
Kah..kah..kah...kartun ni makan 'dalam' beb! Marah KDN nanti. Tak takut kena 'ban' ke Zunar...kahkah..
Perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyaksikan saksi keenam pihak pendakwaan, iaitu ahli kimia, Nor Aidora Saedon memberi keterangan.Nor Aidora memberitahu mahkamah bahawa beliau adalah ketua unit paterniti DNA, Divisyen Forensik, Jabatan Kimia Malaysia sejak 2008. Beliau menganggotai jabatan tersebut pada 1998.
Nor Aidora (kanan) berkata sejak menyertai jabatan berkenaan beliau telah mengendalikan lebih kurang 100,000 sampel DNA.
Katanya lagi, beliau sering mengendalikan kes-kes berkaitan pembunuhan dan rogol serta kes-kes yang membabitkan analisis DNA dan memerlukan bukti DNA biologikal
Namun apabila Nor Aidora cuba merujuk kepada laporan berhubung apa yang diterimanya pada 17 Julai 2008, peguambela Sankara Nair membuat bantahan kerana saksi dikatakan membangkitkan bukti-bukti yang masih belum dikemukakan mahupun disebut.
Namun Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden mencelah dan berkata tidak apa yang perlu dibantah kerana saksi belum menyatakan apa-apa lagi.
Sehelai buluHakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah kemudian mengarahkan semua pihak berjumpa dengannya di kamarnya.
Perbicaraan kemudiannya bersambung dengan ahli kimia itu mengenal pasti lima barang kes yang terdiri daripada sehelai bulu, satu berus gigi kecil warna putih, sehelai tuala kecil jenama Good Morning yang turut terdapat sehelai lagi bulu dan satu botol air mineral plastik.
Katanya, berada di makmal kimia Jabatan Kimia Malaysia pada 17 Julai 2008 hari bungkusan plastik D, D1, D2, dan D3 yang mengandungi elemen bukti kes liwat diperolehi daripada pegawai penyiasat DSP Jude Blacious Pereira.
Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin kemudian menyoal keadaan empat bungkusan berkenaan.
"Dalam keadaan baik dan masih ditutup rapat," kata Aidora.
Peguambela kemudian diberi peluang menyemak bungkusan plastik tersebut.
"Ketika membuat analisis, saya jumpa rambut pada exhibit berlabel D2 dan saya letakkan dalam sampul baru dan melabelkannya sebagai D2(a)," kata Aidora.
Keunikan DNA
Sebelum itu, Aidora telah menerangkan kepada mahkamah bahawa calitan DNA diambil pada berus gigi, tuala muka, botol mineral dan serpihan kertas berdasarkan bahan bukti yang diterima sebelum semuanya ditempatkan di dalam sampul dan dilabel.Beliau menambah, profil DNA dilakukan pada 19 Julai 2008 sehari selepas ujian dilakukan dan keputusan lengkap diperolehi pada 21 Julai 2008.
Aidora turut menerangkan kepada mahkamah tentang keunikan DNA.
"Tiada siapa yang mempunyai DNA yang sama kecuali kes kecil bagi kembar seiras," katanya.
Awal pagi tadi, pakar DNA Dr Seah Lay Hong menyambung keterangannya dan sesi soal balas buat hari kelima.
Semalam, Seah enggan memberikan jawapan langsung apabila ditanya bagaimana beberapa profail DNA yang ditemui pada dubur pengadu kes, Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak dicatatkan dan sama ada wajar untuk membuat kesimpulan bahawa mangsa adalah homoseksual pasif.
"Saya seorang saintis dan bidang kepakaran saya ialah menjalankan analisis terperinci ke atas sampel dan eksibit yang diserahkan kepada saya dan saya tidak dapat memperoleh hasil penemuan seperti dicadangkan oleh peguam," katanya.
Hakim kemudiannya membenarkan soalan itu apabila Karpal mengemukakan alasannya.Menurut Karpal, profail DNA berdasarkan lebih satu penyumbang di dubur Saiful, adalah logik bagi membuat kesimpulan bahawa pengadu adalah homoseksual pasif.
Seah berkata beliau tidak akan mengatakan sama ada bersetuju ataupun membantah cadangan Karpal itu.
Pada ketika itu, Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden membantah soalan itu dan berkata ia patut diajukan kepada tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur yang menjalankan pemeriksaan perubatan ke atas Saiful pada 28 Jun, 2008.
Mohamed Yusof berkata Dr Seah tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan dalam borang pro-forma (borang sejarah perubatan) pesakit (Saiful), yang Karpal dalam hujahnya berkata doktor merekodkan kes itu sebagai cubaan liwat dan bukannya liwat.
Karpal juga bertanya kepada ahli kimia tersebut bagaimana DNA seseorang boleh ditemui pada dubur Saiful jika dinyatakan pada borang pro-forma ia adalah cubaan meliwat.
Karpal: Jika ini cubaan meliwat, awak tidak akan jumpa DNA orang lain di duburnya?
Seah: Tidak mustahil.
Karpal: Hasil penemuan anda pada palitan B5 (kawasan sekitar dubur Saiful) mengenai kehadiran beberapa profil DNA?
Seah: Ya
Karpal: Di sini, lebih daripada seorang penyumbang, bolehkah anda katakan yang Saiful ialah seorang homoseksual pasif?
Seah: Saya tidak dapat menjawab soalan itu, saya seorang saintis dan bukannya doktor perubatan.
Karpal: Saya tanya anda berdasarkan hasil penemuan anda pada palitan B dan apa yang direkodkan dalam laporan pro-forma sebagai cubaan liwat, sekali lagi boleh anda katakan Mohd Saiful seorang homoseksual pasif?
Seah: Saya tidak dapat berikan jawapan.
Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.
Sementara itu Bernama melaporkan berlaku pertikaman lidah antara Mohamed Yusof dan seorang lagi peguam bela SN Nair, apabila beliau memberitahu peguam bela itu supaya berhenti membuat "ulasan selari".
Pertikaman lidah itu berlaku apabila Nair bertanya kepada Dr Seah berhubung protokol Jabatan Kimia semasa membuat penandaan pada sampel.
Nair merujuk kepada dua sampel daripada 12 sampel yang diterima ahli kimia pada 30 Jun, 2008 daripada pegawai penyiasat DSP Judy Blacious Pereira.Peguam itu berhujah Dr Seah tidak mematuhi sepenuhnya protokol jabatan sehingga tarikh pada sampel palitan B4 dan B5 direkodkan 26 Jun, 2008, sedangkan hakikatnya ia direkodkan pada 28 Jun, pada hari ketiga-tiga doktor berkenaan mengambil sampel daripada Saiful di HKL.
Nair: Saya cadangkan kepada anda, anda mungkin telah rekodkan sepertimana tertera (pada bekas plastik), satu tarikh lain pada sampel?
Seah: Ya
Kes perbicaraan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan ahli kimia dan pakar DNA tempatan, Dr Seah Lay Hong terus disoal-balas oleh peguam pihak pembelaaan.
Jika semalam, saksi pendakwaan kelima dan juga ketua Unit Jenayah Berat, Jabatan Kimia itu diasak oleh peguam Ram Karpal singh, hari ini giliran Sankara Nair.
Pada keterangan hari ini, Dr Seah mendakwa beliau cekap dan tekun ketika menjalankan tugasnya kerana mempunyai kelayakan sewajarnya.
"Apa-apa yang ditemui akan mempunyai kesan kepada tertuduh kerana ini adalah sains forensik,” katanya.
Malah, beliau juga dengan bangganya menyatakan makmal yang diketuainya itu mempunyai sijil ISO 17025.
"Ini bagi menentukan piawaian ujian bagi memastikan ia dijalankan dengan betul, boleh dipercayai dan standard yang boleh diterima pada peringkat antarabangsa.”
Katanya lagi, Jabatan Kimia juga mempunyai garis panduan berhubung kualiti sampel mani yang diambil, namun beliau mengakui tidak pasti sama ada pihak polis ataupun hospital mempunyai jaminan kawalan kualiti ketika mengumpul sampel.
Sankara berhujah Seah sepatutnya mengetahui perkara berkenaan kerana ia sebahagian daripada kawalan kualiti oleh jabatan yang diketuainya itu.
"Bagaimana awak boleh jamin kualiti penemuan jika proses pengumpulan (sampel) process dipersoalkan?” katanya.
Seah menjawab lazimnya jabatannya seringkali mengeluarkan garis panduan kepada polis bagaimana mengekal dan mendokumenkan sampel.
"Jika tidak, ini akan ditolak,” kata Seah.
Bagi kes ini, Seah berkata beliau sendiri memeriksa bungkusan tersebut bagi memastikan segala-galanya teratur. Tambahnya lagi, jabatan tersebut juga mempunyai borang pro-forma dalam menerima bahan bukti.
Borang tersebut katanya dalam bentuk elektronik dan tidak dapat dicetak.
Apabila diasak oleh Sankara mengapa borang seumpama itu tidak boleh dicetak , saksi tersebut berkata ia hanya boleh dilakukan oleh "pentadbir link" yang bertugas di Jabatan Kimia yang tidak beliau tidak mempunyai kuasa bagi mengarahkannya berbuat demikian.
Namun, Seah berkata beliau boleh mencuba mendapatkannya tetapi tidak boleh berjanji sama ada ia boleh dibekalkan hari ini.
Sankara bertanya sama ada menjadi amalan baik bagi merakamkan bahan bukti atau sampel sebaik menerimanya daripada polis sebagai langkah mengelakkan kemungkinan ia diusik.
Dengan teragak-agak Seah berkata:"Tidak semestinya".
Apabila diajukan soalan yang sama, Seah enggan menjawapnya. Sankara kemudian mengulanginya bagi kali ketiga dan doktor itu terus membisu.
Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah kemudian bertanya kepada Seah sama ada beliau bersetuju atau tidak dengan peguambela, saksi itu tidak menjawap secara lansung: “Ia mungkin amalan yang baik”.
Hakim menganggap jawapan berkenaan sebagai "ya".
Semalam, Seah enggan diheret dalam spekulasi mengenai mengapa air mani pada seluar dalam pengadu kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan dijumpai pada bahagian depan dan bukannya di belakang jika benar dia diliewat.
Saksi itu juga ditanya mengapa dua 'alleles' yang dipercayai daripada dua orang berlainan berikutan penemuan semen di selura hitam Saiful dan sekitar calitan kapas di duburnya tidak direkodkan.
Dr Seah juga mengakui beliau gagal mencatatkan dua sampel DNA yang tidak dikenali itu tetapi apabila Ram terus mengasak, ahli kimia itu enggan melayan serta tidak memberikan jawapan.
Perkara ini ditimbulkan oleh pihak pembelaan selepas pakar DNA Australia, Dr Brian McDonald memaklumkan kepada mereka.
Dr Seah juga dijangka akan disoal balas oleh DPP Noorin Badaruddin bagi membantu kes pendakwaan.
