rakan-rakan blog ini

PRODUK UNTUK PENGANTIN LELAKI

.

.
Info : Blog ini baru sahaja diaktifkan secara rasmi 15hb Ogos 2010 yang lalu. Penulis merupakan seorang bekas wartawan yang pernah bertugas dibeberapa akhbar tanahair. Lebih 20 tahun bertugas sebagai wartawan sebelum ini. Jadi, menyedari betapa pentingnya kebenaran itu ditegakkan, Penulis membuat keputusan menulis secara aktif di blog ini. Semoga Allah memberkati niat baik saya ini

Halaman

28 Jun, 2012

MAHATHIR MULA BELIT




Memang putar belit. Inilah identiti sesiapa saja yang terlibat begaul serta bergelumang dengan parti yang namanya UMNO. Kalau tak belit, bukanlah UMNO namanya. Terbaru bekas PM, Mahathir dan kaki putar beli, Nallakaruppan menganggap saman yang dibuat oleh Anwar Ibrahim ke atas puak-puak balaci Najib ini dianggap sebagai ingin menutup mulut orang ramai. Hari tu masa Anwar berdiam diri, sekor-sekor puak ni cakap Anwar penakut, tak berani saman mereka. Malah keluar cabaran dari puak-puak katak ni supaya Anwar menyaman mereka. 
Kini, bila Anwar sudah saman, nada  balaci Najib ni dah bertukar pulak. Penulis ingat Nallakaruppan saja keling yang cakap berbelit-belit. Rupa-rupanya mamak kutty  Mahathir pun berbelit juga. Serupa  juga dengan Nalla Ezam, Nalla Zahid Md Arip, Nalla Zahrain dan ramai lagi Nalla. Tambah  seorang lagi keling yang mula berbelit-beli, Gobalakrisnan, maka keadaan tak dapat diselamatkan lagi. Ular pun kalah....

MAHATHIR: ANWAR SAMAN UNTUK TUTUP MULUT

PUTRAJAYA - Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang "begitu galak" memfailkan saman sekarang sebenarnya merupakan pendekatan kegemaran Ketua Pembangkang itu untuk menutup mulut orang lain.

Kata beliau, ini kerana, apabila sesuatu perkara dirujuk kepada mahkamah, ia tidak lagi boleh dibincang secara umum untuk mengelak berlaku subjudis.

"Seperti yang anda tahu, beliau telah menyaman saya dan selama empat tahun saya tak boleh membuka mulut. Itulah cara beliau berkempen, menyekat orang daripada bercakap, sedangkan beliau percaya kepada kebebasan bersuara dan perkara seumpamanya.

"Tapi, apabila orang bersuara, beliau hendak tutup mulut mereka dengan menyaman semua orang," katanya kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian apabila diminta mengulas laporan akhbar yang menyebut bahawa bekas rakan Anwar, Senator Datuk S. Nallakarupan, menuduh Ketua Pembangkang itu menggunakan saman untuk menyekat perbuatan buruknya didedah kepada umum.

Terdahulu, Dr Mahathir menerima kunjungan hormat Presiden Guinea Alpha Conde, yang melakukan lawatan rasmi pertama beliau ke Malaysia.

Mengenai pertemuan mereka yang berlangsung selama lebih kurang setengah jam, Dr Mahathir berkata Conde ingin mengetahui lebih mendalam tentang negara ini dan mempelajari cara kerajaan membangunkan Malaysia untuk beliau contohi dalam membangunkan Guinea.

Sebelum itu, Conde mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kedua-dua pemimpin bersetuju mengkaji bidang baru hubungan dua hala antara Malaysia dan Guinea.

Najib dan Conde juga menyaksikan upacara menandatangani memorandum persefahaman mengenai kerjasama dalam bidang pengajian tinggi oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin dan Menteri Kerjasama Antarabangsa Guinea Prof Datuk Koutoub Moustapha Sano.

Najib juga meraikan presiden itu pada majlis jamuan tengah hari di kediaman rasmi beliau di Seri Perdana di sini. - Bernama

25 Jun, 2012

BUKTI UMMI HAFILDA KAKI FITNAH


Perempuan sial kesukaan UMNO, Ummi Hafilda mula berdolak dalik apabila dakwaannya  bahawa Dato Seri Anwar kenal seorang wanita  Misteri yang disiarkan di akhbar Utusan Malaysia semalam didakwa sebagai fitnah oleh wanita  misteri tersebut iaitu  Zaliah Zakaria. Cuba  anda  baca  kenyataan UMMI Hafilda  di bawah. Haha...mula  nak selamatkan diri. Penulis  harap sangat agar wanita  misteri ini dapat ambil tindakan  menyaman Ummi Hafila yang bermulut  syaitan itu...



Wanita misteri tampil beri penjelasan
Oleh SHARILFUDDIN SAARI dan AZRAI MOHAMMAD
pengarang@utusan.com.my



KUALA LUMPUR 24 Jun - Wanita misteri yang dikaitkan dengan kes pemilikan akaun induk berjumlah RM3 bilion oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini muncul menafikan menjadi proksi kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Zaliah Zakaria, 56, bagaimanapun mengakui mengenali isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika memegang jawatan Presiden dan juga pemilik Syarikat Wira Tangkis Sdn. Bhd.

Katanya, syarikat itu banyak memberi sumbangan dalam kejohanan badminton Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri (Bakti) pada akhir 1990-an semasa Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Beliau turut mengakui pernah menaja aktiviti sukan air salah seorang anak Anwar di Pulau Pinang semasa Ketua Pembangkang itu dalam penjara selain menerima kunjungan Wan Azizah yang baru pulang dari mengerjakan umrah semasa menetap di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

"Hubungan kami sekadar kawan kerana saya juga meminati sukan badminton. Saya tidak mengenali Anwar malah tidak pernah terlibat dalam politik.

"Oleh itu saya hairan bagaimana nama saya dikaitkan dengan Anwar dan berita ini pernah berlaku pada 13 tahun lalu tetapi saya biarkan.

"Namun kali ini disebabkan wajah saya disiarkan (Mingguan Malaysia) saya tiada pilihan selain untuk tampil menjelaskan perkara sebenar," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Wajah Zaliah dipaparkan di muka depan Mingguan Malaysia hari ini berikutan pendedahan ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali berhubung seorang wanita yang dikatakan sangat dikenali oleh Anwar.

Dalam pendedahannya, Ummi Hafilda mendakwa, Anwar kenal sangat dengan wanita tersebut yang bukanlah seorang istimewa atau ahli korporat tetapi cukai pendapatan mencecah RM50 juta.

Selain itu, Ummi Hafilda mendakwa, wanita itu memiliki atau mempunyai kaitan dengan 62 hartanah mewah berupa kondominium dan banglo kebanyakkan di Pulau Pinang.

Berikutan dakwaan itu, Zaliah meminta Ummi Hafilda agar tampil bersama bukti-bukti bagi membersihkan nama beliau dan keluarganya.

Selain itu, beliau juga meminta Anwar mengeluarkan kenyataan segera bagi menafikan hubungan mereka seperti didakwa pihak tertentu.

Dalam pada itu, Zaliah mendakwa memiliki aset berbentuk wang tunai dan hartanah berjumlah RM100 juta hasil daripada perniagaan lumba kuda yang dijalankannya pada akhir 1990-an.

Menurutnya, bagaimanapun kesemua asetnya bertukar hak milik semasa beliau ke Dubai untuk melupakan kesedihan ekoran kematian anak lelakinya pada Januari 2000.

"Seminggu semasa berada di sana (Dubai), pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) membuat serbuan di rumah saya dan menyita 10 buah peti besi di Bukit Jambul, Pulau Pinang mengandungi wang tunai, barangan kemas dan dokumen penting.

"Pada masa sama, saya dinasihatkan oleh peguam supaya tidak pulang sehinggalah setahun baru saya pulang ke tanah air namun mendapati semua aset termasuk wang tunai berjumlah RM26 juta di dalam bank telah dipindah milik," jelasnya.

Beliau berkata, harta-hartanya yang lain termasuk empat buah rumah di Pulau Pinang bernilai kira-kira RM3.68 juta.

Katanya, pada masa itu beliau turut diburu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkaitan dengan cukai pendapatan berjumlah lebih RM50 juta hingga beliau diisytiharkan muflis tidak lama selepas itu.

Sementara itu, Ummi Hafilda ketika dihubungi memberitahu, beliau tidak pernah mendakwa mengenali Zaliah secara peribadi.

Katanya, pendedahan yang dibuat adalah bertujuan semata-mata mahukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kaitan antara wanita berkenaan dengan Anwar.

"Ini bukan isu kenal atau tidak kenal. Saya sendiri tidak pernah mendakwa bahawa saya mengenal perempuan berkenaan (Zaliah) secara peribadi.

"Pendedahan yang saya lakukan itu bertujuan untuk membantu siasatan SPRM berhubung kes pemilikan akaun induk bernilai RM3 bilion oleh Anwar. Saya telah serahkan bukti dan sekarang tugas SPRM menyiasat apa kaitan, hubungan atau penglibatan perempuan itu dengan Anwar," katanya.

19 Jun, 2012

GEMPAR...!!!MASAK KEMALUAN SENDIRI


Macam-macam perangai manusia ni. Bila akal dah letak ke kepala lutut macam ni la  jadinya.  Anda bacalah sendiri kisah manusia bodoh ni...




JIJIK, tanpa pegangan agama, manusia akan jadi begitu menjijikkan. Seorang artis di Jepun

menjual kemaluannya sendiri untuk dihidangkan kepada sesiapa yang sanggup membayar wang

sejumlah US$250 sepinggan.

Tambah menghairankan, enam orang pelanggan sanggup membayarnya untuk menikmati sajian makan

malam yang eksotik dan menjijikkan itu.



Artis lelaki berusia 22 tahun, Mao Sugiyama hidup sebagai seorang manusia aseksual. Dia

inginkan kehidupan tanpa dikekang jantina semulajadinya.

Beberapa hari selepas harijadinya yang ke 22, dia telah membuat satu pembedahan membuang

organ jantina dan segera menawarkannya kepada sesiapa yang berminat untuk memakannya.

Di halaman Twitter dia menulis:

"[Tolong retweet] Saya menawarkan kemaluan lelaki saya (lengkap, zakar, testis, kerandut)

sebagai makanan dengan harga 100,000 yen. Akan dihidang dan dimasak mengikut kehendak

pembeli, di lokasi yang telah dipilih"




Pada 13 April lalu, lima daripada enam pelanggan yang telah mendaftar untuk memakan

kemaluan Sugiyama hadir di majlis makan malam yang diadakan di salah sebuah restauran di

Tokyo.

Tiada tindakan yang boleh diambil oleh pihak berkuasa terhadap perbuatan menjual dan

memakan kemaluan seperti ini di Jepun kerana undang-undang negara itu tidak menghalang

"Canibalisme".

15 Jun, 2012

TAKTIK MUHYIDDIN MENGELAK....

Seperti yang dijangka, Timbalan Perdana Menteri mula mengelak dari cabaran Anwar Ibrahim supaya Muhyiddin turut mengisytiharkan hartanya. Muhyidin Nampak sangat Muhyiddin mula terperangkap dengan diri sendiri. Kalau betul tak banyak harta serta aset, kenapa Muhyiddin cuba mengelak?  Lihat sahaja menteri-menteri kabinetnya  yang mempunyai banyak harta luar biasa, takkan Muhyiddin sebagai taukey tak banyak aset kot? Hahaha...cuba  tanya Shafie Afdal, mana dia  dapat duit banyak hingga sanggup bagi Zahida Rafik RM1 juta senang-senang macam tu je? Haha...bila  dah nama pun UMNO, tak bedal harta rakyat bukanlah UMNO namanya....


TPM: Anwar perlu jawab sendiri dakwaan miliki RM3b



Tuduhan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa memiliki aset dan wang tunai sehingga RM3 bilion perlu dijawabnya sendiri kerana ia melibatkan dirinya dan tiada kena mengena dengan orang lain, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata demikian sewaktu memberi maklum balas terhadap cabaran Anwar supaya beliau mendedahkan semua akaun bank dan asetnya jika mahu Anwar berbuat demikian.

"Tiada kena mengena dengan saya. Yang ini tuduhan satu NGO yang berkata timbalan gabenor Bank Negara buat tuntutan Anwar ada begini-begini (sekian jumlah aset).

"Maka dia kena buat penjelasanlah. Apa pula saya? Saya cumaquote sahaja, kenapa pula saya kena dedah (akaun)?

"Saya punya duit apa (sangat) yang ada," kata Muhyiddin kepada pemberita selepas majlis lawatan kerjanya di Sungai Besi petang tadi.

12 Jun, 2012

RAMAINYA BAHLOL DALAM UMNO

Seperti ya penulis  sudah maklumkan, isu Anwar kawal 20akaun bank benda lama dan terbukti tidak betul. Tapi penyokong UMNO memang haram jadah. Sengaja putar belit cerita bagi memburukkan imej Anwar. Surat di bawah bukti bahawa orang UMNO sangat bodoh melampau-lampau. Malam ni buka berita dan tengoklah muka para demonstrasi UMNO yang bodo dungu itu. 

 MEDIA kawalan gerombolan songkok tinggi tiga jengkal kebelakangan ini sibuk memainkan isu kononnya Anwar Ibrahim memiliki 20 akaun bank yang bernilai RM3 Billion.

Lepas seorang, seorang pemimpin United Malays National Organization, Umno dan NGO-NGO pro mereka ditemuramah setiap hari, diminta memberi ulasan agar memberi persepsi negatif terhadap Anwar Ibrahim.

Apa tujuan semua ini? Jawapannya mudah, sejak Anwar Ibrahim dibebaskan oleh mahkamah daripada kes liwat yang dijaja Umno berpuluh tahun, kini mereka ketandusan isu untuk menyerang ketua pembangkang itu.

Maka, isu-isu lama yang sudah selesai satu masa dahulu perlu dikorek semula untuk menyerang Anwar Ibrahim. Ini kerana anak muda hari ini tak faham isu-isu lama, sebab masa itu mereka masih bayi, ada yang belum lahir pun.

Namun seperti biasa mereka terkantoi lagi di situ. Isu pemilikan 20 akaun induk oleh Anwar Ibrahim yang bernilai RM3 Bilion ini dahulu telah disiasat secara mendalam oleh Badan Pencegah Rasuah dan didapati tiada kes.

Di bawah ini bukti kenyataan bersumpah oleh Abdul Razak bin Idris, mantan Pengarah Badan Pencegah Rasuah, BPR yang terlibat menyiasat kes tersebut yang ditimbulkan oleh akhbar pada waktu itu.






Buat makluman para pembaca yang dihormati, Abdul Razak Idris, bekas pengarah Badan Pencegah Rasuah ini merupakan salah seorang saksi kes saman Anwar Ibrahim ke atas NST dan Rose Ismail.

Beliau dengan jelas menyatakan bahawa BPR telah menjalankan penyiasatan ke atas tohmahan Abdul Murad Khalid kononnya DSAI melarikan RM 3 billion dan menyimpannya di luar negara.

Penyiasatan tersebut membuktikan tuduhan itu palsu dan tidak berasas. Malah menurut beliau kes itu telah pun ditutup.

09 Jun, 2012

'MAMPUS' LA MUHYIDDIN NAK JAWAB KALI INI...

Pagi tadi suka hati betul Timbalan PM kita, mengutuk Anwar dengan meminta Anwar jelaskan mengenai sumber kewangan 3 bilion yang kononnya dibolot Anwar. Haha...tiba-tiba petang tadi pula Anwar mencabar Muhyiddin  mengisytiharkan dulu harta beliau, kemudian Anwar akan berbuat perkara yang sama. Aduh...cabaran 'bola tanggung' ni. Agak-agak anda, malam ni Muhyiddin bersidang tak dengan puak-puak rapat beliau bagi mencari alasan bagi menjawab cabaran Anwar itu? Nampak gayanya 'mampus' la Muhyiddin kali ini...



20 akaun: Anwar pula cabar Muhyiddin
NURUL AINI MOHAMED ALI
9 Jun 2012

Datuk Seri Anwar Ibrahim

PETALING JAYA - Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan aset dan akaun miliknya jika mahukan penjelasan beliau berkenaan dakwaan berhubung pemilikan 20 akaun induk, membabitkan harta RM3 bilion seperti terkandung dalam akuan berkanun bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid, 13 tahun lepas.

"Saya mencabar Muhyiddin untuk dedahkan semua akaun dan aset yang beliau ada, baru saya akan dedahkan akaun dan segala aset yang saya ada secara terbuka," kata Ketua Pembangkang itu di sini, petang ini.

Tegas Anwar, beliau bersedia untuk menyerahkan segala dokumen kepada pihak berwajib tetapi hanya akan dilakukan jika Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) menyahut cabarannya.

"Kenyataan yang diberi Muhyiddin itu jelas menunjukkan yang beliau terdesak hingga terpaksa mengaitkan isu ini dengan saya," kata Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) ini ketika ditemui selepas sesi dialog Agenda Ekonomi Malaysia hari ini.

"Jika benar saya bersalah berhubung isu ini, saya yakin saya ditahan dan disiasat sejak tahun 1998 lagi," ulas beliau yang dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada awal September 1998.

Pagi tadi, Muhyiddin menggesa Anwar menjelaskan segera dakwaan berhubung pemilikan 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang bernilai RM3 bilion.

Timbalan Perdana Menteri berkata, dakwaan berkenaan bukan perkara kecil dan dengan itu Penasihat PKR itu perlu bertanggungjawab untuk menjelaskan perkara berkenaan kepada rakyat.

