rakan-rakan blog ini

PRODUK UNTUK PENGANTIN LELAKI

.

.
Info : Blog ini baru sahaja diaktifkan secara rasmi 15hb Ogos 2010 yang lalu. Penulis merupakan seorang bekas wartawan yang pernah bertugas dibeberapa akhbar tanahair. Lebih 20 tahun bertugas sebagai wartawan sebelum ini. Jadi, menyedari betapa pentingnya kebenaran itu ditegakkan, Penulis membuat keputusan menulis secara aktif di blog ini. Semoga Allah memberkati niat baik saya ini

Halaman

28 Disember, 2012

ANWAR PERDANA MENTERI -S.H ALATTAS

Penulis paling berani, Syed Hussien Alattas atau S.H Alattas atau lebih mesra dipanggil Pak Habib dalam tulisan terbaru beliau menerusi blog, mengakui beliau kini telah berhenti menyerang Anwar Ibrahim. Kita semua tahu beberapa buku beliau sebelum ini memburuk-burukkan Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat dan sebagainya.
Bagaimanapun dalam tulisan paling terbaru Pak Habib, beliau mengakui, semakin banyak beliau memburuk-burukkan Anwar, semakin kuat Anwar rupanya.

"Mana lebih baik kita ‘mendoakan’ supaya Tuhan memberikan ‘hidayah’ kepada musuh-musuh politik atau minta Tuhan melaknat mereka yang kita musuhi? Jangan mengaku beriman kalau kulit saja Islam.Kata ‘sengal’ muka kerepot, kenapa nak emosi sangat bila bencikan orang sampai lebih-lebih?Rileklah bro. Cuba kita cerminkan muka kita.Satu jari menunjuk pada orang, 3 lagi tunjuk diri sendiri. Kalau Tuhan nak hapuskan Anwar, ‘kun faya kun’, hancur macam Firaun. Sebab itu saya sudah berhenti serang Anwar.Macam-macam buku saya sudah tulis, dia makin kuat.Suka hati Tuhan lah kalau dia nak jadikan Anwar Ibrahim Perdana Menteri selepas Najib; saya siapa?", tanya Pak Habib.



"Tidak ada manusia yang sempurna melainkan Nabi Muhammad SAW.Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelombang, masakan tak ada yang baik tentang manusia yang kita sudah label sebagai musuh.Sebagai contoh Anwar Ibrahim; kenapa takut dia jadi Perdana Menteri, bukankah dia TPM semasa Tun Mahathir jadi PM?Lagi pun dia di buang, bukan dia bakar jambatan seperti Rais Yatim," ujarnya lagi.

Pak Habib juga menyalahkan media BN yang setiap hari membesarkan nama Anwar menerusi laporan buruk menyebabkan orang ramai makin simpati dan suka pada Anwar Ibrahim.


"Siapa Anwar Ibrahim; semua orang kenal, lebih popular dari Agung atau Perdana Menteri. Mana lebih baik: berzikir dan sebut nama Allah, berselawat ke atas Nabi SAW; pagi, petang, siang dan malam; atau mengingati nama Anwar Ibrahim yang setiap hari di TV arus perdana? Salah siapa rakyat teringat dan cinta kan Anwar Ibrahim kalau bukan media arus perdana 
B.N?"



"Kenapa Anwar Ibrahim saja kita heret ke mahkamah, kenapa orang yang terlibat dengan kes Altantuya bebas macam itu saja?Di mana keadilan?Sebab itu ramai yang sokong parti Keadilan dan baca akhbar Keadilan.Hishamuddin Rais telah letak ‘benchmark’ bagaimana nak jadi penulis yang berani," terang Pak Habib lagi yang kini sedang memuncak namanya menerusi buku terbaru Setan Syaitan Sultan yang menjadi kontroversi . Pak Habib juga pernah menggemparkan dengan buku  Challenger: Siapa Lawan siapa yang menjadikan Musa Hitam kepanasan.


Pak Habib merupakan salah seorang penulis yang konsisten. Sentiasa muncul dengan buku-buku politik panas membara. antara buku-buku beliau sebelum ini  Revoulusi Istana dan Rakyat, Lima Raja Terakhir, Talqin Untuk UMNO, Wanita takhta dan Kuasa dan banyak lagi.



Tulisan terbaru di blognya berjudul: Antara Janda Baik dan Janda Jahat: ANWAR PERDANA MENTERI

27 Disember, 2012

ANDA MUNGKIN MENJADI MANGSA....

PENDEDAHAN INI MUNGKIN MENGELAKKAN PEMBACA DARIPADA DIPERDAYA

Beberapa hari selepas menukilkan entri ini, saya dihubungi oleh wanita melalui private message Facebook  dan memperkenalkan dirinya sebagai 'Elis', 26 tahun.
Saya kemudian menemuinya pada jam 4 petang semalam di Kuala Lumpur.
"Saya mula bekerja di agensi telemarketing, sebagai kerani pentadbiran kira-kira dua tahun lalu dan kemudian berhenti kerana agensi terbabit tidak membayar gaji saya. Ruang pejabat di tingkat dua dibahagikan kepada banyak partition diduduki telemarketer bertugas menghubungi pemegang kad kredit dan kad debit menggunakan telefon. Jumlah mereka mencecah lebih empat puluh orang, majoriti berbangsa Melayu dan India, tiada Cina. Lebih menarik, kebanyakkan mereka graduan institusi pengajian tinggi atau individu biasa tetapi mempunyai kemahiran bercakap secara berkesan. Sepanjang tempoh latihan seminggu, pihak pengurusan agensi memberikan bakal telemarketer skrip sebagai rujukan untuk membuat panggilan dan kaedah menjawab soalan untuk dihafal. Antara pengisian utama modul, cara untuk menyakinkan pelanggan agar  akhirnya bersetuju mendedahkan tiga nombor kod di belakang kredit kad dan debit mereka atau lebih dikenali sebagai security code bank," kata anak kelahiran Johor itu saya temui di restoran mamak.
"Baik, ini kad kredit. Nombor manakah awak maksudkan?," soal saya.
Elis kemudian spontan mengangkat kad kredit saya letakkan di atas meja.
"Nombor di belakang kad ini, di sebelah kanan tandatangan pemilik. Nombor tiga digit ini amat penting kepada telemarketer," responnya.
Saya mendengar dengan teliti sambil merakamkan kenyataan Elis menggunakan perakam suara jenis Sony.
"Sewaktu membuat panggilan, kami mulakan dengan kenyataan standard. Assalamulaikum encik! Saya Elis daripada bank A dan bekerjasama dengan syarikat insuran B untuk menawarkan skim insuran kepada pemegang kad kredit. Memang semua telemarketer tidak menggunakan nama sebenar. Kemudian kami sambung ... nama encik, Mazidul Akmal Sidik, terlebih dahulu saya ingin membuat semakan nombor kad pengenalan encik, 670319 ..... Betul? Pemilik kad lazimnya berkata 'ya' kerana kami memang dibekalkan semua perincian peribadi bakal mangsa seperti alamat, alamat rumah, nama pewaris dan termasuk nombor kad kredit visa dan mastercard mereka," jelas Elis.
"Kemudian?," celah saya.
Ternyata wanita itu amat petah berkomunikasi.
"Kemudian kita cakap, baiklah encik, sekarang saya ingin mengesahkan nombor kad kredit visa encik. Katalah 6080-0978-0800, bolehkah encik tolong bacakan tiga nombor di belakang kad, bersebelahan tandatangan? Sebenarnya ramai tidak mengetahui itu security code bank. Kami sengaja bertanya walhal selalunya kami memang mempunyai maklumat itu tersenarai," katanya.
"Kalau sudah memiliki nombor kad kredit dan security code mengapakah awak harus bertanya kepada pemilik kad?," tanya saya keraguan.
"Itu memang syarat ditetapkan oleh agensi. Sebelum itu saya terangkan kepada dia, skim insuran ditawarkan mengenakan bayaran RM399 untuk setahun. Apapun, ayat terakhir setiap telemarketer lebih kurang sama sahaja, jadi encik bersetuju kami akan cajkan RM399 ke akaun kad kredit encik? Penolakan amaun itu akan bermula pada awal bulan hadapan dan kami kemudian akan menghantarkan sijil insuran kepada encik. Kami mesti menunggu sehingga dia berkata, saya bersetuju atau ok terlebih dahulu, sebelum nombor kad kredit dan security code digunakan untuk tujuan pembayaran. Biarpun pada awalnya kami memaklumkan dia penolakan bermula pada bulan hadapan, sebenarnya kami akan caj kad kredit dia, pada hari sama. Setiap telemarketer dimestikan membuat minimum dua sale sehari. Setiap pemilik kad bersetuju dengan transaksi terbabit, telemarketer meraih komisyen RM100 manakala syarikat mengaut keuntungan berbekalkan modal air liur, RM299," ujar Elis.
"Sebenarnya wujudkah hubungan di antara agensi, bank serta syarikat insuran itu? Sijil insuran itu datang dari mana pula?," tanya saya sekaligus.
"Tidak! Itu semua penipuan! Sijil dijanjikan kepada mangsa dicetak sendiri di pejabat. Bertujuan mengelakkan pemilik kad datang menyerang, kami sedaya-upaya cuba untuk tidak akan memberikan alamat lengkap kepada mereka. Manakala nombor telefon digunakan oleh telemarketer bukan nombor talian tetap tetapi nombor telefon bimbit seperti 019, 017, 014 atau private number," jelas Elis. 
Kata Elis, purata bil telefon bulanan mencecah RM10,000 namun itu hanya sekelumit berbanding jumlah keuntungan diperolehi oleh pengusaha agensi.
Tambah bekas pekerja agensi penipuan itu, majoriti mangsa mereka, pengguna baru kad kredit atau kad debit.
Elis bekerja di antara jam 10 pagi dan 6 petang setiap hari dan diberikan senarai ratusan data perbankan pemilik kad untuk dihubungi.
"Semua individu kami telefon itu tidak semestinya memberikan layanan baik. Kebanyakkannya kami  attack pengguna kad kredit baru kerana mereka tidak begitu arif mengenai transaksi kad kredit jauh sekali  kegiatan sindiket penipuan. Tambahan pula barangkali sebilangan bank gagal memperingatkan pelanggan agar tidak mendedahkan security code kad kredit atau debit melalui panggilan telefon. Beberapa individu kami hubungi, acapkali melontarkan soalan, kalau benar awak daripada bank, mengapakah perlu bertanya dan mendapatkan security code kad kredit saya? Kami akan balas dengan kenyataan, kami ingin membuat pengesahan, betulkah encik pemegang sah kad kredit itu? Itu trick digunakan," responnya.
Menurut Elis, pengusaha agensi penipuan sebegitu meraih keuntungan ribuan ringgit setiap sehari. Tidak hairan jika mereka hidup senang-lenang dan memandu kereta mewah. Agensi terbabit lazimnya hanya beroperasi kurang setahun di pejabat sama sebelum berpindah ke lokasi lain dan sekaligus menukar nombor telefon untuk menjalankan kegiatan sama.
Di bawah, gambar bekas pejabat Elis. 
Kini pejabat di tingkat satu dan dua terbabit telah ditinggalkan.
