Dulu orang-orang ini kutuk Perhimpunan Bersih 4 dengan macam-macam gelaran. Sekarang orang yang sama juga memuji Himpunan Merah akan datang. Ternyata pemimpin ini semakin berbelit-belit dan putar alam. Tapi apa nak dikejutkan. Selagi UMNO menjadi pilihannya, maka manusia macam ini yang dilahirkan....
14 September, 2015
03 September, 2015
PANAS..!! MUHYIDDIN YASSIN , SHAFIE AFDAL BAKAL DIPECAT ..!!
Panas... hari ini kebanyakkan facebook, whatsapp orang-orang kuat UMNO menyiarkan berita berkenaan 7 orang pemimpin utama UMNO bakal dipecat beberapa hari lagi. Menurut mereka, sumber ini diperolehi dari bilik kebal UMNO.
Berita pemecatan ini mula menjadi viral di kalangan ahli-ahli UMNO sejak pagi tadi lagi.
Tujuh pemimpin besar tersebut: Tan Sri Muhyiddin Yassin , Shafie Afdal, Mukhriz Mahathir, Aziz Sheikh Fadzir, Ahmad Said, Hamidah Osman dan Jumat Idris.

Berita lanjut menyusul.....
29 Ogos, 2015
PESERTA BERSIH SEMAKIN RAMAI
Hingga jam 1 tengahari ini, bilangan peserta Bersih yang akan berkumpul semakin ramai. Malah beberapa tempat berkumpul seperti daya bumi, Sogo serta beberapa tempat lain semakin membuak-buak kehadiran orang ramai.
Kehadiran yang ramai juga dapat disaksikan di Masjid Negara juga kerana rata-rata peserta Bersih beragama Islam hendak menunaikan dulu solat zohor.
Perkemabangan lanjut akan dilaporkan dari masa ke semasa...

semakin ramai berkumpul depan Sogo |
14 Ogos, 2015
KES KHALID IBRAHIM: PENYOKONG PUTAR BELIT CERITA?
Aduhai..pening tengok gelagat penyokong Tan sri Khalid Ibrahim menerusi talian online. Rasanya kes ini diselesaikan di luar mahkamah. Selalunya kalau selesai di luar mahkamah, maka tiadalah keputusan terciptakan.
Tapi pengikut Khalid seolah-olah tidak berpuashati dan meviralkan bahawa Khalid menang kes hari ini sedangkan dalam persetujuan bersama, Dato saifudin Nasution mesti minta maaf pada Khalid dan dalam masa yang sama, Khalid juga kena mohon maaf juga. Jadi, apa keputusannya? Kesian melihat gelagat pengikut Khalid.
Berikut kenyataan rasmi Setiausaha Keadilan :

PENYELESAIAN KES SAMAN TAN SRI KHALID IBRAHIM vs DATO' SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL dan PARTI KEADILAN RAKYAT
Kedua-dua pihak plaintif (Tan Sri Khalid Ibrahim) dan defendan-defendan (Dato' Saifuddin Nasution Ismail dan Parti Keadilan Rakyat) telah bersetuju untuk menyelesaikan kes saman plaintif di luar mahkamah.
Dato' Seri Anwar Ibrahim yang turut hadir sebagai saksi defendan telah berbincang dengan kedua-dua pihak plaintif dan defendan pagi ini. Sebagai menghormati beliau dan mengambil kira kepentingan masyarakat berlatar belakangkan kemelut politik akibat skandal melibatkan Dato' Seri Najib Razak, kedua-dua pihak bersetuju perkara-perkara berikut:
1) Tan Sri Khalid Ibrahim menarik balik saman
2) Dato' Saifuddin Nasution Ismail dan KEADILAN memohon maaf kepada Tan Sri Khalid Ibrahim
3) Tan Sri Khalid Ibrahim memohon maaf kepada Dato' Saifuddin Nasution Ismail dan KEADILAN
Persetujuan ini dimeterai dan difailkan di mahkamah seperti di dalam dokumen mahkamah yang disertakan bersama.
Bagi pihak KEADILAN, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.
RAFIZI RAMLI
Setiausaha Agung
Setiausaha Agung
12 Ogos, 2015
KEMBALI PANAS ....
Assalamualaikum... atas permintaan rakan-rakan serta penggemar blog ini, InsyaAllah...blog ini akan kembali aktif semula selepas 15hb Ogos 2015. terima kasih atas sokongan anda walaupun blog ini berhenti rehat sekian lama.
Langgan:
Catatan (Atom)