rakan-rakan blog ini

PRODUK UNTUK PENGANTIN LELAKI

.

.
Info : Blog ini baru sahaja diaktifkan secara rasmi 15hb Ogos 2010 yang lalu. Penulis merupakan seorang bekas wartawan yang pernah bertugas dibeberapa akhbar tanahair. Lebih 20 tahun bertugas sebagai wartawan sebelum ini. Jadi, menyedari betapa pentingnya kebenaran itu ditegakkan, Penulis membuat keputusan menulis secara aktif di blog ini. Semoga Allah memberkati niat baik saya ini

Halaman

17 Januari, 2012

TERKINI..!! ANWAR SAMAN UTUSAN MALAYSIA

HA...HA...saat inilah yang penulis tunggu-tunggu. Saat di mana akhbar pencacai 
Utusan disaman oleh Anwar Ibrahim. Biar mereka tahu langit itu tinggi rendah.
 Tapi sayang  Anwar lupa saman pemimpin pejuang Islam  Hassan Ali Gila 
Glamour tu.  Kalau kena dua-dua, baru ngam siot.....



Anwar Saman Utusan RM50 Juta

Anwar Ibrahim hari ini mengambil tindakan drastik menyaman Editor dan
 Utusan Melayu Sdn Bhd penerbit akhbar Utusan Malaysia ekoran penyiaran
 kenyatan Hasan Ali yang mendakwa Anwar menghalalkan kegiatan homeseksual
 seperti mana disiarkan dalam akhbar itu di muka depan hari ini.

Kenyataan Hasan itu yang disiar akhbar berkenaan berbunyi; "Bekas Pesuruhjaya Pas
 Selangor, Datuk Dr Hasan Ali membidas Datur Seri Anwar Ibrahim kerana 
mempertikaikan undang-undang homeseksual di negara ini.

"Menurut beliau, pendirian Anwar tersebut bukanlah baharu kerana itulah 
pandangan peribadi dan pegangan asal penasihat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR)
 tersebut.

"Oleh itu beliau menggesa rakyat menolak perjuangan Anwar kerana kegiatan tidak
 bermoral itu jika dihalalkan boleh mencetuskan pergolakan dan perpecahan dalam 
masyarakat serta kehancuran dalam negara."

Manakala berita di bawah tajuk "Parasit ancam Pas, Anwar mesti ditolak", disiarkan
 di muka 10 berbunyi; "Hasan: Inilah salah satu sebab saya tidak boleh 
bersekongkol dengan Anwar Ibrahim. Inilah sebabnya rakyat Malaysia mesti 
menolak perjuangan Anwar Ibrahim. Kalau kegiatan gay, lesbian, homoseksual
 dan transgender, itu hendak dihalalkan di Malsysia, saya rasa masyarakat akan 
bergolak dan berpecah. Saya nampak kekecauan akan berlaku ini pandangan saya. 
Sebenarnya pandangan Anwar Ibrahim bukan hanya di Mumbai melalui BBC itu saja."

Editor dan akhbar berkenaan diberi tempoh 48 jam untuk membuat permohonan maaf
 di atas kenyataan berkenaan. Bagaimana pun Hasan Ali tidak dinamakan dalam 
surat tuntutan yang dikirimkan ke email saya sekejap tadi.

Saman itu dikemukakan oleh Edwin Lim Suren & Soh. [wm.kl.9:07 pm 17/01/12]
(msomelayu.blogspot)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERKASA PEKIDA KENA HALAU?

KUASA RAKYAT

LAKI BINI KENA SEPINA

kebangkitan rakyat

kebangkitan rakyat

SEJARAH TERCIPTA: ANWAR BEBAS..!!!