"Tingkat dua tempat telemarketer beroperasi manakala tingkat satu bekas pejabat kakitangan pentadbiran termasuk bos.  Tiada papan tanda syarikat dipaparkan dan selalunya semua tingkap ditutupi tirai. Pejabat tempat saya bekerja dahulu, pernah diserbu oleh kakitangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Sewaktu kejadian itu telemarketer diarahkan keluar dari pejabat. Ada sekali, wakil syarikat insuran datang ke pejabat secara mengejut. Mungkin berikutan terdapat aduan mengatakan agensi kami menggunakan nama syarikat itu secara tidak sah untuk memperdayakan orang ramai," katanya.
"Semasa awak bekerja, berapakah jumlah sale sehari?," soal saya.
"Satu atau dua sale sahaja SEBULAN sebab saya bekerja sebagai kerani pengurusan dan cuma sesekali diarahkan bertugas sebagai telemarketer.  Pekerja lain? Mereka memang seronok. Contohnya, andai telemarketer mampu menipu purata enam orang pemegang kad kredit baru, pendapatan harian mereka mencecah RM600  Kalau telemarketer tidak membuat sale langsung, mereka akan dibuang kerja. Kaedah digunakan oleh agensi, mudah. Bayar sahaja gaji pokok telemarketer tidak perform separuh atau jangan membayar langsung. Maka pekerja itu tidak akan mampu bertahan dan dengan sendirinya terpaksa berhenti," kongsi wanita itu.
Gaji pokok telemarketer, di antara RM800 dan RM1,500 sebulan dan majoriti pekerja, wanita.
"Adakah selama waktu bekerja, awak tahu agensi terbabit menipu ramai orang?," tanya saya lagi tanpa jemu.
"Saya tahu, sebab itu saya tidak suka membuat sale. Saya juga pernah berbual bersama kawan, bekerja sebagai marketer. Dia sudah berkeluarga dan mempunyai anak. Saya bertanya kepada dia, sampai bilakah awak hendak memberikan anak makan duit hasil penipuan?," balasnya.
Saya kemudian mengemukakan soalan berikut.
"Pernah terdengar rungutan di kalangan telemarketer? Mungkin mereka tertekan kerana terpaksa membuat terlalu banyak panggilan sehari?"
"Pernah! Namun kakitangan pihak pengurusan amat bijak memainkan peranan mereka. Untuk mengalihkan pandangan dan  tumpuan telemarketer, mereka mengajak kami makan dan berkata, hari ini awak semua  tidak perlu membuat panggilan, kita semua boleh berehat. Mereka juga membuat pekerja gembira  menggunakan elemen kejutan. Baiklah, minggu ini kita akan pergi melancong ke Melaka! Semua kos dibiayai sepenuhnya oleh agensi. Di samping itu, pakej insentif berkumpulan juga ditawarkan kepada telemarketer. Contohnya, jika sale mencecah sasaran, 60 sehari, pakej pelancongan lebih istimewa ditawarkan kepada mereka. Bagaimanapun melalui pengalaman saya, purata tempoh telemarketer bekerja di agensi itu hanya di antara lima dan enam bulan sahaja," kata Elis. 
"Adakah semua telemarketer menyedari mereka bekerja di agensi menipu orang ramai?," soal saya.
"Tidak semua. Saya lebih banyak tahu kerana bekerja sebagai kerani pengurusan tetapi itupun atas tujuan mencari rezeki, terpaksalah. Telemarketer tidak tahu langsung berhubung keuntungan ditangguk oleh agensi apatah lagi status nama bank dan syarikat insuran mereka gunakan untuk memperdaya pemegang kad kredit dan debit sewaktu menjalankan tugas. Pihak pengurusan terlebih dahulu memaklum dan menyakinkan telemarketer, operasi dijalankan itu kononnya sah dan dokumen peribadi pemilik kad dibekalkan oleh pihak bank," ujar Elis.
Tambah Elis, kebanyakkan telemarketer, pemegang diploma dan ijazah. Justeru mereka mampu berkomunikasi dalam dwi bahasa, bahasa Melayu dan Inggeris tatkala berkomunikasi dengan bakal mangsa.
"Kalau betul betul bekerja berbekalkan mulut manis, daya pujuk dan telinga tebal, mereka boleh meraih pendapatan bulanan di antara RM3,000 dan RM4,000. Andai kata bakal mangsa marah, telemarketer harus bersikap sabar kerana kakitangan pengurusan berkata, penjawab panggilan bukan berada di hadapan awak. Jadi, mengapakah awak harus berasa takut? Semua bertugas di pejabat agensi sama dilatih untuk menjawab pelbagai soalan dilontarkan oleh pemegang kad kredit dan debit, kekadang dihubungi berulang kali menggunakan teknik dicetak sebagai panduan. Adakalanya bakal mangsa bertindak bijak. Mereka memberikan alasan kononnya sedang bermesyuarat dan meminta untuk dihubungi kemudian dan selepas itu tidak akan melayan panggilan kami. Hanya mereka bersikap lalai sahaja terpedaya," kongsi Elis.
Jika kini tiba-tiba dihubungi telemarketer, apakah respon awak? Soalan itu saya lontarkan kepada wanita hanya meminum teh 'O' ais limau ketika saya temui.
"Saya pernah bekerja seperti kamu sebelum ini dan kamu tidak perlu menipu saya sebab kamu cuma ingin mendapatkan security code tiga digit itu, kan? Terima kasih," balasnya yakin.
Elis turut membawa saya ke lokasi agensi dipercayai masih beroperasi.
"Berikan saya tiga bank seringkali data peribadi pelanggan mereka diperolehi oleh agensi secara mudah," soal saya dengan debaran.
"M....., R..... dan C.... Itu bank paling popular dan mangsa sebelum ini, ramai pelanggan institusi kewangan terbabit," responnya tanpa kelihatan teragak-agak.
"Soalan terakhir, adakah senarai nama dan maklumat perbankan peribadi individu menjadi mangsa atau tidak, dibekalkan oleh kakitangan syarikat telekomunikasi  atau ...?," tanya saya.
Memang saya membiarkan soalan itu tergantung.
"Sekali, saya dan kakitangan pengurusan agensi pernah bertemu dengan lelaki mendakwa kakitangan bank. Kami bertemu di restoran mamak. Dia menyerahkan senarai kira-kira 200 nama, lengkap beserta data peribadi perbankan pelanggan dalam bentuk  pen drive. Setiap satu data dijual dengan harga di antara RM1 dan RM1.50. Apapun pastinya bukan semua kakitangan institusi perbankan terbabit," jelas Elis.
"Wow! Semurah itu?
Saya terkejut.
"Ya dan lazimnya dalam tempoh dua minggu, secara rutin agensi akan membeli senarai data lain pula, dibekalkan individu sama atau berbeza. Melalui pengalaman, saya boleh mengesahkan, syarikat telekomunikasi tidak terbabit dalam sindiket penipuan ini," balasnya.
NOTA 
Perkataan 'telemarketer' dalam entri ini secara spesifik HANYA merujuk kepada pekerja di bekas agensi Elis pernah bertugas sekaligus BUKAN ditujukan kepada SEMUA telemarketer di seluruh negara.
Justeru telemarketer laintidak terbabit dengan kegiatan penipuan, usah terasa mahupun melenting.

SILA SEBARKAN KANDUNGAN ENTRI INI DI FACEBOOK, BLOG DAN TWITTER UNTUK MEMPERTINGKATKAN KESEDARAN MASYARAKAT AGAR TIDAK KERUGIAN AKIBAT DIPERDAYA.

21 Disember, 2012

TERKINI....NAJIB UMUMKAN TARIKH PRU 13

TERKINI...Dato Najib sebentar tadi menerusi Buletin Utama TV3 tidak menolak kemungkinan pilihanraya umum 13 akan diadakan sebelum Tahun Baru Cina.  Rasanya ini kali pertama Najib keluarkan statement demikian. Malah beliau nyatakan dalam riak wajah yang agak serius sambil memberitahu BN telah siap sepenuhnya senarai calon BN. Ayuh teman-teman....perang sudah bermula. (anda boleh lihat lagi kenyataan Najib di dalam berita inggeris TV3 jam 12 malam ini)

TOK GURU TERUS DIFITNAH

Berat dah puak-puak UMNO ni. Nampak sangat dah tak ada modal dan terdesak sangat!!! Selepas kes Amanat Haji Hadi ditimbulkan, kini blogger UMNO yang tak tahu dosa pahala telah membuat fitnah besar pada Tok Guru Nik Aziz. Astaghfirullah... samapai macam ni sekali finah puak-puak ni. Penulis rasa banyak lagi fitnah baru akan muncul selepas ini dicipta oleh puak yang bakal hilang kuasa ini. Kita tengok dan lihat nanti....

Dakwaan blog fitnah saya, kata Nik Aziz




KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan pendedahan sebuah blog yang menuduh beliau melakukan rasuah pada tahun 2008 melibatkan habuan tanah bernilai lebih RM30 juta.

Nik Abdul Aziz menegaskan kenyataan tersebut adalah tidak benar sama sekali dan disifatkan sebagai fitnah yang dilemparkan terhadap diri beliau semata-mata.

Sehubungan itu, beliau yang juga Mursyidul Am Pas mengarahkan pegawainya mempertimbangkan perkara tersebut untuk dibawa ke mahkamah.

"Saya sudah baca laporan yang dibuat dalam akhbar mengenai tuduhan kepada saya mengenai rasuah tanah dan semuanya sekali. Sebenarnya benda ini fitnah.

"Saya harap pegawai saya mempertimbangkan semua untuk ke mahkamah dan mudah-mudahan ALLAH menjelaskan perkara yang sebenar," katanya kepada media ketika ditemui di JKR 10 di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas pendedahan sebuah blog yang mendakwanya menawarkan tanah seluas 4,259.9 hektar di Relai, Chiku, Gua Musang kepada Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Setiausaha, Nga Kor Ming untuk menerima wakil Pas, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak pada 2008.

Terdahulu beliau menerima kunjungan daripada 60 anak-anak Kelantan yang berada di Sabah.

Laporan blog itu mendakwa tawaran tanah bernilai lebih RM30 juta itu berlaku ketika pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).

Mengulas lanjut tuduhan tersebut Nik Aziz memberitahu dakwaan salah guna kuasa terhadap beliau itu dilakukan oleh orang-orang yang jahat.

"Kerja memfitnah ini dilakukan oleh orang jahat. Kerja orang yang jahat ini adalah mereka yang memuja nafsu dan bukannya puja ALLAH SWT.

"Sebab itu saya sebut kalau berita yang dikeluarkan oleh akhbar terbabit kita kena berhati-hati,"


katanya.

17 Disember, 2012

IBRAHIM ALI KENA LAGI...


Big Boss Sinar Harian BANTAI Ibrahim Ali..




SHAH ALAM - Sinar Harian tidak akan melayan kenyataan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang mendakwa akhbar ini sebagai memecah-belahkan hubungan kaum, kata Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub (gambar).

Menyifatkan Ahli Parlimen Pasir Mas itu sebagai individu yang sudah tidak relevan dalam politik di negara, Hussamuddin berkata, beliau yakin rakyat Malaysia juga sudah muak dengan kenyataan retorik beliau.

"Pembaca juga tahu konsep Sinar Harian yang telus dan tulus tanpa memihak kepada mana-mana individu atau kelompok tertentu," katanya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ibrahim dalam akhbar perdana semalam bahawa beliau 'jelik' dengan laporan Sinar Harian dan sebuah portal web kerana didakwa menyiarkan hanya sebahagian kenyataannya sehingga dilihat seolah-olah menghina kaum lain.

Ibrahim dilapor berkata demikian semasa menggulung perbahasan Perhimpunan Agung Tahunan Perkasa Ketiga, kelmarin.

Untuk rekod, pada 2009, Sinar Harian diiktiraf media yang memupuk semangat perpaduan apabila menerima Anugerah Kalung Perpaduan 2009. ~sinar

15 Disember, 2012

IBRAHIM ALI TERUK KENA KUTUK










Kitakan Geng · Top Commenter · UiTM Shah Alam

aku percaya bro ahlinya 300k dan lebih...tak percaya engkau tengok parit2 atau longkang dan sg2...tambah2 musim hujan sekarang... kuat bunyinya...
Reply · Like · 2 hours ago





Md Yusoff Othman · Top Commenter · Universiti Malaya

kalau dah ada org yg berjuang utk melayu biarkanlah, ini soal bangsa bukan soal peribadi jgn masalah peribadi jadi isu, kalau dia lompat 10 kali pun biarlah, awat tak ada org lain lompat2 juga, kalau dah tak setuju terutamanya awak seorang melayu diam sajalah.apa yg awak buat untuk melayu? kalau awak disebelah pihak lawan , itu tak kisah tapi jaga kepentingan melayu jqn jadi menang sorak kampong tergadai.bangsa asing di negara lebih licik dari kita..hati2 semua ni.
Reply · 2 · Like · Follow Post · 15 hours ago



Ahmad Sidry Hussin · Subscribe · Top Commenter · Founder, CEO at SINAR INSPIRASI NIAGA SENDIRIAN BERHAD · 844 subscribers

pastu apa yg awak dah buat utk melayu?.. buka perniagaan besar2 lawan cina?
Reply · 1 · Like · 14 hours ago




Skypin Jj · Top Commenter · Sekolah menengah mahmud mahyidin

Apa yg berahim ali buat untuk melayu ialah. bina patung burung besar dan arak dari rantau panjang ke istana kelantan. di depan sultan kelantan di berucap berapi memuji mahathir muhammad dan tidak pula memuji sultan. arak patung burung tu aku rasa mcm adat jahiliyah sahaja.
Reply · Like · 13 hours ago




Hazwan Mohamad · Top Commenter

Ahmad Sidry Hussin
Jangan tanya apa yang orang lain buat untuk bangsa tetapi tanyalah apa yang kita sendiri buat demi bangsa? Sumbangan sendiri ada tanya ke?
Reply · Like · 6 hours ago





Citacitarasa Muo Ledang · Top Commenter · Pengarah Urusan at Hanwar & hazali sdn.bhd

aku x akan percaya brahim ini masih perkasa, jangan kata ramai- ramai Orang Melayu x faham- faham ..... tapi dia { brahim } ni faham x cakap Melayu ????.... sebab, Tun Mahathir pun pernah berkata " MELAYU MUDAH LUPA " ...... Selami dahulu maksud SERIBU BAHASA yang tersirat yang pernah MANTAN PM berkata- kata ..... " HANYA WAWASAN 2020 KITA SEMUA NANTIKAN " ... ini bukan kerana permusuhan antara kita semua Melayu sesama MELAYU, tapi " MINDA " kita semua kena dibuka seluas-luasnya kepada semua " MELAYU " tidak kira pada sesiapa pun kita yang sebangsa dan beragama ISLAM, ISLAM itu untuk semua ...... >> SEDARLAH PADA USIA YANG KITA MILIKI <<> ingatlah kepada pesan " BAGINDA NABI SAW " .... setiap permusuhan itu banyak merugikan kehidupan kita sesama MANUSIA ...... ingatlah pada 3 perkara yang menjadi pesan terakhir Nabi SAW sewaktu kewafatnya sudah tiba, umatku, umatku & UMATKU ...... amin3 ......
Reply · 1 · Like · Follow Post · 9 hours ago




Johan Ariff · Subscribe · Ampang, Kuala Lumpur · 133 subscribers

Biar benar 300k ahlinya hahahaha.....Sembang bolehlah bro..
Reply · 9 · Like · Follow Post · 16 hours ago



Iman Hafiz · Top Commenter · Tauke Syarikat at Sendiri bisnes

Betul le bro 300K... katak sekali bertelur kan beribu-ribu ...kah kah kah...
Reply · 11 · Like · 16 hours ago




Side Alyahya · Top Commenter · SMA Al-Khairiah, Temerloh

hahahaha,,tepi parit,longkang besar,ayaq caq..ramai ahli dia..rais pon tak larat nk bilang
Reply · 1 · Like · 16 hours ago




Abie Piea · Top Commenter

Siapalah yg sudi nak dengar katak semput ni. Time musim hujan ni bunyi katak2 yg ada pun tak larat nak dengar..
Reply · 3 · Like · 14 hours ago


View 4 more



Ram Kumar · Top Commenter · Sales Strategist Executive at LINACO GROUP OF COMPANIES

Orang Cina sekarang ini mereka bermain dengan sentimen politik, mereka lupa bahawa di Malaysia mereka bagaikan syurga, kalau huru-hara macam mana? Macam peristiwa 13 Mei, mereka tak boleh teruskan perniagaan, kita pun tak nak perkara itu berlaku, kita nak supaya ia mungkin 20, 30 atau 40 tahun atau 50 usaha sasaran itu mesti dicapai, sehingga hal ini berlaku keseimbangan dalam ekonomi.

Ini bukan statement racist ke Katak oi....
Reply · 6 · Like · Follow Post · 16 hours ago



Xeno Sys · Subscribe · Top Commenter · 112 subscribers

brahim ali sape yg angkat dia ni jadi pemimpin patut berasa malu.. pru13 nnt tendang dia keluar jauh2.. semak aku tgk... buat malu org melayu...
Reply · 4 · Like · 16 hours ago




Razman Rashid · Top Commenter

Si katak yg kuat sembang...,

Mula2 ingat nak cuba2 saja, tapi bila tengok duit masuk hari2 USD25, rasa syok la pulak. Join je terus dh dpt USD4.
Daftar FREE dulu disini:
http://www.stiforp.asia/wangmasuk
Reply · 1 · Like · 4 hours ago





Kamarul Azman Sapian · Top Commenter · Works at Labourer/Machine Operator

aku adalah Melayu tetapi aku sedikitpun tidak mengharap kepada perkasa untuk memperjuangkan nasib aku sebagai Melayu. Malu bagi aku untuk menyerahkan kepercayaan kepada gerombolan rasis ini
Reply · 4 · Like · Follow Post · 15 hours ago




Hazwan Mohamad · Top Commenter

Bila Melayu memperjuangkan hak-hak Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan, orang lain kata RASIS. Tapi kalau orang lain memperjuangkan hak-hak mereka dan ditentang oleh orang Melayu, mereka kata PERKAUMAN. Kita dah takut kepada orang lain nak memepertahankan Bangsa, Tanahair dan Ugama Islam disebabkan orang lain dah sedar bahawa kita telah berpecah dan tidak lagi mempunyai suara MAJORITI. Kita telah berpecah dan kaum lain telah mengambil kesempatan ini seperti menangguk di air yang keruh.
Apa kita boleh buat kerana kita semua tidak mengambil pedoman orang-orang tua yang mengingatkan kita bersatu kukuh bercerai roboh.
Sejarah Tanah Melayu sejak Pemerintahan Melaka, Kesultanan Melayu, zaman penjajahan Portugis, Belanda dan Inggeris masih berulang hingga kini. Kita tidak dapat bersatu kerana ada golongan-golongan pemimpin tertentu yang pentingkan matlamat politik masing-masing. Demi kuasa, maruah Negara, Bangsa dan Ugama kita sanggup gadaikan.
Ya Allah selamatlah tanah air ku, Bangsa ku dan Ugama ku. Berilah petunjuk dan hidayat mu kepada pemimpin sekarang agar mengusahakan penyatuan BANGSA MELAYU. Adakah itu pun RASIS.
Reply · 3 · Like · Follow Post · 15 hours ago



Mus Mashkadov · Top Commenter

Pundek la sebut pasal Melayu..Penduduk Kelantan yg 94% Melayu, Najib duk sekat royalti minyak.. ada Perkasa bising?
Reply · 10 · Like · 15 hours ago




Hazwan Mohamad · Top Commenter

Kenapa nak bising pasal royalti minyak kepada Kelantan. Syarikat Petronas, pengendali pelantar minyak, gas, petroluem dan sebagainya adalah ilham pemerintah (UMNO/BN). Kalau PAS terror sangat, punyai otak bergeligo, ciptalah syarikat setanding sendiri, dapatkan hasil untuk Negeri dan RAKYAT Kelantan dan bukannya tuntut apa yang orang lain usahakan.
Pandai-pandailah nak hidup dengan hasil usaha sendiri. Ko yang pandai ni pun perlu bagi idea kat TGNA supaya hasil mahsul Kelantan banyak.
Alright
Reply · 1 · Like · 14 hours ago




