rakan-rakan blog ini

PRODUK UNTUK PENGANTIN LELAKI

.

.
Info : Blog ini baru sahaja diaktifkan secara rasmi 15hb Ogos 2010 yang lalu. Penulis merupakan seorang bekas wartawan yang pernah bertugas dibeberapa akhbar tanahair. Lebih 20 tahun bertugas sebagai wartawan sebelum ini. Jadi, menyedari betapa pentingnya kebenaran itu ditegakkan, Penulis membuat keputusan menulis secara aktif di blog ini. Semoga Allah memberkati niat baik saya ini

Halaman

22 Januari, 2011

MB JOHOR HINA ISLAM DEPAN ORANG CINA?


Negara Islam satu malapetaka kata MB Johor

Inilah wajah pemimpin UMNO, di depan orang-orang Melayu, pemimpin UMNO kata PAS tidak akan mendirikan negara Islam kerana sudah berkawan dengan Parti DAP. Tapi bila di hadapan orang-orang bukan Islam, pemimpin UMNO menakut-nakutkan orang bukan Islam, dan mengatakan PAS akan mendirikan negara Islam pula.

Menteri Besar Johor, Dato Ghani Osman, di dalam ucapannya di hadapan pengundi bukan Islam sempena hari Thaipusam malam semalam memberi amaran bahawa mengundi PAS adalah satu malapetaka kerana PAS akan mendirikan negara Islam sekaligus mengubah cara hidup orang-orang bukan Islam [Malaysiakini].



Inilah dalang penentang Islam yang sebenar, yang hanya mementingkan kuasa politik dengan memainkan sentimen Agama. Sepatutnya sebagai seorang pemimpin, Ghani Osman menggunakan kuasa yang ada serta kebijaksanaannya mendekatkan orang bukan Islam kepada Islam. Namun apa yang terjadi adalah sebaliknya, beliau pula yang menghina Negara Islam, sambil membayangkan Negara Islam sebagai malapetaka.

Tidak hairanlah kalau orang bukan Islam sewenang-wenangnya menghina Islam, memperlekeh dan membantah azan, menuduh Islam mencabul hak asasi, malah menganggap Islam sebagai agama yang membawa kepada kemunduran. Mereka bukan sahaja tidak diberi pemahaman tentang Islam, malah ditakut-takutkan oleh pemimpin-pemimpin yang mengaku memperjuangkan Islam.

Anda lihat dan nilailah sendiri, inikah pemimpin yang boleh diharapkan untuk membela Islam? Demi kuasa politik dunia, imej Islam diburuk-burukkan di hadapan orang-orang bukan Islam. Negara Islam dihina sebagai malapetaka di depan mata anda! Anda setuju dengan kenyataan ini? Sanggup bersetongkol dengan pemimpin seperti ini? Terpulang kepada anda untuk memilih!

MB Johor beri amaran, PAS akan potong tangan pencuri!

Sama ada anda percaya atau tidak, namun inilah wajah sebenar pemimpin UMNO yang memperlekeh dan mempersenda hukum Allah. Menteri Besar Johor, Ghani Othman memberi amaran kepada para pengundi di DUN Tenang supaya jangan mengundi calon PAS, jika tidak "Parti Islam itu akan memotong tangan anda jika mencuri" [Malaysia Chronicle].

Dalam kempennya yang disiarkan di dalam bahasa Inggeris di portal Malaysia Chronicle, beliau berkata seperti berikut,

“What will happen when PAS comes to power? PAS already came to the Felda areas, saying that they want to form an Islamic state. They say they want laws to chop off your hands for stealing. That is the content of their campaign with the Malays in Chemplak in Tenang,”

Terjemahan:

"Apa akan jadi bila PAS mendapat kuasa? PAS kini sudah sampai ke kawasan-kawasan FELDA, mereka kata mahu menubuhkan Negara Islam. Mereka kata mahukan undang-undang yang akan memotong tangan kamu jika mencuri. Inilah isi kandungan kempen mereka di hadapan Orang Melayu Chempelak di Tenang,"


Seorang pemimpin yang mengaku memperjuangkan Islam yang sepatutnya memberikan pemahaman kepada orang bukan Islam tentang kebaikkan dan keindahan Hukum Islam, sebaliknya bertindak menakut-nakutkan orang bukan Islam dan mengelirukan mereka.

Sekali lagi "Akhirat dijual demi kuasa politik di dunia"

Tergamak menteri ini memburuk-burukkan Islam di hadapan orang-orang bukan Islam, di manakah rasa cinta dan imannya terhadap Agama Allah? Adakah hukum 'hudud' yang telah ditetapkan di dalam Al-Quran hanya layak dijadikan bahan untuk diperlekeh dan dipersendakan?

Secara peribadi, ReJaM© benar-benar terkejut dengan kenyataan ini, apabila ia keluar dari mulut seorang pemimpin yang beragama Islam. Menolak satu ayat sahaja dari Al-Quran sudah dihukum sebagai orang yang ingkar dan kafir, bagaimana pula hukum mempersenda dan menakut-nakutkan manusia lain dengan cara ini?

Sanggupkah anda sebagai seorang Islam yang cintakan Agama Allah ini bersekongkol dengan pemimpin seperti ini? Dia hanya mementingkan kuasa politiknya, agamanya sendiri sanggup digadaikan demi politik! Barangkali dialah yang paling takut dengan hukum Islam, kerana jika ia dijalankan di Malaysia, maka tangannyalah yang terlebih dahulu akan dipotong kerana merompak harta rakyat!

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/01/mb-johor-beri-amaran-pas-akan-potong.html#ixzz1BiSl9mqz

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERKASA PEKIDA KENA HALAU?

KUASA RAKYAT

LAKI BINI KENA SEPINA

kebangkitan rakyat

kebangkitan rakyat

SEJARAH TERCIPTA: ANWAR BEBAS..!!!