaat lalu.
Menurutnya, selama ini dia bersabar dengan cacian serta pelbagai tuduhan yang dilemparkan
terhadapnya, namun ugutan itu sudah keterlaluan dan menggugat keselamatan diri, apatah lagi
ia dilakukan abangnya.
“Siapa tidak sedih bila darah daging sendiri memburukkan dan mencaci kita hanya kerana
perbezaan pendapat serta pendirian politik. Sebelum ini, saya masih mampu bersabar dan
berdiam namun kini ia sudah melampau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan