rakan-rakan blog ini

PRODUK UNTUK PENGANTIN LELAKI

.

.
Info : Blog ini baru sahaja diaktifkan secara rasmi 15hb Ogos 2010 yang lalu. Penulis merupakan seorang bekas wartawan yang pernah bertugas dibeberapa akhbar tanahair. Lebih 20 tahun bertugas sebagai wartawan sebelum ini. Jadi, menyedari betapa pentingnya kebenaran itu ditegakkan, Penulis membuat keputusan menulis secara aktif di blog ini. Semoga Allah memberkati niat baik saya ini

Halaman

13 Mei, 2012

UTUSAN PERCUMA PUN TAK LAKU.....??

Pagi semalam penulis dihubungi oleh seorang rakan yang baru saja melawat  Karnival UMNO di Bukit Jalil. Menurut rakan tersebut, pagi-pagi lagi telah diedarkan akhbar-akhbar percuma  Utusan Malaysia  dan  Berita  Harian. Berlambak-lambak. Menurut rakan, agak menghairankan juga melihat sambutan orang ramai yang ada di situ seakan tidak  endah saja dengan akkhbar percuma  tersebut. Terang-terang diletak notis  AKHBAR PERCUMA, SILA  AMBIL SATU.
Kebetulan pula petang tersebut, penulis  melintas   di kawasan  berhampiran  Stadium Bukit Jalil. Lalu penulis bersama keluarga singgah sekejap di situ nak tengok kedai-kedai jualan yang dibuka.
Sampai saja di sana, lebih kurang jam 6 petang, terkejut j uga bila melihat berlambak-lambak akhbar percuma yang tak diambil orang yang lalu lintas di situ.  Ada juga  yang belek-belek dan letak semula akhbar tersebut.
Betapa orang-orang UMNO sendiri pun seakan tidak berminat  dengan akhbar pemfitnah ini terutama  Utusan.. Beginilah  nasibnya  Utusan  apabila nilai  dan kredibilitinya dianggap sudah tiada. Maka , setaraf sampah sarap la jadinya. Anda lihatlah sendiri gambar-gambar yang penulis  ambil sendiri menggunakan kamera handphone saja. Gambar diambil sekitar 6.30 petang di beberapa lokasi laluan utama pengunjung Karnival tersebut.
karnival UMNO di Bukit Jalil

Bertimbun lagi akhbar-akhbar percuma  ini.

walaupun diletakkan dilaluan utama, tetap tidak mendapat perhatian

merata-rata tempat diletakkan akhbar-akhbar ini

Tak peduli pun akhbar ini...

Lihat perkataan Naskah Percuma bawah logo Utusan.

Bertimbun lagi akhbar percuma  ini dipintu masuk stadium

2 ulasan:

  1. Kalau "HARAKAH"..."SUARA KEADILAN"... ATAU "ROKET".. Bebayar pun Habis Bro...

    Kesian kat "Utusan & BH.." free pun org tak peduli.. Hai Bungkus lah Umno/BN pada PRU13...

    BalasPadam
  2. kalau tandas awam ketiadaan air, mungkin habis akhbar tersebut...

    BalasPadam

PERKASA PEKIDA KENA HALAU?

KUASA RAKYAT

LAKI BINI KENA SEPINA

kebangkitan rakyat

kebangkitan rakyat

SEJARAH TERCIPTA: ANWAR BEBAS..!!!