rakan-rakan blog ini

PRODUK UNTUK PENGANTIN LELAKI

.

.
Info : Blog ini baru sahaja diaktifkan secara rasmi 15hb Ogos 2010 yang lalu. Penulis merupakan seorang bekas wartawan yang pernah bertugas dibeberapa akhbar tanahair. Lebih 20 tahun bertugas sebagai wartawan sebelum ini. Jadi, menyedari betapa pentingnya kebenaran itu ditegakkan, Penulis membuat keputusan menulis secara aktif di blog ini. Semoga Allah memberkati niat baik saya ini

Halaman

05 September, 2011

KESIAN KHAIRY.....


Kesian Khairy....dari dulu lagi buat macam-macam bagi menarik perhatian PM Najib. Tapi sayang, tangan Najib telah diikat Mahathir. Buatlah gimik macamana sekalipun. Khairy tetap dipinggirkan. Kita sedia maklum, dalam UMNO hanya Khairy sahaja yang berani berdebat atau berforum. Pemimpin UMNO lain memang kecut perut. Kita tunggu dan lihat sahaja debat yang akan berlangsung tidak lama lagi.

[TMI] KUALA LUMPUR, 5 Sept — Khairy Jamaluddin menerima cabaran berdebat berhubung kenyataan kontroversi Mohamad Sabu, yang menyentuh tragedi Bukit Kepong dan desakan bertubi-tubi agar dikaji semula fakta sejarah, dan bersedia untuk bertemu di kubu kuat PAS di Kelantan.

Ketua Pemuda Umno ini berkata beliau telah menerima jemputan yang dipanjangkan oleh kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS.

“Saya akan berada di sana,” kata Khairy menerusi mesej Twitter semalam sambil menambah, jemputaan untuk berhadapan dengan Timbalan Presiden PAS itu sudah pun diterima.

Salinan jemputan yang diperoleh The Malaysian Insider menyebut debat itu akan berlangsung di Balai Islam, Kota Baru akhir bulan ini.

Meskipun surat itu mengatakan bahawa pentadbiran Kelantan masih membuat persiapan untuk membawa Mohamad berdebat dengan Khairy, Ahli Parlimen Rembau itu memberitahu The Malaysian Insider, beliau mahu berhadapan dengannya.

“Tidak perlu mencari lokasi berkecuali. Sarang singa anda. Jumpa di sana, Mat Sabu,” kata Khairy (gambar) lagi menerusi Twitter.

Bagaimanapun tidak jelas sama ada ia debat yang disyorkan oleh Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam memandangkan Khairy berkata jemputan itu datang terus daripada kerajaan Kelantan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan petang semalam, Tuan Ibrahim berkata, PAS bersedia untuk berbahas dengan Umno berhubung kontroversi tragedi Bukit Kepong dan fakta sejarah negara — yang kini menjadi senjata terbaru parti Melayu itu untuk menyerang kepimpinan Mohamad.

Tuan Ibrahim berkata, ramai pejuang kemerdekaan yang tidak diiktiraf dalam sejarah termasuk Muhammad Indera atau Mat Indera, salah seorang yang terlibat dalam tragedi Bukit Kepong.

“Mat Indera dan ramai para pejuang kemerdekaan yang tidak diiktiraf dalam sejarah yang telah menjadi fokus utama serangan media perdana pro-Umno kepada PAS memerlukan satu penyelesaian konkrit.

“PAS berasa simpati kepada kesan mendalam kepada waris Mat Indera dan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang lain yang bangun menentang penjajah tetapi jasa mereka digugurkan dan tidak diiktiraf dalam sejarah akibat terpaksa menanggung pelbagai tuduhan liar ‘pejuang-pejuang pertahanan sejarah versi Umno’ tanpa ruang untuk menjawab,” katanya.

Tambah beliau, atas dasar menghormati hak rakyat untuk membuat pertimbangan dan penilaian sendiri melalui hujah-hujah daripada kedua-dua pihak, PAS melalui Lujnah Penerangan akan menghantar surat jemputan kepada Ketua Penerangan Umno dalam masa terdekat bagi menganjurkan satu perbahasan umum ilmiah untuk menangani isu “Siapakah layak digelar pejuang kemerdekaan sebenarnya?” dalam sejarah tanah air sebelum negara merdeka.

Kelmarin, Pergerakan Pemuda Umno mengumumkan program jelajah negara yang dikenali sebagai Pentas Patriot untuk menjawab perkara yang dibangkitkan oleh Mohamad ketika satu ceramahnya di Pulau Pinang 21 Ogos lalu.


04 September, 2011

MAT SABU BUKA MATA SEMUA PIHAK


Kisah Mat Indera, Utusan Memfitnah Mat Sabu Sebagai Penyokong Komunis

Kerajaan Johor iktiraf ketokohan Mat Indera Oleh Mohamed Hadi al-Majwi

Sebelum kita disesatkan lebih jauh lagi oleh media-media parti pemerintah, eloklah kita semua kembali ke pangkal jalan, mengkaji dan memahami semula sejarah.

Sebetulnya tatkala kali pertama saya menonton klip video ceramah Mohamad Sabu (Mat Sabu) mengenai tragedi Bukit Kepong itu, hati saya telah terdetik "Apa sajalah yang UMNO akan merapu lepas ni". Dan memang saya mahu saksikan, label apakah yang hendak dicop kepada Mat Sabu rentetan daripada ceramah beliau.

Sememangnya ucapan Mat Sabu telah diputarbelitkan oleh Utusan Malaysia dan kalau salah bacaan,kita juga akan terperangkap dengan permainan Utusan Malaysia. Mat Sabu tidak pernah menyebut komunis, tetapi hanya menyebut nama Mat Indera, pejuang yang telah mengetuai serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong pada 23 Februari 1950. Inti ucapan Mat Sabu ialah ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan yang peranannya digelapkan oleh parti pemerintah, tetapi di tangan Utusan Malaysia, tiba-tiba Mat Sabu pula yang sokong komunis!

Yayasan Warisan Johor iktiraf Mat Indera

Saya tidak perlu membuat rujukan daripada pelbagai sumber untuk membuat pendirian bahawa Mat Indera ialah seorang pejuang kemerdekaan, seperti yang disebutkan oleh Mat Sabu. Saya hanya merujuk kepada buku biografi Pengukir Nama Johor yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004. Di dalam buku ini terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh ternama Johor dan salah seorang daripadanya ialah Mat Indera sendiri.

Jangan tak percaya, Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO. Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini. Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn. Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002. Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato' Abdul Ghani Othman. Pendek kata, penerbitan buku ini mendapat restu kerajaan Johor. Nah, saya tak pasti adakah selepas ini nama-nama ini pula akan dilabelkan sebagai pengkhianat tetapi merekalah yang bertanggungjawab mengangkat ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.

Siapa Mat Indera

Mat Indera, atau Ahmad bin Indera lahir di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor pada tahun 1920. Beliau pernah bertugas sebagai guru agama di Parit Setongkat, Muar pada tahun 1937. Diceritakan juga Mat Indera pernah berguru dengan Haji Yassin (gambar), ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggesa Mat Sabu supaya bertaqwa baru-baru ini. Di dalam peperiksaan Darjah Khas untuk guru-guru agama, Mat Indera pernah menerima anugerah butang perak daripada kerajaan Johor di atas kecemerlangannya di dalam peperiksaan tersebut. Selepas lulus peperiksaan Darjah Khas, beliau bertugas di Sekolah Agama Bandar Pontian sebagai guru agama.

Sewaktu pendudukan Jepun, Mat Indera bekerja sebagai peniaga beras. Setelah British kembali, Mat Indera bertugas pula sebagai ketua pengangkut beras di Pelabuhan Muar. Di waktu inilah Mat Indera membabitkan diri di dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Pada awalnya, Mat Indera dilantik menjadi Setiausaha Angkatan Pemuda Insaf (API) daerah Muar sewaktu API dipimpin oleh Ahmad Boestamam. Ketika British menguatkuasakan undang-undang darurat pada tahun 1948, semua parti politik berhaluan kiri diharamkan, termasuklah API (UMNO masih halal ketika ini dan hanya pernah haram sekali sahaja pada tahun 1988). Secara tidak langsung, Mat Indera menjadi buruan penjajah British.

Oleh kerana hanya komunis sahaja yang berjuang menentang British di dalam hutan, tidak dapat tidak Mat Indera terpaksa menjalinkan hubungan dengan komunis. Tindakan Mat Indera bersatu tenaga dengan komunis mencetuskan kemarahan British yang menawarkan hadiah sebanyak $25,000.00 kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Ibu bapa Mat Indera, adiknya Johan Shah serta datuk dan nenek Mat Indera terpaksa keluar masuk penjara selama beberapa bulan kerana disoal siasat oleh pihak British, namun Mat Indera masih gagal diberkas oleh penjajah.

Mat Indera dan Bukit Kepong

Peranan Mat Indera di dalam tragedi Bukit Kepong juga hangat diperdebatkan. Banyak teori yang dikemukakan, ada yang mengiyakan, tapi tak kurang juga yang menafikan. Namun hampir kesemuanya bersetuju Mat Indera terbabit secara langsung menyerang Rumah Pasung Bukit Kepong.

Misalnya, anggota polis marin yang terselamat di dalam tragedi itu, Abu Bakar Daud (gambar) menafikan bahawa Mat Indera turut menyerang anggota polis, sebaliknya Mat Indera melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis daripada menjadi mangsa pihak komunis. Seorang komunis Melayu, Shahran Abdul Ghani yang pernah aktif di kawasan Yong Peng mengesahkan bahawa serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong diarahkan oleh Mat Indera. Adik Mat Indera, Johan Shah pula mendedahkan bahawa abangnya mengaku bahawa beliau (Mat Indera) bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas Rumah Pasung Bukit Kepong tetapi tidaklah sehingga ke tahap membunuh dan membakar balai polis. Apa yang berlaku ialah orang-orang bawahannya yang berbangsa Cina telah melanggar arahan Mat Indera dan membuat pakatan rahsia tanpa pengetahuan Mat Indera.

Apa pun peranan sebenar Mat Indera dalam tragedi Bukit Kepong itu, pihak British telah melabelkan Mat Indera sebagai pengganas dan tawaran dinaikkan kepada $75,000.00 untuk sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Rancangan demi rancangan diatur, akhirnya pada 1952, Mat Indera tertangkap setelah diperdayakan oleh rakan yang dipercayai olehnya. Beberapa pemimpin Melayu, antaranya Kadi Haji Ahmad Shah Haji Abdul Jabar cuba memujuk Mat Indera supaya bertolak ansur dengan penjajah sewaktu perbicaraan di mahkamah untuk melepaskan diri daripada hukuman mati, tetapi semua ini ditolak oleh Mat Indera. Akhirnya, Mat Indera didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati pada 30 Januari 1953.

Tafsiran sejarah bukannya pengkhianatan

Buku ini turut memuatkan biografi tokoh yang terlibat secara langsung menangkap Mat Indera iaitu Bajuri Haji Siraj atau Sarjan Bajuri. Beliau merupakan pegawai yang terlibat untuk memberkas Mat Indera dan menerima habuan $75,000.00 seperti yang ditawarkan oleh pihak British. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Pontian dan pernah bertanding sebagai calon bebas setelah tidak terpilih sebagai calon Perikatan di dalam pilihanraya kecil Dun Pontian Kecil pada tahun 1961.

Di bahagian Pendahuluan buku ini, Sarjan Bajuri menyifatkan bahawa kedua-dua versi cerita (Mat Indera dan Sarjan Bajuri) merupakan subjek yang amat menarik untuk terus diperbincangkan dan dibuat kajian lebih lanjut. Ada yang menganggap Mat Indera sebagai wira dan ada pula yang menganggap Sarjan Bajuri sebagai wira. Menurut beliau, sejarah ialah apa yang ditafsirkan dan dikemukakan oleh para sejarawan berdasarkan bukti yang mereka dapati. Katanya lagi, "proses pembuktian dan pentafsiran ini berjalan terus menerus tanpa henti selagi manusia mampu menggali dan berfikir untuk mencari 'kebenaran'".

Kebenaran inilah yang dicari oleh setiap pengkaji sejarah. Apa yang dipohon oleh Mat Sabu ialah pihak parti pemerintah memberikan gambaran yang seadil-adilnya kepada para pejuang kemerdekaan dan tidak hanya memberi fokus kepada UMNO sahaja. Golongan kiri, golongan alim ulama' dan golongan yang "bukan UMNO" turut terbabit memperjuangkan kemerdekaan, hatta Dato' Onn Jaafar yang pernah dicop oleh UMNO sebagai boneka British juga turut berhasrat memperjuangkan kemerdekaan. Berikanlah kepada mereka penghormatan yang sewajarnya berdasarkan neraca intelek, bukan bidasan jelik. Tidak dapat difahami mengapa tafsiran sejarah yang berbeza berasaskan hujah-hujah akademik boleh dilabel sebagai pengkhianatan, petualang dan entah apa-apa lagi.

Rasional bukan emosi

Apabila seorang tokoh politik seperti Mat Sabu memberi tafsiran sejarahnya (yang bukannya tiada asas), mengapa reaksi-reaksi yang timbul langsung tidak ilmiah malah disulami kecaman demi kecaman yang penuh emosi? Berfikirlah secara rasional dan selak kembali lembaran-lembaran sejarah yang mungkin kita terlepas pandang.

Bacalah biografi Mat Indera di dalam buku ini, betapa keperibadian Mat Indera disanjung. Latar belakangnya juga mengagumkan. Secara jelas Ismail Adnan menukilkan bahawa "Pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Tanah Melayu bahawa seorang manusia Melayu beragama Islam yang kuat pegangan agamanya bernama Mat Indera itu adalah seorang penderhaka kepada negara, membelakangkan ajaran agama Islam serta menjadi pengganas komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan". Di akhir biografi ringkas Mat Indera, penulis ada menyebut "Adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? ...Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya. Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan.

Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang, bukan seorang petualang". Kenyataan ini saja sudah membuatkan saya tertanya-tanya, adakah Yayasan Warisan Johor juga mahu menjadi pengkhianat seperti Mat Sabu? Bilakah pula agaknya Utusan Malaysia ingin mengisytiharkan Yayasan Warisan Johor sebagai pengkhianat?-greenboc.blogspot.com

01 September, 2011

MUHYIDDIN SURUH MAT SABU BERTAUBAT


Bila baca tajuk saja, saya rasa nak tergelak besar...kahkahkah.....rasa-rasa silap ke apa aku baca ni? atau wartawan silap tulis? Tapi rupanya betul berita ini. Muhyiddin Yassin suruh Mat Sabu kembali bertaqwa dan bertaubat!!! Kahkahkah...kelakar betul. Elok sangat la Muhyiddin cermin diri sendiri dulu. Tengok anak perempuannya yang jadi artis tu, Najwa Mahiadin, terkangkang-kangkang nyanyi seksi. Elok Muhyiddin taubat dulu rasanya kot..haha...malas la nak komen lebih-lebih. Elok korang baca je artikel di bawah:


Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu perlu balik ke landasan yang betul dan berpegang kepada prinsip taqwa. Sebagai seorang pemimpin Islam, beliau berkata Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu patut selalu berfikir terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan dan sentiasa bercakap benar. mingguan malaysia 280811 mat sabu dikecamBernama memetik Timbalan Perdana Menteri berkata tindakan Mat Sabu memutarbelitkan kenyataan adalah satu dosa. "Kalau dah tersasul dia kena mohon ampun pada Tuhan dan bertaubat supaya tak melakukan sesuatu seperti itu lagi," katanya kepada pemberita semasa rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri beliau di Kompleks Seri Pekembar di Pagoh hari ini. Muhyiddin berkata demikian semasa diminta mengulas tindakan Mat Sabu menafikan mengeluarkan kenyataan berhubung tragedi Bukit Kepong yang mendakwa penyerang anggota keselamatan dan keluarga tragedi itu adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.

Psikologi politik Muhyiddin kesal dengan kenyataan Mat Sabu dan menyifatkan pemimpin PAS itu lebih berpolitik dan tindakan Mat Sabu menafikan membuat kenyataan itu dan berhasrat menyaman akhbar Utusan Malaysia hanyalah psikologi politik bagi memperbetulkan keterlanjurannya. muhyiddin yasin"Bagi saya, saya tak tahu ini gambaran PAS yang sebenarnya atau perlakuan peribadi Mat Sabu tetapi yang pastinya apabila seseorang seperti beliau berucap, beliau bercakap dalam kapasiti sebagai Timbalan Presiden (PAS)," katanya. Timbalan Perdana Menteri berkata kalau itu menjadi trend PAS pada masa akan datang, ia telah lari daripada asas perjuangan parti berkenaan. Mohamad Sabu pada sidang akhbarnya Isnin lalu berkata laporan Utusan pada 27 Ogos lalu mengenai ceramahnya di di Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang, 21 Ogos lalu adalah "satu putar belit dan tokok tambah cerita untuk memfitnahnya dan PAS". "Setelah mendengar kembali ucapan saya dan dibandingkan dengan laporan muka depan dan muka lima Utusan (27 Ogos) dan kecaman berterusan akhbar (itu) bertarikh 28 Ogos, saya dapati Utusan telah memutar belit (dan) menambah cerita yang menimbulkan fitnah terhadap saya dan PAS," katanya. mat sabu pc with salleh man 190811"Saya agak lambat menjawab isu ini kerana saya mahu melihat dan mendengar balik apa yang saya katakan di ceramah itu. Pagi ini saya melihat balik videonya dan mendapati apa yang dilaporkan oleh Utusan itu tidak benar sama sekali," katanya. Akhbar itu pula, kata Mohamad, hanya menyiarkan laporan mengenai ceramahnya di Pulau Pinang itu selepas semingggu. "Saya ceramah 21 Ogos, Utusan siar 27 Ogos...jadi saya lupa apa yang tepatnya saya cakap, jadi saya tunggu rakaman itu dan mendengarnya," kata Mohamad.-malaysiakini/bernama

31 Ogos, 2011

BALACI UMNO TERKINI?


Dari dulu lagi saya dah perhatikan gelagat Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia yang terang-terang menyalahgunakan persatuan untuk meraih keuntungan politik. Kenyataan terbaru di bawah ini lebih kepada politik membodek. Banyak lagi isu pengguna lain yang sepatutnya Dr Ma'amor ni fikirkan. Nak membodek tak kena tempat. Tubuh persatuan tapi melencong kot lain. Awas...hati-hati dengan orang macam ini...


PPIM minta Mohamad Sabu tampil jelas isu caj rawatan

KUALA LUMPUR 30 Ogos — Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu tampil menjelaskan tindakan beliau menuntut caj rawatan hospital daripada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBAPP).

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr. Ma'amor Osman berkata, ia jelas menunjukkan berlaku penyelewengan kuasa dan menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terperinci mengenainya.

Beliau memberitahu, tindakan pemimpin nombor dua Pas itu menunjukkan sifat sebenar dirinya yang cuba diselindung sebelum ini.

"Sekarang apa sudah jadi, pecah tembelang. Orang sudah tahu siapa sebenarnya Mohamad Sabu. Apa rasional beliau menggunakan wang PBAPP?" soalnya ketika dihubungi oleh Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Parti Cinta Malaysia (PCM) mendedahkan Mohamad membuat tuntutan bayaran kos perubatan berjumlah RM8,434.05 sedangkan kos rawatan sebenar di Hospital Pakar KPJ di Selangor cuma RM5,060.54 sahaja.

Sehubungan itu, PCM membuat laporan di SPRM bagi membolehkan siasatan dijalankan berhubung perkara itu.

Tindakan Mohamad didakwa telah menyalah guna kedudukannya sebagai Anggota Lembaga Pengarah PBAPP apabila membuat tuntutan berkenaan.

29 Ogos, 2011

MAT SABU NAK SAMAN UTUSAN


Mat Sabu: Utusan fitnah saya dan PAS



Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berkata laporan Utusan Malaysia pada 27 Ogos lalu mengenai ceramahnya di di Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang, 21 Ogos lalu adalah "satu putar belit dan tokok tambah cerita untuk memfitnahnya dan PAS". mat sabu pc with salleh man 190811"Setelah mendengar kembali ucapan saya dan dibandingkan dengan laporan muka depan dan muka lima Utusan (27 Ogos) dan kecaman berterusan akhbar (itu) bertarikh 28 Ogos, saya dapati Utusan telah memutar belit (dan) menambah cerita yang menimbulkan fitnah terhadap saya dan PAS," katanya pada sidang media di Kompleks PAS Perlis hari ini.

Dalam laporan berkenaan, akhbar milik Umno itu mendakwa pemimpin kanan PAS tersebut berkata pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah sebagai hero sebenar.

"Saya agak lambat menjawab isu ini kerana saya mahu melihat dan mendengar balik apa yang saya katakan di ceramah itu. Pagi ini saya melihat balik videonya dan mendapati apa yang dilaporkan oleh Utusan itu tidak benar sama sekali," katanya.

Akhbar itu pula, kata Mohamad, hanya menyiarkan laporan mengenai ceramahnya di Pulau Pinang itu selepas semingggu. "Saya ceramah 21 Ogos, Utusan siar 27 Ogos...jadi saya lupa apa yang tepatnya saya cakap, jadi saya tunggu rakaman itu dan pagi ini saya mendengarnya," kata Mohamad.

Sehubungan itu, Mohamad berkata beliau akan berbincang dengan peguamnya bagi mengheret Utusan ke mahkamah kerana membuat pembohongan terhadapnya.

"Pembohongan yang dilakukan dan reka cerita yang ditambah, sehingga menimbul kegelisahan orang ramai dan menyebabkan saya dikecam, diancam dan difitnah atas berita Utusan," katanya.

Arahan selanjutnya Menurutnya, beliau akan bertemu dengan peguamnya selepas sambutan Aidilfitri untuk memberikan arahan selanjutnya berhubung perkara berkenaan.

NONEUtusan dalam laporan muka depannya kelmarin menyiarkan Mohamad juga mendakwa Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu. Mingguan Malaysia semalam pula menyiarkan berita yang memetik reaksi pelbagai pihak mengecam Mohamad yang kebih dikenali sebagai Mat Sabu. Mereka termasuk penerima Pingat Gagah Berani (PGB) dan Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP), bekas pegawai waran 1 Kanang anak Langkau. Kanang dipetik sebagai berkata Mat Sabu tidak layak mengambil bahagian dalam politik demokrasi di negara ini dan menganggap timbalan presiden PAS itu sebagai "watak penghasut yang sewajarnya dikenakan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)". NONEUtusan turut memperhebatkan gesaan supaya tindakan ISA dikenakan ke atas Mat Sabu dalam edisinya hari ini. Antara yang diwawancara yang menggesa ISA digunakan ke atas timbalan presiden PAS itu, termasuk, daripada anak kepada Ketua Balai Polis Bukit Kepong, Sarjan Jamil Md Shah yang terbunuh - Ahmad Jamil dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Tak tahu langsung Mohamad berkata, selepas mendengar kembali rakaman ucapannya itu, beliau "tidak menyebut langsung nama Mohamad Indera sebagai komunis". "Bahkan ketua penyerang Goh Peng Tun, saya tidak tahu langsung nama itu sehingga saya membaca Utusan Malaysia. NONE"Ini dua contoh rekaan Utusan untuk memfitnah saya," katanya, sambil menegaskan lagi, bahawa beliau tidak pernah kenal Goh Peng Tun dan tidak pernah menyebut nama Muhamad Indera sebagai komunis dalam ceramah itu.

"Berikutan dengan penyiaran berita itu, Radio dan Televisyen Malaysia serta TV3 terus menyiarkan dan membuat ulasan terhadap berita Utusan Malaysia itu, seolah-olah saya adalah penyokong perjuangan komunis bahkan saya adalah bapa komunis yang sebenar," katanya lagi.

Rentetan laporan media-media milik Umno itu, pelbagai pihak terutamanya bekas-bekas perajurit dan ahli keluarga mangsa Bukit Kepong menyelar Mohamad dan menuntut orang nombor dua PAS itu meminta maaf secara terbuka serta didakwa di bawah Akta Hasutan. Tidak terkecuali mengutuknya ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menganggap pemimpin kanan PAS itu buta sejarah serta mengkhianati perjuangan bangsa Melayu dalam menuntut kemerdekaan tanah air.

azlanMengulas lanjut isu ini, Mohamad berkata penyiaran berita seumpama itu adalah taktik parti pemerintah dengan menggunakan media arus perdana untuk mengalihkan isu sebenar yang lebih besar seperti kepincangan sistem pilihan raya di negara ini. "Saya tak nampak sangat penyiaran berita ini bertujuan untuk menjatuhkan saya mahupun PAS, tetapi yang lebih besarnya mereka telah digunakan untuk mengalihkan tumpuan rakyat dari isu Suruhanjaya Pilihan Raya, isu pendatang asing sebagai pengundi serta pembongkaran PAS dan BERSIH tentang kotornya daftar pemilih di negara ini. "Ini yang mereka cuba alihkan dari pandangan orang ramai khususnnya sokonganorang-orang Melayu. Jadi mereka guna ucapan saya yang telah diselewengkan itu untuk mengalihkan isu yang lebih besar," katanya lagi.-malaysiakini

Mat Sabu pengganas, pengkhianat – Musa Hassan


Mudah betul puak-puak UMNO ni menghukum orang. Dengan hanya mempercayai laporan Utusan, terus ditibainya Mat Sabu. Kalau anda tengok video di bawah, bukannya maksud Mat Sabu nak hina pejuang negara tapi beliau mempersoalkan bagaimana ramai pejuang lain tidak diiktiraf terutama Tok Janggut di Kelantan. Tapi bab putar belit, serah pada puak-puak UMNO ni. Salah seorang yang masih tak insaf sampai sekarang keluarkan kenyataan di bawah. Bagus sangat ke dia ni?

KUALA LUMPUR 28 Ogos – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan melabelkan Mohamed Sabu sebagai pengganas dan pengkhianat negara apabila mendakwa Parti Komunis Malaya (PKM) ialah hero sebenar dalam peristiwa Bukit Kepong dan bukannya anggota keselamatan serta ahli keluarga mereka.

Sehubungan itu, katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu memantau tindak-tanduk Timbalan Presiden Pas itu dan mengambil tindakan tegas terhadapnya termasuk dikenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana kenyataannya itu menunjukkan beliau mempunyai kecenderungan menjadi pengganas.

Menurut Musa, kenyataan Mat Sabu itu jelas menunjukkan beliau menyokong pengganas sedangkan sejarah membuktikan betapa kejamnya komunis terhadap anggota pasukan keselamatan dan rakyat yang menentang perjuangan mereka suatu ketika dahulu.

“Lupakah Mat Sabu betapa ramai anggota pasukan keselamatan dibunuh dengan kejam oleh komunis, berapa banyak rumah penduduk kampung dibakar apabila enggan memberi beras kepada mereka?.

“Ada 6,000 pegawai dan anggota polis dibunuh oleh komunis, tak kan mereka sanggup bergadai nyawa jika bukan mahu mempertahankan negara tetapi malang sekali pengorbanan mereka diperlekehkan oleh seorang pengkhianat seperti Mat Sabu,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Kata Musa lagi, Mohamad Sabu mungkin sengaja mengeluarkan kenyataan tersebut untuk mencari publisiti dan memburukkan polis yang selalu menangkapnya kerana melanggar undang-undang sebelum ini.

UCAPAN MAT SABU YANG BAGI UMNO MEROYAN

28 Ogos, 2011

UMNO MULA MEROYAN DENGAN MAT SABU



RIAK wajah dan aksi Kanang anak Langkau sebagai tanda amaran kepada Mohamad Sabu ketika ditemui di rumahnya di Kuching, Sarawak semalam.

Hari ni Utusan menyiarkan segelintir pemimpin UMNO mula meroyan dengan kenyataan Mat Sabu yang menyifatkan UMNO banyak putar belit sejarah. Dan paling pasti saya jangka seperti biasa Perkasa, Pekida, dan macam-macam pe la gi akan buat report polis. Percaya tak?


MAT SABU DIBIDAS

KUALA LUMPUR 27 Ogos – Pimpinan tertinggi UMNO hari ini membidas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang menganggap pihak komunis yang menyerang pasukan keselamatan dalam tragedi Bukit Kepong pada 1950 adalah merupakan hero sebenar.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa kesal dengan kenyataan Timbalan Presiden Pas itu yang mengangkat pengganas komunis sebagai hero sebenar perjuangan kemerdekaan negara.

Malah, Muhyiddin turut menyifatkan kenyataan Mohamad Sabu bahawa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap pejuang kemerdekaan adalah sesuatu yang biadab.

“Kenyataan Mohamad Sabu ini adalah satu penghinaan dan pengkhianatan terhadap perjuangan bangsa Melayu menuntut kemerdekaan tanah air.

“Sebaliknya beliau dengan angkuhnya telah mengangkat kezaliman pengganas komunis sebagai satu kemuliaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula berkata, kenyataan Timbalan Presiden Pas itu telah menimbulkan kemarahan ramai warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan keluarga anggota keselamatan yang terkorban akibat peristiwa itu.

‘‘Malah, tindakan beliau mendakwa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan juga menunjukkan perjuangan Pas ketika ini semakin songsang di bawah kepimpinan seperti Mohamad Sabu,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya semalam menyiarkan kontroversi yang dicetuskan Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu apabila mendakwa Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Selain itu, dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mat Sabu turut mendakwa Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, kenyataan Mat Sabu bahawa Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan adalah satu penghinaan kepada rakyat negara ini.

“Justeru, Pergerakan Pemuda UMNO mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Mat Sabu dan menganggap bahawa beliau merupakan pemimpin yang tidak berkualiti langsung,” katanya.

Di Kuching, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, pendapat bahawa anggota polis yang diserang dalam tragedi Bukit Kepong berkhidmat untuk penjajah tidak benar kerana mereka berjuang mempertahankan sebuah wilayah dalam sebuah negeri yang mempunyai sultan.

Katanya, PKM pula tidak pernah ikhlas memperjuangkan kemerdekaan negara kerana matlamat sebenar mereka adalah menyingkirkan raja-raja Melayu dengan cara menubuhkan sebuah republik.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kenyataan Mat Sabu itu termasuk mahu mengubah fakta sejarah menunjukkan pemimpin Pas kini semakin jahil terutamanya sejak menjadi ‘boneka’ DAP.

‘‘Faktor itu juga dipercayai menjadi punca apabila mereka menukar konsep perjuangan mereka kepada negara berkebajikan dan dikhuatiri mereka juga akan mengubah kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan manakala raja-raja Melayu dipinggirkan,” katanya.

Di Kota Bharu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Mat Sabu disifatkannya sudah hilang pedoman.

Sehubungan itu, katanya, beliau meminta rakyat menolak pemimpin terbabit yang mengagung-agungkan pengganas komunis kerana gerakan itu telah banyak membawa kemusnahan kepada negara.

27 Ogos, 2011

MAT SABU PULA JADI SASARAN UTUSAN


Haha...setelah bertalu-talu Anwar Ibrahim kena kutuk, cerca, maki dangan Utusan Malaysia, akhbar ini seolah-olah kehabisan idea lagi nak kutuk Anwar macamana lagi. So, sekarang musim pemimpin PAS pulak kena kutuk. Terkini, Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu pula jadi sasaran. Haha...untung la Mat Sabu dapat publisiti percuma. Bukan senang nak dapat 'muka depan' akahbar utama negara. Sekurang-kurangnya Mat Sabu dapat juga sampaikan mesej utama tentang pejuang negara yang hakiki zaman pemerintahan British dulu. Syabas Mat Sabu..
Mat Sabu hina pejuang negara

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my


Mohamad Sabu ketika berucap pada Ceramah Perdana Pas di Padang Menora Tasek Gelugor, Seberang Perai, Pulau Pinang, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 26 Ogos – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.

Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mohamad turut mendakwa Dato’ Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.

Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar selain hanya memihak kepada UMNO.

“Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.

“Jins Shamsudin (Tan Sri) buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung,” katanya dalam ceramah itu.

Dalam tragedi berdarah Bukit Kepong yang bermula kira-kira pukul 5 pagi pada 23 Februari 1950, satu persatu anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka gugur selepas diserang dari setiap sudut oleh 200 pengganas komunis, malah sebahagian daripada mangsa dicampak hidup-hidup ke dalam api.

Mohamad mendakwa semua sejarah negara adalah bohong apabila pegawai British diangkat sebagai pejuang kemerdekaan manakala yang melawan British menjadi penjahat.

“Semua sejarah negara kita bohong, pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi penjahat. Siapa pegawai British? Dato’ Onn dan Tunku Abdul Rahman itulah pegawai British. Tapi bila tiba bulan merdeka hanya mereka yang ditonjolkan. Kalau begitu UMNO seorang sajalah yang merdeka, betul tidak,” tuduhnya.

26 Ogos, 2011

PERKASA MENYALAK LAGI


Puak-puak Perkasa yang menjadi perkakas UMNO BN ini tak habis-habis menyalak. Kenyataan terbaru kononnya Melayu tidak berpecah, yang berpecah cuma pemimpin sahaja. Hahaha....kalau otak dah tahap bengap ni susah juga kita nak terima. Paling bodoh kenyataannya ialah bila Pakatan Rakyat perintah Malaysia, Melayu akan jadi minoriti. Apakah Melayu dalam PAS, dalam PKR dan dalam DAP tu bodoh? Rela tanahair digadaikan? Mereka ini sebenarnya dah meluat sangat dengan kepimpinan UMNO yang sekian lama memperbodohkan Melayu itu sendiri. Bila hayat UMNO hampir ke puncak nazak, mulalah keluar kenyataan-kenyataan bodoh dari balaci-balaci mereka ini.


MELAYU TAK BERPECAH, CUMA PEMIMPIN SAJA BERPECAH-PERKASA

KUALA LUMPUR, 26 Ogos ─ Perkasa bersetuju dengan pendirian Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria bahawa perpecahan di kalangan orang Melayu wujud disebabkan pentadbiran negara yang cukup lemah, rasuah dan tidak amanah.

Bagaimanapun Setiausaha Agungnya Syed Hassan Syed Ali menegaskan, perpecahan orang Melayu tidak berlaku, sebaliknya yang berpecah adalah pemimpin-pemimpin kaum itu.

Jelas beliau, perpecahan antara pemimpin Melayu itu berlaku disebabkan sikap mereka yang gemar menyalahkan antara satu sama lain selain turut menyebarkan fitnah.

“Saya fikir Melayu tidak berpecah sebenarnya, yang berpecah sebenarnya pemimpin-pemimpin Melayu... fitnah-memfintah antara pemimpin Melayu lebih jelas puncanya dari rasuah penyebab Melayu berpecah.

“Fitnah secara terang-terangan dapat jelas dibaca atau didengar di mana-mana saluran media atau ceramah. Kekayaan dan kuasa yang dikejar oleh pemimpin Melayu punca fitnah-memfitnah berlaku,” katanya.

Menurut Syed Hassan, Pakatan Rakyat juga tidak boleh memberi jaminan bahawa parti perikatan itu mampu membendung gejala rasuah yang turut melibatkan pegawai-pegawai kerajaan.

“Tapi tidak jamin rasuah tiada, rasuah sudah jadi budaya masyarakat Malaysia termasuk orang Islam sendiri, pegawai jabatan agama pun ada ditangkap kerana rasuah.

“Akhir sekali rasuah bukan hanya di kalangan pemimpin politik, yang lebih besar terlibat dengan rasuah adalah mereka yang diamanahkan melaksanakan tugas-tugas menjayakan dasar kerajaan dan negara,” katanya.

Jelas beliau, gejala tidak sihat dalam kalangan pegawai kerajaan boleh di atasi sekiranya agensi agama menyusun strategi untuk mencegah perkara itu.

“Jadi, jabatan agama Islam besar tugas mereka untuk menyusun strategi bagi memberi ceramah yang lebih berkesan isu fitnah dan rasuah.

“Di jabatan-jabatan kerajaan adakan siaran radio dalaman yang didengari oleh semua kakitangan yang sedang bekerja boleh mendengar sambil buat kerja, ceramah melalui kaset atau CD dari ulama-ulama yang tiada kepentingan politik untuk tajuk khas fitnah dan rasuah sekali pagi dan petang. Ini membolehkan mereka tidak mudah terpengaruh dengan mengikut nafsu jahat,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Dalam Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti kelmarin, Harussani berkata, perpecahan di kalangan Melayu berlaku disebabkan pentadbiran negara yang cukup lemah, rasuah dan tidak amanah.

Harussani juga berkata, orang Melayu berpecah selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada September 1998.

Bagaimanapun beberapa blog pro-Najib dan mesej-mesej menerusi Twitter mempersoalkan kenyataan terbuka beliau.

Syed Hassan menambah kedudukan orang Melayu akan lebih terancam sekiranya Pakatan Rakyat memerintah.

Jelas beliau, orang Melayu bukan sahaja akan berpecah malah akan menjadi “minoriti dan pupus” jika negara dipimpin parti perikatan itu.

“Ada kebenaran kata Tan Sri Harussani itu.Tapi jika Pakatan memerintah bukan setakat Melayu berpecah malah boleh jadi bangsa Melayu menjadi minoriti dan akan pupus satu hari nanti bersama-sama pemimpin Melayu semua.

“Jika Melayu bersatu, juga jangan fikir tidak akan ada rasuah... pembangunan Islam dan Melayu lebih terjamin jika Melayu bersatu,” katanya.-themalaysiainsider

25 Ogos, 2011

MAHATHIR PUNCA MELAYU BERPECAH


Sebenarnya saya sangat bersetuju dengan kenyataan terbaru Ustaz Harussani Zakaria bahawa perpecahan Melayu bermula dari kedegilan Mahathir untuk memecat Anwar Ibrahim ketika itu. Mahathir yang sangat takut dengan pengaruh Anwar terasa begitu tergugat sekali. Jadi tindakan paling mudah ialah dengan memecat Anwar. Maka, hari ini semua mula mendapat 'hasilnya'. Ugutlah Anwar dengan apa cara sekali pun. Pengaruh beliau makin hari makin kuat. Sepanjang saya bekerja sebagai wartawan, tak pernah saya lihat pengaruh Anwar sehebat hari ini. Makin dilanyak, makin hebat Anwar.




‘Nasihat saya jangan pecat Anwar ditolak’-Harussani Zakaria

SHAH ALAM - Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria pernah mengingatkan Tun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu Perdana Menteri supaya tidak memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini katanya, kerana tindakan memecat Anwar hanya akan menyebabkan orang Melayu berpecah belah kerana bekas Timbalan Perdana Menteri itu diketahui mempunyai ramai penyokong.

“Semasa saya pergi ke pejabat Perdana Menteri, saya jumpa Tun Ahmad Sarji (ketika itu Ketua Setiausaha Negara). Tun Ahmad Sarji kata dia akan beritahu PM (Mahathir). Dan selepas itu, dia kata PM tak mahu jumpa saya,” katanya.

Anwar dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno pada September 1998.

Selain itu, kata Harussani, beliau juga melihat tuduhan liwat yang dikenakan terhadap Anwar tidak bersesuaian.

“Saya mahu ingatkan bahawa tuduhan liwat, jika tak bawa empat saksi, susah. Sebab itu saya mahu cadangkan kepada Dr Mahathir supaya buat rombakan Kabinet saja, turunkan Anwar daripada Timbalan Perdana Menteri kepada menteri biasa. Itu yang lebih baik.

“Sekarang, tengoklah, apa jadi pada bangsa Melayu?” katanya.

Menurutnya, dalam banyak perkara lain, Mahathir banyak memberi pertimbangan dan menerima pandangannya melainkan dalam isu membabitkan Anwar.

“Saya sanggup jumpa Perdana Menteri untuk suarakan pandangan. Sebelum itu, kepada Tun (Abdul) Razak (Hussein), tiga kali saya jumpa. Kali pertama berkaitan Thaipusam yang hanya setahun sekali tetapi di Pulau Pinang, disambut tiap-tiap bulan. Bukan itu saja, orang Hindu di Pulau Pinang berarak sampai dalam kampung Melayu walaupun dalam kampung itu hanya ada seorang saja beragama Hindu.:

“Saya jumpa Perdana Menteri, mengadu dan kemudian Tun Razak panggil Menteri Kehakiman waktu itu, Tan Sri Abdul Kadir Yusuf yang terus hubungi Ketua Polis Pulau Pinang arah ambil tindakan,” katanya.

Harussani yang pada masa itu, berjawatan Kadi Besar Pulau Pinang berkata, dalam kes lain, beliau juga pernah mengadu kepada Abdul Razak, mengenai 14 tokong Buddha yang dinamakan sempena nama orang Melayu.

“Saya tunjuk gambar tokong-tokong itu kepada Tun Razak. Yang ketiga kes kongsi raya, saya beritahu dia haram kita sebut kongsi raya kita dengan perayaan agama lain. Esoknya dia buat kenyataan larang guna (istilah) kongsi raya,” katanya.

Mengenai kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, Harussani berkata, beliau pernah mengingatkan Perdana Menteri mengenai perpecahan orang Melayu hari ini yang menurutnya berpunca daripada pentadbiran kerajaan yang lemah, tidak amanah dan rasuah.

24 Ogos, 2011

SANGGUP GANTUNG DIRI KERANA SAKIT GIGI


Kadang-kadang pening juga kita tengok perangai manusia ni. Selalunya benda-benda pelik macam ni berlaku di luar negara tapi kali ini peristiwa pelik ini berlaku di negara kita iaitu di Terengganu. Semoga perkara-perkara macam ni tak berlaku lagi dikalangan kita. Gigi punya pasal, sanggup hilang nyawa....


sumber berita: klik sini

23 Ogos, 2011

RANCANGAN TERANCANG PM?


Anwar Nafi Melakukan Seks Dengan Mohd Saiful

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan beliau melakukan seks dengan bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Saya secara mutlak menafikan dakwaan terhadap saya. Saya ingin menyatakan bahawa dengan sejelas-jelasnya bahawa saya tidak pernah mempunyai hubungan seksual dengan pengadu Mohd Saiful. Dakwaannya penipuan secara terang-terangan dan kejam dan akan dibuktikan sedemikian," kata Anwar.

Anwar, 64, yang membacakan kenyataan 32 muka dari kandang tertuduh, berkata tiada keterangan mengenai sebarang percubaannya untuk menyelak pintu unit kondomominium itu dari dalam.

Beliau berkata berdasarkan testimoni Mohd Saiful, pengadu mempunyai kesempatan meninggalkan bilik itu tetapi beliau tidak berbuat demikian.

"Pengadu mempunyai peluang terbuka luas untuk lari tetapi beliau tidak berbuat demikian. Alasannya bahawa beliau terpaku ketakutan," kata Anwar.

Anwar, yang membaca kenyataan itu hampir dua jam, berkata Mohd Saiful sendiri telah mengaku bahawa beliau telah membawa bersama pelincir dan telah bersedia secara sukarela.

Selepas aksi yang didakwa, tertuduh menjelaskan mengenai testimoni pengadu bahawa Mohd Saiful telah minum dan berbual mesra dengannya.

Anwar berkata tiada percubaan dibuat untuk mendapatkan rawatan dengan segera. Bagaimanapun Mohd Saiful telah menghadiri satu majlis Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menghadiri perjumpaan Kelab Anwar Ibrahim di rumahnya keesokannya tanpa menunjukkan sebarang tanda ketidakselesaan sama ada dari segi emosi dan fizikal.

"Oleh itu, sikapnya benar-benar tidak konsisten dengan telah dicabuli, pengadu bohong bulat-bulat," dakwa Anwar.

Anwar, 64, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008 terhadap pertuduhan melakukan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama.

Pada 16 Mei, Hakim Mohamad Zabidin memerintahkan Anwar untuk membela diri selepas memutuskan bahawa Mohd Saiful, ialah seorang saksi yang boleh dipercayai dan berwibawa.

Sambil membacakan kenyataan, Anwar juga mendakwa bahawa pihak pendakwa gagal melaksanakan tugas secara profesional.

Beliau mendakwa bahawa pihak pendakwaan secara konsisten enggan mendedahkan material penting kapada pasukan pembelanya termasuk senarai saksi pendakwa, nota klinikal doktor-doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL), kenyataan saksi termasuk kenyataan Mohd Saiful dan sampel forensik dan eksibit bagi pemeriksaan dan pengesahan bebas.

"Semua ini telah menyebabkan prejudis yang agak banyak kepada pembelaan saya dan ketidakadilan yang serius," kata Anwar.

Beliau juga menyentuh mengenai penghakiman panjang lebar oleh hakim perbicaraan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah di akhir kes pendakwaan.

Anwar berkata mengikut Seksyen 182A(1) Kanun Prosedur Jenayah, hakim sepatutnya memutuskan sama ada seorang saksi itu boleh dipercayai atau tidak di akhir kes pembelaan.

"Saya telah dinafikan keperluan untuk membuat membuat pembelaan saya secra bersumpah. Itu bermakna menafikan hak untuk satu perbicaraan yang adil dan saksama," kata Anwar.

Pemimpin pembangkang itu juga berkata keputusan Hakim Mohamad Zabidin berhubung isu menemu bual saksi pembelaan, telah memberikan satu perhubungan dengan menyatakan bahawa mereka enggan ditemu bual.

Anwar menjelaskan bahawa dia akan bersedia dan sedia memberikan keterangan dengan mengangkat sumpah tetapi "terhalang" oleh pendakwaan dan dengan cara Hakim Mohamad Zabidin menjalankan perbicaraan itu.

Beliau menjelaskan bahawa saksi alibinya juga diganggu polis di mana kenyataan pemilik dua unit kondominium, Hasanuddin Abd Hamid dirakamkan dalam video oleh polis selama hampir 30 jam.

Beliau mengakhiri kenyataannya dengan menuduh bahawa dakwaan terhadapnya tidak lebih daripada satu konspirasi untuk memenjarakannya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamad Zabidin bersambung esok dengan pihak pembelaa memanggil pakar DNA dari Australia Dr Brian Leslie McDonald dan Profesor Madya David Lawrence Noel Wells.

-- BERNAMA

22 Ogos, 2011

RAHSIA NAJIB TERBONGKAR


Kalau anda baca tajuk utama Utusan Malaysia hari ini,mungkin merupakan berita baik buat Perdana Menteri. Tapi tahukah anda, berita ini sebenarnya merupakan 'psikologi halus' Utusan bagi menjatuhkan Najib. Sejak kes cincin US$24 juta timbul, akhbar-akhbar utama 'menutup' cerita ini supaya tidak diketahui umum. Tapi bila berita ini keluar, secara tidak langsung Utusan telah mengeluarkan cerita tentang cincin US$24 juta ini. Ramai kalangan penyokong UMNO dikampung-kampung yang dikawal maklumat, secara terbuka mendapat berita ini. Mungkin ianya sekadar penafian tetapi kalau tidak ada angin, masakan pokok boleh bergoyang. Jadi, minat rakyat luar bandar makin meluap-luap untuk mengetahui cerita sebenar tentang cincin tersebut. Maka, keuntungan pasti berpihak pada Pakatan Rakyat. Walaupun niat Utusan menerbitkan cerita ini bagi memberi merit politik kepada Muhyiddin Yasin yang telah diketahui ramai akan kedinginan hubungannya dengan Najib makin membuak. Tapi anda tentu pasti siapa yang untung sebenarnya dari berita ini...

Kompas mohon maaf kepada Najib


Jimmy S. Harianto memohon maaf kepada Najib Tun Razak mewakili akhbar Kompas di Putrajaya, baru-baru ini.

JAKARTA 21 Ogos - Akhbar Kompas hari ini memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan penyiaran laporan mengenai keluarga Perdana Menteri dalam akhbar berkenaan pada 4 Ogos lalu.

Ketua Pengarang akhbar popular Indonesia itu, Rikard Bagun berkata, Kompas memohon maaf di atas penyiaran berita berhubung perkara yang tidak pernah berlaku dalam keluarga Perdana Menteri.

Penyiaran berita itu antara lain menyatakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai pemilik syarikat Perimekar Sdn. Bhd.

Selain itu, akhbar tersebut menyiarkan berita yang menuduh Rosmah membelanjakan AS$24 juta dolar (RM72 juta) untuk membeli sebentuk cincin berlian sedangkan barang kemas berkenaan tidak pernah dipesan atau dibeli mahupun untuk bahan pameran peribadi oleh Rosmah.

Akhbar tersebut turut menuduh bakal besan Perdana Menteri mempunyai kaitan dengan mafia Rusia sedangkan ia langsung tidak berasas.

“Atas pemberitaan tersebut, Pemimpin Redaksi (Ketua Pengarang) Kompas, Rikard Bagun, Sabtu (20/8) di Jakarta, secara khusus menyatakan permintaan maafnya “Kepada Kepala Negara (Perdana Menteri) dan keluarga,” kata Rikard yang disiarkan oleh akhbar berkenaan hari ini.

Permohonan maaf itu dimuatkan dalam wawancara dengan wartawan kanan akhbar tersebut, Jimmy S Harianto dengan Perdana Menteri di Putrajaya Khamis lalu.

Ketika ditemui oleh Jimmy, Perdana Menteri melahirkan rasa terkejut dengan tindakan Kompas yang sanggup menyiarkan berita tersebut.

20 Ogos, 2011

'ALI SETAN' KAFIRKAN KERAJAAN ?


Azmil Mustapha Di Dakwa Hina Perlembagaan?

Satu laporan polis dibuat terhadap bekas pelakon terkenal, Azmil Mustapha (gambar), atau lebih dikenali sebagai ‘Ali Setan’ atas beberapa dakwaan termasuk mempertikaikan Perlembagaan Persekutuan dan menjatuhkan martabat Yang DiPertuan Agong.Menurut laporan polis tersebut, Azmil, dikatakan menyampaikan ceramah di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang ketika para jemaah sedang bersedia untuk bersolat tarawih di situ, pada 18 Ogos. Laporan itu dipercayai dibuat salah seorang jemaah masjid berkenaan . Antara kandungan ceramah yang dicatat di dalam laporan polis itu adalah seperti berikut: -


- Menuduh Kerajaan tidak Islamik di mana sekolah-sekolah Kerajaan yang ada mengikut acuan kafir dan tidak wujud sekolah-sekolah yang beragama Islam

- Mempetikaikan Perlembagaan Persekutuan dan Rukunegara di mana (Azmil) mempertikaikan keluhuran
perlembagaan ditukar kepada perlembagaan Al-Quran.

-Tidak perlu mengagungkan DYMM Sultan dan DYMM Yang DiPertuan Agong di mana yang perlu
diagungkan hanya Tuhan sahaja.

- Berulang kali beliau mengeluarkan kata-kata ‘Melayu bodoh’ dan ‘tidak ada telur’.

- Mempertikaikan pertemuan di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Pope
Kristian dan mempersoalkan apakah niat di sebalik pertemuan itu.

· Dasar Ekonomi Baru (DEB) dipertikaikan dan ditukarkan kepada ‘Dasar Ekonomi Bodoh’.

· Menyampaikan ceramah di dalam masjid tanpa tauliah dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

· Apabila ditegur oleh seorang jemaah, Azmil menghinanya dengan mendakwa bahawa segala ibadah, haji dan
zakat jemaah yang membuat terguran itu sia-sia belaka.

Sebelum ini, Azmil yang berhijrah ke Syria mendorongnya untuk kembali ke tanahair ekoran suasana negara itu yang tidak terkawal dan huru-hara. Azmil merupakan bekas pelakon popular tanahair sekitar tahun 80’an pernah membintangi filem Ali Setan, Ali Setan II, Mekanik dan Suara Kekasih, berpasangan dengan pelakon wanita diva terkenal negara, Fauziah Ahmad Daud, atau lebih dikenali sebagai Ogy.

Beliau kemudian bersara dari dunia hiburan tanahair dan mengambil kesempatan untuk mendekatkan diri dengan agama Islam. Azmil walaubagaimanapun menafikan dakwaan yang dibuat melalui satu laporan polis bahawa beliau telah menyampaikan ceramah yang bersifat menghina Perlembagaan dan Yang DiPertuan Agong.

Azmil berkata, maklumat tersebut langsung tidak berasas dan disalah ertikan oleh pihak yang membuat laporan polis. Beliau yang telah dihubungi oleh beberapa wartawan, dimaklumkan tentang laporan polis itu hari ini mengaku belum membaca dan mengetahui kandungan sebenar laporan itu dan enggan mengulas mengenainya.-addin

RUSLAN KASSIM KAKI BODEK


Tak habis-habis orang kuat Perkasa ni nak membodek Najib. Kenyataan terbaru dalam Utusan yang menyifatkan Marina Mahathir sebagai Melayu Mudah Lupa. Haha...Ruslan terlupa agaknya status ketua beliau dalam Perkasa Ibrahim Geli yang pernah bertanding guna lambang PAS kemudian menikam dari belakang. Bos dia sendiri pun jenis Melayu Mudah Lupa. So,nampak sangat agenda membodek Najib makin berterusan terutama menjelang pilihanraya umum ini....

Marina Melayu yang mudah lupa - Perkasa

KUALA LUMPUR 19 Ogos - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyifatkan aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir sebagai seorang Melayu yang mudah lupa serta tidak berpijak di bumi nyata.

Ketua Penerangannya, Ruslan Kassim berkata, tindak-tanduk yang ditunjukkan Marina sejak akhir-akhir ini telah memburukkan imej bapanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai bekas Perdana Menteri dan juga negarawan tersohor.

Katanya, Dr. Mahathir merupakan seorang pejuang yang disegani oleh kawan dan juga lawan tetapi Marina langsung tidak mewarisi keperibadian yang dimiliki oleh bapanya itu, malah hanya memalukan keluarganya sahaja.

"Tun (Dr. Mahathir) merupakan pemangkin kepada kemajuan negara, kekuatan orang Melayu tetapi Marina sebaliknya.

"Beliau hanya hidup di dalam fantasi dan tidak berpijak di bumi nyata. Justeru beliau layak dilabelkan sebagai seorang Melayu yang mudah lupa.

"Beliau seharusnya berfikir dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan atau mengambil sesuatu tindakan, bukannya dah buat kenyataan dan ambil tindakan baru mahu memikirkan kesannya. Ia sudah terlambat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas tulisan Marina dalam akhbar The Star kelmarin yang antara lain mempertahankan perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai lalu dan turut mempersoalkan kenyataan beberapa pemimpin kerajaan yang cuba menyamakan perhimpunan haram itu dengan kejadian rusuhan di London, baru-baru ini.

Menurut Ruslan, beliau tidak menolak kemungkinan Marina mempunyai agenda peribadi tertentu sehingga sanggup melakukan perkara yang bertentangan dengan tradisi keluarganya.

"Mungkin beliau ada rasa tidak puas hati sebab itu beliau bertindak sedemikian rupa dan ketika ini beliau telah terperangkap dalam kumpulan vocal minority.

"Beliau perlu ingat, pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari ini merupakan legasi kepimpinan bapanya. Apa yang diamalkan pada hari ini adalah kesinambungan amalan sewaktu Tun (Dr. Mahathir) memerintah. Jadi apa yang beliau tidak puas hati?" ujarnya.

Dalam pada itu, Ruslan turut mencabar Marina mengisytihar harta yang dimilikinya di dalam mahu pun luar negara sama ada ia diperolehi menerusi kaedah yang betul atau sebaliknya.

"Saya cabar Marina supaya mengisytihar harta yang miliknya. Saya yakin semua pihak mahu mengetahui harta serta kekayaan yang dikumpul selama ini," ujarnya.-utusan

19 Ogos, 2011

SAIFUL HINA MAHKAMAH?


Peguam utama dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim - Karpal Singh, mahu hakim yang membicarakan kes itu bertindak terhadap pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana muncul dalam wawancara dengan TV3, baru-baru ini. NONE"Saya rasa hakim itu patut lakukan sesuatu ... hakim mempunyai tanggungjawab, anda tahu, dengan serta-merta keluarkan surat tunjuk sebab. Saya fikiritu yang patut oleh hakim," kata Karpal. Selasa dan Rabu lalu, Mohd Saiful keudara menerusi program berita TV3 Buletin Utama. Dalam wawancara eksklusif itu, beliau menceritakan kesukaran yang ditanggungnya akibat kes liwat itu. Bagaimanapun, Karpal enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, kerana berkata bahawa kes berkenaan masih dalam proses perbicaraan. Beliau berkata demikian kepada wartawan di kompleks mahkamah di Jalan Duta di Kuala Lumpur selepas menemu bual seorang lagi saksi, hari ini, iaitu jururawat Pusrawi Yazihan Jusoh, bersama peguam kanan Param Cumaraswamy dan Sankara Nair. Ditanya sama ada pihak pembelaan akan menimbulkan wawancara TV3 dengan Saiful apabila perbicaraan bersambung Isnin ini, Karpal berkata beliau akan mengkaji temu bual itu, terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

