rakan-rakan blog ini

PRODUK UNTUK PENGANTIN LELAKI

.

.
Info : Blog ini baru sahaja diaktifkan secara rasmi 15hb Ogos 2010 yang lalu. Penulis merupakan seorang bekas wartawan yang pernah bertugas dibeberapa akhbar tanahair. Lebih 20 tahun bertugas sebagai wartawan sebelum ini. Jadi, menyedari betapa pentingnya kebenaran itu ditegakkan, Penulis membuat keputusan menulis secara aktif di blog ini. Semoga Allah memberkati niat baik saya ini

Halaman

27 November, 2012

PEREMPUAN MELAYU AJAK BUAT SEKS

Apa nak jadi dengan orang perempuan zaman sekarang. Dah tak ada maruah lagi agaknya. Mereka begitu urah sekali mengajak orang lain untuk buat 'projek' . Facebook disalah gunakan. Facebook menjadi tempat mencari jantan sesuka hati. Bukan seorang dua tetapi ramai sangat dah perempuan macam ni. Mereka menyalahgunakan facebook untuk melakukan maksiat. Semoga Allah bagi hidayah.

25 November, 2012

KATAK BESAR TERUS PERASAN..


Sungguh perasan...inilah perumpamaan yang sesuai untuk Ibrahim Katak yang tak habis-habis membodek dan mengampu Najib. Katanya BN boleh menang selesa dengan bantuan Ahli Parlimen Bebas. Hahaha.... kenyataan yang sangat bangang!!!  Dia lupa yang dia menang dulu pun atas tiket PAS. Malah kebanyakkan Ahli Parlimen Bebas yang lain kebanyakkan dari PKR. Jangan perasan la Ibrahim oii...  Kedudukan awak di Pasir Mas pun belum tentu menang!! Silap-silap hilang wang deposit...

Perkasa: 'Jika ikut Bebas, BN telah menang penuh'


Ibrahim Ali
KUALA LUMPUR - Jangkaan Barisan Nasional (BN) boleh memperoleh minimum 120 kerusi jika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diadakan sekarang, sebagaimana dinyatakan oleh Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, tidak akan memberi keselesaan kepada perikatan itu, kata Perkasa hari ini.

Bagaimanapun menurut Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, beliau yakin BN akan menang dan wakil rakyat Bebas akan memberi sokongan kepada perikatan itu.

Sehubungan itu kata beliau, era kononnya BN sudah berakhir telah lama berlalu dan dengan adanya penyokong tegar parti itu yang akan terus mengundinya, BN diyakini akan terus mempertahankan kuasa.

"Ya, memang 120 kerusi itu tidak memberi keselesaan kepada BN, tapi kalau ikutkan Bebas, BN telah menang penuh.

"Lagipun BN hanya memerlukan lapan lagi kerusi untuk menang dalam pilihan raya ini, pembangkang sekarang ada 83 kerusi tambah tiga kerusi, belum tentu mereka menang.

"Saya yakin, penyokong BN sebelum ini akan terus bersama mereka," katanya kepada Sinar Harian Online selepas selesainya Himpunan Barisan 1 Malaysia di sini, hari ini.

Shamsul yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara berkata,  BN yang kehilangan majoriti dua pertiga empat tahun lalu dijangka memperoleh dalam lingkungan 120 kerusi jika PRU13 diadakan hari ini, manakala 24 kerusi masih dalam keadaan "kelabu".

Beliau juga mengakui bahawa walaupun keputusan kali ini akan memperlihatkan majoriti mengecil tetapi kemenangan masih akan memihak kepada BN.

“... mereka akan dapat minimum 120 kerusi. Sekarang 140 kerusi, 24 kerusi kelabu, baki 70 kerusi Pakatan Rakyat... (pada keseluruhan) majoriti tipis,” katanya dalam satu temu bual menjelang Perhimpunan Agung Umno 2012, di pejabatnya di Bandar Baru Bangi.

Mengulas lanjut, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, kajian dibuat Shamsul juga belum pasti mempunyai kebenaran sambil menegaskan, BN akan tetap "menang penuh" tetapi dengan syarat.

Katanya, syarat yang perlu ada oleh BN ialah kekuatan, kekemasan dan kelancaran jentera parti dalam menghadapi PRU selain mempunyai calon yang berkelayakan.

"Penyelidikan yang dibuat itu... belum pasti kebenarannya, saya yakin BN akan menang.

"Namun syaratnya jentera BN kuat, ada kelancaran dan kekemasan selain soal calon," katanya.

23 November, 2012

WAJIB BACA : JANJI UMNO YANG TAK DITEPATI

Sekarang tak henti-henti UMNO BN mencari punca menyalahkan manifesto Pakatan Rakyat yang kononnya tidak menunaikan janji. Oleh itu, maka kaki bodek, cacai UMNO bekerja keras mengangkut sesiapa saja bagi menunjukkan konon rakyat marah tak tunai janji. Terkini, ibu-ibu tunggal di Selangor diangkut oleh puak-puak ini.  Sebagai timbal balas, penulis ingin siarkan semula menifesto Barisan Nasional 2008 yang lalu.  Slogan utamanya  SELAMAT , AMAN, MAKMUR cukup membuatkan kita ketawa gelihati dengan slogan ini. Hahaha.... sekarang korang nilaikan sendiri apa  janji yang telah ditunaikan oleh Barisan Nasional  tahun 2008. Kalau ada yang tak ditunaikan, boleh ke orang Pakatan Rakyat pula saman Kerajaan UMNO BN ni?....


Janji manifesto BN 2008


Bertemakan 'Selamat, Aman dan Makmur', dokumen itu Malaysia 2008: Laporan Kemajuan dan Manifesto boleh juga diperolehi di laman web rasmi BN untuk pilihanraya umum 2008 di alamat bn2008.org.my

Manifesto dalam sembilan topik utama itu, antaranya, memuatkan janji-janji berikut:

bullet buttonEkonomi
- Menangani kesan kenaikan harga bagi menjamin kualiti hidup rakyat yang bermutu 
- Memupuk dan membantu 1 juta syarikat dan usahawan IKS dalam masa 5 tahun 
- Menjana lebih 2 juta peluang pekerjaan yang bermutu dalam masa 5 tahun 
- Mengurangkan lagi defisit fiskal negara 
- Melaksanakan pelan pembangunan lima koridor ekonomi

bullet buttonKeselamatan
- Mengurangkan indeks jenayah negara 
- Menangani isu pendatang asing tanpa izin 
- Menambah 60,000 anggota polis menjelang 2011 dan membina 150 balai
- Meningkatkan keselamatan di sekolah-sekolah, taman-taman permainan dan tempat-tempat awam 
bullet buttonUrus tadbir kerajaan
- Memerangi rasuah tanpa gentar atau pilih kasih 
- Mengukuhkan pemantauan dan penguatkuasaan oleh BPR, kastam, Lembaga Hasil Dalam Negeri, dan pihak berkuasa tempatan (PBT) 
- Suruhanjaya Aduan Khas bagi menangani aduan berhubung salah laku agensi penguatkuasa 

bullet buttonPendidikan
- Menaikkan tahap kelayakan minima guru dan membanyakkan peluang latihan, 
- Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai pilihan; antaranya meluaskan pengajaran Mandarin dan Tamil 
- Memelihara kedudukan sekolah jenis kebangsaan (SJK) 
- Lebih banyak biasiswa untuk pelajar peringkat ijazah, dari keluarga miskin, tanpa mengira kaum 

bullet buttonPembangunan
- Mengurangkan kadar kemiskinan keseluruhan kepada 2.8% menjelang 2010 
- Menyediakan rumah lebih bermutu dengan harga yang mampu dibeli - Akses kepada perkhidmatan kesihatan moden dan bermutu 
- Menaik taraf pengangkutan awam dan mengurangkan kesesakan lalu lintas 
- Merapatkan jurang digital dan meningkatkan perkhidmatan internet jalur lebar
- Melaksanakan Pelan Induk Pembangunan Kampung-kampung Baru 
- Pendekatan ”Kelantan Baru, Kelantan Maju” bagi penduduk negeri itu 

bullet buttonPerkhidmatan awam
- Cepatkan pelaksanaan e-kerajaan 
- Cepatkan pengeluaran lesen dan permit 
- Budaya bertindak dan maklum balas dalam tempoh 3-7 hari bagi semua aduan awam 

bullet buttonAgama
- Membina persefahaman lebih baik tentang Islam kepada seluruh rakyat melalui Islam Hadhari 
- Meluaskan program J-QAF di lebih banyak sekolah 
- Meningkatkan usaha dialog isu-isu antara agama

Di laman web itu, BN turut menggariskan tiga sebab pemilih harus memangkah parti itu, antaranya:

bullet buttonSistem perkongsian kuasa yang terbukti sejak zaman Perikatan. 
bullet buttonKemakmuran serta keselamatan yang dinikmati sejak 50 tahun kemerdekaan.
bullet buttonKeberanian menghadapi cabaran, berwawasan menghadapi masa depan

21 November, 2012

BUKTI UTUSAN IKTIRAF PAKATAN RAKYAT

Utusan dan Berita Harian mula melaga-lagakan pemimpin Pakatan Rakyat. Tapi masih ramai pimpinan Pakatan yang sanggup diperbodohkan oleh Utusan dan Berita Harian. Macam budak kecil berebutkan sesuatu. Kenapa mesti dedahkan diri pada musuh yang nyata? Inilah antara kelemahan Pimpinan Pakatan Rakyat yang banyak mulut. Masing-masing nak bercakap. Hasrat UMNO BN nak lagakan pemimpin Pakatan mula berhasil. 
Pun begitu, bila Utusan dan Berita Harian sibuk mencari calon PM, secara tidak langsung mereka mengakui peluang Pakatan untuk memerintah memang ada. Jadi mereka tolong carikan siapa PM yang sesuai nanti...

19 November, 2012

GILIRAN NIK AZIZ PULAK DIBELASAH

Ketara sangat umno dah hilang modal dan idea nak hentam PAKATAN RAKYAT. Setela berminggu-minggu Nurul Izzah kena serang, kini giliran Tok Guru Nik Aziz pulak. Utusan akan belit-sebelitnya kenyataan ini. Agaknya beginilah perangai buruk parti yang dah nak tamat riwayatnya. Moga jadi kenyataan. Amin.

15 November, 2012

RESTORAN DI PJ HIDANG MENU ANJING

Beginilah rupanya bila pendatang asing semakin ramai di Malaysia. Geli dan menjijikkan. Maukah anda perkara ini menjadi semakin berkembang di restoran-restoran lain? Ingat, semakin ramai pendatang asing dengan mudah mendapatkan kerakyatan di negara kita angkara perbuatan khianat Barisan Nasional. 
gambar ini cuma hiasan sahaja

Restoran hidang menu anjing



Pub yang menjadi tumpuan warga Myanmar.

Minuman keras yang dijual tanpa permit turut dirampas.

PETALING JAYA – Sebuah restoran dan pub yang menjadikan anjing sebagai makanan utamanya disita dalam serbuan anggota Balai Polis Damansara Utama dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya, awal pagi semalam.

Serbuan yang diketuai, Ketua Balai Cif Inpektor Mohd Zul Azri Abdul Rashid itu berjaya menahan tujuh warga Myanmar yang sedang leka menikmati minuman keras di premis tidak berlesen itu yang beroperasi di tingkat dua bangunan rumah kedai di Jalan SS 21/56 B, Damansara Utama, di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, serbuan dilakukan berikutan aduan daripada penduduk setempat yang kurang senang dengan sikap pengunjung restoran itu yang mabuk dan membuat bising pada pada awal pagi.

“Tindakan pernah diambil setahun lalu namun premis terbabit masih berdegil menyebabkan tindakan diambil sekali lagi,” katanya.

Ke semua warga asing ditahan akan diperiksa, manakala yang tiada dokumen pengenalan diri akan diserahkan kepada Imigresen untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, pub itu popular dalam kalangan warga Myanmar apabila ada di antaranya yang datang dari jauh semat-mata mahu menikmati hiburan di situ.

Siasatan lanjut mendapati premis tidak mempunyai lesen untuk menjual minuman keras yang kebanyakannya diimport.

“Kesemua minuman keras yang dijual dirampas dan akan diserahkan kepada Kastam untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sementara itu, pihak MBPJ menjalankan sitaan ke atas beberapa barangan termasuk pembesar suara dan set televisyen mengikut Enakmen Pusat Hiburan dan Tempat Hiburan Negeri Selangor 1995 kerana beroperasi tanpa lesen


.

14 November, 2012

PENULIS BLOG SEKS TERIMA AKIBAT


KUALA LUMPUR, 13 Nov — Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) telah menamatkan biasiswa pelajar yang mengendalikan blog seks, Alvin Tan, menurut laporan Straits Times di republik tersebut hari ini.
Namun demikian, pelajar tersebut tidak dibuang daripada NUS.
Selain itu, dia juga perlu membayar penuh yuran pengajiannya tanpa mendapat subsidi sebagai pelajar luar negara jika mahu melengkapkan pengajian tahun akhirnya di pusat pengajian undang-undang universiti tersebut.
Laporan akhbar itu juga berkata hukuman yang dijatuhkan ke atas pelajar tahun dua tersebut menjadi tumpuan utama orang awam selepas NUS mengumumkan minggu lepas bahawa maklumat mengenai hukuman tidak akan didedahkan memandangkan prosiding disiplin adalah sesuatu yang sulit.
Semalam Menteri Pendidikan Singapura Heng Swee Keat menyelar pelajar terbabit yang mendapat biasiswa dari republik tersebut dengan menyifatkan kelakuannya “patut dikeji dan bukan menggambarkan seorang graduan”.
Kenyataan keluar selepas soalan tersebut diajukan oleh ahli parlimen (MP) Singapura yang mahu mengetahui mengenai hukuman yang dikenakan oleh Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) ke atas Tan.
Tan, 24 tahun merupakan pelajar dalam jurusan undang-undang di NUS telah menjadi perhatian ekoran kontroversi melibatkan dia dan teman wanitanya yang meletak gambar dan video seks mereka di dalam blog tersebut.
Dia telah pun dihadapkan ke muka pengadilan dan dijatuhkan hukuman bulan lepas.
Kedua-dua pihak telah bertindak berdiam diri di atas hukuman terhad Tan, malahan pihak universiti berkata perkara tersebut melibatkan prosiding disiplin yang dianggap sebagai sulit.
Warga Singapura bagaimanapun berpendapat sebaliknya, dengan sembilan daripada 10 pelajar universiti yang ditemubual oleh akhbar The Straits Times berkata NUS harus mendedahkan bentuk hukuman yang dikenakan.
Bercakap di Parlimen semalam, Heng berkata demikian ketika menjawab soalan daripada empat MP yang berdiri untuk bertanya sama ada Kementerian Pendidikan Singapura akan meminta pusat pengajian tersebut mendedahkan hukuman yang diputuskan tersebut kepada awam, lapor akhbar.
MP tersebut Lim Biow Chuan, Intan Azura Mokhtar, Yee Jenn Jong dan Pritam Singh menggesa keputusan hukuman itu perlu diberitahu atas nama ketelusan.
Menteri tersebut dilaporkan dalam akhbar telah berhenti daripada menerangkan bentuk hukuman atau biasiswa pelajar terbabit telah ditamatkan.
Bagaimanapun, beliau yakin pihak NUS akan mengambil serius perkara itu dan melakukan perkara betul.
Tan sebelum ini telah memohon maaf kepada NUS kerana memalukan institusi tersebut.
Bagaimanapun Tan juga mengatakan beliau melakukan jenayah yang tidak mengganggu orang lain.
Bercakap kepada wartawan selepas inkuiri disiplin NUS, Tan berkata, “saya memohon maaf kerana memalukan NUS.”
Tetapi pelajar berusia 24 tahun itu berkata inkuiri tersebut dilakukan atas kegiatan peribadinya, dan bukannya sebagai pelajar NUS.
“Apa yang saya lakukan ialah kesalahan yang tidak mengganggu orang lain.
“Tidak ada siapa yang tercedera atau dalam bahaya,” katanya lagi.
Pelajar NUS itu juga berkata, gambar erotik dan video dirinya bersama teman wanita adalah “menyeronokkan”, menurut Yahoo! Singapura.
Tan dan teman wanitanya Lee (gambar) mengatakan mereka gemar memuat naik kegiatan seks mereka di blog mereka, “Sumptuous Erotica” untuk “dinikmati orang ramai”.
Blog itu bagaimanapun telah disekat.
Tan turut berharap biasiswanya tidak ditarik balik.
Tan dipetik akhbar berkenaan sebagai pelajar di Singapura atas Biasiswa Asean pada 2004 dan belajar di Sekolah Menengah Xinmin dan Kolej Junior Raffles sebelum menyambung pengajian di NUS.
Dia yang berasal dari Kuala Lumpur menjalankan perniagaan online.
Ibunya membantunya menjalankan perniagaan keluarga, sementara bapanya bekerja dalam bidang pemasaran.
Menurutnya lagi sejak berita itu tersiar, ibunya menerima banyak panggilan telefon daripada rakan niaganya.
Semalam, dia mengambil bas ke Singapura daripada rumah Lee di Johor Bahru untuk beberapa sesi bersama media di Singapura.
Lee yang seharusnya menemaninya bagaimanapun menarik diri kerana keluarganya yang sedih dengan publisiti enggan memberikan pasportnya.
The Straits Times Singapura berkata Tan memberikan sesi temu ramah yang baik dan meletakkan rating dirinya di tangga 11 berbanding 1 hingga 10.
“Jika ada yang menarik tentang diri saya, ia adalah tubuh badan saya.”
Polis Jenayah Komersil Datuk Syed Ismail Syed Azizan sebelum ini berkata bahawa pihak berkuasa mempertimbangkan mengambil tindakan terhadap kedua-duanya pasangan tersebut kerana melanggar undang-undang menyebarkan bahan-bahan lucah.
Beliau mengatakan perkara tersebut akan dirujuk kepada SKMM terlebih dahulu.
Di bawah seksyen 292, Kanun Keseksaan, pasangan itu boleh didakwa di bawah undang-undang tersebut adalah penjara selama tiga tahun atau denda.

