rakan-rakan blog ini

PRODUK UNTUK PENGANTIN LELAKI

.

.
Info : Blog ini baru sahaja diaktifkan secara rasmi 15hb Ogos 2010 yang lalu. Penulis merupakan seorang bekas wartawan yang pernah bertugas dibeberapa akhbar tanahair. Lebih 20 tahun bertugas sebagai wartawan sebelum ini. Jadi, menyedari betapa pentingnya kebenaran itu ditegakkan, Penulis membuat keputusan menulis secara aktif di blog ini. Semoga Allah memberkati niat baik saya ini

Halaman

09 Jun, 2012

'MAMPUS' LA MUHYIDDIN NAK JAWAB KALI INI...

Pagi tadi suka hati betul Timbalan PM kita, mengutuk Anwar dengan meminta Anwar jelaskan mengenai sumber kewangan 3 bilion yang kononnya dibolot Anwar. Haha...tiba-tiba petang tadi pula Anwar mencabar Muhyiddin  mengisytiharkan dulu harta beliau, kemudian Anwar akan berbuat perkara yang sama. Aduh...cabaran 'bola tanggung' ni. Agak-agak anda, malam ni Muhyiddin bersidang tak dengan puak-puak rapat beliau bagi mencari alasan bagi menjawab cabaran Anwar itu? Nampak gayanya 'mampus' la Muhyiddin kali ini...



20 akaun: Anwar pula cabar Muhyiddin
NURUL AINI MOHAMED ALI
9 Jun 2012

Datuk Seri Anwar Ibrahim

PETALING JAYA - Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan aset dan akaun miliknya jika mahukan penjelasan beliau berkenaan dakwaan berhubung pemilikan 20 akaun induk, membabitkan harta RM3 bilion seperti terkandung dalam akuan berkanun bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid, 13 tahun lepas.

"Saya mencabar Muhyiddin untuk dedahkan semua akaun dan aset yang beliau ada, baru saya akan dedahkan akaun dan segala aset yang saya ada secara terbuka," kata Ketua Pembangkang itu di sini, petang ini.

Tegas Anwar, beliau bersedia untuk menyerahkan segala dokumen kepada pihak berwajib tetapi hanya akan dilakukan jika Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) menyahut cabarannya.

"Kenyataan yang diberi Muhyiddin itu jelas menunjukkan yang beliau terdesak hingga terpaksa mengaitkan isu ini dengan saya," kata Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) ini ketika ditemui selepas sesi dialog Agenda Ekonomi Malaysia hari ini.

"Jika benar saya bersalah berhubung isu ini, saya yakin saya ditahan dan disiasat sejak tahun 1998 lagi," ulas beliau yang dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada awal September 1998.

Pagi tadi, Muhyiddin menggesa Anwar menjelaskan segera dakwaan berhubung pemilikan 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang bernilai RM3 bilion.

Timbalan Perdana Menteri berkata, dakwaan berkenaan bukan perkara kecil dan dengan itu Penasihat PKR itu perlu bertanggungjawab untuk menjelaskan perkara berkenaan kepada rakyat.

"Angka (RM3 bilion) yang disebut adalah besar. Jadi, ia merupakan tanggungjawab Ketua Pembangkang untuk memperjelaskannya. Apakah benar atau tidak. Rakyat hendak tahu... pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membuat tuntutan supaya penjelasan dibuat pun mewakili kumpulan rakyat yang bukan sedikit.

"Kalau tidak betul, Anwar harus mengambil tindakan terhadap pihak yang membuat dakwaan termasuk bekas Penolong Gabenor Bank Negara," katanya.

Selasa lepas, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dilaporkan menimbulkan persoalan mengenai status siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pendedahan Abdul Murad.

Ibrahim dilaporkan berkata, dalam pendedahan bekas Penolong Gabenor Bank Negara, yang dibuat menerusi akuan berkanun itu antara lain mendakwa, Anwar mengawal sebanyak 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion, yang diperoleh ketika beliau menjadi Menteri Kewangan pada akhir 1990-an.

Akhbar hari ini pula melaporkan beberapa NGO turut menggesa SPRM supaya menyegerakan siasatan mengenai dakwaan berkenaan memandangkan ia merupakan perkara berkepentingan awam.
Muhyiddin mahu Anwar jelas isu 20 akaun induk

9 Jun 2012

Tan Sri Muhyiddin Yassin

MUAR - Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan segera dakwaan berhubung pemilikan 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang bernilai RM3 bilion seperti terkandung dalam akuan berkanun bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Abdul Murad Khalid, 13 tahun lepas.

Timbalan Perdana Menteri berkata, dakwaan berkenaan bukan perkara kecil dan dengan itu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu perlu bertanggungjawab untuk menjelaskan perkara berkenaan kepada rakyat.

"Angka (RM3 bilion) yang disebut adalah besar. Jadi, ia merupakan tanggungjawab Ketua Pembangkang untuk memperjelaskannya. Apakah benar atau tidak. Rakyat hendak tahu... pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membuat tuntutan supaya penjelasan dibuat pun mewakili kumpulan rakyat yang bukan sedikit.

"Kalau tidak betul, Anwar harus mengambil tindakan terhadap pihak yang membuat dakwaan termasuk bekas Penolong Gabenor Bank Negara," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran program Kasihi Pekebun peringkat negeri di Dataran Sarang Buaya, di sini, hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata kewibawaan dan integriti Anwar akan terjejas sekiranya Ketua Pembangkang berkenaan tidak menjelaskan dakwaan itu.

Selasa lepas, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali dilaporkan media menimbulkan persoalan mengenai status siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pendedahan Abdul Murad hampir 13 tahun lepas.

Ibrahim dilaporkan berkata dalam pendedahan bekas Penolong Gabenor Bank Negara yang dibuat menerusi akuan berkanun itu antara lain mendakwa, Anwar mengawalsebanyak 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion, yang diperoleh ketika beliau menjadi Menteri Kewangan pada akhir 1990-an.

Akhbar hari ini pula melaporkan beberapa NGO turut menggesa SPRM supaya menyegerakan siasatan mengenai dakwaan berkenaan memandangkan ia merupakan perkara berkepentingan awam. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERKASA PEKIDA KENA HALAU?

KUASA RAKYAT

LAKI BINI KENA SEPINA

kebangkitan rakyat

kebangkitan rakyat

SEJARAH TERCIPTA: ANWAR BEBAS..!!!