rakan-rakan blog ini

PRODUK UNTUK PENGANTIN LELAKI

.

.
Info : Blog ini baru sahaja diaktifkan secara rasmi 15hb Ogos 2010 yang lalu. Penulis merupakan seorang bekas wartawan yang pernah bertugas dibeberapa akhbar tanahair. Lebih 20 tahun bertugas sebagai wartawan sebelum ini. Jadi, menyedari betapa pentingnya kebenaran itu ditegakkan, Penulis membuat keputusan menulis secara aktif di blog ini. Semoga Allah memberkati niat baik saya ini

Halaman

11 November, 2012

MAHATHIR KATA BODOH DAN MELAMPAU PADA NURUL IZZAH

Inilah yang dikatakan tak sedar diri dan nyanyuk!!  Mahathir bersuara lagi. Kali ini dia hentam Nurul Izzah. Kata Mahathir  nurul Izzah bodoh dan melampau. Kenyataan Nurul Izzah dalam forum tempohari benar-benar memberi Mahthir peluang untuk hentam Nurul izzah dan pembangkang kaw-kaw punya.
Mahathir lupa sejak sekian lama dia menghina  Islam berkenaan hudud. Dia hina Islam pasa janggut nabi. Dia hina Islam sokong anaknya jadi taukey judi terbesar. Memang Mahathir mudah lupa. Kalau ikutkan hati penulis, nak juga  kutuk dan caci mamak tua ni sebanyak-banyaknya. Tapi tak guna jugak. Bukan dia boleh insaf pun. Sakit hati pun ada sebenarnya...



Nurul Izzah tindak melampau, kata Mahathir

11 November 2012

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad

LANGKAWI - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berhubung kebebasan beragama adalah satu tindakan bodoh dan melampau.

Beliau berkata, orang Islam tidak boleh menukar agama sesuka hati, dan orang bukan Islam mempunyai hak untuk mengamalkan agama masing-masing tanpa ada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak.

"Tak tau lah (Nurul Izzah) yang mahukan kebebasan dan berpolitik sampai tiada had. Kita orang Islam mana boleh tukar agama sesuka hati, tapi orang lain nak tukar mereka punya hal lah.

"Dalam Perlembagaan, masing-masing boleh amalkan agama mereka tanpa ada sekatan. Orang Islam dengan cara orang Islam dan kaum lain dengan agama masing-masing," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Kejohanan Paintball Piala Dunia Asia (WCA) 2012 di Dewan Mahsuri, Padang Mat Sirat hari ini.

Dipetik Bernama, Dr Mahathir berkata, walaupun negara ini mempunyai ramai penduduk Islam dan diiktiraf oleh dunia sebagai negara Islam, ia tidak bermakna orang bukan Islam dipaksa menerima agama persekutuan itu.

Laporan media pada 3 November memetik Nurul Izzah sebagai berkata: "Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu."

"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," katanya.

Beliau berkata demikian pada forum bertajuk 'Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?' di Subang Jaya pada 3 November


.

1 ulasan:

  1. NURUL IZAH DAN MAHATHIR NYANYUK NI SERUPA AJE, BUKAN AHLI AGAMA NAK BERCAKAP PASAL AGAMA.

    BalasPadam

PERKASA PEKIDA KENA HALAU?

KUASA RAKYAT

LAKI BINI KENA SEPINA

kebangkitan rakyat

kebangkitan rakyat

SEJARAH TERCIPTA: ANWAR BEBAS..!!!