rakan-rakan blog ini

PRODUK UNTUK PENGANTIN LELAKI

.

.
Info : Blog ini baru sahaja diaktifkan secara rasmi 15hb Ogos 2010 yang lalu. Penulis merupakan seorang bekas wartawan yang pernah bertugas dibeberapa akhbar tanahair. Lebih 20 tahun bertugas sebagai wartawan sebelum ini. Jadi, menyedari betapa pentingnya kebenaran itu ditegakkan, Penulis membuat keputusan menulis secara aktif di blog ini. Semoga Allah memberkati niat baik saya ini

Halaman

30 Mac, 2012

MAHATHIR AKUI BN DALAM BAHAYA

Jarang sangat kita lihat kebimbangan secara terang-terang DR Mahathir tentang prestasi Barisan Nasional dalam pilihanraya Umum 13 nanti. Kalau anda persan, sebulan dua ni Mahathir seringkali melahirkan kebimbangan. Paling terkini, beliau menyifatkan bahawa Pembangkang sekarang bukan macam pembangkang dulu. Pembangkang sekarang sangat kuat. Nampak gayanya  makin tak tidur malam la jawabnya si Najib yang sememangnya terkenal dengan sikap kecut perut dan penakut itu. Sebab tu SPR berani ramal pilihanraya umum kali ini paling sengit dalam sejarah pilihanraya di negara kita. Kita tunggu dan lihat....

Mahathir: Sukar nak ramal keputusan PRU13

29 Mac 2012


PUTRAJAYA - Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata agar sukar untuk meramal keputusan pilihan raya umum akan datang kerana keadaan "agak mengelirukan".

Beliau berkata pelbagai andaian dibuat mengenai sokongan kepada Barisan Nasional, dengan ada yang mengatakan ia meningkat dan ada yang berpendapat sebaliknya.

"Apa yang pasti bukan mudah untuk BN mendapat dua pertiga majoriti kali ini. Pembangkang sekarang bukan seperti dulu, keadaan sekarang agak mengelirukan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin bahawa BN hanya akan menang mudah di tiga negeri iaitu Johor, Melaka dan Pahang.

Mengenai kemungkinan sukar bagi BN mendapat majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat sebagai antara penyebab mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak belum mahu mengadakan pilihan raya umum ke-13, Dr Mahathir berkata beliau tidak boleh hendak membaca apa yang ada dalam fikiran Najib.

"Kemungkinan perkara itu ada benarnya dan tidak," katanya.

Terdahulu, beliau menyampaikan ucap utama bertajuk 'Bahasa - Penghalang atau Kelebihan Pelajar Melayu' pada Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa di sini.

Dalam ucapannya itu, Dr Mahathir berkata menguasai bahasa Inggeris bukan bermaksud seseorang itu perlu melupakan bahasa Melayu yang menjadi identiti bangsa.

"Bahasa Melayu mesti terus dipupuk kerana mungkin satu hari nanti ia akan menjadi bahasa ilmu tetapi hakikatnya ketika ini bahasa ilmu ialah bahasa Inggeris, jadi kita perlu menguasainya," kata beliau.

Dr Mahathir berkata peranan bahasa di zaman moden ini juga bukan sekadar menjadi penentu identiti sesuatu bangsa tetapi juga untuk menjadikan bangsa itu sebagai bangsa terpelajar.- Bernama

26 Mac, 2012

SAH! HASAN ALI PEMBOHONG BESAR...

Kantoi....dek nak menyelamatkan diri yang boros dan membazir, Hasan Ali dalam sidang akhbarnya petang semalam mendakwa kos ubahsuai pejabat dua  exco yang lain lagi besar jumlahnya berbanding beliau cuma RM300 ribu.  Nah!!  malam tadi dua exco berkenaan membuat kenyataan balas menafikan tuduhan asan Ali. Nampak sangat Hasan Ali PEMBOHONG BESAR sekarang ni. Macam ni ke nak perjuangkan Islam, Melayu dan Raja?  Kah...kah...kah...
Nampaknya satu persatu pereangai buruk  Hasan Ali mula terbongkar!  Patut pun kena pecat tempohari........


