rakan-rakan blog ini

PRODUK UNTUK PENGANTIN LELAKI

.

.
Info : Blog ini baru sahaja diaktifkan secara rasmi 15hb Ogos 2010 yang lalu. Penulis merupakan seorang bekas wartawan yang pernah bertugas dibeberapa akhbar tanahair. Lebih 20 tahun bertugas sebagai wartawan sebelum ini. Jadi, menyedari betapa pentingnya kebenaran itu ditegakkan, Penulis membuat keputusan menulis secara aktif di blog ini. Semoga Allah memberkati niat baik saya ini

Halaman

23 Mei, 2012

DEBAT: KHAIRY ELAK JAWAB SOALAN

Ketika diumumkan perdebatan antara Khairy Jamaluddin (BN)  berlawan dengan  Rafizi Ramli (PR), penulis jadi terkedu sekejap. Bukannya  apa, penulis  bimbang Rafizi akan 'memalukan' Pakatan Rakyat. Ini kerana penulis sudah beberapa kali melihat Khairy Jamaludin berpengalaman  berdebat dengan pembangkang. Ketika di Kelantan sebagai salah satu contohnya. Malah Khairy biasa hadir  dengan forum-forum yang berlainan parti. Jadi, penulis bimbang Rafizi gagal mencapai piawaian tersebut. Debat di London tempohari penulis rasa kurang mencabar.
Tetapi segala kebimbangan penulis  terhapus begitu saja. Penulis  rasa sangat kagum dengan kehebatan Rafizi yang dapat mematahkan hujah-hujah Khairy dngan begitu mudah  malah lebih mengejutkan lagi, Khairy pula cuba mengelak dari menjawab pertanyaan Rafizi terutama berkenaan peratus  pembahagian wang  petronas sebanyak 237 bilion sewaktu pemerintahan Pak Lah tempohari. Khairy juga gagal menjelaskan status Shahrizat Jalil serta Tajuddin Ramli di mana Rafizi meminta Khairy menjelaskan bahawa kenapa  pelajar yang berhutang, nama mereka  di 'black list' tetapi  Shahrizat serta  Tajuddin Ramli dilepaskan begitu saja.
Syabas  dan Tahniah Rafizi...!!! Anda memang hebat. (Tepat sekali kata-kata Mahathir, orang-orang cerdik semua  masuk pembangkang).

1 ulasan:

  1. hahahah be end's doomsday's gettin near mahathir..

    BalasPadam

PERKASA PEKIDA KENA HALAU?

KUASA RAKYAT

LAKI BINI KENA SEPINA

kebangkitan rakyat

kebangkitan rakyat

SEJARAH TERCIPTA: ANWAR BEBAS..!!!