Tak pernah lag rasanya penulis melihat sikap Presiden Jati Hasan Ali merapu dan meracau-racau seperti semalam. Bila saja diketahui bahawa pihak Majlis Syura ulama PAS langsung tidak menyentuh isu Ustaz Nasharudin Mat Isa, Hasan Ali jadi kaget, tak keruan dan seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan bahawa Ustaz Nasha langsung tak diambil tindakan. Agaknya Hasan dah standby jawapan bila Ustaz Nasha kena pecat oleh Majlis Syura. Tapi ini tidak jadi kenyataan. Anda lihat sendiri malam tadi kenyataan demi kenyataan perlekehkan kepimpinan Majlis Syura Ulama PAS yang disiarkan menerusi TV3 dan TV1. Malah Hasan sendiri memetik temuramah beliau bersama KL Post yang disiarkan menerusi Youtube. Kesian betul dia ni. Dalam hati amat mengharapkan agar Ustaz Nasha dipecat, maka senanglah Ustaz Nasha 'join' dia buat roadshow Jati.
Tapi lain pula jadinya...
Kenyataan Abdul Hadi hanya retorik politik
11 September 2012
SHAH ALAM - Kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa bekas Timbalannya Nasharudin Mat Isa kekal sebagai ahli Pas dan ahli Majlis Syura adalah retorik politik semata-mata.
Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mendakwa, tidak mungkin sepanjang mesyuarat itu berlangsung, isu kedudukan Nasharudin tidak disentuh, walaupun ia menjadi sebutan, sejak bulan lalu.
“Perkembangan ini adalah kemenangan moral buat Nasharudin, golongan ulama dan pemimpin muda dalam parti itu.
"Mereka boleh keluar pendapat dan pandangan dalam isu yang berkaitan dengan Islam, terutama yang menjadi pertikaian dalam komponen Pakatan Rakyat (PR) iaitu DAP dan PKR,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kedudukan Ahli Parlimen Bachok itu yang masih kekal sebagai ahli Pas kerana Mesyuarat Majlis Syura yang berlangsung kelmarin tidak membincangkan isu berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan