rakan-rakan blog ini

PRODUK UNTUK PENGANTIN LELAKI

.

.
Info : Blog ini baru sahaja diaktifkan secara rasmi 15hb Ogos 2010 yang lalu. Penulis merupakan seorang bekas wartawan yang pernah bertugas dibeberapa akhbar tanahair. Lebih 20 tahun bertugas sebagai wartawan sebelum ini. Jadi, menyedari betapa pentingnya kebenaran itu ditegakkan, Penulis membuat keputusan menulis secara aktif di blog ini. Semoga Allah memberkati niat baik saya ini

Halaman

01 September, 2010

UMNO BERANI KE DENGAN CHUA SOI LEK?


Orang lain makan nangka...orang lain pula kena getahnya....Mungkin inilah pepatah yang sesuai dalam situasi kekecohan sekarang berkenaan seorang anak muda, Namewee yang menjadi cacian kalangan UMNO dan sekutunya yang kononnya bersikap 'racist ' atau perkauman.

Kalau korang hayati betul-betul klip video tersebut, Namaewee mengatakan dia anti racist dan menyokong 1Malaysia. Dia cuma marah sikap seorang pengetua sekolah di Johor yang disifatkan sebagai racist. Tup!Tup! dia yang kena balik.

Korang fikirlah sendiri. Dulu kes Ketua UMNO Bukit Bendera keluarkan kenyataan racist tapi yang kena ISA nya dari Pakatan Rakyat. Aku pun tak faham lah. Undang-undang kita ni.

Macam kes tutup aurat dalam masjid atau surau la. Kalau orang Pakatan Rakyat tak tutup aurat, bukan main marah lagi UMNO. Dia lebih Islam dari orang lain. Tapi bila didedahkan isteri PM dedah aurat juga...semua menikus. Katak dari Perkasam pun diam membisu. Macam tak ada telor. Bodek tak habis-habis.

Oleh kerana kes Namewee ni melibatkan kononnya perkauman, aku tak leh ulas lebih-lebih, cuma korang bacalah berita di bawah ni. Rasa-rasanya UMNO berani tak bertindak pada dua orang pengetua sekolah tersebut?

MCA sokong tindakan ke atas Namewee, 2 pengetua

KUALA LUMPUR 31 Ogos - MCA hari ini menyatakan sokongan terhadap segala tindakan yang akan dikenakan oleh kerajaan ke atas Wee Meng Chee atau Namewee jika terbukti pemuda itu melakukan kesalahan menerbitkan video berbaur perkauman.

Pada masa yang sama Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, MCA mahu pihak-pihak lain yang terlibat dengan isu-isu perkauman termasuk dua orang pengetua masing-masing di Johor dan Kedah juga dikenakan tindakan jika terbukti mereka melakukan kesalahan serupa.

Katanya, sebagai negara pelbagai kaum setiap rakyat perlu lebih bertanggungjawab dengan tidak mencetuskan ketegangan kerana tindakan seperti itu hanya akan merugikan negara.

''MCA menyokong penuh sekiranya mereka yang sengaja mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman termasuk yang berbentuk video dikenakan tindakan paling tegas oleh pihak kerajaan.

''Walaupun golongan itu boleh dianggap terpencil MCA tidak mahu kejadian sama terus berulang pada masa akan datang,'' katanya ketika ditemui selepas sambutan Hari Kemerdekaan Ke-53 di sini hari ini.

Akhbar hari ini menyiarkan desakan beberapa pertubuhan kerajaan (NGO) supaya melucutkan kerakyatan Meng Chee ekoran perbuatannya menghasilkan klip video terbaru yang boleh menyemarakkan api perkauman.

Bekas penuntut pengajian komunikasi massa Universiti Ming Chuan, Taiwan sebelum ini telah menghasilkan klip video terbaru dipercayai bertujuan mengutuk seorang pengetua Melayu di sebuah sekolah menengah di Kulaijaya, Johor yang didakwa mengeluarkan perkataan berbaur perkauman semasa perhimpunan sekolah pada 12 Ogos lalu.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERKASA PEKIDA KENA HALAU?

KUASA RAKYAT

LAKI BINI KENA SEPINA

kebangkitan rakyat

kebangkitan rakyat

SEJARAH TERCIPTA: ANWAR BEBAS..!!!