rakan-rakan blog ini

PRODUK UNTUK PENGANTIN LELAKI

.

.
Info : Blog ini baru sahaja diaktifkan secara rasmi 15hb Ogos 2010 yang lalu. Penulis merupakan seorang bekas wartawan yang pernah bertugas dibeberapa akhbar tanahair. Lebih 20 tahun bertugas sebagai wartawan sebelum ini. Jadi, menyedari betapa pentingnya kebenaran itu ditegakkan, Penulis membuat keputusan menulis secara aktif di blog ini. Semoga Allah memberkati niat baik saya ini

Halaman

18 Februari, 2011

Perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menempuh saat genting hari ini apabila mahkamah mendengar keterangan daripada ketua unit jenayah berat Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hong.

NONESemalam, Seah hanya berada di kandang saksi selama beberapa minit sebelum perbicaraan ditangguhkan akibat gangguan bekalan elektrik di mahkamah.

Beberapa pendedahan memeranjatkan berlaku di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, melibatkan borang pro-forma oleh doktor yang mengendalikan kes berkenaan.

Doktor berkenaan menyatakan dalam borang tersebut bahawa pengadu dalam kes ini – Mohd Saiful Bukhari Azlan – hanya terlibat dalam "cubaan liwat" dan "cubaan seks oral."

NONEDoktor Hospital Kuala Lumpur Dr Khairul Nizam Hassan sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa Saiful mendakwa telah diliwat dan diminta melakukan seks oral.

Bagaimanapun, pihak pembelaan yang diketuai peguam Karpal Singh berjaya menimbulkan keraguan berhubung kenyataan berkenaan.

Turut hadir di mahkamah hari ini ialah wakil daripada Kedutaan Australia.

Dua orang pakar daripada negara itu turut hadir hari ini – ahli patologi forensik Dr David Wells dan pakar DNA Dr Brian McDonald.


LAPORAN LANGSUNG

4.10pm: Mahkamah ditangguhkan sehingga pagi esok apabila mendapati carta DNA yang dibekalkan kepada pihak pembelaan tidak mencukupi.

3.35pm: Mahkamah rehat seketika bagi membolehkan pihak pembelaan membandingkan carta DNA.

3.16pm: Seah berkata B7 mempunyai DNA dua lelaki yang satu daripadanya sama dengan Saiful manakala satu lagi milik Lelaki Y. B7 diambil daripada kawasan atas dubur.

"Ada juga ekstrak sperma yang dominan iaitu “Lelaki Y”.

3.11pm: Seah berkata B5 bukan ekstrak sperma.

"Oleh kerana ia adalah calitan pada peri-anal, ia terdedah di kawasan sekitar dubur,” katanya.

Menurut Seah, campuran DNA yang ditemui itu mungkin akibat penggunaan atau perkongsian mangkuk tandas yang sama.

3.00pm: Dr Seah berkata ujian DNA pada calitan kapas B5 pula (dari kawasan peri annal) menunjukkan ia milik Saiful dan campuran DNA termasuk Saiful, lelaki Y dan seorang lelaki penyumbang lelaki.

2.50pm: “Tiada profil DNA pada calitan B, B1, B2, B3, B4 dan B6,” kata Dr Seah.

Menurutnya, tompokan pertama air mani daripada seluar dalam tersebut menunjukkan ia mengandungi DNA Saiful. Tompokan kedua air mani itu mempunyai dua DNA. Satu miliki Saiful manakala satu lagi miliki seorang lelaki yang tidaak dikenali dan dilabelnya sebagai “lelaki Y”.

2.45pm: Seah berkata berdasarkan ujian yang dijalankannya, kesan tompokan mani di seluar hitam itu adalah milik Saiful sendiri.

2.40pm:
Mahakamah bersambung semula dengan Dr Seah mengambil tempatnya di kandang saksi.

1.04pm: Laporan kimia itu juga ditandakan sebagai bahan bukti.

Hakim Zabidin kemudiannya menangguhkan perbicaraan dan berkata ia akan disambung pada jam 2.30 petang.

12.43pm: Dr Seah berkata dua ujian dijalankan ke atas tompokan spesimen B - iaitu ujian PSA dan ujian menentukan kehadiran sperma.

Tiga ujian dilakukan pada kesan tompokan mani - iaitu ujian asid phosphosate, PSA dan ujian kehadiran sperma.

12.38pm:
Dr Seah berkata beliau berjaya mengesan dua tompokan mani di bahagian depan dan juga di bahagian bawah seluar dalam Saiful.

12.34pm:
Doktor itu juga menjumpai dua kesan tompokan mani pada seluar hitam yang digunakan oleh Saiful. Tompokan itu dikesan berhampiran kawasan zip depan.

12.29pm: Dr Seah berkata beliau hanya mengetahui lokasi calitan kapas diambil berdasarkan tanda-tanda yang dibuat. Antaranya:

Calitan B5 yang ditanda P36 ialah kawasan sekitar peri-anal atau dubur.

Calitan kapas B7 dan B 39 yang ditanda P38 dan P 39, masing-masing adalah sekitar dubur atas manakala calitan B9 yang dilabel sebagai P40 adalah di kawasan sekitar dubur bawah.

12.23pm: Dr Seah menyambung keterangan dan berkata ujian DNA dimulakannya pada 1 Julai 2008. Ujian kedua pula dilakukan pada hari keesokannya.

Katanya, analisis DNA itu selesai pada 5 Julai 2008 dan hasilnya beliau mendapati kesan air mani pada calitan kapas bertanda B5, B7, B8 dan B9.

12.20pm: Mahkamah diberitahu semua barangan termasuk permaidani dan selimut disimpan di bilik sejuk Jabatan Kimia.

12.17pm: Dr Seah berkata ujian toksilogi dilakukan oleh seorang ahli kimia toksilogi, AP Mohan.

12.12pm: Mahkamah bersambung semula. Turut hadir hari ini adalah bekas timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali dan ahli parlimen Balik Pulau MP Yusmadi Yusoff.

11.37am: DPP Noorin memohon mahkamah untuk rehat seketika. Hakim Zabidin bersetuju dan meminta semua pihak masuk semula pada tengahari.

11.32am: Kain cadar berwarna kelabu pula ditunjukkan dan ia juga ditandakan sebagai bahan bukti.

Anwar dari tempatnya memerhatikan sampul surat yang berisi cadar itu dibuka. Menurut Dr Seah bungkusan itu dihantar ke jabatannya dengan tanda keselamatan polis.

Setelah memeriksanya, ia dibungkus semula dan ditandakan dengan mohor Jabatan Kimia.

11.28am: Selain pakaian Saiful yang lain seperti, baju hijau jenama G2000, turut ditawarkan sebagai bahan bukti adalaghpermaidani pelbagai warna yang disita oleh Jabatan Kimia.

11.17am: Satu lagi seluar dalam yang juga dipercayai kepunyaan Saiful turut dikenal pasti. Semua bahan berkenaan kemudiannya dimasukkan ke dalam sebuah sampul.

11.14am: Seluar dalam Saiful yang berjenama Levi's pula dikenal-pasti. Seluar dalam ini telah dikemukakan sebagai bahan bukti.

Ketika ini, Wan Azizah dilihat menundukkan kepalanya, manakala Anwar sedang membaca sesuatu di kandang tertuduh.

11.10am: Kemeja biru dan kolar putih jenama Ralph Lauren yang digunakan oleh Saiful pula dikemukakan.

11.04am: Sepasang seluar hitam (tanpa jenama) yang dipercayai yang digunakan oleh Saiful juga dikemukakan sebagai bahan bukti.

Sebelum ini, beberapa saksi mendakwa air mani Saiful dijumpai pada seluar hitam ini.

11.02am: Peguam, Sankara Nair bagaimanapun membantah cadangan pihak pendakwaan ia adalah bulu kemaluan.

"Macam mana Dr Seah tahu perkara tersebut?" soalnya.

DPP Noorin berkata ia berdasarkan laporan doktor itu.

Sankara berkata ia sepatutnya ditanda sebagai segumpalan rambut.

sodomy trial anwar ibrahim desa damansara condominium signboard10.59am: Bahan-bahan bukti, termasuk bulu kemaluan kini sedang ditandakan. Ketika proses itu, DPP Noorin, peguam Ram Karpal dan Sankara Nair semuanya memakai sarung tangan getah.

Dr Brian Mc Donald yang duduk di antara Sankara dan Ram memerhatikan perkembangan itu.

10.27am: Semua sampul yang bertanda B1 hingga B11 yang dipercayai mengandungi calitan kapas, di mana spesimen diambil ditandakan sebagai bahan bukti.

10.15am: Menurut Seah beliau menerima bungkusan berkenaan daripada DSP Jude Blacious Pereira. Seah kemudian mengena-pasti pegawai polis itu dan juga bungkusan tersebut.

10.08am: Hakim Zabidin membuat keputusan yang memihak pihak pembelaan bahawa dokumen (borang kedua Pol 21) yang disenaraikan sebagai bahan bukti yang dikemukakan tidak boleh ditandakan sebagai eksibit.

10.06am: Mahkamah bersidang semula.

NONE9.39am: Hakim memohon tempoh rehat untuk memutuskan perkara itu, namun Mohd Yusof bertegas supaya perbicaraan diteruskan tanpa menanda dokumen yang dipertikaikan itu.

9.33am: Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden (kiri) dalam hujah balasnya berkata, apa yang penting bukanlah dokumen itu sendiri tetapi perkara yang diperiksa.

Hujahnya lagi, sebelum ini terdapat keputusan mahkamah yang membenarkan pendakwaan mengemukakan dokumen sebagai bahan bukti tanpa memberikannya terlebih dahulu kepada pembelaan.

Ram dalam jawapannya berkata, dokumen itu penting kerana ia menunjukkan urutan bukti dan perkara yang diperolehi pendakwaan itu berbeza dengan apa yang diberikan kepada pembelaan.

9.20am: Seah berkata beliau menerima satu bungkusan bertanda B12 daripada polis.

Bagaimanapun, terdapat kesilapan tarikh pada bungkusan itu yang ditandakan 28 Ogos, 2008 sedangkan dokumen Seah bertanda 28 Jun. Tandaan pada B12 juga terdapat perubahan.

Peguam Ram Karpal membantah permohonan supaya borang yang diubah itu ditanda sebagai bukti.

Ram memberi alasan, borang berkenaan berbeza daripada borang yang diberikan kepada pembelaan di pada awal perbicaraan. Ram membuat bantahan itu mengikut Seksyen 51 Kanun Acara Jenayah.


NONE9.13am: Seah (kanan) mengakui telah menerima Borang POL 21 yang menyatakan tempat-tempat sampel DNA diambil di badan Saiful.

Borang berkenaan didapati daripada Hospital Kuala Lumpur pada 30 Jun, 2008 – dua hari selepas pemeriksaan dilakukan ke atas pengadu itu.

8.55am: Saksi Dr Seah Lay Hong memberitahu mahkamah mengenai latar belakang akademiknya. Beliau merupakan pakar dalam bidang kesan biologi, DNA dan kesan biologi pada tisu.

Beliau mempunyai kelulusan peringkat kedoktoran dalam DNA Forensik dan sarjana dalam Sains Perubatan.

Dr Seah telah menghadiri pelbagai persidangan dan seminar di dalam dan luar negara.

8.53am: Perbicaraan disambung di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah.

Galeri awam di mahkamah masih banyak ruang kosong. Turut berada di mahkamah ialah Anwar Ibrahim, isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail dan juga bapa Saiful, Azlan Md Lazim.

Azlan tidak hadir mengikuti perbicaraan semalam.

Elektrik terputus ganggu perbicaraan kes liwat Anwar

Perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terganggu berikutan berlaku gangguan bekalan elektrik di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun bekalan elektrik pulih pada 11.10 pagi dan perbicaraan disambung semula pada jam 2 petang.

NONEBekalan elektrik terputus kira-kira jam 11 pagi sejurus selepas saksi kelima pihak pendakwa, Dr Seah Lay Hong dari Jabatan Kimia mengangkat sumpah.

Terdahulu, Pakar Penjagaan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur Dr Khairul Nizam Hassan semasa memberikan keterangan berkata beliau tidak mengisi beberapa maklumat perubatan penting dalam borang "pro-forma" (laporan protokol perubatan) semasa beliau menjalankan pemeriksaan ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Beliau bersetuju dengan cadangan peguam utama pihak pembelaan Karpal Singh bahawa antara maklumat yang tidak diisi ialah mengenai sejarah seksual pengadu, pemeriksaan fizikal, keadaan yang membawa kepada insiden itu dan sama ada mangsa telah membasuh mulutnya selepas dakwaan "seks oral".

NONESemasa laporan pro-forma itu dirujuk kepadanya oleh Karpal, Dr Khairul bersetuju bahawa tiada paksaan digunakan semasa perbuatan itu.

Bagaimanapun, katanya pesakit (Mohd Saiful) telah memaklumkan kepadanya bahawa dia telah cuba melawan.

Anwar, 63, anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd saiful, 25, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 6 Jun, 2008.

Kepada soalan Karpal seterusnya, Dr Khairul menjelaskan borang laporan itu hanya sebagai panudan dalam merekodkan sejarah daripada pesakit dan menurutnya dalam kes itu, Mohd Saiful dengan jelas memberitahunya yang dirinya telah diliwat dan diminta melakukan seks oral oleh seorang tokoh berprofil tinggi.

Kepada soalan lain Karpal, Dr Khairul mengakui sebelum menyediakan laporannya itu pada 13 Julai, 2008, beliau sudah membaca laporan kimia yang diterima jabatannya dua hari sebelum itu.

Bagaimanapun, katanya pada masa itu beliau tidak tahu tempat sebenar empat spesimen itu diambil.

NONE"Hanya selepas dimaklumkan mengenai kehadiran air mani pada palitan B5, B7, B7 dan B9 dan lokasi sebenarnya semasa pemeriksaan utama, ketika itu saya mengesahkan ada berlaku kemasukan," jelas Dr Khairul.

Pakar HKL itu menafikan berlaku percanggahan dalam keterangan beliau di mahkamah berbanding dengan apa yang dicatatkannya dalam laporan yang disediakannya bersama-sama dengan dua lagi pakar HKL iaitu Dr Mohd Razali Ibrahim dan Dr Siew Sheue Feng.

Doktor berkenaan dalam laporan mereka menyatakan tiada penemuan klinikal yang konklusif mengenai kemasukan pada dubur dan tidak terdapat kesan luka yang ketara pada badan pesakit.

- Bernama

Liwat II: Karpal robek kes pendakwaan

Peguam Karpal Singh dikatakan berjaya merobek hujah pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pagi ini.

Peguam veteran itu berhujah bahawa borang pro forma yang diisi oleh doktor Hospital Kuala Lumpur mempunyai perkataan 'cubaan meliwat' dan 'cubaan seks oral'.

NONEBekas ketua, Unit Kemalangan dan Kecemasan, Hospital Kuala Lumpur, Dr Khairul Nizam Hassan memberitahu mahkamah Saiful memberitahu pasukan perubatan bahawa dia telah diliwat dan dipaksa melakukan seks oral.

"Dia (Saiful) tidak sebut 'cubaan' tetapi 'liwat' dan 'seks oral'," katanya.

Apabila ditunjukkan borang pro forma form, Khairul Nizam (kiri), bagaimanapun bersetuju borang itu mencatatkan 'cubaan liwat' dan 'cubaan seks oral'.

Sebalik semua ini, beliau mempertahankan bahawa pemeriksaan perubatan yang dijalankan adalah bagi memeriksa mangsa diliwat dan melakukan seks oral.

Karpal kemudian bertanyakan kepada Khairul Nizam, berulang kali sama ada borang pro forma itu adalah berdasarkan wawancara dengan Saiful.

Saksi bersetuju tetapi menekankan bahawa borang itu hanya sebagai garis panduan.

"Bagaiamana anda boleh kata ia liwat atau seks oral apabila laporan menyatakannya sebagai 'cubaan'?” soal Karpal.

NONEBeliau kemudiannya terus mengasak doktor berkenaan dengan cara menyoal yang sama sehingga Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden (kanan) - yang mengetuai pasukan pendakwaan - mencelah dan membantah soalan yang berulang kali itu.

Menurut Karpal, maklumat penting yang sepatutnya diisi dalam borang pro forma itu telah tidak diisi oleh doktor-doktor.

Dr Khairul Nizam juga mengaku tiada bukti klinikal yang menunjukkan kemasukan berlaku di dubur Saiful Bukhari Azlan.

Menurut Khairul Nizam konklusi laporan pro forma hanya dibuat berdasarkan laporan kimia.

Ketika menjawab soalan Karpal, beliau akui tidak mengisi borang itu berhubung bukti fizikal seperti kekoyakan otot serta lebam di bahagian dubur seperti yang lazim dilakukan ketika ujian liwat.

Mahkamah gamat sedikit apabila ditanya mengenai dakwaan adanya seks oral berlaku ketika kejadian.

NONEKarpal juga bertanya adakah Saiful pernah melakukan seks oral, menyebabkan hadirin menahan ketawa, namun menurut Khairul, maklumat itu turut tidak didapati dari Saiful.

'Maklumat penting' lain yang tidak dicatatkan itu termasuk keadaan yang menyebabkan dakwaan kejadian; sejarah perubatan pengadu kes; dan pemeriksaan dubur untuk menentukan sama ada mangsa telah membuang air besar ataupun tidak.

"Berdasarkan apa yang berlaku pagi tadi, saya lihat pertuduhan ini tidak kukuh..Saya meminta Peguam Negara untuk masuk campur dan menggugurkan dakwaan ini kerana sudah jelas keadaan.

"Menyambung kes ini hanya akan menambah lagi kos dan penggunaan wang rakyat," kata Karpal kepada wartawan di lobi mahkamah.

Doktor dakwa Saiful 'melawan' ketika diliwat

Perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan pemeriksaan balas terhadap ketua unit kemalangan dan kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Khairul Nizam Hassan.

azlanDr Khairul Nizam merupakan individu yang bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan ke atas pengadu – Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dalam keterangannya Isnin lalu, Dr Khairul Nizam memberitahu mahkamah bahawa beliau mengambil sampel dari mulut Saiful kerana pemuda itu mendakwa telah dipaksa melakukan seks oral.

Seorang lagi doktor HKL, Dr Siew Shueu Feng turut disoal balas Isnin lalu atas beberapa keterangan yang tidak konsisten – dalam kenyataan dan laporan perubatannya.

Mahkamah juga dijangka mendengar keterangan seorang lagi saksi – ahli kimia Dr Seah Lay Hong – yang menjalankan ujian DNA ke atas bahan bukti kes berkenaan.

Perbicaraan hari ini menarik perhatian beberapa wakil luar negara, termasuk dari Kanada dan Ireland.

Turut hadir di perbicaraan hari ini ialah pakar forensik Anwar, Dr David Wells dan pakar DNA Dr Brian McDonald.

LAPORAN LANGSUNG

2.29pm: Selepas bermesyuarat di kamar hakim, ia diputuskan kes ditangguhkan sehingga jam 8.30 pagi esok kerana penghawa dingin masih tidak berfungsi.

NONESankara memberitahu wartawan bahawa sistem rakaman catatan mahkamah juga tidak berfungsi dan ini memaksa hakim mengambil keputusan menangguhkan perbicaraan.

