Mahathir mula buat tekanan pada Najib!! Ini berikutan prestasi buruk dalam PRU 13 yang lepas malah lebih teruk lagi bila prestasi Najib lagi teruk dari Pak Lah! Nah, kini masanya telah tiba untuk ajib terima asakan demi asakan, tekanan demi tekanan. Muhyiddin dikatakan akan beroleh keuntungan politik sekiranya keadaan seperti ini berterusan. Jika desakan Pak Lah turun dilaungkan oleh Muhyiddin yang menjadi proksi Najib ketika itu, maka, kali ini agaknya siapakan akan menjadi 'juara' berselindung sebalik Muhyiddin Yassin? Kita tunggu dan lihat sahaja. Tetapi bagi pendapat penulis, bukan mudah bagi Najib untuk turun takhta kali ini. Beliau baru saja mendapat mandat sendiri setelah empat tahun lepas menumpang mandat Pak Lah saja. Diramalkan atas kedegilan Najib ini, UMNO akan bergolak dan berpecah menjadi dua kumpulan selepas Perhimpunan Agong UMNO tahun ini. Lebih-lebih lagi Perhimpunan akan datang melibatkan Pertandingan merebut semua jawatan dalam UMNO. Semoga 2018 menjadi benar-benar tuah buat Pakatan Rakyat.
08 Mei, 2013
05 Mei, 2013
BERILAH KAMI KEMENANGAN YA ALLAH...
Tuan-tuan hari ini kita sedang berhadapan dgn satu lagi ujian. Banyakkan berdoa, berselawat dan istiqomah. Moga kejayaan di pihak kita, amin...
03 Mei, 2013
NAJIB PULA BERSUMPAH DI MEKAH?
Nampak sungguh betapa Barisan Nasional dalam keadaan sangat-sangat terdesak. Macam-macam cara dilakukan bagi menyelamatkan nyawanya yang dihujung tanduk. Paling terkini video Saiful Bukhari yang dipertikaikan kesahihannya. Sanggup menggunakan Mekah Al-Mukarramah demi memenangkan BN yang semakin nazak. Kalau benar ikhlas, kenapa tiga hari lagi hari pengundian, maka timbul video yang sudah setahun dihasilkan? Nampak sangat Saiful sanggup buat apa saja demi duit.
Bagaimana dengan Najib pulak? Dulu pun pernah bersumpah dalam masjid juga. Tiadakah video di Mekah pula seperti Saiful Bukhari?
Apapun keadaannya, masihkah anda semua ingat, sewaktu menjelangnya pengundian di Permatang Pauh sewaktu Dato Seri Anwar bertanding lawan calon BN Ariff Shah Omar Shah, Saiful dan Najib telah melakukan sumpah laknat . Semua ini demi mengalahkan Anwar!
Tapi...kuasa Allah mengatasi segalanya. Anwar bukan saja menang, tapi majoriti lagi besar lebih dari 12000 undi!!
So, kita tak payah bimbang dengan video terbaru Saiful ini. Mungkinkah ini petanda Pakatan Rakyat akan menang dengan majoriti lebih besar? Ya ..Allah..perkenankanlah kemenangan Pakatan Rakyat kali ini..
02 Mei, 2013
LAUTAN MANUSIA HARI PEKERJA..
Nampaknya gelombang kebangkitan rakyat sudah tidak dapat dibendung lagi. Malah amat bersejarah pada tanggal 1hb Mei semalam sempena hari Buruh, orang ramai membanjiri setiap perhimpunan yang diadakan tak kira awal pagi, tengahari , petang serta malam. Rata-rata lautan manusia !!! Ternyata angiin perubahan bertiup kencang kini. Apa yang diharapkan agar semua pendokong Pakatan Rakyat terutama yang beragama Islam tidak lupa mengadakan solat hajat serta doakan kejayaan kita kali ini. Inikalilah....!!!
01 Mei, 2013
NAJIB GOYANG GUNA ARTIS KEMPEN SELURUH PEKAN
Khabarnya Najib sanggup membayar antara RM5000 ke RM10,000 pada setiap artis untuk membantu kempen rumah ke rumah sekitar parlimen Pekan sepanjang musim pilihanraya ni. Ternyata Najib pun turut goyang kali ni. Jarang dia berbelanja besar dengan menggunakan artis. Di sini salah satu banner yang dipasang di sekitar pekan Nenasi dalam dun Bebar Parlimen Pekan.
Langgan:
Catatan (Atom)