rakan-rakan blog ini

PRODUK UNTUK PENGANTIN LELAKI

.

.
Info : Blog ini baru sahaja diaktifkan secara rasmi 15hb Ogos 2010 yang lalu. Penulis merupakan seorang bekas wartawan yang pernah bertugas dibeberapa akhbar tanahair. Lebih 20 tahun bertugas sebagai wartawan sebelum ini. Jadi, menyedari betapa pentingnya kebenaran itu ditegakkan, Penulis membuat keputusan menulis secara aktif di blog ini. Semoga Allah memberkati niat baik saya ini

Halaman

04 Disember, 2011

LAGI KISAH ARTIS SEPARUH BOGEL...


Bila dah terjadi baru nak menyesal...Inilah realiti hidup Artis kita sekarang. Masa buat, tak ingat kesan dikemudian hari. Bila dah heboh, mulalah gelabah. Fikir-fikirkanlah...hidup ini bukan setakat seronok di dunia saja yang kita nak kejar...

Saya bodoh, diperdaya hidup-hidup - Ain

NURUL Ain Nordin adalah wanita paling malang kalau kita mendengar versi cerita empunya badan mengenai gambar separuh bogelnya.

Dia mendakwa telah menjadi mangsa kerakusan syarikat penerbitan yang mempertaruhkan gambar separuh bogelnya untuk melariskan filem Suatu Malam Kubur Berasap arahan Ernie Chen.

Sudah pastilah dia akan disimpati kerana menjadi “mangsa”. Tetapi masyarakat sudah tidak berfikiran lurus bendul begitu. Mereka pasti tertanya-tanya bagaimana pula dia menjadi mangsa padahal aksi separuh bogel itu kelihatan dengan penuh sedar. Adakan ini gambar kandid secara curi padahal dia memandang kamera dengan mood ceria? Sebabnya sebelum ini telah banyak yang buat perkara yang sama kemudian mendakwa dimangsai padahal melakukan dengan sedar.

“Saya memang silap besar sebab tak teliti semula gambar yang diambil selepas fotografi untuk promosi filem itu. Saya terlalu letih dan kalut dek terlalu lama menunggu dari pukul 9 pagi hingga 11 malam bersama artis-artis lain.

Ketika ditanya bagaimana sesi fotografi itu berlangsung, Ain berkata, “Semasa fotografi itu, jurugambar meminta saya berkemban kain batik tanpa memakai coli.”

Katanya, dia malas nak membantah sebab hendak balik awal dan berehat. Tetapi dia tidak memberitahu kenapa tidak menolak padahal ini mengaibkan dirinya. Ain juga tidak memberitahu perhitungannya antara menggadai maruah agama dan keperluan kerjaya kerana melakukan fotografi itu. Ini yang menimbulkan banyak persoalan kalangan masyarakat.

“Tapi bila gambar itu tersebar, saya jadi keliru. Macam mana boleh gambar itu keluar dari syarikat itu sedangkan saya tak dimaklumkan apa-apa. Tup-tup satu Malaysia dah kutuk saya,” katanya.

Persoalannya Ain sendiri merelakan gambarnya diambil sedemikian rupa. Kalau dia membantah, jurugambar tentu tidak boleh memaksa. Masyarakat melihat ada “kesengajaan” kemudian meletakkan kesalahan kepada pihak lain.

Rentetan daripada itu juga, ibu Ain, Aminah Illadad Khan yang juga seorang pensyarah di sebuah kolej tidak bertegur sapa dengan anaknya.

“Saya tak tahu nak cakap macam mana bila Mama tak nak bercakap dengan saya selama sebulan. Saudara mara menjauhkan diri bila saya balik kampung di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Kekasih menjauhkan diri dan rakan terdekat pula jijik melihat saya.

“Ada pensyarah di universiti pula mahu saya berhenti dari mengikuti kuliah (Diploma Teknologi Kreatif dan Artistik, UiTM Shah Alam, Selangor) serta merta.

Kenapa baru sekarang wanita berusia 23 tahun ini menyuarakan dukacita terhadap gambar tersebut? Kenapa tidak awal-awal lagi sebagai membuktikan dia dimangsai?

“Saya adalah pekerja syarikat filem itu sejak 1 Mac sebelum berhenti pada September lalu. Sepanjang tempoh itu, saya tak dibenarkan membuka mulut oleh majikan.

“Saya nak orang tahu bahawa saya bukan ‘pelacur’ murahan yang sanggup menggadaikan maruah untuk lariskan filem ,” tambahnya lagi. Sepatutnya Ain membuktikan kata-kata itu dengan perbuatan iaitu dari awal lagi jangan membiarkan gambarnya diambil.

Ain tidak boleh menyalahkan masyarakat kalau memandang serong kepadanya. Dia punya keupayaan untuk menghalang dari awal lagi. Sebenarnya perkara seperti ini berlaku disebabkan faktor diri sendiri. Ini satu pengajaran kepada artis muda supaya mempunyai nilai pekerti yang tinggi.

6 ulasan:

  1. lu sendiri yg bikin lu tanggung la oiiiii bikin malu la

    BalasPadam
  2. lain kali kalu nak bergambar pakai la baju elok sikit harap badan lawa muka tak lawa wat apa ooooiiiiiiiii bikin malu gadis melayu agama islam.......piiiiiiraaaahhhhh mampus kalu aku mak kau malu besar la la la oiiiiiiiiiigila betui nak glamour la ni......padam muka kau........

    BalasPadam
  3. kau agak-agak la masa ambil gambar tu kau mabuk ka?sampai berkemban nak nampak pungkok gila betui hang ni....malu la 1 malaysia ha ha ha ha kalu lagu gambar hang hang org dah x malu maknanya dara hang koyak tunai tebuk org kedah betina garikkkkkkkk tau garikkkk gatai burit.........

    BalasPadam
  4. kalu aku mak kau pi mampus la............anak dara yg x ada dara la kalu berani bergambar camni mak kau x ajar ka pakai baju elok sikit ....

    BalasPadam
  5. padan muka makbapak kau makna mak kau la bg jln yg kau pilih ni kau trima dgn malu besar

    BalasPadam
  6. muka melayu jawa aja kalu muka cam heroin hindystan tak pa juga......buat malu aja

    BalasPadam

PERKASA PEKIDA KENA HALAU?

KUASA RAKYAT

LAKI BINI KENA SEPINA

kebangkitan rakyat

kebangkitan rakyat

SEJARAH TERCIPTA: ANWAR BEBAS..!!!