 Kos pejabat: 2 Exco nafi dakwaan Hasan
WARTAWAN SINAR HARIAN
26 Mac 2012


SHAH ALAM - Dua Exco Kerajaan Negeri petang ini menafikan dakwaan bahawa jumlah kos ubahsuai pejabat mereka lebih tinggi berbanding kos pengubahsuaian pejabat bekas Exco Hal Ehwal Agama Islam, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, yang didakwa bernilai RM300,000.

Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, sejak Mac 2008 beliau tidak pernah melakukan sebarang ubahsuai terhadap pejabatnya.

“Saya sejak Mac 2008 masih lagi duduk di pejabat bersebelahan pejabat pegawai kewangan, dari dahulu sehingga sekarang saya tidak pernah membuat sebarang ubahsuai,” kata beliau ketika ditemui media, di lobi Dewan Undangan Negeri (Dun), hari ini.

Dalam pada itu, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar pula menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tuduhan jahat untuk memburukkan imej beliau.

Menurutnya, tindakan Hasan itu dilihat sebagai usaha melepaskan diri setelah terlibat dalam dakwaan yang ditimbulkan oleh Adun Bukti Antarabangsa, Azmin Ali, Jumaat lalu.

“Saya sudi membawa wartawan untuk melihat sendiri pejabat saya, kerana setakat ini saya hanya menukar karpet serta membuat dua pejabat kecil.

“Jumlah ubahsuai tersebut juga tidak melebihi RM100,000, kita sememangnya teliti jumlah ubahsuai yang dilakukan,” katanya.

24 Mac, 2012

AZMIN BONGKAR TENTANG HASAN ALI

Hampir seminggu jugak penulis tak dapat tumpukan pada blog ini disebabkan masalah kesihatan. Alhamdulillah...pagi ini rasa lega sedikit. Doakan penulis  agar cepat sembuh. Amin.
Hari ini Penulis nak cerita  lagi tentang Hasan Ali. Penulis rasakan inilah pembongkaran super hebat tentang perilaku Hasan Ali yang suka bermewah-mewah  dan membazir. Pendedahan Azmin ini sangat tepat  dan mantap!!!
Terkedu Hasan Ali jadinya.....

18 Mac, 2012

NAJIB KUTUK ANWAR TAKUT DEBAT

Lama juga penulis tidak dapat menyiarkan apa-apa berita terkini di blog ini. Ada pihak cuba menceroboh blog ini dan ada yang cuba menghantar virus dan sebagainya lagi. Alhamdulillah, semua masalah berjaya diatasi hari ini. Tak tahulah mengapa ada pihak marah sangat dengan blog ini. Atau pun sekadar  percubaan 'awal' yang sedang dijalankan bagi 'blocking' blog ini  menjelang PRU 13 nanti? Kita tunggu dan lihat saja...
Pagi ini satu kenyataan tak boleh blah dari Najib yang menuduh Anwar Ibrahim tak kosisten sebab takut berdebat dengan Raja Petra. Hahaha....rasa nak ketawa kuat-kuat. Tahu pulak ya Najib tentang debat  ni. Mengapa tak Najib saja yang berdebat dengan Anwar???? Jawapannya: takuuuuuuutttttt.......!!!!

Najib dakwa tindakan Anwar tidak konsisten

17 Mac 2012


IPOH - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang enggan berdebat dengan blogger Raja Petra Kamaruddin di Kent, England adalah satu tindakan yang tidak konsisten.

Perdana Menteri berkata "nampaknya dia (Anwar) tidak sanggup (berdebat dengan Raja Petra)."

"Kita mesti konsisten. Bila kita kata kita mengamalkan demokrasi dan kita bersifat terbuka, yang mana dia selalu salahkan kerajaan dengan mengatakan kerajaan (Barisan Nasional) tidak demokratik dan tidak terbuka.

"Tetapi sebenarnya, kalau kita lihat dari segi tindakan mereka seperti tidak membenarkan sesetengah akhbar serta mengharamkan menghadiri persidangan akhbar mereka, apakah itu konsisten dengan apa yang diluahkan mereka selama ini," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan bangunan baru Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina Wan Hwa2 yang bernilai RM9 juta di Mengelembu dekat sini, hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas laporan akhbar hari ini yang melaporkan Raja Petra mendakwa Anwar "chicken" (pengecut) setelah meminta penganjur "Forum WikiLeaks" untuk mengeluarkan nama Raja Petra dari senarai peserta forum itu yang berlangsung pada Sabtu di Kent, England.

Najib berkata, ini menunjukkan apa yang diperkatakan oleh Anwar, tidak sama dengan apa yang dilakukannya.

"Lambat laun rakyat akan mempersoalkan perkara ini," katanya. - Bernama

06 Mac, 2012

MAHATHIR MINTA TOLONG ISRAEL?

dipetik dari naimnikmat.blogspot (KLIK GAMBAR)
Apakah surat ini betul-betul wujud? Penulis tertanya-tanya. Kalau betul, memang laknat la. Mahathir dan Kerajaan BN kena jawab tentang surat ini. Jangan hanya pandai berkokok saja tapi ekor begelumang dengan tahi. Harap semua blogger besarkan isu ini. Biar dapat penjelasan sebenar. sakit hati bila baca surat ini. Sangat-sangat bangsat...

05 Mac, 2012

NAJIB TAK JADI DEBAT.....

Kebanyakkan blog malam ini memaparkan kenyataan terbaru Dato Seri Najib yang bersedia berdebat dengan siapa saja. Pada mulanya penulis  agak terpegun menonton berita TV3 itu. Macam tak percaya pun ada. Tapi itulah beritanya. Penulis  kemudian  menjangkakan yang blog pro UMNO akan siarkan besar-besar berita  ini. Maklumlah sejak sekian lama Najib menikus macam orang tak ada telur.
Tapi hampir separuh berita, tiba-tiba pembaca berita TV3 mengumumkan Ralat  bahawa Dato Najib sebenarnya bukan mahu berdebat tapi berbincang...kahkahkahkah...terguling-guling penulis tadi ketawa....lawak betul Najib ini.
Ini pula dari laporan Sinar Harian Online

NGO JATI DIDAKWA ADA MASALAH MENTAL

Haha...berita paling best penulis baca pagi ini mengenai 2 berita berkaitan Hasan Ali yang cukup mantap dan mungkin menyakitkan Hasan Ali. Paling best kenyataan dari Exco Kelantan, Fattah Mahmood yang menjawab soalan berkaitan NGO Jati  yang didakwa mempunyai masalah mental. Hahaha...terkejut beruk Hasan ali bila baca berita ini. satu lagi kenyataan dari Mahfuz Omar pun best jugak. Nah!! ambik kau Hasan Ali...
Kelantan tidak iktiraf NGO ‘parasit’
WARTAWAN SINAR HARIAN
5 Mac 2012


KOTA BAHARU - Kerajaan Kelantan tidak akan iktiraf Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang disifatkan tidak mempunyai hala tuju dan berkepentingan peribadi semata-mata seperti Jalur Tiga (Jati).
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Bukit Panau, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, kerjasama hanya akan diberikan kepada NGO yang mempunyai hala tuju yang jelas serta membawa kebaikan kepada masyarakat.

“NGO seperti Jati merupakan ‘parasit’ dan sebenarnya tidak mempunyai tempat dalam masyarakat,” katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada Adun Limbongan, Zainuddin Awang Hamat dalam Sidang Dun Kelantan di sini, semalam.

Zainuddin meminta penjelasan mengenai Jati yang dianggap sebagai ‘mempunyai masalah mental’.

Abdul Fattah yang juga Adun Bukit Panau berkata, tumpuan diberikan kepada NGO yang berusaha mewujudkan keluarga bahagia.

Sementara itu, Pengerusi Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika menjelaskan, Kerajaan Negeri tidak mempunyai data lengkap mengenai tahap pencapaian pelajar-pelajar Yayasan Islam Kelantan di Universiti tempatan dan luar negara.

”Kita tidak ada rekod resmi tapi melalui berita yang diterima, ramai lepasan YIK mencapai kejayaan cemerlang dalam pelbagai bidang,” katanya menjawab soalan Saipul Bahrin Mohamad.

Pas yakin tidak tergugat dengan serangan Hasan Ali
NURUL NADIA MOHD KAMARUZAMAN
5 Mac 2012


SHAH ALAM - Datuk Mahfuz Omar menempelak kenyataan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, yang mendakwa pemecatannya akan menjadi sebahagian daripada faktor kekalahan parti Islam itu pada pilihan raya umum akan datang.

Naib Presiden itu berkata, jentera Pas tidak pernah tergugat dengan ketiadaan Hasan, malah pemecatan itu telah merungkaikan permasalahan yang selama ini berlegar-legar dalam parti itu.

“Siapa dia (Hasan) nak bagi tahu yang Pas akan tumbang? Pas tidak pernah tergugat. Malahan kami bersyukur diambil tindakan memecat dia dulu, ringan sikit beban masalah.

“Biarlah dia rasa dia hebat sekarang sampai boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian, tapi Pas tidak akan tumbang disebabkan dia,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Hasan juga merupakan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Ketika ditanya pemberita, adakah Pas tergugat dengan kenyataan Hasan yang secara tidak langsung mendakwa dirinya mempunyai sokongan akar umbi yang kukuh apabila program jelajahnya mendapat sambutan baik dengan ribuan yang hadir, Mahfuz berkata, itu adalah retorik politik semata-mata dan Pas tidak pernah menganggap itu satu ancaman.

“Dia sedang diperkudakan Umno, Hasan sekarang sedang pikul tanggungjawab sebagai mata dan kapak Umnolah.

“Program dia tak bawak permasalahan buat Pas, biarlah dia nak buat apa pun... Pas tetap akan teguh dengan perjuangan kami,” katanya.

Kelmarin, Hasan mengeluarkan kenyataan faktor pemecatannya masih relevan dan akan menyebabkan "kekalahan teruk" Pas pada Pilihan Raya Umum ke-13.

03 Mac, 2012

HASAN ALI SYOK SENDIRI




Hasan Ali macam syok sendiri je sekarang. Hari-hari dia buat ceramah seluruh negara. Hari-hari juga TV3, RTM dan Utusan bagi liputan berita pada dia. Korang ingat masa diadalam PAS dulu, dia ada buat ceramah tiap-tiap malam macam ni? Tak masyukkk beb! Itu masa ada jawatan exco.Sekarang jawatan pun tak ada. Ligat macam lipas kudung. Sebab tu teguran Khalid Samad dan Mahfuz Omar tentang siapa yang taja ceramah Hasan Ali tiap-tiap malam ni ada logiknya. Tapi yang paling kelakar...Hasan siap memperkenalkan diri sebagai Presiden JATI. Haha...bila pendaftaran diluluskan? Bila dia buat Mesyuarat Agong? Selalunya kalau NGO tak berdaftar ini, layak menggunakan perkataan sementara iaitu Pengerusi atau Pengerusi Penaja atau Pengerusi Penyelaras. Cuba korang baca kenyataan rasmi Hasan Ali tentang Israel. Siap tulis Presiden JATI. Kahkahkah...betul-betuil syok sendiri. Apa pun kita nak dengar apa komen Hasan Jati ni tentang cabaran supaya bertanding atas tiket BN. Ada bran...?








