Miera Liyana tayang buah dada dengan fesyen seksi
Miera Liyana, pelakon Kamelia Katrina mencetuskan satu kontroversi apabila memadankan pakaian seksi yang manampakkan sisi buah dadanya. Agak terkejut jugalah kami lihat gambar yang diterima. Pabila ditanya mengenai fesyen yang dipadankannya, pelakon itu memberitahu wartawan, “Nampak sikit je. Pilih baju ni sebab nak nampak kelainan.”
Mengikut Miera Liyana, dia berpakaian seksi ini disebabkan terlalu tergesa-gesa memilih pakaian rekaan Wan Huzairil, Jumaat lalu bagi menghadiri majlis makan malam anjuran Rafflesia dan Mandalay di Hotel Le Meridien. Sejurus ditegur, dia akhirnya akur memohon maaf akibat timbul kontroversi ini.
“Saya memohon maaf kepada yang tidak menyenangi apabila melihat saya berpakaian seperti ini. Saya tidak sempat mencuba terlebih dahulu pakaian ini kerana baru mendapatnya daripada pereka fesyen pada pagi tadi.
“Saya sendiri yang memilih pakaian ini kerana nampak sangat cantik dan lain dari lain. Tak sangka pula apabila pakai, jadi seperti ini.
“Kalau saya pakai tiub, nampak tak cantik pula sebab pakaian ini terdedah di belakang,”
Bagaimanapun, pelakon filem Apokalips yang bakal muncul di pawagam ini akan berhati-hati memilih pakaian agar tidak berlaku insiden seperti itu. Miera mula tidak selesa mengenakan pakaian tersebut setelah ramai yang memerhatikannya dengan pandangan pelik dan ada juga yang datang kepadanya untuk menegur.
“Saya bersedia menerima teguran orang ramai dengan terbuka tentang pakaian saya ini dan berjanji tidak akan melakukan kesilapan yang sama,” akhiri pelakon drama Luna Fantasiku dan Kamelia Katrina ini dalam nada kesal. (dipetik dari: www.artis.my)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan