rakan-rakan blog ini

PRODUK UNTUK PENGANTIN LELAKI

.

.
Info : Blog ini baru sahaja diaktifkan secara rasmi 15hb Ogos 2010 yang lalu. Penulis merupakan seorang bekas wartawan yang pernah bertugas dibeberapa akhbar tanahair. Lebih 20 tahun bertugas sebagai wartawan sebelum ini. Jadi, menyedari betapa pentingnya kebenaran itu ditegakkan, Penulis membuat keputusan menulis secara aktif di blog ini. Semoga Allah memberkati niat baik saya ini

Halaman

21 Disember, 2011

HASAN ALI DAH MACAM ZUL KULIM ALMUNAFIQUN?


Penulis tidak nafikan Hasan Ali merupakan salah seorang kawan baik penulis. Kami pernah susah suatu masa ketika Hasan kalah pilihanraya Umum 2004. Ketika itu Hasan banyak mengadu beliau mempunyai masalah kewangan serius. Hinggalah beliau menang besar tahun 2008.
Tapi tak pernah penulis sangka  Dr Hasan akan jauh tersasar sekarang. Kenyataan demi kenyataan beliau dah senada dengan Zul Kulim Al-Munafiqun. Kenapa ni Dato?
Dato seolah-olah hilang pedoman dan prinsip. Terutama bila Dato terdengar akan digugurkan dalam pilihanraya akan datang. 
Hasan Ali yang saya kenal sejak bertahun dulu dah berubah!! Macam orang UMNO bercakap lagaknya. Malah Utusan Malaysia yang sangat kuat memfitnah kini mengangkat Dato sebagai Pejuang Islam super wahid ibni maha hebat! Hahaha...glamourlah Dato sekarang ni ya.
Dulu bila bloggers Pak Bakaq dari Penarek Beca benci sangat dengan Dato, saya pun pelik. Tapi sekarang saya dah tahu kenapa Pak Bakaq benci sangat. 
Dato berjuang dengan PAS pun selepas 1998. Baru sangat. Dato tak pernah bersusah payah dari bawah nak berjuang macam Mat Sabu, Mahfuz dan lain-lain. Dato untung, masuk je PAS dan terus  jadi Pesuruhjaya PAS Selangor!!!
Penulis pun tak tahulah apalagi  yang Dato tak puashati. Paling tinggi pun kepercayaan saya, Dato akan kembali ke pangkuan UMNO suatu masa nanti. Percayalah...Dato sangat-sangat berubah sekarang....

HASAN ALI TOLAK NEGARA BERKEBAJIKAN PAS

KUALA LUMPUR 20 Dis. – Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali menolak konsep negara berkebajikan yang diperkenalkan oleh Pas, sebaliknya beliau mahu parti itu kembali kepada perjuangan asal iaitu menubuhkan sebuah negara Islam.

Tegas beliau, pendiriannya itu jelas kerana matlamat asal penubuhan Pas adalah untuk mendirikan sebuah negara Islam dengan cara memartabatkan agama itu, umatnya serta memperkukuhkan peranan ulama supaya mereka mampu menggarap Islam di dalam pemerintahan.

Sehubungan itu, beliau berkata, sebagai sebuah parti Islam, Pas tidak harus mempunyai cita-cita untuk menubuhkan negara berkebajikan kerana pelaksanaan konsep negara seperti itu mampu dilakukan oleh golongan sekular seperti mana berlaku di negara-negara maju antaranya Sweden, Norway, United Kingdom (UK) dan Australia.

‘‘Prinsip perjuangan saya meletakkan semula Pas ke landasan asal dan ia sejajar dengan kehendak Perlembagaan parti. Daripada pengamatan saya, Pas yang kini majoritinya dikuasai oleh golongan bukan ulama lebih cenderung mengamalkan ‘politik memenuhi kehendak rakan’ hingga sanggup mengorbankan prinsip perjuangan yang telah dipertahankan sejak penubuhannya.

‘‘Cuba kita lihat pada awal penubuhan Pas bagaimana pemimpin Pas terdahulu seperti Dr. Burhanuddin Helmi dan Ustaz Zulkifli Mohamad berjuang untuk mendirikan negara Islam dengan cara memartabatkan Islam, Melayu dan menobatkan institusi raja-raja,’’ katanya.

Beliau yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor bercakap pada sidang akhbar di kediamannya di Pinggir Taman Tun Dr. Ismail dekat sini, hari ini

Dalam perkembangan berkaitan, Hasan mengakui antara batu penghalang kepada Pas untuk menubuhkan sebuah negara Islam adalah datangnya daripada kepimpinan tertinggi DAP.

Beliau berkata, kenyataan Pengerusinya, Karpal Singh iaitu jika Pas mahu meneruskan cita-citanya menubuhkan sebuah negara Islam perlu langkah mayatnya terlebih dahulu jelas membuktikan betapa besarnya halangan tersebut.

Ujarnya, kenyataan Karpal itu cukup menggambarkan bagaimana pintu untuk meneruskan hasrat tersebut tertutup dan terkunci selama-lamanya.

‘‘Saya kira pihak pimpinan Pas perlu membincangkan perkara ini. Dalam organisasi Pas, kita ada jawatankuasa di peringkat cawangan, kawasan, negeri dan Pusat.

‘‘Masing-masing mempunyai tanggungjawab dan salah satu tanggungjawab dalam konteks sekarang adalah bersama-sama meletakkan Islam sebagai agenda perjuangan utama dan pertama.,’’ katanya lagi.

Menjawab satu soalan, Hasan berkata, secara kronologi perubahan ke arah mewujudkan Negara Berkebajikan berlaku sejak Pas menjalinkan kerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pakatan pembangkang.

‘‘Jika kita membuat kajian betul-betul, saya fikir memang ada faktor (kerjasama) itu yang menyumbang ke arah (berlakunya perubahan). Ya, saya rasa ada, tetapi ia perlu ada satu kajian lanjut,’’ katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, terdapat beberapa faktor lain yang menyumbang kepada berlakunya kepada perubahan tersebut.

‘‘Saya sebenarnya tidak ada masalah untuk mengubahsuai polisi dan dasar apabila kita menjalinkan kerjasama, tetapi jangan ubah suai Islam,’’ katanya.

Sementara itu, Hasan turut membidas kenyataan pihak-pihak tertentu yang menghalangnya menjalinkan kerjasama dengan mana-mana pihak di luar Pas sama ada dalam persatuan atau parti seperti UMNO atas nama Islam, Melayu dan raja-raja Melayu.

‘‘Saya tidak kisah sama ada UMNO, persatuan peladang atau persatuan nelayan jika pihak-pihak ini memperjuangkan Islam, Melayu dan raja-raja Melayu saya akan sokong.

‘‘Jika UMNO bawa agenda itu, tetapi saya ketepikan mereka, hinalah Hasan Ali. Hasan Ali tidak ada objektif.

‘‘Dalam hal ini, saya mesti objektif, saya mesti menggunakan keintelektualan saya dan saya tidak harus mengorbankan keintelektualan saya,’’ tegas beliau.

Mengenai tahap sokongan yang diterimanya berikutan hasratnya untuk mengembalikan Pas ke landasan asal, Hasan memberitahu, beliau tidak keseorangan dalam melaksanakan tugas tersebut.

‘‘Alhamdulillah Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib, Ketua dan Timbalan Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan dan Nik Abduh Nik Abdul Aziz menyokong penuh usaha saya meletakkan Pas di tempat asalnya.

‘‘Rakyat juga memberi respons yang amat positif. Mana-mana saya pergi, ramai di kalangan rakyat bersalaman dengan saya, berdakap dengan saya dan ada orang tua lelaki mencium saya. Mereka menyokong penuh perjuangan saya,’’ ujarnya. (UTUSAN 21 DIS 2012)

1 ulasan:

PERKASA PEKIDA KENA HALAU?

KUASA RAKYAT

LAKI BINI KENA SEPINA

kebangkitan rakyat

kebangkitan rakyat

SEJARAH TERCIPTA: ANWAR BEBAS..!!!