rakan-rakan blog ini

PRODUK UNTUK PENGANTIN LELAKI

.

.
Info : Blog ini baru sahaja diaktifkan secara rasmi 15hb Ogos 2010 yang lalu. Penulis merupakan seorang bekas wartawan yang pernah bertugas dibeberapa akhbar tanahair. Lebih 20 tahun bertugas sebagai wartawan sebelum ini. Jadi, menyedari betapa pentingnya kebenaran itu ditegakkan, Penulis membuat keputusan menulis secara aktif di blog ini. Semoga Allah memberkati niat baik saya ini

Halaman

31 Oktober, 2010

DUIT JUDI BAYAR GAJI KAKITANGAN AWAM?


Haha.. kali ini giliran orang UMNO pulak jawab tentang duit judi ni. Hari tu kecoh UMNO Pulau Pinang nak jadi jaguh konon tak mau wang judi diberi pada rakyat Pulau Pinang beragama Islam. Elok rasanya kita bagi soalan ini dijawab oleh Mamak Mutty Penang, Reezal Marican Naina Merican jawab. Apa pendapat korang?


Sabri Said

PULAU PINANG, 31 Okt: Para pemimpin Umno perlu menjelaskan hasil judi bernilai RM2.3 bilion yang terdapat dalam akaun hasil yang disatukan di Kementerian Kewangan pada tahun 2009.

Hasil inilah yang telah digunakan oleh kerajaan Pusat untuk membayar gaji kepada seramai 1.2 juta penjawat awam dan semua projek pembangunan termasuk untuk manfaat masyarakat Islam.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendesak perkara ini ekoran tuduhan bahawa kerajaan negeri menggunakan wang dari hasil judi untuk diberikan kepada warga emas di negeri ini.

Lim menegaskan sekali lagi, kerajaan negeri Pulau Pinang tidak menggunakan wang judi untuk diberikan kepada warga emas di negeri ini sebagaimana dakwaan Umno.

"Sebenarnya ia dari hasil penjimatan yang kita lakukan. Sudah dua kali kerajaan negeri mendapat pengiktirafan dari Ketua Audit Negara tentang pengurusan kewangan yang terbaik dalam negara ini disamping mendapat pujian dari badan anti-rasuah antarabangsa iaitu Transparency International," tegasnya lagi.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya tidak akan terpengaruh dengan tekanan dan kempen Umno kononnya kerajaan negeri menggunakan wang judi untuk membantu rakyatnya.

"Kita tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak yang cuba menakut-nakutkan Kerajaan Negeri melalui apa jua cara yang mereka persembahkan. Sebagai sebuah kerajaan negeri yang bertanggungjawab kita akan terus membela dan memberi penghargaan kepada warga emas sebagai mengenang jasa mereka yang berusia lebih dari 60 tahun," katanya.

Lim Guan Eng berkata demikian ketika berucap semasa majlis penyampaian sumbangan kepada 153 waris warga emas yang telah meninggal dunia dalam daerah Seberang Perai Utara di Sungei Dua pagi tadi.

Dalam majlis tersebut sumbangan sebanyak RM153,000 telah diberikan kepada waris sebagai membantu meringankan kos pengurusan jenazah yang telah digunakan oleh mereka selepas kematian keluarga mereka.

"Walaupun terdapat ugutan dan usaha bagi menakutkan kepimpinan kerajaan negeri dengan pelbagai fitnah dan dakyah, kita tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak.

"Bagi warga emas yang beragama Islam, janganlah terpedaya dengan tohmahan parti pembangkang di Pulau Pinang iaitu Barisan Nasional (BN) yang cuba mempengaruhi warga emas dengan menuduh ianya dari sumber yang haram," katanya.

Tambahnya lagi selagi Kerajaan Negeri diterajui oleh Pakatan Rakyat (PR) maka usaha murni yang dilaksanakan seperti penghargaan kepada warga emas dengan sumbangan sebanyak RM100 seorang serta sumbangan sebanyak RM1000 kepada waris warga emas yang meninggal dunia akan tetap diteruskan.

"Yang jelas di sini pembangkang seperti Umno dan BN di Pulau Pinang telah mulai merasa gerun dengan kebangkitan rakyat di Pulau Pinang apabila melihat kejayaan yang berjaya dicapai dalam sasaran kita memberi pembelaan kepada mereka yang memerlukan.

"Ekoran itulah Umno-BN akan terus membuat pelbagai fintah dan tohmahan bagi mengaitkan Kerajaan Negeri supaya dipandang serong oleh masyarakat khususnya orang Islam dan sekaligus memberi kredit dan sokongan kepada mereka, " ujarnya lagi.

Turut hadir dalam majlis penyampaian sumbangan tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Rosidi Hussain dan kepimpinan Pakatan Rakyat tempatan.

29 Oktober, 2010

KATAK PERLU PUBLISITI MURAHAN


Kesian betul dengan Katak Kulim ni.Perasan tak anda, muka-muka katak sejak akhir-akhir ini begitu sunyi sekali dari publisiti di akhbar harian. Jadi, setiap kali Sidang Parlimen bermula, puak-puak ini akan reka apa saja cerita dengan harapan akan menjadi tajuk utama akhbar harian. Pengalaman saya sebagai wartawan lebih 15 tahun dapat rasakan bahawa puak-puak ini terpaksa mencari publisiti murahan sebab tidak mahu dilihat pasif. Malah ini juga antara tarikan yang terpaksa dipersembahkan kepada PM Najib. Maklumlah...sebagai MP Bebas, nasib badan tak tentu lagi. Nak balik pada PKR, dah tentu kena reject. Nak balik ke UMNO, belum tentu puak-puak UMNO akan terima. Pendek kata, umur politik katak-katak ini dah tak lama. Sebab itulah mereka in terpaksa juga berhempas pulas mencipta isu supaya menjadi tarikan kepimpinan UMNO. Lebih-lebih lagi sekarang ini sedang diadakan kempen pilihanraya kecil Galas. Jadi nasihat saya, kita boleh baca kenyataan katak ini tapi cuba kita fikirkan juga betapa susah juga ya nak reka-reka cerita ini. Tapi nak buat macamana, 'masyukkk' punya pasal...firaun kecil pun dah jadi firaun besar. Kahkahkah!



Zul Noordin dakwa PKR, DAP buat pakatan jamin dominasi Cina

TERKINI @ 08:15:38 PM 28-10-2010
October 28, 2010

KUALA LUMPUR, 28 Okt – Zulkifli Noordin mendakwa wujud “kontrak rahsia” antara PKR dan DAP bagi memastikan dominasi Cina jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya.

Ahli Parlimen Kulim Bandar-Baharu ini, bekas wakil rakyat PKR, mendakwa PAS juga tidak sedar tentang kewujudan kontrak tersebut.

Ketiga-tiga parti itu menganggotai Pakatan Rakyat (PR) sejak pilihan raya umum 2008.

“Kontrak ini menjanjikan bahawa pemimpin-pemimpin Cina dalam DAP akan diberikan autonomi di Pulau Pinang (jika PR memerintah),” kata Zulkifli ketika membahaskan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini.

Wakil rakyat Bebas ini, yang satu ketika dahulu rapat dengan Ketua Umum PR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam DAP dengan menyifatkan parti itu sebagai “parti dijangkiti elemen chauvinis” dan mendakwa ia bertanggungjawab terhadap rusuhan 13 Mei 1969.

“(Sekiranya PR mengambil alih kuasa) calon-calon Melayu akan diletakkan di Negeri Sembilan dan Perak. Dan, jika mereka menang (di negeri-negeri ini), mereka akan melantik menteri besar kalangan DAP untuk mengetuai negeri-negeri ini,” kata beliau lagi.

Zulkifli dan ahli-ahli Parlimen Bebas yang lain, khususnya dari komponen PR, menafikan mereka adalah penyokong Barisan Nasional (BN), tetapi ucapan hari ini beliau senada pendirian Umno yang digunakan untuk menyerang PR sejak kebelakangan ini.

Kini, BN berhadapan dengan saingan komponen PR iaitu PAS dalam pilihan raya kecil serentak di DUN Galas dan PKR di Batu Sapi.

Bagaimanapun beliau tidak menyediakan sebarang butiran bagi memperkukuhkan dakwaan beliau dalam ucapannya, yang dipendekkan oleh Timbalan Speaker Datuk Dr Wan Junaidi Jaafar.

Terdahulu dalam ucapannya, Zulkifli berkata, rakyat Malaysia perlu diberi bimbingan semula mengenai rusuhan 13 Mei 1969 agar jiwa mereka boleh didedahkan siapa sebenar DAP itu.

“Apa yang mereka lakukan, ialah mereka memainkan paten sama mencetuskan pembencian kaum terhadap orang Melayu meskipun telah diberi amaran oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj daripada berbuat demikian,” kata Zulkifli.

Menurut beliau, perdana menteri pertama itu memberi amaran kepada DAP supaya tidak mempersoalkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dan juga hak-hak orang Melayu.

“Dan, ini yang dilakukan oleh DAP sekarang,” kata Zulkifli.

Wakil rakyat itu juga mempertahankan ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika Perhimpunan Agung Umno minggu lalu sambil menekankan, pembangkang telah salah petik kandungan ucapan itu.

25 Oktober, 2010

BEKAS AHLI USNO SOKONG PAKATAN RAKYAT



KUALA LUMPUR, 25 Okt: Bekas Ahli Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno) kini mengisytiharkan menyokong Pakatan Rakyat dan bersedia berkerjasama memenangkan calon PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi.

Dalam satu kenyataan hari ini, Presiden Penaja pertubuhan itu, Datu Badaruddin Tun Datu Hj Mustapha memberitahu, mereka beralih angin menyokong Pakatan Rakyat akibat kecewa dengan sikap kerajaan khususnya bahagian Pendaftar Pertubuhan (ROS) Malaysia yang menolak permohonan mereka untuk menubuhkan Kelab Usno Sabah.

"Jesteru kami telah membuat ketetapan pada mesyuarat AJK Penaja Ex-Usno kali ke 12 hari ini, 24 Oktober, selaras dengan kehendak bekas ahli Usno untuk mentransformasi Usno ke arah pembangkang, maka hari ini kami ingin ucapkan sayonara kepada Barisan Nasional," katanya.

Menurutnya, pelbagai usaha melalui rundingan telah dibuat sejak 2007 bagi merealisasikan hasrat 3000 ahli mereka untuk menubuhkan Usno dalam bentuk NGO, namun pendaftaran mereka ditolak oleh ROS.

"Kami telah berusaha menubuhkan Kelab Usno Sabah...kami telah temui Perdana Menteri, kami telah menemui Ketua Menteri Sabah bagi menerangkan hasrat kami yang tidak mengganggu kepentingan politik Umno di Sabah, bahkan memberikan sokongan terbuka kepada Barisan Nasional bagi mengelak syak wasangka, " ujarnya kecewa apabila segala usaha tersebut gagal.

Sehubungan itu katanya, mereka bersedia mengadakan kerjasama dengan Pakatan Rakyat berdepan Pilihan Raya Umum Ke-13 dan akan memberi kerjasama kepada wakil pakatan di Sabah untuk PRK Batu Sapi.

Beliau juga menggesa pihak-pihak tertentu yang berhasrat menubuhkan semula Usno sebagai parti politik agar membatalkan niat tersebut kerana yakin ianya akan gagal dan sia-sia.

Malah mereka menyeru pihak tersebut, rakyat Sabah termasuk bekas ahli Usno agar menyertai mereka berganding bahu dengan Pakatan Rakyat.

"Bagi maksud Pilihan Raya Kecil Batu Sapi 4 November, Ex-Usno Sabah menyeru supaya semua ahlinya, semua bekas Usno yang berada dalam Umno di kawasan berkenaan, mengubah haluan memberikan undi dan sokongan kepada calon pembangkang," katanya.

Usno ditubuhkan pada 23 Disember 196, diasaskan oleh Tun Datu Mustapha Datu Harun, Ketua Menteri ketiga Sabah dan berjaya memerintah negeri selepas memenangi pilihanraya negeri 1967.

Bagaimanapun, penguasaan Usno di Sabah hanya berjaya sehingga tahun 1976 apabila tewas kepada Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (Berjaya).

Selepas kekalahan itu, Usno seringkali meneruskan hasrat untuk menyertai pilihanraya negeri sehingga tahun 1990, namun hanya memenangi beberapa buah kerusi, dan tidak cukup untuk membentuk kerajaan semula.

Usno kemudian dibubar setelah bergabung dengan Umno pada tahun 1991.

21 Oktober, 2010

BUKTI PEMIMPIN UMNO SOMBONG DAN BONGKAK...


Sedang puak-puak UMNO bersidang di PWTC, kita dikejutkan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh kelab UMNO luar negara menerusi Astro Awani baru-baru ini yang memuji Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat. Inilah buktinya betapa rapatnya hubungan pimpinan Pakatan Rakyat dengan seluruh rakyat. Syabas!!

19 Oktober, 2010

UTUSAN TAKUT TAJUK INI



Cuba tengok tajuk utama Utusan Meloya hari ini. Kenapa berita Mahathir cakap Najib sukar dapat majoriti 2/3 dalam pilihanraya umum akan datang tak keluar tajuk besar. Berita yang keluar cuma berita Mahathir kutuk Anwar Ibrahim.
Betul sangatlah seperti yang dikatakan oleh Hatta sebelum ini. Pengarang berita Utusan dah hilang krediiliti dan berat sebelah. Korang nilai lah sendiri. Utusan semakin melampau...


NAJIK SUKAR DAPAT MAJORITI 2/3

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bakal berdepan dengan laluan sukar untuk memperolehi semula majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang ekoran prestasi suram pendahulunya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

"(Najib) warisi kerajaan yang buruk. Beliau lebih hebat daripada (perdana menteri) nombor lima (Tun Abdullah Ahmad Badawi) yang tidak cekap," katanya perdana menteri keempat itu kepada pemberita hari ini.

Ditemui di sebuah forum antarabangsa di Kuala Lumpur, Dr Mahathir (kiri) terus mengkritik Abdullah, penggantinya yang didakwanya mensia-siakan mandat besar yang diperoleh dalam pilihan raya umum 2004 lalu.

"Bila kamu mendapat dua pertiga majoriti, ia patut digunakan untuk perkara yang betul. Dalam empat tahun, daripada 2004 hingga 2008 Abdulllah lakukan banyak perkara salah yang menyebabkan beliau kalah pada 2008," katanya.

Dr Mahathir bagaimanapun kelihatan lebih berlembut kepada Najib yang disifatkan "cuba membetulkan keadaan".

Menyuarakan penghargaannya kepada usaha Najib itu, perdana menteri paling dalam sejarah Malaysa itu turut mengambil peluang menyelar bekas timbalannya yang kini menjadi ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Beliau lalui masa sukar sekarang. Najib ada beberapa idea yang bagus dan yang tidak berapa bagus.

"Saya harap beliau mendapat sokongan kerana parti alternatif yang lebih buruk akan mengambil alih tampuk kekuasaan," kata Dr Mahathir.

18 Oktober, 2010

CERAMAH BAJET SELUAR DALAM


Ceramah "Antara Galas & Bajet Seluar Dalam" Rabu, 27 Okt 2010 -- 9.30 mlm di Markas Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar.


PAS Kawasan Batu akan menganjurkan Ceramah "Antara Galas & Bajet Seluar Dalam" pada Rabu, 27 Okt 2010 jam 9.30 malam di perkarangan Markas Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar. Figur jemputan khas pada malam itu bekas Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu; Ahli Parlimen (DAP) Serdang, Teo Hin Ching dan deklamasi puisi tajam akan ditampilkan oleh penyajak tersohor tanahair Sdra PYANHABIB Abdul Rahman.

Ketiga-tiga figur sudah menyatakan persetujuan kepada Naib Yang DiPertua PAS Batu, Tarmizi Mohd Jam untuk menggegarkan Taman Melawar. Program ini diadakan sehari selepas hari penamaan calon PRK Dun Galas di Gua Musang.

Pyanhabib akan mendeklamasikan puisi "Bapak ku Seorang YB" yang pernah didendangkan di hadapan lebih 500 hadirin pada Sambutan 150 Tahun Kg Bandar Dalam baru-baru ini. Beliau bersetuju untuk memeriahkan lagi majlis ceramah tersebut.

Orang ramai dijemput hadir dan uar-uarkan program ini kepada semua. Turut berucap Yang Dipertua PAS Batu, Ishak Surin. Moderator seperti biasa, Tarmizi Mohd Jam, Naib Yang Dipertua PAS Batu. Sebarkan dengan SMS, copy paste maklumat ini kepada blog dan website anda dan luncurkannya menelusuri laman FB anda kepada semua rakan-rakan.

16 Oktober, 2010

ROSMAH SUDAH MULA TUNJUK BELANG..


Rosmah Mansur isteri PM ternyata sudah menampakkan kuasa 'queen control nya'. Lihatlah sahaja bajet terbaru. Masyukkk!! Percayalah tuan-tuan, kalau dalam pilihanraya ke 12 dulu faktor Khairy Jamaluddin dikatakan punca kekalahan teruk BN dan juak-juaknya, maka dalam pilihanraya ke 13 akan datang, Rosmah bakal meranapkan hayat BN dan UMNO serentak. Percayalah...

NAMA ROSMAH MUNCUL DI BAJET 2011

Pembentangan bajet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Razak Najib terganggu seketika dengan nama isterinya ditimbulkan oleh pihak pembangkang ketika beliau mengumumkan langkah menjadikan Malaysia destinasi utama membeli-belah di rantau Asia. Ia bermula apabila Najib mencadangkan supaya duti import ke atas kira-kira 300 barangan pelancongan dan rakyat tempatan dimansuhkan.
“Barangan ini merangkumi kegunaan harian seperti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut...” kata Najib sambil kedengaran gelak ketawa dari ahli parlimen. Beberapa ahli parlimen kemudiannya melaungkan “Rosmah!” disambut gelak ketawa rakan-rakan mereka. Najib senyum sinis dan memperlahankan bacaan teks ucapannya sambil menyambung: “Pakaian malam, seluar dan seluar dalam serta wangi-wangian, termasuklah kelambu.” Dan sekali lagi lebih ramai yang ketawa. Namun, sindiran paling tajam dilemparkan ketika Najib mengumumkan peruntukan RM111 juta untuk program PERMATA yang dinaungi oleh Rosmah.
Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) dengan kuat menjerit “Rosmah! Rosmah!”, sambil sekali lagi disambut Najib dengan senyuman sinis.

Peruntukan itu meliputi projek pembinaan fasa II Kompleks Sekolah Permata Pintar, bagi membina 32 Pusat Anak Permata Negara (PAPN) serta membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap. Peruntukan itu turut meliputi program Permata yang lain seperti PERTAMA Pintar, Seni, Insan dan Remaja. Pembangkang, khususnya PAS berang kerana walaupun Rosmah tidak mempunyai sebarang jawatan rasmi, namum program PERTAMA yang diuruskannya didakwa seakan mendapat bajet 'istImewa'.

Ini berbanding peruntukkan RM95 juta sebagai bantuan per-kapita untuk sekolah agama rakyat (SAR) rendah dan menengah. Pembentangan bajet ini juga mendapat sambutan serta bidasan di twitter. "Pengurangan cukai untuk beg, penyembur rambut, minyak wangi... hadiah Krismas awal Najib untuk Rosmah? Tulis MP Serdang Teo Nie Ching. "Ini macam Bajet RM (Rosmah Mansor)," jawab MP Bukit Bendera Liew Chin Ton

14 Oktober, 2010

RAKAM GAMBAR PELAJAR KENA ROGOL

Pelajar dirakam saat dirogol beramai-ramai rakan sekolah



Seorang pelajar perempuan yang masih beruniform sekolah menengah iaitu berkain biru muda dan berbaju kurung putih dirogol beramai-ramai di dalam kawasan sunyi kelihatan seperti di dalam kebun atau hutan. Pelaku yang merogol kira-kira tiga hingga lima orang dilihat turut memakai pakaian sekolah menengah iaitu berseluar hijau dan berbaju putih. Perogol merogol pelajar tersebut dengan cara paksa, iaitu dengan memegang pelajar tersebut beramai-ramai sambil menekup mulutnya supaya tidak dapat menjerit. Sambil salah seorang dari rakan perogol merakam perbuatan mereka, namun hanya wajah perempuan yang dapat dilihat. Perbuatan mereka mengalahkan binatang!




Apalah nak jadi budak-budak sekolah sekarang ni? Sampai ada yang berani merogol rakan satu sekolah beramai-ramai pulak tu. Mak bapak diorang ni tak ajar atau diorang ni memang bangsa kurang hajar? Budak-budak sekolah sekarang makin melampau, inilah akibat pengaruh yang bukan-bukan perangai macam celaka, macam setan!



Binatang-binatang yang melakukan perbuatan terkutuk ini langsung tidak mahu melepaskan pelajar tersebut. Mereka juga tiada perasaan belas walaupun pelajar itu meronta-ronta dan menjerit. Akhirnya pelajar tersebut hanya mampu menyerah diri dengan membiarkan binatang-binatang itu merogol, meraba dada dan kemaluannya. Pelajar tersebut hanya mampu pasrah.
Nuffnang Ads





petikan: hotmalays.blogspot

13 Oktober, 2010

SULTAN TARIK BALIK GELARAN DATUK IBRAHIM ALI

Sultan Kelantan lucutkan gelaran 'Datuk' Ibrahim Ali
Okt 13, 10 11:26am
Kongsi 23


Istana Kelantan hari ini melucutkan gelaran 'Datuk' yang diberikan kepada presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Ibrahim Ali.

Selain Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas, the Star Online juga melaporkan gelaran bekas setiausaha kerajaan negeri, Datuk Wan Hashim wan Daud juga ditarik balik.

RAIS SURUH IKUT JEJAK SEMANGAT 46


Trend ramai-ramai pengikut PKR keluar parti kini bermula!! Bila sahaja diumumkan pilihanraya kecil Galas akan diadakan tidak lama lagi, maka, seperti selalunya akan muncul muka-muka katak kecil yang akan buat onar kononnya PKR tidak lagi relevan!! Terkini peristiwa keluar beramai-ramai anggota PKR di Felda Lepar di Kuantan baru-baru ini agak menggemparkan kerana kesemua ahlinya 215 bertindak keluar parti. Tapi apa yang menunjukkan kebodohan UMNO Paya Besar, rupanya ahli PKR di situ yang daftar cuma 115 orang tapi yang keluar adalah 215 orang!! Mana datang 100 lagi dey!!! Sementara itu Menteri Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Dato Seri Utama Rais Yatim berkata, penyertaan beramai-ramai anggota PKR memberi isyarat bahawa masyarakat Melayu mula buat perubahan!! Kadang-kadang kelakar juga bila dinilai kenyataan Rais ini. Mungkin beliau teringat sewaktu berada dalam Semangat 46 dulu agaknya yang mana ahli-ahlinya tidak tahan dugaan hingga membubarkan parti ketika itu. Rais sebenarnya tahu trend UMNO setiap kali menjelang sesuatu pilihanraya. Bermula dari pilihanraya Kuala Terengganu, setiap kali diadakan pilihanraya kecil, pasti berduyun-duyun anggota PKR keluar parti. Itu strategi namanya. Lihat sahaja sejarah 1999 apabila PM Najib ketika itu hampir mati karrier politiknya kerana hampir kalah dengan kelebihan undi pos 200 lebih sahaja. Jika dilihat trend anggota PKR keluar parti di kawasan Parlimen Pekan bukan main ramai lagi. Malah, ada dakwaan mengatakan sebenarnya Dato Najib dah kalah ketika itu. Cuma ada 'tangan ghaib' yang menyelamatkannya. Apa pun kita usah bimbang lah dengan strategi UMNO ini. Makin banyak berita keluar cerita tentang katak-katak kecil ini, sebenarnya membuktikan yang Pakatan Rakyat semakin kuat!
Ramai Anggota PKR Sertai Umno Bukti Perubahan Politik Melayu, Kata Rais

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Bilangan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang semakin ramai menyertai Umno menandakan telah berlaku satu rombakan besar daripada segi pendirian politik, khususnya kepada orang Melayu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata penyertaan beramai-ramai anggota PKR itu memberi isyarat jelas kepada pemimpin parti itu bahawa masyarakat Melayu sedia membuat perubahan dan meminggirkan politik kekeluargaan.

"Jadi warga dan anggota PKR yang masuk ke dalam Umno yang lebih 200 orang dalam tempoh yang tak lebih dari dua hari ini adalah satu cerminan yang jelas kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kepada Presiden Parti yang juga isteri beliau Datin Seri Dr Wan Azizah (Wan Ismail) dan juga kepada Yang Berhormat Nurul Izzah yang juga anak

perempuan beliau bahawa parti PKR sudah sampai masanya menjadi satu lambangan yang boleh ditinggalkan," katanya ketika diminta mengulas mengenai penyertaan 215 anggota PKR ranting Lepar Utara di Pahang ke dalam Umno hari ini, sekaligus menyaksikan ranting itu dibubarkan.

Rais, yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata kumpulan yang sedia kembali memasuki perjuangan asas ini akan sentiasa diterima secara terbuka oleh Umno demi untuk perubahan dan berjuang atas nama bangsa, agama dan negara.

"Saya bukan saja bercakap berkaitan kepolitikan negara tetapi saya bercakap demi orang Melayu. Sekarang sudah sampai masanya bagi PKR menyertai Umno di mana Presiden Umno dan juga Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) membuka ruang bagi semua orang seperti ini memasuki semula perjuangan asas bangsa.

"Jadi tanda yang ada pada hari ini adalah tanda positif untuk perubahan dan jika orang Melayu sedar betapa pentingnya politik itu harus dikira dari segi bilangan dan kekuatan, inilah masanya (untuk bersatu) supaya orang 'tak jentik' kita lagi secara berleluasa ataupun memberi bahasa kesat kepada kita, lantaran dikatakan kita sudah mundur atau turun dari segi darjat politiknya," kata Rais.

Beliau berkata PKR seharusnya menjadikan parti Semangat 46 yang mana suatu ketika dulu dalam serba kepayahan cuba memperjuangkan agendanya tetapi akhirnya kembali menyertai perjuangan bersama-sama Umno untuk kepentingan bangsa.

"Diharapkan seruan itu dapat diterima dan kita alu-alukan warga PKR untuk memasuki Umno supaya perjuangan untuk bangsa, negara dan agama terus mencapai kejayaan.

Cara pertama boleh ditunjukkan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Galas 4 Nov ini. Kita akan lihat bagaimana terjemahan ini dapat dibuat," katanya.

-- BERNAMA

11 Oktober, 2010

MCA KUTUK PERKASA?


Wah..makin panas rasanya dengan kenyataan terbaru MCA yang mengutuk Perkasa. Macam lakonan je kita tengok. Malaslah nak komen banyak-banyak. Kita tengok pulak apa telatah Perkasa pulak lepas ni:


Pemuda MCA Mahu BN Pisahkan Diri Daripada Kumpulan Pelampau

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Pemuda MCA menggesa kepimpinan Barisan Nasional (BN) memisahkan diri daripada pelampau atau kumpulan pelampau di negara ini.

Ketuanya Datuk Wee Ka Siong berkata langkah ini penting dalam usaha BN melobi sokongan daripada seluruh rakyat, di samping dalam menunaikan tanggungjawabnya untuk menjaga kebajikan semua pihak agar tiada siapa yang tersisih daripada proses pembangunan.

Kata beliau Pemuda MCA sentiasa menentang kumpulan pelampau dan tidak akan tunduk kepada mereka.

"Kami menghormati kontrak sosial dan Perlembagaan Persekutuan. Tapi, kami tidak akan membiarkan Perlembagaan ditafsir sesuka hati mereka.

"Saya ingin tegaskan di sini bahawa kepimpinan Barisan Nasional perlu memisahkan diri secara jelas daripada pelampau atau kumpulan pelampau," kata Wee pada Perhimunan Agung Pemuda MCA Ke-46 di sini.

Dalam ucapannya pada perhimpunan itu yang dirasmikan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan turut dihadiri para pemimpin Pemuda parti komponen BN lain, termasuk Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin, Wee menyelar golongan tertentu yang berangan-angan menjadi wira negara dengan memainkan isu perkauman dan menggelarkan golongan itu sebagai "manusia primitif".

Beliau berkata pemikiran manusia primitif yang gemar meniupkan api perkauman, tidak sesuai lagi pada abad ke-21 ini dan orang ramai tidak suka kepada mereka yang suka menimbulkan keributan atau yang menyamar sebagai wira negara kerana ia tidak bernilai dan tidak memberi makna kepada mereka.

Katanya sikap melampau seperti itu bukan saja tidak boleh diterima dan tidak bersifat membina, malah boleh mengakibatkan banyak kerosakan.

Wee, yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, turut menggesa kerajaan supaya menambah saiz kek ekonomi negara untuk membolehkan lebih banyak orang menikmatinya.

Katanya kerajaan perlu menjadi kapten bagi usahawan tempatan, tanpa mengira bangsa dan jenama, dalam mempromosikan produk tempatan di luar negara.

Beliau berkata sejajar dengan usaha negara untuk meningkatkan daya inovasinya, kerajaan wajar mewujudkan Anugerah Inovasi, termasuk menaja projek yang bersifat inovatif atau memberi insentif atau rebat cukai kepada mereka yang terlibat dalam bidang inovatif untuk menggalakkan lebih banyak orang menyertainya.

Sebanyak 888 daripada 1,736 anggota perwakilan pusat menghadiri perhimpunan agung itu.

-- BERNAMA

10 Oktober, 2010

IBRAHIM ALI JADI JURUCAKAP UMNO


Sewaktu Perkasa ditubuhkan, para pemimpin penajanya galak menyatakan bahawa Pertubuhan itu ditubuhkan bagi memperjuangkan orang-orang Melayu tak kira parti mana pun. Konon-kononnya neutral lah. Tapi bila kita lihat satu-persatu kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin Perkasa ini langsung tidak mencerminkan mereka bersifat adil dan tidak berat sebelah. Kenyataan terbaru Ibrahim Ali dalam Sinar Harian seolah-olah beliau menjadi jurucakap UMNO. Betul juga kata penulis Sayuti Omar, kebanyakkan anggoita Perkasa merupakan ahli UMNO reject!!

Utamakan dasar, bukan calon: Ibrahim

PASIR MAS – Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali (Bebas) menyifatkan UMNO dan Barisan Nasional terlalu memilih individu tertentu untuk dicalonkan pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, 4 November depan.

Ibrahim menyarankan sepatutnya dasar diutamakan dan bukannya calon, malah BN juga seharusnya memberi tumpuan bagi mendapat keyakinan rakyat dan pengundi dengan dasar kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Bagi saya pilihan raya di Galas ini sangat menarik kerana ia menjadi petunjuk arah kepada kerajaan untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 nanti sebab itu dasar yang ada perlu difahami rakyat b:agi menjamin kemenangan.

“Kalau kita hanya menumpukan kepada calon, berapa ramai nak cari calon yang baik dan berkaliber macam Tengku Razaleigh Hamzah pada pilihan raya umum nanti. Sebab itu, dasar sangat penting untuk difahami oleh pengundi,” katanya ketika ditemui semalam.

Katanya, sebenarnya perkara yang menjamin kepada kemenangan bagi sebuah parti adalah melihat kepada penerimaan rakyat terhadap parti dengan dasar-dasarnya adalah lebih penting berbanding memberi fokus kepada pemilihan individu yang akan dicalonkan kerana ia hanya lima peratus menyumbang kepada kejayaan parti.

“Kini kita heboh diperkatakan Tengku Razaleigh akan dicalonkan, tetapi beliau sendiri tidak menyatakan apa-apa persetujuan dan sekiranya pada saat akhir beliau tidak bertanding menyebabkan moral jentera dan penyokong parti akan jatuh.

“Berdasarkan pengalaman sebelum ini, kejayaan sesebuah parti dalam pilihan raya adalah bergantung kepada isu nasional yang dimainkan. Oleh itu, amat penting untuk BN memberikan fokus kepada memberi kefahaman kepada pengundi Galas mengenai dasar kerajaan,” katanya.-sinar harian

09 Oktober, 2010

IBRAHIM ALI KATA CABARAN 'LOW CLASS'


Seperti yang dijangka, jawapan yang diterima dari Presiden Katak tentunya mengecewakan. Dulu Nurul Izzah cabar, dia orang kecut telor dah. Kali ni Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam cabar pun tapi jawapannya telah semua orang jangka. Perkasam ni cakap je 'lebat'. Bila kena caar, lemah lutut, kecut telor. Ibrahim kata caaran Khalid Samad sebagai low class. Macam lah dia katak yang high class. Lepas ni kita rekodkan betapa banyak lagi cabaran akan datang yang akan ditolak Perkasa. Hahahaha......


Galas: Khalid mahu lagakan saya dan Ku Li, dakwa ketua Perkasa

KUALA LUMPUR, 9 Okt — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali mendakwa Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dari PAS mahu melaga-lagakan beliau dan Tengku Razaleigh Hamzah dengan mencabarnya bertanding di Galas pada pilihan raya kecil kali ini.

Kelmarin, Khalid mencabar Ibrahim agar membuktikan yang Perkasa bukan pertubuhan bukan kerajaan yang memihak dan menyokong Umno.

Ibrahim sebelum ini berkali-kali menafikan pihaknya mempunyai hubungan dengan parti dominan Barisan Nasional (BN) itu.

Pun begitu, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas dari Pasir Mas, Kelantan menganggap cabaran Khalid sebagai satu pengiktirafan.

“Saya anggap cadangan Khalid agar saya bertanding di Galas merupakan satu penghormatan dan pengiktirafan beliau terhadap diri saya.

“Tetapi saya lebih mementingkan khidmat yang berkesan. Tambahan pula Galas adalah Ku Li (Tengku Razaleigh)... saya tidak mahu Ku Li serba salah dan mungkin ini adalah niat Khalid.

“Jadi kasihan kepada Khalid, cabaran ‘low class’. Niatnya supaya saya akan pecahkan undi, menyusahkan Ku Li dan membantutkan perjuangan Perkasa membela Islam dan Melayu yang gagal dilaksanakan PAS,” kata Ibrahim kepada The Malaysian Insider.

Tengku Razaleigh merupakan Ahli Parlimen Gua Musang dan pengarah pilihan raya Umno-Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil DUN Galas.

Ibrahim bagaimanapun berterima kasih kepada Khalid kerana sedar dan mengiktiraf kehebatan, kebolehan dan kemampuan beliau sebagai pemimpin.

“Dalam saya menghargainya, saya mesti jujur kerana saya tidak mempunyai cukup masa untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri kerana saya sekarang masih Ahli Parlimen.

“Saya tidak tamak macam pemimpin pembangkang yang jadi Adun dan Ahli Parlimen.

“Dapat dua gaji tapi khidmat pada rakyat sekadar projek ceramah perdana,” katanya.

Ibrahim juga mempersoalkan mengenai pembangunan kilang arak di Shah Alam.

“Saya nak tanya Khalid macam mana pembangunan kilang arak Carlsberg di Shah Alam yang beliau lawat.

“Oleh kerana label Carlsberg hijau, maka ia selari dengan warna PAS yang juga hijau. Terima kasih Khalid atas sanjungan kepada saya,” katanya.

Kelmarin Khalid mencabar Ibrahim agar bertanding pada pilihan raya kecil kerusi DUN Galas untuk membuktikan yang pertubuhan Melayu itu tidak berpihak kepada Umno.