2.15pm: Semua pihak berada di mahkamah. Semua pihak berada di mahkamah. Bekalan elektrik sudah dipulihkan tetapi penghawa dingin masih belum berfungsi.

Sebahagian daripada kompleks mahkamah juga belum mempunyai bekalan elektrik.

Menemani Anwar pada sesi petang ini adalah anaknya, Nurul Izzah dan ahli parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar.

11.00am: Memandangkan bekalan elektrik terputus, hakim membenarkan penangguhan perbicaraan sehingga jam 2 petang ini

10.56am: Perbicaraan bersambung dengan Nordin menyoal-balas Seah.

Namun, ganguan bekalan elektrik menyebabkan mahkamah terpaksa berhenti sekali lagi.

10.03am: Sessi menyoal balas Dr Khairul Nizam berakhir. Saksi seterusnya adalah ahli kimia Dr Seah Lay Hong. Mahkamah berehat seketika.

10.02am:
Borang pro-forma itu ditandakan sebagai eksibit pembelaan D28.

9.46am: Menjawap soalan DPP Nordin, Dr Khairul Nizam berkata beliau mengetuai pemeriksaan perubatan dan dia bersama pasukannya mewawancara Saiful.

NONE"Saiful beritahu kami dia dipaksa lakukan seks oral. Aduan utamanya ialah dia diliwat oleh seorang tokoh yang terkenal.”

"Saiful tidak berkata sama ada 'cubaan' seks oral ataupun 'cubaan' liwat,” kata doktor itu ketika ditanya.

9.43am: Juga hadir di galeri awam adalah ahli majlis tertinggi PKR, Latheefa Koya, bersama pemimpin Hindraf dan bekas tahanan ISA R Kenghadaran.

9.42am: Pihak pembelaan mengakhiri soal balas mereka ke atas Dr Khairul Nizam (kiri). Giliran DPP Datuk Nordin Hassan menjalankan soal balasnya pula.

Dr Khairul Nizam berkata borang pro-forma disediakan oleh jabatan forensik dan soalan dalam dokumen itui diisi oleh Dr Siew.

9.37am: Sankara ambil alih tugas soal balas dari Karpal. Beliau menunjukkan kepada Dr Khairul Nizam beberapa contoh botol yang mempunyai tanda-tanda yang ia telah diusik.

NONE9.25am: Pertengkaran berlaku antara pihak pembelaan dan pendakwaan berhubung kaedah mengisi borang pro-forma adalah berlainan dengan apa yang Saiful beritahu kepada doktor.

Peguam Cara Negara II, Yusof membantah cara soalan diajukan.

Karpal berkata jika kes itu cubaan meliwat, tembusan atau tusukan tidak seharusnya berlaku.

9.22am: Dr Khairul Nizam mempertahankan bahawa Saiful tidak menyatakan sama ada percubaan meliwat atau percubaan mengadakan seks oral tetapi borang pro-forma menyatakan sebaliknya.

9.19am: Karpal berhujah dalam borang pro-forma yang menyatakan “percubaan meliwat” dan “percubaan seks oral”.

Dr Khairul Nizam bersetuju.

9.17am: Anwar mencelah dari kerusinya: "Ada banyak version".

9.12am: Karpal berkata beberapa aspek penting dalam borang pro-forma seperti pemeriksaan rektal tidak diisi.

NONEBegitu juga dengan pemeriksaan dubur, latar sejarah perubatanSaiful dan peristiwa berhubung kejadian itu tidak diisi oleh doktor yang bertugas.

Orang yang bertanggungjawab itu ialah Dr Siew Sheue Feng (kiri), kata Dr Khairul Nizam.

9.04am: Dr Khairul Nizam berkata Saiful pada wawancara itu berkata dia melawan ketika kejadian liwat itu.

"Saiful, menurut borang pro-forma tersebut berkata tertuduh cuba untuk memancut,” menurut doktor HKL itu.

8.57am: Dr Khairul Nizam berkata beliau tidak membaca laporan polis yang dibuat oleh Saiful.

Dia tidak ingat siapa yang memaklumkan kepadanya bahawa tertuduh dipaksa melakukan seks oral.

"Ia mungkin daripada wawancara dengan mangsa, tetapi saya tidak ingat sama ada DSP Jude adalah orang yang memberitahu kami,” katanya.

Dr Khairul bersetuju seks oral adalah berlainan dengan seks di dubur, yang menjadi aduan asal yang dikemukakan oleh Saiful.

8.48am: Peguam Karpal Singh meneruskan pemeriksaan balas ke atas Dr Khairul Nizam Hassan yang sebelum ini mengetuai jabatan kemalangan dan kecemasan HKL.

NONEDr Khairul memberitahu mahkamah bahawa beliau telah menyaksikan sebanyak kira-kira 20 kes liwat sepanjang perkhidmatannya.

Ketika disoal, saksi itu berkata kehadiran polis di pusat krisis sehenti hospital itu adalah perkara normal.

Katanya lagi, DSP Jude Pereira juga hadir ketika pemeriksaan peruhatan untuk membantu pemantauan ke atas pengendalian bahan bukti.


8.43am: Perbicaraan disambung di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah.

Saksi: Saiful dakwa dipaksa lakukan seks oral

Seorang doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengadu dalam kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa telah dipaksa melakukan seks oral.

Pakar jagaan kecemasan HKL Dr Khairul Nizam Hassan berkata, pengadu berkenaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa telah dipaksa berbuat demikian oleh seorang "tokoh terkemuka."

Khairul berkata, Saiful telah memberitahu perkara itu kepadanya ketika beliau membuat pemeriksaan ke atas pemuda itu.

NONEDoktor berkenaan berkata, beliau telah mengambil spesimen daripada bahagian puting dada dan juga daripada mulut Saiful (kiri).

Khairul Nizam berkata demikian ketika disoal balas oleh peguambela S N Nair dalam perbicaraan kes liwat yang bersambung semula hari ini.

Doktor berkenaan ditanya berhubung satu prosedur DNA yang tidak dijalankannya ke atas Saiful.

Jelasnya, prosedur berkenaan tidak dijalankannya ke atas bahagian belakang dan punggung Saiful kerana perkara itu "tidak perlu."

Khairul Nizam berkata, beliau hanya menjalankan pemeriksaan ke atas badan Saiful – dari bahagian pusat ke atas.

Tambahnya, seorang lagi doktor – Dr Razali Ibrahim – menjalankan pemeriksaan ke atas anus Saiful memandangkan doktor berkenaan merupakan seorang pakar.

Katanya lagi, beliau tidak mengambil spesimen daripada bahagian lain pengadu berkenaan.

Khairul Nizam menjelaskan, beliau bertindak demikian kerana Saiful memberitahunya bahawa pengadu itu telah mencuci dan membersihkan diri.

Kenyataan itu bercanggah dengan keterangan Saiful pada tahun lalu, ketika bekas pembantu Anwar itu disoal balas oleh peguam Karpal Singh.

Saiful telah memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak mencuci anusnya dengan tujuan menyimpan bahan bukti.

Saiful juga memberitahu mahkamah bahawa beliau hanya mandi pada waktu pagi dan tidak membasuh angota sulit badannya.

Doktor HKL: Saiful tenang ketika diperiksa

Perbicaraan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan peguam Karpal Singh dijangka menyoal balas ahli patologi Hospital Kuala Lumpur, Dr Siew Sheue Feng berhubung borang perubatan pro-forma.

Borang pro-forma itu mengandungi soalan lazim yang digunakan semasa pemeriksaan penderaan seksual.

azlanDalam kes ini, ia membabitkan pengadu kes berkenaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang juga merupakan bekas pembantu ketua pembangkang itu.

Pada sesi mahkamah yang lalu, Siew hanya mengemukakan borang pro-forma yang kosong untuk rujukan pihak pembelaan.

Doktor itu juga enggan merujuk kepada nota-nota perubatannya ketika disoal balas oleh pihak pembelaan.

Beliau bagaimanapun didapati sering merujuk nota berkenaan ketika mahkamah berhenti rehat.

Susulan itu, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah mengarahkan Siew supaya menyerahkan nota tersebut kepada pihak pembelaan.

Turut hadir dalam perbicaraan hari ini ialah Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.

LAPORAN LANGSUNG

4.11pm: Mahkamah ditangguhkan. Perbicaraan akan bersambung pada Rabu, 8.30 pagi.

3.40pm: Pakar jagaan kecemasan HKL Dr Khairul Nizam dipanggil ke kandang saksi. Ketika disoal oleh Sankara, Khairul berkata Saiful tiba di pusat trauma pada jam 5 petang dan kesnya dikendalikan pada jam 9 malam.

NONEKhairul berkata, Saiful (kiri) kelihatan tenang ketika beliau memeriksa pengadu itu.

Ditanya lanjut, Khairul berkata kelakuan itu bukanlah tingkah laku yang normal.

3.29pm: Siew berkata, mani atau spesimen mani boleh diambil dengan berhasil daripada kawasan anus dalam tempoh 46 jam. Sekiranya mani itu di dalam anus, tempohnya selama 65 jam.

Kesimpulan itu dibuat berdasarkan kesusasteraan perubatan.

3.17pm: Ketika pemeriksaan semula oleh Nordin Hassan, Siew berkata pegawai penyiasat Jude Pereira tidak campur tangan atau mengarahkan pemeriksaan doktor ke atas Saiful.

Siew berkata Jude hanya terlibat dalam menulis keterangan pegawai penyiasat dia dalam borang pro-forma berkenaan.

3.03pm: Sankara menamatkan soal balasnya. Timbalan pendakwa raya Nordin Hassan memulakan pemeriksaan semula.

3.01pm: Sankara menyifatkan Siew sebagai seorang pembohong.

Siew seterusnya menafikan bahawa seorang pegawai penyiasat bernama Jude Pereira telah memberitahunya bahawa sampel mani yang diambil daripada anus Saiful itu adalah kepunyaan Anwar.

NONETerdahulu, Siew memberitahu mahkamah bahawa beliau dimaklumkan oleh Pereira (kiri) bahawa DNA lelaki yang ditanda "Y" oleh ahli kimia itu adalah kepunyaan Anwar.

2.31pm: Menjawab satu lagi soalan Sankara, Siew berkata beliau cekap dalam menjalankan tugasnya.

Siew juga berkata, laporan kimia diserahkan kepadanya oleh pihak polis dan perkara itu ada kalanya mengambil masa berbulan-bulan.

Katanya lagi, dalam kes Saiful, sampel berkenaan dihantar dua hari selepas pemeriksaan iaitu pada 30 Jun, 2008. Keputusannya diperolehi pada 11 Julai.

2.21pm: Siew yang kembali ke kandang saksi berkata, beliau telah menandatangani satu botol mengandungi sampel bahan uji kapas.

Bagaimanapun, beliau tidak menandatangani plastik termateri yang memuatkan botol itu.

Ditanya peguam sama ada tindakan itu merupakan amalan yang baik, Siew berkata "Saya tidak fikir ianya perlu."

Katanya lagi, beliau telah menurunkan tulisan pada beg plastik itu namun tidak menandatanganinya.

Tambahya, beliau telah mematerikan sebanyak 10 sampel bahan uji berkenaan.

2.13pm: Perbicaraan disambung semula di hadapan hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah.

12.32pm: Mahkamah ditangguhkan sehingga jam 2 petang.

11.41am: Sankara meminta Siew membacakan laporan kimia yang menyatakan bahawa kesan mani Saiful ditemui pada seluar dalam dan seluar panjang mangsa itu.

Siew berkata beliau tidak mencatat perkara itu dalam laporannya.

11.13am: Ketika disoal Sankara, Siew berkata ahli patologi forensik HKL menjalankan tugas dengan cara tidak memihak, tanpa gentar atau pilih kasih, dan semua kes dilayan dengan adil.

Siew berkata ujian DNA tidak dijalankan di HKL tetapi di Jabatan Kimia. Siew juga berkata, beliau turut mempunyai sedikit pengetahuan mengenai DNA.

11.10am: Perbicaraan disambung.

10.52am: Pembelaan memohon tempoh rehat selama 10 minit apabila Karpal yang mengetuai pasukan itu mula memasuki mahkamah.

Hakim membenarkan permohonan itu.

10.39am: Siew membacakan laporan Hospital Pusrawi yang menyatakan anus Saiful dalam keadaan sakit selama dua hari.

Doktor Hospital itu telah memasukkan proktoskop ke dalam anus Saiful dan mendapati tiada koyakan, kecederaan atau discaj.

Siew berkata beliau telah menguruskan 20 kes liwat dan kurang daripada 100 kes rogol sejak tahun 2000.

10.27am: Siew diberikan satu laporan daripada doktor Hospital Pusrawi.

Laporan itu antara lain menyebut mengenai "kesakitan dalam anus."

Pesakit yang dinyatakan dalam laporan itu didakwa telah disakiti dengan tindakan memasukkan plastik ke dalam anusnya, kata Siew lagi yang membacakan laporan berkenaan.

Ketika ditanya oleh pembelaan, Siew bersetuju bahawa kesakitan dalam anus itu mungkin kesan daripada trauma.

Saksi berkenaan berkata, beliau telah memeriksa Saiful sekitar jam 9.12 malam dan Saiful kelihatan tenang.

Sankara berkata, jika pesakit berada dalam kesakitan, proktoskop mungkin tidak akan dimasukkan ke dalam anus.

NONE10.20am: Soalan yang dikemukakan Sankara itu dibantah oleh Mohd Yusof (kanan) dengan alasan, pembelaan bertanya perkara yang tidak diketahui oleh saksi.

Siew sebelum itu turut memberitahu mahkamah bahawa beliau mengetahui terdapat seorang lagi, bernama Dr Suresh, turut memeriksa Saiful.

Hakim mengenepikan bantahan oleh Mohd Yusof dan membenarkan pembelaan untuk meneruskan soal balas.

10.13am: Siew berkata, Saiful berkunjung ke klinik pesakit luar di HKL dan dirujuk ke unit kemalangan dan kecemasan. Selepas itu, Saiful dirujuk ke pusat krisis sehenti di hospital berkenaan, kata Siew.

Saiful tiba di hospital itu pada jam 6 petang, 28 Jun 2008 dan beliau hanya diperiksa pada jam 10 malam. Sankara bertanya, apakah yang berlaku dalam tempoh itu?

10.02am: Ketika ditanya berhubung latar belakang kesihatan Saiful, Siew berkata Saiful telah diliwat oleh seorang VIP sebanyak lapan kali.

Siew seterusnya diminta menjelaskan mengapakah beliau gagal bertanya sepenuhnya berhubung latar belakang kesihatan Saiful.

9.50am: Siew berkata borang yang digunakan mempunyai gambarajah termasuk kemaluan dan bahagian lain tubuh wanita. Justeru, ia tidak sesuai untuk kes liwat.

Katanya, seorang lagi doktor telah membantunya mengisi borang pro-forma itu.

"Juga pegawai penyiasat Jude Pereira mengisikan satu halaman (borang itu)," kata Siew.

NONE9.48am: Siew (kiri) berkata tidak ada borang pro-forma yang spesifik untuk kes liwat. "Hanya sekarang, baru ada."

Pertengkaran mulut berlaku antara saksi dan Sankara.

Siew berkata dia tidak mengisi halaman 4 borang itu kerana ia membabitkan mangsa yang dirogol dan memerlukan persetujuan mangsa.

9.43am: Sankara memulakan soal balas dengan bertanya kepada Siew mengenai borang pro-forma.

Doktor HKL itu menjawab beliau mengisi halaman 3, 5 dan 6 dokumen itu dan borang itu adalah untuk mangsa yang dirogol.

"Tidak ada borang pro-forma spesifik untuk kes liwat di HKL," kata Siew.

9.41am: Perbicaraan dimulakan tanpa kehadiran Karpal.

Ahli patologi Hospital Kuala Lumpur, Dr Siew Sheue Feng tampil sebagai saksi. Peguam Sankara Nair ditugaskan menyoal balas.

Seorang perwakilan dari pejabat kedutaan Amerika Syarikat tiba.

9.37am:
Perbicaraan masih belum dimulakan kerana menunggu ketibaan Karpal yang dipercayai masih berada di inkuiri Suruhanjaya Diraja Teoh.

sankara nair bukit aman teresea kok isa arrest pc 170908 01Jurubahasa mahkamah telah dua kali bertanyakan bila Karpal akan hadir.

9.07am: Perbicaraan ditangguhkan atas permintaan peguam Param Cumaraswamy dan Sankara Nair (kanan) supaya hakim menunggu selama 10 minit lagi bagi membolehkan Karpal turut serta dalam perbicaraan.

"Dia ada sekitar ini dan dijadualkan meneruskan soal balas kerana ini adalah bahagiannya,” kata Param.

Difahamkan, Karpal berada di mahkamah berasingan bagi mengikuti inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai Teoh Beng Hock.

9.05am:
Mahkamah mula bersidang dengan hakim Mohd Zabidin mengambil tempatnya.

Peguam Karpal Singh masih belum tiba, Galeri awam agak penuh dengan kehadiran kira-kira 70 orang.

9.01am: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim masuk dan bersalaman dengan orang ramai.

Juga berada di galeri awam adalah ahli parlimen Machang yang juga setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution.

NONE8.41am: Peguam Sankara Nair tiba dengan ahli patologi Australian, Dr David Wells, yang ditugaskan membantu pihak pembelaan.

8.39am: Anwar tiba bersama isterinya yang juga presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama puluhan penyokongnya.

Turut berada di mahkamah adalah bekas ahli parlimen Jeli, Mohd Apandi Mohamad dari PAS.

8.36am: Seorang wakil dari pejabat Suruhanjaya Tinggi Australia juga hadir bersama ahli parlimen Sungai Petani, Johari Abdul dari PKR.

Tidak ramai wartawan, khususnya dari media berbahasa Cina, yang hadir bagi membuat liputan hari ini.

8.35am: Tidak ramai orang di mahkamah setakat ini. Ini mungkin kerana Diasatan Diraja mengenai kes Teoh bermula hari ini juga diadakan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Wartawan dan orang ramai dibenarkan masuk ke mahkamah. Pihak pendakawaan diketuai oleh Peguam Cara II Negara, DatukMohd Yusof Zainal Abiden yang masuk melalui pintu yang berasingan.

8.29am: Pengadu kes ini, Mohd Saiful Bukhari Azlan bersama bapanya, Mohd Lazim berada di Kompleks Mahkamah, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

13 Februari, 2011

KUASA RAKYAT TAK MUSTAHI BERLAKU DI MALAYSIA


Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainol Abidin berkata tidak mustahil kuasa rakyat yang menumbangkan Presiden Hosni Mubarak di Mesir berlaku di Malaysia jika penduduk negara ini tidak tahan dengan kekangan dan penindasan. asri jais record statment colum upacara telan air ludah ustaz 100410 pcTV Selangor memetik beliau berkata walaupun Malaysia jauh makmur berbanding Mesir, namun, rasa tidak puas hati rakyat boleh dicetuskan oleh aspek lain seperti kebebasan bersuara yang terhakis. "Dari segi kemiskinan kita tak sama, Mesir ada 42 peratus rakyat di bawah taraf kemiskinan. Dari segi faktor yang menyumbang ruang seperti Internet, mungkin Malaysia lebih. “Tapi ketidakpuasan hati rakyat itu berbeza mengikut negara. Negara miskin mungkin tak puas hati kerana tak ada makanan. Negara yang lebih 'educated' mungkin tak puas hati kerana tiada kebebasan menyuarakan pendapat," katanya. egypt the day after mubarak overthrow celebration 1Justeru Asri berkata, mana-mana kerajaan termasuk di Malaysia terdedah kepada menghadapi kuasa rakyat di jalanan jika terlampau mengekang dan menindas penduduk khususnya bersabit hak asasi mereka.

Kuku besi Asri berkata Mesir menjadi contoh bagaimana sebuah kerajaan kuku besi dijatuhkan semata-mata menerusi penduduk yang tidak menggunakan kekerasan, mereka hanya berbekal tekad dan iltizam untuk mengubah nasib mereka. egypt the day after mubarak overthrow women celebrating 1"Kalau ada faktor-faktor tidak puas hati itu merebak ke dalam rakyat, saya rasa tak mustahil perkara yang sama boleh berlaku. Kerana kejadian perubahan di Mesir beri pengajaran kepada semua pemerintah bahawa perubahan boleh berlaku bukan dengan cara dulu tapi dengan cara baru, kuasa rakyat turun di jalan tanpa senjata, tanpa peluru dan hanya menzahirkan pendapat mereka," katanya. azlanAsri menegaskan pengaruh Internet dan keluhan generasi muda tidak boleh diambil ringan dalam era globalisasi sebagaimana yang terbukti dalam kes Mesir. "Bermula dari mereka dididik untuk meluahkan perasaan di facebook, di blog mereka, mereka luahkan di jalan raya. Tak perlu nak rosakkan harta awam, tetapi mereka turun demi kepentingan rakyat beramai-ramai. Tentera dilatih hadapi orang bersenjata tapi dilatih hadapi rakyat tak bersenjata. Jadi mereka terpinga-pinga di hadapan kuasa rakyat yang tak bersenjata," kata Asri.

egypt the day after mubarak overthrow crowd in square 1Lewat malam Jumaat lalu, kerajaan Mubarak tumbang apabila melancarkan tunjuk perasaan dan demonstrasi jalanan berterusan kerana hilang kepercayaan ke atas pentadbiran presiden itu yang didakwa dicemari rasuah dan salah guna wang rakyat . Dengan menggunakan rangkaian media seperti Facebook dan Twitter, sentimen anti kerajaan menular dengan luas ke seluruh negara ibarat api yang merebak. Tindakan selama 18 hari itu berjaya menyaksikan Mubarak akhirnya tunduk dan meletakkan jawatan.

31 Januari, 2011

HADIAH KEMENANGAN PILIHANRAYA TENANG


MEMANG SIAL..... INILAH HADIAH PALING BERHARGA SETELAH BN MEMANG PILIHANRAYA DUN TENANG BARU-BARU INI. HARAP SEMUA PENDUDUK DUN TENANG GEMBIRA DENGAR PERKHABARAN INI.



MINYAK NAIK 10 SEN LAGI MALAM INI

Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut satu sumber industri.

Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya).

Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.

Kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung semalam.

Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.

Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Apungan itu diperkenalkan tahun lalu dan satu gred baru petrol RON95 turut diperkenalkan.

Harga bagi RON95 kini ditetapkan pada kadar RM1.80 seliter.

Pengurangan subsidi bagi bahan keperluan seperti petrol telahpun mula diperkenalkan melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sejak awal tahun lalu.

Badan berkenaan ditubuhkan bagi mengurangkan beban subsidi negara.

25 Januari, 2011

MACAM NAK RABA JE...


Kalau Bertemu Ular dan UMNO… Tolonglah bunuh UMNO dahulu…

Tuesday, January 25, 2011

Mana dia Tok Mufti, ustaz, ulama muda, tok-tok Imam dan golongan agamawan yang menyokong Umno dan ketuanan melayu. Kemana mereka semua ini menikus. Takkan mereka tak sedar, ucapan pemimpin mereka apabila berhadapan dengan pengundi cina. Betapa ucapan mereka mengugut kalangan non muslim dengan Negara Islam. Cakap mereka lebih munafik dari para munafik dan lebih kafir dari golongan kafir.
Yang mengherankan kita pula apabila mereka bercakap dihadapan orang Islam dan para agamawan, dihadapan guru-guru sekolah agama atau para imam dan bilal masjid.. lebih Islam pada Islam pulak. Bercakap untuk memperjuangkan agama mengalahkan pejuang Palestine dan para sahabat nabi. Terlopong dan ternganga para imam… betapa tulus ikhlasnya para pemimpim UMNO ni nak menegakkan Islam.

Di Tenang ini zahirlah wajah sebenar UMNO-BN. Inilah sikap talam dua muka. Lidah bercabang pimpinan UMNO-BN. Sebab itu kalau bertemu ular dengan pemimpin UMNO diharap bunuhlah UMNO dahulu. Sebab betapa berbelitnya pimpinan UMNO demi pangkat dan kuasa mereka meskipun terpaksa mereka jual apa sahaja.

UMNO sendiri terpaksa menurut kehendak MCA apabila calon daripada pimpinan UMNO Labis ditolak oleh MCA kerana menjadi ahli PERKASA. Sebab itulah dicalonkan Azahar Ibrahim sebagai calon UMNO yang tidak popular dan bukan dari pimpinan UMNO Labis. Kita tengoklah pulak macamana dengan novel Interlock yang kontreversi itu. MIC sudah mendesak agar digugurkan novel tersebut. Kita tengoklah nanti, UMNO ada batu ke tidak???

Ketika berkata Chua Soi Lek sepertimana yang telah dilaporkan oleh Malaysiakini..
“ Normala tidak akan datang ke kuil ini, dia tidak akan berjabat tangan dengan orang ramai. Saya telah menerima aduan tentang perkara ini, Dia seperti isteri Anwar Ibrahim.. Dia memakai sarung tangan jika hendak berjabat tangan, jika anda semua boleh menerima nilai-nilai Islam sebegini, teruskan dan undilah PAS. Jika anda boleh menerima cara hidup yang mengikut ajaran Islam itu, mudah saja.. undilah PAS”

Inilah dikatakan kelemahan pimpinan UMNO. Bukan sahaja terpaksa mengikut desakan MCA bahkan gagal mengawal rakan kongsi dalam BN supaya tidak menghina ajaran Islam bahkan menakutkan rakyat dengan Islam. Betapa sekian lama UMNO gagal member penjelasan yang sebenarnya tentang Islam.

Ini adalah kerana pimpinan UMNO itu sendiri jahil tentang Islam. Bahkan jenis keras kepala yang tak ingin mendengar nasihat atau tunjuk ajar ulama. Ini yang menyebabkan mereka menyokong pula penghinaan oleh Chua Soi Lek. Dengan tidak berasa bersalah walau sikit pun ketika mengulas kenyataan Chua Soi Lek, TPM Tan Sri Muhyidin Yasin berkata: “ PAS masih menympan hasrat mereka untuk membentuk negara Islam jika berjaya menguasai Putrajaya. Sejak daripada dahulu pun PAS tidak pernah mengatakan mereka nak pinda perlembagaan (membentuk Negara Islam) mereka, ianya masih ada… jadi baik juga MCA mengingatkan kepada masyarakat cina”.

MB JOHOR, Ghani Othman: “Apa akan jadi bila PAS mendapat kuasa? Pas kini sudah sampai ke kawasan-kawasan FELDA. Mereka kata mahu menubuhkan Negara Islam. Mereka kata mahukan undang-undang yang akan memotong tangan kamu jika mencuri”.

Inilah sikap sebenar UMNO. Mereka bak sesumpah. Boleh menukar wajah bersesuaian dengan tempat persembunyian mereka. Apa peduli halal dan haram. Yang penting mereka meraih undi untuk menenangan di dun Tenang. Dalam masa yang sama mereka melempar batu menyembunyi tangan. Media bersama mereka akhirnya Pas akan dikambing-hitamkan. UMNO dibedak putih melepak. Tetapi sampai bila agenda penipuan dan kebatilan ini??? Mereka cuba mengalih isu sebenar yang menimpa rakyat. Mereka menyerang menggunakan isu sensitif umat Islam. Jangan terjebak ke perangkap provokasi UMNO-BN. Apapun yang pasti akan tiba lahirnya kebenaran dan kebatilan UMNO akan tumpas dan tenggelam.
ehsan : http://ustsaifulbah

22 Januari, 2011

MB JOHOR HINA ISLAM DEPAN ORANG CINA?


Negara Islam satu malapetaka kata MB Johor

Inilah wajah pemimpin UMNO, di depan orang-orang Melayu, pemimpin UMNO kata PAS tidak akan mendirikan negara Islam kerana sudah berkawan dengan Parti DAP. Tapi bila di hadapan orang-orang bukan Islam, pemimpin UMNO menakut-nakutkan orang bukan Islam, dan mengatakan PAS akan mendirikan negara Islam pula.

Menteri Besar Johor, Dato Ghani Osman, di dalam ucapannya di hadapan pengundi bukan Islam sempena hari Thaipusam malam semalam memberi amaran bahawa mengundi PAS adalah satu malapetaka kerana PAS akan mendirikan negara Islam sekaligus mengubah cara hidup orang-orang bukan Islam [Malaysiakini].



Inilah dalang penentang Islam yang sebenar, yang hanya mementingkan kuasa politik dengan memainkan sentimen Agama. Sepatutnya sebagai seorang pemimpin, Ghani Osman menggunakan kuasa yang ada serta kebijaksanaannya mendekatkan orang bukan Islam kepada Islam. Namun apa yang terjadi adalah sebaliknya, beliau pula yang menghina Negara Islam, sambil membayangkan Negara Islam sebagai malapetaka.

Tidak hairanlah kalau orang bukan Islam sewenang-wenangnya menghina Islam, memperlekeh dan membantah azan, menuduh Islam mencabul hak asasi, malah menganggap Islam sebagai agama yang membawa kepada kemunduran. Mereka bukan sahaja tidak diberi pemahaman tentang Islam, malah ditakut-takutkan oleh pemimpin-pemimpin yang mengaku memperjuangkan Islam.

Anda lihat dan nilailah sendiri, inikah pemimpin yang boleh diharapkan untuk membela Islam? Demi kuasa politik dunia, imej Islam diburuk-burukkan di hadapan orang-orang bukan Islam. Negara Islam dihina sebagai malapetaka di depan mata anda! Anda setuju dengan kenyataan ini? Sanggup bersetongkol dengan pemimpin seperti ini? Terpulang kepada anda untuk memilih!

MB Johor beri amaran, PAS akan potong tangan pencuri!

Sama ada anda percaya atau tidak, namun inilah wajah sebenar pemimpin UMNO yang memperlekeh dan mempersenda hukum Allah. Menteri Besar Johor, Ghani Othman memberi amaran kepada para pengundi di DUN Tenang supaya jangan mengundi calon PAS, jika tidak "Parti Islam itu akan memotong tangan anda jika mencuri" [Malaysia Chronicle].

Dalam kempennya yang disiarkan di dalam bahasa Inggeris di portal Malaysia Chronicle, beliau berkata seperti berikut,

“What will happen when PAS comes to power? PAS already came to the Felda areas, saying that they want to form an Islamic state. They say they want laws to chop off your hands for stealing. That is the content of their campaign with the Malays in Chemplak in Tenang,”

Terjemahan:

"Apa akan jadi bila PAS mendapat kuasa? PAS kini sudah sampai ke kawasan-kawasan FELDA, mereka kata mahu menubuhkan Negara Islam. Mereka kata mahukan undang-undang yang akan memotong tangan kamu jika mencuri. Inilah isi kandungan kempen mereka di hadapan Orang Melayu Chempelak di Tenang,"


Seorang pemimpin yang mengaku memperjuangkan Islam yang sepatutnya memberikan pemahaman kepada orang bukan Islam tentang kebaikkan dan keindahan Hukum Islam, sebaliknya bertindak menakut-nakutkan orang bukan Islam dan mengelirukan mereka.

Sekali lagi "Akhirat dijual demi kuasa politik di dunia"

Tergamak menteri ini memburuk-burukkan Islam di hadapan orang-orang bukan Islam, di manakah rasa cinta dan imannya terhadap Agama Allah? Adakah hukum 'hudud' yang telah ditetapkan di dalam Al-Quran hanya layak dijadikan bahan untuk diperlekeh dan dipersendakan?

Secara peribadi, ReJaM© benar-benar terkejut dengan kenyataan ini, apabila ia keluar dari mulut seorang pemimpin yang beragama Islam. Menolak satu ayat sahaja dari Al-Quran sudah dihukum sebagai orang yang ingkar dan kafir, bagaimana pula hukum mempersenda dan menakut-nakutkan manusia lain dengan cara ini?

Sanggupkah anda sebagai seorang Islam yang cintakan Agama Allah ini bersekongkol dengan pemimpin seperti ini? Dia hanya mementingkan kuasa politiknya, agamanya sendiri sanggup digadaikan demi politik! Barangkali dialah yang paling takut dengan hukum Islam, kerana jika ia dijalankan di Malaysia, maka tangannyalah yang terlebih dahulu akan dipotong kerana merompak harta rakyat!

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/01/mb-johor-beri-amaran-pas-akan-potong.html#ixzz1BiSl9mqz

19 Januari, 2011

DEBAT: ANWAR ATAU NAJIB YANG AKAN DEMAM?


Haha...bila pagi-pagi ni baca tajuk utama Utusan Malaysia, rasa nak tergelak pun ada. Kesian pun ada. Najib dah mula meroyan. Sebelum ini Dato Seri Anwar cabar beliau berdebat pasal ' 100 hari Pakatan Rakyat memerintah''. Najib kutuk macam-macam pasal 100 hari tersebut.Kata Najib negara akan bangkrap! Akhirnya Anwar Ibrahim cabar Najib. berdebat. Najib yang ketakutan telah memberi macam-macam alasan tak mahu berdebat. Memang dasar tak ada 'teloq' pun. Tup!Tup! semalam masa berkempen di Labis di hadapan ribuan peneroka Felda, Najib jadi naik 'sheikh'. Maklumlah depan ramai orang. Cara Najib itu nak cabar Anwar bukanlah serius sangat. Sekadar cakap depan Peneroka yang boleh ditipunya itu. Kata Najib dia tahu banyak rahsia Anwar. Nanti boleh demam Anwar!!! Kahkahkah!
Bab ini aku rasa nak tergelak kaw kaw! Macam la Najib tu baik sangat sedangkan track rekod Najib lagi buruk dari semua Perdana Menteri sebelum ini.
Agak-agaknya la kan..kalau jadi berdebat tu nanti...siapa yang akan demam sebenarnya, Anwar atau Najib? (kahkahkah...nak tergelak lagi):

Jangan debat, nanti demam'

Najib Tun Razak beramah mesra dengan warga Felda Tenang dalam lawatan sehari di Labis Segamat, Johor semalam.


LABIS 18 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu mendesaknya untuk berdebat kerana beliau mempunyai pelbagai maklumat yang boleh menyebabkan ketua pembangkang itu 'demam' jika dibongkarkan ketika berdebat.

Perdana Menteri berkata, beliau tidak gentar berdebat dengan Anwar tetapi menyifatkan tindakan berkenaan hanya membuang masa kerana pembohongan ketua pembangkang itu dan kegagalannya menunaikan janji.

"Sudah cukuplah pembohongan, janji banyak tak boleh buat, ini nak debat dengan saya pula, buang masa. Saya boleh debat dengan dia, saya tak takut, saya dengan menteri saya tahu segala maklumat.

"Jangan cuba nak cabar saya, kalau saya dedahkan segala-galanya, ada orang yang demam nanti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jamuan Tengah Hari Bersama Rakyat dan merasmikan Dewan Semai Bakti serta Gelanggang Futsal di Padang Awam Felda Tenang, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Samad. Majlis itu dihadiri lebih 2,000 orang dan hadirin dihidangkan dengan nasi ambeng, makanan tradisi masyarakat Jawa.

Perdana Menteri menambah, 'Pelan 100 Hari' pembangkang juga merupakan perancangan yang songsang dan tidak betul dan diperkenalkan semata-mata untuk menarik sokongan rakyat.

"Saya tengok pelan itu hanya nak belanja sahaja. Ia tak ambil kira dari mana punca pendapatan. Kalau kita tak ada punca pendapatan, macam mana kita nak cari dana untuk belanja. Saya berharap rakyat jangan terpedaya dengan janji pembangkang ini," katanya.

Tambah beliau, Anwar sepatutnya membereskan janji seperti menubuhkan kerajaan baru 16 September dan masalah 'peribadinya' ekoran kes liwat yang dihadapinya daripada asyik mencabar dirinya berdebat mengenai 'Pelan 100 Hari' pembangkang.

"Nak tubuh kerajaan pada 16 September, tak tubuh lagi. Ini dah 2011. Kita tunggu sehari demi sehari tak jadi, dia kata 30 anggota Parlimen dari Barisan Nasional nak seberang masuk pembangkang. Kita tengok-tengok, belek-belek mana dia 30, rupanya lima anggota Parlimen dia (pembangkang) yang keluar jadi anggota Bebas.

"Tak payahlah debat, banyak hal lagi tak selesai. Bukan kerajaan yang bawa dia ke mahkamah, yang buat laporan polis ni Saiful (bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan)," katanya.

Dalam pada itu, Najib berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini semakin bercelaru kerana semakin ramai pemimpinnya keluar parti.

Menurutnya, belum pernah terjadi parti politik seperti PKR yang pemimpinnya daripada Timbalan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha dan hingga ke peringkat bawahan keluar parti.

Beliau berkata, bekas pemimpin tersebut semuanya menyatakan hilang kepercayaan terhadap PKR yang semakin goyah.

Sementara itu, beliau menegaskan, Felda yang diwujudkan lebih 50 tahun lalu kini berjaya membawa perubahan besar kepada golongan peneroka dan ahli keluarga mereka termasuk generasi kedua dan ketiga.

Malah, menurut Perdana Menteri, Felda kini bukan lagi jaguh kampung, tetapi berjaya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

"Kini Felda sudah berjaya membuat pelaburan di Amerika Syarikat dan Kanada. Felda kini bukan lagi jaguh kampung tetapi sudah menjadi pemain di peringkat global. Malah banyak negara kini mencontohi Felda.

"Ada beberapa negara di Afrika seperti Sierra Leone dan beberapa negara lain turut menjadikan Felda contoh kerana mereka yakin Felda berjaya mengubah nasib rakyat. Ini bukan kita yang cakap, tetapi orang luar yang cakap," katanya.

Terdahulu, semasa berucap pada Majlis Ramah Mesra dengan penduduk di Sekolah Kebangsaan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) Felda Chemplak, Najib mendedahkan, beliau pernah berhasrat melepaskan jawatan sebagai menteri yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal Felda ketika baru menjadi Perdana Menteri.

Bagaimanapun, niat tersebut terpaksa dilupakan kerana masyarakat Felda mendesaknya untuk tidak melepaskan jawatan itu.

"Saya jadi menteri yang jaga Felda sejak 2004 yang dilantik oleh Tun Abdullah (Ahmad Badawi) sampai sekarang.

''Pada peringkat awal jadi Perdana Menteri saya nak lepaskan jawatan menteri yang jaga Felda tapi tak jadi setelah didesak masyarakat Felda," katanya yang disambut tepuk gemuruh kira-kira 10,000 masyarakat Felda.

Beliau berkata, walaupun keadaan para peneroka mengecapi hidup yang lebih baik tetapi mereka tetap tidak melupakan jasa Felda.

Pada majlis itu, Najib turut melancarkan tapak lot rumah generasi kedua Felda Chemplak yang berdekatan sekolah tersebut.

16 Januari, 2011

KISAH SEKS UMMI HAFILDA?


Lelaki Ini Pernah Mengaku Dalam Mahkamah Lakukan Hubungan Seks Dengan Ummi Hafilda

Sesi perbicaraan kes Liwat 1 sekitar tahun 2003 yang lalu

Saya Pernah Lakukan Hubungan Seks Dengan Ummi"- BAGINDA (gambar kiri)

Saksi pembela dalam perbicaraan fitnah salah laku seks dan tuduhan liwat DSAI memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau telah mengadakan hubungan seks dengan saksi utama pendakwa iaitu Ummi Hafilda Ali.

Norazman Abdullah @ Baginda anak Minda memberitahu bahawa hubungan seks antara beliau dan Ummi berlaku semasa mereka tinggal bersama di London.

Baginda, 40, juga memberitahu bahawa beliau sudah mengenali Ummi sejak 1992 tetapi hubungan itu menjadi akrab semasa mereka berada di London dalam bulan Jun 1998, bersama-sama ahli perniagaan yang dikenali sebagai MP S'ng Chee Hua dan seorang kawan yang lain.

Menurut Baginda lagi, Ummi memberitahunya, apabila kembali ke Malaysia bahawa dia akan membayar wang berjumlah RM200,000 kepada isteri Baginda supaya mereka boleh berkahwin secara sulit di London. Ummi juga berjanji akan memberikan saham sebanyak 25 peratus dalam projek iklan yang bernilai RM10 juta.

Ummi pernah membuat kejutan beberapa ketika lalu dengan mengistiharkan dirinya masih 'dara'. Beliau juga bersama-sama Azizan Abu Bakar menulis surat kepada PM Mahathir bahawa beliau mengetahui rekod salah laku seks bekas TPM, DSAI.

Baginda juga memberitahu mahkamah semalam, bahawa pada mulanya Ummi memberitahunya kes salah laku yang melibatkan bekas TPM DSAI itu adalah benar belaka. Tetapi selepas hubungan mereka (Ummi dan Baginda) akrab, Ummi mengakui bahawa 'kes salah laku DSAI' itu hanyalah diada-adakan (rekaan).

Baginda juga memberitahu mahkamah bahawa Ummi memberitahunya bahawa dia telah memaksa Azizan mengaku telah mengadakan hubungan seks (liwat) dengan DSAI. Ummi bagaimana pun tidak menjelaskan kepadanya bagaimana dia memaksa Azizan supaya mengaku diliwat, kata Baginda lagi. Ini semua dilakukan kerana dia (Ummi) bencikan DSAI dan abangnya Azmin Ali kerana tidak mahu membantunya dalam pemberian projek-projek perniagaan.

Ummi juga telah memberitahu Baginda bahawa apabila DSAI disingkirkan kelak beliau akan mendapat projek iklan bernilai RM10 juta di KLIA dari Tun Daim.

Semasa beliau dan Ummi berada di London, Ummi ada memberitahunya bahawa Mahathir adalah 'dalang' di sebalik Buku 50 Dalil: Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri".

Selain Mahathir nama-nama yang disebut Ummi terlibat dalam penyediaan buku fitnah itu ialah Tun Daim, Rahim Thamby Chik (bekas Ketua Menteri Melaka) dan Setiausaha Eksekutif UMNO Tengku Adnan Tengku Mansor. Menurut Baginda, beliau diberitahu oleh Ummi bahawa penulis buku itu ialah Khalid Jeffri sementara ianya dibiayai oleh Tengku Razaliegh Hamzah, Tun Daim dan Tengku Adnan.

Baginda menambah, Ummi memberitahunya pada suatu malam dalam bulan Ogos 1998 bahawa bapanya Haji Ali tidak mengakuinya sebagai anak kerana membantu menyediakan kandungan dan maklumat yang tidak benar dalam penulisan buku fitnah tersebut.

Ummi menjelaskan kepada Baginda bahawa beliau tidak dapat tidur kerana bapanya (bapa Ummi) telah menghalaunya dari rumah.

Azmin Ali sebelum ini pernah memberikan keterangannya bahawa Ummi bukanlah seseorang sebagaimana yang didakwanya dan beliau telah tidak diakui anak oleh bapa mereka lewat 1998 kerana melarikan diri bersama lelaki yang sudah bernikah ke luar negara.

Baginda memberitahu mahkamah semalam, bahawa Ummi Hafilda telah memberitahunya dia sudah menulis surat kepada Mahathir tentang salah laku seks DSAI tetapi kandungan surat itu akan ditapis dan dipinda oleh Aziz Shamsuddin, Setiausaha Politik Mahathir.


"Ummi Hafilda adalah seorang pelacur," kata Aziz Shamsuddin.

Hari ketiga perbicaraan rayuan Anwar Ibrahim di Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur menyaksikan pendedahan yang besar dibuat, iaitu apabila Christopher Rizal Fernando Abdullah (kini telah meninggal dunia - semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas Rohnya - Al-Fatihah) membacakan transkrip dari perbicaraan sebelumnya, yang memetik Aziz Samsuddin sebagai berkata bahawa Ummi Hafilda Ali adalah seorang pelacur.

Fernando bermula dengan mengikhtisarkan prosiding hari sebelumnya, yang mana dia memberitahu mahkamah bahawa ayah Ummi tidak lagi mengaku Ummi sebagai anaknya selepas dia mengaku menulis surat kepada Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, dalam rangka menuduh Anwar meliwat Azizan Abu Bakar, iaitu pemandu isteri Anwar, Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Sejurus sebelum dia meninggal dunia, ayah Ummi yang merupakan seorang guru agama menulis surat terbuka kepada Harakah. Dalam surat itu, dia menjelaskan sebab dia tidak lagi mengaku Ummi sebagai anaknya, malah mengatakan dengan tegas bahawa Ummi adalah dalang utama di sebalik (dakwaan liwat oleh) Azizan.

"Ayah Ummi meninggal dalam keadaan patah hati tanpa pernah mengampunkan anaknya itu atas peranan yang dimainkannya dalam memerangkap Anwar dalam tuduhan liwat," kata Fernando.

Sebelum itu, Fernando membacakan keterangan Azmin Ali (abang Ummi) di mahkamah yang membuktikan bahawa dia (Ummi) memainkan peranan yang aktif dalam konspirasi itu.

Pendakwaan tidak pernah memanggilnya (Ummi) untuk memberi keterangan di mahkamah bagi menafikan dakwaan itu, tambah Fernando. Sebaliknya, mereka menyerahkan kepada Pembelaan untuk memanggilnya. Malah hakim perbicaraan menyebut tentang perkara ini dalam penghakiman bertulisnya.

"Tetapi Ummi pasti menjadi saksi yang 'liat'. Jadi, pihak Pendakwaanlah yang sepatutnya memanggilnya, dan bukannya pihak Pembelaan," Fernando berhujah.

Fernando berhujah bahawa mahkamah sepatutnya menggunakan Seksyen 114 (g) Akta Bukti bagi menangani kegagalan Pendakwaan memanggil saksi yang paling penting untuk memberikan keterangan di mahkamah.

Fernando kemudiannya membacakan keterangan daripada Raja Kamaruddin Raja Raja Wahid (Raja Komando), yang mana saksi itu mendedahkan secara terperinci tentang permulaan konspirasi terhadap Anwar dan peranan yang diberikan kepadanya dalam konspirasi itu.

"Keterangan saksi ini akan menunjukkan bahawa dia diminta untuk bersekongkol dalam konspirasi untuk menjatuhkan Timbalan Perdana Menteri," kata Fernando.

"Mesyuarat itu diadakan di pejabat Aziz Samsuddin, iaitu Setiausaha Politik Perdana Menteri, pada 26 Jun 1998."

Fernando mendedahkan bahawa dalam mesyuarat tersebut, Aziz menegaskan bahawa Ummi dan Azizan tidak akan menimbulkan masalah kerana "Ummi adalah seorang pelacur".

Raja Komando kemudiannya bertanya kepada Aziz tentang kemungkinan menggunakan cara lain bagi menjatuhkan Anwar.

Menurut Raja Komando, "Aziz menjawab bahawa (tuduhan) liwat adalah cara yang terbaik. Lain-lain cara tidak akan memberikan kesan."

"Peranan Raja Komando adalah bagi menguruskan pembunuhan kerjaya politik (Anwar)," tambah Fernando. "Dakwaan liwat pula 'ditugaskan' kepada Ummi dan Azizan."

"(Tugas) Raja Komando adalah mencanangkan dakwaan itu ke segenap ceruk. Dia juga bertanggung jawab untuk menyebarkan tuduhan bahawa Anwar adalah ejen CIA (Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat)."

Berdasarkan penjelasan yang diberikan oleh Fernando kepada mahkamah pada hari ini, adalah jelas bahawa berdasarkan pertemuan antara Raja Komando dan Aziz Samsuddin, dia (Aziz) adalah Kepala Pengkomplot. Sementara itu, walaupun Ummi yang menulis 'surat Azizan' kepada Perdana Menteri, yakni yang menuduh Anwar meliwatnya, Azizlah yang menyunting dan menulis kembali surat berkenaan.

Menurut Fernando, surat itu adalah berdasarkan buku "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM" – buku yang sekonyong-konyong dimasukkan ke dalam beg hampir 2,000 delegasi ke Perhimpunan Agung UMNO pada tahun itu.

"Hakim tidak memberikan perhatian yang sewajarnya kepada bukti ini," Fernando berhujah. "Dia melakukan kesilapan yang besar."