Cabar Hasan bertanding atas tiket BN
WARTAWAN SINAR HARIAN
3 Mac 2012


KUALA TERENGGANU – Pimpinan Pas, Datuk Abu Bakar Chik mencabar bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali menjadi calon Umno dan bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) bagi membuktikan kebenaran dakwaan beliau bahawa Pas akan kalah teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). 
Abu Bakar yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat berkata, pihaknya menyedari bahawa Hasan ketika ini bergerak sebagai suara Umno dalam melemahkan keyakinan masyarakat kepada parti.

Beliau juga meminta Umno tidak lokek memberikan kerusi kepada Hasan dalam pilihan raya akan datang bagi membuktikan kebenaran ramalan Hasan itu.

“Kita cabar dia bertanding atas tiket Umno kerana hanya Umno yang layak berlawan dengan Pas, sedangkan Jati yang ditubuhkannya itu adalah badan bukan kerajaan (NGO) yang mengelirukan (dari sudut perjuangan),” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia itu yang meramalkan Pas akan kalah teruk pada PRU13 kerana sudah terpesong daripada matlamat perjuangan sebenar dan menjadi kuda tunggangan DAP dan PKR.

Mengulas lanjut, Abu Bakar meminta masyarakat tidak menjadikan Hasan sebagai rujukan Pas kerana beliau bukan lagi ahli Pas selepas dipecat secara rasmi baru-baru ini.

Beliau turut menegaskan bahawa Hasan keluar Pas bukan kerana parti itu menyeleweng daripada perjuangan sebenar, sebaliknya Hasan ditolak parti kerana perjuangannya sudah berubah.

Sehubungan itu, katanya, tidak perlu dipertikai sekiranya apa yang diperkata Hasan tidak sama dengan parti yang pernah diwakilinya sebelum ini.

“Pas tetap dengan perjuangan menegakkan Islam dan negara yang adil. Tidak timbul keluar daripada perjuangan asal,” katanya.

Abu Bakar mendakwa, apa yang diperkata Hasan lebih kurang sama dengan kenyataan pimpinan Umno sebelum ini.

Beliau berkata, jika benar Pas menyeleweng, sudah tentu parti itu tidak mendapat sokongan masyarakat setempat tetapi sebaliknya kini, kedudukan Pas semakin baik dari masa ke masa.

.

01 Mac, 2012

PERANGAI SEBENAR NAJIB DIBONGKAR..!!!

KUALA LUMPUR, 1 Mac: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Manis, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz berkata, beliau sedia mendedahkan tembelang sebenar sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mentadbir negara.

Menurutnya, pendedahan tentang Najib yang menguasai perlimen Pekan sejak Allahyarham bapanya Tun Abdul Razak Hussein meninggal dunia itu akan dibuat dalam satu ceramahnya bersama Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu pada 15 Mac ini di Pekan, Pahang.

Mohd Ariff berkata demikian ketika ditemui dalam sesi Cakap-cakap Bersama Harakah di Pejabat Editorial Harakah dekat sini baru-baru ini.

Mohd Ariff  yang juga bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan berkata, beliau sangat mengenali Najib dan peribadi Perdana Menteri itu dalam berpolitik serta pentadbiran.

Ini kerana beliau pernah menjadi orang penting Umno selaku Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan dalam mengembalikan sokongan ke atas Najib selepas hampir tewas pada Pilihan Raya Umum ke-10 (tahun 1999).

Mohd Ariff yang terkenal dengan blog Sakmongkol berkata, Najib bukanlah seorang yang tegas dalam kepimpinannya, sebaliknya hanya menggunakan taktik 'membayar' untuk mendapatkan sokongan.

Beliau yang sangat Ariff dengan sikap politik Najib berkata, Perdana Menteri itu hanya mahu dengar yang 'indah-indah sahaja'.

Ia termasuklah apa yang berlaku di Pekan semasa hampir tewas di tangan PAS pada pilihan raya umum ke-10 tahun 1999, katanya.

"Saya ada sebutkan dalam blog saya, penerima subsidi terbesar di Malaysia ini ialah Najib, kerana beliau dapat Parlimen Pekan kerana subsidi daripada kawasan Allahrayham Tun Razak, jadi Timbalan Perdana Menteri (TPM) sebab baba saudaranya Perdana Menteri, dia jadi Naib ketau Pemida Umno sebab dia ikut Dato' Seri Anwar Ibrahim, 

"Dia (Najib) tidak pernah berlawan, gaya dan kepimpinan itu dia tidak ada, dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin sendiri mengakui bahawa keburukan Najib ini tidak tahu mentadboir negara ini dan hilang punca, 

"Najib ini tiada wawasan, dia ini mentadbir dan urus negara macam urus Umno Bahagian Pekan, dia baik dengan sana-sini bukannya untuk menyatukan, dia ini juga tidak berani, dia ini macam lalang," ujarnya lagi.

Beliau juga memaklumkan, sewaktu bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah menetang Tun Dr Mahathir, Najib menyokong Ku Li pada walnya.

Namun, pada saat-saat akhir mengalih sokongan kepada Mahathir kerana Mahathir mempunyai rahsia besar mengenai Najib.

"Najib ini kebersihan ini tiada sangat, saya tahu sebab saya sangat kenal dia, keduanya dia ini tidak boleh buat keputusan yang tegas, dia boleh berubah atas tekanan.Dia ini ingin semua sokong dia, dan dia akan mendapatkan kesetiaan semua orang dengan dia bayar orang sana-sini," katanya lagi.

Satu cara Najib menyelesaikan masalah hanya dengan membayar dan menyogok pihak yang dikehendaki, katanya.

Disebabkan itulah, Najib terbawa-bawa kaedah itu dalam dasar Belanjawan yang dibentangkannya sebelum ini, ujarnya.

Dalam belanjawan, rakyat dapat melihat Najib memberikan bantuan 'one off' sejumlah RM500 dan RM100, yang kesemuanya hanya  untuk mendapatkan sokongan bersifat sementara, katanya.

"Ini bukan duit Umno atau dia (Najib), tetapi ini duit kerajaan, yang dia mahu lihat bahawa dia ini nampak pemurah," katanya.

Beliau yakin, zaman 'bayar dan sokong' yang diamalkan Najib ini sudah berlalu kerana rakyat kini semakin sedar akan masa depan mereka.

"Umno berada dalam kepayahan, saya tidak merasa yakin jika rakyat mendapat sokongan rkyat dengan bayaran ini.

"Najib ini dia rasuah semua orang, dia pergi ke Haji pun tuhan dia nak rasuah.Bayar Dam ini hanya dalam kes tertentu sahaja seperti Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya kata, " katanya sinis.

Bercakap mengenai peribadi Najib, Mohd Ariff berkata, Najib hanya menjadi 'Melayu' pada tahun 1976 selepas pulang daripada luar negara setelah ketiadaan Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein (bekas Perdana Menteri yang juga ayahnya).

"Selepas Ayahnya meninggal, barulah dia berjinak dengan Melayu, masa dia balik pelat (loghat) dia itu masih pelat Inggeris, perangainya yang saya tahulah," katanya sinis.

Mohd Ariff juga memaklumkan, Najib sangat tidak rapat dengan keluarganya di Pekan, malah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor juga sangat tidak disukai masyarakat di Pekan

PERKASA PEKIDA KENA HALAU?

KUASA RAKYAT

LAKI BINI KENA SEPINA

kebangkitan rakyat

kebangkitan rakyat

SEJARAH TERCIPTA: ANWAR BEBAS..!!!