“Kalau beliau (Ibrahim) tidak bertanding dan berkempen untuk BN, rakyat akan sedar bahawa ini adalah permainan politik Umno,” kata Khalid.

“Ini adalah kaedah yang dilakukan untuk mendapatkan sokongan daripada orang Melayu ekstrem dan biasa,” tambah beliau.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 4 November sebagai tarikh pilihan raya kecil kerusi Galas yang kosong minggu lalu.

DUN Galas mempunyai seramai 11,553 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 11,426 pemilih biasa dan 127 pemilih pos.

Pecahan peratus pengundi adalah Melayu terdiri daripada 61.63 peratus, Cina 20.08 peratus, India 1.6 peratus, Bumiputera 0.9 peratus, orang Asli 16.37 peratus dan lain-lain 0.23 peratus.

07 Oktober, 2010

BUDAK SEKOLAH BUAT SEKS TERBUKA?




Sebenarnya sakit hati dan sakit kepala bila baca berita hari ini berkenaan bekas pekerja pejabat Anwar Ibrahim si Rahimi tu. Macam dirancang je. Dah nak pilihanraya kecil Galas, maka kempen pun bermula. Penulis malas nak pening-pening hari ni. Jom layan lagi berita masalah sosial remaja hari ini. Pakai baju sekolah. Pakai tudung. Tapi berani buat seks secara terbuka. Apalah nak jadi...


Macam - macam perangai budak-budak sekolah sekarang. Ada budak sekolah bertudung yang berani melakukan seks di tempat terbuka. Diorang ni nak jadi pornstar ke ape? Keruntuhan moral budak-budak sekolah sekarang dilihat semakin ketara, nampaknya sistem pendidikan di Malaysia tidak berkesan untuk mendidik akhlak sesetengah pelajar di Malaysia ini sehingga ada yang bertindak melampaui batas.

Di bawah ini gambar-gambar bukti yang menunjukkan terdapat budak sekolah yang cukup berani melakukan seks walaupun di tempat awam. Gambar ini sebenarnya hasil dari screenshot video yang diperolehi di youtube.com, namun begitu KaTaK rasakan tidak perlulah link video tersebut didedahkan kepada umum memandangkan ia hanyalah memalukan bangsa melayu sendiri.

Di dalam video tersebut kelihatan seorang individu yang tidak dikenali merakankan adengan seks sepasang remaja sekolah dari dalam sebuah rumah. Intipan itu dilakukan melalui sebuah tingkap. Melihat keadaan persekitaran, pasangan ini nampaknya benar-benar melakukan aktiviti seks di tempat terbuka. petikan:hotmalays.blogspot.com









06 Oktober, 2010

RESTORAN BOGEL DI BANGSAR?



Macam-macam perkara maksiat berlaku di negara kita sekarang ini. Lepas satu, timbul lagi satu. Harap pihak berkuasa dapatlah berbuat sesuatu sesuatu seelum ianya merebak!! MasyaAllah..
Percaya atau tidak? Terdapat sebuah restoran di ibu negara iaitu di bangsar yang menawarkan tayangan perempuan bogel dan separuh bogel beraksi di dalam kolam renang berhampiran dengan meja makan. Malah restoran ini turut menawarkan khidmat seks untuk para pengunjung restoran tersebut. Sambil mengenyangkan perut, pengunjung restoran ini turut berpeluang mengenyangkan bawah perut. Selepas makan nasi makan orang pulak kah kah kah.

Restoran ni yang sudah beroperasi lebih setahun lalu menjadi tumpuan lelaki-lelaki hidung belang di ibu kota. Pelayan-pelayan di restoran ini hanya mengenakan bikini dan rela bikini mereka disingkapkan sekiranya diminta berbuat demikian. Salah seorang pengunjung yang mengongsikan gambar ini berkata "Restoran ini ibarat syurga dunia, jadi tempat kami release tension ". Malah ada di antara pengunjung yang berpeluang untuk membawa balik perempuan yang diminati dari kolam renang tersebut.

Di bawah ini pula gambar salah seorang pengunjung yang sempat bergambar sebagai kenangan mengunjungi restoran syaitan tersebut. Wajah individu tersebut terpaksa dikaburkan atas permintaan pengirim gambar.

petikan: http://hotmalays.blogspot.com

05 Oktober, 2010

TOK GURU 'GILO' PAKAR RUJUK UMNO?


Inilah rupa tok guru yang jadi Pakar Rujuk Utusan Malaysia. Setiap yang keluar dari mulutnya akan menjadi 'fatwa' yang diagung-agungkan oleh UMNO. Paling terkini ialah Ceramah yang diadakan di Besut Terengganu baru-baru ini. Seolah-olah Abdullah Saamah ni (tok guru UMNO@APCO) begitu maksum sekali dan dialah super baik dan super hebat sekali!! Tutur kata dan bahasa yang dikeluarkannya langsung tak menggambarkan nilai seorang tok guru. Paling lucu tok guru ni seolah-olah seorang pejuang kebangsaan juga. Cuba baca bait ini: “Pemimpin Umno adalah Hang Tuah yang mempertahankan orang melayu,..." Haha...nampak sangat tok guru ni cuma dengar cerita sebelah pihak saja. Sebab itu ketara kebodohannya.Tapi penulis malas nak komen lebih-lebih, sebab status dia tok guru. Penulis tak nak lah jadi macam bloggers barua UMNO yang tak reti hormat alim ulama. Apa pun rasa-rasanya elok kita siasat latar belakang tok guru ni. Insyaallah di keluaran-keluaran akan datang penulis cuba berusaha menyelongkar siapa di sebalik tok guru ni. Pengalaman penulis sebagai wartawan akan digunakan sebaiknya untuk misi ini. InsyaAllah.

CERAMAH UMNO BESUT

oleh: Dr. Azman Ibrahim

Seumur hidup saya tidak pernah menghadiri sebarang program ceramah Umno dan tidak pernah berminat untuk curi-curi dengar ‘klentong’ penceramah-penceramah upahan mereka. Tapi semalam ketika dalam perjalanan pulang dari menyampaikan kuliah maghrib dan menziarahi kematian di Jabi, hati saya tergerak untuk berhenti seketika di hadapan Sekolah Kebangsaan Padang Luas, Jerteh, lokasi ceramah Umno yang kalau mengikut poster yang tersebar bertajuk ‘DAP Anti Islam’.

Entah apa relevannya tajuk ini sedangkan Besut yang menjadi lokasi ceramah ini tidak mempunyai walaupun setengah cawangan DAP. Tambahan pula Najib sendiri menawarkan diri kepada Obama untuk mengatasi masalah Islamophobia, tiba-tiba Idris Jusoh menganjurkan ceramah untuk mengapi-apikan sentimen agama dan menyemai kebencian kepada penganut agama lain. Penceramahnya: Idris Jusoh, Alwi Che Ahmad dan seorang yang bernama Abdullah Sa’amah. Saya tidak mengenalinya walaupun dikatakan dia Tok Guru Pondok Genting, Tumpat. Pernah terlihat nama dan gambarnya bersama-sama pemimpin-pemimpin Umno di poster-poster ceramah anjuran Umno Kelantan tetapi saya tidak begitu ambil pusing. That’s not my business. Ketika saya tiba ‘Tok Guru’ ini sedang berceramah.

Entah berapa upah yang diterimanya malam tadi sehingga begitu bersemangat sekali ‘Tok Guru’ ini berceramah diiringi paluan gendang oleh budak-budak Umno (saya tak pasti pemuda atau putera Umno yang berbaju lambang dacing memenuhi satu kanopi sebagai pasukan sorak dan gendang). Di atas pentas kelihatan beberapa pemimpin Umno tempatan tersenyum kelat dan tertawa, entah kerana lucu atau mentertawakan hujah-hujah dangkal penceramah upahan ini. Trade mark kepada penceramah ini adalah perkataan ‘gilo’ (gila). Tak kurang dari 30 kali perkataan ‘gilo’ diulanginya untuk mengutuk PAS dan PKR. “Baso gilo”, “puak-puak gilo”, “jenis gilo”, “orang gilo”, “Nik Aziz gilo”, “gilo nok jadi PM”, “menate gilo”, “kena masuk hospital gilo”, “penyakit gilo”, “pemimpin gilo” dan macam-macam lagi jenis ‘gilo’ yang diulang-ulang sebut.

Sehingga saya mari terfikir, gilakah ‘Tok Guru’ ni?

Rupanya benar sebagaimana pernah dikhabarkan seorang sahabat dari Dewan Pemuda Pas Kelantan bahawa ‘Tok Guru’ ini pernah ‘berfatwa’ dalam satu ceramahnya di atas pentas UMNO di Tumpat.

“Tuan-tuan sokonglah Umno. Ambo beri jaminan siapa yang sokong Umno, dia akan selamat dunia akhirat.” Begitulah taksubnya ‘Tok Guru’ ini dengan Umno. Semalam dia kata “kita kena lawan puak-puak gilo ni (PAS dan PKR). Melawan puak gilo ni adalah jihad di jalan Allah. Nik Aziz kalu tak pandai memerintah, turun! kalu tak dak ore nak ganti, biar ambo ganti. Ni Tok Guru Haji Loh, Tok Guru hok Sengoti.” Ujarnya angkuh. Sekali lagi terdetik di hati saya, gilakah ‘Tok Guru’ ni?

Malangnya Umno, kerana terpaksa mempergunakan khidmat manusia sebegini untuk meraih sokongan. Saya cuba meneliti kalau-kalau ada hujah beralaskan fakta yang dikemukakan, tapi ternyata sekadar tin kosong, yang mengambarkan butanya penceramah ini dengan fakta sebenar atau dia sengaja membutakan mata demi RM yang mengalir ke dalam poketnya. Intipati ceramahnya cuba untuk mengambarkan khianatnya PAS dan PKR bersekongkol dengan DAP untuk menghakis hak orang Melayu Islam di Negara ini.

“Puak-puak ni memang gilo, beri tanah kepada orang Cina, bantuan kepada Sekolah Cina. Sekolah Melayu bakpo tak bantu. Kita nak kata apa lagi kalu bukan kerja gilo.”

Seranah ‘Tok Guru’ ni lagi disambut paluan gendang dan tepukan hadirin. Mungkin tak sampai maklumat kepada dia, Umnolah yang bertanggungjawab menghentikan bantuan kepada SAR.

Kerajaan Pakatan Rakyat yang bertanggungjawab memberikan semula bantuan kepada SAR termasuklah Kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng yang dikatakan kerajaan kafir harbi. Masih saya ingat, Saudara Misbah, bekas Setiausaha Politik MB Perak memaklumkan bahawa Dato’ Ngeh Kho Ham, Pengerusi DAP Perak telah mencadangkan di dalam satu mesyuarat EXCO supaya diluluskan pemberian tanah 100 ekar kepada Pondok Pok Teh, Pengkalan Hulu supaya boleh diusahakan dan menjadi sumber ekonomi kepada pusat pengajian Islam ini. Sedangkan Allahyarham Pok Teh, Tok Guru Pondok ini yang telah kembali kerahmatullah beberapa hari lepas telah belasan tahun memohon tanah tersebut dari kerajaan Umno tetapi tidak dilayan, padahal Pok Teh adalah ahli majlis fatwa Negeri Perak.

Disamping kerajaan PR Perak telah memberikan hak milik Tanah kepada orang Cina, penduduk Kampung Baru yang dah hampir 2 generasi tinggal di situ tanpa dapat hak milik, Kerajaan PR Perak juga telah mengurniakan hak milik tanah kepada orang Melayu di Kampung Tersusun dengan jumlah yang jauh lebih banyak berbanding kepada orang Cina.

Buku Sejarah

Melayu Tingkatan Lima dibawanya dan ditujukkan kepada hadirin, “inilah dia rujukan Perlembagaan Malaysia yang telah dipertahankan oleh Umno puluhan tahun tapi dirosakkan oleh DAP, PAS dan PKR.” Disambut dengan tepukan dan paluan gendang pemuda Umno. Saya sekadar ketawa di dalam hati. Kenapa Idris Jusoh tak bekalkan dia Buku Perlembagaan yang sebenar walaupun sekadar untuk ditunjukkan kepada hadirin sebab kalau baca pun belum tentu dia boleh faham. “Pemimpin Umno adalah Hang Tuah yang mempertahankan orang melayu, DAP ni kafir harbi yang menentang Negara Islam. Pemimpin DAP kata, nak tubuh Negara Islam, langkah mayat dia dulu!

Gilonya pemimpin PAS sehingga baca doa untuk orang kafir harbi dalam khutbah Jumaat. Memang gilo sungguh!” Ujarnya, mungkin merujuk kes doa untuk YAB Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat di Pulau Pinang yang dah diperjelaskan secara panjang lebar, bagaimana hukum berdoa untuk orang bukan Islam dan dah lama selesai. Saya tidak berminat untuk mengulanginya lagi. “Kalu kita lok (biar) Negara kita kepada puak-puak gilo ni, jawabnya orang Melayu akan jadi serupa Melayu Singapura. Hilang dari muka bumi.” Akhir sekali dia ‘berwasiat’. “Kita kena beri sokongan padu kepada Dato’ Seri Idris, Dato’ Abdullah Mohd Zain dan pastikan puak-puak gilo ni tak dapat walaupun satu undi dalam pilihanraya akan datang.”

Astaghfirullah, begini sekali rendahnya akhlak dan peribadi ‘Tok Guru’ ni dan butanya dia dengan maklumat semasa. Nak banding dengan Tok Guru Nik Aziz yang dikatakannya ‘gilo’, jauh bumi dengan langit.

04 Oktober, 2010

BUKTI PEMIMPIN BESAR RASUAH?


Kalau anda baca isi kandungan surat dari Badan Pencegah Rasuah (sekarang SPRM), amat jelas ada pemimpin besar UMNO terlibat secara terang-terang. Tapi apakan daya...kuasa ditangan mereka. Kalau kita nak tengok mereka ini ditangkap, cuma ada satu cara sahaja. TUKAR KERAJAAN PERSEKUTUAN!!

03 Oktober, 2010

USTAZ ZAHARUDDIN KOMEN ISU JUDI


Pulangkan wang sumbangan kerana hasil judi?

oleh Zaharuddin.net pada pada 01hb Oktober 2010 pukul 5.00 ptg

Oleh kerana web asyik down server kerana diserbu pelawat secara serentak. Saya sertakan artikel terbabit di sini.

Tindakan penerima wang bantuan kerajaan Pulau Pinang memulangkan kembali wang tersebut boleh dinilai dari dua sudut iaitu sudut politik dan sudut agama atau hukum. Saya tidak berhasrat menyentuh isu terbabit dari sudut politik kerana ia bukan bidang saya. Cuma jika, tindakan tersebut jika dijadikan ikutan, nanti kita akan dapat melihat kebanyakan orang miskin di Malaysia memulangkan wang bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri, kerajaan pusat dan syarikat. Ini kerana sebahagian pendapatan kerajaan negeri dan pusat juga adalah dari sumber haram seperti cukai pusat judi, pelaburan haram, riba, pusat hiburan, rumah urut ‘pelacuran' dan sebagainya. Justeru bantuan mungkin sahaja diambil dari wang haram tersebut.

DARI SUDUT HUKUM

Jika dilihat dari sudut hukum, jika tindakan warga emas tersebut dibuat atas dasar kononnya wang dipulang kerana ia tidak bersih dan haram, tindakan mereka adalah SALAH lagi terkeliru dengan cakap-cakap orang yang tiada memahami hukum Islam. Ini kerana dari sudut hukum, faqir dan miskin HARUS menerima sebarang sumbangan yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri, walaupun diketahui kerajaan negeri mempunyai sumber wang yang HARAM.

Fakta berikut perlu difahami:

1. Wang kerajaan negeri Pulau Pinang ( dan lain-lain tentunya) adalah bercampur.

Para ulama telah membahaskan persoalan penerimaan sumbangan, derma atau menikmati juadah makanan dari individu yang mempunyai pendapatan bercampur antara halal dan haram. Majoriti ulama telah sepakat bahawa selagi mana harta si pemberi itu bercampur selagi itulah kita orang biasa boleh menerima hadiah, sumbangan, derma, menikmati makanan yang disediakan mereka.

Hal yang sama terpakai untuk sesebuah syarikat dan kerajaan, selagi sumber perolehan mereka bercampur, selagi itu HARUS untuk kita menerima gaji atau upah atau apa jua dari kantung mereka, selagi tugas dan cara kita memperolehinya adalah betul. Itu adalah hukum untuk orang biasa, maka jika penerima itu adalah warga yang memerlukan seperti faqir dan miskin, ia sudah tentu jauh lebih jelas KEHARUSANNYA. Malah terdapat dalil yang jelas berkenaan keharusan terbabit. Kes yang sama terpakai untuk kerajaan pusat yang menerima sumber pendapatan dari sumber judi, riba, arak, babi, rumah urut pelacuran dan sebagainya. Selain itu, juga turut menerima sumber halal seperti hasil minyak, jualan komoditi dan sebagainya.

2. Wang itu sendiri tidak najis atau haram pada zatnya.

Wang dan harta hanya dikira haram atau halal pada cara mendapatkannya dan membelanjankannya, ia dinamakan haram dari sudut hukmi bukan ‘hissi'. Ia tidak berpindah dari seorang kepada yang lain. Ia bukan seperti najis yag berpindah apabila disentuh oleh seeorang.

3. Bagaimana jika benar-benar sumbangan dari terus dari kantung wang judi, riba dan rasuah?.

Jika keadaan itu berlaku, ia masih lagi HARUS DITERIMA oleh Faqir, miskin dan digunakan untuk maslahat umum seperti sumbangan warga emas, pembinaan jalanraya, pembersihan dan sebagainya. Itu adalah ijtihad majoriti mazhab silam dan ulama kontemporari. Termasuklah, Majlis Fiqh Antarabangsa OIC, Majlis Fatwa Eropah, Majma Buhuth Mesir[1], Al-Lajnah Al-Daimah, Arab Saudi[2] dan ribuan ulama perseorangan seperti Imam Al-Ghazali, Imam An-Nawawi, Syeikh Al-Qaradawi , Syeikh Az-Zarqa[3], Syeikh Faisal Al-Maulawi dan ramai lagi. Derma bagi wang haram tidak mampu dipulangkan semula kepada tuannya ini hendaklah disedeqahkan kepada orang faqir miskin telah difatwakan harus oleh majoriti mazhab utama Islam ( Hasyiah Ibn ‘Abidin, 6/443 ; Fatawa Ibn Rusyd, 1/632 ; Al-Qawaid, Ibn Rejab, hlm 225 )

Begitu juga fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa kebangsaan Malaysia pada 25 Jun 2009. Buka sini http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/penyaluran-harta-tidak-patuh-syariah-ke-baitulmal-dan-institusi-islam-lain

PANDANGAN ULAMA MAZHAB

Ulama hanafi menyebut :-

والملك الخبيث سبيله التصدق به, ولو صرف في حاجة نفسه جاز . ثم إن كان غنيا تصدق بمثله

Ertinya : Pemilikan kotor ( haram) jalan keluarnya adalah disedeqahkannya, malah jika pemilik itu seorang faqir), ia bleh mengambil untuk dirinya sendiri, kemudian, jika selepas itu dia menjadi kaya, hendaklah dia mendermakan wang haram (yang pernah diambilnya sewaktu miskin dahulu) ( Al-Ikhtiyar Li Ta'lil al-Mukhtar, 3/61)

Ulama mazhab Maliki seperti Al-Qarafi dan Ad-Dawudi menjelaskan wang haram tidak hanya terhad untuk diberikan kepada faqir dan miskin sahaja tetapi juga apa-apa pembangunan dan kegunaan yang memberi manfaat kepada umum menurut budi bicara dan penilaian pemerintah adil. Jelasnya, mazhab maliki juga setuju faqir, miskin malah warga emas yang memerlukan boleh menerima wang sedemikian tanpa masalah. ( rujuk Al-Dzakhirah, 5/69)

Ulama Mazhab Syafie, Imam An-Nawawi menukilkan kata-kata Imam al-Ghazali yang berkata:

وإذا دفعه - أي المال الحرام- إلى الفقير لا يكون حراماً على الفقير , بل يكون حلالا طيبا

Ertinya : sekiranya wang haram itu diberikan kepada faqir miskin, ia tidaklah haram ke atas faqir ( dan miskin), bahkan ia adalah halal lagi baik untuk mereka. ( Al-Majmu' , 9/428)

Imam A-Ghazzali juga menjawab keraguan beberapa ulama lain :-

وقول القائل: لا نرضى لغيرنا ما لا نرضاه لأنفسنا فهو كذلك ولكنه علينا حرام لاستغنائنا عنه وللفقير حلال إذا حلّه دليل الشرع وإذا اقتضت المصلحة التحليل وجب التحليل

Ertinya : Menjawab kata-kata orang yang berkata : "Kita tidak sepatutnya redha untuk diberikan kepada orang lain sesuatu yang kita tidak redha untuk kita". Memang benar sebegitu, namun dalam kes wang haram yag dimiliki, ia haram ke atas diri kita (pemilik) untuk menggunakannya, namun ia bagi faqir, miskin adalah halal, kerana telah ada dalil syara' yang menghalalkannya dan di ketika wujud kebaikan dari pemberian tersebut (kepada penerima), maka wajiblah diberikan. (Ihya Ulumiddin, 2/212)

Syeikh al-Qaradawi ketika membicara hal pengagihan wang haram berkata :

إذن ما دام هو ليس مالكا له, جاز له أخذه والتصدق به على الفقراء والمساكين أو يتبرع به لمشروع خيري

Ertinya : Oleh itu, selagi wang haram (yang dimiliki seseorang itu tidak diiktiraf oleh syaraa' sebagai miliknya), harus bagi pemegang itu untuk ambilnya dan disedeqahkan kepada faqir miskin atau didermakan kepada projek-projek kebaikan (untuk maslahat umum). ( Fatawa Mu'asiroh, 1/606)

RINGKASAN DALIL

Terdapat banyak sekali dalil yang dijadikan sandaran oleh majoriti ulama, terdiri dari hadis-athar, qiyas dan logik aqal. Antara hujjah yang dipegang bagi mengharuskan ‘derma' wang haram yang tidak diketahui tuannya, cukup sekadar memaklumkan beberapa secara ringkas:-

1. Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a pernah bertaruh (di awal Islam) dengan seorang Musyrik (yang mencabar ketepatan Al-Quran dari surah Ar-Rum ayat pertama dan kedua yang mengisyaratkan kejatuhan Rom) iaitu kerajaan Rom akan tewas. Kemudian apabila Rom benar-benar jatuh, Sayyidina Abu Bakar dikira sebagai pemenang dan telah memperolehi harta pertaruhan itu (ianya haram kerana judi dan tujuan Abu Bakar hanyalah untuk membuktikan kebenaran al-Quran). Apabila Sayyidina Abu Bakar datang kepada Rasulullah s.a.w menceritakan perihal harta perolehan pertaruhan itu, Rasulullah bersabda :

هذا سحت فتصدق به

Ertinya : Ini kotor, sedeqahkan ia. (At-Tirmizi . 16/22 ; At-Tirmizi : Sohih)

Selepas peristiwa ini, barulah turun perintah pengharaman judi secara sepenuhnya sekalipun dengan orang kafir. (Tafsir At-Tabari, 20/16) Kisah ini dengan jelas menunjukkan Nabi tidak mengarahkannya dikembalikan kepada si Kafir, tetapi disedeqahkan untuk tujuan umum dan kebaikan ramai.

2. Selain itu, hujjah utama para ulama dalam hal mendermakan wang haram seperti wang rasuah yang dibawakan oleh Ibn Lutaibah, Nabi meletakkan wang ini di baitul mal dan diagihkan kemudiannya kepada faqir miskin dan kepentingan awam.[4]

3. Terdapat juga athar dari Ibn Mas'ud yang diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi 6/188 dan banyak lagi.

KESIMPULAN

  • Warga emas, faqir dan miskin di pulau pinang dan mana-mana negeri dan Negara lain, DIHARUSKAN untuk menerima sumbangan dari mana-mana kerajaan negeri, syarikat dan individu selagi mana harta mereka (pemberi sumbangan) itu bercampur antara wang halal dan haram. atau dalam kata lainnya, harta mereka masih ada yang neutral dan halal.
  • Sekiranya mereka ingin memulangkan semula wang tersebut, itu juga harus hukumnya. Kerajaan negeri boleh selepas itu memberikan sumbangan dari poket kanan mereka dan wang dipulang itu masuk poket kiri kerajaan. Ia akan jadi sama sebenarnya.
  • Sebaiknya penyumbang tidak kira kerajaan, syarikat dan sepertinya; tidak mendedahkan sumber pemerolahan harta yang disumbang agar tidak mengelirukan penerima sebagaimana kes yang berlaku ini
  • Mereka juga HARUS untuk menerima wang sumbangan dari penyumbang tadi, walaupun jelas ia adalah dari hasil yang haram seperti judi lumba kuda rasuah, riba dan sebagainya. Tiada kotor pada wang yang diterima oleh mereka, kerana mereka adalah penerima yang diiktiraf oleh syara'. Manakala dosa hasil dari pemerolehan wang itu hanya ditanggung oleh pelaku dosa dan ia tidak merebak kepada penerima dari kalangan faqir miskin dan yang memerlukan.
  • Jika dilihat dari sudut hukum dan agama, warga yang menerima sumbangan terbabit TIDAK PERLU SAMA SEKALI memulangkan semula wang yang diterima.
  • Namun jika dilihat dari strategi politik pihak tertentu, tindakan tersebut di luar fokus artikel ini.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

30 Sept 2010

02 Oktober, 2010

UMNO PERANGKAP KU LI


Tengku Jangan Terperangkap Untuk Kali Ketiga

TUAN tubuh masih belum mengesahkan apakah beliau menerima atau tidak tawaran BN untuk menjadi Pengarah pilihan raya kecil Galas. Beliau masih diluar negara dan diberitakan akan pulang ke tanah air pada 9 September ini.

Cuma media sudah mengwar-warkan kononnya beliau, (Tengku Razaleigh Hamzah) sedia untuk menggalas tanggungjawab itu. Kenyataan Muhyiddin Yassin itu yang mengatakan beliau telah bercakap sendiri dengan Tengku Razaleigh, dikuatkan dengan kenyataan orang kanannya, Adun Nenggeri, Mat Yusuf Abdul Ghani yang memberi tahu sebuah portal berita kononnya bosnya itu sudah menerima jawatan itu.

Sejauh manakah Yusuf mempunyai autoriti untuk mengesahkan kenyataan Muhyiddin itu bagi pihak Tengku Razaleigh.

Selagi pengakuan terima tanggungjawab itu tidak keluar dari mulut Tengku Razaleigh sendiri ia tidak boleh dipercayai. Kerja dilakukan kini bolehlah dianggap kerja memancing dan mengumpan Tengku Razaleigh semata-mata. Kalau Tengku Razaleigh kelabu mata mungkin kailnya akan mengena.

Tengku Razaleigh memang layak dan sesuai menjadi pengarah pilihan raya kecil Galas. Dialah paling berwibawa kerana sudah lama menjadi ahli parlimen Gua Musang. Sebab itu BN beriya mahukan dia. Sebab itulah Muhyiddin tiba-tiba memuja dan memuji Tengku Razaleigh Hamzah tidak semena-mena.

Muhyiddin bukan saja menawarkan Razaleigh sebagai pengarah, bahkan calonnya sekali. Benar kata Naib Presiden Pas, Sallahuddin Ayub, Muhyiddin lari dari tanggungjawabnya apabila menghulurkan jawatan itu kepada Tengku Razaleigh. Apakah itu bukan pengecut? Selalunya kalau ada pilihan raya maka timbalan presidenlah menjadi pengarahnya.Mungkin Muhyiddin masih menghidu jebat kemaluan semasa di Manik Urai dulu.

Muhyiddin mungkin sudah serit dengan beberapa pilihan raya sebelum ini. Kemenangan BN di Hulu Selangor tidak memberi kepuasan kepadanya kerana beliau sendiri tahu rahsia kemenangan itu tidak berapa halal. Manakala kekalahan di pilihan raya kecil Manik Urai pula menjadi Muhyiddin tahu sejauh mana ledakan rakyat Kelantan kepada Umno. Jadi beliau tidak mahu lemas dalam lubuk sama dalam satu masa.

'Tok Empat Umno Kelantan', Mustapa Mohamed nampaknya tidak berkata apa-apa dengan cadangan Muhyiddin itu. Mungkin Muhyiddin langsung tidak menanyai dirinya. Apakah Mustapa sudah mulai sedar yang Umno Kuala Lumpur sudah tawar hati benar kepadanya?

Begitu pun Muhyiddin kena ingat, Tengku Razaleigh bukan pelahap nak jadi MB Kelantan. Dia nak jadi PM. Dia tidak perlu bertanding kerusi Dun. Dia mahu bertanding kerusi presiden Umno. Sebenarnya kalau Muhyiddin ikhlas menghormati Tengku Razaleigh, menyanjungi Tengku Razaleigh dia tidak berikan kerusi Galas, tetapi kerusi Perdana Menteri. Muhyiddin seharusnya berusaha memberi laluan kepada Razaleigh kalau beliau sudah tidak yakin dan tahu sejauh mana kredibiliti Najib Razak sebagai Perdana Menteri. Semacam ada juga iras-iras yang Muhyiddin mahu menggunakan Tengku Razaleigh agar menjatuh Najib demi menyelamatkan kedudukannya. Apakah cadangan itu satu konspirasai yang diilhamkan Dr Mahathir Mohamad?

Justeru dalam tilikan saya bukan mudah Tengku Razaleigh hendak buat keputusan. Dia mungkin menghormati tawaran Muhydidin itu. Tetapi dia kena fikir. Dalam hal ini Tengku Razaleigh tidak boleh memikirkan maruah Umno Kelantan, tetapi beliau kena fikir kedudukan dan maruah sendiri dulu. Itu lebih penting.

Kalau Umno menang dalam pilihan raya itu ia tidak memberi banyak kelebihan kepadanya. Kedudukannya dalam politik Umno tidak berubah. Cita-citanya juga tidak akan tergamit. Beberapa hari saja selepas kemenangan Umno akan lupa peranan dan jasa Tengku Razaleigh memenangkan kerusi Galas itu. Umno akan mendabit dada kemenangan itu adalah hasil gembleng tenaga yang mantap sesama mereka. Lepas itu Tengku Razaleigh hanya akan terkulat-kulat macam cicak mabuk kapur.

Tetapi kalau kalah Umno akan persalahkan kepada Tengku Razaleigh. Umum akan melihat Tengku Razaleigh juga sudah hilang pengaruh dan taring. Dalam hal ini Umno sengaja nak menguji pengaruh Tengku Razalegih dalam pada itu kalau menang mendapat untung. Kalau BN kalah, Tengku Razaleigh akan dipersalahkan. Kehinaan yang besar akan diperolehi anak raja itu.

Penerimaan Tengku Razaleigh itu juga boleh merosakan reputasinya dengan Pakatan Rakyat khasnya Pas dan PKR. Ura-ura kononnya beliau akan mengganti atau diharap mengganti tempat Anwar Ibrahim juga akan termusnah. Sudah tentu Pas dan PKR akan melihat Tengku Razaleih bukan kawan tetapi lawan mereka. Demikian juga hasrat nak wujudkan kuasa ketiga bagi penentukan kerajaan selepas pilihan raya umum ke-13 nanti akan rosak.

Saya tidak fikir kalau Tengku Razaleigh akan jadi sejinak itu. Pun begitu sukar juga nak tolak sebab dia orang politik apa lagi anak raja, mudah dipuja dia pujuk. Asalkan ada orang memikul tandunya ke hulu ke hilir ia akan ikut saja. Anak raja memang suka ketawa dari atas tandu.

Tengku Razakeigh perlu menoleh ke belakang dan mengenang sejarah jatuh bangunnya dalam politik serta apa yang Umno sudah perlakukan kepadanya. Tengku Razaleigh kena ingat kegemilangannya dan pengaruhnya di Gua Musang sudah mengecut sesuai dengan usianya. Hakikat ini boleh dilihat kepada sejarah pencapaiannya dalam pilihan raya di kerusi Parlimen Gua Musa sejak tahun 1974 hingga 2008.

Sebanyak sembilan kali Tengku Razaleig menyertai pilihan raya itu. Kesemua pilihan raya itu beliau menang. Tetapi kemenangannya naik turun. Ini dapat dilihat kepada majoriti yang diraihnya. Yang jelas selepas beliau kembali semula ke dalam Umno takala membubarkan Semangat 46, (1995) pengaruhnya terus menurun. Sokongan juga merosot. Dalam pilihan 1999 beliau menang dengan majoriti 2,923. Itupun kerana lawannya orang baru dalam Pas, iaitu Razak Abbas. Sudah pasti kalau Pas meletakkan calon lebih berwibawa Tengku Razaleigh mungkin kalah dalam pilihan raya 1999.

Pilihan raya 2004 majoriti Tengku Razaleigh naik kembali, tetapi ia tidak melebih 10,000. Majoriti tertinggi dicatatnya ialah dalam pilihan raya 1990 ketika bergabung dengan Pas di mana majoritinya 13,246 undi.

Majoriti Tengku Razaleigh dalam pilihan raya 2008 terus merosot di mana dalam pilihan raya itu beliau meraih majoriti 4,394 undi saja.

Putaran atau pasang surut pengaruh dan kekuatan ini perlu direnung oleh Tengku Razaleigh. Beliau tidak boleh syok dengan masa lalu. Beliau juga kena faham keadaan politik hari ini yang jauh berbeza. Jumlah pengundi muda juga sudah mengatasi pengundi tua yang mana sebelum ini menjadi penyokong kuatnya. Begitu juga sikap pengundi Cina sudah banyak berubah. Demikian juga Orang Asli yang selama ini menjadi rakyat marhaennya, tetapi kini sudah ada yang tahu membezakan warna bendera parti.

Dan apa yang saya bimbangkan sekiranya Tengku Razaleigh terpesona dengan pujian dan tepokkan Umno terhadapnya kini ianya sebuah perangkap terakhir untuk menghancurkan kerjaya politiknya. Pada saya kalau takdir calon BN kalah manakala Tengku Razaleigh menjadi pengarahnya kekalahan itu akan disandarkan kepadanya, walaupun apa yang dipikulnya hanya tanggungjawab demi cintanya kepada Umno namun beliau tetap menerima risikonya.

Catatan pencapaian Tengku Razaleigh dalam pilihan raya Gua Musang dari tahun 1947 hingga 2008.

1. 1974 – Menang tanpa bertanding

2. 1978 – 4,562 lwn Khaidir Khatib (Pas)

3. 1982 – 5,763 lwn Pak Chu Hji Hassan Tok Wali (Pas).

4. 1986 – 7,319 lwn Wan Rahim Abdullah (Pas).

5. 1990 – 13,246 Wan Ismail Wan Ibrahim (BN).

6. 1995 – 8,980 lwn Nik Ismail Wan Idris (Akim).

7. 1999 – 2,923 lwn Razak Abbas (Pas).

8. 2004 – 6,548 lwn Zulkefli Mohamad (Pas).

9. 2008 – 4,394 lwn Zulkefli Mohamad.

-petikan msomelayu.blogspot.com

PERKASA PEKIDA KENA HALAU?

KUASA RAKYAT

LAKI BINI KENA SEPINA

kebangkitan rakyat

kebangkitan rakyat

SEJARAH TERCIPTA: ANWAR BEBAS..!!!