rakan-rakan blog ini

PRODUK UNTUK PENGANTIN LELAKI

.

.
Info : Blog ini baru sahaja diaktifkan secara rasmi 15hb Ogos 2010 yang lalu. Penulis merupakan seorang bekas wartawan yang pernah bertugas dibeberapa akhbar tanahair. Lebih 20 tahun bertugas sebagai wartawan sebelum ini. Jadi, menyedari betapa pentingnya kebenaran itu ditegakkan, Penulis membuat keputusan menulis secara aktif di blog ini. Semoga Allah memberkati niat baik saya ini

Halaman

22 Februari, 2011

RAMALAN DAIM ZAINUDDIN



Daim zainuddin pernah menggemparkaN dunia politik tidak lama dahulu apabila meramalkan Barisan Nasional akan jatuh di lima negeri. Ternyata ramalan beliau tepat. Terbaru, beliau memberi pendapat tentang suasana polotik terkini:

RATING FOT NAJIB IS GOOD BUT RATING FOR UMNO IS NOT GOOD

Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainudin meluahkan pendapat beliau di dalam Malayisan Business yang terbaru bahawa pencakar langit Warisan Merdeka yang dicadang dibina PNB adalah tidak perlu.

Kerajaan seharusnya menumpukan perbelanjaan kepada kesejahteraan dan kebajikan rakyat daripada keghairahan membina pencakar langit. Walaupun perbelanjaannya oleh swasta iaitu PNB tetapi rakyat merasakan mereka tidak memerlukanya.

Menurut Tun Daim jika beliau ada sebanyak RM5billion seperti jumlah kos pembinaannya, beliau akan laburkan di England dengan perolehan pendapatan sebanyak 6% setahun bermakna RM300juta.

“Saya tidak fikir pembinaan projek tersebut akan memberi pulangan yang sama sebanyak RM300juta malah saya boleh membina setiap tahun satu bangunan 20 tingkat” kata Tun Daim.

Berhubung dengan ura-ura untuk mengadakan PRU tahun ini Tun Daim berpendapat BN masih belum bersedia untuk menang kerana keserabutan politik di akar umbi masih belum selesai.

Walaupun kepimpinan DS Najib dilihat agak memberansangkan tetapi prestasi BN khasnya UMNO masih diparas tercorot. ‘Rating for Najib is good but rating for UMNO is not good’, kata Daim.

BN masih lagi gagal memenuhi kehendak asas pengundi dan harus kurangkan laungan dan slogan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERKASA PEKIDA KENA HALAU?

KUASA RAKYAT

LAKI BINI KENA SEPINA

kebangkitan rakyat

kebangkitan rakyat

SEJARAH TERCIPTA: ANWAR BEBAS..!!!