Mudah betul puak-puak UMNO ni menghukum orang. Dengan hanya mempercayai laporan Utusan, terus ditibainya Mat Sabu. Kalau anda tengok video di bawah, bukannya maksud Mat Sabu nak hina pejuang negara tapi beliau mempersoalkan bagaimana ramai pejuang lain tidak diiktiraf terutama Tok Janggut di Kelantan. Tapi bab putar belit, serah pada puak-puak UMNO ni. Salah seorang yang masih tak insaf sampai sekarang keluarkan kenyataan di bawah. Bagus sangat ke dia ni?
KUALA LUMPUR 28 Ogos – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan melabelkan Mohamed Sabu sebagai pengganas dan pengkhianat negara apabila mendakwa Parti Komunis Malaya (PKM) ialah hero sebenar dalam peristiwa Bukit Kepong dan bukannya anggota keselamatan serta ahli keluarga mereka.
Sehubungan itu, katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu memantau tindak-tanduk Timbalan Presiden Pas itu dan mengambil tindakan tegas terhadapnya termasuk dikenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana kenyataannya itu menunjukkan beliau mempunyai kecenderungan menjadi pengganas.
Menurut Musa, kenyataan Mat Sabu itu jelas menunjukkan beliau menyokong pengganas sedangkan sejarah membuktikan betapa kejamnya komunis terhadap anggota pasukan keselamatan dan rakyat yang menentang perjuangan mereka suatu ketika dahulu.
“Lupakah Mat Sabu betapa ramai anggota pasukan keselamatan dibunuh dengan kejam oleh komunis, berapa banyak rumah penduduk kampung dibakar apabila enggan memberi beras kepada mereka?.
“Ada 6,000 pegawai dan anggota polis dibunuh oleh komunis, tak kan mereka sanggup bergadai nyawa jika bukan mahu mempertahankan negara tetapi malang sekali pengorbanan mereka diperlekehkan oleh seorang pengkhianat seperti Mat Sabu,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Kata Musa lagi, Mohamad Sabu mungkin sengaja mengeluarkan kenyataan tersebut untuk mencari publisiti dan memburukkan polis yang selalu menangkapnya kerana melanggar undang-undang sebelum ini.

Aku cukup benci dengan bekas KPN yang bodoh ini.
BalasPadamJenis sara anak bini dengan wang HARAM.Hoi Musa!
Lu tu dah jadi bekas sedar dirilah sikit.Dalam
tentera kalau ada pegawai yang perangai macam musa
ini kalau masuk hutan untuk operasi bukan komunis
yang tembak dia anak buah dia yang sembelih dia.