rakan-rakan blog ini

PRODUK UNTUK PENGANTIN LELAKI

.

.
Info : Blog ini baru sahaja diaktifkan secara rasmi 15hb Ogos 2010 yang lalu. Penulis merupakan seorang bekas wartawan yang pernah bertugas dibeberapa akhbar tanahair. Lebih 20 tahun bertugas sebagai wartawan sebelum ini. Jadi, menyedari betapa pentingnya kebenaran itu ditegakkan, Penulis membuat keputusan menulis secara aktif di blog ini. Semoga Allah memberkati niat baik saya ini

Halaman

20 Oktober, 2009

KENAPA PAKATAN RAKYAT KALAH DI PERAK?

Kita semua tahu apa yang berlaku di Perak. Tetapi ramai yang tidak tahu, mengapa ia berlaku.

Sekiranya anda masih ingat, ianya mengambil masa seminggu untuk kerajaan baru di Perak dan Selangor mengangkat sumpah selepas pilihanraya umum Mach 2008. Kedua-dua Sultan dinegeri ini mahu ‘membincangkan’ terlebih dahulu dengan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat.Sultan kemudiannya meletakkan beberapa syarat sebelum bersetuju untuk melantik Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri yang baru.

Jurang masa selama seminggu itu telah memberika masa kepada kerajaan negeri yang lama iaitu Barisan Nasional untuk memindah dan memusnahkan banyak bukti-bukti penyelewengan yang dilakukan sebelum ini.

Kelewatan selama seminggu ini juga membolehkan Barisan Nasional menawarkan kemungkinan untuk Umno bergabung dengan Pas untuk membentuk kerajaan baru di Selangor dan Perak. Malah, Umno bersetuju memberikan kerusi Menteri Besar kepada Pas dikedua-dua negeri ini. dan kemuncaknya, Umno malah bersetuju untuk membenarkan Pas melaksanakan undang-undang Islam dikedua-dua negeri ini.

Tetapi, Pas terus bersama dengan dua rakan mereka, PKR dan DAP didalam Pakatan Rakyat dan menolak tawaran Umno. Akhirnya, kedua-dua Sultan tidak mempunyai pilihan melainkan menerima Pakatan Rakyat sebagai kerajaan baru di Perak dan Selangor. Tetapi ini tidak menghentikan mereka dari terus merancang dibelakang tabir tentang bagaimana untuk menjatuhkan kedua-dua kerajaan ini.

Sultan Selangor agak bersedia untuk menerima keadaan yang berlaku. Tambahan pula, Pakatan Rakyat Selangor mempunyai majoriti yang cukup banyak dan agak susah untuk membeli ramai Ahli Dewan Undangn Negeri. Tetapi, Perak agak berlainan sama sekali. Majoriti yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat Perak amat sedikit berbanding Selangor.

Sebaik saja kerajaan baru dibentuk di Perak, Sultan Perak mula meminta macm-macam. Kerajaan Pakatan Rakyat Perak bersedia bertolak ansur, demi menjaga hubungan baik dengan istana. Tetapi apa yang diminta oleh Sultan dan kerabat diraja agak berlebihan dan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tidak mempunyai pilihan melainkan menolak permintaan Sultan.

Dan ini menyebabkan Sultan murka. Dan apabila Pakatan Rakyat Perak kehilangan majoriti di Dewan Undangan Negeri, Barisan Nasional mempunyai jalan yang amat mudah untuk mendapatkan perkenan untuk Barisan Nasional membentuk kerajaan baru.

Pada mulanya, Sultan Perak tidak begitu pasti sama ada hendak menyingkir kerajaan Pakatan Rakyat dan memilih Barisan Nasional. Apabila Menteri Besar, Nizar Jamaludin berjumpa dengan Sultan dan memohon Dewan Undangan Negeri dibubarkan untuk membolehkan pilihanraya baru diadakan, Sultan meminta masa untuk membuat pertimbangan. Tetapi sebaik saja selepas itu, Najib Tun Razak berjumpa Sultan dan mempengaruhi Sultan untuk menolak permohonan Pakatan Rakyat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri, sebaliknya melantik Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan yang baru.

Taktik Najib amat mudah. Nazrin, anak kepada Sultan Azlan Shah, tidak sepatutnya menjadi Raja Muda. Dan ini bermakna, dia tidak sepatutnya menjadi Sultan kelak. sekiranya Sultan Azlan mangkat. Kerajaan Pusat tidak akan menyokong Nazrin sebagai Sultan Perak seterusnya. Lihatlah apa yang berlaku di Negeri Sembilan. walaupun Yamtuan melantik anaknya sebagai Raja Muda, tidak bererti dia akan menjadi Yamtuan.

Oleh itu, sama ada Nazrin boleh menjadi Sultan atau tidak bergantung kepada hubungan baik dengan kerajaan Pusat. Tetapi hubungan baik itu hanya boleh diperolehi sekiranya Barisan Nasional menjadi kerajaan negeri. Kalau Pakatan Rakyat masih lagi menjadi kerajaan negeri, maka Nazrin terpaksa membayar harganya apabila tiba masa untuk menggantikan bapanya.

Tambahan pula, Sultan dan keluarganya telah meminta banyak perkara dari kerajaan Pakatan Rakyat, semuanya telah ditolak. Umno pula akan memastikan bahawa semua permintaan Sultan dan keluarganya akan dipenuhi sekiranya Barisan Nasional dipilih sebagai kerajaan negeri.

Dan dengan itu, Pakatan Rakyat menemui ajalnya di Perak. Sultan memilih Barisan Nasional sebagai kerajaan negeri yang baru dan Pakatan Rakyat menjadi pembangkang.

Apakah permintaan Sultan dan keluarganya yang ditolak oleh Pakatan Rakyat dan sebaliknya diterima oleh Barisan Nasional? Mari kita tengok, dalam masa beberapa bulan saja, Sultan dan keluarganya tiba-tiba menjadi salah satu keluarga diraja yang terkaya di Malaysia, sebaik saja Pakatan Rakyat tumbang.

1. Umno menghadiahkan kepada Sultan sekeping tanah yang dikenali sebagai lot 183578. Tanah seluas kira-kira 600 ekar ini terletak di Tanjung Tualang, dalam daerah Kinta. Tanah ini telah di berikan kepada salah seorang proksi Sultan yang bernama Mohamed Khaair Johari Hj. Osman.

2. Umno menghadiahkan kepada Sultan konsesi balak seluas 1,000 ekar yang terletak di Ulu Kenderong, Gerik, Hulu Perak, disepanjang lebuhraya Gerik-Kupang. Konsesi ini pada mulanya diberikan kepada Universiti Utara Malaysia. Walaubagaimanapun, pemberian ini ditarik balik dan diberikan kepada Pusat Kreatif Kanak-Kanak dimana Pengerusinya ialah Raja Datuk Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah.

3. Umno menghadiahkan kepada Sultan tujuh konsesi balak di kompartmen 39, 41, 42, 43, 44, 45 dan 49 di Hutan Simpan Kenderong di Hulu Perak. Ketujuh-tujuh lot ini, yang berjumlah kira-kira 600 ekar, diberikan kepada dua syarikat proksi Sultan - Syarikat Zotonjaya Sdn Bhd dan Kibaran Wang Sdn. Bhd.

4. Umno akan meluluskan satu cadangan penghutanan semula (reforestation) yang melibatkan 10,781 hektar. 5,781 hektar terletak di Hutan Simpan Gunung Besout, di selatan Perak wementara 5,000 hektar lagi di Pondok Tanjung dalam daerah Larut Matang. Syarikat yang akan mendapat projek ini ialah Permatang Utama Sdn. Bhd (nombor syarikat 513583-D) dimana Pengerusi Eksekutifnya ialah Datuk Seri Ismail Farouk Abdullah, menantu kepada Sultan Azlan Shah).

5. Berikutan dengan itu, Datuk Seri ismail Farouk Abdullah dibenarkan untuk mengambil alih Hotel Casuarina milik kerajaan negeri dengan harga yang paling murah iaitu RM43 juta dimana harga sebenar jauh lebih tinggi dipasaran terbuka. Hotel tersebut terletak dikawasan paling strategik di Ipoh malah harga tanah lapang saja mempunyai nilai yang amat tinggi.

Keluarga Diraja Perak bukan orang susah. Tetapi nampaknya mereka tamak. Raja datuk seri Eleena Azlan Shah merupakan Pengarah kepada Gamuda Berhad dan juga merupakan orang ke 25 kaya di Malaysia dengan harta bernilai RM773 juta. Ini menjadikan beliau wanita kedua terkaya di malaysia selepas Puan Sri Chong Chook Yew, yang menduduki tangga ke 18 dengan harta bernilai RM1 billion.

Gamuda Berhad juga telah diberikan kontrak bernilai lebih RM10 billion. Ia juga mengurus dan menyelenggara lebuhraya sepanjang 230 kilometer dan juga merupakan pemaju hartanah di empat projek bandar baru yang melibatkan lebih dari 30,000 rumah.

Itulah kisahnya. Rakyat Perak, khususnya orang Melayu, merasakan bahawa pembangkang tidak menunjukkan hormat kepada Sultan. Apa yang tidak diketahui oleh mereka ialah Sultan tidak seharusnya diberikan penghormatan. Dan ramai juga yang tidak tahu mengapa Sultan mahukan Pakatan Rakyat disingkir di Perak.

Sekarang, kita berharap, rakyat Perak tahu apa yang berlaku.

(Artikel diatas adalah terjemahan daripada artikel asal Raja Petra “Why the Pakatan Rakyat government was brought down in Perak” yang disiarkan di Malaysia Today)

02 Ogos, 2009

SATU LAGI SEJARAH TERCIPTA!


TAHNIAH RAKYAT MALAYSIA PEJUANG RAKYAT!



PERHIMPUNAN ISA 1HB OGOS 2009

Semua orang tahu, ada dua kumpulan akan buat demonstrasi di Kuala Lumpur pada 1hb Ogos 2009. Satu kumpulan Anti ISA dan satu kumpulan lagi sokong ISA. Lihat dua keping gambar di bawah. Siapa lebih 'jantan'?

INI KUMPULAN SOKONG ISA. AGAK-AGAK BERAPA RIBU ORANG?

INI PULA KUMPULAN BANTAH ISA. CUBA BANDINGKAN DENGAN GAMBAR ATAS.

KENANGAN SEMANGAT 46


PENGALAMAN PERTAMA ZAID IBRAHIM KENA BOM ASAP ISA



Hari ini (1 Ogos 2009) buat kali pertama dalam sejarah hidup saya, saya menjadi mangsa bom gas pemedih mata. Pedih sungguh mata dan hati saya! Inilah pengalaman saya berhimpun dan berarak bersama dengan berpuluh ribu rakyat Malaysia di Kuala Lumpur. Ia benar-benar membuka mata saya di samping memberi banyak pengajaran.
Saya amat terkejut kerana tidak menyangka betapa kejamnya polis bertindak terhadap rakyat yang hanya berhimpun dan berjalan secara aman. Rakyat hanya mahu meluahkan perasaan tentang buruknya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang perlu dimansuhkan secepat mungkin. Rakyat kita tidak membawa senjata; mereka hanya membawa anak-anak untuk menyedarkan warga kecil betapa kejamnya ISA. Lelaki, perempuan, tua dan muda, pelbagai kaum, bermacam agama, semuanya berhimpun secara aman di ibu kota. Hak untuk berhimpun secara aman adalah hak asasi rakyat. Tapi nampaknya hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ini sudah tidak ada guna lagi. Hak kita sudah hancur kerana polis yang bersenjata, yang berkuasa penuh, yang sombong dan angkuh, kini telah menentukan hak kita. Bila polis kata perhimpunanan itu haram, maka kita semua yang berhimpun atas dasar kebebasan dan hak yang telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, telah menjadi mangsa kekerasan polis. Ya, polis yang mengaku diri sahabat rakyat, kini menunjukkan belang sebenar mereka. Tak sangka, dengan sedikit kuasa itu, mereka sudah merasakan diri seperti Fira’un.
Saya sebagai warga Malaysia yang prihatin telah turut sama menyertai perhimpunan aman ini. Tapi saya bersama dua anak saya dan kawan-kawan lain tak tahu ke mana mahu dituju kerana polis telah tutup banyak jalan. Kami hanya mahu ke Istana Negara untuk menyaksikan penyerahan memorandum anti-ISA. Kami telah tersepit di sebatang jalan dekat Masjid Negara. Ramai yang berarak menghala ke Jalan Kuching ke arah Selangor Club; kami pun ikut sama. Niat kami hanyalah untuk bersama-sama orang ramai menunjukkan sokongan. Tetapi bila sampai sahaja di belakang Selangor Club, polis dengan ganasnya telah menyembur gas pemedih mata dan menggunakan pncutan air tekanan tinggi. Lintang-pukang orang berlari. Saya pun tunggang-langgang lari.
Polis kemudian meminta orang ramai bersurai. Tetapi ke mana nak bersurai kerana semua jalan sudah ditutup. Tak ada cara lain kecuali patah balik ke arah Masjid Negara. Saya pun bersedia untuk bersurai. Tapi bila sampai dekat dengan Masjid Negara, ada pula sekatan jalan polis. Di situlah saya lihat orang ramai angkat tangan supaya polis membenarkan mereka bersurai ke arah bagunan Dayabumi. Saya juga angkat tangan kerana kami memang nak bersurai. Ada dua orang wanita tua bersama saya yang merah serta berair mata mereka di samping terbatuk-batuk akibat bom gas pemedih mata. Sa orang peserta lelaki yang cacat anggota dengan crutches nya tidak dapat lari. Saya tak tahu apa nasib maanusia berani ini. Kasihan saya melihat mereka semua.
Rupa-rupanya polis sudah berniat jahat. Tanda angkat tangan tidak ada erti kepada mereka. Walau pun melihat ramai antara kami yang sudah mahu bersuara, polis terus melepaskan bom pemedih mata.


01 Ogos, 2009


FATWA KALUNGAN BUNGA DI TUGU



Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 31(1) dan seksyen 32, Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, Selangor, Mufti bagi Negeri Selangor atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan selepas berbincang dengan Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ membuat fatwa bahawa amalan seperti bertafakur dengan menundukan kepala, dan meletakkan kalungan bunga yang dilakukan di hadapan tugu dalam upacara menyambut Hari Pahlawan adalah bercanggah dengan Islam.


Fatwa tersebut diwartakan oleh Mufti Negeri Selangor, Dato' Haji Ishak Haji Baharom pada 21hb Ogos 1995.

Selaras dengan fatwa ini, kita berharap tahun ini adalah merupakan tahun terakhir upacara meletakkan kalungan bunga pada Tugu Negara diadakan. Kerajaan wajar memikirkan satu kaedah lain yang bersesuaian dengan Islam. Tentu banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan bagi menunjukkan penghargaan kepada pahlawan negara sama ada yang masih hidup atau telah lama meninggalkan kita.

Pemimpin memberikan contoh teladan. Baik pemimpin, baiklah rakyatnya!

petikan: www.nobisha.blogspot.com
ANTARA PASANG LILIN DAN KALUNGAN BUNGA DI TUGU NEGARA


Keadaan makin panas. Isu dato seri Nizar pegang lilin di suatu majlis masyarakat Cina menjadi panas apabila blog-blog tertentu menaikkan kemarahan orang ramai di kalangan penyokong Barisan Nasional. Tetapi beberapa hari lepas, PM kita mengalungkan bunga di Tugu Pahlawan. Ramai diam membisu dikalangan penyokong BN.

12 Jun, 2009


umno kian takut:

PAKATAN RAKYAT DITUKAR PAKATAN PEMBANGKANG



Sedar tak anda sejak sebulan yang lalu pihak media UMNO seperti TV3, RTM, Radio, Utusan Malaysia, Berita Harian dan sekutunya tidak lagi berani menyebut ungkapan 'rakyat' yang diguna pakai oleh Pakatan Rakyat. Sebaliknya semua sebutan Pakatan Rakyat yang dibacakan dalam siaran berita TV , radio tidak lagi menyebut Pakatan Rakyat tetapi disebut Pakatan Pembangkang.



Kenapa agaknya pihak UMNO ni bimbang sangat untuk menyebut Pakatan Rakyat? Mungkin sebutan tersebut mencerminkan kekuatan pakatan sesama rakyat agaknya. Sebab itulah 'arahan' dikeluarkan supaya tidak disebut perkataan rakyat.

Mereka terlupa, dengan penggunaan Pakatan Pembangkang, seolah semua negeri di Malaysia Solid di bawah pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional. Bagaimana dengan negeri seperti Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan? Bolehkah juga kita memanggil geng-geng UMNO, MCA dan MIC sebagai pakatan pembangkang jugak?

Memang amat ketara sekali ketakutan pihak UMNO ni. Jika kita lihat sekitar 90an, Pembangkang ketika itu yang di ketuai oleh Presiden Semangat 46, Tengku Razaleigh Hamzah telah menubuhkan Gagasan Rakyat. Tetapi ketika itu, UMNO bawah Tun Mahathir Mohammad tak pula takut menyebut perkataan rakyat. Tak pula disebut Gagasan Pembangkang ketika itu.

Benarlah kata-kata SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT. Hari ini sudah ada yang takut menyebut perkataan rakyat.
'Boneka Umno' SUKA KERAJAAN PERPADUAN- NIK AZIZ


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas lagi pemimpin parti itu yang mempertahankan saranan membentuk kerajaan perpaduan dengan menyifatkan mereka "boneka Umno".Beliau juga dilaporkan tidak bersetuju dengan kenyataan Datuk Mustafa Ali, hari ini dilantik setiausaha agung PAS, supaya semua pemimpin parti itu dan Pakatan Rakyat berhenti membuat kenyataan umum berhubung isu tersebut bagi mengelak kekeliruan."Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat. "(Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas."Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno," Nik Aziz dipetik berkata selepas meraikan rombongan guru fardu ain dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di kediaman rasminya di Kota Bharu hari ini.Nik Aziz berkata jika ada pihak yang memperkatakan mengenai kerajaan perpaduan, lapor agensi berita itu lagi, "ia sebenarnya adalah ilham Umno", lapor Bernama.Menjawab soalan bahawa isu kerajaan perpaduan ini ditimbulkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri, menteri besar itu berkata kenyataan itu bukannya menggambarkan kehendak PAS."Presiden ini ketua bagi pertubuhan, dan pertubuhan tidak buat keputusan, itu kenyataan peribadi," katanya.Mengenai saranan Mustafa itu, Nik Aziz berkata tidak ada sebab ahli parti tidak boleh mempersoalkan isu itu."Soalnya tutup kerana apa? Percanggahan pendapat itu bukan datang dari PAS, tapi orang tertentu dalam PAS, dia sudah berasa bahaya bagi dia, maka dia minta tutup," katanya. "Mana boleh tutup mulut manusia." - MALAYSIAKINI.

08 Jun, 2009

KERAJAAN PERPADUAN 'MENGARUT'- NIK AZIZ

UMNO didakwa 'samseng politik', diibarat sebagai telur-telur yang ditinggalkan oleh penjajah Inggeris
SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat menolak cadangan penubuhan kerajaan perpaduan yang diilhamkan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menteri Besar Kelantan itu menyifatkan penubuhan kerajaan perpaduan itu sebagai ‘mengarut’ dan merugikan Pas.
“Kita sudah buat keputusan menyokong Pakatan Rakyat dalam muktamar Pas yang lalu. Kalau nak berunding dengan UMNO, tak usah.
“Kerajaan perpaduan ni tak usahlah, mengarut,” katanya ketika berucap dalam program Ceramah Perdana sempena muktamar Pas di Stadium Malawati di Shah Alam, malam kelmarin.

Kenyataan terbaru Menteri Besar Kelantan itu dilihat bercanggah dengan Abdul Hadi yang melihat idea itu merupakan satu pendekatan yang baik dan mampu dilaksanakan namun ia perlu ditangguhkan atas alasan perubahan kepimpinanan Bari­san Nasional (BN).

Sambil menyifatkan UMNO sebagai 'samseng politik', Nik Aziz turut mengingatkan ahli Pas supaya parti itu terus dimusuhi dan dibasmi dengan bersunggih sungguh.

“Otak UMNO (ada) di Perak, kerajaan PR yang menang dia ambil menjadi kerajaan dia.(Jadi) kita perlu matikan UMNO habis-habisan, parti itu adalah telur-telur yang ditinggalkan oleh penjajah Inggeris, “ katanya.

Nik Aziz turut menegur sesetengah perwakilan kelmarin yang dilihat banyak membahaskan usul diluar konteks ucapan dasar presiden.
“Saya sempat dengar dua tiga orang berucap, (ibarat)ini restoran, kalau kita masuk restoran (sepatutnya) kita minta makanan dan minuman. tetapi kita minta minyak silinder, kita hendak betulkan tayar motokar. Ini pelik, orang ketawakan kita apabila kita bercakap benda lain di dalam muktamar ini,” katanya.

Selain itu Nik Aziz berkata beliau turut membantah sebarang usaha sama atau rundingan bersama UMNO yang bermatlamat untuk membincangkan mengenai perkongsian kuasa.

Jangan tutup pintu kepada ruang perbincangan: Hadi

SHAH ALAM - Pas tidak boleh menutup terus pintu kepada ruang perbincangan dengan mana-mana pihak termasuk UMNO kerana ia bercanggah dengan perintah Allah, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Jangan tutup pintu langsung kerana ia bercanggah dengan perintah Allah Taala,” katanya pada ucapan penangguhan Muktamar Tahunan Pas kali ke-55 di Stadium Malawati, di sini, semalam.

Beliau berkata, walaupun Pas tidak mahu menumpang bahtera Barisan Nasional (BN) atau bahtera-bahtera orang lain, Pas perlu mengadakan persefahaman dengan pelbagai pihak berhubung isu-isu tertentu.

“Kita wajib menyelamatkan orang lain yang tenggelam dengan kejahilan atau yang tidak tahu menyelamatkan diri ketika menghadapi sesuatu krisis,” katanya.

Abdul Hadi berkata, anggota dan barisan kepimpinan Pas perlu tahu membezakan jenis musuh yang mereka hadapi.
“Musuh ada dua jenis iaitu musuh sebenar dan musuh yang direka dan dicipta. Jangan kita habiskan masa menghadapi musuh yang
direka dan dicipta sehingga melupakan musuh sebenar kita. Ada juga yang bermusuh dengan kita sebab mereka tidak faham,” katanya.
Justeru, katanya, Pas mesti bertemu dengan semua pihak dan tidak boleh sekadar mengedar risalah berkaitan perjuangan parti itu.

Islam juga, katanya, mengutamakan perdamaian memandangkan matlamatnya adalah untuk menyelamatkan umat manusia walaupun dibenar berperang jika langsung tidak diberi ruang kerana Allah sesekali tidak mengizinkan umat Islam menyerah kalah.

Bagaimanapun, Abdul Hadi berkata untuk melakukan perkara ini memerlukan kesabaran dan pengorbanan yang sangat besar.
“Ini hanya boleh dilakukan orang yang besar jiwanya saja,” katanya.

Muktamar Pas kali ini juga, katanya, membuka ruang kepada media supaya mereka boleh melihat sendiri suasana dan apa yang berlaku dalam parti itu dan menyalurkannya kepada masyarakat.- BERNAMA


APABILA ORANG PAS KEMBALI RINDU PADA UMNO....

Sungguh tak disangka. Rupa-rupanya masih ada pemimpin PAS yang masih mengidam untuk untuk bersengkongkol dengan pemimpin UMNO. Dalam ceramah, kutuk pemimpin UMNO bagai nak gila. Tapi dalam hati memuja-muja peminpin UMNO dengan alasan KERAJAAN PERPADUAN. Melayu mudah lupa. Betullah kata Tun Mahathir tu.
Utusan Malaysia gembira dengan keputusan pemilihan terkini PAS. Najib ceria. Angkara siapakah ini semua?

04 Jun, 2009

HUSAM DIHENTAM MACAM KARPAL SINGH..

Kadang-kadang pelik juga sejak akhir-akhir ini apabila tengok akhbar-akhbar harian tempatan milik UMNO asyik mencari salah dan silap Naib Presiden PAS, Dato Paduka Husam Musa.
Tak pernah-pernah selama ini akhbar arus perdana berbuat begitu. Malah dirasakan seolah-olah kali ini akhbar harian ini menjadi Suara rasmi PAS la pulak.
Penulisnya seperti Zulkiflee Bakar yang sebelum ini menjadi penulis fanatik 'pembela' penyanyi 'aura world' Mawi, tiba-tiba kali ini menjadi pengulas setia parti PAS. Mujur juga rakan baiknya Ku Seman Ku Hussien tak terbabit sama. Kalau tak, jenuh juga kena intip kat Taman Melewar dan kedai-kedai kopi.
Kenyataan terkini dari Tuan Guru Nik Aziz yang disiarkan di muka depan akhbar neutral Sinar Harian berkenaan sokongannya kepada pihak Erdogan (yang ditujukan pada Husam) sedikit sebanyak menyakitkan penulis dari akhbar milik UMNO itu.
Apalagi punca yang hendak dicari bagi menjatuhkan Husam. Tup! Tup! dua Adun UMNO dari Kelantan pulak mohon maaf cara terbuka pada Husam atas fitnah yang dilemparkan dua tahun lepas.
Semua tentu faham kenapa Husam kini diasak dan diburuk-burukkan oleh musuh-musuhnya dalam PAS atau diluar PAS seakan-akan kemarahan orang UMNO terhadap pemimpin utama DAP, Karpal Singh baru-baru ini atas isu Sultan Perak.
Kalau kita semua dapat berfikir, tindakan demi tindakan yang dilakukan ke atas Husam bagi tujuan menjatuhkan Husam dalam Pemilihan Jawatan Timbalan Presiden PAS, apakah maknanya? Tentu ada 'rahsia' tersembunyi apabila orang UMNO marah sangat dengan Husam Musa.

03 Jun, 2009

Kita semua rakyat Malaysia. Tak kira Melayu, Cina atau India. Kita mahukan sebuah kehidupan yang aman, damai dan sejahtera. Maka, dengan kalimah Bismillahirrohmanirrohim....blog ini diwujudkan bagi kepentingan kita semua InsyaAllah..

PERKASA PEKIDA KENA HALAU?

KUASA RAKYAT

LAKI BINI KENA SEPINA

kebangkitan rakyat

kebangkitan rakyat

SEJARAH TERCIPTA: ANWAR BEBAS..!!!