08 Mac, 2013
19 Februari, 2013
MAZIDUL BURUKKAN LAGI BLOGGER PR
Sakit hati betul agaknya Mazidul Akmal Sidik, wartawan TV3 ni dengan blogger pakatan rakyat. Hari ini menerusi facebooknya dia menghentam lagi kononnya blogger pr dapat upah bulanan dari kerajaan selangor. Apalah yang dia sakit hati sangat ni. Mazidul cuma berpandukan sebuah kertas yang mana semua orang boleh tiru. Bodoh betul Mazidul botak ni. Apakata kita ke facebook dia dan hentam dia cukup-cukup? Moh ler...
16 Februari, 2013
PANAS...DR HARON DIN KELUAR PAS HARI INI?
Kecoh puak-puak umno pagi kononnya Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato Dr Haron Din akan keluar PAS hari ini. Kita sedang menunggu berita terkini hal tersebut. Harap-harap ianya tak benar. Kita tunggu perkembangan semasa.
05 Februari, 2013
PUAK SIAL TUDUH USTAZ AZHAR MEROGOL GADIS
Sungguh biadap dan kurang ajar. Sebuah Facebook yang menggunakan nama ANTI-USTAZ AZHAR IDRUS ni link nya: http://www.facebook.com/pages/Anti-Ustaz-Azhar-Idrus/496409523735278?ref=ts&fref=tsI telah menuduh Ustaz Azhar Idrus telah merogol seorang gadis selepas ceramah di stadium Darul Makmur Kuantan baru-baru ini. Sungguh melampau tuduhan fitnah super hebat kali ini. Penulis menyeru agar semua pemilik facebook dapat block page ini dengan melaporkan pada ruangan halaman page si setan tu. Ayuh kita report ramai-ramai.
25 Januari, 2013
IBRAHIM KATAK KECUT PERUT
Haha...seperti biasa Ibrahim Ali atau lebih dikenali Ibrahim Katak mula buat pusingan u dalam kenyataannya. Sama macam Hasan Ali yang tengah gila meroyan tu. Kata Ibrahim, Kenyataannya yang suruh bakar kitab Bible telah diputar belitkan...hahaha....dasar katak pisang macam ni la. Dah nak tersepit, baru terhegeh-hegeh nak salahkan orang lain. Mulut tu selagi boleh lancang, langsung tak ingat dunia. Kata pepatah Kerana Pulut Santan Binasa, Kerana Mulut Katak Binasa.
Agaknya katak ni dah tak tenteram lagi maklumlah Pilihanraya 13 dah dekat sangat. Sekarang diibaratkan waktu kecederaan kalau dalam perlawanan bola.
Sama juga dengan Hasan ali Meroyan. Dalam satu ceramah baru-baru ini Hasan Ali cakap PAS zaman Buhanuddin Helmi bagus, zaman Yusuf Rawa, zaman Fadzil Noor semua bagus cuma bermula zaman Hadi Awang, PAS tak boleh pakai lagi. Bangang juga ya si Hasan Meroyan ni. Dia lupa zaman Hadi Awang la dia bertanding tiket PAS siap jadi exco lagi. Malah sampai sekarang dengan muka tak malu dia masih menikmati elaun wakil rakyat Gombak setia yang menang bawah tiket PAS. kesimpulannya dua anak Ali ni memang tak boleh pakai.
Isu Bible: Ibrahim dakwa kenyataan diputar belit
Ibrahim menegaskan, beliau tidak pernah berniat mahu menyinggung perasaan penganut agama Kristian, sebaliknya kenyataannya adalah menjurus kepada tindakan individu yang sebelum ini dilaporkan mengedar Bible versi bahasa Melayu yang mempunyai kalimah Allah dan tulisan jawi kepada pelajar sekolah.
Tegasnya, kelantangan beliau adalah bagi menentang tindakan melampau individu-individu tertentu yang cuba merosakkan perpaduan kaum di Malaysia.
"Ada pihak cuba memutarbelit kenyataan yang saya buat. Saya kata kita bakar Bible versi bahasa Melayu yang diedarkan di sekolah yang ada kalimah Allah dan tulisan jawi, bukannya merujuk kepada Bible yang orang Kristian gunakan sekarang.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130125/po_04/Isu-Bible-Ibrahim-dakwa-kenyataan-diputar-belit#ixzz2IwWfx1r3
© Utusan Melayu (M) Bhd
Ibrahim menegaskan, beliau tidak pernah berniat mahu menyinggung perasaan penganut agama Kristian, sebaliknya kenyataannya adalah menjurus kepada tindakan individu yang sebelum ini dilaporkan mengedar Bible versi bahasa Melayu yang mempunyai kalimah Allah dan tulisan jawi kepada pelajar sekolah.
Tegasnya, kelantangan beliau adalah bagi menentang tindakan melampau individu-individu tertentu yang cuba merosakkan perpaduan kaum di Malaysia.
"Ada pihak cuba memutarbelit kenyataan yang saya buat. Saya kata kita bakar Bible versi bahasa Melayu yang diedarkan di sekolah yang ada kalimah Allah dan tulisan jawi, bukannya merujuk kepada Bible yang orang Kristian gunakan sekarang.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130125/po_04/Isu-Bible-Ibrahim-dakwa-kenyataan-diputar-belit#ixzz2IwWfx1r3
© Utusan Melayu (M) Bhd
Agaknya katak ni dah tak tenteram lagi maklumlah Pilihanraya 13 dah dekat sangat. Sekarang diibaratkan waktu kecederaan kalau dalam perlawanan bola.
Sama juga dengan Hasan ali Meroyan. Dalam satu ceramah baru-baru ini Hasan Ali cakap PAS zaman Buhanuddin Helmi bagus, zaman Yusuf Rawa, zaman Fadzil Noor semua bagus cuma bermula zaman Hadi Awang, PAS tak boleh pakai lagi. Bangang juga ya si Hasan Meroyan ni. Dia lupa zaman Hadi Awang la dia bertanding tiket PAS siap jadi exco lagi. Malah sampai sekarang dengan muka tak malu dia masih menikmati elaun wakil rakyat Gombak setia yang menang bawah tiket PAS. kesimpulannya dua anak Ali ni memang tak boleh pakai.
Isu Bible: Ibrahim dakwa kenyataan diputar belit
KOTA BHARU 24 Jan. - Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali mendakwa kenyataannya mengenai isu Bible telah diputar belit oleh sesetengah pihak demi meraih kepentingan politik dan cuba melemahkan perjuangannya dalam mempertahankan Islam.
Ibrahim menegaskan, beliau tidak pernah berniat mahu menyinggung perasaan penganut agama Kristian, sebaliknya kenyataannya adalah menjurus kepada tindakan individu yang sebelum ini dilaporkan mengedar Bible versi bahasa Melayu yang mempunyai kalimah Allah dan tulisan jawi kepada pelajar sekolah.
Tegasnya, kelantangan beliau adalah bagi menentang tindakan melampau individu-individu tertentu yang cuba merosakkan perpaduan kaum di Malaysia.
"Ada pihak cuba memutarbelit kenyataan yang saya buat. Saya kata kita bakar Bible versi bahasa Melayu yang diedarkan di sekolah yang ada kalimah Allah dan tulisan jawi, bukannya merujuk kepada Bible yang orang Kristian gunakan sekarang.-utusan syaitan.
Isu Bible: Ibrahim dakwa kenyataan diputar belit
KOTA BHARU 24 Jan. - Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali mendakwa kenyataannya mengenai isu Bible telah diputar belit oleh sesetengah pihak demi meraih kepentingan politik dan cuba melemahkan perjuangannya dalam mempertahankan Islam.Ibrahim menegaskan, beliau tidak pernah berniat mahu menyinggung perasaan penganut agama Kristian, sebaliknya kenyataannya adalah menjurus kepada tindakan individu yang sebelum ini dilaporkan mengedar Bible versi bahasa Melayu yang mempunyai kalimah Allah dan tulisan jawi kepada pelajar sekolah.
Tegasnya, kelantangan beliau adalah bagi menentang tindakan melampau individu-individu tertentu yang cuba merosakkan perpaduan kaum di Malaysia.
"Ada pihak cuba memutarbelit kenyataan yang saya buat. Saya kata kita bakar Bible versi bahasa Melayu yang diedarkan di sekolah yang ada kalimah Allah dan tulisan jawi, bukannya merujuk kepada Bible yang orang Kristian gunakan sekarang.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130125/po_04/Isu-Bible-Ibrahim-dakwa-kenyataan-diputar-belit#ixzz2IwWfx1r3
© Utusan Melayu (M) Bhd
Isu Bible: Ibrahim dakwa kenyataan diputar belit
KOTA BHARU 24 Jan. - Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali mendakwa kenyataannya mengenai isu Bible telah diputar belit oleh sesetengah pihak demi meraih kepentingan politik dan cuba melemahkan perjuangannya dalam mempertahankan Islam.Ibrahim menegaskan, beliau tidak pernah berniat mahu menyinggung perasaan penganut agama Kristian, sebaliknya kenyataannya adalah menjurus kepada tindakan individu yang sebelum ini dilaporkan mengedar Bible versi bahasa Melayu yang mempunyai kalimah Allah dan tulisan jawi kepada pelajar sekolah.
Tegasnya, kelantangan beliau adalah bagi menentang tindakan melampau individu-individu tertentu yang cuba merosakkan perpaduan kaum di Malaysia.
"Ada pihak cuba memutarbelit kenyataan yang saya buat. Saya kata kita bakar Bible versi bahasa Melayu yang diedarkan di sekolah yang ada kalimah Allah dan tulisan jawi, bukannya merujuk kepada Bible yang orang Kristian gunakan sekarang.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130125/po_04/Isu-Bible-Ibrahim-dakwa-kenyataan-diputar-belit#ixzz2IwWfx1r3
© Utusan Melayu (M) Bhd
23 Januari, 2013
BUKTI MENTERI UMNO BENAR KALIMAH ALLAH PADA BUKAN ISLAM
Di kampung-kampung dan di kawasan tanah rancangan Felda khabarnya UMNO giat menjalankan ceramah tentang kalimah Allah. Mereka mendakwa DAP, PAS dan PKR kini persendakan Islam. Kata mereka PAS sanggup mengiyakan permintaan DAP untuk menggunakan kalimah Allah dalam kitab Bible walaupun semua sedia maklum bahawa Majlis Syura Ulama PAS sudah buat keputusan menolak penggunaan nama Allah di kalangan bukan Islam.
Tapi puak-puak UMNO ini tetap ingin menipu penduduk kampung dan penduduk Felda. Pimpinan Pakatan Rakyat jangan pandang remeh hal ini. Mesti cepat bertindak.
Keratan ini merupakan bukti paling kuat bahawa Menteri UMNO Datuk Seri Nazri aziz pernah mengeluarkan kenyataan tahun 2010 lepas bahawa Kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam di Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.
Yang ini UMNO sorokkan. Dajal betul. Harap kita semua dapat war-warkan dan sebarkan kenyataan Nazri Aziz ini agar semua rakyat dapat maklumat sebenar perangai UMNO yang suka berpura-pura.
21 Januari, 2013
GURU MELAKA PULA MANGSA POLITIK BN
Hari ini (selasa) satu perhimpunan 1 Malaysia bertema Gelombang Biru akan diadakan di MITC Melaka. Semua guru-guru di Melaka diwajibkan hadir. Ramai kalangan guru merungut. Kata mereka UMNO cakap tak serupa bikin. Bila pembangkang buat, terus kena tapi bila mereka buat, bebas sebebas bebasnya. Inilah perangai UMNO yang tak pernah berubah dari dulu kini dan selamanya. Tiada cara lain lagi bagi UMNO untuk kumpulkan orang seramai mungkin. tak lain dari cara ugut dan mewajibkan kedatangan. Inilah tanda-tanda yang sangat ketara hayat UMNO kian hampir ke penghujungnya.
18 Januari, 2013
TERKINI...NAJIB KENA BULI DI SELANGOR?
13 Januari, 2013
FACEBOOK MAZIDUL KENA SERANG
Inilah akibatnya kalau terlalu berlagak. Mulut tak reti nak jaga. Malah semua orang jadi menyampah bila saksikan beliau ke udara . Maka, tak hairan lah bila Mazidul Akmal Sidek ini menghilangkan diri bila kumpulan biker menyerang TV3 baru-baru ini.
Rupa-rupanya kejadian tersebut tidak menginsafkan lagi si Mazidul ini apabila beliau memperlekeh peserta Himpunan Rakyat kelmarin. Katanya peserta yang datang cuma sekitar 6000 orang sahaja. Berikutan itu, ramai yang mula menyerang facebook Mazidul.
Rupa-rupanya kejadian tersebut tidak menginsafkan lagi si Mazidul ini apabila beliau memperlekeh peserta Himpunan Rakyat kelmarin. Katanya peserta yang datang cuma sekitar 6000 orang sahaja. Berikutan itu, ramai yang mula menyerang facebook Mazidul.
12 Januari, 2013
Puluhan ribu tak dapat masuk stadium
Puluhan ribu peserta HKR tak dapat masuk stadium hingga 4 petang tadi kerana stadium penuh melimpah.
10 Januari, 2013
HKR HIMPUNAN KEHANCURAN ROSMAH?
Nampaknya puak-puak UMNO ni dah makin bacul dan dilanda tekanan 'ketakutan' yang amat sangat. Satu persatu mereka cuba sabotaj HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT (HKR). Utusan Malaysia yang kini sangat popular dengan panggilan Utusan Syaitan hampir setiap menukarkan tajuk HKR dengan Himpunan Shamsidar. Haha...bangang tahap gaban. Suka-suka hati je nak ubah Majlis orang lain dengan ayat sendiri. Apakata kalau kita tukar pulak perkataan HKR tu jadi Himpunan Kehancuran Rosmah ? Mesti puak-puak UMNO akan melenting dan ketika itu juak-juak penjilat dan pembodek akan muncul di balai-balai polis bagi menunjukkan taat setia yang membabi buta terhadap pimpinan mereka.
Selepas itu, puak-puak ini cuba memasang kain rentang kononnya di HKR ini nanti bendera baru Malaysia akan diperkenalkan. Kain rentang ini digantung di banyak tempat. Nampak sangat mereka semakin memperbodohkan diri sendiri. Diramalkan Utusan Syaitan akan memperbesar-besarkan benda ini walaupun mereka tahu ini kerja puak-puak jahanam mereka sendiri.
Sejak semalam banyak kain-kain rentang tentang Himpunan ini dicuri dan ndibuang oleh puak-puakn ini. Lebih-lebih lagi bila mereka menyaksikan sendiri kelulusan Stadium Merdeka yang diberi pada HKR. Mereka jadi sakit hati.
Terkini, semalam penulis sempat jumpa beberapa orang kawan dari Pemuda UMNO bahagian. Mereka mula bercerita dan mereka fitnah supaya orang percaya bahawa setiap peserta HKR dibayar RM300 tiap seorang oleh Kerajaan Negeri Selangor!!! Haha..tambah bengap mereka ini nampaknya.
Mereka terpaksa berbuat demikian kerana khuatir jumlah peserta yang akan hadir nanti sangat besar dan menggugat UMNO dan BN. Jadi, sebelum berlangsungnya HKR ini, mereka fikir lebih bagus diwarwarkan fitnah kononnya setiap peserta Himpunan dibayar RM300 tiap seorang, sebab itulah jumlah orang yang berhimpun sangat ramai.
Penulis tak pernah nampak mereka begitu 'goyang' seperti sekarang ini. Mereka sentiasa cuba fikir bagaimana nak menggagalkan himpunan rakyat ini.
Tapi bukti seluruh dunia telah menceritakan bahawa apa sahaja yang berkaitan dengan Kebangkitan Rakyat, tidak dapat dihalang. Ianya pasti berlaku!!
03 Januari, 2013
RAIS YATIM TERBELIT SENDIRI
Rais yatim cakap berbelit-belit. Sekejap macam tu. Sekejap macam ni. Dulu dia sendiri mencadangkan agar diadakan forum Amanat Hadi dengan menjemput lain-lain tokoh agama. Kemudian dua orang mufti menolak cadangan ini. Rais terkial-kial malu. Sekarang buat keputusan batalkan forum yang dia sendiri cadangkan. Nampaknya Amanat hadi benar-benar menghuru-harakan UMNO sekarang ini. Mereka fikir dengan menimbulkan semula Amanat Hadi, mereka akan mendapat keuntungan besar. Tapi kini serba tak kena. Rais sendiri mengakui Radio dan TV merupakan hak rakyat tapi dia sendiri tak menhayati kata-katanya sendiri. Rais makin gelabah nampaknya. Lain-lain pimpinan UMNO pun turut gelabah dengan isu Amanat Hadi ini. Padahal mereka yang bangkitkan nsemula setelah 30 tahun berlalu. Biasalah, bila kuasa dalam tangan, boleh buat apa saja., Korang bandingkan kenyataan Rais yatim hari ini berbanding sewaktu Rais menjadi pembangkang tahun 1990 dulu. Lihat video di bawah. Fikir-fikirkanlah...
28 Disember, 2012
ANWAR PERDANA MENTERI -S.H ALATTAS
Penulis paling berani, Syed Hussien Alattas atau S.H Alattas atau lebih mesra dipanggil Pak Habib dalam tulisan terbaru beliau menerusi blog, mengakui beliau kini telah berhenti menyerang Anwar Ibrahim. Kita semua tahu beberapa buku beliau sebelum ini memburuk-burukkan Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat dan sebagainya.
Bagaimanapun dalam tulisan paling terbaru Pak Habib, beliau mengakui, semakin banyak beliau memburuk-burukkan Anwar, semakin kuat Anwar rupanya.
"Mana lebih baik kita ‘mendoakan’ supaya Tuhan memberikan ‘hidayah’ kepada musuh-musuh politik atau minta Tuhan melaknat mereka yang kita musuhi? Jangan mengaku beriman kalau kulit saja Islam.Kata ‘sengal’ muka kerepot, kenapa nak emosi sangat bila bencikan orang sampai lebih-lebih?Rileklah bro. Cuba kita cerminkan muka kita.Satu jari menunjuk pada orang, 3 lagi tunjuk diri sendiri. Kalau Tuhan nak hapuskan Anwar, ‘kun faya kun’, hancur macam Firaun. Sebab itu saya sudah berhenti serang Anwar.Macam-macam buku saya sudah tulis, dia makin kuat.Suka hati Tuhan lah kalau dia nak jadikan Anwar Ibrahim Perdana Menteri selepas Najib; saya siapa?", tanya Pak Habib.
"Siapa Anwar Ibrahim; semua orang kenal, lebih popular dari Agung atau Perdana Menteri. Mana lebih baik: berzikir dan sebut nama Allah, berselawat ke atas Nabi SAW; pagi, petang, siang dan malam; atau mengingati nama Anwar Ibrahim yang setiap hari di TV arus perdana? Salah siapa rakyat teringat dan cinta kan Anwar Ibrahim kalau bukan media arus perdana B.N?"
"Kenapa Anwar Ibrahim saja kita heret ke mahkamah, kenapa orang yang terlibat dengan kes Altantuya bebas macam itu saja?Di mana keadilan?Sebab itu ramai yang sokong parti Keadilan dan baca akhbar Keadilan.Hishamuddin Rais telah letak ‘benchmark’ bagaimana nak jadi penulis yang berani," terang Pak Habib lagi yang kini sedang memuncak namanya menerusi buku terbaru Setan Syaitan Sultan yang menjadi kontroversi . Pak Habib juga pernah menggemparkan dengan buku Challenger: Siapa Lawan siapa yang menjadikan Musa Hitam kepanasan.
Pak Habib merupakan salah seorang penulis yang konsisten. Sentiasa muncul dengan buku-buku politik panas membara. antara buku-buku beliau sebelum ini Revoulusi Istana dan Rakyat, Lima Raja Terakhir, Talqin Untuk UMNO, Wanita takhta dan Kuasa dan banyak lagi.
Tulisan terbaru di blognya berjudul: Antara Janda Baik dan Janda Jahat: ANWAR PERDANA MENTERI
Bagaimanapun dalam tulisan paling terbaru Pak Habib, beliau mengakui, semakin banyak beliau memburuk-burukkan Anwar, semakin kuat Anwar rupanya.
"Mana lebih baik kita ‘mendoakan’ supaya Tuhan memberikan ‘hidayah’ kepada musuh-musuh politik atau minta Tuhan melaknat mereka yang kita musuhi? Jangan mengaku beriman kalau kulit saja Islam.Kata ‘sengal’ muka kerepot, kenapa nak emosi sangat bila bencikan orang sampai lebih-lebih?Rileklah bro. Cuba kita cerminkan muka kita.Satu jari menunjuk pada orang, 3 lagi tunjuk diri sendiri. Kalau Tuhan nak hapuskan Anwar, ‘kun faya kun’, hancur macam Firaun. Sebab itu saya sudah berhenti serang Anwar.Macam-macam buku saya sudah tulis, dia makin kuat.Suka hati Tuhan lah kalau dia nak jadikan Anwar Ibrahim Perdana Menteri selepas Najib; saya siapa?", tanya Pak Habib.
"Tidak ada manusia yang sempurna melainkan Nabi Muhammad SAW.Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelombang, masakan tak ada yang baik tentang manusia yang kita sudah label sebagai musuh.Sebagai contoh Anwar Ibrahim; kenapa takut dia jadi Perdana Menteri, bukankah dia TPM semasa Tun Mahathir jadi PM?Lagi pun dia di buang, bukan dia bakar jambatan seperti Rais Yatim," ujarnya lagi.
Pak Habib juga menyalahkan media BN yang setiap hari membesarkan nama Anwar menerusi laporan buruk menyebabkan orang ramai makin simpati dan suka pada Anwar Ibrahim.
"Siapa Anwar Ibrahim; semua orang kenal, lebih popular dari Agung atau Perdana Menteri. Mana lebih baik: berzikir dan sebut nama Allah, berselawat ke atas Nabi SAW; pagi, petang, siang dan malam; atau mengingati nama Anwar Ibrahim yang setiap hari di TV arus perdana? Salah siapa rakyat teringat dan cinta kan Anwar Ibrahim kalau bukan media arus perdana B.N?"
"Kenapa Anwar Ibrahim saja kita heret ke mahkamah, kenapa orang yang terlibat dengan kes Altantuya bebas macam itu saja?Di mana keadilan?Sebab itu ramai yang sokong parti Keadilan dan baca akhbar Keadilan.Hishamuddin Rais telah letak ‘benchmark’ bagaimana nak jadi penulis yang berani," terang Pak Habib lagi yang kini sedang memuncak namanya menerusi buku terbaru Setan Syaitan Sultan yang menjadi kontroversi . Pak Habib juga pernah menggemparkan dengan buku Challenger: Siapa Lawan siapa yang menjadikan Musa Hitam kepanasan.
Pak Habib merupakan salah seorang penulis yang konsisten. Sentiasa muncul dengan buku-buku politik panas membara. antara buku-buku beliau sebelum ini Revoulusi Istana dan Rakyat, Lima Raja Terakhir, Talqin Untuk UMNO, Wanita takhta dan Kuasa dan banyak lagi.
Tulisan terbaru di blognya berjudul: Antara Janda Baik dan Janda Jahat: ANWAR PERDANA MENTERI
27 Disember, 2012
ANDA MUNGKIN MENJADI MANGSA....
PENDEDAHAN INI MUNGKIN MENGELAKKAN PEMBACA DARIPADA DIPERDAYA
Beberapa hari selepas menukilkan entri ini, saya dihubungi oleh wanita melalui private message Facebook dan memperkenalkan dirinya sebagai 'Elis', 26 tahun.
Saya kemudian menemuinya pada jam 4 petang semalam di Kuala Lumpur.
"Saya mula bekerja di agensi telemarketing, sebagai kerani
pentadbiran kira-kira dua tahun lalu dan kemudian berhenti kerana agensi
terbabit tidak membayar gaji saya. Ruang pejabat di tingkat dua
dibahagikan kepada banyak partition diduduki telemarketer
bertugas menghubungi pemegang kad kredit dan kad debit
menggunakan telefon. Jumlah mereka mencecah lebih empat puluh orang,
majoriti berbangsa Melayu dan India, tiada Cina. Lebih menarik,
kebanyakkan mereka graduan institusi pengajian tinggi atau individu
biasa tetapi mempunyai kemahiran bercakap secara berkesan. Sepanjang tempoh latihan seminggu, pihak pengurusan agensi memberikan bakal telemarketer
skrip sebagai rujukan untuk membuat panggilan dan kaedah menjawab
soalan untuk dihafal. Antara pengisian utama modul, cara untuk
menyakinkan pelanggan agar akhirnya bersetuju mendedahkan tiga nombor
kod di belakang kredit kad dan debit mereka atau lebih dikenali sebagai security code bank," kata anak kelahiran Johor itu saya temui di restoran mamak.
"Baik, ini kad kredit. Nombor manakah awak maksudkan?," soal saya.
Elis kemudian spontan mengangkat kad kredit saya letakkan di atas meja.
"Nombor di belakang kad ini, di sebelah kanan tandatangan pemilik. Nombor tiga digit ini amat penting kepada telemarketer," responnya.
Saya mendengar dengan teliti sambil merakamkan kenyataan Elis menggunakan perakam suara jenis Sony.
"Sewaktu membuat panggilan, kami mulakan dengan kenyataan standard.
Assalamulaikum encik! Saya Elis daripada bank A dan bekerjasama dengan
syarikat insuran B untuk menawarkan skim insuran kepada pemegang kad
kredit. Memang semua telemarketer tidak menggunakan nama sebenar.
Kemudian kami sambung ... nama encik, Mazidul Akmal Sidik, terlebih
dahulu saya ingin membuat semakan nombor kad pengenalan encik, 670319
..... Betul? Pemilik kad lazimnya berkata 'ya' kerana kami memang
dibekalkan semua perincian peribadi bakal mangsa seperti alamat, alamat
rumah, nama pewaris dan termasuk nombor kad kredit visa dan mastercard
mereka," jelas Elis.
"Kemudian?," celah saya.
Ternyata wanita itu amat petah berkomunikasi.
"Kemudian kita cakap, baiklah encik, sekarang saya ingin mengesahkan
nombor kad kredit visa encik. Katalah 6080-0978-0800, bolehkah encik
tolong bacakan tiga nombor di belakang kad, bersebelahan tandatangan?
Sebenarnya ramai tidak mengetahui itu security code bank. Kami sengaja bertanya walhal selalunya kami memang mempunyai maklumat itu tersenarai," katanya.
"Kalau sudah memiliki nombor kad kredit dan security code mengapakah awak harus bertanya kepada pemilik kad?," tanya saya keraguan.
"Itu memang syarat ditetapkan oleh agensi. Sebelum itu saya terangkan
kepada dia, skim insuran ditawarkan mengenakan bayaran RM399 untuk
setahun. Apapun, ayat terakhir setiap telemarketer lebih kurang
sama sahaja, jadi encik bersetuju kami akan cajkan RM399 ke akaun kad
kredit encik? Penolakan amaun itu akan bermula pada awal bulan hadapan
dan kami kemudian akan menghantarkan sijil insuran kepada encik. Kami
mesti menunggu sehingga dia berkata, saya bersetuju atau ok terlebih
dahulu, sebelum nombor kad kredit dan security code digunakan
untuk tujuan pembayaran. Biarpun pada awalnya kami memaklumkan dia
penolakan bermula pada bulan hadapan, sebenarnya kami akan caj kad
kredit dia, pada hari sama. Setiap telemarketer dimestikan membuat minimum dua sale sehari. Setiap pemilik kad bersetuju dengan transaksi terbabit, telemarketer meraih komisyen RM100 manakala syarikat mengaut keuntungan berbekalkan modal air liur, RM299," ujar Elis.
"Sebenarnya wujudkah hubungan di antara agensi, bank serta syarikat
insuran itu? Sijil insuran itu datang dari mana pula?," tanya saya
sekaligus.
"Tidak! Itu semua penipuan! Sijil dijanjikan kepada mangsa dicetak
sendiri di pejabat. Bertujuan mengelakkan pemilik kad datang menyerang,
kami sedaya-upaya cuba untuk tidak akan memberikan alamat lengkap kepada
mereka. Manakala nombor telefon digunakan oleh telemarketer bukan nombor talian tetap tetapi nombor telefon bimbit seperti 019, 017, 014 atau private number," jelas Elis.
Kata Elis, purata bil telefon bulanan mencecah RM10,000 namun itu hanya
sekelumit berbanding jumlah keuntungan diperolehi oleh pengusaha agensi.
Tambah bekas pekerja agensi penipuan itu, majoriti mangsa mereka, pengguna baru kad kredit atau kad debit.
Elis bekerja di antara jam 10 pagi dan 6 petang setiap hari dan
diberikan senarai ratusan data perbankan pemilik kad untuk dihubungi.
"Semua individu kami telefon itu tidak semestinya memberikan layanan baik. Kebanyakkannya kami attack pengguna
kad kredit baru kerana mereka tidak begitu arif mengenai transaksi kad
kredit jauh sekali kegiatan sindiket penipuan. Tambahan pula barangkali
sebilangan bank gagal memperingatkan pelanggan agar tidak mendedahkan security code kad
kredit atau debit melalui panggilan telefon. Beberapa individu kami
hubungi, acapkali melontarkan soalan, kalau benar awak daripada bank,
mengapakah perlu bertanya dan mendapatkan security code kad
kredit saya? Kami akan balas dengan kenyataan, kami ingin membuat
pengesahan, betulkah encik pemegang sah kad kredit itu? Itu trick digunakan," responnya.
Menurut Elis, pengusaha agensi penipuan sebegitu meraih keuntungan
ribuan ringgit setiap sehari. Tidak hairan jika mereka hidup
senang-lenang dan memandu kereta mewah. Agensi terbabit lazimnya hanya
beroperasi kurang setahun di pejabat sama sebelum berpindah ke lokasi
lain dan sekaligus menukar nombor telefon untuk menjalankan kegiatan
sama.
Di bawah, gambar bekas pejabat Elis.
Kini pejabat di tingkat satu dan dua terbabit telah ditinggalkan.
"Tingkat dua tempat telemarketer beroperasi manakala tingkat satu
bekas pejabat kakitangan pentadbiran termasuk bos. Tiada papan tanda
syarikat dipaparkan dan selalunya semua tingkap ditutupi tirai. Pejabat
tempat saya bekerja dahulu, pernah diserbu oleh kakitangan Suruhanjaya
Syarikat Malaysia. Sewaktu kejadian itu telemarketer diarahkan
keluar dari pejabat. Ada sekali, wakil syarikat insuran datang ke
pejabat secara mengejut. Mungkin berikutan terdapat aduan mengatakan
agensi kami menggunakan nama syarikat itu secara tidak sah untuk
memperdayakan orang ramai," katanya.
"Semasa awak bekerja, berapakah jumlah sale sehari?," soal saya.
"Satu atau dua sale sahaja SEBULAN sebab saya bekerja sebagai kerani pengurusan dan cuma sesekali diarahkan bertugas sebagai telemarketer. Pekerja lain? Mereka memang seronok. Contohnya, andai telemarketer mampu menipu purata enam orang pemegang kad kredit baru, pendapatan harian mereka mencecah RM600 Kalau telemarketer tidak membuat sale langsung, mereka akan dibuang kerja. Kaedah digunakan oleh agensi, mudah. Bayar sahaja gaji pokok telemarketer tidak perform separuh
atau jangan membayar langsung. Maka pekerja itu tidak akan mampu
bertahan dan dengan sendirinya terpaksa berhenti," kongsi wanita itu.
Gaji pokok telemarketer, di antara RM800 dan RM1,500 sebulan dan majoriti pekerja, wanita.
"Adakah selama waktu bekerja, awak tahu agensi terbabit menipu ramai orang?," tanya saya lagi tanpa jemu.
"Saya tahu, sebab itu saya tidak suka membuat sale. Saya juga pernah berbual bersama kawan, bekerja sebagai marketer.
Dia sudah berkeluarga dan mempunyai anak. Saya bertanya kepada dia,
sampai bilakah awak hendak memberikan anak makan duit hasil penipuan?,"
balasnya.
Saya kemudian mengemukakan soalan berikut.
"Pernah terdengar rungutan di kalangan telemarketer? Mungkin mereka tertekan kerana terpaksa membuat terlalu banyak panggilan sehari?"
"Pernah! Namun kakitangan pihak pengurusan amat bijak memainkan peranan mereka. Untuk mengalihkan pandangan dan tumpuan telemarketer,
mereka mengajak kami makan dan berkata, hari ini awak semua tidak
perlu membuat panggilan, kita semua boleh berehat. Mereka juga membuat
pekerja gembira menggunakan elemen kejutan. Baiklah, minggu ini kita
akan pergi melancong ke Melaka! Semua kos dibiayai sepenuhnya oleh
agensi. Di samping itu, pakej insentif berkumpulan juga ditawarkan
kepada telemarketer. Contohnya, jika sale mencecah
sasaran, 60 sehari, pakej pelancongan lebih istimewa ditawarkan kepada
mereka. Bagaimanapun melalui pengalaman saya, purata tempoh telemarketer bekerja di agensi itu hanya di antara lima dan enam bulan sahaja," kata Elis.
"Adakah semua telemarketer menyedari mereka bekerja di agensi menipu orang ramai?," soal saya.
"Tidak semua. Saya lebih banyak tahu kerana bekerja sebagai kerani
pengurusan tetapi itupun atas tujuan mencari rezeki, terpaksalah. Telemarketer
tidak tahu langsung berhubung keuntungan ditangguk oleh agensi apatah
lagi status nama bank dan syarikat insuran mereka gunakan untuk
memperdaya pemegang kad kredit dan debit sewaktu menjalankan tugas.
Pihak pengurusan terlebih dahulu memaklum dan menyakinkan telemarketer, operasi dijalankan itu kononnya sah dan dokumen peribadi pemilik kad dibekalkan oleh pihak bank," ujar Elis.
Tambah Elis, kebanyakkan telemarketer, pemegang diploma dan
ijazah. Justeru mereka mampu berkomunikasi dalam dwi bahasa, bahasa
Melayu dan Inggeris tatkala berkomunikasi dengan bakal mangsa.
"Kalau betul betul bekerja berbekalkan mulut manis, daya pujuk dan
telinga tebal, mereka boleh meraih pendapatan bulanan di antara RM3,000
dan RM4,000. Andai kata bakal mangsa marah, telemarketer harus
bersikap sabar kerana kakitangan pengurusan berkata, penjawab panggilan
bukan berada di hadapan awak. Jadi, mengapakah awak harus berasa takut?
Semua bertugas di pejabat agensi sama dilatih untuk menjawab pelbagai
soalan dilontarkan oleh pemegang kad kredit dan debit, kekadang
dihubungi berulang kali menggunakan teknik dicetak sebagai panduan.
Adakalanya bakal mangsa bertindak bijak. Mereka memberikan alasan
kononnya sedang bermesyuarat dan meminta untuk dihubungi kemudian dan
selepas itu tidak akan melayan panggilan kami. Hanya mereka bersikap
lalai sahaja terpedaya," kongsi Elis.
Jika kini tiba-tiba dihubungi telemarketer, apakah respon awak? Soalan itu saya lontarkan kepada wanita hanya meminum teh 'O' ais limau ketika saya temui.
"Saya pernah bekerja seperti kamu sebelum ini dan kamu tidak perlu menipu saya sebab kamu cuma ingin mendapatkan security code tiga digit itu, kan? Terima kasih," balasnya yakin.
Elis turut membawa saya ke lokasi agensi dipercayai masih beroperasi.
"Berikan saya tiga bank seringkali data peribadi pelanggan mereka
diperolehi oleh agensi secara mudah," soal saya dengan debaran.
"M....., R..... dan C.... Itu bank paling popular dan mangsa sebelum
ini, ramai pelanggan institusi kewangan terbabit," responnya tanpa
kelihatan teragak-agak.
"Soalan terakhir, adakah senarai nama dan maklumat perbankan peribadi
individu menjadi mangsa atau tidak, dibekalkan oleh kakitangan syarikat
telekomunikasi atau ...?," tanya saya.
Memang saya membiarkan soalan itu tergantung.
"Sekali, saya dan kakitangan pengurusan agensi pernah bertemu dengan
lelaki mendakwa kakitangan bank. Kami bertemu di restoran mamak. Dia
menyerahkan senarai kira-kira 200 nama, lengkap beserta data peribadi
perbankan pelanggan dalam bentuk pen drive. Setiap satu data
dijual dengan harga di antara RM1 dan RM1.50. Apapun pastinya bukan
semua kakitangan institusi perbankan terbabit," jelas Elis.
"Wow! Semurah itu?
Saya terkejut.
"Ya dan lazimnya dalam tempoh dua minggu, secara rutin agensi akan
membeli senarai data lain pula, dibekalkan individu sama atau berbeza.
Melalui pengalaman, saya boleh mengesahkan, syarikat telekomunikasi
tidak terbabit dalam sindiket penipuan ini," balasnya.
NOTA
Perkataan 'telemarketer' dalam entri ini secara spesifik HANYA
merujuk kepada pekerja di bekas agensi Elis pernah bertugas sekaligus
BUKAN ditujukan kepada SEMUA telemarketer di seluruh negara.
Justeru telemarketer lain, tidak terbabit dengan kegiatan penipuan, usah terasa mahupun melenting.
SILA SEBARKAN KANDUNGAN ENTRI INI DI FACEBOOK, BLOG DAN TWITTER UNTUK MEMPERTINGKATKAN KESEDARAN MASYARAKAT AGAR TIDAK KERUGIAN AKIBAT DIPERDAYA.
SILA SEBARKAN KANDUNGAN ENTRI INI DI FACEBOOK, BLOG DAN TWITTER UNTUK MEMPERTINGKATKAN KESEDARAN MASYARAKAT AGAR TIDAK KERUGIAN AKIBAT DIPERDAYA.
21 Disember, 2012
TERKINI....NAJIB UMUMKAN TARIKH PRU 13
TERKINI...Dato Najib sebentar tadi menerusi Buletin Utama TV3 tidak menolak kemungkinan pilihanraya umum 13 akan diadakan sebelum Tahun Baru Cina. Rasanya ini kali pertama Najib keluarkan statement demikian. Malah beliau nyatakan dalam riak wajah yang agak serius sambil memberitahu BN telah siap sepenuhnya senarai calon BN. Ayuh teman-teman....perang sudah bermula. (anda boleh lihat lagi kenyataan Najib di dalam berita inggeris TV3 jam 12 malam ini)
TOK GURU TERUS DIFITNAH
Berat dah puak-puak UMNO ni. Nampak sangat dah tak ada modal dan terdesak sangat!!! Selepas kes Amanat Haji Hadi ditimbulkan, kini blogger UMNO yang tak tahu dosa pahala telah membuat fitnah besar pada Tok Guru Nik Aziz. Astaghfirullah... samapai macam ni sekali finah puak-puak ni. Penulis rasa banyak lagi fitnah baru akan muncul selepas ini dicipta oleh puak yang bakal hilang kuasa ini. Kita tengok dan lihat nanti....KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan pendedahan sebuah blog yang menuduh beliau melakukan rasuah pada tahun 2008 melibatkan habuan tanah bernilai lebih RM30 juta.
Nik Abdul Aziz menegaskan kenyataan tersebut adalah tidak benar sama sekali dan disifatkan sebagai fitnah yang dilemparkan terhadap diri beliau semata-mata.
Sehubungan itu, beliau yang juga Mursyidul Am Pas mengarahkan pegawainya mempertimbangkan perkara tersebut untuk dibawa ke mahkamah.
"Saya sudah baca laporan yang dibuat dalam akhbar mengenai tuduhan kepada saya mengenai rasuah tanah dan semuanya sekali. Sebenarnya benda ini fitnah.
"Saya harap pegawai saya mempertimbangkan semua untuk ke mahkamah dan mudah-mudahan ALLAH menjelaskan perkara yang sebenar," katanya kepada media ketika ditemui di JKR 10 di sini, semalam.
Beliau berkata demikian mengulas pendedahan sebuah blog yang mendakwanya menawarkan tanah seluas 4,259.9 hektar di Relai, Chiku, Gua Musang kepada Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Setiausaha, Nga Kor Ming untuk menerima wakil Pas, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak pada 2008.
Terdahulu beliau menerima kunjungan daripada 60 anak-anak Kelantan yang berada di Sabah.
Laporan blog itu mendakwa tawaran tanah bernilai lebih RM30 juta itu berlaku ketika pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).
Mengulas lanjut tuduhan tersebut Nik Aziz memberitahu dakwaan salah guna kuasa terhadap beliau itu dilakukan oleh orang-orang yang jahat.
"Kerja memfitnah ini dilakukan oleh orang jahat. Kerja orang yang jahat ini adalah mereka yang memuja nafsu dan bukannya puja ALLAH SWT.
"Sebab itu saya sebut kalau berita yang dikeluarkan oleh akhbar terbabit kita kena berhati-hati,"
katanya.
17 Disember, 2012
IBRAHIM ALI KENA LAGI...
Big Boss Sinar Harian BANTAI Ibrahim Ali..

SHAH ALAM - Sinar Harian tidak akan melayan kenyataan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang mendakwa akhbar ini sebagai memecah-belahkan hubungan kaum, kata Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub (gambar).
Menyifatkan Ahli Parlimen Pasir Mas itu sebagai individu yang sudah tidak relevan dalam politik di negara, Hussamuddin berkata, beliau yakin rakyat Malaysia juga sudah muak dengan kenyataan retorik beliau.
"Pembaca juga tahu konsep Sinar Harian yang telus dan tulus tanpa memihak kepada mana-mana individu atau kelompok tertentu," katanya, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ibrahim dalam akhbar perdana semalam bahawa beliau 'jelik' dengan laporan Sinar Harian dan sebuah portal web kerana didakwa menyiarkan hanya sebahagian kenyataannya sehingga dilihat seolah-olah menghina kaum lain.
Ibrahim dilapor berkata demikian semasa menggulung perbahasan Perhimpunan Agung Tahunan Perkasa Ketiga, kelmarin.
Untuk rekod, pada 2009, Sinar Harian diiktiraf media yang memupuk semangat perpaduan apabila menerima Anugerah Kalung Perpaduan 2009. ~sinar
15 Disember, 2012
IBRAHIM ALI TERUK KENA KUTUK


Kitakan Geng · Top Commenter · UiTM Shah Alam
aku percaya bro ahlinya 300k dan lebih...tak percaya engkau tengok parit2 atau longkang dan sg2...tambah2 musim hujan sekarang... kuat bunyinya...
Reply · Like · 2 hours ago