"Angka (RM3 bilion) yang disebut adalah besar. Jadi, ia merupakan tanggungjawab Ketua Pembangkang untuk memperjelaskannya. Apakah benar atau tidak. Rakyat hendak tahu... pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membuat tuntutan supaya penjelasan dibuat pun mewakili kumpulan rakyat yang bukan sedikit.

"Kalau tidak betul, Anwar harus mengambil tindakan terhadap pihak yang membuat dakwaan termasuk bekas Penolong Gabenor Bank Negara," katanya.

Selasa lepas, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dilaporkan menimbulkan persoalan mengenai status siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pendedahan Abdul Murad.

Ibrahim dilaporkan berkata, dalam pendedahan bekas Penolong Gabenor Bank Negara, yang dibuat menerusi akuan berkanun itu antara lain mendakwa, Anwar mengawal sebanyak 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion, yang diperoleh ketika beliau menjadi Menteri Kewangan pada akhir 1990-an.

Akhbar hari ini pula melaporkan beberapa NGO turut menggesa SPRM supaya menyegerakan siasatan mengenai dakwaan berkenaan memandangkan ia merupakan perkara berkepentingan awam.
Muhyiddin mahu Anwar jelas isu 20 akaun induk

9 Jun 2012

Tan Sri Muhyiddin Yassin

MUAR - Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan segera dakwaan berhubung pemilikan 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang bernilai RM3 bilion seperti terkandung dalam akuan berkanun bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Abdul Murad Khalid, 13 tahun lepas.

Timbalan Perdana Menteri berkata, dakwaan berkenaan bukan perkara kecil dan dengan itu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu perlu bertanggungjawab untuk menjelaskan perkara berkenaan kepada rakyat.

"Angka (RM3 bilion) yang disebut adalah besar. Jadi, ia merupakan tanggungjawab Ketua Pembangkang untuk memperjelaskannya. Apakah benar atau tidak. Rakyat hendak tahu... pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membuat tuntutan supaya penjelasan dibuat pun mewakili kumpulan rakyat yang bukan sedikit.

"Kalau tidak betul, Anwar harus mengambil tindakan terhadap pihak yang membuat dakwaan termasuk bekas Penolong Gabenor Bank Negara," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran program Kasihi Pekebun peringkat negeri di Dataran Sarang Buaya, di sini, hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata kewibawaan dan integriti Anwar akan terjejas sekiranya Ketua Pembangkang berkenaan tidak menjelaskan dakwaan itu.

Selasa lepas, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali dilaporkan media menimbulkan persoalan mengenai status siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pendedahan Abdul Murad hampir 13 tahun lepas.

Ibrahim dilaporkan berkata dalam pendedahan bekas Penolong Gabenor Bank Negara yang dibuat menerusi akuan berkanun itu antara lain mendakwa, Anwar mengawalsebanyak 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion, yang diperoleh ketika beliau menjadi Menteri Kewangan pada akhir 1990-an.

Akhbar hari ini pula melaporkan beberapa NGO turut menggesa SPRM supaya menyegerakan siasatan mengenai dakwaan berkenaan memandangkan ia merupakan perkara berkepentingan awam. - Bernama

07 Jun, 2012

PENTING..!! SIMPAN KERATAN BERITA INI

Dulu penulis antara orang paling kagum dengan Rais Yatim ni. Kepetahan beliau berpidato semasa dalam Semangat 46 benar-benar menakjubkan. Tapi bila beliau kembali buat u-turn ke dalam UMNO, penulis sudah mula melihat kredebiliti beliau semakin terhakis. Kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan tidak lagi menggambarkan beliau seorang pejuang rakyat seperti 20 tahun yang lalu.  Kenyataan terbaru beliau bahawa semua parti politik akan dibenarkan membentangkan manifesto menerusi saluran RTM boleh dianggap biasa  saja. Penulis masih ingat janji Rais dalam satu pilihanraya kecil  kalau tak silap di Krau Pahang. Masa itu Rais pun turut mengeluarkan kenyataan yang hampir sama. Kata Rais, pihak RTM akan turut menyiarkan berita kempen pihak pembangkang dalam berita dan liputan RTM. Tapi cakap tinggal cakap saja. Kali ini , penulis mahu anda sebagai pembaca atau pemilik blog, simpan elok-elok berita  ini. Kalau boleh ambil keratan dalam Sinar Harian hari ini. Percayalah...janji tinggal janji saja nanti.


Rais: Kerajaan benar manifesto parti-parti politik disiar di RTM

6 Jun 2012

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berucap
pada perasmian Wisma Berita dan Pelancaran Portal Berita dan Arkib Digital.

KUALA LUMPUR - Parti-parti politik kini dibenarkan untuk membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM), kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan setelah kertas kabinet berhubung permintaan mendapatkan akses sama rata terhadap media bagi parti-parti politik yang mahu membentangkan manifesto pilihan raya diluluskan jemaah menteri.

"Oleh kerana hujah kita adalah berasas kepada Perkara 10 dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung hak dan kebebasan bersuara, maka kertas kabinet yang dibentangkan itu telah diterima.

"...Dan nas yang terpenting di situ ialah apabila Dewan Rakyat dibubarkan atau mengikut lunas tempoh masa yang diberi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya untuk berkempen, maka dalam masa berkempen itulah hak bagi menyuarakan manifesto parti-parti politik diberi menerusi RTM dan badan-badan penyiaran yang lain," katanya ketika berucap merasmikan Wisma Berita RTM dan pelancaran Portal Berita dan Arkib Digital di Angkasapuri di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan tentang had masa dan syarat-syarat yang bakal dikenakan berikutan keputusan itu.

Katanya apa yang boleh dilunaskan setakat ini ialah peluang itu diberi kepada setiap parti politik untuk menyuarakan pandangan menerusi manifesto mereka dalam waktu yang dihadkan dalam saluran di RTM.

Rais berkata dalam memberi kebenaran, pelbagai perkara harus diteliti iaitu, sama ada RTM perlu mengikut selera parti politik atau amalan di negara-negara Komanwel dan negara maju yang lain yang mana mereka juga ada menetapkan syarat-syarat dalaman tertentu yang perlu dipatuhi.

"Misalnya di England, BBC memberi sekitar 10 ke 15 minit untuk menyiarkan manifesto parti-parti politik semasa pilihan raya dengan beberapa syarat dalaman yang mereka olah, begitu juga di Singapura dan Thailand, malah yang terbaru Myanmar turut memberikan peluang itu dengan syarat-syarat tertentu dalam bentuk amalan yang boleh diterima oleh pelbagai pihak.

"Tentu sekali dengan keputusan ini pelbagai soal dan juga pandangan akan diberi namun kerajaan akan menerimanya secara terbuka tetapi ia mesti terasas kepada perkara yang tersusun dan tertakluk dari segi konsep penyiaran untuk negara," katanya.

Rais bagaimanapun menegaskan sebagai media kerajaan, RTM harus tetap memberi keutamaan kepada penyiaran berita-berita berkaitan kerajaan dan kepentingan rakyat.

"Sebagai media kerajaan, kita harus mementingkan hak kerajaan dan oleh kerana RTM adalah badan penyiar kerajaan, maka siaran-siaran dan berita-berita kerajaan perlu mendapat keutamaan," katanya. -- Bernama


CUBA ANDA HAYATI RAKAMAN VIDEO INI SEMASA RAIS YATIM DALAM SEMANGAT 46:

02 Jun, 2012

NAJIB JADI SEMAKIN TAKUT....?

Aduhai....masalah Bersih 3.0 belum selesai, timbul pula lautan Hijau PAS di Kedah. Bertambah peninglah nampaknya si Najib PM kita ni. Lagi tambah pening apabila laporan terbaru Kajian Merdeka Center yang menyatakan peratusan  sokongan pada Najib merosot akibat Bersih 3.0 yang lalu. Rupa-rupanya  Himpunan Jutaan Belia yang lalu gagal menaikkan imej Najib malah tambah menakutkan Najib lagi. Apatah lagi bila  Najib melihat sendiri gambar-gambar di bawah ini. Jenuh telan panadol....




























Cubaan sabotaj cuba dilakukan pihak tertentu. Peserta himpunan dikejutkan dengan beberapa das tembakan letupan bunga api sebaik sahaja selesai bacaan Bai'ah di Stadium Darul Aman. Pihak penganjur mengesahkan 'persembahan bunga api' tiada dalam perancangan, diletupkan dari luar stadium.

Apepun, alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik dan terkawal. Syukur ke hadrat-MU Ya Rabb...

PERKASA PEKIDA KENA HALAU?

KUASA RAKYAT

LAKI BINI KENA SEPINA

kebangkitan rakyat

kebangkitan rakyat

SEJARAH TERCIPTA: ANWAR BEBAS..!!!