rakan-rakan blog ini

PRODUK UNTUK PENGANTIN LELAKI

.

.
Info : Blog ini baru sahaja diaktifkan secara rasmi 15hb Ogos 2010 yang lalu. Penulis merupakan seorang bekas wartawan yang pernah bertugas dibeberapa akhbar tanahair. Lebih 20 tahun bertugas sebagai wartawan sebelum ini. Jadi, menyedari betapa pentingnya kebenaran itu ditegakkan, Penulis membuat keputusan menulis secara aktif di blog ini. Semoga Allah memberkati niat baik saya ini

Halaman

07 Februari, 2012

UMNO ATUR CERAMAH HASAN ALI...?

Wah...ceramah Hasan Ali semakin hebat sekarang. Tambahan pula diaturkan oleh orang UMNO. Cuba lihat gambar dibawah. Hasan dikelilingi oleh orang-orang UMNo yang  memakai baju 1Malaysia. Nampak sangat ketaranya Hasan diperkudakan oleh UMNO sekarang bagi menghancurkan Pakatan Rakyat.
Penulis tak rasa yang kalangan orang UMNO suka sangat dengan Hasan ini. Tak lebih dari ambil kesempatan saja. Tak percaya? Tunggu berita selanjutnya selepas ini bilamana puak-puak UMNO pun kutuk Hasan Ali kaw-kaw punya. Tunggu berita  selanjutnya....


TEMERLOH - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali menempelak pucuk pimpinan parti itu atas alasan lebih mengejar singgahsana Putrajaya sehingga sanggup mengetepikan dasar perjuangan Islam.

Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor itu menambah, Pas yang sebelum ini menjadikan Islam agenda utamanya penubuhan sejak 50 tahun lalu, kini lebih berminat untuk menduduki menguasai kerajaan daripada berjuang menegakkan hukum Islam.


“Pas lebih sanggup bekerjasama dengan PKR dan DAP yang secara jelas menentang penubuhan negara Islam.


“Saya terpaksa berjuang dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan menubuhkan Jati bagi mempertahankan akidah umat Islam negara ini apabila Pas langsung tidak mahu memperjuangkan isu tersebut," katanya.


Beliau berkata demikian semasa berucap Majlis Bicara Ummah yang berlangsung di Dewan Tun Razak yang dihadiri 3,000 penduduk Temerloh, semalam.


Sehubungan itu, Hasan menyeru umat Islam negara ini menyokong perjuangan JATI yang akan ditubuhkan pada 21 Februari ini tanpa mengira fahaman politik.


"Saya mengalu-alukan mereka yang ingin menyertai Jati walaupun mereka ahli Umno, Pas, PKR mahupun orang Islam yang berada dalam DAP.


"Saranan saya ini berdasarkan perjuangan Jati yang bukan berasaskan perjuangan politik tetapi berjuang semata-mata atas Islam," katanya.


Dalam perkembangan lain, beliau berkata, cita-cita Pakatan Rakyat (PR) untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik dan menghapuskan kuasa Raja Raja Melayu jika menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 tidak akan menjadi kenyataan.


Beliau berkata, niat mereka untuk mengubah perlembagaan negara tidak semudah disangka kerana mereka terlebih dahulu perlu mendapat persetujuan Raja-raja Melayu untuk menghapuskan kuasa Raja dan keistimewaan Orang Melayu.


“Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu jelas termaktub hak keistimewaan orang-orang Melayu dan Raja-raja tidak boleh diusik.


"Perkara tersebut merupakan kuasa mutlak hak Raja-raja dan orang Melayu yang tidak boleh dipertikai sama sekali," katanya.


Menurutnya, impian PR itu adalah untuk menjadikan negara ini sebuah republik oleh kerana tidak ingin melihat orang Melayu berkuasa dan dilindungi Raja-raja Melayu.


Sehubungan itu, Hasan meminta orang Melayu dan umat Islam di negara ini bersatu bagi mempertahankan hak mereka.


Beliau berkata, PR kini bercita-cita dan berusaha untuk menawan Putrajaya dengan apa cara sekalipun pada pilihan raya umum nanti, malah Pas yang bersengkongkol dengan DAP dan PKR tidak berbuat apa demi kuasa politik.

3 ulasan:

  1. cakap islam,tapi raja dan melayu dutamakan.Jika Islam diutamakan tentulah Al-Quran diagongkan bukan perlembagaan!

    BalasPadam
  2. Ketahuilah dunia... hanya Hassan Ali sahajalah pejuang Islam di dunia ni. Orang lain bukan... maka wala' sajalah pada Hassan Ali. Tiada pejuang Islam lain lagi di dunia ni melainkan Hassan Ali. Maka sertailah JATI agar anda boleh jadi side-kid Hassan Ali, bukan sebagai pejuang Islam hanya side-kid je (sebab dia dah reserve title 'pejuang Islam').

    Sapa percaya bangang sangatlah dia sebagai manusia di muka bumi ini.

    BalasPadam
  3. Pembetulan.... bukan JATI tetapi G.T. (maknanya Gila Talak)

    BalasPadam

PERKASA PEKIDA KENA HALAU?

KUASA RAKYAT

LAKI BINI KENA SEPINA

kebangkitan rakyat

kebangkitan rakyat

SEJARAH TERCIPTA: ANWAR BEBAS..!!!