Tengoklah Presiden Katak (Perkatak) hampir setiap minggu muka keluar Utusan. Cabar sana, cabar sini, tapi bila orang cabar suruh letak jawatan Ahli Parlimen sebab tumpang tuah PAS, terus kecut 'te**r'. Orang macam ni ke kita nak buat pemimpin? Nak jadi Juara Melayu?
Semalam seekor lagi spesies Katak dari Penang cari penyakit. Sebab nak tonjolkan diri punya pasal, sanggup tuduh orang lain jalinkan hubungan dengan puak-puak bangsat Indon yang bakar Jalur Gemilang kita hari itu. Mungkin agaknya kali ini Katak Penang ni tersilap percaturan. Orang yang dituduh khabarnya akan mengambil tindakan undang-undang!! Sendiri jawab la kat Mahkamah nanti...
Zahrain cabar Jahabar Sadiq
KUALA LUMPUR 2 Sept. – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) The Malaysian Insider, Jahabar Sadiq diminta menjelaskan hubungannya dengan pemimpin Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) bagi memastikan tiada unsur pengkhianatan dilakukan ke atas Malaysia.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, ‘hubungan’ di antara Jahabar yang juga ketua pengarang portal berita propembangkang itu dengan pemimpin Bendera mungkin boleh membetulkan keadaan yang berlaku disebabkan kempen anti-Malaysia anjuran pertubuhan itu.
“Saya mendapat tahu Jahabar ada hubungan dengan tiga pemimpin kanan Bendera iaitu Mustar Bona Ventura (Koordinator Bendera), Adian Napitulupu dan Serdi Semaun.
“Mungkin hubungan itu bersangkut-paut dengan siri provokasi dan penghinaan ke atas kepentingan Malaysia di Indonesia atau Jahabar sekurang-kurangnya boleh menasihatkan Bendera mengenai hal itu jika benar mereka ada kaitan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan