rakan-rakan blog ini

PRODUK UNTUK PENGANTIN LELAKI

.

.
Info : Blog ini baru sahaja diaktifkan secara rasmi 15hb Ogos 2010 yang lalu. Penulis merupakan seorang bekas wartawan yang pernah bertugas dibeberapa akhbar tanahair. Lebih 20 tahun bertugas sebagai wartawan sebelum ini. Jadi, menyedari betapa pentingnya kebenaran itu ditegakkan, Penulis membuat keputusan menulis secara aktif di blog ini. Semoga Allah memberkati niat baik saya ini

Halaman

08 Disember, 2011

MAHATHIR TERUS NYANYUK...

Berita paling suka penulis baca hari ini ialah mengenai kenyataan bekas PM, Dr Mahathir yang seolah-olah sayu pilu bila mengenangkan nasib Melayu Pulau Pinang. Cara beliau menulis dalam blognya seakan-akan cuba menjadi rasist dengan menyalahkan Pakatan Rakyat bila Penang kini diperintah oleh DAP. Beliau seolah-olah lupa sudah sekian lama  Gerakan yang diketuai oleh Pemimpin Cina  memerintah Penang. Pandai betul puak-puak UMNO ni mainkan isu perkauman kan. Sebab itulah penulis suka mengatakan Mahathir ni dah lupa apa yang dia lakukan dulu. Mahathir minta Melayu bersatu. Tapi siapa yang pecahkan Melayu sebenarnya? Tahun 1987 dulu tertubuhnya Semangat 46. Siapa yang boss ketika itu?  Kemudian tahun 1998, tertubuhnya Keadilan Nasional, siapa yang pecat Anwar ketika itu? Siapa jadi puncanya? Ternyata Mahathir makin dimamah usia, makin nyanyuk...

Melayu perlu bersatu - Dr. M

KUALA LUMPUR 7 Dis. - Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi mengingatkan orang Melayu supaya bangkit dan bersatu padu jika tidak mahu mengulangi nasib serupa yang dialami oleh orang Melayu di Pulau Pinang.
Namun, dalam nada sinis, bekas Perdana Menteri itu berkata, mereka tidak perlu memperingati nasib yang menimpa kaum Melayu Pulau Pinang jika mereka berasakan kejayaan dan sedikit kuasa yang ada akan kekal.
Ini kerana jelas beliau, dalam zaman peluang bertimbun-timbun, zaman serba mudah, zaman tersohor bangsa Melayu dan zaman kuasa masih di tangan Melayu, tidak ramai yang menginsafi serta menangisi nasib Melayu Pulau Pinang.

"Apa perlunya kita memperingati kedudukan orang Melayu Pulau Pinang? Sebenarnya tidak perlu. Sekali berjaya tetap berjaya, sekali merdeka, tetap merdeka. Bukankah Hang Tuah telah berkata tak akan Melayu hilang di dunia.

"Ini jaminan yang diberi kepada bangsa Melayu. Kita akan terus Melayu walaupun hanya menjadi pemandu kereta, buruh kasar dan budak pejabat. Kita Melayu juga. Tak perlu mengalir air mata," katanya dalam blognya, http://chedet.cc.

Dalam pada itu, mengimbau sejarah bagaimana orang Melayu Pulau Pinang mula hilang kuasa, Dr. Mahathir berkata, selepas pendudukan Francis Light, orang Melayu terpaksa 'melarikan diri' daripada pembangunan kerana kemiskinan.
Jelasnya, langkah tersebut terpaksa diambil oleh orang Melayu pada ketika itu kerana harga hartanah begitu tinggi dan mereka pula tidak mampu membeli atau menyewa selepas bertindak menjual tanah yang sebelum ini milik mereka.
"Apabila pembangunan sampai ke kawasan di mana orang Melayu telah lari, mereka sekali lagi jual tanah dan berpindah. Lama-kelamaan mereka tenggelam dalam masyarakat asing yang semakin bertambah dan mewah.
"Itulah nasib mereka, menjadi kumpulan orang yang terasing di negeri sendiri. Maka mengalirlah air mata mereka," jelasnya.

06 Disember, 2011

BLOGGER LUCAH KENA SAMAN?


Blog yang dipenuhi sampah sarap serba fitnah akhirnya mendapat habuannya. Dia fikir dia kuat . Ada back up kuat. Tapi sepandai-pandai tupai melompat, akhornya jatuh ke tanah juga. jom kita lihat siapa yang kenaaaaa.......





Satu laporan polis akan dibuat pada, 6hb Disember 2011, pada pukul 2 petang di Balai Polis Jalan Travers  ke atas laman sesawang www.papagomo.com yang dimiliki oleh Wan Muhammad Azri bin Wan Deris, pemegang kad pengenalan bernombor 830121-03-5019.

Wan Muhammad Azri bin Wan Deris dalam laman web beliau www.papagomo.com telah melakukan fitnah terhadap diri saya pada artikel beliau berjudul “AMIN ISKANDAR PENULIS THE MALAYSIAN INSIDER AKUI DICABUL ANWAR IBRAHIM” pada capaian :
http://www.papagomo.com/2011/11/amin-iskandar-penulis-malaysian-insider.html Tulisan ini dilakukan pada tarikh tertera di laman web tersebut : 26hb November 2011.

Fitnah tulisan Wan Muhamamad Azri atau Papagomo ini dipercayai dilakukan atas niat beliau mempertahankan Datuk Razali Ibrahim daripada penulisan dan kritikan saya terhadap Datuk Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan pada tulisan saya bertarikh 25hb November 2011 di capaian:
http://www.themalaysianinsider.com/opinion/article/razali-ibrahim-janganlah-bersikap-seperti-anak-kecil/

Tindakan membela Datuk Razali Ibrahim dengan cara membuat fitnah terhadap diri saya adalah satu tindakan yang tidak wajar dan seharusnya dilakukan dengan berhujah secara matang.

Sebagai seorang penulis dan blogger yang menyokong kebebasan bersuara dan menyatakan pandangan, laporan polis ini dilakukan bukan bertujuan untuk menyekat kebebasan penulis blog untuk menulis, akan tetapi untuk mengekang budaya fitnah daripada terus menjadi amalan sesetengah pihak.

Semua media, penulis blog dan rakyat Malaysia dijemput hadir.
Sekian dimaklumkan,

Amin Iskandar
Blog:
www.aminiskandar.net






04 Disember, 2011

LAGI KISAH ARTIS SEPARUH BOGEL...


Bila dah terjadi baru nak menyesal...Inilah realiti hidup Artis kita sekarang. Masa buat, tak ingat kesan dikemudian hari. Bila dah heboh, mulalah gelabah. Fikir-fikirkanlah...hidup ini bukan setakat seronok di dunia saja yang kita nak kejar...

Saya bodoh, diperdaya hidup-hidup - Ain

NURUL Ain Nordin adalah wanita paling malang kalau kita mendengar versi cerita empunya badan mengenai gambar separuh bogelnya.

Dia mendakwa telah menjadi mangsa kerakusan syarikat penerbitan yang mempertaruhkan gambar separuh bogelnya untuk melariskan filem Suatu Malam Kubur Berasap arahan Ernie Chen.

Sudah pastilah dia akan disimpati kerana menjadi “mangsa”. Tetapi masyarakat sudah tidak berfikiran lurus bendul begitu. Mereka pasti tertanya-tanya bagaimana pula dia menjadi mangsa padahal aksi separuh bogel itu kelihatan dengan penuh sedar. Adakan ini gambar kandid secara curi padahal dia memandang kamera dengan mood ceria? Sebabnya sebelum ini telah banyak yang buat perkara yang sama kemudian mendakwa dimangsai padahal melakukan dengan sedar.

“Saya memang silap besar sebab tak teliti semula gambar yang diambil selepas fotografi untuk promosi filem itu. Saya terlalu letih dan kalut dek terlalu lama menunggu dari pukul 9 pagi hingga 11 malam bersama artis-artis lain.

Ketika ditanya bagaimana sesi fotografi itu berlangsung, Ain berkata, “Semasa fotografi itu, jurugambar meminta saya berkemban kain batik tanpa memakai coli.”

Katanya, dia malas nak membantah sebab hendak balik awal dan berehat. Tetapi dia tidak memberitahu kenapa tidak menolak padahal ini mengaibkan dirinya. Ain juga tidak memberitahu perhitungannya antara menggadai maruah agama dan keperluan kerjaya kerana melakukan fotografi itu. Ini yang menimbulkan banyak persoalan kalangan masyarakat.

“Tapi bila gambar itu tersebar, saya jadi keliru. Macam mana boleh gambar itu keluar dari syarikat itu sedangkan saya tak dimaklumkan apa-apa. Tup-tup satu Malaysia dah kutuk saya,” katanya.

Persoalannya Ain sendiri merelakan gambarnya diambil sedemikian rupa. Kalau dia membantah, jurugambar tentu tidak boleh memaksa. Masyarakat melihat ada “kesengajaan” kemudian meletakkan kesalahan kepada pihak lain.

Rentetan daripada itu juga, ibu Ain, Aminah Illadad Khan yang juga seorang pensyarah di sebuah kolej tidak bertegur sapa dengan anaknya.

“Saya tak tahu nak cakap macam mana bila Mama tak nak bercakap dengan saya selama sebulan. Saudara mara menjauhkan diri bila saya balik kampung di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Kekasih menjauhkan diri dan rakan terdekat pula jijik melihat saya.

“Ada pensyarah di universiti pula mahu saya berhenti dari mengikuti kuliah (Diploma Teknologi Kreatif dan Artistik, UiTM Shah Alam, Selangor) serta merta.

Kenapa baru sekarang wanita berusia 23 tahun ini menyuarakan dukacita terhadap gambar tersebut? Kenapa tidak awal-awal lagi sebagai membuktikan dia dimangsai?

“Saya adalah pekerja syarikat filem itu sejak 1 Mac sebelum berhenti pada September lalu. Sepanjang tempoh itu, saya tak dibenarkan membuka mulut oleh majikan.

“Saya nak orang tahu bahawa saya bukan ‘pelacur’ murahan yang sanggup menggadaikan maruah untuk lariskan filem ,” tambahnya lagi. Sepatutnya Ain membuktikan kata-kata itu dengan perbuatan iaitu dari awal lagi jangan membiarkan gambarnya diambil.

Ain tidak boleh menyalahkan masyarakat kalau memandang serong kepadanya. Dia punya keupayaan untuk menghalang dari awal lagi. Sebenarnya perkara seperti ini berlaku disebabkan faktor diri sendiri. Ini satu pengajaran kepada artis muda supaya mempunyai nilai pekerti yang tinggi.

03 Disember, 2011

UMNO MENGAMUK KERANA LINTAH



Hahaha...lintah punya pasal pun pemimpin UMNO serta kaki-kaki bodek dah melenting. Itu baru diumpamakan lintah. Kalau diumpamakan dengan binatang lain, entah apa akan jadi kan. Ini lah mentaliti pemimpin UMNO yang takut kena tegur ,ego dan berlagak dari dulu kini dan selamanya. Paling lucu bila tengok komen dari juri tetap (kaki bodek ) UMNO iaitu Ezam, Zahrain dan dua tiga ekor lintah darat lagi. Jom baca:

Tunku 'Abidin mohon maaf

KUALA LUMPUR 2 Dis. - Akhbar The Star diberi masa tiga hari untuk memohon maaf ekoran tindakan seorang kolumnisnya, Presiden Ideas, Tunku 'Abidin Muhriz yang mengumpamakan pemimpin UMNO seperti lintah.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, jika gagal berbuat demikian pihak terbabit perlu bersedia menghadapi saman malu daripada UMNO.

"Saya sudah membawa perkara ini kepada peguam untuk dibuat penelitian. Ini adalah suatu fitnah dan tohmahan yang sepatutnya tidak dilakukan.

"Mana boleh dia (kolumnis) mengatakan kita (pemimpin UMNO) macam lintah, itu adalah salah," katanya ketika ditemui pemberita pada Perhimpunan Agung UMNO 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan penyumbang ruangan pendapat mingguan The Star itu yang mengumpamakan para pemimpin UMNO seperti lintah.

Dalam pada itu, ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, perumpamaan yang diberikan penulis tersebut sangat tidak wajar.

"Proses untuk menjadi pemimpin di dalam UMNO bukanlah urusan mudah kerana perlu melalui banyak tapisan. Ia melibatkan pemilihan di peringkat cawangan, bahagian dan seterusnya menjadi wakil rakyat dalam pilihan raya," katanya.

Seorang lagi ahli MT, Datuk Seri Mustapa Mohamed menasihatkan penulis itu agar melihat kembali perjuangan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO untuk kemerdekaan negara.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, dalam UMNO tiada unsur kronisme bukan seperti pembangkang.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim pula musykil dengan tindakanThe Star yang menerbitkan artikel tersebut ketika Perhimpunan Agung UMNO sedang berlangsung.

"Saya bukan mahu menyebelahi mana-mana pihak, cuma yang menghairankan mengapa The Star membiarkan berita yang boleh menimbulkan kemusykilan kepada pembaca dikeluarkan," katanya.

Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd. Nor pula berpendapat, kenyataan tersebut tidak melambangkan kemuliaan institusi yang diwakilinya disebabkan perkataan yang tidak beradab sehingga merendahkan martabat pemimpin UMNO.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, artikel-artikel seumpama itu sememangnya kerap diterbitkan oleh The Star.

"Saya tidak hairan dengan kenyataan itu kerana mereka (The Star) sering menggunakan kolumnis yang berfikiran liberal untuk meranap agenda Melayu. Tulisan itu lebih kepada retorik, menggunakan cara halus untuk merendah-rendahkan kepimpinan kerajaan secara melulu," katanya.

Sementara itu, menurut laman web The Star, Tunku 'Abidin malam ini meminta maaf secara terbuka berhubung artikelnya mengenai lintah di PWTC yang mencetus suasana kurang senang di kalangan pemimpin UMNO.

Menurutnya, artikel itu telah dijelaskan secara analogi kepada 'beberapa individu' tetapi malangnya terdapat pihak yang menganggap komen itu ditujukan kepada semua perwakilan di Perhimpunan Agung UMNO itu.

"Saya ingin memohon maaf di atas salah faham terhadap artikel saya mengenai lintah-lintah di PWTC minggu ini.

"Sesiapa yang pernah membaca artikel saya dalam tempoh tiga tahun ini akan tahu bahawa saya sangat kagum dan amat menghormati pemimpin UMNO," katanya.

01 Disember, 2011

PELAJAR LAYAN SEKS CUMA RM10


KOTA KINABALU: Hanya RM10. Itu bayaran dikenakan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang masih bersekolah kepada rakan sekelas yang mahu mengadakan hubungan seks dengannya.
Remaja berkenaan juga tidak kisah melakukan perbuatan terkutuk itu pada siang hari di hotel murah pilihannya dan lebih memeranjatkan sudah melakukannya sejak berusia 15 tahun lagi.

Dalam pertemuan dengan wartawan Harian Metro, pelajar itu yang hanya mahu dikenali sebagai Lina berkata, dia mula membabitkan diri dengan kegiatan tidak bermoral itu selepas dipengaruhi beberapa rakan wanita lebih tua yang dikenalinya ketika melepak di kompleks beli-belah di bandar raya ini.

“Ketika itu, saya memerlukan wang untuk membeli pakaian berjenama selain mendapatkan peralatan sekolah lebih lengkap, sedangkan keluarga tidak mampu menyediakannya termasuk buku latihan disebabkan faktor kemiskinan,” katanya.

Lina berkata, selepas menceritakan masalah kewangan dihadapinya, seorang rakan mempengaruhi supaya melakukan pekerjaan itu kerana boleh memperoleh wang dengan mudah.

“Pada mulanya, saya pelik dengan pekerjaan ditawarkan kerana dibawa ke sebuah bilik hotel dengan alasan untuk ‘ditemu duga’ sebelum didatangi seorang lelaki berusia sekitar 30-an.

“Sebelum berbual, saya melihat lelaki berkenaan menyediakan segelas air sebelum memasukkan sejenis pil lalu mengarahkan saya meminumnya dengan alasan untuk menghilangkan perasaan takut dan gemuruh,” katanya.

Katanya, selepas beberapa minit meneguk air berkenaan, dia berasa ghairah sebelum lelaki berkenaan mengarahkannya berbaring.

“Saya hanya tersedar beberapa jam selepas itu dalam keadaan tidak berpakaian. Pada masa itu, saya hanya mampu menangis, namun ditenangkan rakan itu sambil menunjukkan sejumlah wang untuk saya,” katanya.

Lina berkata, selepas kejadian itu, dia semakin ketagih untuk melakukan hubungan seks dan mula menawarkan diri kepada rakan lelaki yang dikenali saja.

“Selepas kejadian itu, saya sering mengulangi perbuatan sama terutama selepas waktu sekolah hingga mampu hidup senang.

“Bagaimanapun, disebabkan terlalu kerap melakukan hubungan seks dengan pelbagai lelaki, saya mengalami jangkitan kuman pada kemaluan,” katanya.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan dia berhenti daripada kegiatan itu dan akhirnya menyesal dengan apa dilakukannya.

“Mungkin itu balasan atas perbuatan saya kerana mahu mencari wang dengan mudah. Mujur saya tidak mengandung, jika tidak pasti nasib lebih buruk,” katanya.

TERKINI...KAIN SHAHRIZAT TERSELAK....



Penuh semangat Shahrizat terjerit-jerit di Perhimpunan Agung UMNO . Konon marah sangat dengan PKR. Nah ! hari ini adalagi pendedahan baru tentang Shahrizat...haha..makin hari makin terselak kain Shahrizat....haha...jangan sampai nampak anu sudahlah....
kah kah kah

Pendedahan terbaru rafizi yang si shahrizat dok pongpang cakap anak derhaka sebab dia cakap rafizi dan anak2 muda yang belajar tinggi2 neh seme atas jasa dia dan ibu2 umno.. sila rujuk sini beb, bukan tulisan tapi rakaman dia bercakap lagi beb, langsung! Heh.

Dan ini pula jawapan balas ke atas kata2 dan herdikan Shahrizat ke atas Rafizi Ramli. Harap lepas neh Shahrizat jangan berbogel sambil bersilat atas pentas umno bagi meraih keyakinan wanita2 umno pula..

Mowwwwmmowwwmowwww.. <-- gelak pesen baru beb.


Memandangkan Ketua Wanita Umno langsung tidak menunjukkan tanda-tanda beliau insaf setelah KEADILAN membuat pelbagai pendedahan mengenai penyelewengan dana NFC, saya terpanggil untuk terus menyenaraikan perbelanjaan-perbelanjaan boros bersifat peribadi yang dibuat keluarga beliau:
  1. Pada 9 Disember 2009, keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil menggunakan wang dari pinjaman mudah RM250 juta untuk membeli sebuah kereta mewah Mercedes Benz CLS 350 CGI berharga RM534,622.
  1. Dana sebanyak RM3,363,507 telah disalurkan melalui NMLC untuk membeli dua bidang tanah di Putrajaya iaitu PT1886 dan PT1887, Presint 10, Putrajaya. Kebarangkalian tanah-tanah ini dibeli untuk membuka ladang ternakan lembu di Putrajaya adalah tipis.
  1. Semakan bayaran-bayaran yang dibuat melalui cek dari akaun 141640000066107 CIMB Islamic Bank Berhad di bawah nama NFC menunjukkan bayaran yang besar dan berulang kali dibuat kepada Impian Global Network Services (IGNS). Siasatan KEADILAN menunjukkan IGNS adalah sebuah syarikat pelancongan yang menawarkan pakej percutian di Phuket, Kuching, Banding, Singapura dan Bali (sila lawati lamanhttp://impianglobalnetworkservices.blogspot.com/ , petikan skrin laman tersebut disertakan di Lampiran 1).Antara bulan Januari hingga Julai 2010, 15 cek berjumlah RM455,423 dikeluarkan kepada IGNS (butiran seperti di bawah). Ini menimbulkan tanda tanya bagaimanakah sebuah syarikat yang sepatutnya menguruskan ladang ternakan lembu menjadikan perbelanjaan pakej percutian sebagai perbelanjaan bulanan? Apakah ia telah disalahgunakan untuk membiayai percutian ahli keluarga menteri dan rakan-rakan mereka?

TARIKH
NO CEK
JUMLAH (RM)
8 Jan 2010
001376
1,524
13 Jan 2010
001406
1,709
26 Jan 2010
001465
28,476
24 Feb 2010
001540
12,743
24 Feb 2010
001543
3,076
9 Mac 2010
001587
22,400
9 Mac 2010
001590
26,572
9 Mac 2010
001592
5,776
31 Mac 2010
001671
45,428
22 April 2010
001735
27,853
13 Mei 2010
001789
45,235
25 Mei 2010
001825
3,196
18 Jun 2010
001848
120,521
16 Julai 2010
001922
89,800
16 Julai 2010
001923
21,114

JUMLAH
455,423

  1. Pada 21 Julai 2010, NFC memindahkan sejumlah RM588,585 ke akaun milik Meatworks (Singapore) Pte Ltd milik keluarga menteri. Tindakan ini bertentangan dengan fungsi NFC tatkala Ketua Pemuda Umno mendakwa bahawa NFC tidak mempunyai sebarang urusniaga dengan Singapura kerana daging mentah Malaysia tidak boleh dieksport ke Singapura. Jika itu keadaannya, kenapa sejumlah besar wang dipindahkan ke Singapura?

Dato’ Seri Shahrizat Jalil hanya ada dua pilihan – sama ada menjelaskan satu persatu perbelanjaan-perbelanjaan ini di Perhimpunan Agong Umno dalam masa terdekat, atau terus mengheret Umno dan Barisan Nasional ke dalam kancah skandal peribadi beliau.
KEADILAN akan mengaturkan beberapa siri laporan polis serentak di seluruh negara untuk mendesak pihak berkuasa segera menyiasat penyelewengan dalam pendedahan terbaru ini.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
30 NOVEMBER 2011

PERKASA PEKIDA KENA HALAU?

KUASA RAKYAT

LAKI BINI KENA SEPINA

kebangkitan rakyat

kebangkitan rakyat

SEJARAH TERCIPTA: ANWAR BEBAS..!!!