Seperti ya penulis sudah maklumkan, isu Anwar kawal 20akaun bank benda lama dan terbukti tidak betul. Tapi penyokong UMNO memang haram jadah. Sengaja putar belit cerita bagi memburukkan imej Anwar. Surat di bawah bukti bahawa orang UMNO sangat bodoh melampau-lampau. Malam ni buka berita dan tengoklah muka para demonstrasi UMNO yang bodo dungu itu.
MEDIA kawalan gerombolan songkok tinggi tiga jengkal kebelakangan ini sibuk memainkan isu kononnya Anwar Ibrahim memiliki 20 akaun bank yang bernilai RM3 Billion.
Lepas seorang, seorang pemimpin United Malays National Organization, Umno dan NGO-NGO pro mereka ditemuramah setiap hari, diminta memberi ulasan agar memberi persepsi negatif terhadap Anwar Ibrahim.
Apa tujuan semua ini? Jawapannya mudah, sejak Anwar Ibrahim dibebaskan oleh mahkamah daripada kes liwat yang dijaja Umno berpuluh tahun, kini mereka ketandusan isu untuk menyerang ketua pembangkang itu.
Maka, isu-isu lama yang sudah selesai satu masa dahulu perlu dikorek semula untuk menyerang Anwar Ibrahim. Ini kerana anak muda hari ini tak faham isu-isu lama, sebab masa itu mereka masih bayi, ada yang belum lahir pun.
Namun seperti biasa mereka terkantoi lagi di situ. Isu pemilikan 20 akaun induk oleh Anwar Ibrahim yang bernilai RM3 Bilion ini dahulu telah disiasat secara mendalam oleh Badan Pencegah Rasuah dan didapati tiada kes.
Di bawah ini bukti kenyataan bersumpah oleh Abdul Razak bin Idris, mantan Pengarah Badan Pencegah Rasuah, BPR yang terlibat menyiasat kes tersebut yang ditimbulkan oleh akhbar pada waktu itu.
Buat makluman para pembaca yang dihormati, Abdul Razak Idris, bekas pengarah Badan Pencegah Rasuah ini merupakan salah seorang saksi kes saman Anwar Ibrahim ke atas NST dan Rose Ismail.
Beliau dengan jelas menyatakan bahawa BPR telah menjalankan penyiasatan ke atas tohmahan Abdul Murad Khalid kononnya DSAI melarikan RM 3 billion dan menyimpannya di luar negara.
Penyiasatan tersebut membuktikan tuduhan itu palsu dan tidak berasas. Malah menurut beliau kes itu telah pun ditutup.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan