Kantoi....dek nak menyelamatkan diri yang boros dan membazir, Hasan Ali dalam sidang akhbarnya petang semalam mendakwa kos ubahsuai pejabat dua exco yang lain lagi besar jumlahnya berbanding beliau cuma RM300 ribu. Nah!! malam tadi dua exco berkenaan membuat kenyataan balas menafikan tuduhan asan Ali. Nampak sangat Hasan Ali PEMBOHONG BESAR sekarang ni. Macam ni ke nak perjuangkan Islam, Melayu dan Raja? Kah...kah...kah...
Nampaknya satu persatu pereangai buruk Hasan Ali mula terbongkar! Patut pun kena pecat tempohari........
Kos pejabat: 2 Exco nafi dakwaan Hasan
WARTAWAN SINAR HARIAN
26 Mac 2012
SHAH ALAM - Dua Exco Kerajaan Negeri petang ini menafikan dakwaan bahawa jumlah kos ubahsuai pejabat mereka lebih tinggi berbanding kos pengubahsuaian pejabat bekas Exco Hal Ehwal Agama Islam, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, yang didakwa bernilai RM300,000.
Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, sejak Mac 2008 beliau tidak pernah melakukan sebarang ubahsuai terhadap pejabatnya.
“Saya sejak Mac 2008 masih lagi duduk di pejabat bersebelahan pejabat pegawai kewangan, dari dahulu sehingga sekarang saya tidak pernah membuat sebarang ubahsuai,” kata beliau ketika ditemui media, di lobi Dewan Undangan Negeri (Dun), hari ini.
Dalam pada itu, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar pula menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tuduhan jahat untuk memburukkan imej beliau.
Menurutnya, tindakan Hasan itu dilihat sebagai usaha melepaskan diri setelah terlibat dalam dakwaan yang ditimbulkan oleh Adun Bukti Antarabangsa, Azmin Ali, Jumaat lalu.
“Saya sudi membawa wartawan untuk melihat sendiri pejabat saya, kerana setakat ini saya hanya menukar karpet serta membuat dua pejabat kecil.
“Jumlah ubahsuai tersebut juga tidak melebihi RM100,000, kita sememangnya teliti jumlah ubahsuai yang dilakukan,” katanya.

ana seluruh keluarga tetap sokong Bn yg memerintah sekarang...kami tak leh percaya pembangkang sebab begitu banyak yg libatkan akidah umat Islam dlm negara kita yg org Islam dlm pas dan pkr tak dpt pertahankan agama Islam...contohnya: 1. kalimah Allah 2. LGBT 3. pluralisme 4. rendahnya moral poemimpin pkr yg terlalu banyak skandal 5. terlalu taksub pada ajaran selain ahli sunah waljjamaah hingga kekadang sanggupp menafikan hukum yg sedia ada.....kami kan tetap bersamamu BN !
BalasPadam