rakan-rakan blog ini

PRODUK UNTUK PENGANTIN LELAKI

.

.
Info : Blog ini baru sahaja diaktifkan secara rasmi 15hb Ogos 2010 yang lalu. Penulis merupakan seorang bekas wartawan yang pernah bertugas dibeberapa akhbar tanahair. Lebih 20 tahun bertugas sebagai wartawan sebelum ini. Jadi, menyedari betapa pentingnya kebenaran itu ditegakkan, Penulis membuat keputusan menulis secara aktif di blog ini. Semoga Allah memberkati niat baik saya ini

Halaman

02 Februari, 2012

RAHSIA BESAR HASAN ALI.....?

Hasan Ali terus meroyan. Penulis yang pernah rapat dengan beliau tahu 'perangai; sebenar Hasan Ali ni. Takpe belum masa lagi nak bongkar. Kita tengok je dulu perangai manusia bernama Hasan Ali ni. Penulis nak kumpul dulu semua kenyataan-kenyataan Hasan Ali yang maki hamun pemimpin Pas yang lain. Ni ke wajah seorang yang nak perjuangkan Islam? Kahkahkah......korang tanya la drebar Hasan si Ajib tu...banyak sangat dia tahu perangai Hasan Ali ni.. cuma dia tak berani cerita je. Drebar yang cukup lama bekerja dengan Hasan Ali dari zaman Hasan jadi pakar motivasi lagi (bawak mercedezs plat ADH) sampai la Camry. Hahaha....tunggu je masa yang sesuai...(GAMBAR ATAS....HASAN NI MEMANG PANDAI BERLAKON..)


Jelajah Hasan Ali terus dapat sokongan


Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my



KUALA LUMPUR 1 Feb. – Meskipun berdepan dengan pelbagai kepayahan termasuk semua kain rentang diturunkan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), siri jelajah dan pendedahan Datuk Dr. Hasan Ali mengenai ‘parasit’ dalam Pas terus mendapat sambutan daripada orang ramai.

Ia terbukti apabila malam tadi lebih 1,000 pengunjung hadir memenuhi padang di Dataran Pahlawan, Seksyen 2, Bandar Baru Bangi, sekali gus menyerlahkan aura Hasan yang kini lantang memperjuangkan syiar Islam, Melayu dan institusi diraja selepas dipecat Pas.

Hasan yang memulakan ceramah pada pukul 10.50 malam mula menggamit perhatian pengunjung apabila beliau mendakwa Pas yang kini dikuasai lebih 70 peratus kumpulan pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim, sudah tersasar daripada perjuangan asal semata-mata demi kuasa politik.

Sebagai buktinya, dedah beliau, beberapa hari sebelum dipecat, seorang wakil Pas Pusat datang menemuinya dan meminta agar segala penguatkuasaan bagi mencegah kemungkaran di Selangor, dikurangkan kerana khuatir ia menjejas sokongan terhadap pembangkang.

“Datanglah wakil Pas Pusat bertemu dengan saya, suruh saya kurangkan operasi dan penguatkuasaan (cegah maksiat). Apa dia kata, dia kata yang penting Dr. Hasan, kita kena tawan Putrajaya dulu. Ini orang Pas yang bercakap, masya-Allah... lillahitaala, itulah bahasanya.

“Di Selangor ini yang Menteri Besar orang Islam, Exco kerajaan negeri (terdiri) lima orang Islam dan Exco agama juga orang Islam pun tak boleh nak dilaksanakan tindakan mencegah kemungkaran, apa yang kita (Pas) boleh buat kalau kita tawan Putrajaya?

“Saya tidak kata Putrajaya itu tidak penting tetapi jangan sampai gadai agama. Perintah Allah kita junjung, keinginan manusia kita kelek (usung) bukan sebaliknya seperti Pas hari ini. Keinginan siapa? Keinginan seorang rakyat Malaysia yang terlalu nak jadi Perdana Menteri,” katanya.

Hasan yang juga bekas Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam itu juga mendedahkan seorang personaliti Pas Selangor telah menasihatkan bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri Mohd. supaya jangan bercakap soal gerakan Kristian.

Katanya, nasihat tersebut dibuat ketika Hasan Basri dan personaliti berkenaan berceramah di pentas yang sama beberapa bulan lalu dan bekas Ketua Penerangan Pas Selangor itu dikehendaki bercakap mengenai demonstrasi Bersih 3 serta perlu memuji Datuk S. Ambiga.

