rakan-rakan blog ini

PRODUK UNTUK PENGANTIN LELAKI

.

.
Info : Blog ini baru sahaja diaktifkan secara rasmi 15hb Ogos 2010 yang lalu. Penulis merupakan seorang bekas wartawan yang pernah bertugas dibeberapa akhbar tanahair. Lebih 20 tahun bertugas sebagai wartawan sebelum ini. Jadi, menyedari betapa pentingnya kebenaran itu ditegakkan, Penulis membuat keputusan menulis secara aktif di blog ini. Semoga Allah memberkati niat baik saya ini

Halaman

09 September, 2012

TIADA SIAPA PIJAK GAMBAR SAYA - MAHATHIR

KERAJAAN SEKARANG SANGAT LEMAH - MAHATHIR
KUALA LUMPUR, 6 Sept ― Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad beranggapan insiden memijak gambar dan membawa bendera Sang Saka Malaya ketika sambutan malam ambang kemerdekaan ke-55 minggu lalu berlaku akibat kerajaan yang lemah.
Jelas Dr Mahathir (gambar) lagi, bila sesebuah kerajaan itu lemah, sesetengah pihak akan mula mengambil kesempatan dan mereka berani melakukan perkara-perkara sedemikian.
“Semasa zaman saya 22 tahun sebagai Perdana Menteri tidak pernah berlaku perkara ini ... tiada siapa pijak gambar saya.
“Ini berlaku kerana kerajaan kita lemah, kita tidak mempunyai majoriti dua pertiga majoriti Parlimen,” katanya ketika majlis sepetang bersama beliau anjuran Kelab Pesara Kerajaan Lembah Pantai di sini.
Tambah pemimpin yang berpengaruh itu lagi, apabila kerajaan yang memimpin negara ini lemah, banyak pihak yang cuba untuk menentang mereka.
“Apabila kita kalah dua pertiga, kita jadi lemah, bila lemah orang berani, bila lemah mereka pijak gambar-gambar kita,” tambahnya.
Menurutnya lagi, kesan kempen Pakatan Rakyat (PR) juga turut menjadi punca berlakunya kejadian sedemian.
“Saya berpendapat ia adalah kesan kempen parti lawan, mereka tidak setia kepada negara , mereka lebih setia kepada parti.
“Ada ramai yang terpengaruh dengan parti lawan, saya percaya jika sifat ini dikembangkan, negara kita tidak akan ada simbol yang diterima semua dan perpecahan akan berlaku antara rakyat,” katanya lagi.
Beliau turut menegaskan, sekiranya perpecahan itu berlaku, negara kita akan musnah dan beliau turut mengingatkan agar majoriti dua pertiga Parlimen perlu diberikan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) supaya kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu boleh membentuk kerajaan yang kuat dan tegas.
“Saya harap lepas PRU 13 kita dapat wujudkan kerajaan cukup kuat,” katanya lagi.

7 ulasan:

  1. Hello Che Det,
    Kalaulah BN ada 2/3, rakyat akan mati dikojolkan.
    PR tak setia pada negara pasal depa tak rasuah?
    Yang BN penuh dengan rasuah dikatakan setia pada negara?
    HARAMJADAH. HARAMJADAH. HARAMJADAH.

    BalasPadam
  2. 22 tahun pimpinan keras sampai anak muda nak luahkan perasaan takut masuk dalam. Kenching gambar pembangkang tiada tindakan pijak gambar siap dengan gari di lengan, apa ni? Allah berfirman jika kamu benci kepada sesuatu kaum jangan pulak kamu tiada berlaku adil.

    BalasPadam
  3. Tua kutuk ni masih lagi berangan, siapa kata tiada orang pijak gambar ko?
    UMNO kalau dapat 2/3 bankrup Negara ini, tak dapat 2/3 pun puluhan billion ringgit telah lesap dan sebahagian besar rakyat menderita dalam negara yang kaya.
    Bini menteri shopping di Europe, boutique juga di europe. Nilai harga jangan tanya tak terbayang oleh mak cik2 dikampong.

    BalasPadam
  4. harap panjang umur boleh tenguk Pakatan ke putrajaya.

    BalasPadam
  5. HEBATLAH KONON TAK ADA SIAPA PIJAK GAMBAR DIA. ORANG TUA NI TAK HABIS2 NAK PUJI DIRI SENDIRI. HANYA DIALAH PM TERBAIK KATANYA. ORANG LAIN TAK BOLEH JADI PM LAGI2 PR. SIANG2 DR M KATA KALAU PR PEGANG SEMUA PORAK PERANDA. HABIS NEGERI YANG PR PEGANG LA NI LAGU MANA? PORAK PERANDAKAH?

    BalasPadam
  6. tengkorak ko mamak..ini bukan masaalah PKR DAP atau PAS..ini masaalah rakyat..wang rakyat habis umno rompak..

    BalasPadam
  7. Yang aku ingat, gambar Mahathir digantungkan orang kat leher anjing di Johor tahun 1980-an dulu. Masa Syahrir Samad bertanding calon bebas lawan calon BN masa pilihan raya kecil Johor Bahru...

    BalasPadam

PERKASA PEKIDA KENA HALAU?

KUASA RAKYAT

LAKI BINI KENA SEPINA

kebangkitan rakyat

kebangkitan rakyat

SEJARAH TERCIPTA: ANWAR BEBAS..!!!