KERAJAAN PERPADUAN 'MENGARUT'- NIK AZIZUMNO didakwa 'samseng politik', diibarat sebagai telur-telur yang ditinggalkan oleh penjajah Inggeris
SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat menolak cadangan penubuhan kerajaan perpaduan yang diilhamkan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menteri Besar Kelantan itu menyifatkan penubuhan kerajaan perpaduan itu sebagai ‘mengarut’ dan merugikan Pas.
“Kita sudah buat keputusan menyokong Pakatan Rakyat dalam muktamar Pas yang lalu. Kalau nak berunding dengan UMNO, tak usah.
“Kerajaan perpaduan ni tak usahlah, mengarut,” katanya ketika berucap dalam program Ceramah Perdana sempena muktamar Pas di Stadium Malawati di Shah Alam, malam kelmarin.
Kenyataan terbaru Menteri Besar Kelantan itu dilihat bercanggah dengan Abdul Hadi yang melihat idea itu merupakan satu pendekatan yang baik dan mampu dilaksanakan namun ia perlu ditangguhkan atas alasan perubahan kepimpinanan Barisan Nasional (BN).
Sambil menyifatkan UMNO sebagai 'samseng politik', Nik Aziz turut mengingatkan ahli Pas supaya parti itu terus dimusuhi dan dibasmi dengan bersunggih sungguh.
“Otak UMNO (ada) di Perak, kerajaan PR yang menang dia ambil menjadi kerajaan dia.(Jadi) kita perlu matikan UMNO habis-habisan, parti itu adalah telur-telur yang ditinggalkan oleh penjajah Inggeris, “ katanya.
Nik Aziz turut menegur sesetengah perwakilan kelmarin yang dilihat banyak membahaskan usul diluar konteks ucapan dasar presiden.
“Saya sempat dengar dua tiga orang berucap, (ibarat)ini restoran, kalau kita masuk restoran (sepatutnya) kita minta makanan dan minuman. tetapi kita minta minyak silinder, kita hendak betulkan tayar motokar. Ini pelik, orang ketawakan kita apabila kita bercakap benda lain di dalam muktamar ini,” katanya.
Selain itu Nik Aziz berkata beliau turut membantah sebarang usaha sama atau rundingan bersama UMNO yang bermatlamat untuk membincangkan mengenai perkongsian kuasa.
Jangan tutup pintu kepada ruang perbincangan: HadiSHAH ALAM - Pas tidak boleh menutup terus pintu kepada ruang perbincangan dengan mana-mana pihak termasuk UMNO kerana ia bercanggah dengan perintah Allah, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Jangan tutup pintu langsung kerana ia bercanggah dengan perintah Allah Taala,” katanya pada ucapan penangguhan Muktamar Tahunan Pas kali ke-55 di Stadium Malawati, di sini, semalam.
Beliau berkata, walaupun Pas tidak mahu menumpang bahtera Barisan Nasional (BN) atau bahtera-bahtera orang lain, Pas perlu mengadakan persefahaman dengan pelbagai pihak berhubung isu-isu tertentu.
“Kita wajib menyelamatkan orang lain yang tenggelam dengan kejahilan atau yang tidak tahu menyelamatkan diri ketika menghadapi sesuatu krisis,” katanya.
Abdul Hadi berkata, anggota dan barisan kepimpinan Pas perlu tahu membezakan jenis musuh yang mereka hadapi.
“Musuh ada dua jenis iaitu musuh sebenar dan musuh yang direka dan dicipta. Jangan kita habiskan masa menghadapi musuh yang
direka dan dicipta sehingga melupakan musuh sebenar kita. Ada juga yang bermusuh dengan kita sebab mereka tidak faham,” katanya.
Justeru, katanya, Pas mesti bertemu dengan semua pihak dan tidak boleh sekadar mengedar risalah berkaitan perjuangan parti itu.
Islam juga, katanya, mengutamakan perdamaian memandangkan matlamatnya adalah untuk menyelamatkan umat manusia walaupun dibenar berperang jika langsung tidak diberi ruang kerana Allah sesekali tidak mengizinkan umat Islam menyerah kalah.
Bagaimanapun, Abdul Hadi berkata untuk melakukan perkara ini memerlukan kesabaran dan pengorbanan yang sangat besar.
“Ini hanya boleh dilakukan orang yang besar jiwanya saja,” katanya.
Muktamar Pas kali ini juga, katanya, membuka ruang kepada media supaya mereka boleh melihat sendiri suasana dan apa yang berlaku dalam parti itu dan menyalurkannya kepada masyarakat.- BERNAMA
APABILA ORANG PAS KEMBALI RINDU PADA UMNO....Sungguh tak disangka. Rupa-rupanya masih ada pemimpin PAS yang masih mengidam untuk untuk bersengkongkol dengan pemimpin UMNO. Dalam ceramah, kutuk pemimpin UMNO bagai nak gila. Tapi dalam hati memuja-muja peminpin UMNO dengan alasan KERAJAAN PERPADUAN. Melayu mudah lupa. Betullah kata Tun Mahathir tu.
Utusan Malaysia gembira dengan keputusan pemilihan terkini PAS. Najib ceria. Angkara siapakah ini semua?