11 November, 2012

MAHATHIR KATA BODOH DAN MELAMPAU PADA NURUL IZZAH

Inilah yang dikatakan tak sedar diri dan nyanyuk!!  Mahathir bersuara lagi. Kali ini dia hentam Nurul Izzah. Kata Mahathir  nurul Izzah bodoh dan melampau. Kenyataan Nurul Izzah dalam forum tempohari benar-benar memberi Mahthir peluang untuk hentam Nurul izzah dan pembangkang kaw-kaw punya.
Mahathir lupa sejak sekian lama dia menghina  Islam berkenaan hudud. Dia hina Islam pasa janggut nabi. Dia hina Islam sokong anaknya jadi taukey judi terbesar. Memang Mahathir mudah lupa. Kalau ikutkan hati penulis, nak juga  kutuk dan caci mamak tua ni sebanyak-banyaknya. Tapi tak guna jugak. Bukan dia boleh insaf pun. Sakit hati pun ada sebenarnya...



Nurul Izzah tindak melampau, kata Mahathir

11 November 2012

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad

LANGKAWI - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berhubung kebebasan beragama adalah satu tindakan bodoh dan melampau.

Beliau berkata, orang Islam tidak boleh menukar agama sesuka hati, dan orang bukan Islam mempunyai hak untuk mengamalkan agama masing-masing tanpa ada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak.

"Tak tau lah (Nurul Izzah) yang mahukan kebebasan dan berpolitik sampai tiada had. Kita orang Islam mana boleh tukar agama sesuka hati, tapi orang lain nak tukar mereka punya hal lah.

"Dalam Perlembagaan, masing-masing boleh amalkan agama mereka tanpa ada sekatan. Orang Islam dengan cara orang Islam dan kaum lain dengan agama masing-masing," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Kejohanan Paintball Piala Dunia Asia (WCA) 2012 di Dewan Mahsuri, Padang Mat Sirat hari ini.

Dipetik Bernama, Dr Mahathir berkata, walaupun negara ini mempunyai ramai penduduk Islam dan diiktiraf oleh dunia sebagai negara Islam, ia tidak bermakna orang bukan Islam dipaksa menerima agama persekutuan itu.

Laporan media pada 3 November memetik Nurul Izzah sebagai berkata: "Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu."

"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," katanya.

Beliau berkata demikian pada forum bertajuk 'Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?' di Subang Jaya pada 3 November


.

07 November, 2012

PAKATAN RAKYAT DALAM BAHAYA...!!!

MasyaAllah...apa nak jadi dengan Malaysia ni. Berpusu-pusu rakyat asing diberi ic semudah itu saja. Nampaknya kebanjiran warga asing menjadi rakyat Malaysia seperti yang berlaku di Sabah angkara Dr Mahathir dulu kini berulang di Semenanjung pulak. Lihat sahaja di Pekan Pahang. Satu perkampungan  Kemboja diwujudkan semata-mata bagi memenangkan PM di sana. Terkini berita yang penulis  petik dari blog Addin ini, kiranya betul, astaghfirullahalazim... bila manusia sudah lupa akan  dosa dan pahala...




