rakan-rakan blog ini

PRODUK UNTUK PENGANTIN LELAKI

.

.
Info : Blog ini baru sahaja diaktifkan secara rasmi 15hb Ogos 2010 yang lalu. Penulis merupakan seorang bekas wartawan yang pernah bertugas dibeberapa akhbar tanahair. Lebih 20 tahun bertugas sebagai wartawan sebelum ini. Jadi, menyedari betapa pentingnya kebenaran itu ditegakkan, Penulis membuat keputusan menulis secara aktif di blog ini. Semoga Allah memberkati niat baik saya ini

Halaman

28 Februari, 2012

PANAS!! VIDEO MAHATHIR KATA HUDUD TIADA DALAM AL-QURAN

Panas..gempar satu video terkini Tun Mahathir menjawab satu soalan berkenaan hukum Hudud di Sarawak baru-baru ini. Mahathir kata hukum hudud tidak adil dan tiada dalam Al-Quran. Apa komen anda?


HASAN ALI RAMAL PAS KALAH TERUK

Hasan Ali terus  dengan roadshow sakit hatinya di sana sini. Malah seperti biasa, PAS la jadi bahan kutukan utama.  Terkini, Hasan mendakwa Pas akan kalah teruk dalam pilihanraya umum akan datang.Menurut Hasan, ini kerana Pas dijadikan kuda tunggangan DAP. Hahaaha...Tahukah Hasan selama empat tahun beliau bergelar exco, hasil dari manakah beliau terima? Bukankah Kerajaan Selangor terdiri dari PKR, PAS dan DAP? Bukankah masa itu Hasan bersekongkol dengan DAP juga? Takkan dah empat tahun baru nak sedar jadi kuda tunggangan? Bahlol betul Hasan kaki MLM ni. Cakap tak leh pakai. Kita tengok je Luncai terjun dengan Labunya....

  Hasan Ali ramal Pas kalah teruk
RAIHAM MOHD SANUSI
27 Februari 2012


KEMAMAN – Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali meramalkan Pas akan mengalami kekalahan teruk dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) nanti ekoran terpesong dari matlamat perjuangan sebenar serta hanya menjadi kuda tunggangan DAP dan PKR semata-mata.

Beliau berkata, sebaliknya DAP dan PKR akan kekal meraih kemenangan besar tidak sebagaimana Pas yang telah hilang keyakinan ahli dan penyokong.

Katanya, dalam konteks di Selangor, apa yang akan pasti berlaku ialah kawasan-kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakili wakil DAP dan PKR akan terus memperolehi majoriti lebih besar.

“Sementara Pas pula akan jatuh merudum kerana ahli dan penyokong sudah hilang keyakinan serta kepercayaan kerana perjuangan untuk menegakkan negara Islam sudah bertukar kepada perjuangan mewujudkan negara berkebajikan.

“Pas dalam Pakaran Rakyat (PR) hanya menjadi kuda tunggangan semata-mata. Apa yang saya cukup pilu dan sedih demi matlamat menuju Putrajaya, Pas sanggup bersekongkol dengan DAP yang secara terang-terangan menolak Islam,” katanya ketika menyampaikan ceramah pada Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Akidah anjuran Pekida Kemaman di Padang Astaka, Chukai, Kemaman, malam semalam.

Bahkan, katanya, Pas juga masih setia bersama PKR sedangkan Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai rekod akhlak yang teruk selain mengiktiraf dan menyokong Israel.

“Perlukah Pas masih bersama DAP yang secara terang menolak Islam? Perlukah Pas bersekongkol dengan Ketua Umum PKR yang dibelenggu masalah moral? Baru-baru ini juga Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan bahawa haram menyokong atau membuat kenyataan menyokong Israel yang kewujudannya adalah haram.

“Namun, kalau haram kenapa masih mahu bersekongkol bersama mereka (PKR)? Sedarlah wahai Pas,” katanya.

Menurutnya, berikutan itu, imej Pas kini cukup buruk dan terpaksa menanggung risiko mengalami kekalahan besar dalam PRU13 yang dijangka diadakan pada bila-bila masa.

Pada masa sama, Hasan juga hairan mengapa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat masih berdiam diri walaupun telah memberikan kata dua kepada Anwar supaya menarik balik kata-katanya yang menyokong Israel atau menyaman The Wall Street Journal.

“Saya percaya kenyataan (Nik Aziz) berkenaan juga adalah hasil dari implikasi saya dipecat,” katanya.

26 Februari, 2012

KUASA RAKYAT DI KUANTAN,,,!!!

Siapa sangka, disaat kita dikejutkan dengan berita Dr Badrul Amin difitnah, ribuan rakyat membanjiri Padang Kemunting MPK4. Sungguh hebat KUASA RAKYAT!!!


DUGAAN BESAR DR BADRUL AMIN


dr.Badrul Amin nafi ditangkap khalwat


Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini. 

Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian. 

Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan. 

Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin. 

Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa. 

Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik. 

Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini. 

Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya. 

Dr. Badrulamin Bahron

24 Februari, 2012

BAI'AH PAS PALSU: KATA USTAZ UMNO

Tak habis-habis  rasa sakit hatinya pada PAS. Ustaz upahan UMNO, Abdullah Sa'amah terus mengeluarkan kenyataan mengutuk PAS. Terbaru mengenai Bai'ah PAS yang dinyatakan oleh Tuan Guru Dato  Seri Haji Hadi Awang. Katanya Bai'ah PAS adalah palsu semata-mata. Hahaha...sedap mulut je  dia ni cakap. Dia orang ni berani cakap dengan orang surat khabar je. Penulis pernah cuba jadi rakan facebook tapi tak diterima. Takut kena kutuk ke...?  Tapi penulis  rasa semakin kuat mereka ini melalak, maka semakin banyak peruntukan dari UMNO masyukkk....betul tak???

Tak mudarat langgar bai'ah palsu - Abdullah

KOTA BHARU 23 Feb. - Tokoh agama yang juga pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah menyifatkan, bai'ah Pas adalah bai'ah palsu dan sekiranya dilanggar tidak mendatangkan sebarang kemudaratan.

Beliau berkata, ini kerana bai'ah itu hanya bermotifkan politik dan dilakukan kerana pemimpin Pas takut kehilangan kuasa apabila ada dalam kalangan wakil rakyat mereka berkemungkinan lompat parti selepas pilihan raya umum nanti.

Katanya, Pas kini semakin tertekan melihat sokongan rakyat semakin meningkat kepada UMNO yang dilihat lebih komited dalam menegak dan mempertahankan kedudukan agama Islam di negara ini.

"Mereka membuat bai'ah kerana menganggap mereka betul dan benar. Bai'ah Pas bai'ah palsu dan kata-kata celaka dunia akhirat sekiranya melanggar adalah kata-kata kosong, tidak memudaratkan dan tidak perlu gusar.

"Pas membuat bai'ah kerana mereka tertekan sokongan terhadap UMNO semakin gagah (kuat) dan Pas takut UMNO menang, maka akan ada wakil rakyat Pas lompat parti," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abdullah berkata, benar bai'ah dibenarkan dalam Islam dan para sahabat Rasulullah SAW juga pernah berbai'ah kepada nabi kerana baginda jelas memperjuangkan kemuliaan agama Islam.

"Apa yang perlu dibuat ialah Pas dan UMNO kena berbai'ah untuk mempertahankan kemuliaan Islam dan orang Islam," katanya

22 Februari, 2012

LAGU KELAKAR PENYAMUN UMNO...


Haha...sekali-sekali layan lagu kelakar ni best jugak. Kreatif betul orang yang buat klip ini...kahkah!

