rakan-rakan blog ini

PRODUK UNTUK PENGANTIN LELAKI

.

.
Info : Blog ini baru sahaja diaktifkan secara rasmi 15hb Ogos 2010 yang lalu. Penulis merupakan seorang bekas wartawan yang pernah bertugas dibeberapa akhbar tanahair. Lebih 20 tahun bertugas sebagai wartawan sebelum ini. Jadi, menyedari betapa pentingnya kebenaran itu ditegakkan, Penulis membuat keputusan menulis secara aktif di blog ini. Semoga Allah memberkati niat baik saya ini

Halaman

01 Oktober, 2010

NAJIB MAKIN TAKUT


Semakin ketara PM Najib dah mula goyang. Kenyataan terbarunya di Majlis Yayasan Basmi Kemiskinan ternyata menampakkan riak ketakutan hilang kuasa. Seorang demi seorang pemimpin UMNO mula nampak riak bakal seperti Najib ini. Sebab itulah Muhyiddin Yassin cakap peluang BN di Galas 50/50. Malah perlantikan mengejut Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihanraya Galas juga dilihat sebagai terdesak. Ku Li yang tidak pernah dihargai UMNO selama ini mula dicari semula. Berbalik kenyataan Najib malam tadi, cuba anda hayati betul-betul kenyataan beliau. Kalau BN hilang kuasa, apa jadi.....?


Jadikan iktibar - Najib


Najib Tun Razak bersama isteri Rosmah Mansor, Zainal Abidin Sakom (dua dari kiri) dan Ahmad Maslan di majlis makan malam Sejuta Harapan sempena sambutan ulang tahun Yayasan Basmi Kemiskinan yang ke-20 di Sime Darby Convention Centre Kuala Lumpur, malam tadi.


KUALA LUMPUR 30 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan kepada semua rakyat supaya mengambil iktibar bahawa kehilangan kuasa Barisan Nasional (BN) di beberapa negeri telah memberi kesan buruk terhadap pembangunan dan kebajikan rakyat.

Perdana Menteri berkata, sebagai contoh, langkah kerajaan Selangor menolak mentah-mentah projek pembangunan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sebidang tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di Serendah.

Sehubungan itu, beliau mahu rakyat tidak melakukan kesilapan yang sama pada pilihan raya umum akan datang.

"Andai kita hilang kuasa, projek yang murni boleh ditolak mentah-mentah. UiTM tidak dapat dibina. Bukan itu sahaja, balai raya untuk faedah rakyat juga tidak dapat dibina dan pelbagai lagi masalah.

"Ini peringatan kepada kita. Jangan biarkan pisang berbuah dua kali. Kita ada peluang untuk betulkan keadaan ini," katanya ketika berucap pada Malam Sejuta Harapan Keenam Sempena Ulang Tahun Yayasan Basmi Kemiskinan di Pusat Konvensyen Sime Darby di sini malam ini.

Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi YBK, Datuk Zainal Abidin Sakom.

Dalam ucapannya itu, Najib berkongsi impiannya untuk melihat tanah milik YBK di Serendah dibangunkan supaya ia mampu memberi faedah kepada golongan miskin secara berterusan.

Bagaimanapun beliau berkata, impiannya itu hanya tinggal impian sekiranya BN tidak diberikan peluang untuk memerintah Selangor pada masa akan datang.

"Saya memasang impian untuk melihat tanah milik YBK ini dibangunkan. Walaupun UiTM tidak jadi dibina itu tidak bermakna tanah ini tidak boleh dimajukan.

"Saya percaya kita mampu melakukan perubahan demi masa depan rakyat asalkan BN diberi kuasa memerintah semula," ujarnya.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan terus memberi perhatian kepada golongan miskin dan kurang bernasib baik di dalam setiap program dan perancangan yang dirangka.

"Antaranya Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), Model Baru Ekonomi (MBE) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP). Kesemua program ini memasukkan keprihatinan kerajaan kepada orang miskin dan kurang bernasib baik," katanya lagi.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERKASA PEKIDA KENA HALAU?

KUASA RAKYAT

LAKI BINI KENA SEPINA

kebangkitan rakyat

kebangkitan rakyat

SEJARAH TERCIPTA: ANWAR BEBAS..!!!