Md Yusoff Othman · Top Commenter · Universiti Malaya
kalau dah ada org yg berjuang utk melayu biarkanlah, ini soal bangsa bukan soal peribadi jgn masalah peribadi jadi isu, kalau dia lompat 10 kali pun biarlah, awat tak ada org lain lompat2 juga, kalau dah tak setuju terutamanya awak seorang melayu diam sajalah.apa yg awak buat untuk melayu? kalau awak disebelah pihak lawan , itu tak kisah tapi jaga kepentingan melayu jqn jadi menang sorak kampong tergadai.bangsa asing di negara lebih licik dari kita..hati2 semua ni.
Reply · 2 · Like · Follow Post · 15 hours ago

Ahmad Sidry Hussin · Subscribe · Top Commenter · Founder, CEO at SINAR INSPIRASI NIAGA SENDIRIAN BERHAD · 844 subscribers
pastu apa yg awak dah buat utk melayu?.. buka perniagaan besar2 lawan cina?
Reply · 1 · Like · 14 hours ago

Skypin Jj · Top Commenter · Sekolah menengah mahmud mahyidin
Apa yg berahim ali buat untuk melayu ialah. bina patung burung besar dan arak dari rantau panjang ke istana kelantan. di depan sultan kelantan di berucap berapi memuji mahathir muhammad dan tidak pula memuji sultan. arak patung burung tu aku rasa mcm adat jahiliyah sahaja.
Reply · Like · 13 hours ago

Hazwan Mohamad · Top Commenter
Ahmad Sidry Hussin
Jangan tanya apa yang orang lain buat untuk bangsa tetapi tanyalah apa yang kita sendiri buat demi bangsa? Sumbangan sendiri ada tanya ke?
Reply · Like · 6 hours ago

Citacitarasa Muo Ledang · Top Commenter · Pengarah Urusan at Hanwar & hazali sdn.bhd
aku x akan percaya brahim ini masih perkasa, jangan kata ramai- ramai Orang Melayu x faham- faham ..... tapi dia { brahim } ni faham x cakap Melayu ????.... sebab, Tun Mahathir pun pernah berkata " MELAYU MUDAH LUPA " ...... Selami dahulu maksud SERIBU BAHASA yang tersirat yang pernah MANTAN PM berkata- kata ..... " HANYA WAWASAN 2020 KITA SEMUA NANTIKAN " ... ini bukan kerana permusuhan antara kita semua Melayu sesama MELAYU, tapi " MINDA " kita semua kena dibuka seluas-luasnya kepada semua " MELAYU " tidak kira pada sesiapa pun kita yang sebangsa dan beragama ISLAM, ISLAM itu untuk semua ...... >> SEDARLAH PADA USIA YANG KITA MILIKI <<> ingatlah kepada pesan " BAGINDA NABI SAW " .... setiap permusuhan itu banyak merugikan kehidupan kita sesama MANUSIA ...... ingatlah pada 3 perkara yang menjadi pesan terakhir Nabi SAW sewaktu kewafatnya sudah tiba, umatku, umatku & UMATKU ...... amin3 ......
Reply · 1 · Like · Follow Post · 9 hours ago

Johan Ariff · Subscribe · Ampang, Kuala Lumpur · 133 subscribers
Biar benar 300k ahlinya hahahaha.....Sembang bolehlah bro..
Reply · 9 · Like · Follow Post · 16 hours ago

Iman Hafiz · Top Commenter · Tauke Syarikat at Sendiri bisnes
Betul le bro 300K... katak sekali bertelur kan beribu-ribu ...kah kah kah...
Reply · 11 · Like · 16 hours ago

Side Alyahya · Top Commenter · SMA Al-Khairiah, Temerloh
hahahaha,,tepi parit,longkang besar,ayaq caq..ramai ahli dia..rais pon tak larat nk bilang
Reply · 1 · Like · 16 hours ago

Abie Piea · Top Commenter
Siapalah yg sudi nak dengar katak semput ni. Time musim hujan ni bunyi katak2 yg ada pun tak larat nak dengar..
Reply · 3 · Like · 14 hours ago
View 4 more

Ram Kumar · Top Commenter · Sales Strategist Executive at LINACO GROUP OF COMPANIES
Orang Cina sekarang ini mereka bermain dengan sentimen politik, mereka lupa bahawa di Malaysia mereka bagaikan syurga, kalau huru-hara macam mana? Macam peristiwa 13 Mei, mereka tak boleh teruskan perniagaan, kita pun tak nak perkara itu berlaku, kita nak supaya ia mungkin 20, 30 atau 40 tahun atau 50 usaha sasaran itu mesti dicapai, sehingga hal ini berlaku keseimbangan dalam ekonomi.
Ini bukan statement racist ke Katak oi....
Reply · 6 · Like · Follow Post · 16 hours ago

Xeno Sys · Subscribe · Top Commenter · 112 subscribers
brahim ali sape yg angkat dia ni jadi pemimpin patut berasa malu.. pru13 nnt tendang dia keluar jauh2.. semak aku tgk... buat malu org melayu...
Reply · 4 · Like · 16 hours ago

Razman Rashid · Top Commenter
Si katak yg kuat sembang...,
Mula2 ingat nak cuba2 saja, tapi bila tengok duit masuk hari2 USD25, rasa syok la pulak. Join je terus dh dpt USD4.
Daftar FREE dulu disini:
http://www.stiforp.asia/wangmasuk
Reply · 1 · Like · 4 hours ago

Kamarul Azman Sapian · Top Commenter · Works at Labourer/Machine Operator
aku adalah Melayu tetapi aku sedikitpun tidak mengharap kepada perkasa untuk memperjuangkan nasib aku sebagai Melayu. Malu bagi aku untuk menyerahkan kepercayaan kepada gerombolan rasis ini
Reply · 4 · Like · Follow Post · 15 hours ago

Hazwan Mohamad · Top Commenter
Bila Melayu memperjuangkan hak-hak Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan, orang lain kata RASIS. Tapi kalau orang lain memperjuangkan hak-hak mereka dan ditentang oleh orang Melayu, mereka kata PERKAUMAN. Kita dah takut kepada orang lain nak memepertahankan Bangsa, Tanahair dan Ugama Islam disebabkan orang lain dah sedar bahawa kita telah berpecah dan tidak lagi mempunyai suara MAJORITI. Kita telah berpecah dan kaum lain telah mengambil kesempatan ini seperti menangguk di air yang keruh.
Apa kita boleh buat kerana kita semua tidak mengambil pedoman orang-orang tua yang mengingatkan kita bersatu kukuh bercerai roboh.
Sejarah Tanah Melayu sejak Pemerintahan Melaka, Kesultanan Melayu, zaman penjajahan Portugis, Belanda dan Inggeris masih berulang hingga kini. Kita tidak dapat bersatu kerana ada golongan-golongan pemimpin tertentu yang pentingkan matlamat politik masing-masing. Demi kuasa, maruah Negara, Bangsa dan Ugama kita sanggup gadaikan.
Ya Allah selamatlah tanah air ku, Bangsa ku dan Ugama ku. Berilah petunjuk dan hidayat mu kepada pemimpin sekarang agar mengusahakan penyatuan BANGSA MELAYU. Adakah itu pun RASIS.
Reply · 3 · Like · Follow Post · 15 hours ago

Mus Mashkadov · Top Commenter
Pundek la sebut pasal Melayu..Penduduk Kelantan yg 94% Melayu, Najib duk sekat royalti minyak.. ada Perkasa bising?
Reply · 10 · Like · 15 hours ago

Hazwan Mohamad · Top Commenter
Kenapa nak bising pasal royalti minyak kepada Kelantan. Syarikat Petronas, pengendali pelantar minyak, gas, petroluem dan sebagainya adalah ilham pemerintah (UMNO/BN). Kalau PAS terror sangat, punyai otak bergeligo, ciptalah syarikat setanding sendiri, dapatkan hasil untuk Negeri dan RAKYAT Kelantan dan bukannya tuntut apa yang orang lain usahakan.
Pandai-pandailah nak hidup dengan hasil usaha sendiri. Ko yang pandai ni pun perlu bagi idea kat TGNA supaya hasil mahsul Kelantan banyak.
Alright
Reply · 1 · Like · 14 hours ago

Jaqfar Selamat · Top Commenter
dah 55 tahun org melayu terpencil baru perasan ,sembang lebih jer si Berahim katak ni he he he...........
Reply · Like · 14 hours ago
View 4 more

Mus Mashkadov · Top Commenter
Perkasa bukan rasis cuma suka maki bangsa melayu, india dan cina tanpa tapisan je..
Perkasa ni kira Zionis Israel cabang Malaysia..
Reply · 2 · Like · Follow Post · 16 hours ago

David Choo · Top Commenter · Works at Self Employed (Business)
Saya setuju bahawa Perkasa bukan recist tetapi terlampau perkauman malah Ibrahim Ali dipuji diseluruh dunia kerana kemahiranya melompat macam katak...
Reply · 2 · Like · Follow Post · 15 hours ago

Azrul Iskandar Isma · Top Commenter · SMIP
??????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????.... BANYAK TANDA TANYA YANG TIMBUL BILA MANUSIA INI BERCAKAP???????????????????
Reply · 1 · Like · Follow Post · 13 hours
Langgan:
Catatan (Atom)
PERKASA PEKIDA KENA HALAU?
KUASA RAKYAT
LAKI BINI KENA SEPINA
kebangkitan rakyat



