21 Februari, 2012

IBRAHIM ALI KUAT BETUL BODEK ROSMAH

Semalam penulis sempat tengok video ucapan Ibrahim ali  zaman Pak Lah  jadi Perdana Mentaeri. Kaw kaw dia kutuk Pak Lah dan Najib altantuya. Penulis rasa belum ada lagi video Ibrahim kutuk Najib dalam You Tube di masukkan. Mungkin tak ramai simpan video  Ibrahim ni. Penulis memang banyak simpan.

 Paling best satu part Ibrahim cakap: " Siapa saja tengok TV1, TV2, TV3, Utusan Malaysia dan Berita Harian, boleh jadi bodoh sampai tua!!! ".  Hari ini Ibrahim puja kaw kaw Utusan dan TV3. Haha...... Insyaallah...satu masa penulis akan upload video berkenaan. Sekarang ni elok kita tengok gambar terbaru Ibrahim yang  sanggup mencium tangan Rosmah Mansur. Amboi...lebih-lebih pulak bodek...





20 Februari, 2012

RIDHUAN TEE TERUS KUTUK PAS


Baru sebentar tadi penulis  sempat menonton Buletin Pagi TV3. Paling menarik satu interview melibatkan tokoh Agama UMNO, Ustaz Ridhuan Tee Abdullah yang menyifatkan  sekarang PAS dah jauh tersasar dari perjuangan lama yang extreme.  Katanya  sekarang ini UMNO mula  bangkit untuk menjadikan Islam sebagai agenda utama  (hahaha...ketawa sekejap).  
Malah  dengan penuh konfidentnya Ridhuan menyatakan  bahawa PAS kini terpaksa bekerjasama dengan DAP yang menolak Islam.  Cuma  poenulis  musykil, adakah selama ini UMNO yang bekerjasama dengan MCA, dapat menerima  Islam sepenuhnya? Kenyataan terbaru Soi Lek Porno  bahawa mereka  sanggup lawan UMNO bagi memastikan hudud tidak dilaksanakan di Malaysia.  Takkan Ridhuan tak baca kot? Apakah Ridhuan sudah lupa  asalnya beliau seorang Cina  juga sebelum ini? Nampak sangat Ridhuan  ni lebih Melayu dari orang Melayu itu sendiri. Tak sedar diri. Bodek tak kena  gaya. 
Dulu penulis  amat hormati beliau  seperti penulis  hormat Ustaz Ravi Abdullah. Tapi penulis  tengok Ustaz  Ravi sedia berceramah dan berdakwah mana-mana saja undangan termasuk anjuran Pakatan Rakyat. Tapi  Ridhuan Tee? ...... (ahh...sudahlah...penulis  nak tengok Hasan Ali pulak sebentar lagi di Malaysia Hari Ini  cerita  tentang kayu Jatinya...)

17 Februari, 2012

ADUH....ARTIS BOGEL LAGI....




Kecoh dunia hiburan tanahair dengan tersebarnya video bogel pelakon Karipap-Karipap Cinta, Melia Aimiellia.
Seorang pengirim tidak dikenali yang hanya mahu dikenali sebagai “Paddox” telah mengirim video yang berdurasi hampir 30 saat dan memaparkan seorang gadis mirip Melia Aimiellia kepada OHBULAN!.
Video itu menunjukkan gadis mirip Melia itu sedang melakukan aksi ghairah dan mendedahkan bahagian atas tubuhnya termasuklah payudaranya.
Sehubungan itu, wartawan OHBULAN! segera menghubungi Melia Aimiellia untuk mendapatkan penjelasan mengenai kontroversi yang sedang melanda pelakon yang baru hendak mencipta nama ini.
“Saya menafikan sekeras-kerasnya tentang gosip yang tersebar mengenai diri saya. Selepas melihat gambar tu, hampir tergelak pun ada kerana itu bukan saya. Lucu betul,” ujar Melia menafikan isu video bogel tersebut.
Melia yang baru sahaja berumur 19 tahun turut meluahkan rasa terkejut dan terkilannya kepada OHBULAN! mengenai Gossip: Video Lucah Heroin Filem Tersebar! yang hangat diperkatakan sekarang ini.
   “Saya agak terkejut dan terkilan sebenarnya, tapi sedikit pun saya tak takut dengan gosip ini sebab itu bukan saya. Saya akan cuba bersihkan nama saya selepas ini, Insyaallah,” tambah Melia Aimiellia lagi.
Namun begitu, Melia yang sedang sibuk menjalani penggambaran sekarang ini berkata bahawa dia akan menyerahkan segala urusan lain kepada ibunya untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya.
“Terserahlah, kalau orang mahu percaya atau tidak. Saya tak paksa orang untuk percaya, hanya orang (Ibu) yang kenal dan rapat dengan saya tahu bentuk tubuh saya. Saya hairan kenapa jadi begini, saya tahu saya ramai musuh tapi saya cuba buat yang terbaik walaupun saya tahu ada orang tak suka saya.”
Ditanya jika Melia ada mengesyaki sesiapa berkenaan penyebaran video bogel mirip wajahnya ini, Melia menjelaskan bahawa dia hanya berserah pada Tuhan. Melia juga sekali lagi menafikan sekeras-kerasnya bahawa gadis dalam video itu bukan dirinya dan ini semua angkara fitnah orang yang dengki terhadapnya.
    “Itu memang bukan saya, saya menafikan sekeras-kerasnya. Tuhan itu Maha Adil, semoga dia memberikan balasan pada mereka,” jelas Melia Aimiellia mengakhiri perbualan.
Bagaimanapun seorang pembaca OHBULAN! yang prihatin telah menghantar e-mail kepada kami mengenai penemuannya terhadap sekeping gambar dari artikel kami sebelum ini!
GAMBAR BOGEL: Antara Penafian Melia Aimiellia Dan Sebentuk Cincin...
Dalam tidak sedar, rupanya sekeping gambar yang pernah diambil oleh wartawan OHBULAN! ketika mengikuti Jelajah Festival Filem Malaysia Ke-24 mempunyai bukti bahawa video bogel yang sebelum ini tersebar adalah benar.
Gambar yang kami muat-naik untuk artikel bertajuk “Video Bogel Itu Bukan Saya!” – Isu Video Bogel Mirip Melia Aimiellia menunjukkan Melia memakai cincin berwarna hitam di jari hantunya dan cincin berwarna perak di jari manisnya tangan kanannya sama seperti gadis didalam video bogel tersebut. Ini menguatkan lagi bukti bahawa gadis didalam video itu adalah Melia.
Kami sangat berharap bahawa gambar ini adalah hasil dari teknik ‘super-imposed’ tahap dewa yang kami yakin adalah perbuatan dengki pihak yang tidak sukakan Melia.
Apa yang pasti, Melia Aimiellia sudah menafikan sekerasnya bahawa gadis didalam video tersebut bukanlah dirinya.

16 Februari, 2012

MB JOHOR TAKUTKAN ORANG CINA


Undi punya  pasal, MB Johor sanggup menakutkan pengundi Cina  sekiranya pembangkang menang, PAS akan dilantik ketuai  Kerajaan Johor.  Dalam majlis yang sama, Soi Lek bintang porno pun turut menakut-nakutkan orang-orang Cina betapa DAP sanggup ikut  cakap PAS. Haha...puak-puak UMNO pulak cakap  PAS ikut telunjuk DAP. Kat sini pun kita  dah dapat tengok terang-terang semangat perkauman dimainkan oleh pihak BN.  Depan Cina cakap lain, depan Melayu cakap lain. Tapi bila  depan Cina  MB Johor  takutkan orang Cina, itu yang tak boleh diterima. Harap-harap kali ni Ghani last la jadi MB. Lagi pun MB Johor  dah mengakui BN bukan lagi deposit tetap BN. Besar maknanya ni...


MB akui Johor bukan deposit tetap BN
NORSHIKIN MOHD SALLEH
16 Februari 2012


SKUDAI - Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman menegaskan bahawa negeri itu bukanlah deposit tetap Barisan Nasional (BN) dan Umno, namun beliau yakin ia akan kekal sebagai kubu kuat parti tersebut.

Menurutnya, walaupun sebelum ini pakatan pembangkang mengisytiharkan Johor sebagai ‘barisan depan' keutamaan mereka pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), beliau yakin rakyat negeri ini, terutamanya kaum Cina tidak akan terpengaruh dengan janji-janji kosong mereka.

"Walaupun meletakkan bekas Menteri Kesihatan sebagai pemimpin tertinggi, namun 'kehadiran' pembangkang bagaikan tidak dirasai di negeri ini.

”Pemimpin mereka (pembangkang) hanya berjuang secara bersendirian kerana parti mereka lemah, tidak mempunyai kualiti kepimpinan dan tidak dapat sokongan daripada rakyat Johor yang merupakan asas untuk membentuk sebuah kerajaan yang kuat.

"Oleh itu saya yakin Johor akan kekal sebagai kubu kuat BN," katanya ketika menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Johor MCA di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pu Sze di sini, kelmarin.

Turut hadir pemimpin MCA termasuk Presiden Datuk Seri Dr Chua Soi Lek; Ketua Pemuda, Datuk Dr Wee Ka Siong; Setiausaha Penganjur Kebangsaan, Datuk Tee Siew Kiong dan Ketua MCA Labis, Tan Kok Hong.

Menurutnya, keputusan Pas meletakkan calon mereka bertanding dalam PRU-13 di Johor dan menjadi Menteri Besar juga adalah bersandarkan keyakinan palsu bahawa masyarakat Cina akan menyokong mereka.

"Oleh itu saya menegaskan agar masyarakat Cina tidak menyokong DAP kerana ia sama seperti memberi kuasa kepada Pas," katanya.

Abdul Ghani berkata, beliau yakin, di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Malaysia akan terus berdaya maju untuk mencapai status masyarakat berpendapatan tinggi dan stabil dari segi ekonomi.

Sementara itu, dalam majlis yang sama, Soi Lek meminta masyarakat Cina berhati-hati agar tidak terpedaya dengan janji manis pakatan pembangkang terutamanya DAP.

Menurutnya, DAP kini dilihat sering mengalah kepada Pas biarpun parti itu memenangi banyak kerusi pada pilihan raya umum lalu.

"Terbaru, Pas bakal meletakkan Ahli Parlimen dari Kelantan untuk menjadi Menteri Besar jika pakatan pembangkang menang dalam PRU-13.

"Keadaan yang sama dapat dilihat di Kedah dan Perak yang mana DAP berjaya menakluki banyak kerusi, tetapi jawatan Menteri Besar diberikan kepada Pas," katanya.

Soi Lek berkata, apa yang dibimbangkannya ialah pembangunan ekonomi di negeri ini akan terjejas jika ditadbir pembangkang.

“Jika Pas berkuasa, projek besar seperi Iskandar Malaysia juga berisiko gagal dan pembangunan akan terbantut termasuklah kemasukan pelaburan dan pelancong asing.

“Kerajaan Barisan Nasional memang tidak sempurna, tetapi komited dalam melakukan pelbagai transformasi baik dari segi politik, pendidikan dan ekonomi. Malah kadar jenayah juga menurun,” katanya

14 Februari, 2012

ORANG UMNO KUTUK HASAN ALI

kutukan menerusi facebook menerusi penulis politik UMNO Zakaria Bidin
Seperti yang dijanjikan, penulis siarkan sebahagian kutukan dari penyokong UMNO terhadap Dato Dr Hasan Ali. Sebelum ini ramai sangka hanya penyokong PAS dan Pakatan Rakyat saja yang bengang dengan 'perangai' Hasan Ali ni. Rupa-rupanya ramai juga penyokong UMNO tak suka juga dengan Hasan Ali. Lebih mengejutkan, Facebook rasmi Hasan Ali pun turut menjadi medan kutukan terhadap Hasan ali sendiri. Apa dah jadi ni Dato?  Kuasa ketiga apa cerita? Lagi baik Dato jadi Pakar Motivasi semula  la.  Memang sekarang masih ada orang yang layan ceramah Dato. Bila diumumkan Pilihanraya UMUM ke 13 nanti, masing-masing sibuk dengan kempen, maka ketika itu Dato akan ditinggalkan...percayalah...


13 Februari, 2012

KAKI RASUAH BUAT HAL LAGI

Haha...semakin kantoi  Isa Samad berikutan pendedahan Pengerusi Anak, Mazlan Aliman berkenaan perbelanjaan luar biasa Majlis Hari Raya Felda sebelum ini yang jauh 10 kali ganda berbanding tahun-tahun sbelum ini. Inilah padahnya bila bila kaki rasuah jaga Felda. Kalau dah dasar penyangak tu penyangak la jugak....

Rumah terbuka: Isa enggan layan Anak
WARTAWAN SINAR HARIAN
13 Februari 2012



SHAH ALAM – Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Tan Sri Isa Abdul Samad menyifatkan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) hanya mahu berpolitik, apabila mendakwanya berbelanja besar menganjurkan majlis rumah terbuka Aidilfitri pada 10 September 2011.

“Dia nak berpolitik, lebih utamakan politik. Saya tak mahu layan dan tak nak layan Anak,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Isa berkata demikian berhubung kenyataan Pengerusi Anak, Mazlan Aliman mendakwa bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu, berbelanja RM353,375 untuk menganjurkan majlis tersebut di mana, 10 kali lebih tinggi daripada kos penganjuran bagi tahun sebelumnya.

Sementara itu, Mazlan berkata, faktor peningkatan itu disebabkan lokasi majlis diadakan di Port Dickson.

Beliau berkata, pihaknya akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

10 Februari, 2012

UTUSAN TAK BERANI KELUAR BERITA INI

Agak-agak anda, esok berita menerusi Utusan akan keluar tajuk berita macam ni tak?  Kahkahkah....

Najib ‘gadai akidah’ hadir Thaipusam - Harussani



Syed Mu’az Syed Putra, TMI, 10 Feb 2012




(Najib menyertai perayaan Thaipusam di batu Caves)


KUALA LUMPUR, 10 Feb: Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang “menggadai akidah” apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.

Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun perdana menteri itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.

“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.

“Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu.

“Kita tidak boleh sambut (perayaan agama lain), mereka lakukan upacara keagamaan dan kita sebagai umat Islam tidak boleh hadir... itu upacara ibadat mereka.

“Sebagai perdana menteri, Najib sepatutnya sedar dan menghantar wakil. Saya sudah tegur perkara ini setiap tahun namun tidak dipedulikan,” katanya menambah Najib wajar mencontohi sikap perdana menteri terdahulu yang menghantar wakil masing-masing.

Pada 7 Februari lalu, Najib menghadiri sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves selain turut mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM2 juta untuk membina pusat kebudayaan di kawasan itu.

Najib yang lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mengakui gembira untuk turut sama memeriahkan Hari Thaipusam dan ini merupakan kali ketiga beliau mengunjungi Batu Caves sempena perayaan itu sejak 2010.

“Jangan gadai akidah kita, hukumnya syirik apabila kita hadir dalam perayaan mereka seperti kita merestui agama kaum lain... kita sepatutnya menjauhi perbuatan khufur yang boleh merosakkan akidah.

“Perkara ini serius kerana ia masalah akidah, saya wajib tegur... kalau tidak mahu dengar terpulang,” kata Harussani menambah tiada halangan sekiranya menghadiri majlis rumah terbuka tetapi bukan upacara keagamaan.

