Husam: K'jaan patut terus-terang kesihatan PM | ||
|
"Walaupun kita tidak menolak kemungkinan yang dijangkakan oleh beliau, tetapi sebelum ini juga perdana menteri dilaporkan pulih agak cepat setelah dilaporkan semakin pulih selepas diberi minum air kelapa dan tempat tidurnya dialas dengan daun bambu.
"Tetapi selepas itu, tiba-tiba dilaporkan perdana menteri masuk hospital pula," kata Husam seperti dilaporkan akhbar web PAS Harakahdaily.
Sehubungan itu, Husam yang juga anggota jawatankuasa pusat PAS berkata, kerajaan perlu menyatakan perkara sebenarnya untuk mengelakkan tersebarnya khabar-khabar angin yang tidak sepatutnya.
Sementara itu, memetik Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, Bernama melaporkan kesan lesi akibat cacar air pulih dengan baik dan simptom gastritis pada Najib telah pun dapat diatasi.
Manakala Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai pula memberitahu pemberita perdana menteri berada dalam keadaan baik dan stabil dengan pakar-pakar perubatan sentiasa mengawasi keadaan kesihatan beliau, lapor Bernama.
"Perdana menteri akan sembuh dalam sedikit masa lagi," kata Liow kepada pemberita selepas perasmian pusat terapi dan rehabilitasi, di Kelana Jaya.
Setiap kemudaratan itu juga mungkin kerana doa orang yang dizalimi. Tetapi kalau solat hajat yang dilakukan oleh ramai orang yang dizalimi, lagilah susah atau amat mustahil untuk diubati. Ini pernah terjadi di kampung aku, bilamana orang yang kena disolat hajatkan oleh si terinaya tersebut, hanya pulih dalam masa 2 ke 3 hari sahaja sebelum ianya menghembuskan nafas yang terakhir. Mungkin di beri Allah masa untuk si polan memohon maaf kepada yang dizalimi sebelum rohnya pergi meninggalkan jasad buat selama-lamanya. Cerita ini mungkin menjadi gurauan kepada individu tertentu atau anak-anak siber yang lahir di atas KLCC atau puncak Daya Bumi, tapi aku budak kampung yang kolot ni, masih teringatkan peristiwa itu adalah benar-benar terjadi. Ingatlah aduhai saudara, mati itu adalah perkara benar, tapi kehidupan belum tentu kesahihannya. Janji Allah bahawa kebenaran akan mengatasi kebathilan juga adalah benar. Buktinya, sekaya mana dan sekuat manapun pengaruh serta kuasa seseorang itu, pastinya ia akan menyembah bumi (kematian) juga akhirnya dan membawa bersama segala amalan baik dan buruk yang pernah dilakukannya semasa hayatnya di dunia. Insyaallah
BalasPadam