Semalam, Seah hanya berada di kandang saksi selama beberapa minit sebelum perbicaraan ditangguhkan akibat gangguan bekalan elektrik di mahkamah.
Beberapa pendedahan memeranjatkan berlaku di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, melibatkan borang pro-forma oleh doktor yang mengendalikan kes berkenaan.
Doktor berkenaan menyatakan dalam borang tersebut bahawa pengadu dalam kes ini – Mohd Saiful Bukhari Azlan – hanya terlibat dalam "cubaan liwat" dan "cubaan seks oral."
Doktor Hospital Kuala Lumpur Dr Khairul Nizam Hassan sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa Saiful mendakwa telah diliwat dan diminta melakukan seks oral.
Bagaimanapun, pihak pembelaan yang diketuai peguam Karpal Singh berjaya menimbulkan keraguan berhubung kenyataan berkenaan.
Turut hadir di mahkamah hari ini ialah wakil daripada Kedutaan Australia.
Dua orang pakar daripada negara itu turut hadir hari ini – ahli patologi forensik Dr David Wells dan pakar DNA Dr Brian McDonald.
LAPORAN LANGSUNG
4.10pm: Mahkamah ditangguhkan sehingga pagi esok apabila mendapati carta DNA yang dibekalkan kepada pihak pembelaan tidak mencukupi.
3.35pm: Mahkamah rehat seketika bagi membolehkan pihak pembelaan membandingkan carta DNA.
3.16pm: Seah berkata B7 mempunyai DNA dua lelaki yang satu daripadanya sama dengan Saiful manakala satu lagi milik Lelaki Y. B7 diambil daripada kawasan atas dubur.
"Ada juga ekstrak sperma yang dominan iaitu “Lelaki Y”.
3.11pm: Seah berkata B5 bukan ekstrak sperma.
"Oleh kerana ia adalah calitan pada peri-anal, ia terdedah di kawasan sekitar dubur,” katanya.
Menurut Seah, campuran DNA yang ditemui itu mungkin akibat penggunaan atau perkongsian mangkuk tandas yang sama.
3.00pm: Dr Seah berkata ujian DNA pada calitan kapas B5 pula (dari kawasan peri annal) menunjukkan ia milik Saiful dan campuran DNA termasuk Saiful, lelaki Y dan seorang lelaki penyumbang lelaki.
2.50pm: “Tiada profil DNA pada calitan B, B1, B2, B3, B4 dan B6,” kata Dr Seah.
Menurutnya, tompokan pertama air mani daripada seluar dalam tersebut menunjukkan ia mengandungi DNA Saiful. Tompokan kedua air mani itu mempunyai dua DNA. Satu miliki Saiful manakala satu lagi miliki seorang lelaki yang tidaak dikenali dan dilabelnya sebagai “lelaki Y”.
2.45pm: Seah berkata berdasarkan ujian yang dijalankannya, kesan tompokan mani di seluar hitam itu adalah milik Saiful sendiri.
2.40pm: Mahakamah bersambung semula dengan Dr Seah mengambil tempatnya di kandang saksi.
1.04pm: Laporan kimia itu juga ditandakan sebagai bahan bukti.
Hakim Zabidin kemudiannya menangguhkan perbicaraan dan berkata ia akan disambung pada jam 2.30 petang.
12.43pm: Dr Seah berkata dua ujian dijalankan ke atas tompokan spesimen B - iaitu ujian PSA dan ujian menentukan kehadiran sperma.
Tiga ujian dilakukan pada kesan tompokan mani - iaitu ujian asid phosphosate, PSA dan ujian kehadiran sperma.
12.38pm: Dr Seah berkata beliau berjaya mengesan dua tompokan mani di bahagian depan dan juga di bahagian bawah seluar dalam Saiful.
12.34pm: Doktor itu juga menjumpai dua kesan tompokan mani pada seluar hitam yang digunakan oleh Saiful. Tompokan itu dikesan berhampiran kawasan zip depan.
12.29pm: Dr Seah berkata beliau hanya mengetahui lokasi calitan kapas diambil berdasarkan tanda-tanda yang dibuat. Antaranya:
Calitan B5 yang ditanda P36 ialah kawasan sekitar peri-anal atau dubur.
Calitan kapas B7 dan B 39 yang ditanda P38 dan P 39, masing-masing adalah sekitar dubur atas manakala calitan B9 yang dilabel sebagai P40 adalah di kawasan sekitar dubur bawah.
12.23pm: Dr Seah menyambung keterangan dan berkata ujian DNA dimulakannya pada 1 Julai 2008. Ujian kedua pula dilakukan pada hari keesokannya.
Katanya, analisis DNA itu selesai pada 5 Julai 2008 dan hasilnya beliau mendapati kesan air mani pada calitan kapas bertanda B5, B7, B8 dan B9.
12.20pm: Mahkamah diberitahu semua barangan termasuk permaidani dan selimut disimpan di bilik sejuk Jabatan Kimia.
12.17pm: Dr Seah berkata ujian toksilogi dilakukan oleh seorang ahli kimia toksilogi, AP Mohan.
12.12pm: Mahkamah bersambung semula. Turut hadir hari ini adalah bekas timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali dan ahli parlimen Balik Pulau MP Yusmadi Yusoff.
11.37am: DPP Noorin memohon mahkamah untuk rehat seketika. Hakim Zabidin bersetuju dan meminta semua pihak masuk semula pada tengahari.
11.32am: Kain cadar berwarna kelabu pula ditunjukkan dan ia juga ditandakan sebagai bahan bukti.
Anwar dari tempatnya memerhatikan sampul surat yang berisi cadar itu dibuka. Menurut Dr Seah bungkusan itu dihantar ke jabatannya dengan tanda keselamatan polis.
Setelah memeriksanya, ia dibungkus semula dan ditandakan dengan mohor Jabatan Kimia.
11.28am: Selain pakaian Saiful yang lain seperti, baju hijau jenama G2000, turut ditawarkan sebagai bahan bukti adalaghpermaidani pelbagai warna yang disita oleh Jabatan Kimia.
11.17am: Satu lagi seluar dalam yang juga dipercayai kepunyaan Saiful turut dikenal pasti. Semua bahan berkenaan kemudiannya dimasukkan ke dalam sebuah sampul.
11.14am: Seluar dalam Saiful yang berjenama Levi's pula dikenal-pasti. Seluar dalam ini telah dikemukakan sebagai bahan bukti.
Ketika ini, Wan Azizah dilihat menundukkan kepalanya, manakala Anwar sedang membaca sesuatu di kandang tertuduh.
11.10am: Kemeja biru dan kolar putih jenama Ralph Lauren yang digunakan oleh Saiful pula dikemukakan.
11.04am: Sepasang seluar hitam (tanpa jenama) yang dipercayai yang digunakan oleh Saiful juga dikemukakan sebagai bahan bukti.
Sebelum ini, beberapa saksi mendakwa air mani Saiful dijumpai pada seluar hitam ini.
11.02am: Peguam, Sankara Nair bagaimanapun membantah cadangan pihak pendakwaan ia adalah bulu kemaluan.
"Macam mana Dr Seah tahu perkara tersebut?" soalnya.
DPP Noorin berkata ia berdasarkan laporan doktor itu.
Sankara berkata ia sepatutnya ditanda sebagai segumpalan rambut.
10.59am: Bahan-bahan bukti, termasuk bulu kemaluan kini sedang ditandakan. Ketika proses itu, DPP Noorin, peguam Ram Karpal dan Sankara Nair semuanya memakai sarung tangan getah.
Dr Brian Mc Donald yang duduk di antara Sankara dan Ram memerhatikan perkembangan itu.
10.27am: Semua sampul yang bertanda B1 hingga B11 yang dipercayai mengandungi calitan kapas, di mana spesimen diambil ditandakan sebagai bahan bukti.
10.15am: Menurut Seah beliau menerima bungkusan berkenaan daripada DSP Jude Blacious Pereira. Seah kemudian mengena-pasti pegawai polis itu dan juga bungkusan tersebut.
10.08am: Hakim Zabidin membuat keputusan yang memihak pihak pembelaan bahawa dokumen (borang kedua Pol 21) yang disenaraikan sebagai bahan bukti yang dikemukakan tidak boleh ditandakan sebagai eksibit.
10.06am: Mahkamah bersidang semula.
9.39am: Hakim memohon tempoh rehat untuk memutuskan perkara itu, namun Mohd Yusof bertegas supaya perbicaraan diteruskan tanpa menanda dokumen yang dipertikaikan itu.
9.33am: Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden (kiri) dalam hujah balasnya berkata, apa yang penting bukanlah dokumen itu sendiri tetapi perkara yang diperiksa.
Hujahnya lagi, sebelum ini terdapat keputusan mahkamah yang membenarkan pendakwaan mengemukakan dokumen sebagai bahan bukti tanpa memberikannya terlebih dahulu kepada pembelaan.
Ram dalam jawapannya berkata, dokumen itu penting kerana ia menunjukkan urutan bukti dan perkara yang diperolehi pendakwaan itu berbeza dengan apa yang diberikan kepada pembelaan.
9.20am: Seah berkata beliau menerima satu bungkusan bertanda B12 daripada polis.
Bagaimanapun, terdapat kesilapan tarikh pada bungkusan itu yang ditandakan 28 Ogos, 2008 sedangkan dokumen Seah bertanda 28 Jun. Tandaan pada B12 juga terdapat perubahan.
Peguam Ram Karpal membantah permohonan supaya borang yang diubah itu ditanda sebagai bukti.
Ram memberi alasan, borang berkenaan berbeza daripada borang yang diberikan kepada pembelaan di pada awal perbicaraan. Ram membuat bantahan itu mengikut Seksyen 51 Kanun Acara Jenayah.
Borang berkenaan didapati daripada Hospital Kuala Lumpur pada 30 Jun, 2008 – dua hari selepas pemeriksaan dilakukan ke atas pengadu itu.
8.55am: Saksi Dr Seah Lay Hong memberitahu mahkamah mengenai latar belakang akademiknya. Beliau merupakan pakar dalam bidang kesan biologi, DNA dan kesan biologi pada tisu.
Beliau mempunyai kelulusan peringkat kedoktoran dalam DNA Forensik dan sarjana dalam Sains Perubatan.
Dr Seah telah menghadiri pelbagai persidangan dan seminar di dalam dan luar negara.
8.53am: Perbicaraan disambung di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah.
Galeri awam di mahkamah masih banyak ruang kosong. Turut berada di mahkamah ialah Anwar Ibrahim, isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail dan juga bapa Saiful, Azlan Md Lazim.
Azlan tidak hadir mengikuti perbicaraan semalam.
Dr Khairul Nizam juga mengaku tiada bukti klinikal yang menunjukkan kemasukan berlaku di dubur Saiful Bukhari Azlan.
Menurut Khairul Nizam konklusi laporan pro forma hanya dibuat berdasarkan laporan kimia.
Ketika menjawab soalan Karpal, beliau akui tidak mengisi borang itu berhubung bukti fizikal seperti kekoyakan otot serta lebam di bahagian dubur seperti yang lazim dilakukan ketika ujian liwat.
Mahkamah gamat sedikit apabila ditanya mengenai dakwaan adanya seks oral berlaku ketika kejadian.
Karpal juga bertanya adakah Saiful pernah melakukan seks oral, menyebabkan hadirin menahan ketawa, namun menurut Khairul, maklumat itu turut tidak didapati dari Saiful.
'Maklumat penting' lain yang tidak dicatatkan itu termasuk keadaan yang menyebabkan dakwaan kejadian; sejarah perubatan pengadu kes; dan pemeriksaan dubur untuk menentukan sama ada mangsa telah membuang air besar ataupun tidak.
Dr Khairul Nizam merupakan individu yang bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan ke atas pengadu – Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Dalam keterangannya Isnin lalu, Dr Khairul Nizam memberitahu mahkamah bahawa beliau mengambil sampel dari mulut Saiful kerana pemuda itu mendakwa telah dipaksa melakukan seks oral.
Seorang lagi doktor HKL, Dr Siew Shueu Feng turut disoal balas Isnin lalu atas beberapa keterangan yang tidak konsisten – dalam kenyataan dan laporan perubatannya.
Mahkamah juga dijangka mendengar keterangan seorang lagi saksi – ahli kimia Dr Seah Lay Hong – yang menjalankan ujian DNA ke atas bahan bukti kes berkenaan.
Perbicaraan hari ini menarik perhatian beberapa wakil luar negara, termasuk dari Kanada dan Ireland.
Turut hadir di perbicaraan hari ini ialah pakar forensik Anwar, Dr David Wells dan pakar DNA Dr Brian McDonald.
LAPORAN LANGSUNG
2.29pm: Selepas bermesyuarat di kamar hakim, ia diputuskan kes ditangguhkan sehingga jam 8.30 pagi esok kerana penghawa dingin masih tidak berfungsi.Sankara memberitahu wartawan bahawa sistem rakaman catatan mahkamah juga tidak berfungsi dan ini memaksa hakim mengambil keputusan menangguhkan perbicaraan.
2.15pm: Semua pihak berada di mahkamah. Semua pihak berada di mahkamah. Bekalan elektrik sudah dipulihkan tetapi penghawa dingin masih belum berfungsi.
Sebahagian daripada kompleks mahkamah juga belum mempunyai bekalan elektrik.
Menemani Anwar pada sesi petang ini adalah anaknya, Nurul Izzah dan ahli parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar.
11.00am: Memandangkan bekalan elektrik terputus, hakim membenarkan penangguhan perbicaraan sehingga jam 2 petang ini
10.56am: Perbicaraan bersambung dengan Nordin menyoal-balas Seah.
Namun, ganguan bekalan elektrik menyebabkan mahkamah terpaksa berhenti sekali lagi.
10.03am: Sessi menyoal balas Dr Khairul Nizam berakhir. Saksi seterusnya adalah ahli kimia Dr Seah Lay Hong. Mahkamah berehat seketika.
10.02am: Borang pro-forma itu ditandakan sebagai eksibit pembelaan D28.
9.46am: Menjawap soalan DPP Nordin, Dr Khairul Nizam berkata beliau mengetuai pemeriksaan perubatan dan dia bersama pasukannya mewawancara Saiful."Saiful beritahu kami dia dipaksa lakukan seks oral. Aduan utamanya ialah dia diliwat oleh seorang tokoh yang terkenal.”
"Saiful tidak berkata sama ada 'cubaan' seks oral ataupun 'cubaan' liwat,” kata doktor itu ketika ditanya.
9.43am: Juga hadir di galeri awam adalah ahli majlis tertinggi PKR, Latheefa Koya, bersama pemimpin Hindraf dan bekas tahanan ISA R Kenghadaran.
9.42am: Pihak pembelaan mengakhiri soal balas mereka ke atas Dr Khairul Nizam (kiri). Giliran DPP Datuk Nordin Hassan menjalankan soal balasnya pula.
Dr Khairul Nizam berkata borang pro-forma disediakan oleh jabatan forensik dan soalan dalam dokumen itui diisi oleh Dr Siew.
9.37am: Sankara ambil alih tugas soal balas dari Karpal. Beliau menunjukkan kepada Dr Khairul Nizam beberapa contoh botol yang mempunyai tanda-tanda yang ia telah diusik.9.25am: Pertengkaran berlaku antara pihak pembelaan dan pendakwaan berhubung kaedah mengisi borang pro-forma adalah berlainan dengan apa yang Saiful beritahu kepada doktor.
Peguam Cara Negara II, Yusof membantah cara soalan diajukan.
Karpal berkata jika kes itu cubaan meliwat, tembusan atau tusukan tidak seharusnya berlaku.
9.22am: Dr Khairul Nizam mempertahankan bahawa Saiful tidak menyatakan sama ada percubaan meliwat atau percubaan mengadakan seks oral tetapi borang pro-forma menyatakan sebaliknya.
9.19am: Karpal berhujah dalam borang pro-forma yang menyatakan “percubaan meliwat” dan “percubaan seks oral”.
Dr Khairul Nizam bersetuju.
9.17am: Anwar mencelah dari kerusinya: "Ada banyak version".
9.12am: Karpal berkata beberapa aspek penting dalam borang pro-forma seperti pemeriksaan rektal tidak diisi.Begitu juga dengan pemeriksaan dubur, latar sejarah perubatanSaiful dan peristiwa berhubung kejadian itu tidak diisi oleh doktor yang bertugas.
Orang yang bertanggungjawab itu ialah Dr Siew Sheue Feng (kiri), kata Dr Khairul Nizam.
9.04am: Dr Khairul Nizam berkata Saiful pada wawancara itu berkata dia melawan ketika kejadian liwat itu.
"Saiful, menurut borang pro-forma tersebut berkata tertuduh cuba untuk memancut,” menurut doktor HKL itu.
8.57am: Dr Khairul Nizam berkata beliau tidak membaca laporan polis yang dibuat oleh Saiful.
Dia tidak ingat siapa yang memaklumkan kepadanya bahawa tertuduh dipaksa melakukan seks oral.
"Ia mungkin daripada wawancara dengan mangsa, tetapi saya tidak ingat sama ada DSP Jude adalah orang yang memberitahu kami,” katanya.
Dr Khairul bersetuju seks oral adalah berlainan dengan seks di dubur, yang menjadi aduan asal yang dikemukakan oleh Saiful.
8.48am: Peguam Karpal Singh meneruskan pemeriksaan balas ke atas Dr Khairul Nizam Hassan yang sebelum ini mengetuai jabatan kemalangan dan kecemasan HKL.
Dr Khairul memberitahu mahkamah bahawa beliau telah menyaksikan sebanyak kira-kira 20 kes liwat sepanjang perkhidmatannya.
Ketika disoal, saksi itu berkata kehadiran polis di pusat krisis sehenti hospital itu adalah perkara normal.
Katanya lagi, DSP Jude Pereira juga hadir ketika pemeriksaan peruhatan untuk membantu pemantauan ke atas pengendalian bahan bukti.
8.43am: Perbicaraan disambung di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah.
Seorang doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengadu dalam kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa telah dipaksa melakukan seks oral.
Pakar jagaan kecemasan HKL Dr Khairul Nizam Hassan berkata, pengadu berkenaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa telah dipaksa berbuat demikian oleh seorang "tokoh terkemuka."
Khairul berkata, Saiful telah memberitahu perkara itu kepadanya ketika beliau membuat pemeriksaan ke atas pemuda itu.
Doktor berkenaan berkata, beliau telah mengambil spesimen daripada bahagian puting dada dan juga daripada mulut Saiful (kiri).
Khairul Nizam berkata demikian ketika disoal balas oleh peguambela S N Nair dalam perbicaraan kes liwat yang bersambung semula hari ini.
Doktor berkenaan ditanya berhubung satu prosedur DNA yang tidak dijalankannya ke atas Saiful.
Jelasnya, prosedur berkenaan tidak dijalankannya ke atas bahagian belakang dan punggung Saiful kerana perkara itu "tidak perlu."
Khairul Nizam berkata, beliau hanya menjalankan pemeriksaan ke atas badan Saiful – dari bahagian pusat ke atas.
Tambahnya, seorang lagi doktor – Dr Razali Ibrahim – menjalankan pemeriksaan ke atas anus Saiful memandangkan doktor berkenaan merupakan seorang pakar.
Katanya lagi, beliau tidak mengambil spesimen daripada bahagian lain pengadu berkenaan.
Khairul Nizam menjelaskan, beliau bertindak demikian kerana Saiful memberitahunya bahawa pengadu itu telah mencuci dan membersihkan diri.
Kenyataan itu bercanggah dengan keterangan Saiful pada tahun lalu, ketika bekas pembantu Anwar itu disoal balas oleh peguam Karpal Singh.
Saiful telah memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak mencuci anusnya dengan tujuan menyimpan bahan bukti.
Saiful juga memberitahu mahkamah bahawa beliau hanya mandi pada waktu pagi dan tidak membasuh angota sulit badannya.
Dalam kes ini, ia membabitkan pengadu kes berkenaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang juga merupakan bekas pembantu ketua pembangkang itu.
Pada sesi mahkamah yang lalu, Siew hanya mengemukakan borang pro-forma yang kosong untuk rujukan pihak pembelaan.
Doktor itu juga enggan merujuk kepada nota-nota perubatannya ketika disoal balas oleh pihak pembelaan.
Beliau bagaimanapun didapati sering merujuk nota berkenaan ketika mahkamah berhenti rehat.
Susulan itu, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah mengarahkan Siew supaya menyerahkan nota tersebut kepada pihak pembelaan.
Turut hadir dalam perbicaraan hari ini ialah Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.
4.11pm: Mahkamah ditangguhkan. Perbicaraan akan bersambung pada Rabu, 8.30 pagi.
3.40pm: Pakar jagaan kecemasan HKL Dr Khairul Nizam dipanggil ke kandang saksi. Ketika disoal oleh Sankara, Khairul berkata Saiful tiba di pusat trauma pada jam 5 petang dan kesnya dikendalikan pada jam 9 malam.Khairul berkata, Saiful (kiri) kelihatan tenang ketika beliau memeriksa pengadu itu.
Ditanya lanjut, Khairul berkata kelakuan itu bukanlah tingkah laku yang normal.
3.29pm: Siew berkata, mani atau spesimen mani boleh diambil dengan berhasil daripada kawasan anus dalam tempoh 46 jam. Sekiranya mani itu di dalam anus, tempohnya selama 65 jam.
Kesimpulan itu dibuat berdasarkan kesusasteraan perubatan.
3.17pm: Ketika pemeriksaan semula oleh Nordin Hassan, Siew berkata pegawai penyiasat Jude Pereira tidak campur tangan atau mengarahkan pemeriksaan doktor ke atas Saiful.
Siew berkata Jude hanya terlibat dalam menulis keterangan pegawai penyiasat dia dalam borang pro-forma berkenaan.
3.03pm: Sankara menamatkan soal balasnya. Timbalan pendakwa raya Nordin Hassan memulakan pemeriksaan semula.
3.01pm: Sankara menyifatkan Siew sebagai seorang pembohong.
Siew seterusnya menafikan bahawa seorang pegawai penyiasat bernama Jude Pereira telah memberitahunya bahawa sampel mani yang diambil daripada anus Saiful itu adalah kepunyaan Anwar.Terdahulu, Siew memberitahu mahkamah bahawa beliau dimaklumkan oleh Pereira (kiri) bahawa DNA lelaki yang ditanda "Y" oleh ahli kimia itu adalah kepunyaan Anwar.
2.31pm: Menjawab satu lagi soalan Sankara, Siew berkata beliau cekap dalam menjalankan tugasnya.
Siew juga berkata, laporan kimia diserahkan kepadanya oleh pihak polis dan perkara itu ada kalanya mengambil masa berbulan-bulan.
Katanya lagi, dalam kes Saiful, sampel berkenaan dihantar dua hari selepas pemeriksaan iaitu pada 30 Jun, 2008. Keputusannya diperolehi pada 11 Julai.
2.21pm: Siew yang kembali ke kandang saksi berkata, beliau telah menandatangani satu botol mengandungi sampel bahan uji kapas.
Bagaimanapun, beliau tidak menandatangani plastik termateri yang memuatkan botol itu.
Ditanya peguam sama ada tindakan itu merupakan amalan yang baik, Siew berkata "Saya tidak fikir ianya perlu."
Katanya lagi, beliau telah menurunkan tulisan pada beg plastik itu namun tidak menandatanganinya.
Tambahya, beliau telah mematerikan sebanyak 10 sampel bahan uji berkenaan.
2.13pm: Perbicaraan disambung semula di hadapan hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah.
12.32pm: Mahkamah ditangguhkan sehingga jam 2 petang.
11.41am: Sankara meminta Siew membacakan laporan kimia yang menyatakan bahawa kesan mani Saiful ditemui pada seluar dalam dan seluar panjang mangsa itu.
Siew berkata beliau tidak mencatat perkara itu dalam laporannya.
11.13am: Ketika disoal Sankara, Siew berkata ahli patologi forensik HKL menjalankan tugas dengan cara tidak memihak, tanpa gentar atau pilih kasih, dan semua kes dilayan dengan adil.
Siew berkata ujian DNA tidak dijalankan di HKL tetapi di Jabatan Kimia. Siew juga berkata, beliau turut mempunyai sedikit pengetahuan mengenai DNA.
11.10am: Perbicaraan disambung.
10.52am: Pembelaan memohon tempoh rehat selama 10 minit apabila Karpal yang mengetuai pasukan itu mula memasuki mahkamah.
Hakim membenarkan permohonan itu.
10.39am: Siew membacakan laporan Hospital Pusrawi yang menyatakan anus Saiful dalam keadaan sakit selama dua hari.
Doktor Hospital itu telah memasukkan proktoskop ke dalam anus Saiful dan mendapati tiada koyakan, kecederaan atau discaj.
Siew berkata beliau telah menguruskan 20 kes liwat dan kurang daripada 100 kes rogol sejak tahun 2000.
10.27am: Siew diberikan satu laporan daripada doktor Hospital Pusrawi.
Laporan itu antara lain menyebut mengenai "kesakitan dalam anus."
Pesakit yang dinyatakan dalam laporan itu didakwa telah disakiti dengan tindakan memasukkan plastik ke dalam anusnya, kata Siew lagi yang membacakan laporan berkenaan.
Ketika ditanya oleh pembelaan, Siew bersetuju bahawa kesakitan dalam anus itu mungkin kesan daripada trauma.
Saksi berkenaan berkata, beliau telah memeriksa Saiful sekitar jam 9.12 malam dan Saiful kelihatan tenang.
Sankara berkata, jika pesakit berada dalam kesakitan, proktoskop mungkin tidak akan dimasukkan ke dalam anus.
10.20am: Soalan yang dikemukakan Sankara itu dibantah oleh Mohd Yusof (kanan) dengan alasan, pembelaan bertanya perkara yang tidak diketahui oleh saksi.
Siew sebelum itu turut memberitahu mahkamah bahawa beliau mengetahui terdapat seorang lagi, bernama Dr Suresh, turut memeriksa Saiful.
Hakim mengenepikan bantahan oleh Mohd Yusof dan membenarkan pembelaan untuk meneruskan soal balas.
10.13am: Siew berkata, Saiful berkunjung ke klinik pesakit luar di HKL dan dirujuk ke unit kemalangan dan kecemasan. Selepas itu, Saiful dirujuk ke pusat krisis sehenti di hospital berkenaan, kata Siew.
Saiful tiba di hospital itu pada jam 6 petang, 28 Jun 2008 dan beliau hanya diperiksa pada jam 10 malam. Sankara bertanya, apakah yang berlaku dalam tempoh itu?
10.02am: Ketika ditanya berhubung latar belakang kesihatan Saiful, Siew berkata Saiful telah diliwat oleh seorang VIP sebanyak lapan kali.
Siew seterusnya diminta menjelaskan mengapakah beliau gagal bertanya sepenuhnya berhubung latar belakang kesihatan Saiful.
9.50am: Siew berkata borang yang digunakan mempunyai gambarajah termasuk kemaluan dan bahagian lain tubuh wanita. Justeru, ia tidak sesuai untuk kes liwat.
Katanya, seorang lagi doktor telah membantunya mengisi borang pro-forma itu.
"Juga pegawai penyiasat Jude Pereira mengisikan satu halaman (borang itu)," kata Siew.
9.48am: Siew (kiri) berkata tidak ada borang pro-forma yang spesifik untuk kes liwat. "Hanya sekarang, baru ada."
Pertengkaran mulut berlaku antara saksi dan Sankara.
Siew berkata dia tidak mengisi halaman 4 borang itu kerana ia membabitkan mangsa yang dirogol dan memerlukan persetujuan mangsa.
9.43am: Sankara memulakan soal balas dengan bertanya kepada Siew mengenai borang pro-forma.
Doktor HKL itu menjawab beliau mengisi halaman 3, 5 dan 6 dokumen itu dan borang itu adalah untuk mangsa yang dirogol.
"Tidak ada borang pro-forma spesifik untuk kes liwat di HKL," kata Siew.
9.41am: Perbicaraan dimulakan tanpa kehadiran Karpal.
Ahli patologi Hospital Kuala Lumpur, Dr Siew Sheue Feng tampil sebagai saksi. Peguam Sankara Nair ditugaskan menyoal balas.
Seorang perwakilan dari pejabat kedutaan Amerika Syarikat tiba.
9.37am: Perbicaraan masih belum dimulakan kerana menunggu ketibaan Karpal yang dipercayai masih berada di inkuiri Suruhanjaya Diraja Teoh.Jurubahasa mahkamah telah dua kali bertanyakan bila Karpal akan hadir.
9.07am: Perbicaraan ditangguhkan atas permintaan peguam Param Cumaraswamy dan Sankara Nair (kanan) supaya hakim menunggu selama 10 minit lagi bagi membolehkan Karpal turut serta dalam perbicaraan.
"Dia ada sekitar ini dan dijadualkan meneruskan soal balas kerana ini adalah bahagiannya,” kata Param.
Difahamkan, Karpal berada di mahkamah berasingan bagi mengikuti inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai Teoh Beng Hock.
9.05am: Mahkamah mula bersidang dengan hakim Mohd Zabidin mengambil tempatnya.
Peguam Karpal Singh masih belum tiba, Galeri awam agak penuh dengan kehadiran kira-kira 70 orang.
9.01am: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim masuk dan bersalaman dengan orang ramai.
Juga berada di galeri awam adalah ahli parlimen Machang yang juga setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution.8.41am: Peguam Sankara Nair tiba dengan ahli patologi Australian, Dr David Wells, yang ditugaskan membantu pihak pembelaan.
8.39am: Anwar tiba bersama isterinya yang juga presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama puluhan penyokongnya.
Turut berada di mahkamah adalah bekas ahli parlimen Jeli, Mohd Apandi Mohamad dari PAS.
Tidak ramai wartawan, khususnya dari media berbahasa Cina, yang hadir bagi membuat liputan hari ini.
8.35am: Tidak ramai orang di mahkamah setakat ini. Ini mungkin kerana Diasatan Diraja mengenai kes Teoh bermula hari ini juga diadakan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.Wartawan dan orang ramai dibenarkan masuk ke mahkamah. Pihak pendakawaan diketuai oleh Peguam Cara II Negara, DatukMohd Yusof Zainal Abiden yang masuk melalui pintu yang berasingan.
8.29am: Pengadu kes ini, Mohd Saiful Bukhari Azlan bersama bapanya, Mohd Lazim berada di Kompleks Mahkamah, Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Kuku besi Asri berkata Mesir menjadi contoh bagaimana sebuah kerajaan kuku besi dijatuhkan semata-mata menerusi penduduk yang tidak menggunakan kekerasan, mereka hanya berbekal tekad dan iltizam untuk mengubah nasib mereka. "Kalau ada faktor-faktor tidak puas hati itu merebak ke dalam rakyat, saya rasa tak mustahil perkara yang sama boleh berlaku. Kerana kejadian perubahan di Mesir beri pengajaran kepada semua pemerintah bahawa perubahan boleh berlaku bukan dengan cara dulu tapi dengan cara baru, kuasa rakyat turun di jalan tanpa senjata, tanpa peluru dan hanya menzahirkan pendapat mereka," katanya.
Asri menegaskan pengaruh Internet dan keluhan generasi muda tidak boleh diambil ringan dalam era globalisasi sebagaimana yang terbukti dalam kes Mesir. "Bermula dari mereka dididik untuk meluahkan perasaan di facebook, di blog mereka, mereka luahkan di jalan raya. Tak perlu nak rosakkan harta awam, tetapi mereka turun demi kepentingan rakyat beramai-ramai. Tentera dilatih hadapi orang bersenjata tapi dilatih hadapi rakyat tak bersenjata. Jadi mereka terpinga-pinga di hadapan kuasa rakyat yang tak bersenjata," kata Asri.
Lewat malam Jumaat lalu, kerajaan Mubarak tumbang apabila melancarkan tunjuk perasaan dan demonstrasi jalanan berterusan kerana hilang kepercayaan ke atas pentadbiran presiden itu yang didakwa dicemari rasuah dan salah guna wang rakyat . Dengan menggunakan rangkaian media seperti Facebook dan Twitter, sentimen anti kerajaan menular dengan luas ke seluruh negara ibarat api yang merebak. Tindakan selama 18 hari itu berjaya menyaksikan Mubarak akhirnya tunduk dan meletakkan jawatan.