09 Februari, 2012

MANGSA PUAS NAFSU TEMAN LELAKI IBU

Tak sanggup jadi pemuas nafsu
WARTAWAN SINAR HARIAN
9 Februari 2012


BALIK PULAU - Gara-gara tidak sanggup lagi menjadi bahan pemuas nafsu seks teman lelaki ibunya sejak awal tahun lalu, seorang pelajar tingkatan dua bertindak melarikan diri dari rumahnya bagi mengelak terus menjadi mangsa keadaan.

Remaja perempuan berkenaan dipercayai bertindak demikian pada 6 Februari lalu selepas suspek berusia 46 tahun itu dikatakan mengugut mahu memukul mangsa sekiranya memberitahu ibunya mengenai perbuatan jijiknya itu.

Difahamkan, suspek dikatakan tinggal bersama keluarga mangsa sejak empat tahun lalu selepas kematian bapanya akibat kemalangan jalan raya.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Hatta Md Zin ketika dihubungi berkata, kejadian itu berlaku apabila ibu mangsa tiada di rumah dan kali terakhir mangsa didakwa dirogol suspek pada dua minggu lalu, kira-kira jam 4 petang.

Menurutnya, mangsa bertindak meninggalkan rumah tanpa disedari ibunya pada Isnin lalu dan tinggal bersama seorang rakan di Seberang Perai.

Beliau berkata, remaja terbabit bagaimanapun dibawa rakannya untuk membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut kelmarin, kira-kira jam 8 pagi.

“Mangsa turut mengatakan kejadian sama berlaku sejak awal tahun lalu tetapi dia terpaksa mendiamkan diri kerana takut dicederakan.

“Remaja terbabit kini berada di Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk pemeriksaan lanjut kesihatan dan polis telah memanggil ibunya untuk siasatan,” katanya.

08 Februari, 2012

PERANGAI BURUK HASAN ALI DIBONGKAR..!!



KENYATAAN KHALID SAMAD TENTANG PERANGAI HASAN ALI:


Ada yang berpandangan saya tidak perlu melayan segala dakwaan Hassan Ali terhadap diri saya. Mereka kata biarlah dia meroyan seorang diri, semakin dia meroyan, semakin terserlah keperibadiannya yang sebenar. Saya akui, ada kebenaran nasihat dari kalangan sahabat saya itu. Pada masa yang sama, saya dapati kali ini dakwaan beliau terlalu melampau, jauh melepasi batas ‘adaabul ikhtilaf’ yang perlu dihayati oleh mereka yang takut kepada azab Allah. Walaubagaimanapun, bagi yang mempunyai maklumat, walaupun sedikit, dakwaannya pasti akan ditertawakan sahaja.

Namun, bagi yang tiada maklumat langsung dan mungkin ramai juga yang begini, mereka mungkin termakan dengan tuduhan liar yang dibuat olehnya. Oleh itu, pada pendapat saya, jawapan terhadap tuduhan liar tersebut, khususnya tuduhan beliau terhadap diri saya, perlu dikemukakan. Oleh yang demikian, bagi memahami dengan jelas persoalan ini, maka perlu disingkap sedikit sejarah saya bersama Hassan Ali.

Sebelum itu, ingin saya sebut bahawa saya pernah fikirkan kesesuaian perkataan dalam beberapa istilah bahasa Melayu, termasuk istilah ‘gila talaq’. Saya hairan mengapa nenek moyang kita memilih perkataan ‘gila’ dalam istilah berkenaan sedangkan beberapa perceraian pasangan suami isteri yang saya lihat sebelum ini tiada yang menzahirkan kelakuan yang boleh disifatkan sebagai ‘gila’. Namun dalam kes Hassan Ali ianya menjadi jelas dan adalah terbukti bahawa perkataan gila amat tepat untuk diguna-pakai. Memang ada yang apabila ‘ditalaq’ menjadi gila. Pendekata, Hassan Ali sudah ‘gila talaq’ dan dalam kegilaannya, meroyan dan meracau tidak ketentuan.

SEJARAH RINGKAS
Saya dan Hassan Ali bukan baru berkenalan. Sebenarnya saya diantara yang paling gembira dengan kemasukan beliau dalam PAS pada tahun 1998. Sebagai orang yang menyertai PAS lebih awal dari beliau, iaitu pada tahun 1983, saya telah sambut kemasukan beliau dan membantu beliau setakat mana yang saya mampu. Sebagai seorang ‘baru’ dalam PAS, penerimaan beliau oleh orang ‘lama’ seperti saya pasti memudahkan pergerakan beliau di kalangan ahli lama yang lain.

Saya sering berceramah bersama beliau dan pada tahun 2003, apabila beliau dilantik Pesuruh Jaya PAS Selangor buat kali pertamanya, saya dilantik beliau sebagai Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor. Hubungan dan kerjasama kita menjadi semakin rapat dan pada tahun 2005, apabila beliau dilantik kembali sebagai Pesuruh Jaya untuk sesi kedua, saya diminta untuk mengambil alih jawatan Bendahari yang dikosongkan oleh Tuan Haji Nasir. Pada tahun 2007, beliau dilantik sebagai Pesuruh Jaya untuk sesi ketiga, saya dilantiknya sebagai Timbalan Pesuruh Jaya 2.

Jelas sekali bahawa pada ketika itu saya tidak dianggap beliau sebagai parasit tetapi sebaliknya sebagai orang kanan beliau.

DUGAAN JAWATAN MB SELANGOR
Pada tahun 2008 hubungan kita mula berubah. Perubahan bermula apabila setelah menang saya menolak usaha kerjasama dengan UMNO yang dikemukakan. Sekiranya kerjasama itu menjadi, Hassan Ali akan dilantik sebagai Menteri Besar dan itu adalah apa yang ditawarkan oleh UMNO.

Ketika usaha kerjasama dengan UMNO dijalankan, Hassan Ali pernah bertanya pada saya, “siapa patut menjadi MB Selangor?” Saya jawab sambil memandang terus ke muka beliau, “Tan Sri Abdul Khalid”. Beliau terdiam, perasaan kecewa jelas kelihatan terbayang di mukanya. Mungkin beliau merasakan saya mengkhianati dirinya. Mungkin beliau inginkan saya, sebagai orang kanannya memperjuangkan ‘haknya’ untuk menjadi MB. Mungkin bagi dirinya, itulah peranan seorang kanan. Saya tidak tahu, mungkin itulah yang difikirkannya. Beliau diam dan terus berpaling.

Pasti ada yang masih ingat bagaimana saya telah menggantinya dalam pertemuan dengan Pak Lah dan Khir Toyo. Kami berjaya menggagalkan usaha kerjasama bersama UMNO dan dengan itu cita-cita Hassan Ali untuk menjadi MB hancur berkecai.

Bermula dari saat itu saya merasakan hubungan kami sudah mula berubah dan Hassan Ali mula membawa agenda tersendiri.

MELAGA PAS DENGAN DAP & PKR
Selepas Menteri Besar dilantik dan isu itu saya anggap telah selesai, saya melihat Hassan Ali berusaha untuk menimbulkan ketidak-stabilan dalam pentadbiran kerajaan PR Selangor. Beliau berusaha untuk mencari peluang untuk menunjukkan perbezaan di antara PAS dan DAP khususnya dan menimbulkan pergeseran di antara parti komponen PR. Saya beranggapan niatnya adalah untuk membuktikan kerjasama dengan DAP adalah sesuatu yang mustahil.

Saya sering menegurnya dan meminta supaya ditumpukan pada persamaan yang banyak di dalam PR. Saya ingatkan beliau akan keputusan muktamar PAS yang diadakan di Ipoh supaya PR dikukuhkan. Malangnya beliau terus dengan usahanya dengan mengatakan beliau mempunyai agenda tertentu tanpa menjelaskan apa agendanya itu.

SAYA DIPECAT SEBAGAI TPJ 2
Akhirnya, oleh kerana saya sering menegurnya, saya dipecat dari jawatan Timbalan Pesuruh Jaya 2 PAS Selangor pada pertengahan tahun 2008. YB Iskandar dinaikkan pangkat menjadi TPJ 2 dari TPJ 3 dan YB Dr Che Rosli dilantik menjadi TPJ 3. Itu semua saya tidak hairan, itu hak Hassan Ali sebagai PJ. Oleh itu saya tidak menjadikan pemecatan saya sebagai satu isu sepertinya sekarang. Tetapi saya telah sempat berpesan sambil saya keluar mesyuarat setelah dipecat, “ingat keputusan muktamar adalah untuk kukuhkan PR, bukan merosakkannya”.

Walaupun saya bukan lagi TPJ 2, saya tetap YDP PAS Kawasan Shah Alam. Saya tetap merupakan ahli mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor. Oleh itu saya hadir di mesyuarat Negeri dan setiap kali Hassan Ali menimbulkan isu melalui media untuk melaga-lagakan PAS dengan parti komponen PR yang lain, saya membantah dalam mesyuarat tersebut dan juga melalui media. Ini saya lakukan kerana saya sudah dapat membaca agenda dirinya. Pada masa yang sama, hubungan beliau dengan OKU UMNO semakin kukuh, termasuklah dengan Tan Sri Rozali Puncak Niaga (SYABAS).

TUDUHAN GOLONGAN ERDOGAN
Kumpulan yang menyokong beliau mula mempopularkan istilah ‘golongan Erdogan’. Istilah ini digunakan terhadap diri saya dan beberapa pimpinan Negeri dan Pusat yang lain dan kami dituduh tidak wala’ pada pimpinan dan terlalu kuat menyokong DSAI. Oleh itu, penggunaan istilah yang bertujuan untuk menghina dan menjadikan orang prejudis terhadap saya bukan perkara baru. Dulu Erdogan dan sekarang parasit. Penggunaan nama untuk tujuan menghina merupakan senjata kegemaran golongan seperti ini rupanya.

Kaedah ini membuktikan kerapuhan hujjah pihak yang cuba memburuk saya. Oleh kerana mereka tidak ada hujjah dan tidak mampu berhujjah, maka mereka menggunakan kaedah melabelkan orang atau ‘name calling’.

SAYA DAN HASSAN ALI DIKENAKAN TINDAKAN DISIPLIN
Akhirnya perbalahan kami dirujuk kepada PAS Pusat pada tahun 2009. Saya digantung semua jawatan parti selama 6 bulan. Hassan Ali didapati bersalah dan diberi amaran keras supaya tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan dasar kerajaan PR melalui media massa. Kalau ada yang tidak dipersetujui, maka hendaklah dibawa berbincang bukan diheboh melalui media.

Berbeza dengan saya, hukumannya tiada tempoh masa. Ianya berkuat-kuasa selagimana PAS bersama PR.

SOKONGAN HASSAN MERUDUM
Walaupun saya yang dikenakan tindakan yang lebih keras oleh jawatan kuasa disiplin, ahli PAS melihat dan menilai apa yang sedang berlaku. Ramai beranggapan bahawa tindakan Hassan Ali menjejas kestabilan PR dan menguntungkan pihak lawan. Maka pada tahun 2011, semasa pemilihan AJK PAS Pusat dijalankan, sokongan Hassan Ali di kalangan ahli PAS terbukti merudum.

Pada 2009 Hassan Ali mendapat undi yang ke-empat tertinggi semasa pemilihan AJK PAS Pusat. Pada 2011, beliau mendapat undi yang ke 16 tertinggi.

Dalam kes saya pula adalah sebaliknya. Pada 2009 saya tidak terpilih apabila menduduki tempat ke 23 tertinggi sedangkan hanya 18 yang tertinggi akan dipilih. Pada tahun 2011, saya mendapat undi ke 8 tertinggi.

Peribahasa menyatakan sudah jatuh ditimpa tangga. Inilah apa yang berlaku ke atas diri Hassan Ali pada tahun 2011. Setelah melihat popularitinya jatuh sedemikian rupa, beliau tidak pula dilantik untuk menjawat jawatan PJ Selangor oleh DS Presiden. Pemilihan PJ dilakukan semasa mesyuarat pertama selepas muktamar diadakan. Dalam mesyuarat itu Hassan Ali hadir dan selepas pemilihan dimuktamadkan, beliau terus keluar.

Sokongan beliau terjejas bukan sekadar di kalangan ahli, tetapi jelas, ianya juga terjejas di kalangan pimpinan.

Untuk melengkapkan kekecewaan beliau, pada penghujung tahun 2011, semasa senarai nama dikemukakan oleh cawangan untuk diturunkan sebagai calon dalam PRU ke 13, nama beliau tidak dinaikkan untuk DUN Gombak Setia. Walaupun telah dinyatakan bahawa keputusan belum muktamad dan sekiranya Gombak Setia tidak mahu, maka tempat lain bersedia, Hassan Ali tidak peduli.

Pada ketika itu, mungkin Hassan Ali melihat bahawa masa depannya bersama PAS tidak secerah dahulu. Oleh itu beliau terpaksa menyusun ‘exit strategy’ atau ‘strategi untuk keluar PAS’. Inilah apa yang dapat saya rumuskan berhubung tindakan beliau semenjak peristiwa mutakhir tahun 2011 yang saya ceritakan di atas.

PEMECATAN HASSAN ALI
Bacaan saya berhubung Hassan Ali, persoalan yang paling utama baginya adalah untuk menjadi MB Selangor. Persoalan ini sering beliau sebutkan walaupun sudah bertahun-tahun selepas perlantikan Tan Sri Abdul Khalid sebagai MB Selangor.

Apabila beliau tidak lagi menjadi Pesuruh Jaya, beliau menganggap bahawa peluang beliau untuk menjadi MB melalui PAS sudah lenyap dengan begitu sahaja. Lebih-lebih lagi apabila tidak menjadi calon di kerusi yang sekuat Gombak Setia. Mungkin beliau menganggap beliau akan diletakkan di kerusi yang sukar untuk dimenangi kerana beliau bukan lagi pimpinan di Negeri Selangor.

Dengan dibekal sangkaan buruk sebegini, Hassan Ali memikirkan cara terbaik untuk beliau melepaskan diri dari berada bersama PAS tetapi dengan cara ‘terhormat’. Tiada cara lain melainkan dengan menyatakan bahawa PAS sudah tersasar dari matlamat asalnya. Ini bermakna bukan beliau yang terpesong tetapi sebaliknya PAS. Bukan beliau yang salah tetapi PAS.

Beliau terus melemparkan tuduhan bahawa PAS telah tersasar dari landasannya berkali-kali melalui media perdana dan walaupun dinasihati untuk berhenti oleh pimpinan tertinggi, beliau terus melakukannya. Oleh itu, tidaklah hairanlah apabila beliau dipecat. Beliau bukan sekadar melanggar amaran keras yang pernah diberi kepada beliau sebelum ini, beliau melampauinya.

Apabila dipecat, pada mulanya Hassan Ali mengatakan beliau tidak kisah. Selepas itu beliau kata mungkin beliau akan merayu. Selepas itu dikatakan tidak akan merayu. Begitu juga dengan pemecatan beliau sebagai exco. Pada mulanya dikatakan tidak mengapa. Kemudian ditulis surat kepada MB menyatakan tempoh rayuan belum habis. Selepas itu dikatakan tiada yang mampu melainkan dirinya. Akhirnya berkata tidak mengapa juga.

KENAPA SAYA YANG DISASARKAN?
Dalam kemelut yang terhasil, Hassan Ali melihat saya sebagai punca kejatuhannya. Oleh itu saya disasarkan beliau. Dalam serangan beliau terhadap diri saya, Hassan Ali tidak kisah samada apa yang dikatakan adalah benar atau sebaliknya. Namanya roadshow untuk mempertahankan aqeedah tetapi saya dan pimpinan PAS menjadi sasaran. Mungkin beliau tidak tahu maksud perkataan ‘aqeedah’ itu dan dianggap apa sahaja yang keluar dari mulutnya adalah aqeedah. Itu saya tidak pasti.

Yang pasti beliau telah menunjukkan akhlak yang paling tercela dengan membuat tuduhan dan fitnah terhadap diri saya bahawa saya di antara yang merosakkan aqeedah ummat Islam. Dituduhnya juga saya sebagai orang yang menghalang pengharaman jualan arak, penutupan kedai judi dan rumah urut (pelacur) di Shah Alam. Amat jelas bagi saya Hassan Ali sudah gila talaq.

Bagaimanakah boleh saya menghalangnya? Kuasa apa yang ada pada saya? Saya PJ atau dia? Saya exco atau dia? Kalau benar saya ada kuasa untuk menghalang, kenapa tidak saya menghalang diri saya dari didakwa JAIS atas tuduhan mengajar tanpa tauliah?

Dalam soal pengharaman penjualan arak di kawasan ummat Islam dominan seperti di kawsan Shah Alam asal, ianya telahpun dilaksanakan tanpa kekecohan, dengan persetujuan pihak peniaga. Sebenarnya yang merampasnya dulu pun adalah pihak penguat-kuasa MBSA, bukan JAIS. MBSA bukan dibawah Hassan Ali tetapi beliau tumpang sekaki untuk dijadikannya isu.

Pada masa itu semua Ahli Majlis, termasuk yang dari DAP, telah bersetuju supaya penjualan minuman keras akan diharamkan di kawasan tersebut. Mereka hanya menunggu untuk menguatkuasakannya apabila lessen diperbaharui. Rancangannya ialah supaya disebut secara khusus larangan berkenaan dalam lessen baru. Tidak sempat lessen mati, pihak penguat-kuasa bertindak tanpa arahan dari pihak MBSA. Hanya atas arahan seorang ahli Majlis lama.

Hakikatnya kita berbeza dari segi pendekatan. Hassan Ali suka gunakan kuasanya dan suka memaksa sedangkan saya lebih cenderung kepada kaedah dakwah dan mendidik. Terhadap yang Islam dan yang bukan Islam.

KESIMPULAN
Melalui tulisan ringkas ini saya ingin memberitahu semua bahawa Hassan Ali sudah gila talaq. Maka jangan percaya apa yang dinyatakan beliau. Beliau sanggup berbohong dan memutar-belit semua perkara. Lagi beliau cakap lagi jelas kegilaannya.

Hadis Rasulullah (SAW);
Dari Abi Umaamah yang berkata, telah bersabda Rasulullah (SAW),
<“Terdapat pada orang beriman semua jenis kekurangan, kecuali khianat dan berdusta” (Dari Ahmad, Baihaqi dari Saad Bin Abi Waqas).

Hadis ini diketengahkan bukan untuk menafikan keimanan mana-mana pihak. Tetapi ianya adalah untuk menjelaskan betapa kejinya sifat khianat dan berdusta.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

07 Februari, 2012

UMNO ATUR CERAMAH HASAN ALI...?

Wah...ceramah Hasan Ali semakin hebat sekarang. Tambahan pula diaturkan oleh orang UMNO. Cuba lihat gambar dibawah. Hasan dikelilingi oleh orang-orang UMNo yang  memakai baju 1Malaysia. Nampak sangat ketaranya Hasan diperkudakan oleh UMNO sekarang bagi menghancurkan Pakatan Rakyat.
Penulis tak rasa yang kalangan orang UMNO suka sangat dengan Hasan ini. Tak lebih dari ambil kesempatan saja. Tak percaya? Tunggu berita selanjutnya selepas ini bilamana puak-puak UMNO pun kutuk Hasan Ali kaw-kaw punya. Tunggu berita  selanjutnya....


TEMERLOH - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali menempelak pucuk pimpinan parti itu atas alasan lebih mengejar singgahsana Putrajaya sehingga sanggup mengetepikan dasar perjuangan Islam.

Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor itu menambah, Pas yang sebelum ini menjadikan Islam agenda utamanya penubuhan sejak 50 tahun lalu, kini lebih berminat untuk menduduki menguasai kerajaan daripada berjuang menegakkan hukum Islam.


“Pas lebih sanggup bekerjasama dengan PKR dan DAP yang secara jelas menentang penubuhan negara Islam.


“Saya terpaksa berjuang dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan menubuhkan Jati bagi mempertahankan akidah umat Islam negara ini apabila Pas langsung tidak mahu memperjuangkan isu tersebut," katanya.


Beliau berkata demikian semasa berucap Majlis Bicara Ummah yang berlangsung di Dewan Tun Razak yang dihadiri 3,000 penduduk Temerloh, semalam.


Sehubungan itu, Hasan menyeru umat Islam negara ini menyokong perjuangan JATI yang akan ditubuhkan pada 21 Februari ini tanpa mengira fahaman politik.


"Saya mengalu-alukan mereka yang ingin menyertai Jati walaupun mereka ahli Umno, Pas, PKR mahupun orang Islam yang berada dalam DAP.


"Saranan saya ini berdasarkan perjuangan Jati yang bukan berasaskan perjuangan politik tetapi berjuang semata-mata atas Islam," katanya.


Dalam perkembangan lain, beliau berkata, cita-cita Pakatan Rakyat (PR) untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik dan menghapuskan kuasa Raja Raja Melayu jika menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 tidak akan menjadi kenyataan.


Beliau berkata, niat mereka untuk mengubah perlembagaan negara tidak semudah disangka kerana mereka terlebih dahulu perlu mendapat persetujuan Raja-raja Melayu untuk menghapuskan kuasa Raja dan keistimewaan Orang Melayu.


“Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu jelas termaktub hak keistimewaan orang-orang Melayu dan Raja-raja tidak boleh diusik.


"Perkara tersebut merupakan kuasa mutlak hak Raja-raja dan orang Melayu yang tidak boleh dipertikai sama sekali," katanya.


Menurutnya, impian PR itu adalah untuk menjadikan negara ini sebuah republik oleh kerana tidak ingin melihat orang Melayu berkuasa dan dilindungi Raja-raja Melayu.


Sehubungan itu, Hasan meminta orang Melayu dan umat Islam di negara ini bersatu bagi mempertahankan hak mereka.


Beliau berkata, PR kini bercita-cita dan berusaha untuk menawan Putrajaya dengan apa cara sekalipun pada pilihan raya umum nanti, malah Pas yang bersengkongkol dengan DAP dan PKR tidak berbuat apa demi kuasa politik.

06 Februari, 2012

BUDAK LUARBIASA..!



BESUT - Pelik tetapi benar tetapi itulah realiti kebolehan luar biasa seorang pelajar tingkatan lima yang secara tiba-tiba boleh bertutur pelbagai bahasa selepas dia terlibat dalam kemala-ngan jalan raya pada jam 2 petang, 13 Januari lalu.
Noraini Ismail, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nasiruddin Shah, Alor Lintang boleh bertutur bahasa Korea dan Mandarin dengan lancar walaupun sepanjang hayatnya tidak pernah ikuti kelas bahasa itu.

Menurutnya, kebolehan luar biasa itu berlaku selepas empat hari dia terbabit dalam kemalangan apabila motosikal yang dibonceng dirempuh oleh sebuah lori kecil berhampiran persimpangan lampu isyarat Alor Lintang ketika perjalanan pulang dari sekolah.

“Ketika kejadian saya membonceng motosikal yang ditunggang abang saya, Jefri, 18, yang tiba-tiba dilanggar sebuah lori dari arah belakang menyebabkan saya terjatuh dan terhantuk kepala atas jalan. Mujur saya pakai topi keledar,” katanya.

Sementara itu menurut bapanya, Ismail Salleh, 46, kemalangan itu menyebabkan Noraini koma selama 11 jam dan sebaik sedar dia berada di Unit Kecemasan, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.

Kata Ismail, selepas doktor menjalankan imbasan kali pertama mendapati terdapat darah beku di bahagian belakang kepalanya.

Bagaimanapun katanya, ketika dilakukan imabasan kali kedua untuk melakukan pembedahan, doktor terperanjat kerana mendapati darah beku tidak ada lagi.

“Bagi mengesahkan perkara itu, doktor HUSM mengulangi ujianebanyak tiga kali namun ternyata darah beku dikesan peringkat awal memang tidak ada,” katanya.


Bercakap bahasa Korea selepas terjaga dari tidur

Ismail berkata, pada jam 5 petang pada hari keempat selepas dibenarkan pulang ke rumah, sebaik Noraini terjaga daripada tidur tiba-tiba dia bercakap bahasa Korea.

Katanya, anaknya itu meminta air daripada ibunya dalam bahasa Korea namun ketika itu ibunya tidak mengetahui bahasa apakah yang dituturkan Noraini.

“Kami sekeluarga tidak faham maksudnya dan langsung tidak tahu bahasa Korea kerana ia mirip bahasa Cina tetapi selepas dia menunjukkan isyarat ingin minum air baru ibunya beri air,” katanya.

Kata Ismail, selain Korea dia juga kadang-kadang bertutur dalam bahasa Mandarin dan paling aneh lagi ketika dia berbahasa tersebut dia langsung tidak akan boleh bertutur dalam bahasa Melayu.

Pada mulanya, Ismail dan keluarga meragui maksud bahasa yang dituturkan itu betul atau tidak tetapi apabila Noraini menonton cerita Korea di televisyen, dia dapat menterjemahkan cerita tersebut dengan tepat seperti sarikata dipaparkan pada skrin televisyen yang ditutup dengan tangan oleh ahli keluarganya.

Menurut Noraini, seorang doktor pakar berbangsa Cina di HUSM yang menjalankan rawatan susulan ke atasnya baru-baru ini juga menganggap kejadian dia boleh bertutur bahasa Cina juga aneh malahan kejadian itu pertama kali ditemuinya semenjak 17 tahun bertugas sebagai doktor.

“Doktor itu minta saya membaca nombor dalam bahasa Cina dan apa yang saya sebut adalah benar,” katanya.


Tidak boleh bercakap loghat Kelantan

Satu lagi keanehan pada Noraini ialah dia kini bertutur bahasa baku sepenuhnya malahan dia langsung tidak boleh bercakap loghat Kelantan lagi seperti pertuturan hariannya sebelum ini.

Menurutnya ibunya, Masina Daud, 48, sejak kemalangan anak keenam daripada tujuh beradik itu hanya boleh bercakap bahasa Melayu standard (baku) seperti loghat Kuala Lumpur sahaja manakala bahasa Kelantan sekarang dia boleh menyebut beberapa perkataan, seperti ‘mok’ dan ‘ayah’.

“Sebelum ini dia nak sebut perkataan mok (emak) memang langsung tidak boleh tetapi kalau perkataan Mama lancar. Saya pun hairan bagaimanana pertuturan boleh berubah,” katanya.

Dalam pada itu Noraini berkata, sejak belakangan ini dia hanya bertutur dalam bahasa Cina atau Korea sekiranya dia tidur semula selepas menunaikan solat Subuh.

“Kalau saya tidur semula selepas solat Subuh pasti apabila bangun saya tidak boleh langsung bercakap bahasa Melayu sebaliknya hanya boleh bertutur dalam bahasa Korea yang berlarutan sehingga jam 11 pagi pada hari sama sebelum boleh bertutur semula bahasa Melayu.

“Kalau saya tidak tidur selepas solat Subuh saya tidak akan bercakap korea,” katanya yang juga hairan dengan perubahan yang dialami.

Katanya, dia memahami bahasa Korea atau Cina di kaca televisyen hanya ketika dia boleh bertutur bahasa tersebut tetapi apabila ketika boleh bercakap bahasa Melayu, dia langsung tidak faham makna bahasa berkenaan.


Jalani rawatan alternatif

Bapanya pula agak tertekan dengan Marsala yang dihidapi anaknya dan sudah beberapa kali dia membawa anaknya menjalani rawatan alternatif namun setakat ini tidak berhasil.

Kata Ismail, lebih memeritkan keadaan kerana boleh dikatakan setiap hari sama ada sebelum atau selepas Maghrib, Noraini akan tiba-tiba diserang sakit kepala menyebabkan dia terpaksa dihantar ke Hospital Besut untuk mendapat suntikan.

“Sekarang hampir setiap hari saya terpaksa membawa dia mendapat suntikan kerana Noraini tidak akan sedarkan diri jika lambat dibawa ke hospital,” katanya yang tinggal di Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di sini.

Ismail merayu orang ramai atau ahli perubatan alternatif untuk tampil membantu menyelesaikan masalah yang dihidapi anaknya kerana dia tidak berkemampuan untuk lebih kerap membawa anaknya mendapatkan rawatan.

Ismail menetap di alamat 2672, Kampung Baru Gong Medang dekat Tembila dekat Kampung Raja.

04 Februari, 2012

KEMALUAN BESAR SAMPAI LUTUT

PONTIAN - “Saya akan makan Panadol dan ubat batuk sekiranya sakit,” demikian luah lelaki di sini, yang menghidap penyakit misteri di bahagian alat sulitnya.

Lelaki berkenaan, Ali (bukan nama sebenar) berkata, penyakit misteri itu bermula ketika usianya 10 tahun dan sejak itu, bahagian itu semakin membesar dan menggeleber hingga hampir ke paras lutut.

Lebih malang lagi, dia yang dijaga abangnya tidak pernah mendapatkan sebarang rawatan perubatan moden mahupun tradisional bagi mengubati penyakitnya itu.

Ali berkata, kemiskinan menjadi penghalangnya mendapatkan rawatan di klinik atau hospital, selain tidak mahu menyusahkan abang dan kakak iparnya memandangkan mereka juga mempunyai tanggungjawab untuk membesarkan tiga anak.

Jelasnya, pendapatan yang diperoleh hasil bertukang dikongsi bersama keluarga abangnya yang juga kurang berkemampuan dan mempunyai seorang anak kategori orang kurang upaya (OKU).

Selain itu, perasaan malu untuk memberitahu keadaan penyakitnya itu kepada orang luar, turut menyebabkan dia tidak mahu mendapatkan rawatan.

Ali yang ditemui di rumah abangnya berkata, kesakitan yang dialami ketika penyakit misteri berkenaan menyerangnya semakin teruk sehingga menyebabkan seluruh badannya berpeluh.

“Jika sebelum ini sakitnya cuma bisa sahaja tetapi sejak sebulan yang lalu ia semakin teruk sehingga seluruh badan berpeluh–peluh.

“Selain itu, saya juga sudah semakin sukar bergerak dan mengalami masalah untuk duduk serta bangun,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu kakak iparnya berkata, Ali akan cuba sedaya upaya merahsiakan sakit yang dialami daripada mereka sekeluarga.

Namun, kakak iparnya tidak pernah berputus asa memujuk adik iparnya itu untuk mendapatkan rawatan bagi menyembuhkan penyakitnya.

“Keadaan penyakitnya semakin teruk sejak kebelakangan ini di mana jika sebelum ini sakit yang dialami hanya sekali sekala, namun kini hampir tiap malam dia akan mengadu sakit,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Ali menyatakan kesediaannya untuk menerima sebarang rawatan yang dapat membantu menyelesaikan masalahnya itu.

Dia turut merayu pihak yang sudi tampil membantu meringankan bebannya itu termasuklah perubatan secara tradisional dengan menghubungi 013-7815523.

02 Februari, 2012

RAHSIA BESAR HASAN ALI.....?

Hasan Ali terus meroyan. Penulis yang pernah rapat dengan beliau tahu 'perangai; sebenar Hasan Ali ni. Takpe belum masa lagi nak bongkar. Kita tengok je dulu perangai manusia bernama Hasan Ali ni. Penulis nak kumpul dulu semua kenyataan-kenyataan Hasan Ali yang maki hamun pemimpin Pas yang lain. Ni ke wajah seorang yang nak perjuangkan Islam? Kahkahkah......korang tanya la drebar Hasan si Ajib tu...banyak sangat dia tahu perangai Hasan Ali ni.. cuma dia tak berani cerita je. Drebar yang cukup lama bekerja dengan Hasan Ali dari zaman Hasan jadi pakar motivasi lagi (bawak mercedezs plat ADH) sampai la Camry. Hahaha....tunggu je masa yang sesuai...(GAMBAR ATAS....HASAN NI MEMANG PANDAI BERLAKON..)


Jelajah Hasan Ali terus dapat sokongan


Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my



KUALA LUMPUR 1 Feb. – Meskipun berdepan dengan pelbagai kepayahan termasuk semua kain rentang diturunkan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), siri jelajah dan pendedahan Datuk Dr. Hasan Ali mengenai ‘parasit’ dalam Pas terus mendapat sambutan daripada orang ramai.

Ia terbukti apabila malam tadi lebih 1,000 pengunjung hadir memenuhi padang di Dataran Pahlawan, Seksyen 2, Bandar Baru Bangi, sekali gus menyerlahkan aura Hasan yang kini lantang memperjuangkan syiar Islam, Melayu dan institusi diraja selepas dipecat Pas.

Hasan yang memulakan ceramah pada pukul 10.50 malam mula menggamit perhatian pengunjung apabila beliau mendakwa Pas yang kini dikuasai lebih 70 peratus kumpulan pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim, sudah tersasar daripada perjuangan asal semata-mata demi kuasa politik.

Sebagai buktinya, dedah beliau, beberapa hari sebelum dipecat, seorang wakil Pas Pusat datang menemuinya dan meminta agar segala penguatkuasaan bagi mencegah kemungkaran di Selangor, dikurangkan kerana khuatir ia menjejas sokongan terhadap pembangkang.

“Datanglah wakil Pas Pusat bertemu dengan saya, suruh saya kurangkan operasi dan penguatkuasaan (cegah maksiat). Apa dia kata, dia kata yang penting Dr. Hasan, kita kena tawan Putrajaya dulu. Ini orang Pas yang bercakap, masya-Allah... lillahitaala, itulah bahasanya.

“Di Selangor ini yang Menteri Besar orang Islam, Exco kerajaan negeri (terdiri) lima orang Islam dan Exco agama juga orang Islam pun tak boleh nak dilaksanakan tindakan mencegah kemungkaran, apa yang kita (Pas) boleh buat kalau kita tawan Putrajaya?

“Saya tidak kata Putrajaya itu tidak penting tetapi jangan sampai gadai agama. Perintah Allah kita junjung, keinginan manusia kita kelek (usung) bukan sebaliknya seperti Pas hari ini. Keinginan siapa? Keinginan seorang rakyat Malaysia yang terlalu nak jadi Perdana Menteri,” katanya.

Hasan yang juga bekas Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam itu juga mendedahkan seorang personaliti Pas Selangor telah menasihatkan bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri Mohd. supaya jangan bercakap soal gerakan Kristian.

Katanya, nasihat tersebut dibuat ketika Hasan Basri dan personaliti berkenaan berceramah di pentas yang sama beberapa bulan lalu dan bekas Ketua Penerangan Pas Selangor itu dikehendaki bercakap mengenai demonstrasi Bersih 3 serta perlu memuji Datuk S. Ambiga.

Dalam pada itu, Hasan memberitahu, pemecatan beliau daripada Pas disebabkan ‘dosanya’ menyekat penjualan arak menyekat orang berjudi di Selangor serta tegas menyatakan yang benar itu benar, yang batil itu batil, adalah sesuatu dibenci oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Saya dipecat tanpa ada pertuduhan bertulis sedangkan mengikut perlembagaan parti ia wajib. Saya juga tidak diberi ruang walau seminit untuk membela diri dan inilah kali pertama dalam sejarah Pas, parti ini begitu drastik mahu memecat saya hanya kerana tekanan DAP dan PKR.

“Kesalahan saya bukan mencuri; bukan merompak; bukan menggugat kepimpinan parti dan bukan isu moral. Saya tak meliwat orang, kesalahan saya bukan kerana gila kuasa, kesalahan saya kerana melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah di Selangor.

“Salah saya kerana membuat ulasan bukan mengenai Pas tapi mengenai Anwar hanya kerana tidak setuju demonstrasi 9 Januari. Isu mahkamah itu masalah peribadi, kenapa harus dibabit dengan rakyat dan mahasiswa yang ketika itu peperiksaan sedang berlangsung,” katanya



DAP persoal ‘keimanan’ Hasan
WARTAWAN SINAR HARIAN
2 Februari 2012

SHAH ALAM – Seorang pemimpin kanan DAP mempersoalkan ‘keimanan’ bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali kerana tindakannya melempar tuduhan yang dianggap melulu terhadap Pakatan Rakyat (PR).

Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, jika Hasan seorang yang baik dan beriman, beliau tidak menuduh PR bercita-cita, mahu menjadikan Malaysia negara republik, sekali gus menggugurkan Perkara 153 Perlembagaan Negara yang menjamin hak dan keistimewaan orang Melayu.

“Tuduh itu tidak logik, jauh panggang dari api. Dia hanya mahu mengapi-apikan sentimen rakyat supaya membenci PR,” tegasnya.

“Sekarang dia cakap ikut sedap mulut saja, tipu orang sana sini, seolah-olah dia tahu semua perkara. Orang macam ini tak boleh pakai sebab suka menipu,” katanya Ahli Parlimen Kepong itu.

Menurutnya, jika Hasan seorang yang beriman, beliau tidak akan melemparkan tuduhan melulu serta tidak berasas terhadap orang lain.

“Saya mewakili DAP menafikan tuduhan beliau. Kita semua tahu kenapa dia dipecat.

“Kalau Pas sendiri pecat Hasan, kita pun tahu Hasan jenis orang macam mana dan sekarang siapa dia untuk bercakap tentang Pas? Beliau tidak ada jawatan lagi dalam Pas dan kenyataannya tidak menggambarkan kenyataan parti itu,” tegasnya.

Seng Giaw berkata, bukan sahaja Pas, malah DAP dan PKR juga berjuang pertahankan Perlembagaan Negara.

“Hasan hendak cari populariti sebab itulah tuduh kami macam-macam. Sekiranya PR berjaya menawan Putrajaya, keutamaan kami adalah mempertahankan kedaulatan undang-undang, bukan meminda.” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, Hasan tidak layak bercakap mengenai hal itu kerana beliau anggota Pas.

“Saya tidak mahu ulas lagi mengenai dakwaan, kononnya PR berhasrat menggugurkan Perkara 153 dan menubuhkan negara republik.

“Kalau hendak tahu lagi mengenai perkara ini, tanya Hasan sahaja. Saya tidak mahu cakap,” katanya.

Menurutnya, sebagai bekas ahli Pas, kenyataan Hasan tidak patut diulas oleh pemimpin parti itu





PERKASA PEKIDA KENA HALAU?

KUASA RAKYAT

LAKI BINI KENA SEPINA

kebangkitan rakyat

kebangkitan rakyat

SEJARAH TERCIPTA: ANWAR BEBAS..!!!