Nah!! Ini Bukti Bergambar Ribuan Warga Myanmar Terima Kerakyatan Di Stadium KLFA

Posted by Addin at 11/07/2012


Berikut adalah pendedahan berani mati oleh blog King Jason. Blog ni mendedahkan bukti bergambar susulan pendedahan di fb Shirley Gabriella (baca sini). Lihatlah bukti bergambar yang di dedahkan blog King Jason...

Skandal IC kepada PATI Burma di stadium Cheras?


Benarkah pendatang asing Burma di beri IC dalam projek memberi kerakyatan dan IC di Stadium KLFA Cheras? Berselindung di sebalik status pelarian United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) ? Jangan korang tanya bagaimana gua tau skandal projek MEMBURMAKAN negara kita,Tapi tanya kenapa semua ni berlaku dan mengapa pemimpin PR tak peduli isue nih?



Bolehka gua percaya skandal ni tidak mempunyai kaitan dengan PRU13 yang akan datang?Sepanjang gua berada di sana,dan menemuramah Burma2 ini,soalan gua berkisar kepada apa yang sedang mereka tunggu..jawapan mereka adalah sedang menunggu proses pendaftaran IC !! what the fuck !!!dalam hati gua rasa marah bila mengetahui projek kementerian BN nih..

So rakaman sulit video selama 10 minit adegan gua temuramah dan di halau apabila cubaan masuk ke dalam stadium ada dalam simpanan gua. Muka muka petualang Melayu yang menjadi pencacai regim BN tersimpan rapi dalam simpanan gua untuk backup gua sekiranya terjadi apa apa pada gua..

Isu ini gua dah tahu 1 hb lagi.. operasi ini melibatkan hampir 10 ribu PATI,sebab itulah proses ini memakan masa selama seminggu!!!
Burma burma... Burmalah!!!ha ha ha

mampus Melayu mcm nih...





Burma yang menanti untuk mendapat IC








Siapa BN untuk menang PRU sanggup
gadai kedaulatan negara !


Burma akan mengundi~ Tahniah

p/s : Wah.. best.. gua nampak kelibat ketua bahagian umno der!!siapa dia? biarlah jadi rahsia gua!!



06 November, 2012

NURUL IZZAH MENGAMUK?

Izzah lantik 2 peguam, saman 2 akhbar dan beberapa blog lain.

NURUL IZZAH ANWAR

SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar telah mengarahkan dua peguamnya, Hanipa Maidin dan Sulaiman Abdullah agar mengambil tindakan undang-undang ke atas dua akhbar dan beberapa blog berkaitan laporan isu kebebasan beragama, yang didakwa berbaur fitnah.

"Saya telah mengarahkan peguam-peguam saya - Hanipa Maidin dan Sulaiman Abdullah - untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia, Berita Harian, serta kemungkinan beberapa media termasuk blog-blog, berkaitan laporan berunsur fitnah akidah yang telah memutar belitkan sebahagian dari kenyataan penuh saya tempoh hari," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, beliau tidak sanggup melihat "fitnah akidah" diteruskan.

"Saya tidak merelakan fitnah aqidah sebegini diteruskan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang, demi menegakkan kebenaran dan demi keadilan," kata wakil rakyat penggal pertama ini- Sinar.

01 November, 2012

HASAN ALI KAYA RAYA?

Semalam jadi tarikh bersejarah buat Hasan Ali dimana beliau melancarkan siaran radio dan online sendiri. Menurut Hasan Ali setakat ini mereka mempunyai 18 krew (staff). Wah....semakin hebat Dato ! Tapi persoalannya sekarang, mana Hasan Ali dapat duit? Dulu jadi exco , ada la jugak gaji. Sebelum ini seluruh roadshow, Hasan dakwa guna duit sendiri jugak. Kaya betul Hasan Ali ni. Sejak dipecat dari PAS ni, Hasan Ali nampak semakin mewah pulak. Ada apa-apa ke.....?

PERKASA PEKIDA KENA HALAU?

KUASA RAKYAT

LAKI BINI KENA SEPINA

kebangkitan rakyat

kebangkitan rakyat

SEJARAH TERCIPTA: ANWAR BEBAS..!!!