"Adakah dia akan mengeluarkan penghakiman yang sama seandainya dia memberikan perhatian yang sewajarnya kepada bukti ini?"


dipetik dari: greenboc.blogspot.com

10 Januari, 2011

ORANG KAMPUNG BAKAL JADI MANGSA



Entah apa lagi la peraturan yang dibuat bagi menyusahkan rakyat. Lepas satu, satu. Dalam keadaan tekanan barangan keperluan melambung di pasaran, pihak JPJ kini bakal memberi satu lagi tekanan pada orang-orang kampung. Nampaknya slogan rakyat didahulukan dalam segala hal tepat sekali. Inilah antara buktinya. Semakin hari orang kampung semakin susah! Tapi susah macamanapun orang kampung tetap nak pilih Barisan Nasional. Itu yang peliknya. Moga kali ini orang-orang kampung dapat membuka minda dan hati. Ubahlah Kerajaan dalam pilihanraya umum akan datang. Dah tak lama. Dari maklumat penting yang diterima, semua Ketua UMNO bahagian dikerah buka Bilik Gerakan PRU 13 mulai hari ini 10hb Januari 2011. Awas...inilah masanya kita nak berubah...


JPJ kini berkuasa di semua jalan

ALOR GAJAH 9 Jan. - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan lalu lintas di semua jenis jalan termasuk jalan kampung dan kawasan perumahan.

Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail Ahmad berkata, ia berikutan pindaan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang telah diluluskan oleh Dewan Negara, 22 Disember lalu.

Katanya, penguatkuasaan itu akan dilakukan dalam masa terdekat.

Menurutnya, sebelum ini, tumpuan JPJ hanya di lebuh raya, jalan Persekutuan, jalan negeri dan jalan perbandaran.

"Namun kini mereka yang menggunakan jalan seperti di ladang, kebun, kampung serta kawasan perumahan juga tidak akan terlepas, sekiranya melakukan kesalahan.

"Malah semua jenis kawasan letak kereta dan bahu jalan, kita boleh ambil tindakan jika pemandu kenderaan terbabit melakukan kesalahan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian penutup program Satu Komuniti Satu JPJ kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan dan Pengguna negeri, Datuk R. Perumal yang mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam merasmikan majlis itu.

Program itu disertai seramai 494 orang yang berjaya memperoleh lesen menunggang motosikal.

Ismail memberitahu, di bawah pindaan sama, pemilik kenderaan yang gagal memaklumkan pertukaran alamat kepada jabatan itu dalam tempoh dua bulan akan dikompaun RM300.

Beliau berkata, langkah itu diambil bagi mengelakkan pemilik kenderaan menggunakan alasan bertukar alamat sebagai helah tidak menerima saman daripada JPJ.

"Melalui peraturan baru ini, pemilik kenderaan tidak lagi boleh menggunakan helah bertukar alamat sebagai punca surat saman tidak sampai ke tangan mereka.

"Jika lewat (pertukaran alamat) dimaklumkan kepada JPJ, pemilik kenderaan akan dikompaun RM300," katanya.



06 Januari, 2011

IBRAHIM ALI PEMBELA RAJA ?


Haha...kelmarin Ibrahim Ali berkokok lagi dgn demontrasi konon pertahankan istana Selangor. Pantang datuk nenek derhaka pada raja. Pagi tadi aku terbaca satu blog yang memaparkan satu kenyataan Ibrahim Ali yang memeranjatkan. Cuba korang baca blog tersebut. Inilah wajah sebenar pelakon hebat Ibrahim Ali: http://srimuda.blogspot.com/2011/01/kenyataan-yb-dato-ibrahim-ali-18.html

05 Januari, 2011

SERONOKNYA MINYAK NAIK...


Harga petrol RON97 naik 10 sen

KUALA LUMPUR, 4 Jan – Harga petrol RON97 dinaikkan 10 sen kepada RM2.40 seliter mulai tengah malam ini.

Bagaimanapun, harga petrol RON95 kekal tidak berubah.

“Ya, benar harga RON97 naik 10 sen esok, bermakna mulai tengah malam ini, hanya membabitkan kenaikan RON97,” kata sumber industri ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Pada 1 Disember lalu, harga RON97 dinaikkan 15 sen kepada RM2.30 seliter.

Harga petrol RON97 tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Pada 1 November lalu, harga petrol RON97 dinaikkan lima sen menjadi RM2.15 seliter. -TMI


Harga kekal tetapi dijangka naik 15 peratus tahun ini


Negara tidak menghadapi kekurangan bekalan minyak masak tetapi 'belian panik' menyebabkan satu lagi pusingan kekurangan 'palsu', kata seorang peserta industri.


sundry shops kedai runcit everyday goods 250907 cooking oilMinyak masak berasaskan sawit segera disambar di kedai-kedai, dan yang tinggal hanyalah minyak makan diimport yang mahal, yang diperbuat daripada minyak jagung, minyak kanola dan lain-lain.


Minyak masak merupakan barangan kawalan harga di Malaysia.


Peserta industri berkata belian panik dicetuskan oleh khabar-khabar angin tentang kemungkinan harga dinaikkan, seperti yang dinyatakan dalam cadangan skim pengurangan subsidi oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), yang diterajui oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala.


Sumber yang enggan disebut namanya berkata bahawa kebanyakan usahawan kecil dan sederhana dalam perniagaan makanan membeli barangan kawalan mereka dalam jumlah yang besar kerana bimbang harga akan naik dalam tahun ini.


"Belian panik biasanya berlaku apabila tercetus khabar-khabar angin tentang kenaikan harga. Kekurangan bekalan minyak masak akan berlaku kerana orang ramai akan mula menyorok minyak makan. Inilah juga yang terjadi bila harga gula naik," kata peniaga itu.


Bagaimanapun, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Tan Lian Hoe, semalam memberikan jaminan kepada pengguna bahawa harga minyak masak tidak akan berubah buat waktu ini.


Di bawah pengurangan subsidi, harga minyak masak akan meningkat sebanyak 15 peratus sekilogram pada 2010 dan 15 peratus sekilogram pada 2011 dan selepas itu, lima peratus setiap tahun hingga Januari 2014.


ementara itu, ada kemungkinan penyeludupan minyak masak ke Indonesia, Thailand dan Singapura menyebabkan kekurangan itu.


Peniaga-peniaga berhasrat menjual minyak makan yang diseludupkan itu pada harga yang lebih tinggi dalam pasaran-pasaran ini, kata seorang peniaga.


Seorang peniaga lain mengaitkan kekurangan ini kepada harga minyak sawit mentah (MSM) yang tinggi kerana kebanyakan pengilang tidak dapat membeli dan menjualnya pada harga semasa.


Harga semasa MSM berlegar sekitar RM3,800 setan metrik.


oil palm under threat 010306 dyingHarga MSM di kilang adalah RM70-RM80 setan metrik lebih tinggi dan kebanyakan pengilang bukan sahaja tidak mampu membayar harga yang tinggi itu malah juga menjualnya pada harga terkawal sekarang.


Persatuan Pengguna Pulau Pinang berkata kekurangan minyak masak tidak seharusnya berlaku di negara ini kerana Malaysia merupakan pengeksport utama produk minyak sawit.


"Kerajaan harus memantau kegiatan membeli dan menjual untuk menyelesaikan masalah ini dan menjadikan harga lebih rendah," kata Presidennya, SM Mohamed Idris.


Pengguna-pengguna dinasihati supaya tidak mendengar khabar-khabar angin tentang harga yang "bakal" naik dan melaporkan kegiatan menyorok. - Bernama

02 Januari, 2011

UTUSAN AKHBAR MURAHAN


Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) memulakan tahun baru 2011 dengan lebih garang dengan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pengarang dan ketua pengarang Utusan Malaysia kerana didakwa cuba mencetuskan beberapa isu perkauman. "Kegagalan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap ketua Pengarang dan pengarang-pengarang di Utusan Malaysia menunjukkan mereka juga terlibat dalam agenda untuk mencetuskan pertikaian perkauman di negara ini oleh sebuah akhbar yang boleh dianggap sebagai akhbar rasis dan tidak bermaruah," kata presidennya Hata Wahari. Dalam satu kenyataan, Hata juga mendakwa, Utusan yang pernah edarannya mencapai 350,000 sehari kini hanya menjadi alat propaganda kerajaan dan memainkan isu-isu perkauman serta cuba mencetuskan pertelingkahan kaum di negara ini. Sementara itu, Hata yang juga wartawan kanan di akhbar milik Umno itu berharap pada tahun ini kebebasan media yang sebenar dapat dinikmati bagi memastikan orang ramai mendapat maklumat yang benar dan seimbang. "Kesatuan juga meminta pengarang-pengarang di media perdana terutama Utusan Malaysia, New Straits Times, Berita Harian dan The Star agar kembali kepada fungsi dan matlamat sebenar media iaitu untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai dan bukan sebagai alat propaganda kepada kerajaan, mana-mana parti politik dan individu-individu tertentu kerana kepentingan peribadi," katanya. Kejatuhan edaran akhbar media perdana seperti yang di umumkan oleh Audit Bureau of Circulations (ABC), tambahnya, jelas membuktikan bahawa orang ramai terlalu muak dengan isi yang disajikan dalamnya yang didakwa bukan sahaja tidak membina minda tetapi penuh dengan propaganda buruk. Sehungan itu, Hata berkata, akhbar-akhbar itu boleh dikategorikan sebagai "akhbar murahan" dan tidak mempunyai harga diri serta maruah kerana "para pengarang mengenepikan serta menguburkan nilai-nilai murni tujuan asal akhbar itu diterbitkan".

PERKASA PEKIDA KENA HALAU?

KUASA RAKYAT

LAKI BINI KENA SEPINA

kebangkitan rakyat

kebangkitan rakyat

SEJARAH TERCIPTA: ANWAR BEBAS..!!!