16 April, 2013
AHLI-AHLI UMNO SELANGOR MENGAMUK
Seperti dijangka pengumuman calon-calon BN Selangor bakal bawa malapetaka besar pada UMNO itu sendiri. Malam tadi penulis ronda-ronda sekitar Selangor, rata-rata petugas Bilik Gerakan BN mengamuk setelah mengetahui keputusan 'bocor' nama calon-calon BN. Menurut mereka ada calon yang pernah ditangkap khalwat, kini dicalonkan semula, tetapi calon yang menang bergaya pru 12 digugurkan kali ini. Malah khabarnya ada rancangan mahu demontrasi depan pejabat UMNO Selangor pagi ini. Semalam pun sudah diadakan beberapa demonstrasi kecil oleh penyokong di dun setia dan batang kali. Malah calon di Shah Alam pun dibantah. Menurut mereka calon kali ini paling teruk dalam sejarah BN Selangor.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan