rakan-rakan blog ini

PRODUK UNTUK PENGANTIN LELAKI

.

.
Info : Blog ini baru sahaja diaktifkan secara rasmi 15hb Ogos 2010 yang lalu. Penulis merupakan seorang bekas wartawan yang pernah bertugas dibeberapa akhbar tanahair. Lebih 20 tahun bertugas sebagai wartawan sebelum ini. Jadi, menyedari betapa pentingnya kebenaran itu ditegakkan, Penulis membuat keputusan menulis secara aktif di blog ini. Semoga Allah memberkati niat baik saya ini

Halaman

28 Disember, 2011

PANAS....MAHATHIR AKAN MENGAMUK??

MAHATHIR CURI IDEA ORANG LAIN-KATA TENGKU RAZALEIGH HAMZAH

Panas....!!! Kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah ini pasti akan membuatkan Mahathir  panas telinga  dan bakal mengamuk!!! Percayalah...rahsia  kebijaksanaan Mahathir kini dibongkar oleh Ku Li cara  terbuka. Penulis  dapat agak apa situasi akan berlaku selepas ini. Makin pilihanraya makin dekat...kenyataan demi kenyataan menhentam Tun Mahathir makin membuak.....tak sabar  rasanya  nak tengok Mahathir yang mudah lupa  itu melenting lagi....

Tengku Razaleigh Hamzah  meramalkan  dalam pilihanraya umum ke 13 yang akan datang ini  United Malay National Party akan menerima kekalahan lagi. Dari pemerhatian beliau pengundi bukan Melayu semakin menjauhkan dari Barisan Nasional atau lebih tepat lagi lari dari UMNO.
Beliau dakwa ada kemungkinan Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat tidak memiliki majoriti yang meyakinkan. Bila terjadi sedemikian, negara kita mungkin menghadapi krisis.
Menurut Ku Li, hampir 90% peratus  pengundi China bersedia untuk mengundi Pakatan Rakyat. Ada pengundi India yang telah kembali menyokong Barisan Nasional, tetapi majoriti masih bersama Pakatan Rakyat. Pengundi Melayu pula kini terbahagi kepada dua.
Ku Li, ahli parlimen Gua Musang semenjak 1974  dan juga  bekas Menteri  Kewangan Malaysia, menganggap pentabiran dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak ini amat lemah dan tidak memahami  krisis ekonomi global yang sedang melanda dunia sekarang.
Mengikut Ku Li  pentabiran sekarang ini selalu berdulak-dalik -   flip flop  - apabila mengajukan sesuatu dasar. Dasar sorong tarik ini terjadi  kerana banyak dasar-dasar ini tidak difikirkan  secara masak terlebih dahulu.
"Mereka tidak peduli satu apa pun... tetapi mereka tidak ingin masuk penjara,"  Ku Li memberi kesimpulan terhadap pentabiran Najib Razak.
Ku Li, seorang bekas penuntut Malay College Kuala Kangsar (MCKK), berkata demikian dalam satu makan tengah hari bersama beberapa orang murid tua MCKK minggu lalu.
Mengenai isu hak royalti minyak, Ku Li dengan tegas menerangkan bahawa perjanjian antara Petronas dengan negeri-negeri jelas disebutkan hak royalti dan tidak ada fasal yang menyebut wang ehsan. Malah Ku Li amat berbangga kerana beliau sebagai Pengerusi Petronas 1974  telah bertanggung jawab membuat butiran perjanjian minyak ini atas arahan Tun Abdul Razak.
"Walaupun perjanjian ini dalam bahasa hukum-hakam tetapi amat jelas Petronas wajib memberi 5% kepada negeri dimana minyak ditemui."
Krisis tuntutan Kelantan terhadap royalti minyak ini hanya boleh diselesaikan jika Malaysia memiliki apa yang Ku Li namakan sebagai Mahkamah Perlembagaan atau Constitutional Court.
Beliau berpendapat telah sampai masa Malaysia  mewujudkan Mahkamah Perlembagaan khusus untuk menyelesaikan isu yang berkaitan  dengan perlembagaan seperti kedudukan  Raja Raja Melayu, hak kebebasan rakyat ,  pilihanraya yang bebas atau tuntutan royalti minyak.
Kecekapan Ku Li ini sebagai pakar ekonomi dan Menteri Keewangan terbukti pada tahun 1979 apabila  beliau telah berjaya mengambil alih  kembali harta tanah  Guthrie dalam apa yang dikenali sebagai 'the dawn raids'.   Ketika itu Ku Li dilihat sebagai nasionalis ekonomi yang berjaya mengambil kembali harta negara  yang telah dijarah oleh penjajah.
Mengikut lajenda politik Malaysia, Ku Li sepatut telah menang dalam pemilihan Presiden UMNO dalam tahun 1987 tetapi malangnya ketika pengiraan undi berjalan tetiba bilik menjadi gelap dan lampu leterik telah terpadam.  Mahathir Muhamad telah berjaya menewaskan Ku Li dengan 43 undi apabila lampu terpasang kembali.
Ku Li tidak menimbulkan hal ini malah pertanyaan mengenai ' kes lampu padam' ini  hanya akan dijawab dengan senyuman yang panjang. Ku Li enggan melintasi  dilurah yang sama.
"Mahathir ini bukanlah cerdik sangat. Dia selalu menjalankan dasar 'ad hoc'. Selalu mencuri idea dan pandangan orang lain dan mengakui sebagai haknya," dakwa beliau.
"Dia curi-lah. Saya selalu melihat dia 'playing to the gallery'," kata Ku Li, menerangkan pandangan dan pengalaman  beliau yang terkumpul selama 5 tahun bersama Mahathir Muhamad sebagai menteri.
Bila ditanya tentang Anwar Ibrahim Ku Li menerangkan bahawa dia hanya mengetahui Anwar sebagai aktivis belia. Walau pun mereka berdua belajar di Malay College tetapi  mereka agak jauh bertelingah zaman.
Mengikut surah Ku Li,  kali pertama secara rasmi dia dengar nama Anwar ialah dari  Putera  Muhamad anak kepada Raja Feisal dari Saudi Arabia. Ketika itu Ku Li sedang menjawat Pengerusi Bank Islam OIC.  Putera Raja ini bertanya kepada Ku Li apakah patut Anwar Ibrahim dan ABIM  ini dibantu oleh dana Yayasan Feisal.
"Sekarang Anwar sedang menjadi dilema kepada Najib. Ini mengikut lojik yang kita lihat. Saya yakin Anwar akan masuk penjara. Kalau Anwar bebas UMNO akan habis. Tidak dapat tidak Anwar akan dipenjara."
Ku Li merumuskan bahawa  pentabiran pimpinan Najib Razak  kebelakangan ini bukan sahaja lemah malah dalam huru hara. Mengikut pandangan Ku Li , Najib Razak sebagai Presiden UMNO  terlepas peluang yang amat besar di Perhimpunan Agong UMNO yang baru berlangsung. Ketika mata dan telinga seluruh negara  berpusat memandang ke PWTC,  Najib tidak melaku-kan apa-apa terhadap Shahrizat.
"Shahrizat sepatutnya dibuang. Termasuk beberapa orang menteri yang nama mereka telah busuk ditelinga orang ramai. Tetapi Najib senyap membisu," katanya.
Apakah peranan yang masih boleh dimainkan oleh Putera raja dari Kelantan ini  masih belum jelas.  Ku Li dibesarkan di Istana dan dididik di Malay College — seharusnya menjadi kimia terbaik untuk memimpin negara ini. Ku Li dilihat sebagai sebagai ahli politik yang tidak  membawa  beban 'kerpai buruk'. Tetapi Ku Li juga adalah  sosok yang berkontradiksi.
Ku Li tidak akan memboceng motosikal untuk berkempen jika jalan raya berasak asak. Ku Li juga  tidak akan mengambil 'loud hailer' untuk menggumpulkan  massa. Jauh sekali Ku Li  untuk turun memasang poster atau memasang khemah atau turun berdemo. Tengku Razaleigh  bin Tengku Mohd Hamzah  ialah putera raja. Mungkin inilah  sosok yang digambarkan oleh   Sir Frank Swetthenham 100 tahun dahulu : Gentleman Melayu Terakhir — The Last Perfect Malay Gentleman.

27 Disember, 2011

AWEK KENA BOGEL

Seorang pelajar dan model dari taiwan melawat hutan monyet di Ubud, Bali bulan Oktober lalu.terkejut dan malu akibat beberapa ekor monyet menarik-narik banju yang dipakainya sehingga hampir bogel dan menampakkan payudaranya..pelajar itu mengunjungi bali dan ingin memberi makanan jagung kepada monyet-monyet tersebut.



Meskipun Chen berusaha menghalangi aksi kedua monyet ini, salah satu monyet ini berjaya menarik turun baju yang dipakainnya, sehingga model cantik ini harus menutupi tubuhnya dengan tangan.

Namun, gambar ini segera menjadi hit di internet. Bahkan fotonya ini menjadi berita utama di negaranya, Taiwan dimana stesen TV setempat memintanya untuk tampil dan menceritakan pengalamannya tersebut.

Pada awalnya foto-foto itu saya anggap lucu, tetapi ketika saya kembali ke Taiwan, banyak orang yang mengirimkan permintaan teman di akaun Facebook saya. Aku berpikir itu agak aneh dan kemudian salah satu dari mereka mengatakan mereka pernah melihat gambar-gambar tersebut dan aku benar-benar terkejut’

24 Disember, 2011

GAMBAR BOGEL DAN LUCAH RUPANYA FITNAH.....



Dah agak...bila pertama kali penulis lihat gambar lucah yang kononnya Adam Adli, penulis dapat rasakan yang gambar tersebut bukanlah Adam adli yang sebenar. Ternyata sangkaan penulis benar. Sanggup bloggers UMNO buka website gay Filipina semata-mata nak buat fitnah pada Adam Adli. MasyaAllah...fikirlah sendiri begitu teruk sekali bloggers UMNO sial sampai tahap macam ni. Penulis tengok gambar-gambar ni dah tersebar luas dalam facebook. Kesian Adam Adli....fitnah paling dahsyat beliau terima  setakat ini.
Budak ni budak Filipina. Namanya Leerat. Licik betul blogger UMNO menipu pembaca semua....

21 Disember, 2011

HASAN ALI DAH MACAM ZUL KULIM ALMUNAFIQUN?


Penulis tidak nafikan Hasan Ali merupakan salah seorang kawan baik penulis. Kami pernah susah suatu masa ketika Hasan kalah pilihanraya Umum 2004. Ketika itu Hasan banyak mengadu beliau mempunyai masalah kewangan serius. Hinggalah beliau menang besar tahun 2008.
Tapi tak pernah penulis sangka  Dr Hasan akan jauh tersasar sekarang. Kenyataan demi kenyataan beliau dah senada dengan Zul Kulim Al-Munafiqun. Kenapa ni Dato?
Dato seolah-olah hilang pedoman dan prinsip. Terutama bila Dato terdengar akan digugurkan dalam pilihanraya akan datang. 
Hasan Ali yang saya kenal sejak bertahun dulu dah berubah!! Macam orang UMNO bercakap lagaknya. Malah Utusan Malaysia yang sangat kuat memfitnah kini mengangkat Dato sebagai Pejuang Islam super wahid ibni maha hebat! Hahaha...glamourlah Dato sekarang ni ya.
Dulu bila bloggers Pak Bakaq dari Penarek Beca benci sangat dengan Dato, saya pun pelik. Tapi sekarang saya dah tahu kenapa Pak Bakaq benci sangat. 
Dato berjuang dengan PAS pun selepas 1998. Baru sangat. Dato tak pernah bersusah payah dari bawah nak berjuang macam Mat Sabu, Mahfuz dan lain-lain. Dato untung, masuk je PAS dan terus  jadi Pesuruhjaya PAS Selangor!!!
Penulis pun tak tahulah apalagi  yang Dato tak puashati. Paling tinggi pun kepercayaan saya, Dato akan kembali ke pangkuan UMNO suatu masa nanti. Percayalah...Dato sangat-sangat berubah sekarang....

HASAN ALI TOLAK NEGARA BERKEBAJIKAN PAS

KUALA LUMPUR 20 Dis. – Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali menolak konsep negara berkebajikan yang diperkenalkan oleh Pas, sebaliknya beliau mahu parti itu kembali kepada perjuangan asal iaitu menubuhkan sebuah negara Islam.

Tegas beliau, pendiriannya itu jelas kerana matlamat asal penubuhan Pas adalah untuk mendirikan sebuah negara Islam dengan cara memartabatkan agama itu, umatnya serta memperkukuhkan peranan ulama supaya mereka mampu menggarap Islam di dalam pemerintahan.

Sehubungan itu, beliau berkata, sebagai sebuah parti Islam, Pas tidak harus mempunyai cita-cita untuk menubuhkan negara berkebajikan kerana pelaksanaan konsep negara seperti itu mampu dilakukan oleh golongan sekular seperti mana berlaku di negara-negara maju antaranya Sweden, Norway, United Kingdom (UK) dan Australia.

‘‘Prinsip perjuangan saya meletakkan semula Pas ke landasan asal dan ia sejajar dengan kehendak Perlembagaan parti. Daripada pengamatan saya, Pas yang kini majoritinya dikuasai oleh golongan bukan ulama lebih cenderung mengamalkan ‘politik memenuhi kehendak rakan’ hingga sanggup mengorbankan prinsip perjuangan yang telah dipertahankan sejak penubuhannya.

‘‘Cuba kita lihat pada awal penubuhan Pas bagaimana pemimpin Pas terdahulu seperti Dr. Burhanuddin Helmi dan Ustaz Zulkifli Mohamad berjuang untuk mendirikan negara Islam dengan cara memartabatkan Islam, Melayu dan menobatkan institusi raja-raja,’’ katanya.

Beliau yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor bercakap pada sidang akhbar di kediamannya di Pinggir Taman Tun Dr. Ismail dekat sini, hari ini

Dalam perkembangan berkaitan, Hasan mengakui antara batu penghalang kepada Pas untuk menubuhkan sebuah negara Islam adalah datangnya daripada kepimpinan tertinggi DAP.

Beliau berkata, kenyataan Pengerusinya, Karpal Singh iaitu jika Pas mahu meneruskan cita-citanya menubuhkan sebuah negara Islam perlu langkah mayatnya terlebih dahulu jelas membuktikan betapa besarnya halangan tersebut.

Ujarnya, kenyataan Karpal itu cukup menggambarkan bagaimana pintu untuk meneruskan hasrat tersebut tertutup dan terkunci selama-lamanya.

‘‘Saya kira pihak pimpinan Pas perlu membincangkan perkara ini. Dalam organisasi Pas, kita ada jawatankuasa di peringkat cawangan, kawasan, negeri dan Pusat.

‘‘Masing-masing mempunyai tanggungjawab dan salah satu tanggungjawab dalam konteks sekarang adalah bersama-sama meletakkan Islam sebagai agenda perjuangan utama dan pertama.,’’ katanya lagi.

Menjawab satu soalan, Hasan berkata, secara kronologi perubahan ke arah mewujudkan Negara Berkebajikan berlaku sejak Pas menjalinkan kerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pakatan pembangkang.

‘‘Jika kita membuat kajian betul-betul, saya fikir memang ada faktor (kerjasama) itu yang menyumbang ke arah (berlakunya perubahan). Ya, saya rasa ada, tetapi ia perlu ada satu kajian lanjut,’’ katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, terdapat beberapa faktor lain yang menyumbang kepada berlakunya kepada perubahan tersebut.

‘‘Saya sebenarnya tidak ada masalah untuk mengubahsuai polisi dan dasar apabila kita menjalinkan kerjasama, tetapi jangan ubah suai Islam,’’ katanya.

Sementara itu, Hasan turut membidas kenyataan pihak-pihak tertentu yang menghalangnya menjalinkan kerjasama dengan mana-mana pihak di luar Pas sama ada dalam persatuan atau parti seperti UMNO atas nama Islam, Melayu dan raja-raja Melayu.

‘‘Saya tidak kisah sama ada UMNO, persatuan peladang atau persatuan nelayan jika pihak-pihak ini memperjuangkan Islam, Melayu dan raja-raja Melayu saya akan sokong.

‘‘Jika UMNO bawa agenda itu, tetapi saya ketepikan mereka, hinalah Hasan Ali. Hasan Ali tidak ada objektif.

‘‘Dalam hal ini, saya mesti objektif, saya mesti menggunakan keintelektualan saya dan saya tidak harus mengorbankan keintelektualan saya,’’ tegas beliau.

Mengenai tahap sokongan yang diterimanya berikutan hasratnya untuk mengembalikan Pas ke landasan asal, Hasan memberitahu, beliau tidak keseorangan dalam melaksanakan tugas tersebut.

‘‘Alhamdulillah Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib, Ketua dan Timbalan Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan dan Nik Abduh Nik Abdul Aziz menyokong penuh usaha saya meletakkan Pas di tempat asalnya.

‘‘Rakyat juga memberi respons yang amat positif. Mana-mana saya pergi, ramai di kalangan rakyat bersalaman dengan saya, berdakap dengan saya dan ada orang tua lelaki mencium saya. Mereka menyokong penuh perjuangan saya,’’ ujarnya. (UTUSAN 21 DIS 2012)

20 Disember, 2011

SAMSENG PENGAMPU NAJIB



Waa..hebatnya brader ni nak tumbuk orang kat Bukit Aman. Marah betul dia bila ada Mahasiswa turunkan gambar Najib kat PWTC.  Patriotik tahyul betul brader ni. Taksub Najib ala-ala bodek gitu. Haha..penulis pun tak faham apa agenda sebenar budak UMNO ni. Bila kena tang dia, marah sakan. Dia dah lupa ke yang Pemuda UMNO pernah biadap bila  serbu Pejabat Keadilan  dan ugut nak bakar bangunan Keadilan? Tak menceroboh ke namanya tu? Macamana pula dengan UMNO Penang serbu Pejabat Lim Guan Eng kasi seluar dalam dan baru-baru ini bagi kek Tahi. Tak kurang ajar ke tu? Sebab itulah penulis cukup meluat dengan budak-budak UMNO upahan macam ni. Turun bendera Najib je terus mengamuk. Budak-budak Indon pijak dan bakar bendera  kita, mengapa tak mengamuk pulak? Inilah sebenarnya  otak letak kat lutut...



Apakah Bukit Aman tidak lagi aman?


Walaupun kejadian berlaku di depan Ibu Pejabat Polis diraja Malaysia Bukit Aman, namun tiada langsung tindakkan susulan dari pihak polis. Beberapa pegawai polis yang berada di tempat kejadian hanya berdiam diri seolah-olah sipulan yang menyerang mahasiswa itu adalah salah seorang dari mereka.


Sudah lupakah ikrar pihak berkuasa untuk menjaga keselamatan awam? Dalam klip video di atas kita dapat lihat Chegubard beberapa kali meminta pihak polis mengambil tindakkan tetapi tidak diendahkan. Demi keselamatan, sepatutnya pihak berkuasa menahan sipolan yang menyondol tak tentu pasal itu supaya tiada ruang untuk kejadian yang tidak diingini berlaku.


Kita masih ingat sebelum perhimpunan Bersih sampai ke tarikhnya, ramai orang awam yang ditahan hanya kerana mengenakan baju kuning bertulis Bersih. Namun hari ini ketika ada asakkan fizikal dari seseorang yang jelas bertindak di atas faktor Umno, tiada pula tanda-tanda sipolan itu ditahan malah dibiarkan bersahaja. Apakah tiada akta untuk menahan seseorang yang menyerang individu lain? Berhimpun secara aman adalah lebih bersalah daripada menyerang seseorang di Bukit Aman.


Ini satu provokasi terancang! Namun malang bagi pihak yang merancang, provokasi yang dijual itu tidak dibeli oleh komrad SAMM mahupun gerup mahasiswa yang berada di situ. Percayalah jika sipolan yang menyerang itu dibalas dengan serangan fizikal dari pihak SAMM atau mahasiswa SMM, pastinya polis yang betul-betul berada disekitar sidang media itu akan membuat tangkapan. Mereka bersedia untuk menangkap 'Asalkan Bukan Umno'! 


Akhirnya media milik mereka memuntahkan berita yang bertajuk "Mahasiswa ganas ditangkap" atau "Bukit Aman dicemari anasir berniat jahat". Ini strategi lapuk yang mudah dibaca. Kami bukan mahu keganasan, tapi kami mahu yang ganas-ganas ini ditangkap, disumbat ke lokap dan disiasat di bawah akta yang diperuntukkan. Ini termasuklah juga tindakkan terhadap 'panglima' yang secara terbuka membuat ancaman terhadap Adam Adli.


Justeru, tindakan bijak untuk hanya mempertahankan diri dan tidak mempedulikan sipolan yang menyondol itu adalah yang terbaik ketika pihak yang sepatutnya menjaga keselamatan acap kali diragui polisinya dalam menjalankan tugas. Sesungguhnya pendekatan 'gengsterism' dan ugutan adalah kelangsungan politik pihak terdesak untuk terus berkuasa terutamanya bagi menyekat anak muda dan mahasiswa daripada berada di landasan tepat untuk menjana perubahan total!


Di kesempatan ini juga, Edyes mengucapkan syabas dan tahniah kepada Mahasiswa yang bergerak di atas gerakan BEBAS, yang berani bertanggungjawab di atas tindakkan simbolik menurunkan gambar Najib. Walaupun ditekan oleh pelbagai pihak kaki bodek Umno supaya memohon maaf, mahasiswa tetap dengan pendiriannya untuk tidak tunduk kepada si pembodek ini. Menurunkan gambar Najib adalah menifestasi mahasiswa yang harus disambut oleh semua mahasiswa matang yang inginkan hak kebebasan untuk menjadi tunjang berkualiti. Keberanian ini wajar dipuji.


Kepada mereka yang berniat untuk menyerang Adam Adli atau mana-mana mahasiswa yang seangkatan dengannya, lupakanlah hasrat itu kerana ia tidak mungkin melumpuhkan semangat kebangkitan mahasiswa. Hari ini gambar Najib diturunkan oleh mahasiswa, tidak mustahil suatu masa nanti jika mahasiswa terus ditekan, dikurung dan dihimpit, maka mahasiswa sendiri menjadi pencetus jatuhnya regim Najib.



Pemansuhan AUKU, Akta 555 dan 174 , mengembalikan autonomi mahasiswa dan kampus serta kebebasan akademik, ini semua adalah perlawanan hak mahasiswa! Siapa lagi yang akan menjadi teras solidariti ini jika bukan mahasiswa ! Ayuh mahasiswa, terus bangkit dan LAWAN !!



EDYES @ edyesdotcom
Pengarah Propaganda SAMM

17 Disember, 2011

BOMOH KAKI SEKS


BOMOH KAKI SEKS

SEGAMAT: Lelaki bernafsu binatang ini layak digelar bomoh durjana kerana selain menjual patung bernilai RM10 pada harga RM1,000 kepada pelanggannya, dia turut membogelkan pesakit serta merogol remaja bawah umur kononnya untuk membuang sial.

Difahamkan lelaki berketurunan Siam berkenaan turut mempunyai 15 rekod jenayah lampau membabitkan pelbagai kesalahan termasuk buang daerah, penipuan, cabul dan rogol.

Dalam kes terbaru yang dilaporkan awal Ogos lalu, suspek bukan saja mencabul seorang remaja berusia 13 tahun, malah turut merogolnya beberapa kali kononnya untuk membuang sial yang dialami mangsa sejak lahir.

Malah, dia turut memperdaya keluarga mangsa supaya membeli patung pemujaan bernilai lebih RM1,000 sedangkan barangan itu berharga sekitar RM10 di pasaran.

Mangsa yang masih bersekolah di tingkatan satu di sebuah sekolah di sini turut dipaksa melakukan seks oral dan lebih mengaibkan lagi gambar bogelnya dirakam untuk dijadikan koleksi pelik bomoh terbabit.

Menceritakan semula peristiwa hitam itu, abang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Khoo, 35, berkata dia mula mengenali lelaki berkenaan yang berusia 57 tahun ketika bercuti di Terengganu sekitar 2004.

Katanya, lelaki itu amat dikenali masyarakat sekitar kerana kebolehan ajaibnya termasuk mampu menghilangkan diri selain mempunyai ramai pengikut.

“Saya tertarik dengan perubatan pelik dia apabila diberitahu rakan yang lelaki itu boleh menyembuhkan pelbagai penyakit termasuk membuang sial seseorang.

“Kebetulan pula pada masa itu adik saya mahu menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan dia sering gagal dalam ujian, malah lemah dari segi pembelajaran,” katanya ketika ditemui di rumah mereka.

Menurut Khoo, dia bertemu suspek dan lelaki terbabit memberitahu adiknya itu dilahirkan sebagai seseorang yang akan mempunyai pelbagai masalah sepanjang hidupnya.

Terkejut dengan pendedahan itu, katanya, keluarga membawa adiknya bertemu dengan suspek yang mendakwa mampu mengubah nasibnya dengan mengadakan satu pemujaan aneh.

“Saya diarahkan lelaki berkenaan untuk menjadi pembantunya dengan merakam segala perbuatannya ketika cuba untuk memulihkan adik saya.

“Adik saya diarahkan menanggalkan pakaiannya sebelum diminta untuk duduk seperti patung Buddha dan pada masa yang sama lelaki terbabit turut mencium dan meraba adik yang kononnya disifatkan sebahagian daripada upacara pemujaan,” katanya.

Mangsa yang seakan berada dalam separuh sedar hanya mengikut saja kehendak bomoh itu dan lebih menjijikkan lagi dia dipaksa melakukan seks oral sebelum lelaki terbabit merogolnya beberapa kali.

Khoo berkata, peristiwa itu berulang beberapa kali sejak setahun lalu namun nasib adiknya itu tidak berubah, malah dia kerugian lebih RM1,000 kerana dipaksa membayar harga sebuah patung.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abdul Majid Mohd Ali berkata, suspek akhirnya berjaya ditahan oleh sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis

14 Disember, 2011

MAHATHIR GUNA BOMOH?


Macam-macam la karenah orang UMNO ni  bila Pilihanraya Umum semakin menghampiri. Kenyataan Mahathir ni seolah-olah pengalaman sendiri je. Mungkin sepanjang 22 tahun jadi PM, budaya main bomoh ini mungkin perkara biasa. Maka penulis dapat rasakan teguran Mahthir ini membuktikan puak-puak UMNO ni memang takut kalah pilihanraya. Cuma bergantung pada bomoh saja. Kita tengok je nanti...

Dr M: ‘Usahlah cari bomoh kerana ingin menang’

December 13, 2011
KUALA LUMPUR, 13 Dis — Sementara tumpuan negara menuju ke arah pilihan raya umum ke-13, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan ahli-ahli politik tidak perlu mendapatkan khidmat bomoh untuk menang.
Kata beliau, kemenangan tidak akan dijamin oleh bomoh, sebaliknya kualiti perkhidmatan dan tingkah laku seseorang akan membawa kejayaan dalam pilihan raya.
“Ahli-ahli politik pun tak usahlah cari bomoh kerana ingin menang. Bukan bomoh yang boleh beri kemenangan. Budi yang baik, tingkah laku yang sopan, keperihatinan akan masalah yang dihadapi rakyat yang boleh memberi kemenangan dan kejayaan,” kata beliau dalam entri terbaru blognya, bertajuk “Tajuk” hari ini.
Bekas presiden Umno ini berkata orang Melayu tidak wajar menjadi bangsa penakut kerana ia juga akan menjadi penghalang kepada kejayaan mereka.
“Menjadi penakut memalukan. Bangsa yang penakut tidak boleh dibanggakan. Janganlah kita sengaja menjadikan bangsa kita bangsa penakut. Sebaliknya cubalah supaya bangsa kita jadi lebih berani,” katanya lagi.
Dr Mahathir (gambar) berkata Melayu mempunyai banyak sebab yang menghalang kejayaan mereka.
Oleh itu katanya, tidaklah perlu kita tambah halangan terhadap kejayaan mereka dengan kepercayaan kepada yang karut-karut.

12 Disember, 2011

IBRAHIM ALI SAKIT HATI...


Minggu ni ada 2 nada dari Ibrahim Katak ni.    Satu nada mengutuk dan satu lagi nada membodek 100%. Cuba korang nilaikan sendiri.  Satu kutuk MB Selangor. Satu lgi bodek melangit PM. Haha...pilihanraya dah dekat beb! Ibrahim makin gelabah. Minta simpati Najib la tu.  Tidur malam mesti tak lena si katak ni. Bimbang terlepas kerusi Pasir Mas....lubang kubur dah gali ke Brahim....?

Ibrahim kutuk tindakan MB Selangor

KUALA LUMPUR 11 Dis. - Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mengutuk tindakan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menyampaikan ucapan taat setia berunsurkan politik semasa Istiadat Hari Keputeraan dan Pengurniaan Darjah Kebesaran Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini.
Beliau yang hadir pada istiadat yang berlangsung di Istana Alam Shah, Klang berasa sedih dan dukacita dengan tindakan Menteri Besar Selangor itu kerana tidak mencerminkan budaya Melayu Islam.
"Istiadat itu sepatutnya dimurnikan dengan ucapan taat setia kepada baginda dan bukannya ucapan politik yang mengutuk pihak-pihak tertentu dalam pelbagai isu.
"Itu tidak kena pada tempatnya dan saya tiada pilihan selain mengutuk sikap berkenaan yang nyata di luar batasan demi kesejahteraan dan kedaulatan raja-raja Melayu yang merupakan 'payung' rakyat, negeri dan negara," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Ibrahim, tidak sepatutnya mana-mana Menteri Besar atau Ketua Menteri mengambil peluang meraih simpati ketika berucap sempena istiadat berkenaan.
"Kelakuan Menteri Besar Selangor itu berbeza dengan pemimpin negeri-negeri di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN). Saya mahu bertanya apakah ucapan yang disampaikan itu mewakili orang Melayu Islam atau semua kaum.
"Beliau tidak seharusnya lupa bahawa jika tiada orang Melayu, tiada juga beliau sebagai Menteri Besar Selangor memandangkan majoriti rakyat Selangor adalah orang Melayu," jelasnya.
Katanya, sememangnya rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum tetapi di dalam Perlembagaan negara masih ada lagi perkara-perkara yang tersirat dari segi kedudukan Islam, raja-raja Melayu dan adat istiadat Melayu.
"Saya berharap semoga selepas ini perkara seumpama ini tidak berulang dan majlis-majlis istiadat dicemari dengan emosi serta nafsu politik pihak-pihak tertentu yang mementingkan diri apabila membawa kepentingan parti," ujarnya.



Najib ‘role model’ terbaik- Ibrahim Ali


KUALA LUMPUR 10 Dis. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah ‘role model’ terbaik untuk generasi muda kerana kejayaan beliau mengatasi sepenuhnya jurang antara generasi dalam tempoh kurang dua tahun selepas mengambil alih tampuk pemerintah negara.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, Najib seorang pemimpin yang tidak takut menongkah arus apabila tampil berani melaksanakan transformasi bagi mendekatkan dirinya dengan generasi muda.

“Penghayatan beliau terhadap aspirasi orang muda dengan mengaitkan masa depan negara adalah masa depan mereka, berjaya menarik sokongan generasi muda terhadap kepimpinannya. Najib tidak takut kepada darah muda ketika ramai pemimpin lain gerun kepada semangat itu.

“Pendekatan yang dipelopori menerusi media sosial sehingga boleh mengajak generasi muda menonton bola sambil minum teh di rumahnya adalah satu sikap yang amat mempersonakan. Pendek kata Najib telah menjadi ‘role model’ kepada generasi muda,” katanya di sini hari ini.

09 Disember, 2011

UMNO MAKAN TAHI SENDIRI?


Tak pernah penulis jumpa manusia paling bodoh kat Malaysia ni selain dari Mamak kat bawah ni. Dulu dia buat hal bagi seluar dalam. Sekarang cari publisiti lagi dengan menghamtar replika kek tahi manusia. Langsung tak ada maruah dia ni. Nampak sangat kebodohannya. Korang nampak tak akhlak puak-puak UMNO ni? Dah 50 tahun Pakatan Rakyat jadi pembangkang di Malaysia, tak pernah sekali pun buat hal macam ni. Tapi UMNO baru 3 tahun jadi pembangkang di Penang dah tunjuk sikap biadap dan celaka. Macam ni ke korang nak pilih pemimpin nak jaga rakyat? hahaha....


HEBOH apabila sekumpulan mamak perasan Melayu Pulau Pinang merangkap penyokong Umno yang berpura-pura sebagai NGO menghantar kek seakan "tahi manusia" ke bangunan kerajaan negeri semalam, rujuk sini [Umno Penang].

BUSUK, kontrol hensem bergambar bersama taik

Biasanya budak belum mumayiz atau orang tua nyanyuk yang suka main dengan taik ni. Dari segi paras rupa dengan kedut dan janggut putih memang sah orang-orang tua nyanyuk ni dari kumpulan United Malays No Otak.

Tambah melengkapkan sifat nyanyuk mereka, tidak cukup dengan mengusung taik ke sana ke mari, akhirnya taik-taik yang mereka bawa terpaksa dimakan sendiri kerana tiada pihak yang mahu menerimanya.

Lihat video bukti di bawah bagaimana mereka memotong dan memakan taik-taik yang mereka bawa uwek! Tak cukup dengan itu, mereka ajak pula orang ramai makan taik bersama-sama mereka! Hancus!


source: http://milosuam.blogspot.com/2011/12/jijik-akhirnya-kek-tahi-itu-mereka.html#ixzz1fzsNEJ2k

08 Disember, 2011

MAHATHIR TERUS NYANYUK...

Berita paling suka penulis baca hari ini ialah mengenai kenyataan bekas PM, Dr Mahathir yang seolah-olah sayu pilu bila mengenangkan nasib Melayu Pulau Pinang. Cara beliau menulis dalam blognya seakan-akan cuba menjadi rasist dengan menyalahkan Pakatan Rakyat bila Penang kini diperintah oleh DAP. Beliau seolah-olah lupa sudah sekian lama  Gerakan yang diketuai oleh Pemimpin Cina  memerintah Penang. Pandai betul puak-puak UMNO ni mainkan isu perkauman kan. Sebab itulah penulis suka mengatakan Mahathir ni dah lupa apa yang dia lakukan dulu. Mahathir minta Melayu bersatu. Tapi siapa yang pecahkan Melayu sebenarnya? Tahun 1987 dulu tertubuhnya Semangat 46. Siapa yang boss ketika itu?  Kemudian tahun 1998, tertubuhnya Keadilan Nasional, siapa yang pecat Anwar ketika itu? Siapa jadi puncanya? Ternyata Mahathir makin dimamah usia, makin nyanyuk...

Melayu perlu bersatu - Dr. M

KUALA LUMPUR 7 Dis. - Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi mengingatkan orang Melayu supaya bangkit dan bersatu padu jika tidak mahu mengulangi nasib serupa yang dialami oleh orang Melayu di Pulau Pinang.
Namun, dalam nada sinis, bekas Perdana Menteri itu berkata, mereka tidak perlu memperingati nasib yang menimpa kaum Melayu Pulau Pinang jika mereka berasakan kejayaan dan sedikit kuasa yang ada akan kekal.
Ini kerana jelas beliau, dalam zaman peluang bertimbun-timbun, zaman serba mudah, zaman tersohor bangsa Melayu dan zaman kuasa masih di tangan Melayu, tidak ramai yang menginsafi serta menangisi nasib Melayu Pulau Pinang.

"Apa perlunya kita memperingati kedudukan orang Melayu Pulau Pinang? Sebenarnya tidak perlu. Sekali berjaya tetap berjaya, sekali merdeka, tetap merdeka. Bukankah Hang Tuah telah berkata tak akan Melayu hilang di dunia.

"Ini jaminan yang diberi kepada bangsa Melayu. Kita akan terus Melayu walaupun hanya menjadi pemandu kereta, buruh kasar dan budak pejabat. Kita Melayu juga. Tak perlu mengalir air mata," katanya dalam blognya, http://chedet.cc.

Dalam pada itu, mengimbau sejarah bagaimana orang Melayu Pulau Pinang mula hilang kuasa, Dr. Mahathir berkata, selepas pendudukan Francis Light, orang Melayu terpaksa 'melarikan diri' daripada pembangunan kerana kemiskinan.
Jelasnya, langkah tersebut terpaksa diambil oleh orang Melayu pada ketika itu kerana harga hartanah begitu tinggi dan mereka pula tidak mampu membeli atau menyewa selepas bertindak menjual tanah yang sebelum ini milik mereka.
"Apabila pembangunan sampai ke kawasan di mana orang Melayu telah lari, mereka sekali lagi jual tanah dan berpindah. Lama-kelamaan mereka tenggelam dalam masyarakat asing yang semakin bertambah dan mewah.
"Itulah nasib mereka, menjadi kumpulan orang yang terasing di negeri sendiri. Maka mengalirlah air mata mereka," jelasnya.

06 Disember, 2011

BLOGGER LUCAH KENA SAMAN?


Blog yang dipenuhi sampah sarap serba fitnah akhirnya mendapat habuannya. Dia fikir dia kuat . Ada back up kuat. Tapi sepandai-pandai tupai melompat, akhornya jatuh ke tanah juga. jom kita lihat siapa yang kenaaaaa.......





Satu laporan polis akan dibuat pada, 6hb Disember 2011, pada pukul 2 petang di Balai Polis Jalan Travers  ke atas laman sesawang www.papagomo.com yang dimiliki oleh Wan Muhammad Azri bin Wan Deris, pemegang kad pengenalan bernombor 830121-03-5019.

Wan Muhammad Azri bin Wan Deris dalam laman web beliau www.papagomo.com telah melakukan fitnah terhadap diri saya pada artikel beliau berjudul “AMIN ISKANDAR PENULIS THE MALAYSIAN INSIDER AKUI DICABUL ANWAR IBRAHIM” pada capaian :
http://www.papagomo.com/2011/11/amin-iskandar-penulis-malaysian-insider.html Tulisan ini dilakukan pada tarikh tertera di laman web tersebut : 26hb November 2011.

Fitnah tulisan Wan Muhamamad Azri atau Papagomo ini dipercayai dilakukan atas niat beliau mempertahankan Datuk Razali Ibrahim daripada penulisan dan kritikan saya terhadap Datuk Razali Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan pada tulisan saya bertarikh 25hb November 2011 di capaian:
http://www.themalaysianinsider.com/opinion/article/razali-ibrahim-janganlah-bersikap-seperti-anak-kecil/

Tindakan membela Datuk Razali Ibrahim dengan cara membuat fitnah terhadap diri saya adalah satu tindakan yang tidak wajar dan seharusnya dilakukan dengan berhujah secara matang.

Sebagai seorang penulis dan blogger yang menyokong kebebasan bersuara dan menyatakan pandangan, laporan polis ini dilakukan bukan bertujuan untuk menyekat kebebasan penulis blog untuk menulis, akan tetapi untuk mengekang budaya fitnah daripada terus menjadi amalan sesetengah pihak.

Semua media, penulis blog dan rakyat Malaysia dijemput hadir.
Sekian dimaklumkan,

Amin Iskandar
Blog:
www.aminiskandar.net






04 Disember, 2011

LAGI KISAH ARTIS SEPARUH BOGEL...


Bila dah terjadi baru nak menyesal...Inilah realiti hidup Artis kita sekarang. Masa buat, tak ingat kesan dikemudian hari. Bila dah heboh, mulalah gelabah. Fikir-fikirkanlah...hidup ini bukan setakat seronok di dunia saja yang kita nak kejar...

Saya bodoh, diperdaya hidup-hidup - Ain

NURUL Ain Nordin adalah wanita paling malang kalau kita mendengar versi cerita empunya badan mengenai gambar separuh bogelnya.

Dia mendakwa telah menjadi mangsa kerakusan syarikat penerbitan yang mempertaruhkan gambar separuh bogelnya untuk melariskan filem Suatu Malam Kubur Berasap arahan Ernie Chen.

Sudah pastilah dia akan disimpati kerana menjadi “mangsa”. Tetapi masyarakat sudah tidak berfikiran lurus bendul begitu. Mereka pasti tertanya-tanya bagaimana pula dia menjadi mangsa padahal aksi separuh bogel itu kelihatan dengan penuh sedar. Adakan ini gambar kandid secara curi padahal dia memandang kamera dengan mood ceria? Sebabnya sebelum ini telah banyak yang buat perkara yang sama kemudian mendakwa dimangsai padahal melakukan dengan sedar.

“Saya memang silap besar sebab tak teliti semula gambar yang diambil selepas fotografi untuk promosi filem itu. Saya terlalu letih dan kalut dek terlalu lama menunggu dari pukul 9 pagi hingga 11 malam bersama artis-artis lain.

Ketika ditanya bagaimana sesi fotografi itu berlangsung, Ain berkata, “Semasa fotografi itu, jurugambar meminta saya berkemban kain batik tanpa memakai coli.”

Katanya, dia malas nak membantah sebab hendak balik awal dan berehat. Tetapi dia tidak memberitahu kenapa tidak menolak padahal ini mengaibkan dirinya. Ain juga tidak memberitahu perhitungannya antara menggadai maruah agama dan keperluan kerjaya kerana melakukan fotografi itu. Ini yang menimbulkan banyak persoalan kalangan masyarakat.

“Tapi bila gambar itu tersebar, saya jadi keliru. Macam mana boleh gambar itu keluar dari syarikat itu sedangkan saya tak dimaklumkan apa-apa. Tup-tup satu Malaysia dah kutuk saya,” katanya.

Persoalannya Ain sendiri merelakan gambarnya diambil sedemikian rupa. Kalau dia membantah, jurugambar tentu tidak boleh memaksa. Masyarakat melihat ada “kesengajaan” kemudian meletakkan kesalahan kepada pihak lain.

Rentetan daripada itu juga, ibu Ain, Aminah Illadad Khan yang juga seorang pensyarah di sebuah kolej tidak bertegur sapa dengan anaknya.

“Saya tak tahu nak cakap macam mana bila Mama tak nak bercakap dengan saya selama sebulan. Saudara mara menjauhkan diri bila saya balik kampung di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Kekasih menjauhkan diri dan rakan terdekat pula jijik melihat saya.

“Ada pensyarah di universiti pula mahu saya berhenti dari mengikuti kuliah (Diploma Teknologi Kreatif dan Artistik, UiTM Shah Alam, Selangor) serta merta.

Kenapa baru sekarang wanita berusia 23 tahun ini menyuarakan dukacita terhadap gambar tersebut? Kenapa tidak awal-awal lagi sebagai membuktikan dia dimangsai?

“Saya adalah pekerja syarikat filem itu sejak 1 Mac sebelum berhenti pada September lalu. Sepanjang tempoh itu, saya tak dibenarkan membuka mulut oleh majikan.

“Saya nak orang tahu bahawa saya bukan ‘pelacur’ murahan yang sanggup menggadaikan maruah untuk lariskan filem ,” tambahnya lagi. Sepatutnya Ain membuktikan kata-kata itu dengan perbuatan iaitu dari awal lagi jangan membiarkan gambarnya diambil.

Ain tidak boleh menyalahkan masyarakat kalau memandang serong kepadanya. Dia punya keupayaan untuk menghalang dari awal lagi. Sebenarnya perkara seperti ini berlaku disebabkan faktor diri sendiri. Ini satu pengajaran kepada artis muda supaya mempunyai nilai pekerti yang tinggi.

03 Disember, 2011

UMNO MENGAMUK KERANA LINTAH



Hahaha...lintah punya pasal pun pemimpin UMNO serta kaki-kaki bodek dah melenting. Itu baru diumpamakan lintah. Kalau diumpamakan dengan binatang lain, entah apa akan jadi kan. Ini lah mentaliti pemimpin UMNO yang takut kena tegur ,ego dan berlagak dari dulu kini dan selamanya. Paling lucu bila tengok komen dari juri tetap (kaki bodek ) UMNO iaitu Ezam, Zahrain dan dua tiga ekor lintah darat lagi. Jom baca:

Tunku 'Abidin mohon maaf

KUALA LUMPUR 2 Dis. - Akhbar The Star diberi masa tiga hari untuk memohon maaf ekoran tindakan seorang kolumnisnya, Presiden Ideas, Tunku 'Abidin Muhriz yang mengumpamakan pemimpin UMNO seperti lintah.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, jika gagal berbuat demikian pihak terbabit perlu bersedia menghadapi saman malu daripada UMNO.

"Saya sudah membawa perkara ini kepada peguam untuk dibuat penelitian. Ini adalah suatu fitnah dan tohmahan yang sepatutnya tidak dilakukan.

"Mana boleh dia (kolumnis) mengatakan kita (pemimpin UMNO) macam lintah, itu adalah salah," katanya ketika ditemui pemberita pada Perhimpunan Agung UMNO 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan penyumbang ruangan pendapat mingguan The Star itu yang mengumpamakan para pemimpin UMNO seperti lintah.

Dalam pada itu, ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, perumpamaan yang diberikan penulis tersebut sangat tidak wajar.

"Proses untuk menjadi pemimpin di dalam UMNO bukanlah urusan mudah kerana perlu melalui banyak tapisan. Ia melibatkan pemilihan di peringkat cawangan, bahagian dan seterusnya menjadi wakil rakyat dalam pilihan raya," katanya.

Seorang lagi ahli MT, Datuk Seri Mustapa Mohamed menasihatkan penulis itu agar melihat kembali perjuangan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO untuk kemerdekaan negara.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, dalam UMNO tiada unsur kronisme bukan seperti pembangkang.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim pula musykil dengan tindakanThe Star yang menerbitkan artikel tersebut ketika Perhimpunan Agung UMNO sedang berlangsung.

"Saya bukan mahu menyebelahi mana-mana pihak, cuma yang menghairankan mengapa The Star membiarkan berita yang boleh menimbulkan kemusykilan kepada pembaca dikeluarkan," katanya.

Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd. Nor pula berpendapat, kenyataan tersebut tidak melambangkan kemuliaan institusi yang diwakilinya disebabkan perkataan yang tidak beradab sehingga merendahkan martabat pemimpin UMNO.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, artikel-artikel seumpama itu sememangnya kerap diterbitkan oleh The Star.

"Saya tidak hairan dengan kenyataan itu kerana mereka (The Star) sering menggunakan kolumnis yang berfikiran liberal untuk meranap agenda Melayu. Tulisan itu lebih kepada retorik, menggunakan cara halus untuk merendah-rendahkan kepimpinan kerajaan secara melulu," katanya.

Sementara itu, menurut laman web The Star, Tunku 'Abidin malam ini meminta maaf secara terbuka berhubung artikelnya mengenai lintah di PWTC yang mencetus suasana kurang senang di kalangan pemimpin UMNO.

Menurutnya, artikel itu telah dijelaskan secara analogi kepada 'beberapa individu' tetapi malangnya terdapat pihak yang menganggap komen itu ditujukan kepada semua perwakilan di Perhimpunan Agung UMNO itu.

"Saya ingin memohon maaf di atas salah faham terhadap artikel saya mengenai lintah-lintah di PWTC minggu ini.

"Sesiapa yang pernah membaca artikel saya dalam tempoh tiga tahun ini akan tahu bahawa saya sangat kagum dan amat menghormati pemimpin UMNO," katanya.

01 Disember, 2011

PELAJAR LAYAN SEKS CUMA RM10


KOTA KINABALU: Hanya RM10. Itu bayaran dikenakan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang masih bersekolah kepada rakan sekelas yang mahu mengadakan hubungan seks dengannya.
Remaja berkenaan juga tidak kisah melakukan perbuatan terkutuk itu pada siang hari di hotel murah pilihannya dan lebih memeranjatkan sudah melakukannya sejak berusia 15 tahun lagi.

Dalam pertemuan dengan wartawan Harian Metro, pelajar itu yang hanya mahu dikenali sebagai Lina berkata, dia mula membabitkan diri dengan kegiatan tidak bermoral itu selepas dipengaruhi beberapa rakan wanita lebih tua yang dikenalinya ketika melepak di kompleks beli-belah di bandar raya ini.

“Ketika itu, saya memerlukan wang untuk membeli pakaian berjenama selain mendapatkan peralatan sekolah lebih lengkap, sedangkan keluarga tidak mampu menyediakannya termasuk buku latihan disebabkan faktor kemiskinan,” katanya.

Lina berkata, selepas menceritakan masalah kewangan dihadapinya, seorang rakan mempengaruhi supaya melakukan pekerjaan itu kerana boleh memperoleh wang dengan mudah.

“Pada mulanya, saya pelik dengan pekerjaan ditawarkan kerana dibawa ke sebuah bilik hotel dengan alasan untuk ‘ditemu duga’ sebelum didatangi seorang lelaki berusia sekitar 30-an.

“Sebelum berbual, saya melihat lelaki berkenaan menyediakan segelas air sebelum memasukkan sejenis pil lalu mengarahkan saya meminumnya dengan alasan untuk menghilangkan perasaan takut dan gemuruh,” katanya.

Katanya, selepas beberapa minit meneguk air berkenaan, dia berasa ghairah sebelum lelaki berkenaan mengarahkannya berbaring.

“Saya hanya tersedar beberapa jam selepas itu dalam keadaan tidak berpakaian. Pada masa itu, saya hanya mampu menangis, namun ditenangkan rakan itu sambil menunjukkan sejumlah wang untuk saya,” katanya.

Lina berkata, selepas kejadian itu, dia semakin ketagih untuk melakukan hubungan seks dan mula menawarkan diri kepada rakan lelaki yang dikenali saja.

“Selepas kejadian itu, saya sering mengulangi perbuatan sama terutama selepas waktu sekolah hingga mampu hidup senang.

“Bagaimanapun, disebabkan terlalu kerap melakukan hubungan seks dengan pelbagai lelaki, saya mengalami jangkitan kuman pada kemaluan,” katanya.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan dia berhenti daripada kegiatan itu dan akhirnya menyesal dengan apa dilakukannya.

“Mungkin itu balasan atas perbuatan saya kerana mahu mencari wang dengan mudah. Mujur saya tidak mengandung, jika tidak pasti nasib lebih buruk,” katanya.

PERKASA PEKIDA KENA HALAU?

KUASA RAKYAT

LAKI BINI KENA SEPINA

kebangkitan rakyat

kebangkitan rakyat

SEJARAH TERCIPTA: ANWAR BEBAS..!!!