Jaqfar Selamat · Top Commenter

dah 55 tahun org melayu terpencil baru perasan ,sembang lebih jer si Berahim katak ni he he he...........
Reply · Like · 14 hours ago


View 4 more



Mus Mashkadov · Top Commenter

Perkasa bukan rasis cuma suka maki bangsa melayu, india dan cina tanpa tapisan je..
Perkasa ni kira Zionis Israel cabang Malaysia..
Reply · 2 · Like · Follow Post · 16 hours ago




David Choo · Top Commenter · Works at Self Employed (Business)

Saya setuju bahawa Perkasa bukan recist tetapi terlampau perkauman malah Ibrahim Ali dipuji diseluruh dunia kerana kemahiranya melompat macam katak...
Reply · 2 · Like · Follow Post · 15 hours ago




Azrul Iskandar Isma · Top Commenter · SMIP

??????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????.... BANYAK TANDA TANYA YANG TIMBUL BILA MANUSIA INI BERCAKAP???????????????????
Reply · 1 · Like · Follow Post · 13 hours

09 Disember, 2012

MAHATHIR SURUH UNDI CALON MATA SEPET

Mahathir kali ini minta semua ahli UMNO sokong siapa sahaja calon yang bertanding dalam PRU13 nanti tak kira lah mata sepet sebelah ke, hidung penyet ke atau siapa saja asalkan dia calon BN. Agaknya inilah calon-calon syaitan yang dikenali agaknya..haha...
Lagi satu cuba  anda baca kenyataan di bawah menunjukkan bahawa UMNO sebenarnya belum pulih lagi seperti dakwaan mereka sewaktu Perhimpunan Agung UMNO lepas.  lihat ayat ini:

"Ditanya seorang peserta dalam sesi soal jawab tersebut mengapa sehingga kini Perdana Menteri masih berteka-teki tentang tarikh pilihan raya umum, Dr. Mahathir berkata, Najib kini sedang berusaha memulihkan UMNO."

Nampak sangat Najib kini berbohong di mana saja kononnya sokongan terhadap UMNO semakin kuat berbanding dulu. Cakap tak lebih dari menyedapkan hati saja.


Sokong walau siapa calon BN


BENTONG 5 Dis. - Semua ahli UMNO diminta bersatu memberikan sokongan kepada siapa sahaja calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang walaupun yang dipilih itu daripada pemimpin parti komponen.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, selain itu, untuk mendapatkan kemenangan dua pertiga, seluruh ahli UMNO perlu merapatkan barisan dan mengelakkan perpecahan dalam parti.

"Kita (ahli UMNO) harus ingat kalau diletakkan siapa saja calon walaupun mata sepet sebelah, hidung penyet, asalkan dia calon BN, kita undi sajalah.

"Yang hendak dan perlu menang ialah parti, bukan orang. Kalau Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) menang saja pun tak guna juga sebab kita masih tidak dapat membentuk kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab dalam Majlis Bicara Tokoh di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Selepas majlis tersebut, Dr. Mahathir yang juga Presiden Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) menerima cek RM3,000 sumbangan Koperasi Felda Kemasul (RM2,000) dan Koperasi Felda Chemomoi (RM1,000) untuk Tabung Kecemasan Gaza.

Mengulas lanjut, bekas Perdana Menteri itu berkata, Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang berakhir Sabtu lalu dilihat memberikan semangat baharu kepada ahli parti.

"Apa yang saya harapkan semangat ini diterjemahkan dalam bentuk sokongan kepada parti supaya kita menang dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.

Ditanya seorang peserta dalam sesi soal jawab tersebut mengapa sehingga kini Perdana Menteri masih berteka-teki tentang tarikh pilihan raya umum, Dr. Mahathir berkata, Najib kini sedang berusaha memulihkan UMNO.

"Hal ini kerana dalam Pilihan Raya Umum 2008 ada orang yang tidak berpuas hati dengan kita dan undi parti lawan," katanya.

Beliau berkata, UMNO perlu terus mendampingi rakyat terutama orang Melayu agar BN kembali mendapat sokongan dalam pilihan raya umum nanti.

"Orang Melayu adalah kaum majoriti di negara ini, tetapi kita telah berpecah kepada UMNO, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sehingga menyebabkan kita menjadi minoriti.

"Jadi kita harap orang lain untuk menang kerana kalau semua ahli undi calon UMNO yang dipilih tetap tak boleh menang dan sebab itu perlu sokongan daripada bukan UMNO (komponen BN)," katanya.




Sokong walau siapa calon BN

Dr. Mahathir Mohamad menerima sumbangan untuk Tabung Kecemasan Gaza daripada wakil Koperasi Felda Chemomoi pada Majlis Bicara Tokoh di Felda Kemasul, Bentong, semalam. - UTUSAN/Mahathir Ali
BENTONG 5 Dis. - Semua ahli UMNO diminta bersatu memberikan sokongan kepada siapa sahaja calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang walaupun yang dipilih itu daripada pemimpin parti komponen.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, selain itu, untuk mendapatkan kemenangan dua pertiga, seluruh ahli UMNO perlu merapatkan barisan dan mengelakkan perpecahan dalam parti.
"Kita (ahli UMNO) harus ingat kalau diletakkan siapa saja calon walaupun mata sepet sebelah, hidung penyet, asalkan dia calon BN, kita undi sajalah.
"Yang hendak dan perlu menang ialah parti, bukan orang. Kalau Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) menang saja pun tak guna juga sebab kita masih tidak dapat membentuk kerajaan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab dalam Majlis Bicara Tokoh di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul di sini hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.
Selepas majlis tersebut, Dr. Mahathir yang juga Presiden Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) menerima cek RM3,000 sumbangan Koperasi Felda Kemasul (RM2,000) dan Koperasi Felda Chemomoi (RM1,000) untuk Tabung Kecemasan Gaza.
Mengulas lanjut, bekas Perdana Menteri itu berkata, Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang berakhir Sabtu lalu dilihat memberikan semangat baharu kepada ahli parti.
"Apa yang saya harapkan semangat ini diterjemahkan dalam bentuk sokongan kepada parti supaya kita menang dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.
Ditanya seorang peserta dalam sesi soal jawab tersebut mengapa sehingga kini Perdana Menteri masih berteka-teki tentang tarikh pilihan raya umum, Dr. Mahathir berkata, Najib kini sedang berusaha memulihkan UMNO.
"Hal ini kerana dalam Pilihan Raya Umum 2008 ada orang yang tidak berpuas hati dengan kita dan undi parti lawan," katanya.
Beliau berkata, UMNO perlu terus mendampingi rakyat terutama orang Melayu agar BN kembali mendapat sokongan dalam pilihan raya umum nanti.
"Orang Melayu adalah kaum majoriti di negara ini, tetapi kita telah berpecah kepada UMNO, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sehingga menyebabkan kita menjadi minoriti.
"Jadi kita harap orang lain untuk menang kerana kalau semua ahli undi calon UMNO yang dipilih tetap tak boleh menang dan sebab itu perlu sokongan daripada bukan UMNO (komponen BN)," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121206/po_01/Sokong-walau-siapa-calon-BN#ixzz2EVRAo4tr
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Ditanya seorang peserta dalam sesi soal jawab tersebut mengapa sehingga kini Perdana Menteri masih berteka-teki tentang tarikh pilihan raya umum, Dr. Mahathir berkata, Najib kini sedang berusaha memulihkan UMNO


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121206/po_01/Sokong-walau-siapa-calon-BN#ixzz2EVPMbYz3
© Utusan Melayu (M) Bhd 
Ditanya seorang peserta dalam sesi soal jawab tersebut mengapa sehingga kini Perdana Menteri masih berteka-teki tentang tarikh pilihan raya umum, Dr. Mahathir berkata, Najib kini sedang berusaha memulihkan UMNO

Ditanya seorang peserta dalam sesi soal jawab tersebut mengapa sehingga kini Perdana Menteri masih berteka-teki tentang tarikh pilihan raya umum, Dr. Mahathir berkata, Najib kini sedang berusaha memulihkan UMNO

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121206/po_01/Sokong-walau-siapa-calon-BN#ixzz2EVPMbYz3
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Ditanya seorang peserta dalam sesi soal jawab tersebut mengapa sehingga kini Perdana Menteri masih berteka-teki tentang tarikh pilihan raya umum, Dr. Mahathir berkata, Najib kini sedang berusaha memulihkan UMNO

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121206/po_01/Sokong-walau-siapa-calon-BN#ixzz2EVPMbYz3
© Utusan Melayu (M) Bhd 
Ditanya seorang peserta dalam sesi soal jawab tersebut mengapa sehingga kini Perdana Menteri masih berteka-teki tentang tarikh pilihan raya umum, Dr. Mahathir berkata, Najib kini sedang berusaha memulihkan UMNO


Ditanya seorang peserta dalam sesi soal jawab tersebut mengapa sehingga kini Perdana Menteri masih berteka-teki tentang tarikh pilihan raya umum, Dr. Mahathir berkata, Najib kini sedang berusaha memulihkan UMNO

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121206/po_01/Sokong-walau-siapa-calon-BN#ixzz2EVPMbYz3
© Utusan Melayu (M) Bhd 
Ditanya seorang peserta dalam sesi soal jawab tersebut mengapa sehingga kini Perdana Menteri masih berteka-teki tentang tarikh pilihan raya umum, Dr. Mahathir berkata, Najib kini sedang berusaha memulihkan UMNO
Ditanya seorang peserta dalam sesi soal jawab tersebut mengapa sehingga kini Perdana Menteri masih berteka-teki tentang tarikh pilihan raya umum, Dr. Mahathir berkata, Najib kini sedang berusaha memulihkan UMNO
Ditanya seorang peserta dalam sesi soal jawab tersebut mengapa sehingga kini Perdana Menteri masih berteka-teki tentang tarikh pilihan raya umum, Dr. Mahathir berkata, Najib kini sedang berusaha memulihkan UMNO

PERKASA PEKIDA KENA HALAU?

KUASA RAKYAT

LAKI BINI KENA SEPINA

kebangkitan rakyat

kebangkitan rakyat

SEJARAH TERCIPTA: ANWAR BEBAS..!!!