Dalam pada itu, Hasan memberitahu, pemecatan beliau daripada Pas disebabkan ‘dosanya’ menyekat penjualan arak menyekat orang berjudi di Selangor serta tegas menyatakan yang benar itu benar, yang batil itu batil, adalah sesuatu dibenci oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Saya dipecat tanpa ada pertuduhan bertulis sedangkan mengikut perlembagaan parti ia wajib. Saya juga tidak diberi ruang walau seminit untuk membela diri dan inilah kali pertama dalam sejarah Pas, parti ini begitu drastik mahu memecat saya hanya kerana tekanan DAP dan PKR.

“Kesalahan saya bukan mencuri; bukan merompak; bukan menggugat kepimpinan parti dan bukan isu moral. Saya tak meliwat orang, kesalahan saya bukan kerana gila kuasa, kesalahan saya kerana melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah di Selangor.

“Salah saya kerana membuat ulasan bukan mengenai Pas tapi mengenai Anwar hanya kerana tidak setuju demonstrasi 9 Januari. Isu mahkamah itu masalah peribadi, kenapa harus dibabit dengan rakyat dan mahasiswa yang ketika itu peperiksaan sedang berlangsung,” katanya



DAP persoal ‘keimanan’ Hasan
WARTAWAN SINAR HARIAN
2 Februari 2012

SHAH ALAM – Seorang pemimpin kanan DAP mempersoalkan ‘keimanan’ bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali kerana tindakannya melempar tuduhan yang dianggap melulu terhadap Pakatan Rakyat (PR).

Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, jika Hasan seorang yang baik dan beriman, beliau tidak menuduh PR bercita-cita, mahu menjadikan Malaysia negara republik, sekali gus menggugurkan Perkara 153 Perlembagaan Negara yang menjamin hak dan keistimewaan orang Melayu.

“Tuduh itu tidak logik, jauh panggang dari api. Dia hanya mahu mengapi-apikan sentimen rakyat supaya membenci PR,” tegasnya.

“Sekarang dia cakap ikut sedap mulut saja, tipu orang sana sini, seolah-olah dia tahu semua perkara. Orang macam ini tak boleh pakai sebab suka menipu,” katanya Ahli Parlimen Kepong itu.

Menurutnya, jika Hasan seorang yang beriman, beliau tidak akan melemparkan tuduhan melulu serta tidak berasas terhadap orang lain.

“Saya mewakili DAP menafikan tuduhan beliau. Kita semua tahu kenapa dia dipecat.

“Kalau Pas sendiri pecat Hasan, kita pun tahu Hasan jenis orang macam mana dan sekarang siapa dia untuk bercakap tentang Pas? Beliau tidak ada jawatan lagi dalam Pas dan kenyataannya tidak menggambarkan kenyataan parti itu,” tegasnya.

Seng Giaw berkata, bukan sahaja Pas, malah DAP dan PKR juga berjuang pertahankan Perlembagaan Negara.

“Hasan hendak cari populariti sebab itulah tuduh kami macam-macam. Sekiranya PR berjaya menawan Putrajaya, keutamaan kami adalah mempertahankan kedaulatan undang-undang, bukan meminda.” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, Hasan tidak layak bercakap mengenai hal itu kerana beliau anggota Pas.

“Saya tidak mahu ulas lagi mengenai dakwaan, kononnya PR berhasrat menggugurkan Perkara 153 dan menubuhkan negara republik.

“Kalau hendak tahu lagi mengenai perkara ini, tanya Hasan sahaja. Saya tidak mahu cakap,” katanya.

Menurutnya, sebagai bekas ahli Pas, kenyataan Hasan tidak patut diulas oleh pemimpin parti itu





2 ulasan:

  1. Hasan Ali seorang ahli motivasi dan ada Phd, tentu dia terror dengan ucapan dan hujah.

    BalasPadam
  2. cita2 beliau terlalu besar... nak memerintah... sebab dulu pun masa jadi kakitangan kera-jaan gagal utk menempatkan diri menjadi KSU. Jadi dgn masuk pakatan harap cita2 besar yg tersembunyi itu akan dapat dilunaskan... tapi malangnya Allah Maha Besar dan Maha mengetahui akan niat kotor dihati hamba2Nya. Cita2 itu pun terbantut... tembelangnya sudah terbongkar, busuk satu negara... "Bentara Guru Dah Tahu"...

    Sudahlah Pak Asang... cukup2lah tu... umurpun dah senja... bertaubatlah dan lembali kepangkal jalan... nawaitu yg tak elok itu telah diketahui orang... sudah2 leeee... ada PHD belum tentu cerdik... kalau tidak nerpandukan keimanan dan keikhlasan pasti menuju kesesatan yg nyata...

    BalasPadam

PERKASA PEKIDA KENA HALAU?

KUASA RAKYAT

LAKI BINI KENA SEPINA

kebangkitan rakyat

kebangkitan rakyat

SEJARAH TERCIPTA: ANWAR BEBAS..!!!