18 Ogos, 2011

DAKWA DIBOGELKAN



Tiga anggota wanita Parti Sosialis Malaysia (PSM) membuat aduan rasmi kepada lembaga disiplin polis mengenai 'layanan buruk, pencabulan kuasa dan ganguan seksual” ke atas mereka semasa ditahan Jun lalu. G Packialetchumy , P Indra dan P Jody membuat aduan di ibu pejabat polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, dengan diiringi beberapa pemimpin PSM hari ini. NONEMereka menyerahkan memorandum empat halaman bersama tujuh laporan berhubung dakwaan salah laku polis. Wanita berkenaan mendakwa mereka dipaksa berbogel dan menanggalkan pakaian mereka kepada baju lokap di hadapan dua anggota polis lelaki di kawasan terbuka di balai polis Kepala Batas di Pulau Pinang. Ini, kata mereka berlaku pada malam 25 Jun, di mana 31 anggota PSM ditangkap semasa dalam program jelajah parti itu. Tiga belas daripada mereka adalah wanita. “Sebaik saja tiba di lokap, kami bergilir dibawa ke lobi. Saya nampak ada 10 anggota wanita dan dua lelaki,” kata Packialetchumy yang mendakwa beliau kemudiannya diarahkan untuk menanggalkan bajunya. Dakwanya lagi, dua anggota polis lelaki berkenaan yang berdiri kira-kira sejauh dua meter kemudiannya menjerit "Buka, kenapa tak buka?”. NONE"Bila saya enggan buka, seorang anggota wanita mara ke depan dan tarik baju saya,” kata Pakialetchumy (kanan), 40, dengan berang. Beliau kemudiannya berselindung di belakang anggota polis wanita lain dan menukar kepada pakaian lokap itu seperti yang diarahkan. Dalam aduannya juga, Jodie, 51, mendakwa seorang anggota polis lelaki menyepak kakinya apabila pada mulanya dia enggan mematuhi arahan itu. Indra, 53, pula mendakwa seorang anggota polis cuba melondehkan seluarnya. Menurut ketiga-tiga mereka, nasib yang sama juga dialami tahanan wanita lain.-malaysiakini

17 Ogos, 2011

ADIK PM DAPAT 12 JUTA



Genting Bhd menerajui senarai pembayaran besar sebanyak RM111.48 juta kepada lembaganya, naik 21 peratus daripada RM92.11 juta sebelumnya.

Syarikat itu juga mempunyai ganjaran tertinggi antara RM106.65 juta hingga RM106.70 juta bagi seorang pengarah tunggal, kata Malaysian Business dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, syarikat itu tidak menamakan siapa pengarah tersebut.

lim kok thay 02Eksekutif atasan yang tersenarai ialah pengerusi eksekutif merangkap ketua eksekutifnya, Tan Sri Lim Kok Thay.

Menurut kaji selidik tahunan “Pengarah Yang Dibayar Paling Tinggi” majalah perniagaan itu, syarikat tersenarai membayar ganjaran besar kepada pengarah mereka tahun lalu berbanding 2009 susulan keadaan persekitaran ekonomi yang bertambah baik.

Bagaimanapun, sesetengah syarikat mengurangkan ganjaran kepada lembaga pengarah mereka tahun lalu, termasuk CIMB Group Holdings Bhd.

nazir razakBank kedua terbesar itu membayar RM18.51 juta atau kurang 13 peratus kepada ahli lembaganya dan ganjaran rendah kepada pengarah urusan kumpulan merangkap ketua pegawai eksekutif kumpulan, Datuk Seri Mohd Nazir Razak.

Beliau menerima RM12 juta tahun lalu berbanding RM14.5 juta pada 2009.

IOI Corporation Bhd berada di tempat kedua dengan jumlah pembayaran sebanyak RM56.29 juta, kata Malaysian Business.

Sementara itu, dengan tiga syarikat - YTL Corp, YTL Power International dan YTL Cement - Tan Sri Yeoh Tiong Lay menerima gabungan ganjaran sebanyak RM13.10 juta.

Apa yang menarik, daripada 630 syarikat, 95 syarikat dengan kerugian besar masih memberi ganjaran kepada pengarah mereka dengan pembayaran yang tinggi.

Kaji selidik itu menyenaraikan sejumlah 630 syarikat dengan ganjaran sebanyak RM300,000 ke atas seperti yang dinyatakan dalam laporan tahunan syarikat.

Daripada jumlah ini, hanya sebilangan kecil syarikat yang telus dalam menyatakan ganjaran sebenar kepada eksekutif-eksekutif utama mereka.

- Bernama

16 Ogos, 2011

AIR KENCING UNTUK PERDANA MENTERI?


Kalau puak-puak UMNO nak bagi hadiah jamban untuk MB Selangor, lain pula gelagat seorang penduduk di Kunak Sabah yang ingin menghadiahkan air kencing untuk PM. Cara ini sebenarnya tak manis jika mengikut budaya timur tapi siapa yang mulakan dulu....? Kalau tahap kesabaran rakyat dah tak boleh ditahan, beginilah jadinya.

"JANGAN sampai kami kirim kencing kepada Perdana Menteri gara-gara Shafie Apdal,"
kata Setiausaha JKKK Kg. Cenderawasih, Kunak, Ahmad Bin Andi Mangga menunjukkan aksi berani memasukkan kencingnya ke dalam botol minuman yang mempunyai gambar Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan mengungkapkan kata-kata di atas sambil menunjukkan botol yang mengandungi kencingnya untuk rakaman video.

Ahmad menyatakan beliau terpaksa bertindak ‘kurang ajar’ untuk mengajar Shafie yang terlalu cuai dan kurang peka dengan aspirasi penduduk luar bandar terutama yang mengalami gangguan bekalan air disebabkan pelaksanaan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) yang dilaksanakan tanpa pemantauan KKLW.

“Selama ini kita tidak pernah mengalami gangguan air, tetapi projek demi projek yang dilaksanakan KKLW telah dibuat tanpa sebarang notis sehingga mengganggu bekalan air ke kampung kami. Kadang-kadang satu bulan tiada air. Terpaksa beli daripada lori,” kata Ahmad yang berang kerana aduannya terhadap Adun Kunak, Datuk Nilwan Kabang dan Jabatan Air tidak diendahkan langsung.


Menurut Ahmad, bekalan air di Kunak cukup untuk tempoh tiga puluh tahun daripada sekarang, malah terpaksa dibuang setiap hari bagi membolehkan kontraktor (Lahad Datu water Supply) memenuhi kuota bekalan air bersih setiap hari.

“Kalau mau buat projek, buatlah. Maklumkan kepada JKKK atau penduduk. Sekarang zaman modern. Semua maklumat di hujung jari. Tetapi kenapa buat senyap-senyap dan pasang paip tanpa papantanda sehingga kerja-kerja berkenaan mengganggu bekalan air ke kampung kami,” kata Ahmad yang menuding jari kepada Shafie kerana ghairah meluluskan projek tanpa mengkaji kesesuaiannya.

Tegas Ahmad, hanya Sub-kontraktor yang menjalankan kerja memasang paip baru untuk projek BALB Tingkayu, namun kerja mereka tidak diselia oleh Jurutera Jabatan Air atau Juruperunding yang dilantik.

“Tetapi jangan jadikan kami mangsa projek. Mereka mau kayakah, mau telan itu wang projek, telanlah, tetapi kenapa bekalan air kami diputuskan? Bil kami bayar. Meter kami ada, tapi keluar angin saja. Mau bilang tangki simpanan Jabatan Air tiada air, penuh pula; sampai dibuang ke parit. Apa semuanya ini?,” tanya Ahmad yang kesal kerana KKLW melantik kontraktor yang tidak berkelayakan menjalankan kerja penting berkenaan.

Oleh itu kata Ahmad, sebelum mereka bertindak memboikot pilihanraya umum akan datang atau memberikan undi mereka kepada pembangkang, Shafie wajib turun padang untuk melihat masalah penduduk kampung yang sengsara akibat pelaksanaan NKRA menyusahkan rakyat dan mengkayakan kroni Shafie.[SabahKini]

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/08/penduduk-berang-mahu-kirim-air-kencing.html#ixzz1V8Vv4vZr

PERKASA PEKIDA KENA HALAU?

KUASA RAKYAT

LAKI BINI KENA SEPINA

kebangkitan rakyat

kebangkitan rakyat

SEJARAH TERCIPTA: ANWAR BEBAS..!!!